2024-11-22

Ke Singapore, emergeeeennncccyyyyyy

Terima kasih kepada semua yang DM aku bertanya dan mendoakan aunty aku di Singapore. Moga Allah angkat doa semua dnan berikan keajaiban pada aunty. Walau doktor dah habis ikhtiar dan sekarang bergantung pada life support, anak-anak aunty (cousins aku) masih tak mahu stop life support. Masih berharap. Doakanlah, ya.

Bulan November ini jugalah, pada tahun lepas, tak disangka-sangka aku masuk hospital. Tersadai 3 hari 2 malam. Takde surgery, hanya drip antibiotic dan ubat tahan sakit sepanjang 2 malam tu. Alhamdulillah, after 2 hari, lega. Aku kena UTI. Dia punya sakit tangkap sampai ke pinggang. Dari tahun 2003 ada medical card, tak pernah claim. Tup-tup November 2023, takde simptom, takde apa. Dia datang sakit gitu je.

2 malam je kat hospital, tapi aku punya trauma duduk hospital tu makan 2 bulan jugaklah nak settle. Sebab Disember 2022 sebulan duduk hospital jaga Rayyan. Nightmare hadap Rayyan sakit pun tak settle lagi, sambung pulak dengan aku jatuh sakit. Mau tak trauma jadinya? Itu cara-cara duduk hospital swasta. Makan sedap. Layanan bagus. Bilik cantik bagai. Tu pun boleh tahan serabut mikir nasib diri. Nasib baik cepat baik.

3 hari 2 malam, total bil adalah RM7,440.69. Takde operation. Hanya duduk berehat saja sambil masukkan antibiotic. Itupun dah nak cecah 8K. Sesungguhnya medical cost sekarang dah takde yang murah. Ada tu ada, tapi kena tahanlah menunggu, duduk di bilik seadaanya, makan pun tak boleh pilih menu. Apa yang dibagi, kau hadap. Aku bukan nak katalah. Selalunya bila kita sakit, emosi kita bercelaru. Apa yang takyah pikir, kalau boleh biar jangan pikir. Contohnya, keselesaan dan kos. Sakit tu dah tentulah kita kena pikir. So, bab kos rawatan and keselesaan kalau boleh biar jangan menambahkan serabut.

Lagi satu, bila sakit, kita perlu sokongan emosi. Kalau pasangan boleh tido dengan selesa meneman kita kat hospital, at least kurang sikit bebanan perasaan. Aku tak reti nak explain bab emosi ni. Maybe orang yang pernah jatuh sakit dan tinggal hospital je tahu apa perasaannya. Punyalah bertahun-tahun ada medical card, dari menjak belum ada Redza, sampai anak aku dah 19 tahun, baru last year guna medical card. Betapa tak sangkanya aku di usia 46 tahun baru perlu medical card ni. Nasib dah ambil awal, insyallah tak rugi. Sebab benda-benda emergency ni datang takde warning.

Ada yang kata rugi bayar bulan-bulan sebab tak guna setiap bulan. Hoih! Selisih nak guna medical card setiap bulan. Dah kenapa kau? Aku yang pegang medical card 20 tahun pun tak pernah meminta nak guna. Biarlah sihat. Tapi, kalau dah sampai masanya kena guna, at least benda dah ada. Lega banyak. Ex-collague En Wan masa kat kilang Jepun dulu baru-baru ni kena heart attack. Masuk hospital Cyberjaya. Pastu Cyberjaya refer ke IJN. Kos almost RM100K. Medical card takde. Patah balik Cyberjaya. Now tak tahu apa cerita, aku lupa nak tanya En Wan.

Yang kerja kerajaan pun perlu tahu, kos prosedur memang ditanggung majikan (kerajaan), tapi kos accessories macam besi atau stent kena pakai duit sendiri, ya. Bukan semuanya kerajaan tanggung. Stent tu kalau tak salah aku seketul dah RM10K. Setakat RM10K memang ramai boleh bayar. Rasanya ramai yang mampu bayar cash. Tapi, kalau medical card boleh tanggung, buat apa nak bayar ye tak? Save duit. Macam kawan En Wan tu memang takde RM100K simpanan. Kalau ada pun simpanan RM100K, terasa hingga ke lubuk paling dalam bila kena keluarkan selepuk gitu. Bukan apa, nak kumpul RM100K tu pun dah makan tahun. Bila keluar, habis gitu je. At least kalau medical card, kita bayar bulan-bulan RM200-300. Dia cover ALL - prosedur, accessories dan rawatan susulan selepas discharge dari hospital. Duit saving tak terusik.

Masa masuk hospital tahun lepas, aku pakai medical card yang baru di-signed up in April (second medical card). Medical card yang baru ni aku ambil medic booster 1 million. Sebulan bayar RM350. Signed up April 2023, bulan Nov 2023 dah masuk ward. Kau kira berapa je aku dah bayar caruman? Baru RM2800. Tapi bil aku dibayar penuh, RM7K+. Selepas dicaj, kena buat rawatan susulan (check-up). Consultation saja RM115. Bayar sendiri. Tapi boleh pay and claim. Sebab 3 bulan selepas discharged, rawatan outpatient ditanggung medical card.

Aku tak tahulah orang lain pikir macamana. Bagi aku, having medical card adalah salah satu ikhtiar. Sediakan payung sebelum hujan konsepnya. Macam aunty aku, takde simptom apa-apa. Balik dari umrah 3 hari, dapat selsema. Pastu collapse. Dah seminggu kat ICU on life support. Tak siapa sangka dari selsema boleh ke ICU. Hari tu aku tengok, sedihnya keadaan aunty aku. Kebetulan masa turn aku naik, doktor tengah nak masukkan ubat-ubat dia dalam automatic syringe. Prepare ubat saja 30 minit. Berderet-deret wayar ubat. Infection dah attack kidney and liver. Dah masuk insulin segala. Sungguhlah, sakit ni datang kadang tak perlu warning yang lama.

That day, walaupun kitorang dalam keadaan bersedih tengok aunty macam tu, but bila berkumpul kat cafe, masing-masing masih boleh sembang-sembang rileks-rileks, and gelak-gelak, termasuk anak-anak aunty entertain makcik dan pakcik dengan sangat baik. Dorang pun nampak calm and cool. Sebab apa? Sebab at least kurang serabut mikir masalah kos rawatan. Now hanya tumpu pada procedure sahaja.

Yang nombor 1 and 2 dari kanan adalah anak aunty, my cousins. Yang tudung oren tu cousin juga. Fly from Qatar bila tahu aunty kritikal. Yang the rest adalah adik-adik kepada aunty. Ini saja yang ada petang tu. Yang datang pagi, dah balik. 

One thing yang aku kagum sangat, bila aunty sakit, SEMUA 13 beradik saling menziarah. Yang dari overseas fly in. Yang dari Malaysia dah tentu-tentulah datang sebab dekat. Tapi tu lah, semua pun dah tua, dah tak kuat nak jalan sendiri. Kitoranglah yang kecoh mengarrange segalanya nak bawak adik-adik aunty naik Singapore. Mak aku tu dah menung je kat rumah. Nak pegi, tak larat nak drive. Nak naik public transport, kaki tengah gout. Nak minta anak hantarkan takut menyusahkan. Aku kalau bab berjalan laju je. Nak pulak ke Singapore, kan. Demi roti corn. Insyallah aku gagahkan untuk sampai.


2024-11-21

Video hari pengebumian Wong Ka Kui (Beyond)



Hari tu lalu video ni kat FB. Video hari pengebumian Wong Ka Kui (Beyond). Dalam banyak-banyak komen mandarin kat situ, aku sorang je tulis english. Gasaklah kau faham ke tak, aku nak komen juga. Aku cakap aku ponteng tusyen sebab nak tengok funeral ni. Entah apa alasan aku monteng. Lepas pulak tu. Mesti aku tipu Mak Aji kata kelas bantal. Pastu minggu depan aku acah-acah balik lewat sejam konon kelas ganti padahal lepak kat McD. Mesti punya ni. Kahkahkah.

Awal-awal video yang datang ziarah ada 2 lelaki and 1 perempuan. Itu Andy Lau, and Sally Yeh. Yang baju putih tu aku lupa nama dia. Pastu perempuan yang baju putih rambut pendek tutup mulut tu Anita Yuen. 

Kalau korang perasan kebanyakan guest (dari kalangan fans) datang pakai spek itam yang lebih kurang sama pattern-nya - oval and frame besi. Itu adalah trademark gaya Ka Kui. Dia suka pakai sunglass macam tu. Aku ada satu gitu dulu. Tapi beli warna biru, bingkai besi. Terpaling Beyond la perasaan aku masa tu. 

Then kalau perasan, ramai fans datang pakai baju hitam. Belakang baju ada printed gambar 3 jari macam ni:



Kau nampak tak betapa Beyond-nya aku dengan Nurul zaman sekolah dulu. Signal 3 jari yang kitorang buat tu adalah lambang Ka Kui ni. Kegilaan aku pada entertainment cina bukan sekarang, ya. Dulu lagi dah menggila. Cara-cara resources tak banyak macam sekarang pun aku boleh loyal. Kalau dulu dah ada Weibo, agaknya akulah Presiden Fanclub Beyond Malaysia. 

By the way, gambar ni aku ambil kat IG. Tu pasal ada gambar Redza and Deena. Masa ni aku buat post pasal apa ntah. Lama dah ni, zaman budak-budak ni masih sekolah. Ohhhh! Ingat dah. Masa ni aku buat post pasal muka anak and mak. Sama kan muka anak dengan mak? Rasanya masa ni Redza Form 4. Now Deena di Manchester. 

Sebenarnya dalam video funeral tu (patut panjang lagi), ada sorang perempuan pakai all black with bunga putih sepit kat rambut (tanda berkabung). This woman tak dibenarkan masuk tapi dia tetap datang funeral. Itu ex-fiancee Ka Kui yang dah break 2 tahun sebelumnya. Ex dia ni banyak menulis lirik lagu-lagu Beyond and pernah appear dalam MV Beyond.

