2025-11-19

Fresh grad now pakai Longchamp, Coach, Polene?


Seram aku baca komen everytime someone bercakap pasal dak-dak intern datang interview bawak henbeg Coach, henbeg Polene, pakai latest iPhone.

“Fresh grad now pakai Longchamp, Coach, Polene?"

Tu tak tengok lagi dak-dak yang tengah belajar kat uni pakai branded stuff. Pitam karang.

Yang benaunya, inilah realiti zaman dah berubah. Dak-dak muda sekarang ada headstart yang berbeza. Tak ramai yang macam kita dulu, sememeh gi interview dengan kasut Bata, baju kurung and henbeg RM25 beli kat kiosk depan Giant. Aku lepas grad, lapor diri kat Kementerian Sains dengan kasut Bata tak sampat RM30 and henbeg beli kat Giant, RM25. Baju kurung and tudung bawal rembat Mak Aji punya. Oh masa tu pakai tudung u olsss. Sebab mak aku cakap kerja kerajaan kena pakai tudung. Kena tipu hidup-hidup.

Zaman tu (tahun 2000) Kementerian Sains ambil Research Assistant (RA) melalui uni. Batch aku dulu, ada 5 orang RA dari UPM, 2 dari UKM, and 2 UM. Aku under UKM. Kitorang semua gaya sederhana, kecuali sorang RA from UM bergaya. Masa tu akak-akak and pegawai pun pandang dia dengan pandangan berbeza. Nak bagi task pun berkira-kira. Sebab apa? GAYA.

Tak, aku bukan nka cerita buruk pasal that RA. Dia baik je dengan aku, makan sama-sama semua. Cuma nak cakap pasal GAYA. Akak-akak kerani suka tengok kawan aku ni sebab baju kurung dia cantik-cantik, gaya pun tahulah anak orang kaya, pergi kerja pun bawak kereta sendiri. Masa tu kitorang semua belum grad. Kitorang semua dapat offer sebelum grad. Maksudnya habis je belajar 2 minggu terus dapat panggilan kerja. Gradnya bulan 8 nanti. Kawan aku tu kira outstandinglah sebab belum start kerja dah pakai kereta.

Belum time gaji lagi. Aku dapat gaji masih lagi kedekut nak spend duit sebab masa tu aku tengah persiapan nak kawen. Dapat je gaji simpan sikit, tak dapatlah nak enjoy sangat. Kawan-kawan yang lain habis kuat pun beli kasut baru, atau baju kurung baru. Masa tu Kementerian Sains masih kat Jalan Raya Laut. Habis kuat shopping kat Sogo and Jalan TAR untuk beli baju. Murah-murah. Yang kawan aku sorang ni, dapat gaji beli emas, ya! Pernah satu bulan tu dia kata sampai takleh tido terbayangkan gelang yang dia nampak kat kedai. Dapat je gaji terus ajak kitorang teman dia beli gelang.

Hakikatnya, ada orang keluarganya kaya. Duit gaji boleh buat main-main. Sebab mak bapak tanggung hat lain. Silap-silap mak bapak hulur allowance lagi. But some people like aku, duit gaji tu kemut-kemut buat transport, makan, keperluan and savings nak kawen. Tu pun mujur duduk rumah mak bapak, jimat sewa. 

Tu cara-cara tahun 2000. Now dah 2025. Mak bapak yang grad tahun 2000 tu anaknya dah masuk uni now. Secara logiknya, anaknya berada dalam keluarga yang mampu. Kalau tak mewah sangat pun, paling tak pun, setakat motor and kereta tu rasanya mak bapak dah siapkan. Maka, takde yang pelik kalau budak-budak intern datang interview bawak Polene.

Kita ni kadang suka bercakap tentang “takyah banding hidup dengan orang lain”, tapi kitalah orang pertama yang suka compare. Kita lupa setiap orang lahir dalam konteks berbeza. Ada yang dari kecik dah biasa travel overseas every year naik business class. Ada yang tak pernah naik kapal terbang pun. So kalau student uni pakai beg Polene atau pakai iPhone, belum tentu dia beli dengan duit biasiswa/loan. Maybe itu mak bapak dia bagi, sebab dari kecik family dia memang guna branded items.

Aku peratikan ada kelompok manusia yang suka mengkaji benda yang takde kena-mengena dengan konteks. Contoh, video kitorang send off Redza kat airport awal-awal dia fly dulu. Aku pakai henbeg LV masa tu. Video aku peluk Redza tu aku letak kat Tik Tok. Ada je yang komen "Cantik beg maknya. Patut tak layak anak dapat biasiswa". Kau rasa?? Apa kena-mengena henbeg dengan anak aku dapat MARA?

Maknya dah kerja berpuluh tahun, takkan tak boleh beli satu beg mahal? Sebab pakai beg branded, automatik anak patut dapat tajaan? Tajaan tu bukan charity, ya tapi reward. Anak dapat sebab layak. Punyalah panjang video aku, henbeg aku juga yang dia pertikaikan. Gila. Agaknya kalau aku share video Redza beli gitar baru kat sana, mau anak aku kena keca, "Ni lah budak-budak overseas, menghabiskan duit rakyat!". Padahal budak tu beli pakai duit allowance mak bapak bagi.

Jangan ingat semua orang macam kau dulu buta-buta harap duit loan/scholar je untuk survive. Zaman sekarang, ramai dah mak bapak hulur duit poket kat anak-anak untuk tambah-tambah. Duit belanja sekolah sekarang pun ada yang bagi sampai RM10/hari. Dah takde yang pelik dah now. Belanja makin mahal. Setakat henbeg Longchamp tu sap sap soi mak bapak dia boleh belikan.

Aku dulu pun rembat baju kurung Mak Aji gi kerja. Kemain lawo tudung bawal aku silih berganti macam-macam kaler. Merelip siap. Padahal mak aku punya. So maybe anak-anak tu pun pakai maknya punya beg. Rilekslah. Jangan gelabah jubo.

Some kids nowadays, pakai iPhone, pakai Apple Watch, bawak kereta pi kolej, itu cuma normal dalam hidup dia. Kita je yang rasa pelik sebab dalam hidup kita, benda tu dianggap mewah. Tapi dalam hidup orang lain, benda tu mungkin biasa-biasa je. Sama macam kita beli henbeg kat Shopee. Mungkin bagi family dia, Longchamp tu beg ke Village Grocer.

Hari tu aku nampak satu video, family from Indonesia. Dia ambik video anak-anak perempuan dia age 6-8 tengah landing sambil layan iPad kat business class seat (flight). Caption maknya "My daughters started life flying business class. Good luck to the future in-law".

Entahlah, aku baca macam takde nada-nada riak lansung, tapi tak tahu kenapa ramai merentan kat komen. Betullah apa dia cakap. Anak-anak dia dah biasa fly business. Nak buat camana. Kalau kau rasa tak sekufu nak berbesan dengan dia, scroll je lah. Halah halahhh.

You know why? Sebab ramai orang masih ingat MEWAH tu satu definisi universal. Padahal konsep mewah tu relatif, depend pada background and persepsi masing-masing. Contohnya, aku dari family B40. Beg Longchamp bagi aku mahal. Tapi kawan aku yang tahun 80-an dah duduk banglo, mak bapak Profesor, zaman sekolah pun dah pakai Dr Mart, Longchamp tu mungkin kategori casual everyday bag je.

Sama macam T20 and B40 tengok harga rumah. B40 dengar T20 beli rumah harga RM1.8 juta, geleng kepala. Buat apa membazir katanya. Baik beli tanah, buat rumah sendiri, baru 600K. Katanyaaaaa. Tapi orang T20 tu maybe kata 1.8M kira murah dah untuk landed house dengan segala facilities and access yang berhampiran. Tak semua orang pikir cost, ada yang pikir worth. Sebab “mahal” tu relatif. To some people, mahal tu bila harga tak sepadan dengan nilai yang dia dapat. Tapi bagi orang lain, kalau sesuatu benda tu menjimatkan masa, selesa, dan peace of mind, itu dah dikira worth it.

Dulu, budak uni register datang dengan fail, baju kurung, beg kain sangkut kat bahu. Desa sangat. Kahkahkah. Tapi itulah norma waktu tu. But now, dunia dah berubah. Even majikan sekarang pun tengok presentation dari cara berpakaian masa interview. Kendian baru tengok benda lain. Jadi tak heranlah kalau dak-dak now sangat bergaya. 

Lagipun, dak-dak now dibesarkan by being exposed to aesthetics and aspirations from a much younger age. Dari kecik dah tengok YouTube, TikTok, Pinterest. Semua ni developed gaya. Si Rayyan tu gitulah. Pinterest je kerjanya. Apa-apa hal tengok Pinterest. Geram aku.

So kalau today nampak interns atau fresh grad pakai beg Coach, belum tentu dia pakai duit loan/scholar beli. Yang tu kebanyakannya lifestyle dari rumah dah begitu. Memang dari kecil dorang dah biasa pakai macam tu. Entah-entah henbeg tu maknya punya. Tak semua student mesti nampak “susah”. 

Budak-budak sekarang dah makin pandai jaga penampilan dan tahu apa yang dorang suka. Dari kecik dah pakai Guess, OshKosh B'Gosh segala. Dak Korea tu pun jenis yang minat fashion dari kecik. Seluar pendek bodo duduk kat rumah pun dia bantai High Cultured. Aku cakap kau yang nak beli, kan. Pakai allowance sendiri. Kalau habis aku memang tak tambah dah.

Itulah realiti zaman sekarang. Taraf hidup, cara dibesarkan and exposure setiap orang tak sama. Apa yang nampak mewah bagi kita, maybe biasa bagi orang lain. Masing-masing ada konteks dan cerita sendiri. Cuma tu lah, orang kita masih tak settle-settle lagi dengan status symbol. 

Kita ada satu penyakit yang pelik iaitu cepat triggered dengan kemewahan. Orang bawak henbeg mahal, kita kata dia riak. Orang beli kereta baru, kita kata dia menunjuk. Tapi kalau orang tu hidup susah, kita kesian pulak. Maknanya, kita hanya tenang bila orang lain hidup kat tahap “cukup-cukup” atau bawah dari kita.

Insecure namanya. Actually zaman aku kerja dengan gomen dulu ada dah penyakit ni. Di kalangan officer selalunya. Masa aku kerja gomen dulu, masih belum kawen.Tapi orang tahu aku dah bertunang. En Wan hantar bunga ke ofis, 44 kuntum. Bouquet tu sangat besar. Itu punnnn jadi bahan menjaki dorang kat aku.

Lepas tu En Wan hantar lagi. Bouquet besar juga. Terussss aku kena panggil dengan officer. Jangan obvious sangat katanya. Padahal aku tak pernah bawak tunang aku ke opis pun, hanya bunga je je yang muncul. Itu pun jadi bahan gossip.

Yang panggil aku tu officer lelaki. Yang panggil aku tu boss aku. Dia ok je. Cuma dia kata "Ada orang start bercakap pasal awak ni..". Aku macam...hmmphh. Bukannya aku ada skandal dengan orang dalam ofis tu pun. 

Then masa dah kawen, En Wan hantar aku pi kerja dengan kereta sport dia. Lagilahhhh jadi bahan mengumpat orang. Sumpah aku tak faham. As if aku RA je. Tak logik aku ada life yang lebih "mewah" dari officer. Gitulah agaknya logik dorang.

Tak sangka penyakit ni masih ada sekarang. Bila orang lain kelihatan lebih baik, kita rasa tercabar. Bukan sebab dia buat salah, tapi kita rasa kurang. We forgot that other people’s finances are none of our business. Kalau mak ayah dia mampu, biarlah. Kalau laki dia kaya, biarlah. Kalau dia pandai urus duit sendiri, biarlah. Janji kalau dia student, dia belajar. Assignment berhantar. Belajar bagus. Exam excellent. Kalau dia intern, asalkan hari-hari datang, task siap, tak bodoh sombong dan tak buat ofis aku macam mak bapak dia ada share, I'm good. Yang lain aku tak ambil peduli.

Satu lagi point yang kita kena always remember, budaya mewah pada budak-budak muda ni bukan dorang create. Most of them datang dari cara didikan keluarga. Kalau dari kecik dah biasa makan kat good restaurant, pakai branded clothes, holiday setahun 3 kali, itu adalah lifestyle yang diwariskan. Takde yang salah. Asalkan kerja siap, attitude bagus. Kalau berlagak, kerja hauk, belajar out, ini yang orang menyampah benaunya.

Dulu pernah viral satu budak TKC ambil result SPM dengan cantik bermekap. Teruk budak tu kena bash dengan netizen bangang se-Malaysia. Kecik-kecik dah pakai mekap katanya. Yang benaunya jeles sebab budak tu pandai, cantik, result SPM bagus and keluarganya mewah. Orang macam tak puas hati budak tu ada segalanya. Takde benda nak dihaukkan, dia hentam budak tu ambil result pakai mekap. Gila.

Aku sebenarnya lagi menyampah dengan orang yang menggalakkan untuk "nampak susah". Penyakit orang Malaysia. Kalau orang tu susah, makin ditatang-tatang. Especially those "influencer" yang buat video memasak dengan kuali dah haus, rumah tonggang-langgang. Yang ini orang kita suka. Sebab apa? Sebab orang tu nampak lebih susah dari dia. Jadi dia suka tatang. Konon inilah real life. Padahal kau suka sebab kau rasa tenang dia tak buat kau insecure. Tu je.

Sebenarnya budak uni, budak intern atau fresh grad pakai Longchamp, Polene, Coach bukan isunya. Isu sebenar netizen cepat sangat triggered bila nampak orang lain lebih senang.

Oh by the way, nak mintak aunty and uncle di sini doakan Redza dapat kerja. Budazah tu apply jadi cleaner kat uni kauuuu. Nak mohon jadi cleaner kena result exam bagus. Kalau exam bagus baru dibenarkan kerja. Exam dia hari ok, takde repeat paper. So dia dapat apply kerja. Cuma persaingan ramai. Dia boleh kerja 15 jam seminggu. 1 jam dapat 12 pound. Kemain lagi Birmingham nak apply kerja cleaner kena score exam, ya. Yang anak aku pun beria nau nak jadi cleaner. Doakanlah ya dia dapat jawatan tu. 


