Semalam pagi-pagi aku dah blow.
Tapi takde la blow sangat, sepoi-sepoi bahasa je.
Mungkin sebab memang tahun ni aku tak berapa nak selera ada baju baru, beli kain kat Jakel tu hari pun buat syarat sebab laki aku dah bising aku tak buat baju raya.
Tapi sebab dah pi tempah tu kan, agak berbulu jugak la bila baju yang ditempah 3 bulan lepas tak siap lagi.
Aku ni sengaja la taknak folow up ngan tailor sebab baju tu kurung pesak je. Simple nau. Tak kritikal mana, lagipun aku tempah bulan April, nak pakai raya. Takde keperluan aku nak kejap-kejap call tanya progress. Tu pun patutnya last week aku gi ambik, entah macamana lupa. Gi ambik baju melayu budak-budak ni je.
Semalam En Wan ajak gi ambik.
Excited la jugak nak tengok hasilnya kan sebab aku mintak pasang lace sikit and tabur pearls.
Pearls tu pun tailor sebenarnya yang suggest. Dah dia suggest, aku iye kan je lah.
Kitorang sampai depan pintu, staff dia macam terperanjat aku datang.
Pastu dia tanya "Ni yang baju tambah lace tu ke?"
Wow!
Dia ingat baju aku.
Mesti baju aku yang paling cun ni.
NAN ADO!
Rupanya baju aku la yang tak siap.
Patut la dia ingat.
Aku syak dia pun baru teringat baju tu belum bersiap, tu pasal dia boleh agak akulah tuan punya baju tu. Gamaknya orang lain semua dah collect baju raya.
Bila dia kata "Tak siap lagi, tengah letak lace..", terus aku redah masuk kedai.
Memang dia baru tengah nak susun pearls and lace pun tak habis jahit, baru jelujur je.
Dah la dia persoalkan apesal aku nak ambik awal sangat, balik kampung awal sangat.
Banyak kau punya awal.
Aku hantar kain gila bapak awal, 3 bulan kau peram, semalam nak ambik pun tak siap lagi.
Bukan tau nak minta maaf, dia pi questioned pulak aku nak balik kampung awal.
Takkan nak suruh aku collect malam raya.
Pastu dia salahkan pulak tailor yang bertanggungjawab "Patutnya dia yang jahit lace and manik ni tapi dia pi Singapore kejap, pakcik dia sakit".
Aku tanya balik "Dia pi tengok pakcik dia sakit dari 3 bulan lepas ke??"
Cakap je la korang memang lupa kain aku.
Ni nak kona sana kona sini.
En Wan tanya boleh collect esok tak?
Sardin je jawab "Esok kitorang cuti".
Dah tau baju customer tak siap lagi, customer pulak dah nak balik kampung, dare kau cakap besok kau cuti. Takde lansung rasa tanggungjawab nak siapkan order customer.
Kau yang beria ambik order, bila tak siap, lagi mau cerita pasal cuti?
Pastu En Wan kata, "Ok saya datang Isnin tengahari ambik. Sebab malam saya nak balik kampung dah".
Tau dia jawab apa?
"Kami akan call"
Tu maknanya apa?
Ada potensi baju tu takkan siap tengahari Isnin kan?
Aku sebenarnya tak kisah pun kalau tak pakai baju tu pagi raya sebab aku boleh je rembat jubah yang aku jual or baju-baju tahun lepas. Tahun lepas kan aku beraya Bangi, boleh je nak ulang tayang baju tahun lepas, takde hal.
Yang aku bengkek tu bila dia putar-belit and masing-masing taknak bertanggungjawab.
Nak lagi best, baju kurung aku tu takde lining.
Padahal kain tu jenis kain yang bersulam benang glitter, kalau tak pakai lining memang berlengas.
Aku dah bagitau tailor pakai lining, alih-alih takde.
Aku suruh dia bukak habis,
No need lace, no need pearls. Janji ada lining. Tak kuasa aku nak peram baju aku lama-lama kat situ.
Aku tak highlite nama kedai kau dah cukup bagus.
Kita wait and see je la Senin sok nampak bayang tak baju aku.
Disebabkan kita dah kes pagi tu, jadi kita jadikan kes tu sebagai reason untuk berbuka kat luar.
Balik rumah, terus book Absolute Thai kat Main Place USJ.
Takyah jauh-jauh, malas aku nak redah jem semata-mata nak bukak puasa.
Kitorang sampai Main Place lagi 20 minit nak berbuka.
Saje keluar lambat sebab dekat nau dengan rumah.
Sebenarnya agak risiko kalau keluar lambat sebab walaupun kitorang dah order makanan siap-siap, dorang hanya akan masak bila kita dah sampai kedai.
Tapi Absolute Thai ni selalunya makanan memang cepat sampai pun.
Alhamdulillah, by the time azan, 2 lauk dah sampai - tomyan and ikan.
Tak sampai 15 minit, semua lauk yang di-order dah ada atas meja.
Stir fried minced chicken with basil leaves.
Glass noodle with seafood.
Ni sedap gila!
Tomyam seafood melecet bontot namanya ni.
Berapi pedas dia.
Ni appetiter, tapi sampai paling last.
Thai fishcake.
Siakap 3 rasa
Crispy squid
En Wan dan zombie-nya.
Lemau sebenarnya time ni. Tapi sebab nak makan kan, maka gagahkan jugak la.
Kang tak pi makan kena masak lak. Lagi aku tak larat.
Mengantuk gila, Kang goreng ikan, ikannya kat luar, aku pulak yang dalam kuali tu.
Tido pukul 2am, bangkit kul 4am pastu terus tak tido-tido dah, maunya tak muka jadi cenggini?
Masa kitorang nak gi bayar kat kaunter rupanya ramai lagi beratur kat entrance tunggu giliran.
Mesti belum berbuka lagi dorang tu, dok telan air je.
Sementara nak tunggu En Wan settlekan bill, aku keluar dulu ngan budak-budak.
Tau-tau Rayyan hilang.
Aku syak dia 'hilang' dalam Toys R Us.
Betul pun.
Kemain pandai lagi terus masuk kat area Lego.
Jangan jarap aku nak beli lagi. Tiap-tiap bulan nak Lego, pe kes.
Dah la mak kau takde baju raya ni. *tetiba*
Senang je nak senyapkan Rayyan ni
Dia ni asalkan bawak balik barang je.
Tak kisahlan walau Kinderjoy sekalipun, janji dia pegang satu barang.
Keluar dari Toys R Us nampak mesin ni.
Masukkan RM5 dapat la satu keychain Cars.
Selamat RM119 aku.