Tak tahulah apa reason breakup tapi sampai sekarang dia masih pakai cincin tunang dan tak pernah berkahwin. Aku syak dorang sebenarnya dah kawen, kalau tak takkan perempuan ni sanggup perjudikan zaman muda dengan appear in public dalam keadaan berkabung? 



Ka Kui mati 1993, tahun 2010 barulah dia appear in public. Dah berusia tapi masih bergaya. Kesian pulak aku tengok, sanggup tak kawen lagi. Ka Kui mati at age 31. Ka Kui tua 5 tahun dari dia. Bermakna dari umur 26 tahun dia dah decide untuk jadi "balu" Ka Kui. Kalau bukan sebab cinta, kau rasa sebab apa perempuan sanggup buat gini? Bukannya dapat harta peninggalan Ka Kui pun. 

Untung Ka Kui dapat girlfren setia. Aku rasa teori aku betul. Dorang sebenarnya dah kawen. Cerita break up tu saja je dorang create nak bagi fans tak kacau. Kau tau je la fans sana gila macamana.


2024-11-20

Medical Card: 3 soalan berkenaan takaful. Saya jawab.

Ok ini ringkas saja (boleh percaya ke Diana tulis ringkas?) 🤔

Yang pertama ada bertanyakan "Kenapa pre-mature baby tak boleh buat medical card walaupun report doktor semua ok?"

Ok macam ni. Dalam underwriting, application medical card untuk pre-mature baby mesti SELEPAS 2 tahun. Rayyan pun macam tu dulu. Selepas 2 tahun baru kitorang buatkan medical card. Sementara nak tunggu 2 tahun tu, takde perlindungan. Ini standard untuk mana-mana syarikat takaful. 

Walaupun selepas 1 tahun, dan pre-mature baby sihat serta membesar dengan baik, dorang masih ada risiko. Premature baby, atau yang lahir sebelum 37 minggu, sistem imunnya lebih lemah, dan dorang ada risiko komplikasi kesihatan yang lebih tinggi berbanding baby yang lahir cukup bulan. Even if the doctor's report indicates good condition, underwriter menilai risiko jangka panjang. Banyak risiko premature baby - breathing problem, heart problem, growth problems, etc.

That's why aku cakap hari tu, tak boleh samakan penilaian perubatan dengan penilan underwriting. Penilaian underwriting is based on RISIKO. It's not whether baby you sihat atau tak, tapi sama ada baby berisiko untuk dapat sakit atau tak di masa depan. Tempoh 2 tahun adalah tempoh untuk underwriter menilai risiko. Insyallah, selepas 2 tahun kalau baby sihat macam Rayyan dulu, boleh lulus medical card. Sementara nak tunggu 2 tahun tu kita just jaga-jaga je lah. Jangan sampai perlu hospitalization.

Yang kedua, congenital heart disease boleh lulus medical card atau tak.

Ya, boleh TETAPI bergantung kepada keparahan penyakit. Kalau minor, yang tak perlukan pembedahan, mungkin peluang untuk lulus lebih tinggi. Tapi tak bermakna takde exclusion, ya. 

Selalunya orang yang ada medocal problem dia nak penyakitnya dicover. Hat ni memang tipislah sebab penyakit memang dah ada sejak lahir. Takaful takkan cover penyakit tu, tapi dia akan cover penyakit lain. However boleh je nak cuba apply, cuma kalau ada exclusion jangan pulak tak jadi ambil. Agen dah ke hulu-hilir minta report segala. Sebaik-baiknya tanya agen dulu roughly berapa agaknya caruman sebulan. Kalau boleh bayar, minta agen proceed dengan collect medical report semua. Kalau rasa-rasa berat nak bayar caruman, hold dulu. Jangan minta agen proceed apa-apa. 

Ada juga congenital heart disease yang decline sebab severity-nya tinggi yang perlukan prolong treatment. Hat ni permohonan lebih cenderung ditolak. TETAPI, aaaaa ada tapinya. Kalau pesakit CHD adalah baby atau kanak-kanak, application SELALUNYA ditolak. Yang ni based on pengalaman aku as medical underwriter dulu. Application ditolak sebab risikonya lebih tinggi. Berbanding adults dengan CHD, adults lebih berpotensi untuk lulus medical cardnya, tapi ada exclusion clause.

Kalau anak-anak yang ada CHD nak apply medical card, kena tunggu 3-5 tahun TANPA komplikasi sepanjang tempoh ni. Maknanya, make sure ada routine doktor's report setiap tahun. Kalau lulus, polisi mungkin exclude sebarang rawatan berkaitan CHD. Maknanya expenses untuk rawatan CHD TIDAK akan ditanggung oleh takaful. 

Tapi takpelah, at least medical card tu boleh cover hal lain contohnya accident ke, patah kaki ke, atau viral fever yang menyebabkan kena hospitalized. Jangan pula tak accept medical card tu bila dah lulus nanti. Selalunya bila lulus medical card with exclusion atau increased premium client reject. Mati-mati nak yang tanpa exclusion. Takleh lah gitu sebab you kena sedar condition you now ada penyakit. Mana mungkin dapat caruman sama macam orang sihat.

Yang ketiga, HIBAH untuk anak angkat.

Ya, boleh. Anak angkat boleh dapat hibah, dengan syarat letak nama dia as penerima. Anak angkat tak layak dapat faraid. Kalau nak pastikan anak angkat tak dipinggirkan selepas you mati, sediakan hibah siap-siap. Hibah tak kisah nak bagi kat sesiapa pun. Contact En Wan nanti dia explain nak buat macamana - 012-4407757.


2024-11-19

Kenangan dengan public phone

Begitulah jawapan seorang Diana.

Kenangan pertama aku dengan public phone adalah Form 1, semasa kat Maahad Hamidiah Kajang. Sebelum aku dapat offer ke TKC, aku dapat Maahad Hamidiah dulu. Tapi kat sini seminggu je. Orientasi habis, aku pun habissss. Kahkahkah. Aku sempat guna 1 kali je public phone kat sini. Aku call bagitau spek mata aku hilang. Biasalah, orientasi. Musim-musim meragging. Spek mata aku pun dia sorokkan. Bladihel.

Tapi kenangan public fon paling diingati adalah masa kat TKC. Aku lebih lama kat sini, 6 bulan bertahan. Terer sikitlah dari Rayyan, 3 bulan je. Sepanjang 6 bulan, boleh dikira dengan dengan sebelah tangan berapa kali je aku tak guna public fon. Kalau TKC perlu maskot public fon, nescaya akulah maskot tu. Cakap je ceruk mana public fon yang takde fingerprint aku. Semua tempat aku tinggalkan jejak. Biarlah malam-malam sunyi pun. I is don't care. Walau dimomokkan dengan cerita-cerita hantu, ahhhh. I don't care. Kau takut nak pi public fon sana? Bagus. Biar aku je pi. Takyah queue.

Next, dah besar sikit, guna public fon kat kolej matrik pula. Kolej Matrikulasi aku dulu di Kota Samarahan. Tempat baru. Kitorang pioneer. Tiang public fon pun belum ada. Awal-awal dulu semua student guna henfon Pengetua kolej kalau nak call mak bapak. Mak bapak nak bercakap dengan anak-anak pun kena call line Pengetua. Punyalah hazabnya. Tapi masa tu takde rasa nak call mak bapak sangat. Seronok masuk tempat baru and jumpa new friends. Tapi tak lama lepas tu, tuang fon pun dipacakkan. Ada 2 je public fon, tapi tak pernah queue panjang pun. Tak tau apesal, masing-masing macam takde rasa nak guna fon pun. Baik lagi si Redza, seminggu 2 kali call. Maknya masa remaja dulu, harammmmmm. Maybe sebab mak Redza tak garang sebab tu Redza selalu call mak dia. Aa gituuu.

Masa kat Uni, aku pernah telefon En Wan sekali je pakai public fon. Habis RM50 ringgit aku sekali jalan. Rasanya dapat 5 minit je bercakap. Itupun selepas setahun kenal. Sebab aku tak pernah minta nombor henfon dia kat sana. Bila dah couple, aku try minta tapi dia tak bagi call. Mahal. Pernah sekali je aku try call just nak tengok betul ke dia ni belajar kat Jepun. Berangkat bila aku call. Ok betul rupanya study sana. Hahahaha.

First time kerja, umur 22 tahun. Masa ni kerap guna public fon sebab everytime balik kerja, dah sampai stesen komuter, call bapak aku mintak fetch. Kadang-kadang Pak Aji balik lambat, aku naik teksi. Kalau dia outstation, sepanjang dia takde tu aku kena naik teksi. Last-last aku upah kereta sewa fetch aku setiap kali balik kerja. Tapi disebabkan komuter kat Malaysia ni manjang je delay, everyday aku kena call pakcik tu dulu sebelum dia datang ambil. Jadi, akulah pengguna setia public fon kat steses komuter UKM. Masa ni orang lain dah ramai pakai henfon, aku masih guna kekdah conventional.

Oh tak stop sampai di situ kenangan aku dengan public fon, ya. Lepas kawen, aku masih guna public fon. Masa kerja di Prudential HQ Jalan Sultan Ismail, everytime balik kerja, aku call En Wan untuk fetch di stesen komuter Subang Jaya. Tak berani nak bagi dia tunggu siap-siap, sebab komuter selalu buat hal. Jadi, bila dah sampai Subang Jaya, baru aku cari public fon untuk call. Pastu kena tunggu 1 jam untuk dia sampai sebab waktu kerja jalan jem. 

Time tu kalau nak berjanji dengan En Wan tunggu kat mana-mana, memang kena tepati. Walaupun tempat yang aku janji tu hujan ribut, tetap bertahan kat situ sebab kalau aku blah pi tempat lain, camana nak bagitau En Wan? Nanti aku tunggu kat tempat lain, dia tunggu tempat lain, last-last bergaduh. Daripada aku bergaduh, rela aku berhujan. Janji dia nampak aku. Aku rasa kalau orang lain, tobat cari henfon jam-jam tu jugak. Tak sanggup nak lalu rutin yang sama everyday. At least kalau ada henfon, boleh update pakwe bila dah nak sampai. Maybe aku sejenis "tak kesahhhh" level tinggi. Tu yang menurun kat Redza tu. Aku kekal dengan rutin tu setiap hari, sampailah resign dari Prudential.