2025-11-18

GreenAard: GC Plus ada kaitan dengan menstabilkan gula darah, tapi tak bertindak secara directly.


Ada sorang follower tanya pasal blood sugar. Dia ada pre-diabetis, HbA1c 6%. Ok, memang ni pre-diabetis. Selalunya doktor tak bagi ubat dulu. Dia pun tak start any medication jadi dia nak ambil GC Plus. Aku cakap GC Plus ni bukan ubat diabetis. Kalau ambil GC Plus untuk turunkan HbA1c reading jadi normal, ini dah salah faham.

Yes, GC Plus ada kaitan dengan menstabilkan gula darah, tapi tak bertindak secara directly. In other words, ini bukan ubat untuk stabilkan gula dalam darah, tapi INDIRECTLY, boleh.

Msalah gula darah tak stabil ni can actually happen to anyone, baik lelaki, perempuan, muda, tua. Bila gula darah tak stabil, badan cepat rasa letih, cepat lapar, cepat marah, letih tak tentu hala, kepala asyik pening, tidur pun tak lena. Ini semua petunjuk awal. Lama-lama, jadi diabetes.

Nak kena diabetis ni tak payah makan gula manis. Makan banyak karbohidrat pun boleh dapat diabetis. Bila kita makan makanan tinggi karbohidratmacam nasi, roti, mi, kuih, kek, pastry, gula daripada makanan tu (glukosa) akan membuatkan pankreas keluarkan hormon insulin. Insulin ni macam kunci yang bukak pintu pada sel supaya glukosa boleh masuk untuk digunakan sebagai tenaga.

Tapi bila badan banyak sangat hadap glukosa (karbohidrat), insulin terpaksa kerja non-stop. Sel-sel dalam badan lama-lama jadi kebal dengan insulin. We call this condition insulin resistance. Bila insulin resistance terjadi, gula susah nak masuk ke sel, jadi dia duduk je dalam darah. Itulah yang buatkan bacaan HbA1c naik.

GC Plus bukan ubat untuk turunkan gula darah tapi ada sikit peranan secara tak lansung. Walaupun GC Plus fungsinya lebih kepada weight loss, cara GC Plus bekerja tu secara tak langsung menstabilkan gula darah juga. Aku explain logiknya kat mana.

Logiknya macam ni. Orang yang overweight atau banyak lemak kat perut, usually deal with that insulin resistance problem. Lemak perut ni bukan sekadar lemak simpanan tenaga, tapi lemak jenis ni aktif keluarkan bahan kimia yang boleh ganggu cara insulin bekerja. Lagi banyak lemak kat perut, lagi susah insulin nak buat kerja.

Bila ambil GC Plus every morning sebelum makan, HCA (Hydroxycitric Acid) dalam GC Plus akan “tipu” otak seolah-olah perut dah kenyang. Sebab HCA akan buatkan otak keluarkan serotonin. Serotonin akan buatkan badan rasa kurang lapar. Bila kurang lapar, you will start eating more mindfully. Lama-lama, kalori yang masuk badan berkurang, berat pun mula turun. Bila berat turun, sensitiviti insulin meningkat semula. Maknanya insulin tak perlu kerja teruk-teruk untuk tolong gula masuk ke sel. Maka gula dalam darah mula menurun juga. Kat sinilah GC Plus bantu stabilkan gula darah secara tak lansung.

Most people yang gula darah-nya tak stabil usually cepat lapar. Makan nasi pagi, tengah hari dah menggigil nak makan lagi. Bila lapar, badan cenderung nak makanan manis-manis because the body needs quick energy. Masalahnya, tenaga yang cepat buatkan blood sugar naik mendadak. Lepas tu, bila insulin naik untuk turunkan gula, energy kita drop semula. In the end, we just repeat the same cycle over and over. Naik, turun, naik, turun.

GC Plus ada kelebihan kat sini sebab dia bantu stabilkan selera makan. Dia hasilkan serotonin yang buatkan badan rasa tenang. Bila serotonin cukup, rasa nak makan berlebihan atau craving benda manis tu berkurang. Bila kita makan in a more controlled way, paras gula pun tak naik mendadak. Bila gula tak naik mendadak, insulin pun tak perlu keluar banyak. Bila insulin tak keluar banyak, risiko blood sugar drop mendadak (yang buat kita lapar semula) pun berkurang. Over time, your body system becomes lebih tenang and more balanced.

Selain HCA, GC Plus ada EGCG (Epigallocatechin Gallate). Dalam dunia sains, EGCG ni memang terkenal for helping to boost metabolism. Dia bantu badan manage blood sugar lepas makan. Bila kita makan nasi, roti, atau makanan manis-manis, blood sugar akan naik. Biasanya, orang yang prediabetis akan dapat big spike in blood sugar lepas makan. So this EGCG bantu lambatkan proses pencernaan karbohidrat dan serapan gula. Jadi gula tu masuk dalam darah slowly.

Dia macam ni. Imagine paip air. Kalau kau bukak besar, air melimpah. Kalau bukak perlahan, air flow cantik. EGCG gitulah. Dia pastikan gula tak masuk dalam darah sekaligus. Gula masuk pelan-pelan, jadi insulin pun dilepaskan secara terkawal. Sebab tu gula darah jadi lebih stabil sepanjang hari. Sebab tu yang makan GC Plus dia lambat rasa lapar sebab bila blood sugar stabil, energy pun lebih panjang.

Ada satu bahan aktif dalam GC Plus namanya thymoquinone. Thymoquinoneni ada sifat anti-radang. Ini penting. Sebab apa?

Sebab keradangan dalam badan (inflammation) is the main reason why your cells become resistant to insulin. Bila badan dalam keadaan stres atau keradangan contohnya dari makanan tinggi karbohidrat, atau kurang tidur, atau obesiti, hormon jadi tak seimbang, dan ini menyebabkan insulin tak efektif. So this thymoquinone tenangkan keradangan tu. Bila keradangan berkurang, sel-sel jadi lebih responsif pada insulin semula. Maknanya, insulin boleh buat kerja dengan lebih baik, dan gula lebih mudah masuk dalam sel.

Pernah tak tertanya-tanya kenapa kita suggest ambil GC Plus at least 30 minit sebelum makan?

Because at that time, your body belum dapat makanan lagi, but your metabolism is already active. Bila bahan-bahan aktif GC Plus masuk dalam badan, badan dah bersedia untuk hadap makanan yang bakal masuk. Jadi bila kita mula makan, sistem badan dah ready untuk bakar dan guna tenaga dengan lebih efisien. Karbohidrat daripada makanan tu tak terus jadi gula, but it is used or stored as a steady form of energy.

Ramai yang guna GC Plus akan perasan kesan macam lebih lama kenyang (maknanya lambat rasa lapar), tak craving benda manis sangat, tak mengantuk lepas lunch dan of cos inch loss. Sebenarnya, bila kau rasa kenyang lebih lama dah kurang craving makanan manis, itu petunjuk sistem gula and insulin dalam badan dah start seimbang. 

Nak lose weight ni bukan itu jam makan itu jam burn fat. Tak. Prosesnya lebih kompleks. Dia kena reset everything dulu sebelum lemak kau dibakar. Dari menseimbangkan gula and insulin, dari increase metabolisme, dari balancekan segala hormon dalam badan supaya rasa lapar berkurang, dari hit punca kurangkan cravings - EVERYTHING. Kendian nanti baru nampak lemak slowly berkurang.

Sebab tu nak lose weight bukan cepat. Yang turun cepat tu AIR. Nak turunkan lemak kau kena lalu semua sistem yang kompleks ni. Nanti bila hormon lapar (ghrelin) dan hormon kenyang (leptin) dah seimbang, kau akan perasan kau dah tak cepat lapar. Bila badan dah tak confuse antara "betul-betul lapar" dengan "nak mengunyah", masa tu baru senang nak maintain berat. GC Plus bantu reset sistem tu pelan-pelan.

Kadang orang ingat, “aku tak ada diabetes, jadi tak payah risau”

Realitinya, banyak orang sekarang sangkut kat HbA1c. Dorang tak sedar ada insulin resistance tanpa sedar. Nak tahu ada diabetis atau tak bukan cara cucuk jari tengok blood sugar reading, ya. Kau kena check HbA1c. Kat Thread aku baca dah ramai orang mengadu tak lepas syarat pi haji sebab sangkut kat HbA1c. Bacaan darah cucuk kat jari tu maybe still normal, tapi bila lepas makan mengantuk, cepat letih, kepala berat, mudah marah, tu semua petunjuk blood sugar tak stabil. Kalau dari awal tak jaga, lama-lama pankreas penat. Bila pankreas dah tak mampu keluarkan insulin, masa tu blood sugar betul-betul naik.

Walaupun GC Plus ni bahan semulajadi, orang yang dah ambil ubat diabetis kena careful. Reason kita tak bagi orang yang dah start diabetis medication ambil GC Plus sebab ada possibility blood sugar boleh turun terlampau rendah kalau ambil serentak. Bukan sebab GC Plus bahaya, tapi badan kita semua tak sama. Setiap badan dan ubat bertindak berbeza. Jadi to be on the safe side, kita tak bagi lansung sesiapa yang ambil ubat diabetis makan GC Plus.

Oh lagi satu, please. Jangan kerana kau rasa kau dah mencekik GC Plus, maka boleh tarah segala makanan manis kat luar tu. Kalau masih makan banyak makanan manis atau high carbs, kesannya tetap lambat.

By the way, Gloei masih belum masuk stok baru. Sementara stok belum masuk ni, kita akan teruskan dengan promo 3+1 (free sebotol). Once stok dah sampai, offer ni tamat serta-merta.

Lagi satu, setiap pembelian GreenAard, tak kira berapa harganya, akan dapat free Cleansing Gel 50 ml. Ini selagi stok sample CG masih ada. Kalau habis, habislah offer ni.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2025-11-17

Panty kena tukar setiap kali lepas mandi.


Kadang aku rasa, benda paling susah nak ajar manusia bukan subjek biologi, bukan sains, bukan matematik, tapi common sense. Benda yang kau ingat semorang tahu, rupanya ada yang langsung tak tahu. 

Baru-baru ni kat Thread, this lady cerita dia pernah ada sorang kawan yang everytime duduk bersila, keluar bau busuk. Lepas ditanya-tanya barulah tahu bau tu datang dari celah kelengkang kawan dia tadi. Rupanya kawan tu tak tahu yang seluar dalam kena tukar setiap kali mandi. Kau rasa??

Imagine dia tak tahu benda basic macam tu? Bila ditanya, katanya mak tak pernah ajar. Aku baca pun macam...ok jangan cerita pasal pantyliner la, memang konfem dia tak tahu.

Aku baca post tu pun dah terbau-bau hamis. Keputihan katanya keluar warna hijau! Just imagine keputihan sampai keluar warna hijau? Tak gatal ke camana? Ke dah terbiasa sampai boleh tolerate dengan bau busuk and gatal? OMG.

Ini bukan cerita pasal busuk, ini pasal mindset dan didikan asas.

Selalunya bila cerita-cerita macam ni keluar, ramai ingat orang tu mesti datang dari keluarga miskin, yang duduk jauh peruk kat hujung dunia, yang takde access to proper education or basic hygiene.

Toksah pikir sampai teruk macam tu lah, ya. Kot ye nak husnuzon pun pakailah logik sama. Kita dah tahun 2025. Maklumat semua di hujung jari. Harga seluar dalam RM15 pun dah boleh dapat 3 helai. So, ni bukan pasal miskin. Ini pasal mindset.

Teringat Prof UiTM dulu cakap "aku memang takleh duduk dengan B40". Dulu kita ingatkan dia bercakap pasal pendapatan, pasal budak miskin. Rupanya MINDSET B40. Sebab mindset determines everything. Bukan background, bukan position, tapi cara fikir. Kalau mindset tu betul, orang tu akan ambil tahu. Akan cari tahu. Akan belajar, walau benda tu nampak kecik. Like, takkan tak terfikir nak bertanya kenapa bawah tu berbau, kenapa berlendir..?

Kalau kita boleh tanya kawan pasal skincare, pasal serum, pasal jerawat, pasal jeragat, macamana nak bagi muka glowing, kenapa tak boleh tanya pasal benda yang jauh lagi penting like private part? Seriously, it’s the same body. Kau jaga muka sebab nak nampak cantik depan orang, tapi lupa nak jaga bahagian lain that actually determines your overall health.

Bila mindset tu betul, kita takkan malu nak belajar. Malah kita akan curious, nak faham kenapa benda tu jadi. Orang yang ada mindset betul tahu beza antara menutup bau dan mencegah punca bau. Badan kita ni bukan benda yang kena malu. It’s part of you. Kalau kau sendiri tak ambik tahu, siapa lagi?

Budak tu kata maknya tak pernah ajar. Aku tak sure bab ni. Yang aku tahu anak-anak patut dah diajar basic kebersihan diri. Macamana cara nak cebok. Lepas cuci bontot kena sabun tangan. Mandi at least 2 kali sehari. Mandi kena pakai sabun. Aku malas nak pikir bab period dia. Kalau seluar pun tak ganti 3 hari, please jangan mintak aku imagine pad dia, ya. Entah-entah sekali pakai 1 pad je dari siang sampai ke malam. 

Kebanyakan kita masih anggap ini topik yang memalukan. Aku bercerita pasal period pun ada yang kagum. Kagum katanya aku berani bercakap pasal period terang-terangan.

Why nak malu? Nak malu dengan siapa? Dengan lelaki? Kat sekolah dulu kita semua belajar sains kot. Subjek sains tingkatan 3 bab pertama sekali pasal pembiakan. Terang-terang dalam buku teks gambar struktur penis and ovari. Siap label mana satu clitoris, testis, segala. Nak malu apanya? Tapi tu lah, ramai anggap ini topik malu. Konon nanti anak terlebih tahu, nanti terpengaruh. Padahal inilah ilmu yang boleh selamatkan anak daripada malu in future.

Kat sekolah cikgu terang-terang cakap pasal ovum, uterus, sperma, tapi bila nak cakap atau bertanya pasal penjagaan alat sulit sendiri, malu? Come on, anak lelaki ke perempuan ke, esok dorang ada pasangan sendiri, ada keluarga sendiri, semua tu akan jadi knowledge.

