2025-03-15

CMG Award dah keluarkan official list pemenang.


CMG Award dah keluarkan official list pemenang. 

Last month aku ada tepek kat IGS Johnny tersenarai as nominee untuk Most Appealing Actor 2025 di CMG Award. Aku tengok nominees pun dah tahu tak boleh menang ni. Berat nak menang. Tapi happy sebab Johnny tersenarai dalam list ni. Ini prestige punya award. Bukan voting by audience, ya. Ini by profesional jury. Nak masuk senarai ni pun payah. Tengok nama pun bukan calang-calang, tapi Johnny lepas untuk drama The First Shot. 

Memang selayaknya dia dicalonkan sebab watak Zheng Bei BEST GILA NAK MAMPOS!! Siapa belum tengok The First Shot boleh tengok kat Youku. Aku tak sure kalau kat FB atau Telegram ada. Pegilah cari. Drama ni menang Outstanding Drama of the year 2024.

Tengok senarai pun tahu tahap performance pelakon-pelakon ni. Ini barisan ahjussi level. Johnny paling muda, 32 tahun. Aku tengok nama Gao Weiguang ada, aku dah kata ni payah nak menang ni. Rupanya Gao Weiguang pun kalah dengan Huang Xuan. 

Ini semua list-list nama yang kau takkan jumpa dalam poll "The Most Handsome and Popular Actor". Tapi sebagaimana dorang tak pernah listed dalam list "The Most Handsome and Popular Actor", yang selalu tersenarai dalam list tu pun takkan ada dalam "Best Appealing Actor Award". Aaa gitu. Kahkahkah. 

Fans Johnny cool-cool je Johnny tak menang sebab tahu saingan bukan calang-calang. Dapat tersenarai pun dah happy gila. Ni kalau si anu si anu tak menang, mau kiamat Weibo fans dorang merempan. Beza fans ada otak dengan takde otak.

Ini nominees untuk Best Actor Award. Sepower-power watak Johnny dalam The First Shot, masih belum lepas masuk untuk kategori ni. So boleh imagine betapa 5 orang atas ni punya acting skill tahap apa. Ini semua ahjussi. 

Aku nampak nama Wang Kai, aku lega!! Wang Kai powerrrrr. Harap sangat one day Wang Kai dapat  berlakon satu drama dengan Johnny. Tapi konfem Johnny akan jadi second male lead lah. Tapi kita tak kisah, janji dapat tengok dua-dua ni berlakon sama. 

Aku mula-mula bajet Wang Kai boleh menang kategori ni sebab dia bertanding untuk drama Like A Flowing River. Best nak mati cerita ni oii!!! Ada 3 season. Season yang ketiga ada di iQIYI. Season 1 & 2 korang boleh tengok kat You Tube. 

Aku dah layan banyak drama Wang Kai. Dia ni macam Johnny, payah nak berlakon drama idol (sweet love story). Tapi, kalau dia berlakon sweet, memang sweet bethollll! Boleh try layan Flight To You. Ada kat iQIYI. Tapi kalau expect lovey dovey banyak kissing scene memang tak dapek la. Ini ajussi level, kisah cinta pun matang. Ada 39 episod. Episod 38 baru ada kissing scene. Kahkahkah. Tapi puas hati tengok Wang Kai. Dia berlakon natural dan puas tengok. Wang Kai pun belum kawen walau dah 42 tahun. So bolehlah nak pasang angan-angan. Mbhahahaha.

Tapi seterer-terer Wang Kai kalah juga dengan orang lain. Aku tak pernah lagi tengok drama si pemenang ni, Yu Hewei. Ni mesti power ni. Umur pun 50+ dah. Selayaknya acting skill power. Isokay, Wang Kai masuk list ni pun dah happy sebab tahu dia berlakon memang power. Dan againn, dalam list ni kau takkan jumpa set-set pelakon muka jambu bibir lipstik merah, ya.

Ini pun sama, geng-geng pelakon umur 40-an. Aku kenal Song Jia tu je sebab dia pernah berlakon Shock Wave dengan Andy Lau. Ini semua another level punya actress. ALICE takkan jumpalah Dilreba masuk list ni. Mbahahahaha. Ada masa nanti nak start tengok drama dari nominees ni semua, mesti best.

Paling tak sangka, Li Qin menang kategori Appealing Actress! Li Qin is co-star Johnny dalam My Dear Guardian. Kalau tengok list ni memang takde nama-nama yang familiar macam Dilreba, Bai Lu, Seven Tan, dan retis-retis cantik yang lain. Bermakna, Li Qin has powerful acting, bukan saja tersenarai tapi menang. Bertuah Johnny dapat berlakon dengan dia.

Appealing Actor Award and Best Actor Award ada beza. Best Actor dinilai based on overall performance. Appealing Actor dinilai based on character depth and charisma dalam watak yang di-carry (taken from the CMG website regarding the criteria evaluated by the judges). 

Aku nak cari drama Battle of Shangganling. Nak tengok apa sebab Huang Xuan boleh menang Appealing Actor Award kalahkan Johnny. Mesti power character yang dia bawak. Lepas tu kita boleh follow dia. Tak hensem takpe, janji tak rugi berjam-jam tengok dorang berlakon. Daripada tengok kayu-kayan berlakon. Hmmph..

Semalam Whale Guardian celebrate ulang tahun ke-9. Tapi celebrate sendiri-sendiri je la. Whale Guardian adalah nama bagi peminat-peminat Johnny. Johnny takde fanclub. Fans instiharkan 5 Mac sebagai anniversary sebab inilah tarikh drama Addicted released 9 tahun lalu (Johnny's first debut).

Kenapa "Whale Guardian"?

Whale adalah nickname untuk Johnny sempena code name dia dalam My Dear Guardian. Dia bawa watak special elite army dalam drama tu. Semua army ada nama samaran. Nama samaran Johnny dalam tu is Whale. Sejak dari hari tu, fans panggil dia Whale. So the fans is Whale Guardian la kiranya. 

Selain dari tu, nama Johnny kan Huang Jingyu. JING bermaksud Whale. YU bermaksud ikan. So kenalah dengan panggilan Whale tu.

Maka sempena celebrate 9th anniversary of Whale Guardian, persembahkan video clip Bright Eyes in the Dark. Selamat menonton. I is tak kuat nak repeat. Cannot.
 


2025-03-14

"Saya syukur sangat Kak, sebab saya ada duit. Kalau tak, lagi susah"

Masa aku sembang dengan influencer (aku bagi inital X) yang sedang bergelut dengan masalah rumahtangga tu, dia cakap "Tapi saya syukur sangat Kak, sebab saya ada duit. Kalau tak, lagi susah".

AGREED 100%!

Inilah yang aku selaluuuuuu tulis kat blog. Aku always cakap perempuan kena ada duit. Tapi tu lahh. Nanti orang ingat aku menghasut. Orang ingat aku perli homemaker. Orang ingat aku hasut isteri-isteri tuntut nafkah tinggi dari suami. Padahal bukan itu maksud aku. 

Berapa pun nafkah yang korang dapat, walaupun RM100, that RM100 pastikan betul-betul untuk diri sendiri, bukan untuk top up duit belanja anak sekolah dan beli barang dapur. Duit tu simpan, atau laburkan. Itu maksud aku.

Bila X kata dia bersyukur at least ada duit, itulah sebenarnya maksud aku. Bayangkan kalau dia takde duit? Boleh ke dia keluar dari marriage yang toksik? Tak. Dia terpaksa bertahan dan hadap apa saja yang suami dah buat sebab dia takde duit. Jangan katalah duit bukan segalanya. Hakikatnya, duit memberikan kita pilihan. Bila kita ada duit, kita ada kuasa untuk buat keputusan yang lebih baik untuk diri sendiri. Bukan untuk berlagak, ya, tapi duit ada kuasa untuk memilih.

Contohnya dalam kes rumahtangga  yang bermasalah. Kita as perempuan ada pilihan untuk keluar dari marriage tu. Tak payah nak berlama-lama pikir. Sebab kita tak bergantung sepenuhnya pada dia. Kita ada duit sendiri untuk tampung kehidupan masa depan. Bila bercerai, boleh cari tempat tinggal sendiri, boleh mula hidup baru. Kalau nasib tak baik dapat pasangan yang manipulatif dan abusive, kita ada duit, boleh dapat bantuan guaman, boleh failkan perceraian tanpa bergantung pada sesiapa. Kes-kes mahkamah ni tak murah, ya. Si X bagitahu aku nak hire peguam tak murah. Dan setiap kali proceed kes, semua ada bayarannya. Tapi dia boleh proceed semuanya sebab ada duit.

Tapi tu lah, bila jadi macam ni, orang luar akan kata "Bila perempuan ada duit, memang besar kepala! Sombong! Senang nak derhaka!"

Oh pandai kau, kan? Tang perempuan buat, kemain sedap kau tuduh derhaka. Kalau lelaki banyak duit joli katak, main perempuan, nak cakap apa? Sebab dia mampu? Sebab mampu dari segi duit maka apa dia buat adalah betul? Eh, pegi mampos dengan kau punya mampu. Jantan-jantan macam ni memang selayaknya dapat perempuan bimbo dan bodoh. Hanya perempuan bimbo dan bodoh saja melekat kat dia. Jantan memang suka perempuan macam ni. Dia rasa perempuan like that mendengar kata, taat, patuh. Memanglah taat, sebab perempuan tu takde apa! Of cos dia kena melekat dengan kau. Cuba kalau kau tak berduit, tengok lama mana dia hinggap.

I tell you, bila takde duit, kau kena bertahan dalam marriage yang toksik sebab tak mampu nak keluar. Nak pikir jalan keluar pun tak berdaya sebab kau takde duit nak bergerak. Maka kau terpaksa bertahan dengan pasangan yang mempergunakan kau. Kau stay dalam marriage untuk kelansungan hidup, bukan sebab kau nak. 

Lelaki yang manipulatif memang suka guna kuasa financial dia untuk kawal perempuan. Dia bagi cukup makan, cukup tempat tinggal, tapi tak bagi ruang untuk berdikari. Supaya if anything happens, perempuan akan berpikir-pikir untuk keluar dari relationship tu sebab tak biasa independant.

Dan selalunya perempuan yang bertahan dalam relationship macam ni ujung-ujung menganggap dirinya taat. Selalunya gitulah. Bila terpaksa bertahan dalam keadaan macam tu, eventually membuatkan diri kita create justifikasi sendiri untuk stay.

"Mungkin ni ujian untuk aku"
"Taat pada suami tu pahala"
"Asalkan anak-anak ada mak bapak"


Padahal, what is happening is self-gaslighting. You are convincing yourself that the suffering needs to be accepted. Padahal taat bukan bermaksud biarkan diri sendiri terseksa!

Look. Aku always pesan yang  perempuan kena ada duit sendiri bukan untuk kau jadi kaya. Tapi supaya tak ditindas. Ini bukan menghasut, tapi peringatan. Memanglah tengah bahagia takde siapa pun akan terfikir yang one day rumahtangga boleh jadi bergoyang. Ingat si X tu pernah terfikir ke semua ni boleh berlaku pada dia? Padahal usia perkahwinan dah banyak, takde siapa sangka boleh jadi macam tu. Jangankan dia, followers pun takkan sangka. Selama ni semua ok. Even aku sendiri tak sangka. Kawen dia aku pergi. Open house raya rumah aku 2 kali dia datang bersama-sama dengan spouse. Bersembang kat luar sambil makan. Habis kat luar sambung sembang kat dalam pulak. Segalanya ok. Tapi tu la, benda kalau nak jadi sekejapan je.

Umpama yang kata medical card tak perlu. Sebab masing-masing tengah sihat, tengah muda, kan? Tak nampak risiko sakit tu boleh berlaku. Tapi once dah sakit, atau accident, masa tu barulah tersedar. Sama macam orang yang ada masalah rumatangga. Masa tengah bahagia memang tak terpikir lansung pasal penceraian, atau kematian. Bila dah terjadi, dan kalau pada ketika tu takde savings, beratlah sikit. Bila ada duit, ada lebih banyak pilihan untuk proceed langkah seterusnya. Tak risau nak proceed apa pun pilihan yang ada sebab duit ada. Bila ada, kita boleh memilih. Gitulah analoginya.

Ada juga orang yang ambil peluang bash balik "Itulah bukti ada duit banyak pun tak bahagia"

Yes, aku tak nafikan duit bukan syarat untuk bahagia. Tapi, hidup tanpa duit lagi menyeksakan!

Bahagia tu cerita lain. Bahagia ada banyak faktor – kasih sayang, ketenangan, hubungan yang baik dengan orang sekeliling. Tapi kalau duit tak ada, walaupun kita dikelilingi kasih sayang, tetap akan rasa tersepit. Banyak kes dalam masyarakat, perempuan terpaksa bertahan dalam perkahwinan yang menyeksakan sebab tak ada duit sendiri.

Suami ada skandal, isteri diam sebab kalau bercerai tak mampu tanggung anak-anak.
Suami kaki pukul, isteri tak boleh lari sebab tak ada tempat nak dituju, tak ada duit nak sewa rumah sendiri.
Suami kedekut, isteri tak mampu keluar cari kerja sebab dah terlalu bergantung selama ni.