Umur 27 barulah aku ada henfon. 27, gaisss! Itupun sebab kerja sales. Wajib ada henfon. Kalau aku tak resign dari Prudential, mau lagi 10 tahun baru aku pakai henfon. Budak-budak sekarang pakkal pi sekolah takleh bawak henfon. Kalau tak, memang takde pengalamanlah. Rayyan rajin gak call dari sekolah. Public fon. Reda dulu sebab kat MRSM, boleh pakai henfon cokia so dia punya pengalaman guna public fon hampir takde. Aku tak rasa Redza pernah pakai public fon. Mujurlah zaman aku kat asrama dulu henfon belum wujud. Kalau tak, konfem Mak Aji putuskan line fon rumah dia. Fedap selang 2 minit call aku masuk.


2024-11-18

Kalau patah balik ke tahun 1992

Post FB 16 tahun lepas. Kegilaan apekah aku masa ni sampai nak cari kawan dari Hong Kong? Ni dulu kalau Mak Aji nampak ni, mau dia campak keluar semua kaset-kaset Cina aku.

Now no more, Mak Aji. No more. I am freeeeeee!! Mbahhahahahaha.

Anak-anak jaman now jangan nak cuba-cuba celen aku punya penyakit idol-worship, ya. Konfem kalah! 😆. Pakkal dulu internet takde, kalau ada, lagi mendonia aku. Cara-cara takde internet pun aku dapat follow progress and update Leslie and Beyond, lagikan kalau ada internet. Cara-cara duit belanja RM1 sehari pun aku boleh kumpul kaset-kaset dorang, lagikan sekarang zaman MP3. Playlist aku lagi banyak lagu Cina dari lagu Melayu. Semua kereta adalah playlist aku. Tu pasal dengan En Wan sekali terjebak syok dengan lagu cina. Akulah puncanya. Dia ingat dia balik dari Jepun bawak balik CD retis sana dia dah habis pengaruhlah tu. Lambertttt lagi. Aku punya penyakit Canto-pop menjak umur 12 tahun. Memang takleh diubati dah ni. Kena jalan terus.

Hari tu kat Thread ada orang tanya random gini. Memang cenggini je aku jawab *petik jari*. Wong Ka Kui (Beyond) mati tahun 1993. Kalau kembali ke tahun 1992, haruslah itu yang aku buat dulu.

Masa Ka Kui mati, aku menangis sampai bengkak mata, serupa macam abang sendiri mati kekdahnya. Everyday menangis. Masa tu Jade Solid Gold keluar seminggu sekali je. Kalau tunggu Jade Solid Gold memang lambatlah berita aku dapat. Nasib baik ada kawan sekelas, Leong Kok Hong. Dia tahu aku minat Canto-pop. Dialah yang bagitau "Oi, Diana. Ka Kui Beyond mati dah". Seharian aku blur kat kelas. Macam bengong kejap tak habis digest lagi news tu. Leonglah puncanya. Minggu tu punya Jade Solid Gold memang aku tunggu-tunggu sambil berdoa janganlah tetiba takde letrik. Meraung aku karang.

That week, Jade Solid Gold punya show 1 jam penuh news Ka Kui only. Masa ni dah ada video player kat rumah. Aku rekod. Pastu ulang-ulang tengok the news. Setiap kali tengok, setiap kali tu nangis. Masa tu aku pikir apa jalan aku nak show my appreaciation and thank you to Beyond. Duit takde nak hantar hadiah mahal-mahal. Lalu aku mendapat satu idea. Aku tulis surat yang panjang. Aku guna kertas printer yang bersambung-sambung tu. Biar surat ke Beyond panjang. 20 helai okay! Kat surat tu ada paper cuttings, gambar, dan hand writing aku tentang apa saja about Beyond and Ka Kui. Apa yang aku terlintas nak tulis, aku letak situ.

Sayang takde bukti nak tepek sini. Tapi serious, panjang dan cantik aku buat. Habis majalah Mak Aji aku gunting alphabets warna-warni nak tepek atas 20 helai surat tu. Pastu aku pos ke management Beyond di Hong Kong. Tak tahulah sampai ke tak. Tak kisahlah, janji aku dah buat dengan sungguh-sungguh. Kalau tak caya, tanya adik aku Ima. Betul tak wujud surat sepanjang 20 helai tu. Adik aku hidup lagi, boleh tanya dia untuk sahkan. Itu cara-cara lack of resources tu. Tapi masih mampu buat something untuk idol. Konsepnya, pakai apa yang ada. Effort yang penting.

Masa kat uni, dah ada duit. Makin banyak kaset aku kumpul. Cuma dah tak menggila sangat sebab masa tu dah busy dengan study, pastu ada boifren. Minat tu dah beralih. Tapi dengar lagu cina, tetapppp. Tapi paling terperanjat was bila news Leslie mati. Yang ni paling tak sangka, sebab dia bunuh diri. Like, why?? Why Leslie, whyyy? Dia mati nama dia masih popular. Tahun yang dia mati tu he was nominated as Best Actor untuk filem Inner Senses. And he won! Takde apa yang kurang. Dia masih popular and ada job. Later baru tahu rupa-rupanya ada clinical depression.

Masa Leslie mati, aku dah kawen. En Wan tahu aku minat sangat dengan Leslie. Dia sama-sama teman aku masuk Speedy cari VCD filem-filem Leslie. Masa tu kedai berebut keluarkan compilation filem and album Leslie. Banyak aku beli. Buat koleksi. En Wan sama naik masuk dari satu kedai ke kedai yang lain. Tolong tanya ada tak movie tajuk ni. Ada tak album lagu ni. Team work kan kitorang? Hahaha.

Disebabkan bini terchenta takleh lupa boifren lama, dia bawa aku ke Hong Kong. Nak sangat jumpa Leslie, hah meh sini aku bawak katanya. Bawak jumpa patung Leslie. Jadiklah. Aku punya meraung macam nak rak. Dari jauh nampak patung aku dah menjerit. Terpusing-pusing orang dalam tu dah kenapa ada orang terpekik. Leslie punya patung special. Dorang letak atas stage. Melompat aku naik stage peluk Leslie. En Wan stanby candid gambar aku mengongoi-ngongoi nangis peluk Leslie. Yang Mak Aji peratiiii je aku dengan muka Miranda Priestly dia. Masa tu I is don't care sebab husband I ada.

Hari tu masa En Wan ada kerja kat Beijing, aku pesan pergilah jenguk Wong Ka Kui kat Madamme Tussaud's Beijing. Peluk dia untuk aku. Aku tak pasti kenapa patung Ka Kui kat China, bukan kat Hong Kong. Tapi En Wan punya jadual pack. Dia pegi Great Wall je. Takpe, aku akan usahakan sampai ke Ka Kui one day. Ini kali, berzikir pun berzikirlah atas flight tu. I is tetapppp nak gi jumpa Ka Kui.

Tapi satu benda yang aku perati, fans China, Hong Kong and Korea sepesen. Dorang punya trend 'idol-worship' tu over. Dari zaman Leslie and Alan Tam dulu (80-an) artis sana stress melayan karenah fans. Dorang kalau kecam tak agak-agak, sampai buat Leslie bersara awal pindah Canada. Sampai buat artis bunuh diri. Sampai buat artis kena masuk mahkamah difitnah. Kalau kat India lain pulak kisahnya. Dia punya taksub kalau artis tu mati, dorang pun sanggup mati sekali.

Now kat China, sejak drama The First Shot menang Best Drama of the Year, haters dah start mengkaji gestures Johnny Huang dalam drama tu. Dorang kata Johnny and Wang Ziqi is gay couple. Kisahnya, lepas menang hari tu director cakap they waited 4 years untuk tunggu jadual Johnny free. Tak nak ambil orang lain, watak tu memang Johnny saja boleh carry. Ini mengundang sakit hati fans lain. Masing-masing kata idol dorang pun hebat. Masalahnya takde siapa kata idol kat tak hebat. Sukati directorlah nak ambik siapa.

Yang kedua, the team initially had a hard time untuk cari actor yang boleh pegang watak Prof Gu Yi Ran. Johnny tarik masuk Wang Ziqi. Johnny kata Wang Ziqi pernah jadi buddy dia dalam Bright Eyes in the Dark. Audience sangat suka gandingan dorang dalam drama tu so why not wujudkan balik bromance between Lin Lu Xiao and Lou Ming Ye dalam Bright Eyes in the Dark ke dalam The First Shot. Akhirnya gandingan Captain Zheng Bei (Johnny) and Gu Yi Ran (Wang Ziqi) dalam The First Shot memang menjadi! Ramai rindu dorang berlakon semula sama-sama sebab dalam Bright Eyes in the Dark watak Johnny mati and watak Wang Ziqi sangat heartbroken bila buddy mati.

Bila netizen tahu Johnny yang bawa masuk Wang Ziqi dalam drama tu, dorang mencari sebab. Johnny dulu popular dengan watak bi-sex dalam drama Addicted. Sekarang kat sana haters tengah busy analyze gerak-geri Johnny dalam The First Shot. Adegan pegang tangan pun dikatanya Johnny sedang berahi. Pantek betul. Kononnya Johnny sengaja cari peluang rapat dengan Wang Ziqi. Bongok gila perangai haters kat sana.
 


Yang benaunya saingan dalam entertainment industry kat sana terlalu tinggi. Kalau fans kau kuat, memang kau mendonia. Kau boleh secure more opportunities, endorsements, and support. Tapi kalau haters kuat, besar harapan kau end up bunuh diri. Haters kat sana create toxic environment kaw-kaw punya. Dorang peduli apa nak create rumors. Janji kau jatuh. Kalau boleh dorang nak lenyapkan kau terus dari industry. That's the harsh reality of the entertainment world kat sana. Dulu walaupun Leslie bersara dari nyanyian, dia kekal relevan sebab fanbase dia kat Korea and Canada kuat. So, nak jadi artis kat sana, international fanbased kena strong. Kalau tak, mati cepatlah kau nampaknya.