Parentslah orang pertama yang patut ajar anak (perempuan) pasal haid, keputihan, dan private part. Bila anak perempuan faham cara jaga diri, she won’t feel ashamed of her body. She will know when something is not normal, and she will know bila perlu jumpa doktor. Tapi kalau dari kecik dah dibiasakan dengan malu bertanya, or “takpelah nanti tahu sendiri”, jadiklah macam si kawan yang celah kangkang bau hanyir tu.

Tak tukar panty bukan small matter, ya. Aku ni kalau melipat baju, siap kira berapa banyak spender En Wan and anak-anak. Biar banyak, jangan sikit. Kalau sikit, memang aku tanya "Apesal sikit sangat spender kat bakul ni? Tak tukar spender ke?"

Tapi selalunya dorang akan reply "malam takyah pakai spender". Kalau weekend pun tak pakai spender. Ni si Rayyan seminggu tak sekolah sebab sekolah dah start SPM, konfem seminggu ni aku basuh 2 helai spender dia. Konfem punya.

Perempuan please, ya. PANTY KENA TUKAR SETIAP KALI LEPAS MANDI. Panty liner kena tukar setiap kali lepas ke tandas. Kalau sehari tu kencing 14 kali, 14 kali lah kau tukar pantyliner. Aku takde keputihan tapi sebab bawah tu berkepap takde udara, jadi setiap kali ke tandas aku tukar pantyliner. Tu cara-cara takde keputihan. Kalau kau ada keputihan pleaselah tukar dengan lebih kerap. Especially bila start ada bau, atau discaj yang banyak daripada biasa, atau gatal. That's your body tells you something’s not right down there. Cepat treat. Jangan buat donno.

Lagi satu, aku tak tahu siapa yang ajar konsep spray perfume kat bawah. Please stop. Bau wangi takkan hilangkan bakteria. Busuk tu datang dari dalam, bukan kat seluar dalam kau. 

Keputihan sebenarnya perkara normal. Itu cara badan kita self-cleaning. Dia keluarkan sel mati dan bakteria yang jaga faraj. Tapi yang normal hanya bila keputihan tu jernih, tak berbau, dan tak gatal. Kalau dah warna kuning, hijau, lendir pekat berketul, bau hanyir, itu namanya infection. Samada bakteria atau fungus. Antara puncanya, seluar dalam.

Bila panty lembap, especially kalau tak tukar lepas mandi atau lepas berpeluh, area tu jadi tempat bakteria membiak. Tambah kalau jenis suka pakai seluar ketat, fabrik tebal. Bawah tu tak bernafas. Mula-mula memang tak rasa apa. Nanti slowly start gatal. Lama-lama keluar lendir. Lepas tu warna keputihan berubah. Tau-tau je keluar macam bau bangkai tikus tersepit bawah kerusi.

Orang perempuan kena tahu apa bau yang "biasa". Kita punya bawah ni ada baunya. Bukan tak berbau lansung. Ada. Bau yang "biasa" sepatutnya natural dan tak menusuk. Macam bau badan yang normal. Ada, tapi tak sampai buat orang lain tanya “bau apa tu?”. 

Benda ni penting sebab ramai perempuan ingat bawah tak boleh ada bau langsung, jadi ada yang sembur perfume, sapu lotion, letak bedak nak bagi wangi. Please jangan nak memandai-mandai letak wangi-wangian kat bawah tu, ya. Kita ada normal flora yang boleh bersihkan bawah tu. Makin kau sapu macam-macam, makin rosak normal flora, makin banyak rengsa nanti.

Yang jadi masalah now, ramai perempuan tak pernah diajar kenal apa yang normal dan apa yang tak. Kebanyakan yang nak beli Herba Rahsia Rimba bila ditanya ada masalah apa, dia cakap ada keputihan, Aku always tanya keputihan tu macamana. Kalau tak gatal, tak bau, tak banyak, THAT'S NORMAL. Sebab badan kita ni ada phase tertentu yang memang akan keluarkan discaj.

Fasa subur (ovulation phase) contohnya. Selalunya pertengahan cycle period (hari ke 12-16 kalau period kau regular 28 hari). Waktu ni estrogen tengah tinggi dan badan keluarkan lendir. Warnanya jernih-jernih, licin, dan quite banyak. Macam putih telur mentah. Discaj jenis ni tujuannya nak mudahkan sperma hidup lebih lama dalam rahim kalau kau tengah TTC. Ini discaj yang NORMAL. Jangan gelabah.

Fasa before and after period pun sama. Ada discaj. Masa ni progesteron tengah tinggi. Kau akan nampak warna discaj lebih pekat, macam putih susu, sometimes ada yellowish sikit tapi selalunya tak berbau. Ini pun NORMAL sebab badan tengah bersedia untuk self-cleaning.

Kalau cuaca panas atau lepas bersenam pun ada discaj. Kadang sebab peluh, stress, atau perubahan hormon. Keputihan keluar lebih banyak. Tapi selagi tak berbau busuk dan tak gatal, this is NORMAL.

Herba Rahsia Rimba (HRR) memang untuk hilangkan keputihan tapi tak bermakna faraj kau kering terus. Tak. HRR akan treat keputihan jenis penyakit. Yang gatal, yang berbau, yang berwarna, yang banyak sampai basah panty kau. Kalau keputihan keluar sesekali and tak gatal, itu discaj yang biasa.

Tukar panty every time lepas mandi tu bukan gaya orang bandar, ya. Itu basic hygiene. Kalau hari tu kau mandi dua kali, tukarlah dua kali. Kalau tiga kali, tiga kali lah. Jangan kedekut. Bukannya spender kau pakai benang emas pun. Pantyliner pun sama. Kalau ada, pakai. Aku takde keputihan tapi aku sentiasa pakai pantyliner sebab just in case ada discaj keluar, sayang kat panty.

Apa-apa pun, kalau pepek kau gatal-gatal and keluar discaj, PLEASE RAWAT. Jangan buat biasa. Kadang kita ni terlalu bertahan dalam keadaan tak normal, sampai lupa apa itu normal. Semua benda bermula dari cara fikir. Kalau kau masih assume “alah, spender bertahi lalat je, bukan orang nampak pun”, jangan peliklah one day celah kangkang kau berkerak, hitam, menggerutu and berbau.

Kalau ada yang rasa, “Ala, benda ni simple je. Takyahlah explain panjang lebar”

Trust me, banyak masalah kesihatan perempuan today berpunca daripada benda “simple” yang diambik mudah. Dari panty yang tak disalin, dari sabun yang tak sesuai, dari mindset yang malas. Kalau benda semudah tukar panty pun dikata susah, aku tak tahu nak cakap apa dah. Mindset determines everything.


2025-11-16

Five years is not that long. But it’s long enough to change your whole life.


Kadang bila aku baca orang mengadu:

"Dah 5 tahun menanggung suami biawak. Semua atas aku. Kalau aku tak keluar duit, anak-anak tak makan!"

"Dah 3 tahun kerja kat sini, tapi takde increment"

"Dah masuk tahun ke 4 bercinta, takde tanda-tanda nak ajak kawen"

5 tahun dah. Same job complaints. Same relationship issues. Same money problems. Same weight. Kau bukan stuck tau tak? Kau yang choose to stay di keadaan yang sama.

Ini kenyataan untuk orang yang masih hidup dalam cycle yang sama, tapi every year mengeluh. Setiap masa mengeluh dan komplen, but kau masih bekerja in the same job you hate, still complaining about your partner, still broke, still tired, still hoping magik berlaku. Masalahnya, benda tu takkan berubah, sebab honestly, kau yang tak buat apa-apa untuk ubah.

Aku pun pernah berada di fasa hidup yang stagnant macam tu. Bangun pagi, pergi kerja, balik, mengeluh, tidur. Ni masa bila? Masa aku kerja kat satu biotech company. 2nd day kerja dah takde rasa nak pegi kerja. Vibe dia sangat dark. Every Isnin aku menunggu next weekend datang. 3 minggu je kat situ pastu aku quit. Aku ni jenis apa-apa hal mental health kena jaga dulu. So kalau dari awal dah rasa tak best, memang aku tak tunggu lama.

Dia ada beza tau bila kita "tak suka pergi kerja" dengan "tak suka kerja tu". Ramai orang tak perasan benda ni. Kadang bukan kerja tu yang kita tak suka tapi rutin nak pergi kerja tu yang buat letih. Kena bangun awal, traffic jam, deadline banyak. Tapi bila dah start buat kerja, sebenarnya ok je. Kerja susah macamana pun, kalau vibe ok, kau akan stay. Itu maknanya bukan kerja tu yang jadi masalah.

Tapi kalau environment kerja tu sendiri yang dark, colleague toksik, bos kaki menghamun, itu lain cerita. Nak buat task pun malas, bosan, lost. Itu tanda minat dah takde. You are not growing, you are just surviving. So penting untuk tahu bezanya. Kalau cuma tak suka pergi kerja, maybe you need change of environment. Tapi kalau dah tak suka kerja tu, you need change of direction. 

Kita sebenarnya tahu apa yang patut dibuat. Kita tahu kerja tu toxic, tapi kita takut nak move on. Kita tahu relationship tu tak healthy, tapi kita tak berani nak lepaskan. Kita tahu badan gemuk sebab lifestyle, tapi kita cari macam-macam alasan untuk tak berubah. Kita kata "nantilah". Tapi dah 5 tahun dok meratib “nantilah”.

Changing life ni memang sakit. Especially bila kita dah selesa dengan kesusahan tu. Kita dah comfortable with your own struggles. Sounds weird, kan? Tapi itulah realiti. Sebab struggle yang kita dah biasa tu memberi rasa familiar. Kita dah tahu pattern dia, kita dah tahu ending dia. Bila nak berubah, kita kena face uncertainty and fight our own fears. Kat sini ramai orang sangkut. Bukan sebab tak mampu, tapi takut. Takut benda baru. Takut fail. Takut hilang apa yang kita rasa “selamat” walaupun benda tu sebenarnya buat life stuck selama ni.

Hakikatnya, change is uncomfortable because it forces you to let go of control. You don’t know what’s coming next, and that’s scary. Tapi the thing is, kalau tak lepaskan benda lama, macam mana nak bagi space untuk benda baru masuk? 

Growth always starts with discomfort. Kena sanggup rasa janggal dulu sebelum jadi biasa. Kena sanggup rasa bodoh dulu sebelum pandai. Kena sanggup rasa susah dulu sebelum senang. That’s how transformation works. Most people want the results, but not the process. But the truth is, the process is the point!

Yang katanya dah 5 tahun takde perubahan, cuba tengok balik life kau lima tahun lepas. Kalau masalah 5 tahun lepas masih sama sampai hari ni, masih tak suka kerja kau, masih berat badan yang sama, masih stuck dengan hutang yang tak berganjak amount-nya, masih dalam relationship yang takde kepastian, masih dalam marriage yang membebankan, so the real problem is not the situation. It’s you.

"Aku terpaksa stay sebab takde pilihan"

No. You ALWAYS have a choice. Cuma sometimes pilihan tu mahal. Kadang pilihan tu perlukan keberanian. Making a choice means losing something. Tapi namanya tetap pilihan. 

Contoh, kau menyampah dengan kerja sekarang, tapi takut nak resign sebab banyak komitmen. That's fair. But at the same time, kau tak cari peluang lain pun. Kau tak improve skill, kau tak cari side income. So, kau bukan terpaksa stay. Kau pilih untuk tak ubah apa-apa.

Or dalam relationship. Kau tahu partner tu toksik, tapi kau stay sebab malas nak start all over again. Tak nak try kenal-kenal orang lain takut dikata betray relationship. Masalahnya, kalau 7 tahun bercinta tak nampak bayang ke arah nak kawen, kau nak hint apa lagi untuk kepastian? 

So again, bukan takde pilihan. You choose to stay in the kind of pain you have already gotten used to. Because familiarity feels safer than uncertainty, kan?

Maka kalau dah pilih untuk stay kat situasi yang sama, tak payah la buat post "Dah 5 tahun tanggung suami biawak..." SENYAP!

We often get the whole idea of change wrong. Kita dok pikirkan yang kalau nak mengubah hidup tu kena buat benda besar like berhenti kerja, migrate, start bisnes. Pastu hidup makin terbeban. Padahal, perubahan tu starts with the smallest things. Like bangun 1 jam awal. Atau stop follow orang yang buat kau insecure. Atau baca satu page buku every day. Atau simpan RM100 sebulan. Start small-small je.

Dulu masa aku nak mulakan habit baca 2 helai (4 muka surat) Quran everyday, rasa macam tak sempat. Mula-mula aku allocate lepas Maghrib. Tapi lepas Maghrib tu la En Wan ajak makan. Mulalah aku nak merentan mengacau aku nak mengaji. Lama-lama aku tukar jadual. Sart bangun awal 1 jam sebelum Subuh. Kalau Subuh 5.45 am maknanya next morning aku bangun 4.45 am. Barulah sempat. Barulah ber-tick habit tracker aku. Barulah laki aku tak kena lahar. 

The problem is, we underestimate small steps and overestimate motivation. Kita tunggu mood datang, tunggu masa sesuai, tunggu kalau ada duit lebih. Seriously, nak tunggu semua perfect, tau-tau je dah tua. Sebab hidup ni tak pernah bagi moment yang betul-betul ready. Kau kena jalan dulu, baru rasa ready.

Aku pernah jumpa ex-colleague yang dari aku kerja dengan dia dok meratib nak resign nak resign nak resign, tapi 10 tahun tak gerak-gerak. Bila ditanya kenapa tak resign-resign, "Ofis ni dekat dengan rumah".

Dah tu? Yang kau merentan 24/7 dah kenapa? Kau yang pilih untuk stay sebab ofis dekat dengan rumah. Maknanya kau lebih priorotizekan itu, so hadap je lah. The issue now here, kalau komplen, then berubah. Kalau tak nak ubah, jangan komplen!

Takut nak ubah sebab takut bila berubah keadaan makin teruk? Ok, itu valid. Tapi sebenarnya, staying stuck tu pun satu bentuk kegagalan cuma slower and quieter version. At least kalau kita cuba, kita tahu apa rasanya gagal. Tapi kalau tak buat apa-apa, kita akan gagal slowly tanpa sedar. Between the two, mana lagi sakit?