Duit tak boleh beli kebahagiaan, tapi duit boleh buat kita tak perlu bertahan dalam keadaan yang buat kita sengsara. Kalau rumah tangga hancur, ada duit, at least boleh keluar tanpa perlu merayu sesiapa. Kalau mental dah tak boleh tahan di tempat kerja sekarang, ada duit, boleh berhenti tanpa takut kebulur. Kalau pasangan buat hal, ada duit, boleh pergi terapi atau cari support system tanpa perlu mengemis simpati.

Semua orang ada masalah. Orang yang berduit pun ada masalah, tapi masalah dorang berbeza. Masalah orang kaya bukan tentang nak makan apa esok, tapi lebih kepada masalah emosi, tekanan kerja, atau relationship. 

Orang kaya yang murung, boleh bayar therapist yang bagus. Orang kaya yang tertekan boleh bercuti dan cari ketenangan. Orang kaya yang kesunyian boleh cari hobi atau experience new things tanpa fikir duit cukup atau tak. Tapi kalau orang miskin ada masalah, dorang terpaksa tanggung segala beban tanpa pilihan lain. Boleh faham tak? So tak payah nak perli-perli konon duit banyak pun tak bahagia. Dia bahagia, tapi bahagianya maybe bukan pada relationship. Kau pulak relationship nampak macam bahagia, padahal kau surviving the marriage je, kan?

Duit beri kita pilihan untuk hidup secara bermaruah. Bila ada duit, we don't have to submit to people who treat us badly, even our own spouse. Bila ada duit, kita tak bergantung pada orang yang mungkin akan tinggalkan kita anytime. Bila ada duit, we have a voice and a choice in our own lives. Duit tak jamin kebahagiaan, tapi duit bagi kita kebebasan untuk kejar kebahagiaan. Duit tak boleh ubah nasib, tapi duit boleh bagi kita peluang untuk pilih nasib sendiri.

So, kalau ada orang cakap “Duit banyak pun tak bahagia”, kau jawab balik, "Sekurang-kurangnya orang yang ada duit boleh pilih jalan keluar”. Bahagia atau tak, itu bergantung pada diri sendiri. At least, bila ada duit, kita tak terpaksa bertahan dalam sesuatu yang menyakitkan.

Jangan salah faham. Duit bukan tujuan utama hidup, tapi duit is a tool to ensure we don't get stuck in painful situations. Kepada perempuan yang bekerja, kerja kuatlah. Simpan duit. Kalau satu hari kita terpaksa buat keputusan besar, kita ada pilihan. Yang paling penting, jangan biarkan sesiapa mempergunakan kita hanya kerana kita takde pilihan.

Yang tak bekerja, pastikan duit nafkah is for you, bukan untuk you top up belanja dapur. Pujuk suami belikan gelang sekali-sekala. Pujuk suami belikan hibah. Kalau kau mati dulu, hibah tu dia boleh tukar ke nama anak-anak. Tak rugi pun. Tapi kalau suami mati dulu? Haaa...itu yang kena pikir.


2025-03-13

Kepada semua yang sedang mengharungi battle dengan narcissist, satu je pesan aku. RUN!

Rasanya kalau masuk Thread bersepah-sepah orang buat post pasal sorang influencer ni. Aku benaunya tak tahu cerita sebab kalau tengok Thread aku, last aku update 6 Feb. Memang jarang masuk. Menetap lama sangat kat China. China tak pakai Thread tu pasal I is ketinggalan. Hinggalah baru-baru ni masuk and nampak banyak post yang mengulas kisah yang sama. So 2 hari lepas aku bersembanglah dengan tuan punya badan. Setengah jam jugalah kami bersembang. Aku tak nak ulas apa yang sedang berlaku sebab dia pun tengah uruskan.

Aku nak tulis pasal NARCISSIST saja hari ni. 

Rasanya akulah orang yang paling konsisten bercakap pasal narcissist sejak rahun 2006 (awal berblogging) sampailah ke hari ni. Bukan tak move on. Aku dah tersangat move on. Sekadar nak peringatkan dan create awareness betapa once kau dah terjebak dengan manusia narcissist, kau akan lalui jalan keluar yang sangat sukar! Ramai dah yang bercerita kat aku kisah masing-masing ber-partnerkan narcissist. Jalan cerita lain-lain, tapi patternnya sama.

Bukan sikit-sikit orang yang dah terjebak dengan manusia narsistik and ended up trapped dalam relationship yang self-destructive. Kadang-kadang, kita masuk dalam relationship ni tanpa sedar, sebab at first they seemed like the most understanding, most loving, and kindest people. But in reality itu semua hanya topeng yang dorang pakai untuk pikat kita masuk ke dalam perangkap dorang. 

Nak kata dorang sengaja perangkap kita pun mungkin tak. Tapi lebih kepada dorang tu sendiri adalah perangkap sebenarnya. Orang narsistik ni sangat pandai main dengan emosi orang lain. Dia tahu macamana nak buat kau rasa special. 

At first, dia akan bagi attention sepenuhnya kat kau, buat kau rasa dialah orang paling caring dalam dunia. Dia akan puji kau, bagi kau layanan first class, dan buat kau percaya yang dia adalah yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup kau. Sometimes kau rasa dia sebijik macam watak-watak lelaki dalam novel yang too-good-to-be-true. Now kau dapat in real life. Dan kau pun rasa di-blessed dengan seorang lelaki yang sangat sayangkan kau.

Tapi, bila dah mula terikat dengan dia secara emosi, he will start to show his true colors. Dia akan manipulasi kau, kontrol perasaan kau, dan buat kau rasa macam kau yang bersalah dalam setiap hal. Kalau kau persoalkan sesuatu atau cuba tegur dia, he will make you feel like you are the one with the problem.

Salah satu tektik paling biasa yang orang narsistik guna is, gaslighting. Dorang akan buat kau ragu-ragu dengan diri sendiri. Contoh, kalau kau cakap yang kau rasa dia dah berubah dan tak sama macam dulu, dia akan cakap, "Awak ni sensitif sangat. Saya tak buat apa-apa pun, awak yang overthinking".

Atau kalau kau cuba pertahankan diri bila dia salahkan kau, dia akan cakap, "Saya buat semua ni sebab saya sayang awak. Kalau saya tak sayangkan awak, saya takkan kisah. Saya buat bodoh je".

Pastu kau pun mula datang rasa bersalah, dan kau mula fikir "Yelah, aku yang overthinking". Dan akhirnya, kau pujuk diri sendiri untuk terus bertahan.

Aku dulu macam ni la. Husnuzon 24 jam. Apa je yang dia buat yang aku tak selesa, aku akan cuba cari sekecil-kecil positif dari ketidakselesaan tu. Lama-lama semua benda aku nampak positif, padahal orang lain nampak aku bodoh. Aku rasa macam aku baik sebab sentiasa bertolak-ansur, sentiasa memaafkan, sentiasa tak berkira, sentiasa ada untuk dia, rupanya aku je perasan aku baik. Orang lain tengok aku "Apake bodohnya kau ni?"

Reason aku pujuk diri aku untuk bertahan adalah kalimat ni - KAU PUN TAK PERFECT, DIANA.

Ini bukan statement orang lain, tapi statement aku create untuk diri sendiri. Aku pujuk diri untuk jangan terlalu nak cari kekurangan sebab aku pun tak perfect. Dek kerana terlampau nak berlebih-kurang, akhirnya tak membawa kebaikan kat aku pun.

Kadang-kadang, kita nak jadi orang yang memahami dan bertimbang rasa, tapi kita lupa untuk jaga diri sendiri. Kita asyik bagi ruang, nak berlebih-kurang, akhirnya kita yang makan hati. Bersangka baik tu bagus, tapi kena ada had. Kena pakai otak, bukan pakai emosi saja. Kalau asyik bersangka baik without evaluating the situation rationally, kita yang akan jadi mangsa manipulasi, dipergunakan, atau dikecewakan berkali-kali.

Memang tak ada siapa pun yang perfect, termasuk diri sendiri. But that is no reason to let others take advantage of us or for us to continue endure painful situations. Ada beza antara terima ketidaksempurnaan seseorang, dengan allow ourselves to be oppressed dengan alasan "aku pun tak perfect." Kalau dia ulang perkara yang menyakitkan hati, it's no longer about us not being perfect. It's about him who doesn't care. Bersangka baik tak bermaksud kena jadi bodoh.

Satu pattern orang narsistik yang sangat obvious adalah, dorang tak suka pada kehilangan 'mangsa'. Bila kau mula tunjuk tanda nak tinggalkan dia, dia akan guna macam-macam cara untuk tarik kau balik. Mula-mula maybe dia akan cuba ambil hati kau. Tiba-tiba je belikan kau makanan, hulur kat tingkap bilik. Tiba-tiba je dia tunggu kau habis kelas ajak makan sama. Tiba-tiba je dia belikan kek kesukaan kau. Tiba-tiba je dia always ada untuk kau. Tiba-tiba je dia always free untuk kau. Tiba-tiba je dia sediakan lebih dari yang kau perlu.

Kalau yang tu tak jalan, nanti dia start dengan drama pulak. Menangis, merayu-rayu, buat muka kesian (muka babi mintak pelempang), buat-buat tak selera makan, buat-buat macam murung termenung kat bilik sampai orang mula anggap kau jahat sebab buat dia merana (macam sial!!!).

Kalau tak jalan, dia akan start dengan fitnah. Buat cerita buruk pasal kau. Cerita konon kau dah barai. Pernah beromen dengan dia kat dapur rumah sewa (beromen kat mana? Atas tong gas ke, babi?)

Kalau yang ni tak jalan jugak, dia start dengan mengugut. Ugut tak nak buat exam. So that bila kertas exam kosong, Dekan akan panggil. Dia berceritalah dia sedang menderita disebabkan kau! Pastu semua staff kat fakulti pandang senget kat kau. 

Atau dia akan ugut nak cederkan diri sendiri. Nak makan panadol sepapan dengan air Coke. 

Atau ugut nak mogok lapar. 

Atau nak toreh lengan tulis nama kau, so that kalau dia dijumpai mati, orang akan question siapakah nama perempuan yang ditoreh kat tangan si mati. 

Nak terjun sungai. Nak terjun jambatan.

Last kalau tak jalan jugak, dia akan start hentak kau. Tak pun hulur pisau nak bunuh kau pulak.

Semua ni adalah stage tindakan seorang narcissist. Kalau kau sekarang sedang ada masalah dengan narcissist, check kau berada di stage mana. Dia buat semua tu supaya kau rasa bersalah dan supaya kau kekal dalam relationship tu. 

Kebanyakan orang yang give up dan kembali bertahan dalam hubungan dengan narcissist adalah sebab energy dah drained. Dia perah energy kau kaw-kaw sampai kau rasa givap. Sampai kau rasa dah lah, mungkin ini takdir hidup aku. Pasrah sajalah.

NO! Apa saja yang buat kau drained, you don't belong there! RUN. Sepayah apa pun, RUN! Kalau kau sedang ada dalam masalah rumah tangga dengan narcisist, benda pertama kau kena usahakan adalah RUN. Selamatkan diri kau dulu. Kendian, baru datang selamatkan yang lain. Apa-apa pun diri selamatkan dulu. 

Jangan semua benda kau nak fight. Sekarang ni kau berdepan dengan psycho. Dengan orang macam ni, kau takkan boleh menang semua benda serentak. Pilih your battle. Kalau melepaskan diri dari relation adalah penting, buat itu dulu. Bila kau dah terlepas, lebih mudah kau nak berfikir. Selagi kau berada dalam kawalan dia, banyak benda kau tak dapat pikir.

Nak keluar dari hubungan dengan orang narsistik memang tak senang. Makan tahun. Kebanyakan yang ada hubungan dengan narcissist dah mula merasa tak selesa maybe pada 1-2 tahun yang pertama. Tapi disebabkan narcissist sangat powerful dalam mempengaruhi emosi dan mindset kau, kau bertahan. Bertahan bukan sebab sayang, tapi kerana kau doubt diri kau sendiri. Kau takut kehidupan tanpa dia akan jauh lebih teruk. Kau takut keluar mulut rimau masuk mulut buaya. This is exactly apa aku rasa dulu. Aku takut kalau break nanti, aku akan dapat lelaki yang jauh lebih teruk. Maka aku bertahan.

Ada beza pasangan yang “ada perangai” dengan pasangan yang narsisistik. Tak semua perangai buruk tu narsisistik. Ada orang memang ada perangai - baran, kuat jealous, ego tinggi, malas tolong kerja rumah - tapi kalau ditegur, dia boleh terima dan berubah slowly. But if the person is a narcissist, they will never feel guilty, let alone nak berubah.

Lelaki yang normal memang biasa if keras kepala sikit, ego, atau cepat naik angin. Tapi kalau ditegur atau bergaduh, dia akan dengar juga akhirnya. Kadang-kadang dia yang mengalah, atau paling tak dia cuba improve perangai sikit demi sikit. Kalau buat salah besar, dia boleh minta maaf. But a narcistic, takkan pernah salah. Semua salah kau. Pantang ditegur terus defensive, twist cerita, salahkan kau balik. Dia buat kau rasa gila sebab kau asyik tertanya-tanya, "Aku yang salah ke sebenarnya?" Padahal terang-terang dia yang sial. Dia takkan pernah minta maaf dengan ikhlas, kalau ada pun sekadar nak manipulasi kau supaya stay.