2024-11-17

Kalau kita tak bercinta dengan orang yang salah, kita takkan tahu apa sebenarnya yang kita PERLU



I think we need to let ourselves fall in love with the wrong people. Instead of wasting our time thinking that the perfect one will come around. Checking off our boxes as if we can control the people that we meet and if one box gets missed then it's on to the next person. But what if falling in love is not about it lasting forever like you dreamed of? What if it is meant to last a moment? one for you to feel loved, even if it's not for too long. One for you to dance your heart out like no one is watching. To have someone sing with you in the showers. To have a plus one at weddings to cry with, to hold, to laugh, and to love. And to experience life with. Isn't that something worth checking off? What if it's not about forever? And it's about falling in love with right now.

Aku setuju dengan this perspective. Kadang-kadang kita terlampau terikat dengan nak mencari "the perfect one" to be with, sampai takut nak memulakan relationship. Of course kita tak nak relationship terkandas. Semua yang bercinta, nak akhirnya berkahwin. Takde siapa nak buang masa dan effort kenal, kemudian bercinta, berhabis duit hanya untuk putus tengah jalan. Tapi, percayalah. Kalau kita tak bercinta dengan orang yang salah, kita takkan tahu apa sebenarnya yang kita PERLU.

Kita semua teringin nak pasangan yang perfect 10. Kalau perempuan of cos nak yang handsome, yang kaya, yang rajin, yang loving, yang romantik, yang pandai, yang tak berkira, yang hormat orang tua, etc. Aku pun sama gak dulu. Benda belum dapat katakan. Macam-macamlah berangannya. Nak yang best-best je. Apa-apa hal, tengok rupa dulu. Hat ni baik laki, baik perempuan, SAMA JE! Toksah nak mengencing kata korang tak pilih rupa. Semua pun tengok rupa dulu, kendian baru tengok hati. "I tak kisah rupa, yang penting hati baik". Ah! Aku bagi backhand karang, berlumba-lumba gigi kau masuk perut.

Masa aku mula-mula terpandangkan crush, I was in Form 2. Crush tu lain kelas. Tak pernah terperasankan lansung kewujudan dia kat sekolah tu. Alih-alih ternampak. Oh, rupanya dia macam aku juga, quit dari boarding school. Cuma aku terer sikit, 6 bulan dah blah. Dia tunggu setahun baru quit. Padahal tak kenal pun siapa dia. Nama pun tak tahu lagi, tapi dah tersuka. Kenapa tersuka? Sebab rupa! Sebab tu aku cakap, waklu sangatlah kalau ada yang kata "Saya suka dia sebab hati baik". Aku pangggg karang.

Along the way, we realized we are in a wrong relationship. Terasa buang masa. Bercinta 1-2 tahun. Penat. But at the same time kita kena akui yang not every love story needs to end in marriage or be something that lasts a lifetime. Kadang-kadang cinta tu hadir sekejap, untuk bagi kita pengalaman, tapi its impact can stay with us forever. Dari relationship yang gagal dan bercinta dengan orang yang salah, kita akhirnya tahu apa sebenarnya yang lebih tepat untuk kita. 

Aku dulu nak yang handsome dan bijak. Masa tahu crush aku pun ex-SBP, terasa wow sangatlah. Kena dah ni dengan kriteria yang aku nak. Rupanya bukan itu yang aku PERLU. Ujung-ujung bila dia nak kat aku, aku yang reject dia.

"Wujud ke istilah bercinta dengan orang yang salah?"

Yes, in a way. 

Sometimes, we fall for people who may not be the best fit for us in the long run. Tak bermakna dorang jahat, tapi relatioship tu tak bawa yang terbaik untuk dua-dua pihak. Masa mula-mula aku dengan si anu, kriteria yang buatkan aku tertarik adalah, dia pandai Fizik and Maths. Dia dapat good grades dua subjek ni masa first semester. Aku kagum. Aku suka someone yang ada kepandaian yang aku tak pandai. Tak kisahlah lelaki ke, perempuan. Apa yang orang tu pandai dari aku, aku suka berkawan dengan dia. In his case, dia capture perhatian aku sebab dia pandai dalam subjek yang aku tak pandai. Kebetulan, rupa dia oklah, takdelah orang kata hauk sangat. Sebelum aku rapat dengan dia, ada je perempuan yang suka kat dia.

Tapi dia ada perangai. Malas la aku nak bukak balik cerita ni. Penat. Pendek kata, kalau aku tak bercinta dengan dia, aku takkan tahu apa sebenarnya yang aku perlu. 

Dulu aku ingat bijak and ada rupa mesti kriteria yang atas. Kerana pengalaman yang sangat men-traumatized-kan aku, aku dah tak tengok apa-apa kriteria lagi dah, as long as orang tu sayang aku lebih dari aku sayang dia. Ini je yang aku perlu. Kalau ikut kehendak, memang nak yang ada rupa, pandai, kaya, baik, dan segala tok nenek green flag. Tak pernah ada dalam list aku "nak lelaki yang sayang aku lebih". Tak pernah ada. Sebab aku rasa kalau aku takde perasaan sayang pada dia, relationship tu takkan jadi. Aku kena ada rasa cinta. Rupa-rupanya, itu pun tak payah. Janji kau sayang aku lebih dan tak semakkan mental aku, ok jom kita berkawen. Yang the rest can be manageable.

Toxic patterns is a BIG NO ya, walaupun kau hensem macam Zul Arifin, kau ingat aku kesah?? Toxic behavior jangan tolerate lansung. 

Ada orang salah anggap toxic behaviour dengan imcompatibility. Dia merasa macam "Eh, dia toksik ke, atau kami belum cukup serasi?". "Dia toksik ke, atau it is a just a matter of time?" 

Aku dulu gitulah. Padahal red flag tu banyak sangat. Kawan-kawan aku pun dah nampak red flag tu tapi biasalah, orang tengah bercinta mana nak dengar nasihat. Aku asyiklah "Takpe, bagi dia peluang dan masa". Asyik bagi dia peluang, peluang, peluang, sampailah dia memBAGI aku sebijik. Barulah masa tu tersedar yang aku kena lari. 

Sebenarnya aku bersyukur jugalah dia tampar, hantukkan kepala aku kat dinding, nak toreh tangan aku semua tu. Seriously, aku bersyukur. Sebab aku ni jenis bertahan. Aku perlu something yang bagi impak, supaya aku sedar. Dan akhirnya, bila dah jadi kes besar, barulah aku berani bergerak.

Bercinta dengan orang yang salah buatkan aku cekap spot pattern lelaki narsistik. Kau tunjuk SATU je cukuplah. Aku reject. Walaupun kau ada lagi 9 kriteria green flag. No way. Not again. Selepas break dengan dia, aku start appreciate my mental health. Dulu, apa-apa aku kedepankan dia. Baju aku tak berganti, baju dia aku belikan. Duit aku tinggal tak banyak, makan dia aku tetap belanja asal kita berdua boleh makan sama-sama. Lepas tu no more. En Wan lah yang jadi mangsa. Aku dah tak beria masa couple dengan En Wan. Ada peluang dating, aku tak keluar duit lansung. Takde nak shopping-shopping belikan baju ke apa semua. NO MORE. Betul-betul aku pentingkan diri sendiri. I mean, aku dulukan diri sendiri.

Maybe orang yang tak lalui kesakitan yang sama, takkan faham ni. Aku lalui relationship yang SANGAT MENYAKITKAN sampai traumatized. Dia punya sakit tu, sampai aku decide untuk accept sesiapa je asalkan orang tu sayang aku lebih. Dah malas nak bercinta. That's how big-nya impak relationship yang salah. Tapi bak kata video tadi, jangan takut bercinta hanya tak mahu dapat relationship yang salah. Dari salahlah kau akan tahu apa sebenarnya yang kau mampu buat. In my case, kalau tak kerana si anu tu, I didn't know I was capable of accepting someone without feeling any love.

Korang kalau ada Iqiyi, try tengok drama ACE TROOPS. Lakonan Johnny Huang and Xiao Zhan. Ini cerita tentang military. Tapi ada kisah cinta juga. Kisah cinta dalam drama ni adalah classic case of jatuh cinta disebabkan rupa, tapi akhirnya berkawen dengan orang lain sebab orang tu sayang dia lebih. 

This lady love at first sight dengan Gu Yi Ye (Xiao Zhan) sebab Gi Yi Ye handsome dan pandai. Tapi Gu Yi Ye terlampau perfectionist dan takut buat salah. Dia jenis by the book punya orang. Jenis patuh pada rules, and do things according to standards. Jenis book-smart. At the same time, Gao Liang (Johnny Huang) pun suka the lady. Gao Liang ni orang miskin, anak yatim, masuk tentera bukan sebab nak jadi tentera tapi sebab takde tempat tinggal. Dia work hard punya orang. Apa-apa pun langgar asal praktikal and lojik. Jenis street-smart. 

Bezanya, Gao Liang berani tunjuk effort pada perempuan tu. Berani curi-curi masuk hostel perempuan semata-mata nak bagi buah mangga, nak bagi makanan, etc. Tapi perempuan ni tak suka Gao Liang sebab Gao Liang tak terpelajar dan tak se-handsome Gu Yi Ye Last-last kawen dengan Gao Liang juga sebab dia akhirnya realized karakter Gao Liang itulah sebenarnya yang dia perlu dalam relationship.

I have so much respect for people who never give up on love. Jenis yang lepas putus, bercinta lagi. Putus lagi, bercinta lagi. Asal putus, tak lama lepas tu bercinta lagi. Korang memang kuat. Aku tak kuat. Sekali je aku putus, terus aku taknak try lagi. I’ll just accept anyone who loves me, and that’s enough. Aku rasa kalau En Wan tak muncul, aku suruh je Mak Aji cari sesiapa nak kawen dengan aku. Aku tak nak start apa-apa dah. Serik.


2024-11-16

Apa Kak Di rasa bila mula-mula pakai tudung?


Post aku kat IG gambar 15 tahun dulu bergambar dengan one piece di tepian pantai. Then, gambar last aku letak gambar terkini. Bertudung dan berbaju loose dan labuh.

"Apa Kak Di rasa bila mula-mula pakai tudung?"