Lima tahun boleh ubah banyak benda kalau kita betul-betul serius. Dalam lima tahun, kita boleh dapat kerja baru, kita boleh kurus, kita boleh lebih sihat, kita boleh keluar dari relationship yang toksik, kita boleh ada savings, or at least kita dapat ubah mindset. Nak dengan tak nak je.

Aku punya konsep, kalau aku kekal dengan benda sama more than 6 months, itu petanda aku boleh carry the burden jadi tak payah nak merungut. Jalan je terus. 

Tak perlu tunggu Januari baru nak “new year, new me”. Start now pun boleh. Because if five years have already passed, the next five will pass even faster. Percayalah cakap aku. Five years is not that long. But it’s long enough to change your whole life, itupun kalau nak lah.


2025-11-15

Aku harap orang sekeliling kalau ada kawan yang baru bertudung, please jangan paksa dia buat perubahan drastik.


FB memories keluarkan status 15 tahun lepas.

Drama sungguh seorang Diana Ishak. Kena buang skirt pendek pun nak nangis.

Tak sangka dah 15 tahun rupanya seorang Diana Ishak pakai tudung. Mesti haters yang betting aku bukak tudung selepas 2 bulan pakai tu terbakor. Dulu ada blog reader screenshot orang ngumpat kat forum. Dia bet 2 bulan tudung aku tanggal. Terima kasih sudi mem-betting demi aku. Harap besorlah nilai betting tu. Janganlah takat RM20. 

Tapi tak salahkan orang juga. Siapa yang kenal aku zaman free hair dulu tahu gaya aku macamana. Rasanya takde siapa berani tepek kat blog pakai swimming suit. Nasib baik zaman dulu media sosial takde button share. Kalau tak, aku dah legend dah ni. Hahaha.

Nak istiqomah bertudung bila kau jadi pusat perhatian sebenarnya tak senang. Tengok je la berapa ramai celebriti yang akhirnya tanggal tudung. Samada kau boleh istiqomah atau tak banyak bergantung kepada environment. Bila orang keliling judge - pakai tudung tapi baju still ketat, pakai tudung tapi tak tutup dada, pakai tudung tapi masih berjoget-joget. Akhirnya yang pakai tudung tu givap. Dia nak buat baik pun kena kecam, baik tanggal je terus tudung. Kalau kena hina pun berbaloi. Gitulah agaknya pikiran dia.

Dulu aku bermula dengan tudung tak tutup dada. Sebab rasa ruginya blouse ada lace kat dada, ada bunga kat dada tapi orang tak nampak. Aaa gitu aku berpikir. 

Tak senang sebenarnya aku nak istiqomah. Sebab dulu aku agak daring. Skirt aku ke ofis semua atas lutut. Tak cukup dengan atas lutut, siap terbelah sampai pangkal paha. Kalau duduk, terkuak terus lagi 2 inci boleh nampak panty. That's how beraninya aku dulu. 

Tu belum blouse. Blouse aku kalau tak terkuak nampak cleavage bukan Diana Ishaklah. Baju kurung pun jenis yang see thru. Boleh nampak tube kaler apa aku pakai kat dalam. Rambut aku warna mahogany, ya! Ya ampunnn wild sungguh tak padan dengan muka desa! Kahkahkah.

Bila aku decide bertudung, nak berubah dari someone yang "berani" kepada muslimah, ini keputusan yang BERAT. Sangat berat. Masa tu wardrobe aku takde baju yang "menutup aurat". Blouse aku semua lengan pendek and see thru. Bottom aku 95% adalah skirt atas dari lutut. Tak banyak seluar slack kecuali jeans. 

Aku decide pakai tudung mendadak. Takde proper planning. Hari tu aku decide bertudung, esoknya aku realize, aku takde baju yang proper. Tudung pun sehelai je tu pun selendang pashmina. Bergegas lari ke Giant cari shawl. Yang ajar aku pakai shawl adalah akak yang jual shawl kat kiosk Giant tu. Tima kasihlah kak sebab ajar. Moga ada share pahala kepada akak selama saya bertudung ni.

Hari tu la beli baju, beli shawl, beli anak tudung, beli brooch. Semua beli hari yang sama. Beli sikit-sikit je dulu. Slowly sesuaikan diri. Awal-awal tu menangis tengok diri sendiri. Macam makcik-makcik! Dengan blouse lengan panjang, dengan seluar panjang, dengan tudung. Aku tak kenal diri sendiri bila tengok muka kat cermin.

Customer aku nampak "Diana, what happened?" 

Sampai macam tu sekali dorang terkesima. That's how drastiknya penampilan aku berubah. Mesti dorang ingat aku masuk ajaran sesat. Ye lah, kau imagine last week jumpa aku dengan skirt pendek belah sampai paha with blouse terkuak nampak alur tetek, alih-alih minggu depan aku macam ahli kumpulan nasyid Al-Mizan. Mau tak terkesima member?

Now bila baca balik status 15 tahun lepas, tergelak. Pebenda itu pun nak nangis. Tapi dulu, itu adalah decision yang BERAT! Hati masih belum betul-betul kuat. Masih ada potensi nak berbolak-balik. 

Dulu ke mana-mana pergi sangat konfiden. Bercakap depan customer konfiden. Buat presentation adhoc pun sap sap soi. Sebab aku selesa dengan penampilan. Bila bertudung, 50% confidence aku hilang. Sebab aku tak selesa dengan diri sendiri. Nasiblah masa tu ada staff sales lain. Dapatlah aku lepak ofis buat paper work sementara nak kumpulan keyakinan. Biar dak-dak muda sales ni yang keluar jumpa customer.

Disebabkan aku pernah lalui semua ni, aku tak judge orang. Kau free hair, I'm ok. Kau sexy, I'm ok. Kau pakai baju separuh tetek terkeluar nak lepak semeja dengan aku pun aku ok je. Takde de aku nak segan aku bertudung kau kat sebelah pakai baju gitu. No. Bagi aku orang yang tak bertudung and sexy ni, dia "jahat" sendiri-sendiri. Dia bukan buat jahat dengan manusia.

Aku harap orang sekeliling kalau ada kawan yang baru bertudung, please jangan paksa dia buat perubahan drastik. Paksa dia labuhkan tudunglah. Paksa dia pakai stokinlah. Paksa dia pakai baju longgar-longgarlah. SABAR. Dia nak berubah dari free hair ke bertudung pun dah satu "penyeksaaan". Bagi dia space untuk sesuaikan diri. Bagi dia selesa dengan penampilan baru. 

Dia nak pakai shawl lilit tengkuk? Biarkan. At least dia dah satu step ke depan. Kita raikan itu dulu. Jangan kau sibuk nak jadi terpaling alim, terpaling influence dia untuk jadi lebih baik. Jam-jam tu jugak kau nak dia transform jadi muslimah sejati. Belajar bertenang boleh?


2025-11-14

Aku syak WYX dibayar oleh somebody.


Aku rasa teori aku pasal WYX ni hampir betul. Sebab tanda-tanya tu ada. Selalunya bila Johnny ada projek mega atau new projek nak release, mesti WYX buat hal. Setiap kali new drama nak release, mesti dia buat hal kat Weibo. Tapi itu ok lagi. Yang aku dan kawan-kawan muskil ni macamana setiap kali Johnny nak signup mega projek, WYX boleh tahu? Sebab setiap kali sebelum any official news tentang mega projek Johnny mesti WYX buat hal kat Weibo. 1-2 kali bolehlah dianggap kebetulan. Kalau dah kerap sangat, aku tak rasa kebetulan. Aku syak WYX dibayar oleh somebody dalam industri ni sendiri.

Tak rasa pelik ke, apesal cerita lama diungkit-ungkit kembali? Dan setiap kali WYX dah buat hal, dia akan padam post tu after 1-2 hari kendian? Padahal cerita tu kisah lama yang dah dibuktikan FITNAH. Dah menang kat mahkamah. Kalau WYX tak puas hati, dia boleh je bawa kes tu ke mahkamah semula. Tapi dia tak buat pun. Dia bising-bising kat Weibo je. Kalau betul kau ada bukti, why tak naik court je? Dan kenapa sepanjang 9 tahun ni takde isu lain melainkan isu lama yang diputar-putar semula?

You know why?

Reasonnya simple je. Sebab kredibiliti, work ethics and performance Johnny in acting tak boleh disangkal. Dia always ada good repo dari directors, crews, co-stars and production. Setiap projek drama dia PASTI habis awal, tak pernah drag. Attitude dia always dapat pujian. Sejak his first debut, tak pernah ada skandal dengan mana-mana artis perempuan kecuali Dilreba. Dari 2016 his first drama until 2020, takde sebarang gossip percintaan except tuduhan gay impak dari drama Addicted. Impak drama tu terlalu strong sampaikan dia lagi banyak digossipkan dengan actor lelaki daripada perempuan.

Satu-satunya gossip dengan artis perempuan cuma Dilreba. Dari start berlakon sama tahun 2020 until now, masih lagi orang dok bercakap pasal ni sebab dua-dua tak pernah keluarkan any statement. The moment Johnny digossip dengan Dilreba barulah WYX munculkan diri. Kalau tak kerana berlakon dengan Dilreba, mesti WYX senyap. Insecure nak mati bila ex kena gossip dengan Dilreba.

Aku rasa awal-awal kemunculan WYX dulu memang sebab dia bengang Johnny dengan Dilreba. Tapi gossip-gossip yang WYX buat to Johnny selepas itu aku syak dibayar oleh somebody. This somebody takde modal lain nak jatuhkan Johnny, jadi dia menggunakan WYX untuk ride old issue. That's why takkan ada gossip lain tentang Johnny melainkan kisah dia dengan WYX. Orang ni takde modal nak jatuhkan Johnny sebab Johnny memang sangat menjaga tindakan dia. Ke mana-mana dengan body guard and gym trainer. Takde ruang untuk dia digossipkan dengan perempuan lain.

Aku idoklah menyampah sangat dengan WYX ni. Dia ni cantik. Bagi aku WYX memang cantik, no wonder Johnny suka dia dulu walaupun dia tua 6 tahun dari Johnny. Aku pernah baca satu post WYX 2 tahun lepas dia tunjuk satu kad birthday ke apa ntah, ada tulisan tangan from Johnny "You will always be my little girl". Tak sure la betul ke tak itu tulisan tangan Johnny, dialah claim. 

Dalam post lama Johnny tahun 2016 ada satu gambar tu gambar kat bar. Ada gelas beer, and caption Johnny #mylife #mylove #gone. Aku yakin Johnny pernah sayang dia sangat-sangat. Tapi kau yang mintak break masa Johnny di titik paling bawah, pastu kau kawen dengan orang lain, bila dah bercerai kau stalk Johnny and start buat fitnah macam-macam. Lambat dahhhh, mamat tu dah move on. Dahlah makin berjaya, makin famous, makin kaya, makin hot. Mau tak meroyan?

Baru-baru ni SEBELUM official announcement mega drama bertaraf S+, a day before WYX dah start buat post merepek. Tapi takde siapa ambil port sangat. Kelmarin dia buat new post keluarkan gambar "marriage certificate". Tup-tup pagi ni keluar news karakter Jiang Chengyi (played by Johnny in Last Song in Winter), officially surpassing 100K nominations untuk layak ke pusingan akhir Weibo Vision Grand Ceremony. 10 karakter saja layak ke peringkat akhir. Patutlah menggelupur WYX keluarkan "gambar kawen". Mesti somebody yang membayar WYX tu suruh WYX cepat-cepatkan create issue supaya orang beralih ke isu personal Johnny supaya chances dia nak menang tu tipis.

Aku muskil macamana setiap kali sebelum mega announcement mesti WYX create issue. Siapa sebenarnya di belakang WYX? Aku tak rasa WYX ada connection dengan orang besar dalam industry. Kalau ada connection baik mintak orang tu bagi dia projek drama terus. Buat apa sekadar jadi netizen, ye tak? Baik jadi big star.

Kalaulah betul ada orang bayar WYX, masalahnya, Johnny tak pernah kisah menang atau tak anugerah. Anugerah yang dah pasti menang pun dia wakilkan orang lain naik ambik. Kalau kalah pun, schedule dia dah full until 2027. Dia tak perlu acah-acah naik stage every year semata-mata nak buktikan dia relevan. TU bukan level dia nak main macam tu. Tengok je la nomination dia melepasi pusingan akhir. Siapa sangka actor yang takde traffic macam dia boleh masuk pusingan akhir? Padahal fan club pun takde. Siapa yang vote sampai melebihi 100K? Kat sana nak vote pakai registered akaun yang aktif.

Kat Weibo, kalau kau nak join voting, kau kena ada bukti sign-in 30 hari (at least). Payah aku nak explain panjang pasal ni. Tapi ceritanya, mustahil 100K tu fake akaun. In other words, Johnny maybe takde fanclub yang berjemaah voting dia, tapi dia ada GENUINE fans yang suka karakter Jiang Chengyi tu. Sebab tu karakter ni masuk pusingan akhir. Masuk final pun dah happy, menunjukkan this character memang success.

Hari tu aku share banyak program Natural High kat IGS. Ada yang tanya "Kenapa dorang panggil Johnny tu HUANG SIR?"

Sebab Johnny ni duta pasukan polis. At the same time dia poster boy untuk pasukan army and firefighter China. Terlampau banyak berlakon watak pasukan beruniform sampaikan pasukan beruniform sendiri panggil dia Officer Huang. Tu pasal kawan-kawan dalam industry pun panggil dia Huang Sir. Itulah asal usul panggilan tu.

Sekarang Johnny masih di Milan untuk sambung shooting Natural High. Balik nanti dia terus masuk set new drama WINNER selama 120 hari. So total pending drama/movie yang menunggu tayangan sudah menjangkau 10 buah. Peramlah je lah drama and movie dia sampai tahun depan!! Takpe, tahun ni fans semua berpuasa dari tengok new drama Johnny. Kitorang ada la masa untuk singgah Korea kejap.


2025-11-13

GreenAard: Kenapa period datang awal selepas makan GC Plus?


Hari tu aku dapat DM dari sorang new customer GC Plus. Baca apa dia tulis:


1. Pesta berak-berak 5 kali sehari.
2. 17hb datang period, 22hb dah stop. 5 hari saja. Selalunya 8-9 hari.
3. 27hb period datang balik.

Dia tanya ok ke tak tu?

Ok good question. Sebelum tu aku nak share aku punya period cycle pulak.