Lelaki yang ada perangai, walaupun ego tinggi, kalau dia buat salah, perasaan bersalah tetap ada. Dia mungkin tak tunjuk sangat, tapi ada kesedaran. Kadang-kadang dia tunjuk sayang dengan cara tersendiri, walaupun awkward. Tapi kalau narcissist, dia boleh buat benda paling kejam kat kau, dan tidur lena takde rasa bersalah. Lagi teruk, dia boleh purak-purak jadi mangsa untuk bagi kau nampak jahat. Dia boleh menangis depan orang kononnya dia lelaki yang baik, padahal kau yang trauma sebab perangai dia.

Kalau kau sedang dalam stage sedang diburuk-burukkan, BERTAHAN! I am a living proof bahawa stage ini memang sakit. To me inilah sebenarnya stage yang paling sakit sebab semua orang dah start doubt dengan kau. Cara dia burukkan kau tu sampaikan orang lain boleh percaya. Orang percaya kau punca dia jadi gila sampai macam ni. Orang percaya kaulah punca dia bertindak macam sekarang. Dia akan push emosi kau sampai kau mengamuk. Bila kau mengamuk, BINGO! Orang keliling pun start cakap "Oh, no wonderlah kena tinggal, memang teruk pun perangainya". Aaa gitu.

Aku dah lalui dah stage ni. Tapi macam yang aku cakap, dengan narcissist kau tak boleh menang banyak. Maka, pilih yang benar-benar penting saja. Sebab itu dulu, aku tak cuba untuk explain keadaan dan cerita sebenar. Gasaklah orang nak fitnah aku. Gasaklah orang nak mengumpat aku. Gasaklah apapun pandangan and anggapan orang. If that makes everyone happy, silakan. Aku taknak menang part ni. Yang aku nak menang adalah, keluar dari relationship tu dengan acar apa sekalipun. 

Dan akhirnya jalan keluar tu datang depan aku dalam bentuk copy ori Leslie Cheung. Kahkahkah. Dia tadah diri nak jadi boifren, aku terus on! Walaupun dalam kepala terpikir juga, silap-silap aku ni keluar mulut rimau masuk mulut buaya. Tapi takpelah, kalau masuk mulut buaya pun, aku akan ikhtiar lain. Yang penting aku nak keluar dari mulut rimau dulu. Gitu pikir aku.

Kepada semua yang sedang mengharungi battle dengan narcissist, satu je pesan aku. RUN!


2025-03-12

GreenAard: Ambil suplemen secara BERLEBIHAN TANPA KEPERLUAN

Kebetulan semalam ada someone tanya if dalam keadaan dia sekarang (refer screenshot tadi), boleh ambil GC Plus atau tak.

Teringat dulu orang kata kalau makan suplemen boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Tapi, kata aku, based on sains pemakanan, sebenarnya bukan sebab suplemen tapi CARA kita ambil suplemen tu.

Kalau fikir balik, makan banyak karbohidrat boleh sebabkan diabetes. Makan protein banyak boleh increase tahap kreatinin dalam darah, yang juga boleh bagi pressure pada buah pinggang. Minum air banyak sangat pun boleh datangkan masalah elektrolit dalam badan. Padahal semua ni nutrient. Kenapa boleh datangkan mudarat?

Because, bukan soal suplemen semata-mata yang boleh bawa mudarat, but anything in excess can have adverse effects.

Ramai orang anggap makan nasi, roti, atau makanan berasaskan tepung tu takde masalah sebab "kita orang Asia, memang kena makan nasi". Ya, betul. Orang Jepun hari-hari makan nasi tapi negara dorang tahap obesiti and diabetis adalah paling rendah di dunia. So, ini bukan tentang makan nasi, cuma kalau MAKAN TERLALU BANYAK karbohidrat, terutamanya yang diproses (roti putih, kek, minuman manis), your body will have difficulty controlling blood sugar.

Bila gula darah naik mendadak secara BERTERUSAN, pankreas terpaksa kerja lebih keras untuk hasilkan insulin. Lama-lama pankreas jadi ‘letih’, dan insulin tak dapat berfungsi dengan baik. Masa inilah risiko dapat diabetes meningkat. So, the problem is not the carbohydrates themselves, but the way we consume them. Kalau ada kawalan, tak ada masalah. Tapi kalau everyday teh tarik manis, roti canai, nasi 3 kali (tu belum kira tambah nasi lagi) – ini namanya menjemput penyakit.

Same goes to suplement. Too much intake pun boleh cause harm. Vitamin A, Vitamin C, Vitamin K, Vitamin B Complex - ini pun kalau too much, boleh datangkan nudarat. So it is not always suplement macam GC Plus. Any kind of food, kalau excessive intake, akan bawa mudarat.

Too much protein pun sama. Protein sangat penting untuk build muscle and repair body tissue. Tapi kalau ambil berlebihan, terutama dari sumber haiwan yang tinggi purine macam daging merah, ayam, dan seafood, badan akan hasilkan lebih banyak asid urik dan kreatinin. Buah pinggang kita akan tapis bahan-bahan ni. Kalau kreatinin terlalu tinggi, it is a sign that your kidneys are working too hard, bukan sebab makan suplemen. 

Yang ni aku kena highlite. Sebab dulu kitorang pernah ada sorang customer yang kata creatinine tinggi selepas ambil GC Plus. Aku tanya apa diet seharian dia. Dia kata dia buat Atkins Diet. The moment dia cakap Atkins je, aku dah syak inilah puncanya. But aku takleh cakap terus-terang gitu, nanti dia kata aku pertahankan produk sendiri. 

Memandangkan dia tak kenal aku, takkan aku nak cakap "I am from food science background, so I know my product". Jadi, aku tanya since when dia buat Atkins dan sepanjang buat Atkins pernah tak buat medical check up. Dia kata dah 2-3 tahun, tapi tak pernah sakit (maknanya dia tak perlu buat medical checkup). Kebetulan hari tu dia buat and found out creatinine tinggi. Bila aku tanya ada buat workout tak. Dia kata takde.

Then aku minta dia stop GC Plus dulu selama 6 months. Lama dia tak beli. After a while dia whatsapp semula nak try Maaltyd. Dia kata berat badan naik, tapi creatinine tinggi. Takut nak ambil GC Plus. Nak try Maaltyd pula. Masa ni aku explain kat dia why after stop GC Plus setahun, creatinine masih tinggi. 

It is because you take a lot of protein tapi you tak work out. Perasan tak kenapa atlet makan 20 biji telur and eat a lot of meat untuk bina muscle tapi dorang takde masalah creatinine? It is because dorang balance-kan dengan work out.

But, does this mean we can't eat protein? Mestilah boleh, tapi kena berpada-pada. Setiap orang ada keperluan protein berbeza, bergantung pada berat badan dan aktiviti harian. Kalau jenis duduk saja, kerja depan komputer, tapi makan protein every day (walaupun clean food katanya), can still affect the kidneys in the long term.

Lagi satu, kita biasa dengar orang kata, “Minum air banyak”. Well, memang betul, minum air penting untuk kekalkan hidrasi dan helps the kidneys filter toxins. Tapi, kalau minum air berlebihan pun boleh menyebabkan keracunan air (water intoxication). Bila tahap natrium dalam darah jadi terlalu cair, sel badan akan membengkak, termasuk sel otak. Kesannya, jadi pening, muntah, sawan, and even in extreme cases, boleh mati. 

Again, bukan air yang salah, tapi pengambilan berlebihan yang cause harm. Jadi, bila minum air, bukan ikut mitos "kena minum 3 liter sehari". Kena tengok juga apa aktiviti kita and keadaan cuaca. Bukan semua orang kena minum 3 liter air sehari. Jangan ikut trend beli botol air gabak 3L pastu habiskan in a day.

Dalam kes suplemen, they are actually not a bad thing. Masalah timbul bila orang ambil suplemen secara BERLEBIHAN TANPA KEPERLUAN. Sebab tu aku always pesan, kalau ukuran pinggang dah within normal range, boleh stop GC Plus. Kawal sendiri.

Kalau kolesterol dah normal, boleh stop Nutrijuice. Kawal sendiri.

Kalau period dah regular, boleh stop Herba Rahsia Rimba.

Tak perlu ambil sampai bila-bila. You dah capai youyr target, you can stop.

Suplemen bukan penyebab utama buah pinggang rosak kecuali jika seseorang ambil tanpa kawalan, especially yang ada steroid, atau bahan kimia yang tak dapat kelulusan. Dan jangan ambil 2-3 suplemen dengan fungsi yang sama, because chances are, mereka ada bahan aktif yang sama. Contoh kau dah ambil produk fat burner, pastu kau minum teh kurus, pastu nak try GC Plus pulak. No. Cannot. Tak perlu banyak-banyak. Satu suplemen untuk satu fungsi dah memadai. 



2025-03-11

Kenapa susah sangat majikan nak bagi starting salary fresh grad RM3000 katanya.

Seronok jalan-jalan kat Thread. Nak-nak lagi tengok anak-anak muda questioned pasal gaji. Kenapa susah sangat majikan nak bagi starting salary fresh grad RM3000 katanya. Komitmen hidup makin besar. Harga barang naik, dan zaman sekarang tak sama macam dulu. Ok. Faham. Tapi realitinya, isu gaji bukan sekadar "majikan kedekut". Ada banyak faktor yang perlu difahami.

Ada je company yang offer starting salary 3K. Ada, bukan tak ada. Cuma company-company macam ni selalunya big company. Dorang ada bajet untuk itu. Small company takde bajet besar macam ni. But it's ok, rasanya majikan pun tak paksa you accept the offer. Dia tawarkan saja. You can reject the offer. Trylah apply kat big company. Tengok boleh dapat ke tak. Kalau tak dapat, maknanya your skill and performance tak capai starting RM3K. 

Kena faham company yang keluarkan bajet besar, dorang pun ada requirement yang dorang nak. Bukan sebarang-sebarang orang dia ambil. Ini bukan sebab company kedekut, tapi realiti ekonomi. Small company bukan macam korporat besar yang ada duit banyak. Small companies atau start-ups beroperasi dengan margin keuntungan kecil, jadi dorang kena lebih careful manage kewangan. Bila ada staff baru masuk, company kena kira kos. Bukan setakat gaji, tapi EPF, SOCSO, benefit lain, dan sebagainya. Kalau income company cukup-cukup makan, mana ada bajet nak bagi gaji starting RM3K?

Umpama buka gerai tepi jalan jual nasi lemak. Kau boleh tak ambil pekerja dan bayar dia RM3000 sebulan? Tak boleh, kan? Sebab kau pun belum tentu untung sebanyak tu setiap bulan. Sama juga dengan small business. Nak bayar gaji kena tengok kemampuan syarikat. Kalau nak gaji besar, jangan apply kat company kecil. Cari yang memang stabil, yang dah establish, yang ada keuntungan tinggi. 

Biasanya, multinational companies (MNCs) atau big company boleh bagi gaji RM3000 ke atas sebab diorang ada budget untuk itu. Tapi, kena ingat. Bukan semua orang layak kerja kat company besar. Company besar pun memilih. Diorang nak yang berkemahiran tinggi, tahan tekanan, independent, dan tak banyak drama. Kalau kau masuk interview dengan mentaliti “Saya nak gaji RM3000 sebab saya ada degree,” tapi skill tak ada, attitude hauk, kau rasa dia nak hire?

Cuba test market dulu. Tak salah untuk test value kita kat mana sebab from there kita boleh perbaiki diri. Kalau rasa layak gaji tinggi, go ahead. Apply big company. Kalau dapat, bagus. Tapi kalau banyak kali ditolak, itu maksudnya kau belum cukup value untuk harga RM3000. Skill belum cukup tinggi untuk justify gaji yang kau nak. So, sebelum demand macam-macam, tanya diri dulu, apa yang kau boleh offer kat majikan?

Pasaran kerja ni macam jual beli barang. Kalau terlalu ramai orang ada skill yang sama, permintaan jadi rendah, dan gaji juga tak boleh naik tinggi. Contohnya, dalam bidang yang ramai fresh grad macam marketing, HR, business admin. Ini semua ada persaingan tinggi. Majikan ada banyak pilihan, jadi dorang boleh offer gaji lebih rendah sebab ramai yang berebut kerja. Tapi kalau dalam bidang yang perlukan kepakaran khusus, contoh AI, data science, cybersecurity, oil & gas - hat ni lebih berpotensi dapat gaji tinggi sebab tak ramai ada kemahiran macam ni.

Tak salah nak minta gaji tinggi, tapi kena ada sebab yang kukuh. Kalau masuk interview, terus demand RM3000 without experience, without skill yang cukup, dan takde kelebihan berbanding calon lain, susah untuk majikan justify kenapa dorang perlu bayar kau sebanyak itu. Company besar yang bayar gaji tinggi pun tak ambil pekerja sebarangan. Dorang pun nak someone yang cekap, ada problem solving, ada critical thinking dan ada skill yang berharga untuk company. Kalau just bergantung pada sijil without kemahiran tambahan, susah nak bersaing.

Tu pasal masa internship, bila majikan minta buat filing, fotostat, kemas stor, susun stok - jangan merungut. Jangan kata "Ini bukan bidang yang saya belajar". Sebab kau tak tahu apa kerja-kerja tu boleh tambah nilai untuk kau. 

