2015-07-05

Janganlah sibuk hal orang


Kelmarin kecoh kejap kat internet kes laki bini bergaduh.
Kes curang ke hape ntah.
Tak kuasa pulak aku nak kelebet balik.
Tapi impaknya kat social media sangat lah 'laku keras'.
Maka ramai la jugak yang terbabas menghamun orang bulan-bulan puasa ni.

Ya, aku pun simpati dengan apa yang jadi kat laki bini tu.
Tinggal lagi, setiap apa yang berlaku ada puncanya.
Dan puncanya kita tak tau. Hanya mereka je yang tau, jadi biar la dorang je selesaikan.
Itu ujian yang Allah bagi kat dia, bahagian dia.

Dan dalam tak sedar, sebenarnya itu jugak ujian yang Allah turunkan untuk kita dibulan puasa ni.
Samada kita boleh kawal diri atau tak bila berdepan dengan masalah tu.
Dari situ kita boleh nilai diri kita.
Alangkan masalah orang lain yang takde sangkut-paut dengan diri pun kita over react memaki hamun beria, bayangkan bagaimana kita bertindakbalas kalau ia benar-benar menjadi masalah kita.
Jauh lebih teruk reaksi agaknya.

Sebagaimana Allah memberi rezeki dalam pelbagai cara, begitu juga dengan ujian.
Kita sangkakan itu ujian buat dia.
Padahal tu ujian buat kita, untuk melihat bagaimana kita berdepan dengan provokasi persekitaran.

Setiap ujian yang Dia turunkan, ada kebaikan yang terkadang kita terlepas pandang, atau tak mahu berfikir.
Dalam setiap musibah dan ujian yang melanda, ada dosa yang sedang dihapuskan.
Dan Allah nak mengganjari sesuatu.

Jangan sampai nanti dosa mereka berdua tu terhapus akibat dari ujian ini, kita yang takde kena-mengena ni pulak bertambah-tambah dosanya.

Tapi itulah keseronokkan manusia.
Suka menyibuk hal orang.
Suka menyibuk pada perkara yang dia sendiri tak tau hujung pangkal.
Suka mengapi-apikan.
Suka melaga-lagakan.
Kalau bulan tak puasa tu paham la jugak kenapa, setannya bersepah.
Ni bulan puasa kot.
Bulan puasa ni setan-setan semua kena kurung.
Tapi macam takde beza lak puasa ngan tak puasa.
Konfius pulak aku sepatutnya yang kena kurung bulan puasa ni setan ke manusia.

Bukan nak kata bertuah bila diuji dengan masalah rumahtangga.
Mana ada orang yang nak rumahtangganya musnah. Takde.
Tapi bila itu berlaku, apa cara untuk kita bantu?
Tolong sama maki hamun tu membantu menjernihkan keadaan ke?
Sedangkan semua tau meruntuhkan masjid tu berdosa.
Kita kata orang ketiga berdosa meruntuhkan masjid.
Tapi dalam kita tak sedar, bila kita sibuk mengutuk sebelah pihak, sibuk menyimbah api, kita juga sebenarnya contribute kepada runtuhnya masjid tu.
Sedar ke tak?
Tak sedar kan.

Kalau tak boleh membantu menjernihkan keadaan atau kalau situasi dah tak boleh diselamatkan lagi, maka lebih baik kita diam.
Kita pun orang awam saje. Bukan siapa-siapa.

Kita manusia.
Yang dibekalkan dengan nafsu yang kadang-kadang susah nak dikawal.
Tapi kita juga diberikan akal.
Akal ni boleh mengimbangi kehendak nafsu dari terus bertindak membabi buta.
Pujuklah hati sikit.

Daripada sibuk hal orang, lebih baik sibukkan kumpul bekal nak bawak balik jumpa Tuhan.
Akhirat makin hampir.
Kalau terasa kiamat tu masih lambat, sedar-sedarkan diri bahawasanya kematian sangat dekat.