Ini bulan ni punya. Period aku datang 30 Sept hingga 9 Oktober. Standard aku punya 10 hari atau lebih. Selalunya 10 hari. 27hb (Isnin) baru ni datang balik. Maknanya selepas 17 hari, period datang balik. Dia predict period aku until 5 Nov nanti.

Ini adalah fasa "terkejut" sebab aku start balik makan GC Plus secara rutin sejak September lepas untuk buat ujikaji ke atas diri sendiri. Nasib baik bulan tak puasa, gais. Kalau bulan puasa masak nak mengganti ni.

Now aku nak explain kenapa period jadi haywire bila ambil GC Plus. Oh by the way, ini adalah permulaan saja. Kalau korang pengguna pertama kali, please be ready dengan fasa "terkejut" ni. Dah lama-lama esok period korang jadi normal balik. So why agaknya period kacau?

GC Plus ada a few bahan aktif yang buat kerja masing-masing. Ada yang increase metabolisme, ada yang supress appetite, ada yang stabilkan gula dalam darah, ada yang stimulate serotonin excretion. Bila semua fungsi ni bekerja serentak, especially kalau badan kau jenis sensitif atau belum biasa dengan stimulant, memang boleh trigger perubahan hormon. Salah satu side effect yang paling cepat nampak ialah period datang awal.

So to understand this, kita kena back to basics.

Period cycle kita is controlled by four main hormones. Bila semua ni seimbang, period datang on time, tak cepat, tak lambat. Tapi bila kita ubah cara badan metabolize tenaga (contohnya bila start new diet atau makan new suplemen macam GC Plus), sistem hormon boleh terkejut. Sebab tu tadi aku cakap fasa "terkejut". 

Bila metabolism naik, banyak benda berubah dalam badan. Suhu badan naik, ovarium dan rahim akan alami perubahan hormon (terutama estrogen), proses ovulasi jadi lebih cepat, eventually your period ends datang lebih cepat than usual. So kalau kau start GC Plus minggu ni, tiba-tiba minggu depan datang period lebih cepat dari tarikh yang sepatutnya, itu tanda hormon tengah re-sync dengan metabolisme yang baru.

Ok let’s break it down step-by-step.

Pertama, GC Plus aktifkan sistem pencernaan. Ramai yang cakap lepas makan GC Plus, asyik berak je. Ini memang betul KALAU KAU MAKAN KARBOHIDRAT. Kalau tak, takkan berak-berak. Sebab fungsi GC Plus adalah memecahkan karbohidrat dan lemak yang tersimpan. Bila kau makan nasi, roti, mi, atau any sumber karbohidrat, GC Plus akan trigger sistem pencernaan untuk proses makanan tu dengan lebih efisien. Itu yang buat kau rasa nak buang air je, sebab badan tengah keluarkan lebihan yang sebelum ni tersimpan lama.

Kalau kau tak makan karbohidrat, takde apa sangat nak dipecahkan, jadi takkan ada kesan asyik berak-berak tu. Maksudnya, badan dalam keadaan normal dan tak perlu flush banyak benda keluar. So jangan panik bila asyik ke toilet. Itu tanda GC Plus tengah buat kerja. Kalau kau jenis tak makan karbohidrat langsung atau kurang karbohidrat dan tak berasa nak membuang pun, itu pun normal. GC Plus ikut ritma badan, bukan paksa kau berak takde sebab. GC Plus bukan julap.

Kedua, GC Plus akan stimulate sistem saraf. Dalam GC ada green tea extract. Ini stimulant ringan. Bila makan GC Plus, stimulant ni akan aktifkan central nervous system yang buatkan badan lebih alert dan tenaga increase. But this effect can also temporarily trigger kortisol (hormon sress). Kortisol has a close connection with your menstrual hormones. Bila kortisol naik mendadak, kadang-kadang otak akan anggap badan dalam stress mode, lalu ia ubah jadual hormon estrogen dan progesteron. Tu pasal haid jadi haywire sekejap dalam 1-2 bulan.

Bila estrogen and progesteron tak seimbang (walaupun sekejap), dinding rahim boleh mula jatuh lebih awal. Itu sebabnya keluar darah warna coklat (old blood) atau spotting. Ini bukan period baru yang sepenuhnya, tapi sisa hormon yang dah turun lebih awal. So, sebenarnya itu bukan masalah besar. It’s a temporary hormonal fluctuation sebab badan tengah sesuaikan diri dengan supplemen baru (GC Plus).

GC Plus ada bahan aktif utama yang dinamakan Hydroxycitric Acid (HCA). HCA ni yang kurangkan rasa lapar dan block pembentukan lemak. Bila HCA tinggi dalam darah, dia juga boleh influence tahap serotonin. Serotonin ni sejenis neurotransmitter yang kawal mood dan keseimbangan hormon. Bila serotonin naik, estrogen can also be slightly naik. Dan bila estrogen naik, dinding rahim boleh luruh awal.

Dalam GC Plus juga ada green tea extract. Green tea ada kafein. Dalam GC Plus tak banyak, around 2-4% saja. Tapi walaupun sikit, kafein boleh rangsang sistem saraf dan boleh kacau hormon prolaktin & estrogen temporarily. Sebab tu certain women yang sensitif akan experience period datang lebih awal, atau lebih banyak, atau lebih pendek dari biasa.

So, normal ke kalau period datang awal bila ambil GC Plus?

Yes, normal dan sementara. Dah lama-lama ni, bila badan dan adapt, period akan normal semula. Awal-awal ni, badan tengah adapt dengan metabolisme baru. Hormon tengah nak sync semula. Biasanya keadaan ni cuma berlaku 1-2 cycle. Lepas tu, ok balik. Dia takkan datang sebulan dua kali. Tapi kalau period jadi terlalu panjang (lebih 15 hari), atau datang balik lebih 2 dari 2 kali dalam sebulan, itu kena stop. Maybe badan kau too sensitif dengan stimulant. Bukan apa, some people badan dia memang sensitif bila ada perubahan mendadak dalam metabolism dan hormon.

It’s all about body adjustment sebenarnya. Bila start GC Plus, tiba-tiba period datang awal, itu tanda badan tengah reset sistem hormon ikut metabolisma baru. Think of it like system reboot. Bila badan on new mode (lebih aktif, lebih cepat bakar kalori), sistem hormon akan adjust untuk match energy level baru. Yang penting jangan panik, bagi masa 1-2 cycle and minum air banyak (2-3L memadai). Period akan back to normal bila badan dah serasi. Masa tu, weight loss pun jadi lebih smooth sebab hormon dah stabil dan metabolisme dah steady.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2025-11-12

Bila dah kahwin, keluarga kau bukan lagi pusat dunia kau. Keluarga yang kau bina bersama isterilah yang patut jadi priority.


Aku komen pada post atas ni. Secara general, aku faham si suami nak kurangkan serabut taknak keluarga dia pikir yang bukan-bukan kenapa isteri bercuti sendiri. Tapi so sorry to say, dari point of view aku, kalau itu suami aku, aku straight filekan cerai. Takde bising-bising dah. Takde merajuk-rajuk. Because you know why? Sebab suami takde kote nak mempertahankan wife di depan keluarganya yang dia sendiri tahu keluarganya toksik!

Kau dah tahu family kau punya perangai macamana, lagi kau bagi modal keluarga kau mengutuk bini? Esok lusa itulah modal dorang jaja cerita bini kau bercuti pun mak bapak sponsor. Bini bercuti tak bawa laki. Mertua kedekut bercuti tak ajak menantu. Kau nampak tak kau punya plan nak hilangkan serabut kau hanya akan menambahkan serabut si bini.

Aku tak faham logik some people (in this case the husband) merasa perlu menipu demi nak jaga air muka sendiri dan tak nak keluarga sendiri sangka buruk walaupun yang dikorbankan tu adalah maruah isteri sendiri. Hello? Akai mana?

Kau dah tahu mak bapak and adik-beradik kau toksik, patutnya AJAR dorang untuk berlapang dada dengan kelebihan isteri kau. As suami, belajarlah untuk betulkan mindset mak bapak yang tak betul tu.

Contoh, kalau itu kereta bini kau, bagitahu itu kereta bini. Jangan bila mak kau jaja cerita kau pakai kereta baru, kau buat senyap tak jelaskan yang kau pakai kereta bini. Kalau rumah tu nama korang berdua laki bini, jelaskan pada mak bapak yang rumah tu bukan kau punya sorang. Ada 2 nama. Bagitahu. Bila kau tak jelaskan benda-benda yang kau rasa alah tak perlulah bagitau, one day benda-benda simple macam ni la yang bagi kau serabut.

Aku faham ada lelaki malas nak rumitkan keadaan, jadi jalan selamat adalah tipu sunat. Bagi dia malas nak mengguris hati keluarga especially mak bapak. At the same time taknak bergaduh dengan isteri. Tapi cara kau tipu adalah berat sebelah. Kau tak memperbetulkan keadaan pun. Kau sorok hal yang betul!

Macam kes bini ni bercutilah. Kenapa nak kena mention bini bercuti dengan mak bapak sebab mak bapak isteri sponsor? Kenapa tak cakap je depan-depan muka mak bapak kau yang bini tu bercuti pakai duit sendiri?

“Saya izinkan Aminah pi bercuti. Saya tak mampu nak bawak dia, biarlah dia bercuti, lagipun pakai duit dia tak kacau duit saya”

Settle.

Kalau mak kau argue bini ada duit pergi bercuti tapi takde duit nak tolong suami yang tengah susah, like you mentioned earlier bini banyak tolong kau, then bagitahulah mak bapak kau bini tu banyak dah tolong selama ni.

“Biarlah mak dia bercuti. Dia dah banyak berkorban untuk saya. Takkan duit dia semua nak bagi kat saya. Dia bercuti tak mintak saya sponsor pun dah besar rahmat”

Itu baru namanya partnership. Saling membackup, saling menyokong. Bukan kau selamatkan diri kau sorang!

Lelaki yang matang bukan yang menenangkan dua pihak dengan cara menipu, tapi yang pandai berdiri di tengah, bercakap benar dengan hikmah. Kalau mak bapak kau salah anggap, explain elok-elok. Jangan pilih untuk berhelah.

Tengok keadaan la nak berhelah pun. Helah kau tu tak menyelamatkan apa-apa, hanya tangguhkan letupan bom je. One day impaknya lebih teruk. Lagipun helah kau tu bersifat bias. Kau pilih satu pihak dan biar pihak lain (isteri) dalam keadaan salah faham.

Nak hidup tenang kan? Tenang tu bila semorang tahu kebenaran sebenar. Bila kau tak payah reka cerita depan mak bapak, tak create alasan depan isteri. Itu baru betul-betul tenang. Kalau amalkan tipu sunat ni, kau yang akan penat asyik kena tutup lubang yang kau gali sendiri.

Kau tahu bini tak buat salah. Kau tahu dia guna duit sendiri pi bercuti, tapi kau tetap mereka cerita konon “mak ayah dia sponsor" hanya nak elak family kau berkata-kata. For what? Nak jaga imej siapa sebenarnya? Imej kau atau keluarga kau yang tak reti nak beza realiti dengan inferiority complex?

Kalau sampai terpaksa tipu keluarga sendiri sebab takut bini disalah tafsir, itu bukan masalah wife. Itu masalah keluarga kau. Itu petunjuk kau tak cukup lelaki nak jadi protector untuk isteri sendiri.

Bagi aku, bila dah jadi suami, tanggungjawab bukan sekadar bagi nafkah. Kena pastikan orang lain termasuk family sendiri tahu letak duduk dorang dalam rumahtangga kau. Tak perlu biadab, tapi kena jelas. “BINI AKU, DUIT DIA, URUSAN DIA”. Biar statement ni terang dan jelas.

Suami sepatutnya bangga dan seronok bila bini pakai duit sendiri dan tak susahkan suami untuk gi holiday. Sepatutnya benda tu jadi kebanggaan, bukan bahan untuk disorokkan especially kat family. Biar family kau tahu bini kau bukan kaki kikis. Dia ada income.

Suami maybe tak tahu. Hakikatnya RAMAI keluarga mertua pandang rendah pada isteri. Bagi dorang, kalau anak dorang lelaki, rumah si anak tu dorang ada share. Sukati nak datang bila-bila masa. Sukati nak letak adik-beradik tinggal sekali. Sukati nak beramai-ramai berlonggok berhari-hari. Sebab dorang anggap bila rumah tu anak lelaki dorang punya, maka itu rumah anak dia sorang. Isteri hanya menumpang dan menghabiskan duit laki. Jadi bila kau pilih untuk taknak serabut, bermakna you are choosing your family’s fragile ego over your wife’s dignity.

Aku boleh imagine perasaan si bini bila tahu suami cakap dia pi bercuti dengan duit mak bapak. Kalau laki aku cakap macam ni, that’s it ya. Aku straight pi pejabat agama. Buat apa stay dengan lelaki yang takde telo? Tido sekatil, mandi bersama tapi masih lagi goyang bila berdepan dengan family sendiri. Tak reti nak protect emosi and airmuka isteri. Dah, pegi mampos. Duduk je lah bawah tetek mak kau. Sedut tetek mak kau sampai kedut.

Bini kerja penat-penat, kumpul duit, plan percutian sendiri, tapi kau downgrade dia as if dia masih ditanggung mak bapak. Kau nampak benda ni small matter, tapi bagi seorang perempuan, itu penghinaan yang dalam! Dah lah tak mampu nak sponsor bini bercuti, takkan jaga airmuka bini pun tak boleh? Bukannya keluar modal pun.

Kalau aku di tempat si isteri tu, like her, I’ll get mad too. Sebab kau cakap “just nak elak orang sangka buruk”, tapi dengan cara tu, kau sendiri dah buat orang sangka buruk pada si bini. Kau yang create narrative tu.

Yang aku curious, takut sangat dengan pandangan family sendiri ni dah kenapa? Apa teruk sangat ke perangai family kau sampai kena reka cerita untuk elak salah faham? Kalau betul keluarga kau jenis suka buruk sangka bila tengok bini ada duit sendiri, that says more about them than about your wife.

Ini adalah one of internalized patriarchy yang paling halussssssss tapi membunuh dalam diam. Ramai lelaki rasa dorang “melindungi” isteri bila cover cerita sebenar, padahal menambahkan sangka buruk di mata keluarga. Yang benaunya suami jenis ni masih merasa lelaki sepatutnya lebih berjaya dan lebih kaya daripada perempuan. Jadi bila isteri kelihatan lebih mampu, ego tu tergugat. Kan? Betul tak?