Aku pernah berkali-kali tulis pasal ni. Tapi maybe tulisan aku tu tanpa gambar. Jadi maksud aku tak sampai. Bila aku tepek gambar 15 tahun dulu, barulah orang start terpikir macamana someone yang berani pakai one-piece in public, tiba-tiba bertudung and tukar cara berpakaian?

SUSAH.

Inilah maksud aku bila aku cakap "Bukan senang untuk someone yang dah biasa pakai baju tak cukup kain, tiba-tiba bertudung. Jadi, jangan judge if dia masih belum boleh berpenampilan syari'i".

Itulah yang aku berkali-kali tulis. Sebab aku bercakap melalui pengalaman sendiri. Orang yang dari kecil dah bertudung takkan faham perasaan ni. Senang-senang je nak memaksa itu ini.

"Tudung tu labuhkan biar tutup dada!"

"Pakai tudung tapi still pakai baju ketat!"

"Tutup kepala tapi leher nampak!"

Kau tak tahu beratnya someone yang bertahun-tahun free hair, bertahun-tahun pakai skirt pendek, bertahun-tahun pakai blouse see thru nampak bra dalam, nak mengubah penampilan. Jadi bila dia cuba untuk berubah, berikan dia masa. Letakkan diri kau di tempat dia. Bukan senang untuk dia kuatkan semangat untuk istiqomah. Entah berapa orang kawan dia hilang demi nak berubah menjadi lebih baik. Entah apa cemuhan yang dia dah telan. Pastu datang kau, push-push dia supaya berubah drastik. Manalah orang tu tak stress. Lama-lama dia free hair semula. Padan muka kau. Dapat saham ke neraka sekali sebab kaulah punca dia give up.

Aku bertudung tak dirancang. Tak pernah merancang nak bertudung. It happened suddenly. Kisahnya, aku ke kenduri akikah someone di area rumah aku. Kat sana ada orang berzanji. Aku boleh follow dorang berzanji, tanpa tengok buku berzanji. Sebab ustazah tempat aku mengaji dulu ajar berzanji juga. Masa tu aku tiba-tiba realized, it has been a while aku tak berzanji. Amazing sungguh aku masih boleh ingat. Tiba-tiba aku realized ada sesuatu yang pernah ada dalam diri aku, and it hasn’t disappeared. It’s just something I have not nurtured.

Balik dari kenduri, aku bersiap nak ke ofis. Masa tu ofis aku di Seri Kembangan. On that same day, ofis berpindah ke Putra Heights. So aku nak jenguk ofis di Seri Kembangan untuk check progress pindah. Aku bersiap dengan santai sekali, pakai blouse, pakai jeans....dan tarik shawl. Pakai. Kebetulan, memang ada a few shawl kat rumah just in case nak pi kenduri. So, itulah kejadiannya. Tanpa dirancang. Aku sendiri pun tak plan. Pergi kenduri pakai selendang. Balik dari kenduri pakai tudung dah. On the same day. Macam tu je dia datang. Dan alhamdulillah sampai sekarang, beginilah. Pesen ikat shawl yang sama, tak berubah. Cuma dulu shawl aku pendek, tak cover dada. Now dah labuh sikit.

Yang kelakarnya, 2-3 hari sebelum tu aku baru je bershopping. Beli skirt baru. Skirt kerja. Skirt pendek. Baju pun ada beli gak. Bila besoknya nak pi kerja baru terperasankan baju-baju yang baru beli ni. Masa tu terdetik menyesalnya bertudung. Patutnya pakailah dulu skirt-skirt ni. Dahlah wardrobe semuanya baju tak cukup kain. Lagilah berasa macam nak kensel bertudung.

Tak senang sebenarnya nak berubah. Nak mengekalkan penampilan baru satu hal lagi. Nak menambah ilmu satu hal lagi. Bila orang biasa tengok kau berpenampilan daring, once kau berpenampilan modest, orang nampak pelik, lagikan bertudung. Customer aku jadi janggal nak bersembang dengan aku. Macam eh betul ke ni Diana? Awat pelik ni? Aaa gitu. Itupun aku pakai shawl lilit-lilit leher je tau. Baju belum loose. Masih pakai candy jeans. Jangankan orang yang tengok aku, aku tengok diri sendiri depan cermin pun akward. Is this me? Masa tu ada je yang kondem aku. Bila lagi nak ambil peluang cari kesilapan aku, khen. Inilah masanya. Pakai shawl jarang, hencap. Pakai shawl lilit leher, hencap. Pakai jeans ketat, hencap. Tak pakai socks, hencap. Kononnya "sekadar berpesan-pesan". Tahik!

Selama ni sinonim dengan baju ketat, skirt pendek, rambut menyala, high heels tali-tali, baju see thru, low cut neck - hoih! Sekali baju loose, tudung cover dada, bersock segala. Nak menangis tengok diri sendiri. Macam tak siap. Especially bila pakai baju besar. Nampak badan tu besar juga. Memang berbolak-balik hati ni. Aku daftarkan diri sendiri ke kelas agama. Kelas berkumpulan, dan private. Sebab aku rasa, sekadar ubah penampilan tanpa ilmu, susah nak istiqomah. I need pencerahan supaya faham. Surprisingly, yang join kelas agama, yang mengajar agama, lansung tak judge aku yang pada masa tu hadir dengan shawl jarang lilit-lilit leher. Yang menghencap aku konon faham agama sangat tu pulak yang macam berapi-api macam takde otak.

Slowly, berbaju besar dan bertudung cover dada dah jadi biasa. Dah tak kisah dah bila nampak someone bergaya sofistikated. I've been in her position before, maybe even bolder, and I believe she'll change one day too. Tak perlu nak membanding-bandingkan. Kat hotel ni (Golden Sands Resort), bila aku lepak kat balkoni sambil tengok orang berendam dalam kolam, aku terpikir. Back then, I’d be the one racing to jump into that pool in a one-piece. Now, I just sit back and watch them with a smile.


2024-11-15

Malaysia patut buat lebih banyak program realiti untuk artis, macam China

Semalam aku tepek klip video rancangan realiti Mr Housework. Ada banyak season. Yang aku share semalam season yang ada Johnny Huang and Cheney Chen. Both are actors. Yang perempuan tu influencer. China banyak buat program realiti macam ni. Bukan game show, tapi realiti show yang memakan masa berminggu-minggu. Puas tengok. Aku pernah tengok rancangan realiti kita. Namanya MY HOME kalau tak silap. Aku pernah terrrr tengok episod ada Emma Maembong dengan adik-beradik dia. Ya ampunnn, fake gila kot. Rancangan realiti yang lansung tak real. Macam entahlah. Tak reti nak cakap. Terjerit-jerit macam dibuat-buat. Tak real lansunglah ceritanya. Aku rasa aku tak bias. Sesiapa pernah tengok MY HOME tu boleh faham maksud aku.

Now aku bukan nak cerita pasal program realiti tu tapi REALITINYA kebanyakan lelaki-lelaki di sana, pandai buat kerja rumah, especially memasak. Dalam banyak drama yang aku tengok, bila ada scene memasak, cara dorang handle kitchen boleh tahu dorang biasa ke dapur. Boleh nampak sama ada someone "berlakon" memasak, atau memang boleh memasak. Dalam beberapa rancangan memasak kat Malaysia ni, kebanyakan kalau artis jemputannya lelaki, terkial-kial. Macam lansung tak pernah pegang pisau. That's why kita di sini selalu amazed bila nampak lelaki pandai memasak, sebab di sini lelaki tak pandai masak is perkara biasa. Sometimes nampak lelaki tolong sidaikan baju, lipat baju, gosokkan tuudng isteri, terasa macam WHAT?? Macam melawan fitrah.

Bukanlah kita nak tengok dorang (artis lelaki) ni pakar di dapur. Tapi bila diundang dalam program realiti, kita mengharapkan dapat tengok imej gentleman yang dorang always carry dalam drama/filem. Kalau dalam drama, bukan main lagi watak hero berkarisma, handsome, gentleman, macho segala. Therefore, kita ada high hopes nak tengok if they are really "great" as portrayed in the acting. Tapi bila dorang tak real dalam program realiti, atau terkial-kial dalam program masakan, it gives a different picture. Nampak sangat bukan saja kurang mahir memasak, tapi nampak tak selesa buat kerja rumah. This can create persepsi bahawa dorang takdelah macho atau gentleman in real life, although on screen they are portrayed as capable men. Boleh faham tak maksud aku? Ini bukan tentang mengharapkan lelaki yang sempurna, tapi teringin nak tengok aktor yang kita minat tetap hebat walau di luar skrin.

Aku tak sure kalau kat Korea macamana. Setahu aku Korea banyak buat game show berbanding realiti show, kan? Maybe kat Malaysia permintaan untuk realiti show tak tinggi. Atau maybe takde sponsor sebab artis kita tak mendonia sangat. Market kita terhad. Kalau kat China, their entertainment industry growing rapidly. Demand untuk new content is always high. Macam Johnny Huang, tahun depan saja ada 8 drama/movies dia yang dah dalam queue untuk release. Tahun ni dia masih lagi ada shooting untuk drama yang entah tahun bila boleh release. Program realiti and fans-meeting dia every other day. Maksud aku, management dorang sentiasa pastikan artis dorang aktif dan ada job/projek supaya kekal relevan.

Aku perasan entertainment industry China and Korea ni dah jadi satu industri yang sangat penting. Serious punya industri. Dorang sentiasa ada new drama, new movie, new realiti show, new game show. Kalau kat China, setahun hasilkan 5000 filem and drama. Drama pulak tak 40 episod tak sah. Kau rasa?? That's why artis dorang takde masa buat produk atau berbisnes. Dorang punya jadual nak mampus punya pack. Lagipun orang kat sana suka reality show sebab program realiti sebab it gives them to see a more personal and relaxed side of their favourite celebrities. That's why kat sana ada fenomena "idol worship". Dari zaman Canto-pop Hong Kong lagi dah ada fenomena ni. Dengan aku aku sekali terjebak. That's why even Leslie dah lebih 20 tahun mati, fanclub dia masih wujud. Setiap ulang tahun kematian dan birthday, masih ada concert and tayangan filem dibuat. Bukan saja kat Hong Kong, malah China, Korea and Canada pun sama-sama buat. 