Ramai student universiti anggap internship peluang untuk terus buat kerja "besar" dan "profesional" dalam bidang masing-masing. Sabar dik, sabar. Jangan gelojoh. Setiap tugas, walaupun nampak kecil dan remeh, ada nilainya. Kadang-kadang, benda yang kita rasa tak penting tu sebenarnya yang akan membentuk kita jadi lebih baik dalam kerjaya masa depan.

Semua orang bermula dari bawah. Tak ada orang yang terus masuk dunia kerja dapat tugas yang hebat-hebat. Kadang nama jawatan je hebat, kerjanya kuli juga. Aku dulu starting kerja kemain namanya RESEARCH ASSISTANT. Kerja pulak kat Kementerian Sains. Memang kena dah nama jawatan dengan tempat kerja. Terasa jadi saintis ke apa aku ni. Rupanya bersila dalam bilik file semak proposal biotek, dik. Bersila!

Hakikatnya, kalau tengok orang yang dah berjaya pun, dorang semua bermula dari bawah. Yang jadi CEO hari ni pun mungkin pernah buat kerja remeh dulu. Bezanya, dorang tak mengeluh dan anggap itu sebagai proses belajar. Bila majikan bagi tugas filing atau susun stok, bukan bermakna dorang nak buli intern. Tapi dorang nak tengok sikap dan kesediaan kita untuk belajar. Kalau benda kecil pun kau tak boleh buat dengan baik, macamana majikan nak bagi kerja yang lebih penting?

Kerja remeh mengajar kita tentang disiplin dan ketelitian. Kerja buat filing dan susun dokumen maybe nampak bosan, tapi ia ajar kita untuk jadi lebih sistematik dan teliti. Dalam dunia kerja sebenar, sikap organize sangat penting.

Contohnya, buat filing dokumen. Kau belajar cara susun dokumen dengan betul, supaya mudah cari bila nak pakai. Ini penting kalau kerja dalam bidang admin, HR, akaun, atau legal.

Susun stok dalam stor? Ini belajar tentang pengurusan inventori, tentang how company kawal stok barang. Ini sangat berguna kalau kerja dalam retail, supply chain, atau warehouse management nanti.

Fotostat dan kemas fail? Ini nampak macam tak mencabar minda, tapi dalam banyak syarikat, kerja ini melibatkan dokumen penting. Silap fotostat atau salah susun fail boleh buat bos kau mengeluarkan bola-bola api, ya. Kerja fotostat ni cara paling senang nak tengok sama ada kau boleh buat kerja dengan teliti atau tak.

Dalam kebanyakan kes, majikan nak tengok sikap dan etika kerja seseorang berbanding kemahiran teknikal. Kalau kau rajin, proaktif, dan tak banyak merungut, majikan akan nampak kau sebagai orang yang boleh diharap. Kalau kau buat kerja sambil lewa dan selalu merungut, majikan akan mark kau sebagai orang yang tak boleh diharap. 

Majikan nak pekerja yang boleh beradaptasi dan sedia belajar. Kalau kerja kecil pun kau pandang rendah, macam mana dorang nak percaya kau buat task yang lebih besar? Tapi tu lah, mindset kebanyakan orang cenderung pikir majikan nak membuli dan nak ambil kesempatan. Kalau macam tu mindsetnya, terpulanglah. Majikan tak rugi apa-apa. Kau yang akan rugi nanti.

Dalam dunia kerja, majikan ALWAYS perhatikan attitude pekerja. Kalau kau rajin, tak berkira bab kerja, dan sanggup buat lebih daripada yang disuruh, kau akan cepat naik. SELALUNYA macam tu. Sebab majikan malas nak ambil pekerja baru. Walaupun pekerja baru mungkin lebih tinggi qualification dari yang dah sedia ada, lebih mudah naikkan saja orang-orang lama sebab dah berpengalaman, tak perlu nak training-training lagi. 

Ramai orang yang mula dengan kerja kecil akhirnya diberikan tanggungjawab dan pangkat lebih besar sebab bos nampak dorang boleh diharap. Ada intern yang bermula dengan fotostat dokumen, akhirnya ditawarkan kerja tetap sebab majikan nampak dia rajin dan tak berkira dalam kerja. Macam intern aku, diserap terus jadi PA En Wan. Kalau kau jenis suka merungut dan hanya nak buat kerja "besar", majikan pun malas nak layan. Bila internship habis, dorang pun tak akan ingat kau.

So, kalau baru kerja dan dapat starting salary rendah, jangan down. Anggap je itu batu loncatan. Kumpul dulu pengalaman, tingkatkan skill, tambah networking. Nanti bila dah ada pengalaman 2-3 tahun, peluang untuk dapat gaji tinggi lebih cerah. Masa tu, apply-lah kat company yang lebih baik. Kalau asyik nak demand tinggi dari awal, belum tentu ada company nak ambil. Rezeki kerja ni ada di mana-mana, tapi kena realistik dengan pasaran. Kalau betul-betul nak gaji besar, usaha lebih. Kalau tak dapat, maknanya kena perbaiki diri dulu. Simple.


2025-03-10

GreenAard: Kenapa lepas makan nasi and GC Plus sakit perut?

Yang tanya "Kenapa lepas makan nasi and GC Plus sakit perut? Kenapa kalau tak makan nasi tak sakit perut?"

Yang ni aku dah bagi jawapannya dalam post yang lepas. Tapi hari ni aku specifickan lagi.

Like I said, GC Plus ada bahan aktif yang namanya HCA (Hydroxycitric Acid). HCA ni block enzim ATP citrate lyase daripada menukarkan karbohidrat jadi lemak. Bila kau ambil GC Plus dan later makan nasi, which is karbohidrat, ada reason kenapa buatkan kau asyik nak buang air besar.

Biasanya, lebihan karbohidrat yang tak digunakan akan disimpan sebagai lemak. Tapi bila kau makan GC Plus, HCA dalam GC Plus dah sekat proses ni. Ini menyebabkan lebihan karbohidrat tak disimpan, tetapi dikeluarkan dari badan. LEBIHAN tau. Bukan semua karbohidrat tu dikeluarkan.

So bila lebihan karbohidrat tak boleh disimpan sebagai lemak, badan kau terpaksa bakar lebih banyak tenaga atau membuangnya dari badan. Ini meningkatkan pergerakan usus (motiliti), menyebabkan kau kerap ke toilet lepas makan nasi. Lebihan karbohidrat ni tarik lebih banyak air ke dalam usus. Ini penyebab najis lebih lembut atau cair (cirit-birit ringan).

Protein tak ikut laluan metabolik yang sama dengan karbohidrat. HCA tak halang pencernaan protein. Bila kau makan protein, ia akan dipecahkan kepada asid amino. Badan akan guna asid amino untuk membina otot. Tak ada lebihan protein yang perlu dibuang. Jadi kesan "pergi ke toilet" tak berlaku makan lepas makan karbohidrat. 

Sebab tu aku advice kalau tak nak sakit perut, lepas ambil GC Plus 4 biji, ambil protein. Tapi culture Malaysia, pagi makan heavy - nasi lemak, nasi goreng, roti canai - ini semua karbohidrat. Sebab tu kejap-kejap sakit perut.

GC Plus takde julap atau laxative. Nak tahu produk weight loss tu ada julap (laxative) atau tak, kau makan karbohidrat ke, protein ke, sayur ke, dia akan berak-berak. But not with GC Plus. Sebab GC Plus punya mekanisme is specific, iaitu target lebihan karbohidrat saja. Mekanismenya adalah LIMITKAN penukaran karbohidrat menjadi lemak. Semalam aku sahur makan sup cendawan. Hari ni sahur makan togeh goreng and sambal ayam semalam. Lansung takde sakit perut atau berak-berak sebab aku tak ambil nasi selepas makan GC Plus sahur tadi.

Ini feedback baru dapat pagi tadi dari pengguna GC Plus. Dia konsisten ambil GC 3 bulan. HbA1c is at healthy range. Now cholesterol pun cantik bacaannya. Alhamdulillah, happy. Dia mention juga lilitan pinggang dulu 35 now dan 26-28 inci.

Those yang lilitan pinggang dah below 31 inci (wanita) atau below 34 inci (lelaki), sebenarnya dah boleh stop GC Plus. Kontrol sendiri saja. Takyah nak kurus-kurus sangat. Kita fokus yang penting saja iaitu lowerkan body fat. Indicator body fat adalah at good reading, bila ukuran pinggang kita dalam range tang betul. 

Lemak sikit-sikit kat perut and paha tu biasalah. Badan kita tak boleh terlampau rendah lemak nanti kau menopos awal. So, aim yang mudah dulu, iaitu ukuran pinggang bawah 31 inci. Nak sedap, biar range 28-30 inci gitu. Aku 26-27 inci. Tapi tetek maintain. Aaa gitu.


2025-03-09

GreenAard: GC Plus boleh bantu kawal blood sugar secara INDIRECTLY

"Kak, saya ambil GC Plus dah 3 bulan. Tahun lepas buat medical checkup HbA1c saya borderline. Nurse buatkan saya appointment dengan doktor diabetis. Tapi saya tak pergi. Last week saya buat HbA1c. Normal reading. Saya tak kontrol apa-apa. Teringat makan GC Plus. Boleh reduce blood sugar ke?"

Sebenarnya, dulu Mak Aji pernah bagitau benda yang sama. Mak Aji ada darah tinggi, selalu follow up kat Klinik Kesihatan. Ada satu masa tu blood sugar dia tinggi sikit so the following visit patut kena jumpa doktor diabetis tapi blood sugar normal, sampailah sekarang. Dulu dia ambil GC Plus juga. Bila dia tanya soalan yang sama, aku malas melayan sangat. Aku cakap "Kebetulan je, sebab lemak dah berkurang, so blood sugar jadi lebih baik".

Now kebetulan ada customer bertanya soalan yang sama, ok aku explain dengan detail sikit.

Dari sudut sains, ada kemungkinan bahawa GC Plus boleh bantu kawal blood sugar secara INDIRECTLY sebab GC Plus ada HCA (Hydroxycitric Acid). HCA antara fungsinya adalah helps in controlling blood sugar levels. Walau bagaimanapun GC Plus BUKAN ubat untuk diabetes.

Dalam badan kita, hormon insulin berfungsi seperti "kunci" yang buka sel untuk allow gula dalam darah masuk. Tapi bila your body rintang terhadap insulin, sel jadi kurang responsif terhadap insulin. Akibatnya, gula tak dapat masuk ke dalam sel. Bila tak dapat masuk, gula akan berkumpul dalam darah. Lama-kelamaan gula dalam darah jadi makin banyak. Bila gula dalam darah makin banyak, badan terpaksa produce lebih banyak insulin, yang eventually boleh menyebabkan masalah diabetes.

Kat sinilah HCA dalam GC Plus datang untuk memainkan peranan. HCA memudahkan gula masuk dalam sel untuk digunakan sebagai tenaga. Kiranya HCA mengurangkan beban insulin. Bila gula dapat diproses masuk ke dalam sel dengan lebih efisien, badan tak perlu hasilkan insulin berlebihan. In other words, HCA dah bantu kawal blood sugar spike. 

Sebab biasanya, lepas makan karbohidrat atau gula, paras gula dalam darah naik mendadak. That's why 30 minit SEBELUM makan (preferably breakfast), ambil GC Plus dulu siap-siap supaya HCA bantu halang lonjakan mendadak gula dalam darah. Bukan bermakna gula darah kau jam-jam tu jadi normal. Tak. At least bila HCA bantu sedut gula masuk ke dalam sel, tahap gula dalam darah takdelah tinggi sangat berbanding kalau tak ambil GC Plus.

Yang paling penting, HCA halang sejenis enzim yang berfungsi menukar lebihan karbohidrat menjadi lemak. Nama enzim ni ATP citrate lyase. Bila enzim ni dihalang, lebih banyak karbohidrat digunakan untuk tenaga berbanding ditukar menjadi lemak. 

At the same time, HCA rangsang pengeluaran serotonin. Bila serotoning terbebas dengan banyak, selera makan kita terkawal, kurang rasa lapar dan kurang nak makan sugar. Secara tak langsung kita kurang ambil makanan bergula.

Kaitan GC Plus dengan ujian darah HbA1C pula macam ni.

Untuk sesiapa yang tak tahu, HbA1c ialah ujian untuk tengok paras gula dalam darah sepanjang 2-3 bulan. Dari reading HbA1c, kita boleh tengok banyak mana kau dah ambil sugary drink/food sepanjang 2-3 bulan tu, walaupun kau kata "Saya dah stop sugar 1 bulan". Walau dah stop 1 bulan, masih boleh nampak paras gula yang sebenar.

Kalau someone ambil GC Plus secara konsisten, dan pada masa sama kurang ambil makanan tinggi gula, bacaan HbA1c boleh menurun. Tapi tak bermakna you dah bebas daripada diabetes. Penurunan bacaan HbA1c hanya menunjukkan kawalan gula yang lebih baik. Which is good sebab untuk someone yang ada diabetis, memang itulah tujuannya iaitu untuk kawal gula supaya mengurangkan risiko komplikasi diabetes macam saraf rosak, kidney failure, dan sakit jantung.

HbA1c yang lebih rendah bermakna kawalan gula dalam darah lebih baik, tapi kalau you dah di-diagnosis dengan diabetes, penyakit ni masih perlu dipantau. Sebab diabetes jenis 2 biasanya kronik. Walaupun bacaan HbA1c menurun, ia masih boleh meningkat semula kalau gaya hidup berubah. Dalam erti kata lain, kalau konsisten dengan GC Plus, risiko kenaikan semula bacaan HbA1c adalah lebih rendah. Tapi kalau dah start on diabetis medication, kami tak benarkan ambil GC PLUS.