Tahu tak apa yang lebih hebat daripada menipu demi menjaga maruah keluarga?

Bila berani cakap kat family “Bini aku mampu sebab dia bekerja. Bukan sebab aku tanggung. Kalau aku takde, bini aku masih boleh hidup”.

Ada berani cakap?

Ini sebenarnya masalah mindset. Mindset yang dah lama rosak dalam certain family yang masih percaya perempuan kena duduk bawah lelaki dalam semua perkara. Tak boleh nampak menantu perempuan senang sikit, dikata kaki kikis. Tak boleh nampak menantu perempuan happy sikit, nanti dikata menghabiskan duit anak dia. It’s exhausting. Sumpah letih!

Tahu tak kenapa ramai perempuan jadi defensive bila ada orang sebut pasal duit, pasal rezeki, pasal kerja? Sebab pengalaman hidup mengajar. Most of orang yang tergugat dengan kelebihan isteri datang dari “keluarga sendiri”.

Macam kes ni, si suami bukannya tak faham, tapi lebih takut keluarga sendiri kecoh daripada jaga hati isteri. Padahal masa susah bini tu lah yang banyak tolong, tapi hati bini tak nak jaga. Sibuk nak kurangkan serabut sendiri.

“Dia banyak dah tolong saya. Biarkan dia berehat tenangkan fikiran. Saya seronok tengok dia holiday happy-happy. Yang mak pulak susah kenapa?”

Haaaa. Macam tu. Kalau aku memang sound tegak je. Mak tak mak. Bila anak membiarkan mak terus-terusan dengan persepsi negatif macam ni, tu pasal orang tua tu rasa dia betul 24/7. Dah tahu mak kau macam tu, cakaplah benda yang betul. Jangan di-feed mak tu dengan something yang boleh menambahkan ego dia.

Tak salah nak jaga hati family. Tapi kalau sampai kena menipu, kena merendahkan isteri, itu namanya PENGECUT.

Pengecut ni, kalau tak dikawal, boleh jadi racun dalam marriage. Sebab dia akan buat pasangan rasa tak boleh percayakan kau untuk protect her dengan cara yang betul.

Kena faham satu benda. Your wife/husband is your teammate. Kalau orang luar salah faham, sepatutnya kau defend dia, bukan tambahkan modal untuk buat orang bertambah salah faham. A man’s loyalty is not just about not cheating. It’s also about standing up for his woman when others try to belittle her. And in this case, you have failed to do that.

Some people rasa benda ni kecil je. Pujuk nanti oklah balik. Tapi benda kecil bila dikumpul, boleh jadi benda besar.

Hari ni tipu kata bini bercuti disponsor mak bapak.

Esok kalau family tanya kenapa bini beli kereta baru, kau kata “Abang dia bagi hadiah birthday”.

Lusa bila bini pakai gelang emas 40 gram, kau kata “Hadiah bos dia bagi sebab cemerlang”.

As if bini kau tak dan merasa semua ni kalau bukan ihsan orang. Ujung-ujung bila isteri dah hilang rasa, kau cakap bini kau ada skandal. Padahal isteri dah SUFFOCATED dengan sikap kau yang pengecut takde kote. Kat situlah bermulanya masalah besar yang kau kata “small matter” tadi.

Isteri akan beri refleksi baik kepada suami yang tahu menyokong. Tapi bila kau takut sangat dengan pandangan family, kau sebenarnya bagi signal bahawa keluarga kau lebih penting daripada dia. Padahal, kalau betul keluarga kau jenis suka buruk sangka, ini masa terbaik untuk ajar dorang. Bukan suruh kurang ajar, tapi ajar dengan tegas.

Cakap elok-elok.

“Kalau isteri saya nak bercuti guna duit dia sendiri, itu rezeki dia. Saya happy tengok dia happy”

Dengan cara ni, kau bukan je dah protect bini tapi mengubah mindset keluarga kau sama.

Benda ni nampak remeh, tapi sebenarnya melibatkan self-worth. Bila isteri tahu suami bangga dengan dia, protect dia, isteri akan jadi lebih konfiden. Perempuan bila dah sayang, dia simpan semua. Tapi bila dah kecewa, dia ingat satu-satu. Dia tak lupa. When the time comes, you will realize, dia bukan hilang kepercayaan dan rasa cinta sebab curang, tapi sebab kau tak protect perasaan dia ketika dia paling perlukan kau untuk bersuara bagi pihak dia. Memang patut pun kalau kau kena tinggal!

Aku tahu ramai tak suka dengar benda ni, tapi aku nak cakap jugak. Lelaki sejati ialah yang mampu ajar keluarga sendiri untuk hormat isterinya. Kalau kena menipu semata-mata nak elak family bersangka buruk, itu tanda ada yang tak betul dalam sistem keluarga tu.

Hope lepas ni lelaki-lelaki boleh belajar not to downplay your woman’s effort to protect your own image. Bila dah kahwin, keluarga kau bukan lagi pusat dunia kau. Keluarga yang kau bina bersama isterilah yang patut jadi priority. And if you still choose your family’s opinion over your wife’s truth, then you haven’t really understood what it means to LEAD.


2025-11-11

GreenAard: Berapa lama sebenarnya nak nampak kesan GC Plus?


Macam biasalah, everytime ada pakej deal GC Plus, mesti ada new customer yang nak try dan soalan favourite adalah "Berapa lama sebenarnya nak nampak kesan GC Plus?"

Haa ni lah topik yang aku memang kena cakap terus terang. Sebab hari tu kita ada buat pakej GC Plus 3+1 (maknanya sebotol free).Ini favourite pakej. Cuma akan datang dengan soalan “Kak, kalau saya ambik 3 botol GC Plus, boleh turun berapa kilo?”

Ok, kalau nak nampak KESAN GC PLUS, ini cerita lain.
Nak KURUS DENGAN GC PLUS, ini cerita lain pula.

Sebab kalau KESAN, it depends pada apa yang kau makan. Kalau kau makan karbohidrat selepas ambil GC Plus, kesannya memang berak-berak 4-5 kali sehari. Itu kalaukita nak cakap pasal KESAN. Tapi kalau nak lose weight, ini aku kena cerita panjang sebab perlukan kefahaman. Sebab mentaliti “3 botol terus kurus” ni dah jadi norm. Semua benda sekarang nak instant gratification. Sedangkan badan manusia tak beroperasi macam tu, sayang. Badan kita bukan mesin vending. Tekan, jadi.

Bertahun-tahun kumpul lemak sebab lifestyle yang tak aktif, makan ikut sedap tekak, umur bertambah hormon pun dah lari, takkanlah 2-3 bulan terus nak reset semua tu? Apetah lagi kalau nak aim turun 10 kg terus. Even makan ubat doktor pun, bukan semua boleh lose weight dalam tempoh sesingkat tu. Tapi biasalah, manusia cepat penat bila tak nampak hasil awal, kan? Padahal masa tu lah badan sebenarnya tengah start proses yang betul.

GC Plus ni bukan produk yang boleh cairkan lemak semalaman. Apa yang GC Plus buat ialah trigger semula sistem badan so that metabolisme naik balik, hormon lapar lebih stabil, dan energy bertambah. Dalam bahasa mudah, dia tolong badan ingat balik cara nak guna energy dengan betul. Tapi nak sampai ke tahap tu, badan perlu masa.

Biasanya dalam dua bulan pertama, badan baru kenal rentak semula. Masa ni ramai yang maybe akan start question “Saya dah makan dua bulan, tapi tak turun banyak pun”.

Kau nak turun banyak mana in 2 months, dik? Kumpul lemak 2 tahun, nak hilang in 2 months? Lose weight MAYBE boleh, tapi lose fat CANNOT.

Dua bulan pertama dengan GC Plus, maybe inch loss berkurang 3-5 inch. Ini fat loss. 1-2 bulan pertama, badan tengah adapt. Macam kau baru panaskan enjin kereta. Takkan baru start terus tekan 120 km/j. Samalah dengan badan. Metabolisme kau dah lama slow, dia perlukan masa nak tune semula. Bila somone makan 1-2 botol GC Plus pastu stop, kau sebenarnya potong proses tu separuh jalan. Badan tu baru nak start panas, kau dah matikan proses dia.

Dalam dua bulan pertama tu, bukan bermakna GC Plus tak berfungsi. Dia sebenarnya tengah buat kerja belakang tabir. Perubahan besar mungkin tak nampam kat cermin, tapi kalau kau perasan betul-betul, kau dah kurang craving benda manis, dah tak rasa nak mengudap macam dulu, baju-baju lama terasa lebih longgar and energy lebih stabil. Itu semua tanda awal metabolisme mula dihidupkan semula. Fasa ni penting sebab kalau anyone give up masa ni, you are basically not giving your body the chance to show what it can really do.

Lemak ambik masa untuk hancur. Sebab tu MEMBONGAK je bila orang kata dia turun 2 kg semalaman. Lemak TAKKAN turun secepat tu. Yang turun secepat tu adalah air. Lemak bukan macam air, kau minum hari ni, esok hilang. It is stored energy that your body built over months or even years, so naturally, it will take time to break it down. 

During this stage, your body is still adjusting. Your metabolism is trying to wake up. Your hormones are stabilizing. Your system is learning how to burn fat efficiently again. Kalau kau berhenti masa ni, it’s like stopping right before the engine starts running smoothly. 1-2 bulan pertama tu is the hard part which is getting your body to respond. Now you just need to stay consistent long enough for the results to catch up.

GC Plus works because it follows your body’s rhythm. Kau nak hasil cepat boleh, tapi hasil cepat tu biasanya tak kekal. Berat turun mendadak tu selalunya sebab air keluar, bukan lemak. Bila stop diet, semua akan naik balik. Itu yang orang panggil yo-yo effect. 

Perasan tak someone yang katanya turun berat dengan cepat like sebulan lebih 5 kg, tend to notice badan dia "Makan sikit dah naik balik". You know why? Sebab masa dia turun berat tu, yang hilang bukan lemak tapi air dan otot. Bila otot hilang, metabolisme pun jatuh. So bila dia mula makan macam biasa balik, badan dah tak mampu bakar kalori sebanyak dulu. That's why berat naik balik dengan cepat, kadang lebih tinggi dari sebelum berdiet.

GC Plus tak push badan untuk burn secara paksa. Instead, dia bantu balance balik hormon lapar, bagi tenaga kau stabil, dan aktifkan semula metabolisme supaya badan bakar lemak secara natural. Bila proses tu berlaku secara natural, hasilnya memang ambil masa tapi berat tu kekal turun sebab badan dah pandai maintain.

Aku boleh cakap at least 3 ke 6 bulan barulah sistem badan stabil sepenuhnya. Kau akan nampak beza pada inch loss. Kadang berat tak turun banyak, tapi seluar longgar, lengan kecik sikit, double chin slowly hilang, pipi tak tembam dah. Itu semua tanda lemak berkurang tapi otot maintain. Sebab tu aku selalu pesan, ukur pinggang, bukan timbang semata-mata. Dan jangan ingat lemak tu kat perut je. Lemak ada kat tempat lain, sometimes tempat lain dah hilang lemak tapi kau tak perasan sebab kau fokus kat perut.

Contohnya kat belakang badan, paha, atau bawah dagu. Tempat-tempat ni jarang kita tengok atau ukur. Kadang lemak kat situ dulu yang mula cair sebab aliran darah ke kawasan tu lebih aktif. Bila dah lama sikit baru lemak perut mula berkurang, sebab tu bahagian perut selalu jadi stubborn. So kalau dua bulan pertama rasa macam “Eh tak banyak turun pun?”, jangan givap dulu. Try ambil seluar lama yang dulu ketat, pakai balik. Kalau zip dah senang naik, itu dah progress.

Kalau kau rasa dua bulan tu macam lama sangat, meh aku bagi contoh. Pernah dengar Orlistat? Ini ubat doktor untuk kurus. Tapi walaupun ini ubat, kesannya tetap bukan serta-merta. Usually, doctors will monitor you for about 3 to 6 months before determining whether your body is responding well or not. Dalam dua bulan pertama, kadang cuma turun 1–2 kg je. Itu pun kalau berdiet. Why?

Sebab Orlistat bukan fat burner. Dia cuma halang sebahagian lemak daripada diserap oleh badan. Jadi kalau kau ambil Orlistat tapi masih makan berlebihan, hasilnya tetap slow. Same goes to ubat lain macam Liraglutide (Saxenda). Yang ni ubat cucuk. Doktor cucuk kau everyday. Ramai orang ingat kalau ambik yang cucuk ni seminggu turun 5 kg. Sila bermimpi, ya. 

Guideline perubatan kata hasil sebenar pakai cucuk ni pun ambik masa 3–4 bulan baru nampak perubahan. Perubahan ya, bukan slim terus tau. Baru perubahan. Itu pun kalau jaga makan. So kalau ubat doktor pun perlukan masa, logiknya produk natural macam GC Plus pun perlu masa untuk bantu badan adjust. Ini logik + sains.

Ramai tak faham, bila kita kata "badan awak metabolisme perlahan", bukan makna kata metabolisme tu macam suis yang boleh dion-off sekejapan lepas makan GC Plus. Metabolisme tu adalah keseluruhan sistem that involves your hormones, muscles, cells, and energy. Bila kita bertahun hidup dengan gaya tak sihat (tido tak cukup, stress tinggi, makan tak tentu, kurang bergerak), sistem ni jadi malas.

Bila kau start ambil GC Plus, dia bukan terus bakar lemak. Dia akan kejutkan dulu sistem ni satu-satu. Itulah sebabnya 1-2 bulan pertama tu nampak slow, nampak macam takde perubahan sangat. Sebab sistem tengah dibaiki. Bila dah stabil nanti barulah badan mula guna tenaga dengan betul dan lemak slowly nampak berkurang dengan ketara. Inilah juga punca kenapa ada orang berat tak banyak turun banyak tapi bentuk badan berubah. Sebab badan dah mula kumpul otot (yang lebih berat dari lemak), jadi walaupun timbangan nampak sama atau tak banyak beza, baju dah longgar. Itulah yang kita panggil INCH LOSS.