Contoh lagi satu, Andy Lau. Umur dah berapa tu? Tapi masih laku buat konsert jelajah sampai ke Singapore, Malaysia, Shanghai. Ingat nak buat consert kat Shanghai tu senang ke? Tapi konsert masih laku. Sebab management dia buatkan Andy Lau kekal aktif dan fanclub dia sendiri wok together with his management untuk buat macam-macam program. That's why entertainment industry dorang strong sampai boleh menjana pendapatan negara. Because dorang sentiasa produce program yang engage idol dengan fans. Salah satunya program realiti. 

Macam program realiti Mr Housework yang aku tepek kat IGS semalam. Yang tu 4 tahun lepas punya. Masa tu Johnny Huang baru lepas menang Pelakon Baru Terbaik Asia (Asia Film Awards). Dia menang melalui filem Operation Red Sea. Filem ni jadi popular kat Korea. Kutipan filem ni in China alone dah US579 million. Memandangkan Korea pun ada "idol worship", China ambil peluang masukkan Johnny dalam realiti program supaya ada engagement dengan international fans kat sana.

Program realiti sebenarnya platform yang bagus untuk artis expand their fan base. Dorang jadi more 'relatable'. From there can attract new fans. The increased popularity from reality programs boleh buka peluang endorsement and commercial collaborations. International brand suka ambil artis yang tengah trending dalam program realiti untuk kempen iklan. Kat China, brand always cari selebriti yang AKTIF, bukan sekadar ramai followers saja sebab dorang tahu yang follow tu bukan semuanya likers. That's why reality programs sangat effective untuk artis increase their commercial appeal.

Sekarang ni zaman internet. Patutnya ini zamannya entertainment industry kita jadi lebih gah. Ni aku tengok artis dengan influencer dah bercampur-aduk. Dah tak kenal apa profesion dorang sebenarnya ni? Everyone share their lifestyle dalam satu medium yang sama. Dah tak nampak apa bezanya artis dengan media sosial influencer? Influencer takde latar belakang seni yang sama atau pengalaman dalam entertainment, tapi dorang berjaya bina fan base melalui media sosial. Artis pulak biasanya datang dari bidang lakonan, nyanyian, atau seni lain, but now, they also use social media to stay relevant. Bukan tak bagus. Ini bagus, sebab media sosial adalah medium yang cepat dan efektif, but it also blurs the line between artist and influencer.

Sepatutnya, our entertainment industry bezakan platform untuk artis dan influencer so that each group can highlight their respective strengths without overlapping. Bukan artis takleh guna TikTok atau IG. Boleh. Tapi macam aku cakap tadi, perlu ada satu line lain, contohnya reality program. Nak tengok kehidupan realiti artis, boleh tengok di program-program tu. Mesti lebih menarik, not just daily content. Aku tak pasti if maksud aku sampai. Tapi aku nak sangat tengok entertainment industry kita boom macam Korea and China. Tolonglah bawa aku kembali. Aku stuck lama dah kat China. Kadang-kadang singgah Korea and Japan. Teringin gak nak balik Malaysia, melayan program negara sendiri. Tapi tulah, lemau.

Bawa aku pulangggggg.







2024-11-14

Hibah: Caruman hibah kekal takde kenaikan sampai bila-bila.

Meh aku cerita dengan cara aku pulak pasal WARISAN GOLD.

WARISAN GOLD is hibah. Tahun lepas, Prudential ada buka satu offer hibah dengan nilai minimum RM250,000. Kalau takde promo ni, nilai hibah minimum kau boleh ambil is starting from RM350,000. Dalam erti kata lain, bila nilai hibah minimum is RM250K, caruman bulanan otomatik jadi lebih rendah. Contoh orang yang grab offer WARISAN GOLD ni adalah adi ipar aku, CT. Tahun lepas CT ambil offer ni. CT umur 30+. Based on umur, caruman bulanan dia RM100 kalau tak salah aku. Ke lebih sikit. Around itulah nilainya. Hibah pertama aku pun RM250K. Aku ambil sebelum umur 35 tahun. Sekarang umur aku dah 47, caruman bulanan aku tetap RM100 sahaja sebulan.

Hari tu kat Thread ada orang tanya "Insurans apa yang murah yang takde kenaikan setiap tahun?"

Aku jawab "Mana boleh tak naik. Takaful adalah di bawah Bank Negara. Kenaikan takaful is based on Bank Negara. Kalau berlaku inflasi, Bank Negara luluskan kenaikan harga caruman"

Sebab itu takaful punya nama ada link dengan nama bank, perasan tak? Macam Prudential, kalau tafakulnya adalah PruBSN. Dia link dengan bank BSN. Jadi, jangan tuduh-tuduh takaful sesuka hati naikkan caruman. You must know kenapa ia boleh naik.

Kalau medical card, yes, akan ada kenaikan. Tapi kalau hibah, NO. Caruman hibah kekal takde kenaikan sampai bila-bila. Semakin awal korang ambil hibah, semakin rendah nilai caruman. Yang ambil medical card, masa sign up tu tanya agen PELAN apa yang korang ambil. Some pelan polisi ada kenaikan setiap 1-3 tahun. Selalunya pelan ni awal-awalnya bayar murah. Ada pelan yang bayarannya tinggi terus. Yang ni jarang ada kenaikan melainkan berlaku inflasi. Yang ni diluluskan oleh Bank Negara. Sebab tu aku tak pelik bila orang asyik nak bertukar syarikat takaful. Katanya yang sekarang ni mahal dan ada kenaikan setiap tahun. NOPE. Takaful tak boleh naik sesuka hati MELAINKAN pelan yag you ambil memang ada kenaikan setiap 1-3 tahun.

Medical card aku diambil dari 2003. Takde pun setiap 1-3 tahun naik. Medical card Rayyan ambil sejak umur 2 tahun. Dia punya asalnya RM160 (sebab lahir pre-mature) so mahal sikit. Now dia dah 14 tahun, carumannya RM217. Dalam 12 tahun naik RM57 saja. Lojiklah ni. Takkan tak naik lansung. Medical cost dah naik beberapa kali. Kalau caruman naik RM57 pun masih berbaloi. So you must know pelan apa you ambil. Pastikan agen transparent bab ni. Kadang-kadang ada agen yang dia tak disclose, dia terus tunjuk kau harga yang murah sebab kau mintak nak murah. Padahal ada hidden cost yang kau tak tahu.

Bila apply for medical card, JANGAN MINTAK YANG MURAH. Tapi minta apa yang di-cover! Bila agen dah terangkan apa yang dicover, baru discuss harga. Kalau mahal, agen akan adjust kat mana boleh buang. Aku tak tahu agen lain macamana, tapi aku selalu tengok En Wan punya explanation. Dia akan buat comparison table siap. Senang aku faham.

So, berbalik pada Promosi Hibah WARISAN GOLD, aku nak tanya bila usia termuda korang?

SEKARANG, ya.

Esok, korang dah tua sehari. Semakin umur korang mendekat pada umur yang seterusnya, risiko kematian meningkat dan kiraan caruman semakin bertambah. Sementara offer hibah minimum ni masih ada, please grab. Gi tanya En Wan. Dia akan kirakan umur korang untuk dapatkan nilai caruman bulanan. Buat sebelum ada penyakit. Sementara penyakit belum ada, senang lulus. Esok tiba-tiba dapat darah tinggi, dah tak boleh buat hibah.

Whatsapp En Wan 012-4407757.


2024-11-13

"Hate stalking" in marriage


Hari tu aku nampak satu quote:

Men will often choose a shy, polite, and gentle woman with no notable achievements over an arrogant, career and focused woman.

Ya, betul. Dah banyak dah realitinya aku nampak. Selalunya gitulah. Masa nak kawen dulu, kemain lagi nak isteri yang solehah, yang sopan, yang terjaga akhlaknya, yang tak sosial. Yang wife materiallah pendek kata. Tapi esok-esok lepas 5-6 tahun kawen, bila financial kau pun stabil, yang arrogant-career-and-focused woman tu lah kau berkenan. Ujung-ujung tuduh bini tak pandai bergaya, tak pandai melayan, tak cantik. Semuanya nampak buruk. Dah dulu kau yang berkenan sangat dengan bini kau, kenapa?

Kalau memang taste kau asal-asal macam Salma Hayek, nak yang body voluptious, muka sexy, tetek selambak, lain kali tunggu sampai kau jumpa perempuan macam tu, biar betul-betul puas hati. Ni tak, ambik asal ada. Pastu lagi 5-6 tahun merungut cakap bini gitulah, bini ginilah. Ni sebenarnya bukan apa, dulu tu nak tunjuk yang kononnya dia pandai cari bini. Bangga orang puji "Pandai kau pilih bini. Solehah. Sejuk mata memandang". Mak kau pun sukalah anaknya pandai cari pasangan hidup. Bangga kenalkan menantu kat orang kampung.

Tak, ini bukan aku mencerca mana-mana perempuan solehah atau bertudung litup, ya. Ini aku nak emphasize on perangai lelaki yang suka nau tunjuk macam dia baik sangat padahal dialah setannya!

Kau kalau taste perempuan yang free hair, sexy, pandai bersosial, open-minded -- go ahead! Takde siapa larang. Asalkan cari yang betul-betul kau suka. Pedulikkan apa orang kata. Yang nak hidup bersama dia pun bukannya orang lain. Yang nak hadap dia pagi santak ke malam, kau. Jadi, pilih biar puas hati. Jangan ambil anak orang asal dapat berbini. Jangan gunakan anak orang untuk berlagak konon kau lelaki baik kerana "wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik". 

Eh babi, dengar sini aku cakap. Kalau kau pilih perempuan baik-baik kerana kau nak jadi baik, that's ok. Tapi kalau nak berlagak macam bagus, rentikanlah. Muak aku dengar cerita lelaki bila dah 5-6 tahun kawen, ada skandal pulak dengan perempuan yang lebih sexy. Pastu netizen pun mencemuh "Elok lagi wife yang dulu. Sopan lagi wife yang dulu". Yang benaunya memang itu taste kau dari dulu. Cuma dulu kau tak berani pilih perempuan macam yang kau nak sebab kau care so much about your identiti untuk kelihatan seperti suami yang Gred-A.