Siapa yang nak try GC Plus, sama ada nak kawal blood sugar atau nak turunkan lemak, boleh order di whatsapp 013-7557424 atau 012-7728976.


2025-03-08

Medical Card: Bayangkan kau ada RM20K dalam akaun. Tiba-tiba kena masuk hospital sebab appendiks. Hospital charge dalam RM15K.



Tengok bil dia, RM200K! Cara-cara Rayyan yang takde masuk besi, takde surgery pun kena RM35-37K. Dia ni yang kena masuk besi segala, lojiklah kalau bil ratus ribu.

Hakikatnya, berapa ramai rakyat Malaysia ada simpanan RM200K?

Memanglah simpanan RM200K tu ada. Nak-nak lagi yang dah umur 40-50-an, rasanya ramai ada RM200K dalam ASB. Tapi, berapa lama kumpul 200K tu? Makan tahun juga. Kalaulah dalam satu hari kena keluarkan semua RM200K untuk bayar bil hospital, aku rasa jangankan kata badan sakit, kepala, emosi semua jatuh sakit dengan tak semena-mena.

Just like patient dalam video tadi kata, dulu dia tak berapa suka insuran-insuran ni. Sebab apa? Sebab tengah sihat. Kebanyakannya gitulah. Badan masih sihat, masih muda, masih kuat. Buat apa nak bayar tiap-tiap bulan untuk benda yang belum tentu guna, ye tak? 

Tapi, syarat nak sakit ni tak perlu ada simptom. Tiba-tiba dia nak datang penyakit, gitu je dapat. Apetah lagi accident. Yang pernah accident je tahu betapa blur-blur-nya kau lepas accident tu. Macam eh? Apesal aku boleh kena langgar ni? Apesal tangan aku boleh patah ni? 10 minit lepas tangan aku ok je. 

Masa Rayyan jatuh kat sekolah dulu, gitulah aku. Bila sekolah call bagitau Rayyan jatuh, kitorang ingatkan jatuh biasa je. Lansung tak terpikir sampai boleh patah.

Bila pickup dia kat sekolah, nampak dia terbaring atas stretcher. Lagilah aku blur kejap. Dah kenapa sampai tak boleh bangun? Masa ni masih tak terfikir kaki tu patah. Ingatkan tergeliat je. Bila dah X-Ray and konfirm patah, aku macam "Eh kenapa jadi macam ni? Apesal boleh sampai patah?" Masih lagi bertanya-tanya why why why. Sebab tak bersedia nak harung all the process. Luckily ada medical card. Kurang sikit serabutnya. En Wan suruh aku drive bawa Rayyan terus ke Avisena. Dia kata takpe, takpe. Bawak je, nanti dia settlekan dari sini (urusan GL).

Bila doktor confirmkan memang patah, ok takpelah. Aku pikir habis kuat pun warded 2-3 hari, simen and balik. Takde yang cemas sangat. Aku dah start nak relax. Until another doktor bagitau they found something else. Ahhhh, masuk bab ni, segala tok nenek serabut pun sampai. Masa ni En Wan ada seminar kat KL. Sehari suntuk aku menguruskan Rayyan kat Avisena. Tambah pula dengan doktor kata tulang ada masalah. Lagilah rasa lembik badan. Tapi aku takleh tumbang. Kalau aku tumbang siapa nak take care Rayyan? Redza masa tu kat KMB. Mok kat rumah. En Wan kat seminar. Aku je yang ada.

Inilah yang aku kata - dalam keadaan sakit, ada banyak benda nak dipikirkan. Benda yang paling tak nak pikir adalah KOS RAWATAN. Sebab bila sakit, kita pikir nak sihat cepat je. Dan untuk sihat, kita nak guna segala option rawatan yang ada. Tak nak pikir kos rawatan. Apa yang doktor suggest, kita proceed.

Video tadi kaki patient tu ditebuk besi kiri kanan. Itulah antara option yang doktor suggest kat Rayyan dulu. Nak simen tak boleh sebab patah tu kat joint, bukan kat tulang tengah. Dr suggest untuk pasang besi dari luar. Tapi aku tak sampai hati tengok anak aku berbesi-besi. This is another thing yang mak bapak always consider, iaitu keselesaan anak. Bila anak sakit, sehabis boleh kita nak bagi keselesaan. Bila ada medical card, insyallah tempat tinggal lebih baik, dan kita boleh pilih option rawatan yang selesa untuk anak-anak.

Mak bapak ni, kalau diri sendiri sakit, maybe takpe. Tapi kalau melibatkan anak, rasa luluh jantung. Masa doktor senaraikan option-option rawatan, semua takde masalah. Semua kitorang boleh proceed sebab money is not the issue (sebab ada medical card), cuma nakkan yang selesakan dia saja. Last-last doktor kata biarkan je Rayyan terbaring atas katil, nanti tulang sambung sendiri. Cumanya, sebulan la melepak kat hospital. Mujurlah hospital selesa macam hotel. Kurang sikit aku merempan. Kalau tak, tak sanggup aku nak bertahan sebulan. 

Alhamdulillah, dalam kesusahan, ada banyak kemudahan yang Allah bagi. Medical card, hospital selesa, masih boleh bekerja from hospital, Rayyan takde masalah kesihatan lain -- cuma perlu bersabar untuk sembuh saja. Aku harap tidak ada siaran ulangan lagi. Cukuplah. Walaupun segalanya selesa, the trauma menghadapi tekanan emosi tu aku tak nak ulang.

Tahun depan, cukup 2 tahun Rayyan sembuh. Barulah nanti En Wan nak tambah polisi untuk Rayyan. Now tak boleh sebab belum cukup 2 tahun lagi selepas kes patah kaki dulu. Biar dulu sampai tahun depan. Nanti kita add polisi with greater coverage. 

Sekarang kos perubatan gila punya tinggi. Masuk hospital asbab demam 4 hari je pun pun RM4-5K. Bukan takde cash nak bayar, tapi kalau ada pilihan untuk tak pakai duit sendiri, buat apa pakai, kan. At least cash kita tak terusik. Boleh guna untuk urusan lain. Lagipun once dah warded, macam-macam kau kena buat - X-Ray, CT-Scan, cucuk ubat itu, cucuk ubat ini - tau-tau je RM10K. 

Bayangkan kau ada RM20K dalam akaun. Tiba-tiba kena masuk hospital sebab appendiks. Hospital charge dalam RM15K. Dalam sehari, duit savings hilang lebih dari separuh. Kalau ada medical card, at least duit savings masih selamat. Boleh guna untuk tujuan lain pula. Kalau sesiapa kerja sendiri atau freelance, lagilah kena ambil medical card sebab kalau kau takde kerja (sebab sakit tak boleh bekerja), duit simpanan sangat penting untuk tak dikecai-kecaikan. Bayangkan tengah struggle cari rezeki, tiba-tiba kena warded 5 hari. Dahlah kena bayar bil hospital, hilang pendapatan pulak sebab tak boleh kerja.
Jangan tunggu sakit baru nak ambil. Time sihat ni ambil. Yang masih muda, time muda elok ambil sebab caruman masih murah.

Tak sama, ya. Ambil semasa umur 25 tahun dan bayar hingga umur 35 tahun, nilai caruman ketika awak di usia 35 tahun tu takkan sama dengan orang yang start ambil medicakl card pada usia 35 tahun. 

Semasa umur 25 tahun, kita masih muda. Umur macam ni badan sihat lagi, penyakit belum ada. Medical card mudah lulus tanpa sebarang pengecualian penyakit. Caruman juga rendah sebab risiko masih rendah.

Berbanding ambil medical card pada usia 35 tahun, risiko kesihatan dah meningkat. Kalau masa ni ada sejarah kesihatan (contohnya darah tinggi, gastrik, kolesterol tinggi), kemungkinan caruman jadi lebih mahal, atau ada exclusion. Kalau dah pernah sakit, kemungkinan permohonan ditolak adalah tinggi.

That's why lagi awal ambil, lagi murah caruman sebab caruman dikira berdasarkan umur, tahap kesihatan semasa permohonan dan RISIKO terhadap penyakit dan kematian. Lagi lambat ambil, lagi tinggi risiko dapat penyakit, dan lebih tinggilah nilai caruman bulanan. 

Caruman yang kita ambil ketika umur 25 tahun maybe akan ada kenaikan bila kita berusia 35 tahun, tapi kenaikan itu bukan sebab umur kita yang bertambah, tetapi kenaikan dari Bank Negara due to inflasi. Kenaikan caruman atas arahan Bank Negara TIDAK berlaku setiap tahun! Jadi, nilai caruman ketika awak ambil medical card di usia 25 tahun, selepas 10 tahun bayar pun takkan setinggi caruman orang yang ambil ketika umurnya 35 tahun. 

Realiti kos perubatan zaman sekarang gitulah. Perlu ada bantuan medical card. Dulu, RM10,000 mungkin cukup untuk satu rawatan. Sekarang? Kos surgery dah boleh beli MyVi sebijik! Kalau takde medical card, mana nak cekau duit banyak gitu?

Tak kiralah muda ke, tua ke, sihat atau tak, medical card dah jadi keperluan, bukan kemahuan. Ni bukan tentang guna atau tak, tapi persediaan. Ramai orang menyesal tak ambil lebih awal. Bila dah sakit, dah tak boleh apply. Sementara masih layak, ambil. Sebab bila tiba-tiba sakit, kau akan bersyukur gila benda ni dah ada.

  

2025-03-07

GreenAard: Cara Ambil Produk GreenAard Waktu Puasa. Jangan Sampai Salah Timing!

Dah nak masuk bulan puasa ni, ramai yang mula tanya macam mana nak makan produk GreenAard, especially GC Plus, sebab produk ni ada cara pengambilan yang lebih spesifik. Takpe, aku explain. Memang ini kerja aku every year, sebelum start puasa.

Produk Gloei, Nutrijuice, Maaltyd, yang ni tak ada pantang sangat. Nak makan bila-bila pun boleh, asalkan konsisten. Tapi kalau nak bagi lebih efektif, Gloei and Maaltyd seelok-eloknya ambil waktu sahur. Kalau kau jenis yang susah bangun sahur, ambil je lah sebelum tidur. Yang penting, masuk dalam badan.

Hat GC Plus ni, actually kena ikut timing yang betul. Ini kategori ubat-ubatan, memang sedikit teknikal cara pengambilannya. Usahakan untuk ambil masa sahur. Tapi kena gigih sikitlah sebab lepas telan 4 kapsul, kena tunggu 30 minit baru boleh makan sahur. Kalau tak larat nak gigih, ambil je lah lepas berbuka. However, ada cabarannya bila ambil selepas berbuka.

Dalam GC Plus ada HCA iaitu bahan aktif yang block karbohidrat. Biasanya, berbuka kita makan nasi (karbohidrat). Bila makan nasi, badan akan tukarkan lebihan karbohidrat menjadi lemak. Tapi bagi pengguna GC Plus, HCA dalam GC Plus akan halang sejenis enzim dalam badan yang berfungsi menukarkan karbohidrat kepada lemak. Bila enzim ni direncatkan dari bertindak, maka tak semua karbohidrat yang dimakan tadi akan ditukar kepada lemak. Maybe sikit je yang ditukar. So, selebihnya ke mana?

Oleh sebab enzim untuk simpan lemak ‘terganggu’, badan akan gunakan karbohidrat itu untuk tenaga atau bakar terus sebagai haba melalui thermogenesis. Kesannya, kadar metabolisme meningkat, dan proses pencernaan berlaku lebih cepat. Bermakna, pergerakan usus (motiliti gastrointestinal) akan berlaku dengan pantas, makanan dicerna dengan lebih cepat dan sistem pencernaan lebih aktif.

Bila makan banyak karbohidrat waktu berbuka dan ambil GC Plus selepas itu, makanan yang sepatutnya diserap perlahan-lahan akan melalui proses yang lebih cepat. Ini akan bagi kesan laksatif ringan, iaitu asyik nak ke tandas, especially 3-6 jam selepas makan. Sebab tulah tengah malam perut ‘buat kerja’, sebab badan tengah sibuk proses makanan tanpa simpan lebihan karbohidrat sebagai lemak.

Jadi, untuk elakkan korang asyik terbangun tengah malam nak ke toilet, ambillah GC Plus waktu sahur so that kesan kurang sebab tengah malam kita dah "berpuasa". Perut dah tak penuh sangat. Sahur pun kadang tak beria kita makan. Kalau ada kesan nak ke tandas pun, at least ia berlaku siang hari dan bukan masa tengah tidur.

Bulan puasa ni, paling mudah nak loose 3-4 inci lilitan pinggang with GC Plus. Sebab bulan puasa secara semula jadi kita dah ada defisit kalori + kurang makan. This really helps HCA work more effectively. Waktu puasa, kita automatik kurang makan sebab hanya boleh makan time sahur dan berbuka. Kalau aku, sahur memang tak bangun. Kalau bangun, hanya masakkan untuk Rayyan nasi goreng, pastu aku sambung tido.