Ada orang nampak hasil lepas sebulan, ada yang ambil masa tiga bulan. Semua bergantung pada umur, hormon, genetik dan pemakanan. Badan kita tak sama, jadi jangan banding result dengan orang lain. Kalau kau baru nak start GC Plus, realistiknya aku boleh bagi macam ni untuk mudah faham:

1. Bulan pertama: badan start untuk adapt, hormon mula stabil, tenaga meningkat
2. Bulan kedua: craving berkurang, seluar mula longgar
3. Bulan ketiga: berat mula, slowly tapi stabil
4. Bulan keempat ke atas: lemak mula dibakar dengan lebih efisien, bentuk badan berubah lebih ketara

Tapi ingat! Yang aku list ni BUKAN formula tetap. Yang penting is konsistensi. Kau boleh makan supplement terbaik di dunia, tapi kalau seminggu ambil, seminggu lupa, janganlah harap magic. Konsistensi yang akan bagi hasil. Jadikan GC Plus tu rutin. Benda dah beli, kan. Makanlah. Nak simpan buat apa. Makan. Konsisten. Lama-lama kau akan nampak perubahan.

“Kak, kenapa kawan saya boleh turun cepat?”

Jawapan aku, sebab dia consistent. Itu yang pertama. Kedua, mesti dia jaga makan. Maksud aku bukan berlapar tapi dia tahu timing. Dia tahu bila nak makan, apa nak makan, dan bila kena stop. Bukan semua orang ada disiplin ni. Ramai yang rajin seminggu dua je, lepas tu bila tak nampak hasil cepat terus give up. Padahal proses ni semua ambil masa.

Kadang-kadang tu si kawan tu boleh turun cepat sebab badan dia memang tengah ready. Hormon dia dah stabil, tidur cukup, stress rendah. Kau pulak maybe tengah banyak tekanan, tidur tak cukup, hormon cortisol tinggi. Semua tu pun plays a major role in how your body burns fat. So jangan compare. Badan orang lain bukan badan kau. Fokus je pada konsistensi, sebab bila sistem badan dah betul-betul balance and ready, lemak tu tetap akan turun juga.

Slow progress is still progress. Aku tahu semua orang nak kurus cepat. Siapa yang tak nak, kan? Tapi kalau betul-betul nak hasil yang kekal, kena faham satu benda iaitu badan kita ambil masa untuk ubah dari dalam. 1-2 botol pertama tu baru permulaan. Badan baru nak panaskan enjin. So next time kalau rasa apesal badan macam tak slim-slim lagi, try tengok cermin. Mungkin pipi dah kurang bengkak, seluar dah muat balik, atau kau dah boleh naik tangga tanpa mengah. Itu semua progress.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.

2025-11-10

GreenAard: Ramai orang takut hati dan buah pinggang “rosak sebab kena tapis bahan dari suplemen”


Terima kasih yang tanya soalan ni pada staff GreenAard.

Inilah isu paling kerap didengar bila bercakap tentang suplemen.

“Rosak buah pinggang”
“Rosak hati sebab kena tapis banyak bahan kimia”


Reminder tu bunyinya logik. Tapi persepsi tu ada sikit salah faham. Aku explain. Baca slow-slow.

Ramai orang takut hati dan buah pinggang “rosak sebab kena tapis bahan dari suplemen”. Sedangkan hakikatnya, itulah kerja semula jadi organ-organ ni. 

Hati is kilang kimia terbesar dalam badan. Kerjanya tapis darah, tukar toksin kepada bentuk yang boleh dibuang, proses lemak, ubat, dan nutrien. Everyday hati kita proses beribu-ribu bahan kimia termasuk dari makanan sehari-hari like minyak, bahan pengawet, gula, dan juga ubat. Kalau hati kita boleh hadap segala jenis junk food everyday non-stop, logiknya dia takkan tiba-tiba rosak hanya kerana kita ambil suplemen dalam dos kecil.

Aku pakai contoh GC Plus sebab customer ni tanya pasal GC Plus. 

Satu kapsul GC Plus beratnya 450 mg, iaitu 0.45 gram. Kalau ambil 4 kapsul, jumlah keseluruhan hanya 1.8 gram. Untuk comparison:

1 biji vitamin C (1000mg) = 1 gram
1 sudu kecil gula = lebih kurang 4 gram
1 cawan nasi = 150 gram

4 kapsul GC Plus (1.8 gram) tu sebenarnya lebih kecik daripada satu suap nasi. Dari segi jumlah fizikal, kandungan GC Plus yang masuk ke dalam badan pun sangat kecik dan tak logik boleh membebankan hati dan buah pinggang. Sebab tu kita cadangkan AMBIL IKUT DOSE. Jangan ambil lebih dari apa yang kita cadangkan. 

GC Plus ada kelulusan MAL dari KKM. Bermakna KKM approved pengambilan 1.8 gram sehari. Lagipun GC Plus adalah produk yang anda tanda "T" dihujung nombor MAL-nya. "T" bermaksud persediaan tradisional. Maknanya takde bahan kimia. Segalanya bahan semulajadi. 

Campuran GC Plus adalah plant extract (Garcinia cambogia, green tea extract, pegaga, etc). Bahan-bahan ni semuanya nutrien, BUKAN TOKSIN. Bila masuk dalam badan, sistem pencernaan akan serap bahagian yang perlu dan buang selebihnya melalui air kencing atau najis just like proses biasa bila kita makan makanan harian. Jadi, hati dan buah pinggang tak perlu kerja lebih daripada biasa, sebab badan bukan me-nyah racun, cuma tapis lebihan bahan makanan semula jadi (dalam GC Plus) yang tak digunakan.

Aku rasa perkataan "ambil 4 kapsul" tu orang seram kot. Terasa banyak sangat. 

Dia macam ni. Ada ubat kena ambil 1 biji 2 kali sehari. Bukan sebab satu biji tak kuat, tapi sebab sistem pencernaan serap lebih baik bila diambil 2 kali. Samalah macam GC Plus. 4 kapsul bukan bermaksud dos tinggi, tapi 4 kapsul tu dah dikira dan disusun so that kesannya lebih sekata sepanjang hari.

Dalam mana-mana suplemen sekalipun (bukan GC Plus saja), air kosong is very important untuk tolong buah pinggang tapis bahan lebihan. Bila ambil GC Plus 4 kapsul sehari, pastikan minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari, dan elakkan ambil serentak dengan ubat lain (bagi jarak 1–2 jam). Insyallah bila air cukup, bahan-bahan aktif dibuang dari badan dengan baik tanpa beban pada hati and buah pinggang.

Dari perspektif farmakologi, dos GC Plus sangat kecik. Aku belajar food safety. Dalam food safety course kita diajar untuk calculate risk. Dos bahan aktif diukur dalam milligram per kilogram berat badan (mg/kg). So untuk orang dewasa dengan berat 60 kg, dos 1.8 gram sehari equal to 0.03 gram per kilogram berat badan (30mg/kg) sahaja. Dos ni dianggap sangat rendah dalam farmakologi. 4 kapsul GC Plus sehari masih dalam julat nutrisi, bukan dos yang boleh bebankan organ.

Isu sebenar yang buat hati atau buah pinggang rosak bukan pada "berapa biji", tapi apa isi dalam biji tu. GC Plus pakai bahan semulajadi, takde bahan tiruan atau steroid. Jadi walaupun perlu ambil 4 kapsul, risiko kepada hati dan buah pinggang tetap sangat rendah sebab bahan aktifnya bukan jenis yang perlu dinyah toksin secara berat oleh hati.

Same goes to buah pinggang. Ini pun penapis canggih. Tapis darah, asingkan sisa, dan maintain keseimbangan air dan mineral. Everyday buah pinggang tapis and produce 1-2 liter air kencing. Jadi, kalau ambil Nutrijuice and GC Plus, bahan-bahan aktif yang tak diperlukan akan disingkirkan as usual. Ini fungsi normal. 

Yang bahaya tu bila kau ambil bahan toksik dalam kuantiti banyak dan continuously, contohnya logam berat atau steroid atau certain ubat yang metabolitnya bersifat toksik. GC Plus dan Nutrijuice tidak termasuk dalam kategori ni.

Ada beza antara suplemen dengan ubat. Ubat (drug) dicipta untuk treat atau ubah proses biokimia dalam badan. Selalunya ada bahan aktif sintetik dan dosnya tinggi untuk bagi kesan yang cepat. Hati perlu bekerja lebih untuk pecahkan ubat ni dan menyahtoksin. GC Plus dan Nutrijuice bukan ubat. Dia tak paksa perubahan kimia.

Meh aku cerita macamana GC Plus diproses dalam badan selepas kau makan produk ni. 

Bila kau ambil GC Plus, bahan aktif dalam tu tak terus masuk ke hati untuk ditapis. Mula-mula dicerna dalam perut dan usus. Pastu nutrien diserap ke dalam darah. Then hati menilai samada bahan itu perlu disimpan, diubah, atau dikeluarkan dari badan. 

Dalam kes GC Plus, bahan aktif macam HCA bukan toksik. Bahan ni akan diguna oleh sel untuk produce tenaga (melalui mitokondria). Maknanya hati tak terbeban. Hati jalankan fungsinya macam biasa. Kalau kau minum kopi atau makan makanan bergoreng everyday, sebenarnya hati jauh lebih busy memproses bahan-bahan ni berbanding GC Plus.

Nutrijuice pulak sifatnya lain. Ini lebih kepada minuman. Bahan-bahan pun sangat simple dan biasa-biasa je. Ada ekstrak buah, delima, kurma, madu, dan tumbuhan yang kaya dengan sterol. Bahan-bahan ni semua ada ciri antioksidan. Hati dan buah pinggang adalah organ yang paling terdedah kepada oxidative stress sebab dua-dua ni always berinteraksi dengan bahan kimia daripada makanan dan ubat. Jadi, antioksidan dalam Nutrijuice berfungsi macam “bodyguard” kepada hati dan buah pinggang.

Tapi apa-apa pun aku akui, memang ada kes rosak buah pinggang selepas ambil produk tertentu. Tapi kebanyakannya sebab ambil produk haram/tiruan dan bukan suplemen yang diformulasi dengan betul. Contohnya, ada weight loss produk yang campur sibutramine atau steroid. Itu bukan salah suplemen. Itu salah penjual yang menipu. Masalahnya, orang jarang nak bezakan antara produk sah dan produk tiruan. Semuanya dia pukul rata.

"Produk weight loss rosakkan buah pinggang”

Padahal, kalau fikir logik, orang yang makan fast food, minum air manis, tidur tak cukup, tak minum air kosong cukup - buah pinggang dorang pun boleh rosak walaupun tak ambil sebarang suplemen. Maksudnya, buah pinggang rosak bukan datang daripada suplemen semata-mata, tetapi lifestyle and kualiti bahan yang masuk dalam badan.

Apa sebenarnya yang membebankan hati and buah pinggang?

Ok nak fahamkan konsep ni, kita imagine 2 orang.

A, makan fast food, minum minuman manis everyday, kurang minum air kosong, tidur lewat, tak bersenam.

B, makan home-cooked food, minum air kosong cukup, no sugar intake, ambil GC Plus (1.8 gram) and Nutrijuice (25 ml).

Siapa sebenarnya membebankan hati dan buah pinggang?

Jawapannya, A. Kenapa?

Dalam jangka masa panjang, organ A bukan rosak sebab suplemen, tapi sebab lifestyle. Sebab makanan yang dia makan mengandungi toksin berlebihan and tekanan metabolik. Jadi, bila orang kata buah pinggang rosak sebab kena tapis bahan suplemen, cuba fikir balik siapa tapis semua minyak, pewarna, gula, dan bahan pengawet dari makanan harian kita? Jawapan tetap hati dan buah pinggang. 

Hati dan buah pinggang dah buat kerja tu setiap hari sejak kita lahir. Everytime kita makan makanan bergoreng, minum air manis, atau makan jajan, hati dan buah pingganglah yang bekerja keras untuk pastikan darah kita bersih. Tapi jarang orang salahkan makanan ni semua. Orang lebih cepat salahkan suplemen, sebab suplemen nampak macam benda asing. Padahal, kalau kita ukur dari sudut sains, beban metabolik daripada makanan harian jauh lebih besar berbanding suplemen dari bahan semula jadi yang diambil dalam dos kecil. 

Salah satu sebab GC Plus dan Nutrijuice tak membebankan hati dan buah pinggang sebab produk ni berpaksikan formulasi saintifik. Dalam farmakologi, ada satu konsep penting dipanggil bioavailability. Bioavailability si satu piawai untuk tengok sejauh mana bahan aktif boleh diserap dan digunakan oleh badan tanpa meninggalkan sisa toksik. Our produk ada bioavailability tinggi, supaya small dose pun tetap berkesan. Yang penting takde bahan sintetik.

GC Plus bantu kawal selera dan metabolisma. Bila berat badan terkawal, lemak hati (fatty liver) menurun. Itu sendiri dah bantu hati jadi lebih sihat. 

Nutrijuice pulak tinggi antioksidan. Ini pun help protect sel hati daripada radikal bebas. 

Jadi dalam jangka panjang, dua produk ini support sistem detoks semula jadi badan, bukan melemahkan. Hati dan buah pinggang kita bukan ciptaan yang lemah. Ini organ-organ yang bijak, tahan lasak, dan boleh sesuaikan diri selagi kita tak seksa dia dengan toksin.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.  


2025-11-09

Nak dibagi kelonggaran bagi pregnant ladies yang dalam 1st trimester.


Ini adalah respond aku berkenaan screencap semalam tentang request someone nak dibagi kelonggaran bagi pregnant ladies yang dalam 1st trimester.

Walaupun aku sekarang seorang majikan, jangan lupa aku juga pernah jadi pekerja. Ada orang hanya ada pengalaman jadi pekerja, takde pengalaman jadi majikan. Perspektif dia hanya dari mata pekerja. Aku ada pengalaman dua-dua.

Aku pernah kerja makan gaji di government dan private sector.
Aku pernah kerja ofis, kerja lab dan kerja sales.
Aku pernah kerja offline sales dan online sales.
Aku pernah jadi sole distributor in the country, sole distributor in region South East Asia juga dan pernah jadi endorser.
Aku pernah jadi pelajar, pernah jadi lecturer dan pernah come out with syllabus untuk education program.