This issue often occurs in marriage yang dah matang. Yang maybe 10 years or more. Kenapa bila dah financially stabil baru realized oh rupanya taste aku sememangnya perempuan yang macam tu. Why only now? Kenapa dulu tak?

Meh aku jawab. Kau diam, tak payah jawab. 

Yang pertama, macam aku cakap tadi. Kau nak membina identiti suami terbaik. Bila dapat perempuan baik-baik, tempiasnya dapat kat kau. Disebabkan kau setan, jadi kau nak menumpang identiti perempuan baik supaya kau nampak macam husband material.

Yang kedua, sebab dulu takde duit! Bila takde duit, kaut je lah perempuan yang boleh terima kau seadanya, yang sederhana, dan yang tak banyak menuntut. Pilihan tu is considered simple and practical, sebab tak membebankan kau secara emosi and financially. Tapi apa yang kau tak sedar, your needs and desires change over time especially bila kau dah financially stable. You start looking for deeper satisfaction. Sebab dah berjaya, kan. Gaya harus berubah. Partner pun nak ubah jugekkkk. Nak cari yang more 'sophisticated'. Barulah sekufu katanya.

Benda ni salah ke? 

Tak. Tak salah. 

Yang salah tu bila kau meletakkan semua kelemahan pada wife kau. Apalah salahnya mengaku "Ya, aku memang sukakan perempuan yang cantik, sexy, bergaya, berkerjaya dan pandai bergaul dengan baik. Aku patutnya pilih perempuan macam ni dari awal lagi". Just ackowledge yang you don't realized that desire from the beginning. Only when you hit maturity in the marriage, you begin to feel that the partner you chose before no longer meets your emotional and psychological needs which have now changed. Mengaku je. Ni tak. Mati-mati letakkan salah pada wife. Wife tu takde salah, kau cari-cari salah dia. Jenis berani start, tapi tak berani habiskan. Kau start dengan smooth, habiskan dengan smooth jugalah, setan.

Disebabkan inilah ramai perempuan feel as if they have been 'abandoned'. Bila suami mula menampakkan minat pada perempuan yang more successful, confident, or more 'attractive', it raises questions about their self-worth. They began to pikir yang dorang dah tak secantik dulu, tak segojes dulu. Sometimes these women mencari-cari kelemahan diri. Apa salah aku? Kat mana silapnya aku? Apa yang kurang pada aku?

No, girl. Kau takde yang kurang. Cuma laki kau punya taste sebenarnya bukan perempuan macam kau. Dulu dia sengkek, tak mampu nak tackle perempuan yang match his taste. Disebabkan dia nak mengote dengan halal, at the same time nak potray diri tu baik bila menikahi wanita yang baik, so he chose you.

Kebanyakan lelaki yang ‘memilih seadanya’ sebenarnya memilih to fulfill their needs in the moment without thinking about the long-term consequences. Masa belum stabil, dorang tak nak risiko tambahan pilih perempuan yang bergaya, atau berjaya. Walaupun dorang suka perempuan macam tu, but they think kalau pilih perempuan gitu it may require more emotional commitment or financial responsibility. Hanya bila dah stabil, baru dorang rasa layak memilih ikut standard and taste sebenar dorang. This is where many men get stuck in a dilemma. They stuck between they want to live a life that they feel more 'ideal' OR more fulfilling to the standards they have now. Tapi at the same time, dorang tak nak nampak macam telah mensia-siakan pengorbanan isteri. And that explains kenapa dorang mencari-cari kelemahan isteri ketika dah ada orang lain. Sebab kalau tak jumpa kekurangan isteri, susah nak justify kenapa dorang mencari yang lain. 

Hari tu aku tulis pasal "hate stalking", kan? Actually this issue can also be linked to "hate stalking". Having felt that his partner is no longer attractive, lelaki akan mula membandingkan his wife dengan perempuan lain yang dia consider to be more to his taste. Dalam konteks ini, "hate stalking" berlaku bila laki tersebut berusaha untuk cari kelemahan isterinya dan secara halus memendam rasa tak puas hati. Benda ni kita boleh nampak dalam bentuk gurauan. Because some jokes disulami dengan kebenaran yang tersembunyi.

Contoh, katakanlah kau stay at home wife. One day kau bercerita pasal si anu. Then laki kau balas "At least dia pandai cari duit". This is a hint sebenarnya. Laki kau sebenarnya menyimpan rasa tak puas hati bila kau tak bekerja. Tapi dia pendam dan cuba bertolak-ansur. But later ter-spill dalam bentuk jokes. 

Another one, kau mengkomen si anu sexy. Laki kau balas "Biarlah dia nak pakai apa pun. Lagipun dia kurus". This is a form of hatred sebenarya. But it is often hidden behind an attitude that seems to be indifferent, but actually harbors criticism.

Sebab tu kalau laki kau bergurau-gurau gitu, kau smash balik. "Saya ni kalau kurus macam dia, tak sepadan pulak dengan awak yang dahlah tua, botak tengah, tak kaya-kaya pulak tu". Kau smash je. Biar dia sedar diri.


2024-11-12

Double chin disebabkan gemuk?


Post semalam pasal tanda-tanda pada muka yang kita boleh identify penyakit apa sedang berlaku dalam badan, someone is concern dengan DOUBLE CHIN.

Actually, masalah double chin tak semestinya sebab gemuk. Ada je orang yang berat badan normal, tapi double chin. Walaupun gemuk boleh menjadi sebab double chin, ada banyak lagi punca lain. Tapi, kalau kau memang overweight, janganlah pulak bertanya-tanya lagi kenapa dagu berlipat, ya. Karang kau yang aku lipat.

Secara lojiknya, bila badan bertambah berat, badan akan simpan lebih banyak lemak, termasuk kat muka dan dagu. Ini amemang respon semula jadi badan. Bila gemuk, otomatik, bawah dagu simpan lebih banyak lemak. Jadi, bila kau notice double chin, check badan sendiri dulu. UKUR PINGGANG. Jangan timbang berat badan. Kalau ukuran pinggang MELEBIHI 34 inci, itu petanda gemuk. Kalau ukuran pinggang MELEBIHI 31.5 inci, dah kena jaga-jaga makan sikit. Ini dah ada risiko untuk dapat diabetis and high blood pressure di masa akan datang sebab lemak dah start membalut organ dalaman badan.

Tapi kalau pinggang kau ok, like 28-29 inci tapi ada double chin, yang ni MAYBE puncanya genetik. Sesetengah orang dilahirkan dengan kecenderungan simpan lemak bawah dagu. Walaupun slim. Ini ada kaitan dengan struktur tulang muka dan bentuk dagu. Orang yang dagu pendek atau leher pendek, senang dapat double chin walaupun kurus.

Lagi satu kena tengok umur. Usually umur 40-an lebih senang dapat double chin, walaupun berat badan steady. Sebab kulit pun dah mula nak hilang elastisiti. Umur 40-an, kolagen pun dah makin kurang. Kulit muka jadi lebih longgar, jadi mudah nak nampak dagu and leher berlipat. Ditambah pulak dengan makin tua, makin hormon tertentu berkurangan. Hormon boleh mempengaruhi distribution of lemak. Bila hormon-hormon tertentu berkurang, lemak lebih senang berkumpul.

So, double chin TAK SEMESTINYA disebabkan kita gemuk. Tapi, kalau pinggang dah melebihi 34 inci, paham-paham sendirilah, ya.

By the way, offer 11-12 Nov dah pun ditutup. Dalam erti kata lain, diskaun untuk GC PLUS and MAALTYD telah tamat. Yang on-going sekarang adalah:

1. Beli 3 Nutrijuice, percuma 1 (jimat RM65)
2. Beli sebarang GreenAard RM100 atau lebih, dapat free shawl/bawal (pilih nak yang mana)


2024-11-11

Hate Stalking

Kan hari tu aku buat post pasal sorang blogger pernah cari isu dengan aku, tanpa aku kenal dia. Pastu ada orang PM aku ni:

Takde orang yang terlepas dari tak disukai oleh orang lain. Sama ada kau tahu atau tak tahu je. Ini namanya "Hate Stalking" atau “mengintai dengan perasaan benci”. Inilah yang aku pernah tulis hari tu - ramai yang jadi follower bukan kerana kagum atau suka pada kau, tapi sebenarnya tak senang duduk tengok life kau. Dia perlu stalk kau everyday untuk memuaskan hati. Kalau dia kata "Kitorang stalk kau sebab menyampah!"

Lojik ke? Menyampah tapi hari-hari stalk?
Err..aku rasa kau mental.

Secara LOJIK, kalau kita tak suka someone, kita tak ambil tahu sama ada orang tu nak hidup ke mati. Gasak dialah nak gembira ke, menderita. I don't care. Tapi tak. Orang-orang yang suka hate stalking menyimpan perasaan jealous yang kuat because they want what you have. Mungkin dia sukakan achievement kau, lifestyle kau, relationship kau, marriage kau, anak-anak kau, etc. Or perhaps certain achievements yang dorang susah nak achieve. As a result, they feel uncomfortable setiap kali kau bercerita atau post everything tentang kau. Segala yang kau post akan dicari sekecil-kecil kekurangan.

Contoh, kau post gambar masakan. Dari sekeping gambar tu je dah boleh dorang jadikan bahan umpatan. Kau masak tak kemas. Balik-balik itu je menu kau. Pinggan dengan mangkuk tak matching. Alas meja macam orang kampung. Kuah kari cair. Ikan tak garing. Everything! Tapi, dorang juga yang hari-hari tengok post kau without failed. Antara kawan baik kau dengan dia, dia lagi tahu semua pasal kau. Sebab dia yang paling aktif check setiap kali kau update post. Dorang seolah-olah berasa “perlu” untuk tengok kau everyday, walaupun dorag tahu bahawa setiap kali tengok post kau, they will only feel more angry or disturbed. Mental, tak?