Sesiapa yang ambil GC Plus, pengambilan kalori akan jadi lebih rendah sebab GC Plus akan rangsang serotonin keluar dengan banyak yang membuatkan kita rasa kurang lapar. Bila kurang lapar, maka kuranglah selera nak mengunyah. Bila kurang mengunyah, bermakna badan terima kurang kalori. Jadi ia mula bakar lemak sebagai tenaga. Perut jadi makin kempis, pinggang pun makin kecil.

 


2025-03-06

Setiap orang ada hak untuk tentukan bagaimana dorang nak guna duit sendiri.


Aku nampak kat Thread, someone ni ulas pasal pandangan yang katanya "Walau duit banyak, tetaplah pakai kereta biasa-biasa saja". Dia bagi contoh Khairul Aming yang tetap pakai Bezza walau mampu pakai kereta yang lebih mewah.

Bagi aku, kalau duit banyak, like banyakkkkk, dan kau mampu, kenapa mesti limitkan kehendak? Duit kau banyak kot. Kau mampu kot. Why not?

Kenapa mindset orang sekarang sometimes aku rasa macam tak logik? Betul ke kau ni ikhlas nak semua orang hidup sederhana atau sebenarnya kau insecure kalau orang lain ada lebih dari apa kau mampu?

Ini bukan tentang Khairul Aming, ya. Ini tentang mentaliti sesetengah orang yang beranggapan walaupun ada banyak duit, you mesti hidup sederhana dan tak perlu spend so much. The question is, if someone is truly capable and financially stable, kenapa perlu hadkan kehendak sendiri?

Look. Setiap orang ada cara hidup dan prinsip masing-masing. Ada yang kaya raya tapi tetap hidup sederhana, makan kat warung tepi jalan, pakai kereta biasa-biasa sebab bagi dorang harta bukanlah sesuatu yang perlu ditunjuk-tunjuk. Dia pilih untuk hidup begitu. 

Johnny Huang. His pay untuk setiap drama is around USD 2-3 million! Dia orang yang sederhana tapi masih pakai branded items. Tapi design yang sederhana, tak ada flashy logo. At the same time he enjoys eating kat kedai dan warung-warung kecil. Dia ada a few kereta and bikes too. Untuk someone yang dibayar USD 2-3 juta bagi setiap drama, yang mana setahun dramanya ada 3-4 buah, lojik ke nak suruh dia pakai kereta biasa-biasa hanya kerana kau rasa Wagon Mercedez yang berharga RM2 juta tu is too expensive for you?

Ok, kau tak kenal Johnny Huang. Takpe. Aku bagi contoh Mark Zuckerberg.

Mark seorang billionaire. Tapi cara dia berpakaian, asyik pakai t-shirt kelabu dan seluar jeans biasa saja. Itu pilihan dia. 

Dalam masa yang sama, ada juga orang kaya yang suka menikmati kekayaan mereka. Beli kereta sport, rumah besar, holiday ke tempat-tempat eksklusif. Why? Sebab dorang mampu dan itu cara dorang menikmati hasil titik peluh sendiri. Contohnya, Cristiano Ronaldo. Dia beli kereta mewah, ada private jet, sebab itu adalah gaya hidup yang dia nak.

Dua-dua cara hidup ni tak salah pun. Yang jadi masalah bila ada orang rasa hanya satu cara je betul dan orang lain salah. Sedangkan realitinya, setiap orang ada hak untuk tentukan bagaimana dorang nak guna duit sendiri.

Kadang-kadang bila orang kaya beli barang mahal, mesti ada suara-suara yang berbunyi, "Kenapa tak sedekah je duit tu? Kenapa tak tolong orang miskin?"

Tapi bila orang tu hidup sederhana, ada pula yang cakap, "Alah, kedekut betul, dah kaya pun tak nak enjoy life." Kau nak apa sebenarnya?

Kebanyakan masa, orang yang suka mengkritik ni sebenarnya bukan betul-betul nak bagi nasihat, tapi lebih kepada rasa tak puas hati atau dengki. Mungkin dorang rasa tak adil sebab tak mampu hidup macam tu. Jadi cara nak lepaskan rasa tak puas hati adalah dengan menjatuhkan orang lain. Analogi dia macam ni. Bayangkan kau beli telefon baru yang mahal, then ada kawan cakap, "Buat apa beli mahal-mahal? Telefon murah pun boleh guna." Tapi dalam hati, sebenarnya dia pun nak telefon tu, cuma dia tak mampu. Jadi, daripada dia akui dia tak mampu, dia pilih untuk menjatuhkan pilihan kau supaya dia rasa lebih tenang.

Bila someone dah bekerja keras, usaha bertahun-tahun, berjaya kumpul kekayaan, they should enjoy the results. Kau dah berhempas pulas kerja siang malam, takkan bila kau berjaya, masih kena hidup macam orang susah? Dulu kau berniaga kecil-kecilan sampai dapat bukak kedai besar. Orang lain tak nampak susah payah kau, kan? Tapi bila kau dah berjaya dan beli kereta bagus sikit, tiba-tiba ramai yang komen, "Kenapa tak beli kereta biasa je?" Padahal, itu duit kau, usaha kau. Kenapa masa kau susah  dulu dorang tak sibuk? Bila dah berjaya and nak menikmati kesenangan, ramai pulak yang sibuk?

Orang selalu cakap, "Hidup biar bersederhana." 

Ya, betul. Tapi sederhana itu subjektif. Bagi orang yang berpendapatan RM2000 sebulan, pakai kereta RM50,000 mungkin dianggap mewah. Tapi bagi orang yang berpendapatan RM200,000 sebulan, beli kereta RM500,000 mungkin perkara biasa je. Jadi, sederhana tu bergantung kepada kemampuan seseorang, bukan ikut standard orang lain.

Masyarakat akan sentiasa ada pendapat, sama ada kau hidup sederhana atau mewah. Jadi, daripada sibuk fikir apa orang nak cakap, lebih baik fokus pada apa yang buat kau bahagia. Sebab akhirnya, yang hidup dalam kehidupan tu adalah kau sendiri, bukan dorang. Apa yang aku perasan tentang culture masyarakat kita, dorang suka mengidolakan orang yang "susah" atau hidup sederhana. Sebab orang yang susah memberi keselesaan psikologi kepada dorang.

Manusia secara semula jadi suka cari sesuatu yang relatable. Bila dorang nampak someone yang susah, hidup sederhana, atau struggle, dorang rasa "Oh, dia sama macam aku. Aku boleh relate dengan dia." Ini memberi rasa selesa sebab dorang tak rasa terancam atau tercabar. Just like zaman Mawi menang AF dulu. Kalau ikut telinga aku ni, Mawi punya suara taklah sedap sangat. Ada yang lebih sedap. Tapi senario pada ketika tu, Mawi ni dtaang dari keluarga susah, naif, humble, dan kekampungan. Ini antara point terbesar yang buat ramai orang sokong dia. Lumrah culture kita macam tu. Lebih suka orang yang susah, yang sederhana. Yang tak mencabar ego dorang.

Kalau ada selebriti atau influencer yang datang dari bawah, pernah hidup miskin, pernah susah, netizen cepat angkat mereka-mereka ni sebagai inspirasi.

"Dia pun dulu susah macam kita, tapi dia tetap humble. Baguslah!"

Orang kita suka cerita dari zero to hero, provided hero tu tak "terlalu berjaya." Tapi kalau hero tu dah terlalu berjaya sampai jauh lebih kaya atau berbeza daripada kehidupan dorang, tiba-tiba nanti ada yang tak puas hati. Sebab? Sebab dorang dah tak rasa setaraf, dan itu mula mencetuskan perasaan insecure.

Dia macam ni tau. Bila someone yang dulunya sederhana tiba-tiba naik level - beli rumah besar, pakai kereta mewah, hidup selesa - netizen mula rasa perasaan yang mereka tak nak akui, iaitu insecurity. Benda ni sebenarnya datang daripada satu mindset yang dipanggil scarcity mindset, iaitu mindset yang percaya bahawa kalau orang lain dapat lebih, bermaksud kita akan dapat kurang.

Contoh paling mudah, kalau ada orang beli Ferrari, netizen akan cakap "Membazir. Lagi baik sedekah je duit tu"

Padahal, kekayaan orang tu tak ada kena-mengena dengan hidup dorang pun. Tapi sebab rasa insecure, dorang mula cari alasan untuk menjatuhkan orang lain supaya dorang merasa lebih baik tentang diri sendiri.

Netizen suka orang yang berjaya, tapi hanya kalau orang tu masih hidup sederhana. Sebab itu ada orang kaya sengaja sembunyikan kekayaan supaya tak dikritik. Kalau someone yang dah berjaya masih naik Myvi atau makan tepi jalan, netizen akan puji habis-habisan. "Walaupun kaya, masih humble!" 

Cuba esok Hamba Allah tu mula tunjuk kesenangannya sikit, contohnya pakai jam tangan mahal, branded henbeg, percayalah. Akan ada yang cakap, "Dulu lain, sekarang dah lupa diri"

So, what exactly do netizens want?

They want someone to be successful but not too successful, so that they can still feel equal or better!

Selalu kita dengar ayat macam ni:

"Buat apa beli barang mahal? Benda murah pun boleh guna"

"Kenapa tak guna duit tu untuk benda lebih bermanfaat?"


Bunyinya macam bagi nasihat, tapi kalau observe betul-betul, ada unsur cemburu kat situ. Sebab kalau betul-betul nasihat, dorang takkan hanya target orang yang lebih berjaya daripada dorang. Kalau kawan kau yang biasa-biasa beli kasut RM50, ada siapa kisah? Tak, kan? Tapi kalau kawan kau tiba-tiba beli kasut RM5000, mesti ada yang bitter. Sebab bila seseorang lebih berjaya, dorang merasa ada jurang antara diri sendiri dan orang tu. Sebab tu dorang cuba tarik orang tu ke bawah dengan kritikan, supaya perasaan cemburu tu tak terasa sangat.

Kalau kita betul-betul nak maju, kena ubah mindset ni. Daripada sibuk bandingkan diri dengan orang lain, lebih baik fokus untuk tingkatkan diri sendiri. Orang lain kaya ke, berjaya ke, itu rezeki dorang. Kalau kita nak hidup lebih baik, usaha saja. Tak payah nak jatuhkan orang lain.

Hari tu ada isu pasal baju raya mahal, kan? Samalah ni mindsetnya. Netizen "menasihatkan" orang lain, "Jangan membazir. Ingat, semua harta kita akan dihisab di akhirat!"

Konon nak bagi peringatan, tapi sebenarnya ada judgment yang tak perlu.

Kalau betul pembaziran itu satu isu besar, kenapa tak tengok semua benda yang kita sendiri bazirkan setiap hari? Makan tak habis, beli barang ikut nafsu, subscribe Netflix tapi tengok sekali dua je. Itu pun pembaziran juga. Tapi kenapa hanya kecam bila orang lain beli baju mahal?

Sebabbbbbb, bila orang lain ada lebih, dorang mula cari cara untuk buat diri sendiri rasa lebih baik! Itu je puncanya. Rasa insecure. Kalau orang tu mampu beli something yang dia tak boleh beli, dia mula rasa macam tak adil, jadi dia justify dengan tazkirah agama.

Ini lebih kepada moral superiority, iaitu perasaan di mana kita nak rasa lebih baik daripada orang lain dengan "menegur". Tapi dalam banyak kes, niat sebenar bukanlah nak bagi nasihat, lebih kepada menutup rasa jealous dengan berselindung di sebalik alasan agama dan moral. 

"Dihisab" itu urusan individu dengan Tuhan. Adakah kita tahu siapa yang lebih banyak memberi dan siapa yang lebih banyak membazir? Boleh jadi orang yang beli baju mahal tu sebenarnya banyak bersedekah di belakang, tapi kita tak tahu. Sedangkan orang yang pakai baju biasa pun boleh jadi tak pernah hulur bantuan kepada sesiapa. Jadi tak payah nak nilai siapa yang akan "dihisab" lebih teruk.

Kalau dia nak beli baju mahal untuk dipakai di satu majlis sahaja, dan dia mampu, itu hak dia. Kalau kita tak setuju, kita ada pilihan untuk tak buat perkara yang sama dalam hidup kita sendiri. Tapi nak kecam dan jadikan alasan agama atau moral untuk justify rasa cemburu sendiri, itu tak betul.


2025-03-05

Leslie Cheung, Wong Ka Kui, dan Johnny Huang. 3 selebriti pilihan Diana Ishak.

Leslie Cheung, Wong Ka Kui, dan Johnny Huang. 3 selebriti pilihan Diana Ishak sebab semuanya ada kualiti luar biasa sebagai seorang performer, achieve outstanding success in their respective fields, as well as having an interesting personality and character.

Ketiga-tiga ni bukan sekadar terkenal, tetapi artis yang benar-benar faham seni and kerjaya dorang. This is how aku pilih celebriti pilihan. Tak hensem takpe, janji ada kualiti. 

Wong Ka Kui was a true musician. Dia bukan sekadar penyanyi, tapi musician. Dia faham muzik dan hanya nyanyi lagu ciptaan Beyond sahaja. To me, Beyond adalah benar-benar group band. Semua ahlinya tahu baca music note, tahu main multiple instruments, can write songs and can sing!