Basically, aku nak bagitahu aku pernah jadi kuli dan boss. Jadi, post yang aku tulis ni adalah dari perspektif aku sebagai majikan yang pernah makan gaji dan yang pernah mengandung semasa makan gaji.

Topik ni agak sensitif. Everytime orang sebut pasal isu perempuan mengandung susah nak dapat kerja, atau kerap MC masa mengandung, mesti akan ada dua kelompok yang bertekak. Kalau dari sudut pandang employee katanya majikan takde hati perut, tak empati, tak faham kepayahan ibu mengandung. Pihak majikan akan ada sudut pandang seorang majikan pula.

Aku dah jadi majikan for 17 years. Staff aku ada dari kalangan yang join the company dari zaman anak dara, kemudian kawen, dan beranak. Pengasuh bercuti, anak takde orang nak jaga pun, aku takde masalah nak bawak anak sesekali ke ofis.

Salah sorang staff aku, anaknya masih baby. Pengasuh cuti. Tapi dia tak mintak pun cuti. Dia minta boleh tak bawak baby 1 hari ke ofis. Aku izinkan. Berangkut tilam bantal ke ofis. Takde masalah. Kagum dengan kegigihan maknya yang masih nak datang kerja.

Anak toddler, pengasuh cuti. Nak bawak ke ofis 1 hari sebab pengasuh sakit. Ok takpe. Maknya masih nak datang kerja. Silakan bawak. Berangkut bakul mainan dengan beskal ke ofis untuk anaknya main. I'm ok sebab maknya masih ada tanggungjawab untuk siapkan kerja.

Aku sendiri pernah mengandung masa jadi pekerja. Lagi pulak kerja sales yang kena keluar jumpa customer hari-hari. Muntah-muntah? Yes, ada. Tapi doktor ajar "Pastikan dalam poket sentiasa ada biskut untuk dikunyah untuk elakkan loya". Aku ikut cara tu.

Masa tu aku masih pakai kereta Kancil. Seat Kancil keras. Untuk elakkan bumpy, aku letak kusyen tambahan. Sebab kebanyakan masa aku keluar jumpa customer, jadi nak elakkan bergegar-gegar dalam kereta. Imagine keadaan mengandung 1st trimester masih kena keluar jumpa customer, bagi presentation, buat demo, masuk lab dengan segala bau-bauan bakteria culture yang "wangiiii ngat!". Apa rasa kalau kejap-kejap aku cuti atau MC atau bagi alasan tak larat kat boss? Aku sendiri rasa bersalah.

Perut dah 6 bulan, aku masih panjat building HUKM dengan angkut thermocylcer 9 kg. Siapa pernah pegi HUKM taulah hazabnya parking dia camana. Dari parking ke building kena menapak. Sorong troli untuk letak thermocylcer. Naik bukit tolak troli. Pastu lift penuh. Ramai orang. Aku dengan troli pulak tu. Tak nak menyusahkan orang lain sebab troli tru nanti makan ruang lift, aku park troli kat tepi, kemudian angkut thermocylcer 9 kg tu dengan perut 6 kg naik tangga!

Bukan nak cerita aku hebat, tapi nak fahamkan apa maksud tanggungjawab. Sebab aku tahu nanti bersalin aku cuti panjang. Masa tu kerja-kerja aku collegue akan take over. Time tu aku nak rest betul-betul. Jadi now, siapkan kerja dulu. Aku tak nak orang lain menyunmpah hanya sebab aku mengandung.

Boleh je bagi alasan “tak laratlah". Tapi masa tu aku fikir, kalau semua benda aku elak, siapa nak settlekan kerja aku? Orang lain pun ada task masing-masing. Nak tak nak buatlah juga. Slow-slow lama-lama siap. Walaupun ada hak untuk ambil MC atau ambil AL tapi aku tahu bukan semua hak tu perlu digunakan sesuka hati. Kadang-kadang kita bukan tak larat, cuma penat sikit dari hari-hari biasa. Tapi bila fikir balik, kerja orang lain pun bergantung pada aku. Kalau aku hilang sehari, ada meeting yang delay, ada customer yang tak dapat quotation, ada orang lain yang terpaksa cover. So walaupun boleh cuti, aku pilih untuk tahan.

Now bila baca ada yang mintak kelonggaran untuk mak-mak yang 1st trimester, ntahlah. Bagi aku yang pernah jadi pekerja, pregnant tu bukan lesen untuk berhenti jadi responsible. You don’t earn respect by demanding sympathy. You earn it by showing effort even when no one expects you to.

Bukan kata ambil MC atau ambil cuti tu salah, tapi sampai nak minta considerion bagi kelonggaran semasa 1st trimester atas nama “tak larat”, that’s not about pregnancy anymore. That’s about attitude. Pregnant memang penat, aku tahu. Tapi kalau every time rasa tak selesa je nak cuti, susahlah. Tthat’s why other pregnant women end up being judged.

Bukan takleh cuti. Tapi guna hak tu dengan bijak. Kalau betul tak larat, minta rehat. Tak pun, habiskan AL rest kat rumah. Dah habis AL kalau masih tak larat, minta unpaid leave sampai bersalin. Sometimes kita ni nak win saja, cuti nak simpan. Tak nak win-win. Nak gaji jalan tapi nak cuti sokmo. Sedangkan company pun ada operasi kena jalan, bukan boleh ikut satu orang je.

Siapa yang follow preganancy aku masa dengan Rayyan mesti tahu sepanjang aku preganant, 3 kali bleeding. Sampai doktor nak masukkan aku dalam ward. Dia tak percaya aku boleh bed rest at home. Tapi aku refuse, aku cakap aku nak rest kat rumah. Padahal aku baring sambil laptop atas tetek, masih buat kerja.

Masa aku tersadai kat hospital 1 bulan, aku cakap kalau nak tahan aku 2 bulan pun takpe tapi aku perlu bawak laptop dan aku kena charge henfon selalu. Lulus. Maka aku kat katil hospital dengan laptop everyday. Customer sorang tak tahu aku tersadai kat hospital sebab quotation masih berjalan, email masih bereply. Cuma delivery je minta staff handle. Kadang bukan soal boleh atau tak boleh buat kerja, tapi nak atau tak nak buat.

Kita kerja ni ada tanggungjawab dua hala. Kita bagi komitmen, company bagi gaji dan benefit. Jadi bila kita guna hak cuti pun, gunalah dengan pertimbangan. Jangan sampai nampak macam menyusahkan orang lain atau ambil kesempatan. Orang boleh faham kalau betul-betul tak sihat, tapi bila semua benda nak ikut kepala sendiri, susah orang nak simpati. Kadang bukan hak yang salah, tapi cara kita guna hak tu yang buat orang menyampah.

Kita kena jujur sajalah. There really are some women who use pregnancy as a kind of moral shield. Bila sebut “saya mengandung,” terus expect semua orang faham, semua kena berlembut, semua kena bertolak ansur. Masalahnya, dunia kerja beroperasi atas tanggungjawab, bukan simpati semata-mata. Kalau semua benda nak guna alasan “saya mengandung,” lama-lama orang akan pandang serong pada perempuan mengandung lain yang betul-betul struggle tapi masih buat kerja. Itu yang tak adil sebenarnya. Bukan pada company je, but towards other women who remain dedicated and responsible. Pregnancy is not a weakness, it’s a phase. Tapi kalau kita jadikan itu alasan, orang akan mula persoalkan integriti, bukan keadaan kita.

Morning sickness memang bukan benda main-main. Tapi bila kita mintak sesuatu yang melibatkan polisi syarikat, like bagi kelonggaran untuk bercuti/berehat semasa 1st trimester, it’s no longer just about being tired. Ni dah kacau struktur organisasi. Everytime sorang cuti, ada kos yang kena tanggung, ada task yang kena diagihkan, ada target yang delay. Bila permintaan tu datang dengan nada entitled as if the world kena adjust hanya kerana kau mengandung, itu yang buat ramai majikan jadi serik nak ambil pekerja yang tengah mengandung.

Aku pernah interview kat satu company ni, direct dia tanya masa interview "Do you have any plans to get pregnant in the near future?"

Itu bukan tanda company halang aku dari mengandung. Itu tanda company tu dah banyak kali terkena dengan pekerja yang kerap cuti semasa pregnant. Dah jadi serik dorang. Tapi orang tak tahu, kan? Terus label company toksik. Company red flag. Padahal company takkan buat rules macam tu kalau dia tak suffocated dengan perangai pekerja.

Masa aku post kat IG gambar anak kepada staff ikut maknya masuk ofis sebab pengasuh cuti, ramai yang puji katanya aku bos yang baik. Tak, bukan aku yang baik. Tapi sebab maknya willing untuk datang kerja. Maknya punya effort tu yang nampak macam aku bos yang baik. Padahal mana-mana bos akan bagi kelonggaran yang sama asalkan kerja siap dengan baik.

Ramai pekerja kata majikan takde empati. Padahal kau jangan mintak empati saja. Mesti ada keseimbangan dengan tanggungjawab. Kalau pekerja tahu tanggungjawab, majikan mesti ada empati.

Majikan bukan tak nak ambil perempuan mengandung. Tapi majikan takut isu-isu tak dijangka yang datang bersama-sama dengan pregnancy tu. Bila kau dah janji boleh kerja sepenuh masa tapi lepas sebulan asyik MC, asyik AL, outstation tak boleh, kerja berat tak boleh, so siapa nak cover sedangkan job scope kau adalah itu? Aku tak cakap semua perempuan mengandung macam tu. Ada je yang boleh maintain disiplin kerja walaupun tengah mabuk, masih datang office walaupun dah sarat. Tapi bila some ambil kesempatan dan buat teruk, inilah yang jadi punca kenapa majikan kelihatan macam toksik. This is where perception starts.

Employers don’t wake up one day and decide, “Let’s not hire pregnant women”. Takkan punya. Every bad experience becomes a case study that shapes the next hiring decision. Kalau tengok dari sudut HR, dorang bukan nak seksa pekerja mengandung. Tapi dorang fikir pasal continuity, workload, cost, dan stability. Bila someone cuti lama, syarikat kena cari ganti sementara, kena train orang baru, kena urus payment double. Itu semua real cost. Tapi benda ni ramai tak ambil tahu sebab terlalu fokus pada “hak saya”.

Hari last aku resign dari company Devil Wears Prada, boss aku panggil. Ayat dia yang paling aku ingat "You are not a typical Malay"

Bermakna, dia dah SUFFOCATED dengan melayu yang buat kerja sambil lewa, malas, cakap tak serupa bikin, kerja nak sikit gaji nak banyak. Aku as melayu, terkejut dia cakap macam tu. Rasa nak marah juga benaunya tapi at the same time aku lega sebab at least persepsi dia sedikit berubah towards malay. 

Maksud aku, buktikan kita tak sama macam apa yang orang lain sangka. Bila diberi peluang kerja, buatlah dengn baik. Kalau asal mengandung asyik nak cuti, lama-lama memang akan timbul persepsi negatif. Bukan orang tak faham, tapi cara kita uruskan situasi tu yang salah. Bila semua benda dijadikan alasan “saya mengandung,” orang mula rasa kita ambil kesempatan. 

Masalah paling besar sekarang, ramai yang tak tahu beza antara “meminta ihsan” dengan “menuntut hak”. Bila dah terbiasa mintak ihsan, semua benda jadi emosi. Dalam dunia kerja, ihsan tu bonus, hak tu benda asas. Tapi asas tu datang dengan syarat, iaitu amanah dan disiplin. Kalau yang tu takde, jangan pelik kalau majikan mula persoalkan “hak” yang kau tuntut tu.

Ex-colleague aku dulu baru sebulan masuk kerja, lepas tu bagitahu pregnant 2 bulan. Ok, fine, rezeki. Tapi bila start masuk trimester kedua, mula banyak excuse. Tak boleh berdiri lama, tak boleh buat OT, tak boleh handle customer yang demanding sebab stress tak baik untuk baby (katanya!). Kejap-kejap lepak surau, sebab pening and tak larat. Suruh ambil cuti tak nak, sayang AL. Pastu buat apa kau datang opis kalau endingnya semua benda tak boleh buat? Orang lain kena pick up kerja-kerja kau. Bila ditegur, sentap. Cakap semorang toksik.

Semua orang dalam team pun ada keadaan masing-masing. Ada yang ada anak kecik, ada yang jaga mak ayah sakit, ada yang berhari-hari stayback sampai 11 malam siapkan program. Tapi diorang still datang kerja, still buat kerja dengan baik. Kau bukan satu-satunya manusia yang sedang kesusahan, ya. Orang sekarang suka guna alasan “saya mengandung, saya tak boleh itu, tak boleh ini” tapi pada masa yang sama tak nak lepaskan benefit kerja sepenuhnya. Nak gaji penuh, nak cuti khas, nak fleksibiliti tapi performance drop.

Majikan bukan takde empati. Tapi empati pun ada had bila kau tak cuba faham kesusahan orang lain. Jangan guna situasi peribadi as reason untuk tak perform. Kalau semua orang guna logik tu, habislah sistem kerja. Dan benda nilah yang create bad label for many other women yang dedicated during pregnancy. Disebabkan segelintir yang terpaling “special case”, akhirnya majikan jadi skeptikal. Terus lumpsum semua pregnant employee majikan labelkan as liability. Padahal tak semua macam tu. Tapi bias tu wujud sebab too many repeated bad experiences.

Sebab tu aku selalu cakap common sense is underrated. Kau tak boleh expect orang bagi consideration kalau kau sendiri takde common sense. Yang baru mencari kerja, aku nasihatkan at least setahun tu janganlah mengandung dulu. Create trust dengan majikan dulu. Perform dulu. Mana-mana yang dah plan nak apply kerja baru tu at least jujurlah masa interview. Kalau memang tak boleh commit certain task, bagitahu awal. Kalau boleh tunggu lepas bersalin, tunggu. Jangan guna situasi kau untuk test nasib lepas tu marah bila majikan tak boleh accommodate semua request.

This is not about discrimination. It’s about mutual responsibility. Kalau kau nak majikan bertimbang rasa, kau pun kena tunjuk effort yang boleh yakinkan boss kau boleh handle kerja walaupun tengah pregnant. Tapi kalau dari awal datang dengan vibe “saya mengandung, saya perlukan adjustment", memang orang serik.