Wong Ka Kui encourage semua ahli Beyond menyanyi and cipta lagu. 90% lagu-lagu Beyond yang hits semuanya ciptaan Ka Kui. Paul and Steve boleh cipta lagu cuma tak sepower Ka Kui. Tapi yang lebih penting, semua boleh menyanyi, termasuk Yip Sai Wing (drummer). Aku rasa inilah misi Ka Kui. Dia sangat sayangkan Beyond, so dia plan awal. Semua kena pandai tulis lagu and menyanyi so that if salah seorang takde, band ni masih boleh hidup.

Suara Ka Kui paling best. Ka Kui ni Allah memang kurniakan dia bakat cipta lagu yang luar biasa. Suara dia dari range low hingga tinggi. Zaman Golden Era, adalah zaman yang mana kebanyakan penyanyi nyanyi lagu cover version. Orang-orang Hong Kong suka lagu yang dinyanyikan semula dalam bahasa Cantonese. Tapi Beyond menentang arus. Dahlah zaman tu, orang lebih minat penyanyi solo berbanding band. Tiab-tiba Ka Kui keluar dengan Beyond, dan hanya nyanyi lagu baru (ciptaan sendiri). Agak "culture shock" juga rakyat Hong Kong nak terima group ni.

Tapi lagu-lagu Beyond semua best. Ka Kui boleh maintain Beyond from 1982 until 1993. Dia buktikan lagu-lagu ciptaan sendiri pun boleh popular. Beyond jadi band terkuat Asia.

Lagu-lagu ciptaan Ka Kui universal, banyak touch pasal perjuangan, bukan lagu cinta semata. Muzik dia sangat berpengaruh. Dia cipta lagu untuk Mandela, untuk anak-anak Tanzania, lagu-lagu motivasi, politik - semua dioa touch and boleh jadi lagu. Ka Kui ada pemikiran mendalam dan dia sangat passionate dalam muzik. Dia percaya muzik kena bawa mesej and perubahan dalam masyarakat. Tapi tu lah, umur tak panjang. Sampai 31 tahun je. Cara-cara singkat umur pun dah banyak lagu hits dia cipta. Lebih 30 tahun mati, lagu-lagu dia masih popular sampai sekarang.

Tahun 2005, akhirnya Beyond bubar. Dorang takleh survive without Ka Kui. Walaupun dorang berjaya released a few albums, dah tak se-killer zaman Ka Kui. Muzik Ka Kui sangat berbeza. Walaupun orang masih support Beyond, ahli Beyond rasa dorang hilang arah without Ka Kui. 

Now, masing-masing masih aktif cuma tak bersama dengan Beyond lagi. Rasanya 2 tahun lepas ada clip video Shila Amzah perform dengan Paul Wong. Shila entah kenal ke tak sejarah Beyond tu. Kalau aku jadi Shila, tak tentu arah aku atas stage perform dengan ex-Beyond.



Inilah konsert Beyond yang aku tengok sampai bengkak-bengkak mata. Ini konsert pertama dorang selepas Ka Kui mati. Yang baju hijau tu Steve, pemain bass. Ini adik Ka Kui. Walaupun Ka Kui takde, dan dorang kena nyanyi semua lagu yang sepatunya Ka Kui bawa solo, konsert tetap full house. That's how big-nya Beyond di zamannya. 

Aku tak rasa di Asia ada satu band yang benar-benar pegang Asia. Band yang true musician, yang produce their own songs, yang kesemuanya boleh cipta lagu dan menyanyi. Takde. Walaupun Beyond cannot survive, dorang bertahan dari 1993 hingga 2005. Lebih 10 tahun juga. Ka Kui bukan saja tinggalkan legasi muziknya tapi juga bakat yang dia develop dari ahli-ahli Beyond sendiri.

Paul tu dulu tak pandai main gitar. Ka Kui yang ajar. Now, Paul boleh cari makan dengan main gitar secara solo. Nama Beyond yang dia carry sangat strong. Sama macam Yip Sai Wing. Sai Wing now pindah Mainland. Sambung kerja jadi drummer di sana. Masih popular di sana, sebab nama Beyond melekat kuat. Steve duduk Jepun, dia kawen dengan orang Jepun. Tak banyak news tentang Steve. Maybe dia produce songs di sana sebab Beyond ada office di Jepun dulu. Baru-baru ni Steve balik China jadi guest untuk satu program singing show, bertempik sorak audience bila Steve muncul nyanyi lagu Ka Kui. Menangis-nangis aku tengok. Macam nampak bayangan Ka Kui menyanyi. 
 


Paul paling terkesan bila Ka Kui mati.Dia macam lost betul. Masa Ka Kui hidup, memang dia palong rapat dengan Ka Kui. Even adik Ka Kui sendiri tak serapat itu dengan abangnya. 

Aku, jangan ceritalah berapa aku berhabis demi Beyond. Semangat juang aku pun tinggi tau. Hahahaha. Sanggup menapak dari satu kedai kaset ke satu kedai kaset demi nak cari kaset Beyond yang aku nak. Gigih aku masuk kedai pertama, tanya kalau beli kaset Beyond dapat poster tak? Takde. Aku pi kedai hujung pulak. Tanya soalan yang sama. Ada. Tapi kena beli CD. Beli kaset tak dapat. Patahhhhhh balik kedai pertama beli kaset sebab murah sikit. Ni kalau dulu Mak Aji tahu ini kerja aku, mesti dia pijak-pijakkan kaset Beyond aku.

Leslie Cheung adalah my boifren forever. Ini IKON entertainment industry Hong Kong. A singer, a song writer, and a legendary actor. Leslie ni baka rare. Dia ada semua kualiti seorang cekebriti yang powerful. Dia menyanyi sampai pegang Asia. Dia produce lagu untuk setiap filemnya sampai menang original song berkali-kali. Movie The Bride With White Hair yang famous tu, OST semua dia cipta sendiri. Dia berlakon pun sampai menang Best Actor 3 kali. Muka pun hensem. Memang dia ada semua kualiti untuk jadi powerful celebriti.

Dah lebih 20 tahun mati masih Hong Kong held concert setiap kali birthday dia. Kau mampu dah mati 20 tahun masih ada concert setiap tahun?

Everyday masuk ofis aku pasang folder lagu-lagu cina. Of course lagu-lagu Leslie ada sekali. Playlist yang sama ada dalam kereta aku and En Wan. En Wan pun dah serasi dengan lagu-lagu Leslie and Beyond. 

Leslie and Beyond mati meninggalkan legasi filem and lagu-lagu yang kekal segar sampai sekarang. Bayangkan budak-budak muda kat Hong Kong pun tahu lagu dia. Ada satu variety show Johnny Huang participate. Dalam show tu dorang bercakap Cantonese. Mainland China mana reti cakap Cantonese. Johnny tak tahu sepatah haram Cantonese. Tapi dia kata dia tahu sebaris ayat Cantonese. Dia nyanyi lagu Beyond kau!. Padahal Johnny tu lahir 1996, 3 tahun selepas Ka Kui mati. Tapi lagu Ka Kui dia boleh hafal. That shows how powerful lagu-lagu Beyond, budak-budak yang tak hidup di zamannya pun kenal.

Ok, Johnny Huang Jingyu. 

Ini aku tak tahulah nak cakap. Inilah celebriti paling malang aku rasa. Acting-wise takde masalah. Tapi perjalanan dia tak pernah smooth. Dari his first debut sampai sekarang. Naik kesian tengok nasib dia. Netizen sentiasa cari pasal and cari sekecil-kecil perkara untuk jatuhkan dia. Bersungguh-sungguh betul dorang nak keluarkan dia dari entertainment. Yang buat dia masih bertahan adalah acting skill dia yang powerful. Aku tak tahu mana dia ambik strength untuk hadap banyak fitnah yang orang lempar.

Maybe dia dibesarkan dengan penuh kasih-sayang, so he has so much happiness sampaikan dia tak rasa perlu terkesan dengan cakap-cakap orang. Dia ni anak tunggal dalam keluarga. Dari sebelah ayah and mak, dia adalah anak saudara paling bongsu. Dalam satu interview dia kata atok, nenek, pakcik makcik, dan cousin semua memanjakan dia sebab dia paling bongsu. So, from childhood to adulthood, he was well taken care of and deeply loved by his family. Tak lojik lansung orang yang membesar dengan penuh kasih-sayang dikatakan buas, kasar, kaki pukul macam perempuan gila tu tuduh. 

No wonderlah dia tenang je everytime kena kecam, because dia dikelilingi oleh ramai yang sayang. Kasih sayang dia sangat cukup, malah berlebih. Orang yang happy inside, always tenang-tenang je outside. Just look at the way he treats people, the way he holds a pen, folds clothes, irons, and hangs laundry - semua tu reflects the good upbringing he received. Tengok dia handle kids dalam reality show pun tahu dia sangat gentle. Budak-budak takkan menipu. Budak-budak boleh sense kalau something wrong with someone. If kids selesa dengan kau, maknanya kau ok. Lagipun Johnny datang dari keluarga military (ayah and atok dia army), so it’s no surprise he was raised with such discipline and values.

Kan hari tu kecoh pasal gambar candid dia kat Vietnam, kononnya dia ke sana dengan girlfren. Orang sibuk nak tahu siapa perempuan tu. Yang aku pelik tu, eh tiba-tiba ramai pulak nak ambik tahu. Kata ramai nau benci Johnny ni. Tapi bila sekeping gambar tersebar, macam nak kiamat China membincangkan siapa perempuan tu. 

Dan-dan di perempuan gila enterframe buat fitnah kononnya itu adalah Zhang Yishang (pelakon juga) yang pernah mengganggu hubungan dia dengan Johnny dulu. Masalahnya, BUKTI ada? Pastu mulalah dia merepek meraban drag kepada attitude Johnny kononnya dulu Johnny menumpang rumah dia, pengotor, merokok, kuat minum, kaki pukul. Pastu fans Johnny dah geram, masing-masing korek history. Macam-macam data jumpa. Antaranya ni:

Ini adalah iklan Johnny mencari rumah sewa pada tahun 2015. Dari sebelum jadi pelakon lagi dia dah mampu sewa apartment sendiri. Celah mana Johnny menumpang rumah kau?

Huang Jingyu’s original rental ad:
"Looking for a high-rise apartment, 1 bedroom, 1 living room, under 4,000 yuan, location within the city. Preferably in Changning, Jing’an, Xuhui, or Lujiazui, south-facing. Tenant is male, a model, likes cleanliness, easy to get along with, no pets, doesn’t smoke. Hires a cleaning lady on his own"


Terus perempuan gila tu padam post dia menfitnah Johnny.

Aku dah kata, fans Johnny pakar fight dengan data. Kau merempan dari dulu sampai sekarang semua tanpa bukti. Kerja kau asiklah mendelete post yang kau dah buat. Yang pelik tu apa yang perempuan gila ni fitnah semuanya dah dibuktikan kat mahkamah sebagai tuduhan palsu. Johnny dah menang. Tapi everytime pompuan gila ni keluarkan balik tuduhan palsu ni, orang masih percaya. Aku tak faham why. Adakah dorang ni percaya perempuan gila ni, atau dorang sebenarnya benci Johnny?

Perempuan gila tu beria-ia kata girlfren Johnny adalah Zhang Yishang. Kalau betul, bawak keluar gambarlah. Tak ada bukti gambar atau video bersama. Tak ada aksi mesra. Tak ada apa-apa langsung. Semuanya cuma teori semata-mata. Lepas tu dia ungkit balik kisah dulu yang Johnny pernah ada gambar bogel. Mana buktinya? Tunjuklah aku pun nak tengok. Padahal kes ni dah pernah dibicarakan dan Johnny menang. Kau nak apa lagi setan?

Pastu dia ungkit balik pasal keganasan rumah tangga. Johnny curang. Johnny pernah jadi gigolo? BUKTI MANA BUKTI??? Padahal semua ni dah masuk mahkamah, dan Johnny dah menang. Mahkamah pun dah buktikan semua tu fitnah. Oh netizen pun bukan main seronok lagi cerita-cerita macam ni dibincangkan semula. Nak-nak lagi fans Dilreba. Kesian Dilreba, followers kemain ramai tapi semua gila. 

Kalau celebriti menang, dorang cakap "trust the law". Tapi bila Johnny menang kes, terus kata mahkamah kena beli. Oi, itu negara komunis, ya. Nak mampus beli beli mahkamah ni?



 

Hari ke-3 dorang kecoh-kecoh menfitnah Johnny, HJY Studio keluarkan arahan untuk kumpul bukti tentang semua fitnah. Berdedai semua orang delete post. Tau pulak takut kena saman. Bila HJY Studio dah start kumpul bukti, fans start create #Huang Jingyu's Team Collecting Evidence for Rights Protection# and #Huang Jingyu Studio's New Round of Evidence Collection for Rights Protection#. 

Berlambak-lambak data and bukti fans dapat cari dari zaman sebelum Johnny jadi artis sampailah sekarang. Takde satu bukti pun menyebelahi penfitnah. Yang best tu, para penfitnah pun tak dapat keluarkan satu bukti. Cakap je lebat. Mana gamba bogel? Mana bukti dia pernah jadi gigolo? Mana bukti dia buat human trafficking? Mana bukti dia ada pusat pelacuran? Mana manaaaaaa?

Fans sebenarnya dah letih. Sebab hampir every year benda yang sama diungkit-ungkit. Dah 7-8 tahun kot. Budak yang sekolah rendah masa rumor ni meletup dulu pun sekarang dah masuk universiti. Yang kau still dok ulang-ulang cerita lama, padahal sumber asal yang sebarkan cerita tu pun dah kalah kes mahkamah. Every year perempuan gila tu buat drama, cakap itu ini tanpa satu bukti pun, orang masih percaya dia. Pelik aku.

Sebab tu aku cakap satu kali kau terlibat dengan orang narsistik, kau bakal hadap perangai dia bertahun-tahun. Orang macam ni walau dah berpisah, asal ada peluang, dia akan try masuk balik dalam hidup kau. Semua cakap dia takde bukti, tapi orang mudah percayakan dia.   

Ni aku bagi summary selama 7 tahun hal ni berlansung.

1. Akaun yang tuduh Johnny pasal keganasan, curang, dan pelacuran dah kena saman dan didapati bersalah sebab fitnah. Kes menang.

2. Perempuan gila tu pandai. Dia create banyak akaun untuk tuduh Johnny. Dia tak pakai akaun sendiri. Ini indicator paling jelas kau tu penipu. Kalau kau di pihak benar, kenapa pakai fake akaun?

3. Tuduhan keganasan rumah tangga, curang, dan jadi gigolo. Sampai sekarang takde bukti langsung! Kes menang.

4. Johnny dikatakan ganas, tapi takde satu pun gambar, video, atau rakaman audio dia pukul sesiapa. Kes menang.

5. Perempuan gila kata Johnny curang dengan Zhang Yishang, tapi takde gambar mereka berdua kecuali masa kat set penggambaran Because of You, I Will Love the World.

6. Gambar bogel Johnny? Dari awal gambar tu tersebar, orang sebenar dalam gambar tu dah mengaku itu dia, tapi netizen tetap kata tu Johnny. Mahkamah dah sahkan gambar lucah tu BUKAN Johnny. Kes menang.

7. "Surat bunuh diri" dari perempuan gila. Ini kelakar. Beria buat suicide note, tapi hidup sampai sekarang. Bangang.

8. Tak cukup dengan tu, perempuan gila buat live-stream ugut nak bunuh diri. Tapi dah 8 tahun tak mati-mati lagi. Eh kau nak mampus diam-diam je boleh tak?

9. Rakaman audio yang perempuan gila sebarkan kononnya sedang bergaduh dengan Johnny. Malangnya dalam audio tu suara Johnny tenang je, tak marah, tak menjerit, tak mencarut langsung (Yang ni aku sendiri dengar). Lepas audio tu keluar, ramai pulak yang cair dengar suara Johnny. Terus perempun gila cepat-cepat delete rakaman. Kahkahkahkah.

From 2018 to 2023, the pattern was always the same:

1. Perempuan gila posts artikel fitnah
2. Pihak media sebar dan tokok tambah
3. Johnny jadi trending on hot search Weibo
4. Johnny di-bashed dengan teruk online
5. Fans Johnny korek bukti
6. Perempuan gila padam post
7. Media senyapkan diri, takde pun nak sebarkan bukti yang fans dapat cari
8. Johnny kekal dibenci walau bukti dah ada

For SEVEN years, this endless cycle has repeated without any signs of stopping. Walaupun menang every lawsuit, Johnny and his fans continue to be the ones getting attacked. Yang nakkan publicity dapat publicity. Yang nak fame dapat fame. Senang je, all they have to do is drag Johnny’s name for a few days, dorang dapatlah attention. Seriously I tell you, no other celebrity in the industry who has endured this level of treatment. 

This year, 2025, it happened again. Kesian Johnny. But honestly, what else can they even do to push him out of the industry? Ini je lah caranya — spreading false accusations. Dorang lupa, kalaupun Johnny disappears from the industry, idol kau tetap takkan jadi hebat.

2025-03-04

Ini adalah contoh orang yang tak perform dalam kerjanya sendiri.


Kat post medical card yang aku tepek semalam, ada satu komen ni "Mestilah kena naikkan caruman bulanan selalu-selalu. Kalau tak, macamana nak bagi agen free trip pi London, Paris, Hong Kong.."

Senyum je aku baca. Bukan apa, as a majikan, aku boleh agak type pekerja seperti apa orang macam ni. Ini adalah contoh orang yang tak perform dalam kerjanya sendiri. Kalau dia seorang yang perform, dia akan tahu mana-mana pekerjaan, reward akan diberi pada yang layak, bukan kepada semua orang. 

Performance bonus setiap pekerja takkan sama. Kalau kita faham konsep ni, kita takkan argue reward yang orang lain dapat. Kalaulah orang yang komen tu seorang sales, lagilahhhh aku boleh agak inilah contoh orang yang selalu tak hit target, tapi komplen banyak. Claim pun banyak. Kerja berkira. 

Orang sales sangat tahu bab reward. Kau tak hit target, kau takkan dapat reward. So boleh imagine tak those yang dapat reward tu dia punya performance tahap apa? Sales person berprestasi tinggi saja boleh dapat reward. Sebab reward tu yang high achiever saja dapat. That's why ramai tak mahu ambik position sales, tak kiralah sales jual kereta ke, jual biotech supplies ke, jual takaful ke. Sebab menjadi sales perlu effort yang lebih. Dan tak semua orang mahu buat. Tapiiiii bila orang sales pakai kereta besar, travel sana sini, pakai branded stuff - dia sakit hati. 

Umur aku 27 aku join biotech sales. Bos aku perempuan, grad Biotech from Manchester. Umur 2 tahun tua dari aku. Maknanya masa tu umur dia 29 tahun. Time ni dia dah pakai Toyota Coupe (lupa model apa) tapi harganya RM190K. That was year 2003. Zaman-zaman tu belum wujud founder-founder TikTok lagi. Maknanya, tak payah jadi founder untuk merasa pakai sport car. Kau exceed je sales target, komisyen kau tinggilah jawabnya. Tapi, tak semua orang berjaya macam bos aku. Aku beruntung duduk bawah dia so that aku boleh belajar cara kerja dia. 

Cara kerja high achiever ni lain. Yang tak boleh carry akan gunakan alasan "I need a work-life balance". Macamkan orang tu takde life. Bos aku jarang ambil cuti, tapi sekali dia bercuti, puas. Terus 3 minggu, ke overseas with the whole family. Puas hati tengok gambar dia bercuti. Bukan macam marhaen yang konon work-life balance. Cuti nak setiap bulan. Healing nak setiap bulan. Ujung-ujung rest je yang balance. Work tak balance lansung. Pastu bila orang lain dapat komisyen tinggi, dapat reward, naik pangkat, kau bitter. 

Dulu aku pun tak yakin dengan kerjaya sales ni. Sebab culture kita tak pernah dipupuk dengan kerjaya sales. Semua nak kerja yang gaji tetap, jawatan jelas, pangkat tinggi. Tapi bila dah masuk bidang sales, barulah terbuka mata aku. Sales memang susah, tapi tak mustahil. Kerja memang kena keras sebab sales ni kau buat lebih, insyallah kau dapat lebih. Aku punya komisyen paling tinggi pernah dapat RM13K. Itu pun dah rasa dunia ni aku punya. Colleague aku pernah dapat RM35K, RM70K. Kau rasa??

That's why bila aku resign and start own company, aku masih boleh survive sebab aku ada customer yang prefer beli dengan aku walaupun aku carry newd brand. Sebab dia dah build trust. Dia tahu kalau dia beli new brand, aku akan assist dia sampai dia pandai. 

Dalam takaful, award dan reward yang agen dapat adalah TRUST dari syarikat kepada dia. Kalau aku pilih agen, aku akan pilih yang konsisten dapat reward dan award. Sebab ini adalah petunjuk agen ini bukan saja buat kerja, tapi drive dia untuk bertahan dalam industry ni sangat tinggi. Ini contoh agen yang kau kena pegang sebab dia akan kuatr berjaya supaya dia tak kena terminate. Kebanyakan agen yang hilang tu adalah kerana tak hit target, lantas kena terminate. 

Mana-mana kerja semua ada target. Tak hit untuk sekian-sekian waktu, terminate terus. Patutnya bila ada agen yang dapat reward and award, itulah yang kau hire untuk menjadi agen. Ini tak, bitter dengan kerja keras orang pulak. Ingat semua agen dapat reward and award ke? Tak, ya. Hanya yang achieved target akan dapat sesuatu dari syarikat. Itulah yang membezakan pekerja cemerlang dengan tak. Yang bitter dengan reward orang lain ni mesti tak pernah dapat reward. Kalau dia pernah dapat mesti dia tahu this is a normal practice.

Hari sabtu lepas award night. The next day company dorang ada buat meeting and lunch treat untuk semua awardees. Aku join sebab aku terpaling awardees. Kahkahkah. 

Seronok berada dalam kelompok awardees. Dorang ni punya sembang bukan sembang biasa-biasa. Walaupun sembang melawak, tapi ada motivational touch. Kat sinilah aku selalu dapat aku punya energy. Sambil mentekedarah, aku pasang telinga dengar dorang sharing. Dapatlah top up energy aku. 

Toksahlah merasa duit caruman setiap bulan tu untuk bayar reward agen. Meh sini someone yang pernah bekerja dengan syarikat takaful spill macamana dorang kelolakan duit caruman. Dalam takaful, duit caruman yang client pelanggan bayar setiap bulan TAK digunakan terus untuk bayar reward agen. Duit ni masuk ke dalam beberapa akaun:

(1) Tabarru' Fund (Dana Derma). Yang ni digunakan untuk bayar tuntutan (claims) kalau client mengalami musibah (penyakit, accident).

(2) Participant Investment Account (PIA). Ini digunakan untuk pelaburan. KALAU pelaburan menguntungkan, client dapat keuntungan.

Keuntungan yang macamana client dapat dari PIA?

1. Nilai Tunai (Cash Value) Bertambah
Sebahagian daripada caruman client akan dimasukkan ke dalam PIA untuk dilaburkan. Kalau pelaburan menguntungkan, nilai dalam akaun ini akan bertambah.

2. Pulangan dalam Bentuk Dividen atau Unit Tambahan
Untuk takaful berkaitan pelaburan, keuntungan dikreditkan dalam bentuk unit tambahan. Kalau polisi ada komponen dividen atau hibah, sebahagian keuntungan diberikan sebagai tambahan nilai akaun.

3. Kalau client simpan polisi hingga tempoh matang (misalnya 20 tahun), dan pelaburan PIA berkembang dengan baik, jumlah yang diterima semasa matang akan lebih tinggi daripada jumlah yang dijangka pada awal kontrak.

Dalam kes agen, reward hanya akan diberikan kalau ada keuntungan pelaburan. Bukannya duit caruman bulanan kita tu dibuat hadiah reward. Ini adalah konsep yang sama macam dalam mana-mana syarikat. Ada untung baru ada bonus, ada company trip, ada allowance raya, etc. Takde untung, semua tu syarikat tak dapat sediakan. That's normal. Takde yang pelik pun.

Tadi En Wan bagitahu aku "Ingat tak abang ada 2 kes kena ROC? Hari ni dua-dua lepas (lulus)"

ROC tu adalah bila syarikat takaful kenakan tindakan kepada agen kerana disyaki agen menghasut client untuk hentikan polisi lama (dengan agen lain) dan buat new polisi dengan dia.

Kisahnya, ada dua orang client (isteri) ambil polisi dengan En Wan. Person covered adalah anak. Pemilik polisi (yang membayar caruman) adalah isteri. Tiba-tiba En Wan kena ROC sebab dua-dua client ni suaminya punya polisi dah lapse sebab tak bayar. Syarikat assume En Wan hasut isteri-isteri ni buat new polisi untuk gantikan polisi si suami yang dah lapse. En Wan dah appeal 2 kali tak lepas.

Hasil duduk sebelah CEO malam Sabtu hari tu, ini yang En Wan komplen rupanya. Dia kata, sangat tak lojik, suami ambil dengan agen lain, isteri ambil dengan dia. Tapi dia yang kena tindakan. Lainlah kalau isteri ambil agen yang sama dengan suami, lojiklah agen tu dikenakan ROC sebab seolah-olah agen itu yang cadangkan isteri ambil new polisi bagi menggantikan polisi suami yang lapse. But this time, isteri ambil dengan agen lain, apa kena-mengenanya dengan En Wan?

Pagi ni, En Wan kata dua-dua kes LULUS! Bermakna, CEO PruBSN memang mendengar komplen En Wan malam tu. Dan En Wan betul-betul gunakan award and achievement dia as kabel kuat untuk serve his clients. Aku bukan nak puji En Wan, tapi dia memang spesis all out and "degil". Tengok je lah macamana dia drill Rayyan and Redza masa sekolah dulu. Aku yang makan hati tengok anak-anak aku kena drill. Tapi dia memang jenis gitu. Dia akan buat sehabis baik. Inilah yang aku kata tadi, kalau kau jumpa agen yang konsisten dapat reward and award, ini adalah agen yang kau kena hire.

Serious aku tak sangka CEO benar-benar mendengar dan sampaikan komplen En Wan pada team underwriter. Now we know, kenapa dia jadi CEO. So, kepada yang suka mengkondem and mengkomplen tak tentu arah, do some reflection pada diri sendiri sebelum kita argue kelebihan yang orang lain dapat.

Ok, aku ada 2 policy medical card kena tolong appeal on behalf on Mr Agen. Semoga sepinggan Mahbub menyebelahiku.

p/s: Sebelum orang DM, aku tepek siap-siap sini. Nombor En Wan 012-4407757