"Hate stalking” ni semakin menjadi-jadi di zaman media sosial. Inilah bahananya kalau segalanya di hujung hari. Kita tak kenal orang tu, tapi kita komen macamkan kenal luar dalam. That's the reason why aku limitkan FB kepada friends only. Walaupun semua post set ti public, tapi hanya friends boleh komen. Reasonnya mudah. Friedlist FB aku 90% adalah blog readers. Dorang kenal cara penulisan dan karakter. Nak update post pun senang, tak perlu explanation panjang lebar sebab historinya orang tahu. That explains too, kenapa aku setkan akaun IG private. IG ni kalau macam FB, boleh setkan post to public but only allow friends saja komen, takpe. Ini tak boleh. Jadi, aku rela tak mengumpul follower yang ramai. Agak-agak yang aku boleh cam namanya, aku accept. Agak-agak tak kenal, aku tak accept. Bukan apa, payah. Nanti jenuh aku nak menjelaskan macam-macam.

Blog lagilah. Berzaman dah aku tak open komen. Dulu masa aku off komen, terasa janggal. Sebab aku start berblogging dengan on komen section. Seronok bila ada orang respond. From there kita berkenal-kenalan. Tapi lama-lama bila blog dah jadi perhatian, semacam ada second wave of group yang datang baca hanya untuk menghencap. Terus aku off komen. Tapi melalui dashboard, boleh nampak views masih around 100-150K daily. Masih ramai suka membaca. Atau maybe ramai yang hate stalking.

Secara piskologinya, "Hate stalking” bukan berpunca dengan cara penulisan kau, atau karakter kau, atau apa saja yang kau post. Tapi berpunca from their (readers) inner feelings yang tak tenteram. They like what you have but at the same time, unable to accept it positively because they cannot or have not achieved the same. Contohnya, kau berjaya dalam bisnes atau career. Someone yang "hate stalking” akan rasa tergugat sebab dia masih belum capai tahap itu. Jadi, everytime dia tengok kejayaan orang tu, perasaan dengki semakin membuak. Padahal dia suka. Tapi bila benda yang dia suka tu dapat kat kau, dia jadi sakit hati. Patutnya, kalau benda tu kita suka, kita ambil inspirasi atau motivasi daripada kejayaan orang tu. Tapi nak buat macamana, dorang mental. Maka dorang pilih untuk cari kelemahan atau simpan rasa benci tanpa sebab yang solid.

Sebab itulah orang-orang ni tak berani nak mencemuh kau depan-depan. They don't dare to criticize you openly sebab dia takde sebab yang kukuh. Hanya plain jealous. Dorang tahu perasaan jealous tu datang daripada kekurangan diri sendiri, bukan kerana kelemahan orang yang dorang benci. But they refuse to admit this, so they choose to find excuses and unsound "justifications" to justify their dislike. Faham?

Lagipun, berdepan dengan orang yang dorang “hate stalk” akan menonjolkan kelemahan dorang sendiri. Contohnya, kalau dorang cuba kritik kau openly, orang lain can obvioulsy see the criticism actually stems from envy. Kritik yang datang daripada rasa iri hati usually easy to recognize. Orang lain boleh nampak dengan jelas yang kritikan tersebut lebih kepada serangan peribadi. Inilah yang dorang cuba elakkan. Dorang takut dikritik balik. Dorang tak nak dilihat sebagai orang yang tak matang. Sebab itulah these people prefer to watch from afar sambil bergossip dalam private page bersama rakan-rakan se-mental yang lain. Orang-orang ini nak mengeluarkan pendapat kat media sosial sendiri pun tak berani. Terpaksa create private column untuk kongsi pendapat. You know why?

Because they only want to hear what they want to hear. Dorang mencari “echo chamber,” atau ruang di mana pendapat dorang hanya disokong oleh orang-orang yang sama fikiran, atau sama-sama tak suka kau. Dorang prefer mendengar apa yang dorang nak saja. Dorang tak nak pandangan yang berbeza, apatah lagi pandangan yang mungkin mengubah perspektif. Kalau criticize secara terbuka nanti bila ada orang lain memberi perspektif yang berbeza, dorang takut dengan perspektif berbeza itu menjadikan dorang semakin loser.

Lagipun bila dorang kritik kau secara terbuka, dorang berisiko mendapat kritikan balas atau negative feedback from others, yang mungkin akan mempersoalkan niat sebenar dorang. Dalam media sosial, memiliki imej sebagai seorang yang negatif, suka mengutuk, atau iri hati adalah sesuatu yang memalukan. Therefore, they choose to do all this in a "safe" space, contohnya dalam "private page" or "group chat" with like-minded friends. Dengan berada dalam lingkungan ni, dorang merasa lebih selesa untuk mengeluarkan kritikan dan pandangan negatif tanpa perlu takut dikecam atau dicabar.

So dengan cara tu, dorang terus kekal dalam zon selesa di mana dorang boleh “hate stalk” tanpa perlu berdepan dengan realiti sebenar. Mendengar pandangan luar yang rasional sangat menakutkan, sebab menerima perspektif berbeza akan buatkan dorang merasa rendah diri, dan tak mampu berdepan dengan reality of other people's lives that are better than them. Jangan tak tahu, most "hate stalkers" are lack of self-confidence. Dorang ada internal issue. They need distraction dari masalah dalaman tersebut. Sebab itulah dorang hate kau tanpa sebab yang kukuh. Dengan memusatkan perhatian pada life orang lain, dapatlah dorang mengecapi bahagia seketika.

Sebenarnya, senang je nak tengok bila someone yang asyik “hate stalk” kau sebenarnya sedang bergelut dengan internal issue. Bak orang kata, “Orang yang bahagia tak akan ada masa nak cemburu”. Betul!

Orang yang benar-benar puas dan gembira dengan life sendiri, biasanya tak ada masa untuk pikir kehidupan orang lain, apatah lagi untuk berdengki. Tapi, orang yang beria-ia nak menjatuhkan orang lain selalunya begitu sebab life dorang sendiri sedang bermasalah. Contoh, kalau ada someone yang asyiklah tak puas hati dengan kebahagiaan keluarga orang lain, maybe because their own marriage tak seindah yang ditunjukkan di media sosial. Jadi, bila dorang tengok couple lain honeymoon, atau candle lite dinner, atau bertukar-tukar surprise gifts, perasaan sakit hati tu muncul. Lalu dorang mempertikaikan other people's happiness as a way to feel better about their own relationship.

Benda ni lojik yang simple. Tak perlu jadi genius pun untuk pikir. Kita kalau bahagia dan suka dengan apa yang kita ada, kita tak perlu nak membandingkan diri dengan orang lain atau mencari kelemahan orang untuk merasa “lebih baik”. Orang yang benar-benar bahagia dan berkeyakinan, tak tergugat dengan kejayaan atau kebahagiaan orang lain. Sebaliknya, dorang rasa senang. Kau tak rasa happy kita bila lief kau dikelilingi dengan orang-orang yang ok? Entahlah aku tak paham. Contohnya sekarang kawan aku tengah sakit. Last week ada sorang lagi kawan aku, anaknya meninggal. Aku yang kat tengah-tengah ni rasa tak sedap hati. Rasa tak best bila keliling aku ada orang-orang yang aku kenal sedang diuji dengan kesedihan. Pelik bila ada orang yang seronok lingkungannya dapat musibah. Dia pula yang beria nak bagi Hamba Allah tu musibah. Kau ok ke tak ni?

“Hate stalking” takkan mengalihkan masalah kau. Takkan menyelesaikan apa-apa. Hanya menambahkan lagi rasa tak puas hati kau pada orang tu. Orang yang hidupnya bahagia tak ada masa nak mendengki sebab dia tahu true happiness comes from within, bukan dari membandingkan hidup dengan orang lain.


2024-11-10

Beruntungnya jadi orang kaya.



Tengok video sebelah tadi, terasa beruntungnya jadi orang kaya. Lahir-lahir dah kaya. Bila besar, ambil alih business keluarga. Kalau tak nak take over pun, boleh start business sendiri dengan mudah sebab modal dah ada. Orang-orang macam mamat dalam video tadi, kalaupun parents tak bagi modal berbisnes, duit tabung dia sendiri dah lebih dari cukup. Dorang ni semua dari kecil parents dah tabungkan duit untuk dorang. Allowance pun dari zaman sekolah dah dapat setiap bulan. Mustahil sangatlah kalau takde duit sendiri.

Kawan-kawan aku zaman sekolah dulu, yang kaya-kaya, bulan-bulan dapat allowance RM50. Dulu RM50 tu besar. Allowance lain, duit belanja sekolah lain, duit belanja untuk aktiviti sekolah waktu petang lain. Mewah. Tu sah-sah duit raya dari parents pun berapa ntah agaknya. Kalau dorang kata "saya start bisnes dengan duit sendiri tak guna duit parents", janganlah kau imagine dia start dengan susah-payah. Dorang memang ada duit.

Orang-orang macam ni selalunya jenis yang berani melakukan sesuatu. Sebab dorang tak perlu risau tentang rugi. Duit memang ada. Dorang hanya perlu berani melaksanakan saja. Paling tak pun kalau dah nyawa-nyawa ikan, pasti parents akan tolong juga. Lainlah yang macam aku ni. Nak start apa-apa kena pikir berkali-kali. Check dulu akaun ada backup savings tak kalau-kalau bisnes tak menjadi. Ramai antara marhaen bukan tak berani nak start, tapi banyak benda kena consider sebelum start.

Kawan aku pernah cakap "Duit kalau banyak, memang senang nak manage banyak benda. Yang hebat tu, bila takde duit tapi masih boleh manage".

Managing a business dengan modal yang besar ada kelebihan dan fleksibiliti yang signifikan. Bila duit ada, kau can easily invest in large-scale marketing. Nak buat iklan? Nak pasang bill board dari Johor ke Perlis? Nak hire duta? Nak collab dengan artis? Nak bukak cawangan kedai seluruh negara? Nak hire 100 pekerja? Boleh. Sebab kau ada financial freedom yang membolehkan business kau grow dengan cepat dan pesat. 

Tak sama dengan orang yang bermula dengan modal RM500. Kat situlah modalnya, dari situlah dia generate keuntungan. Dapat untung RM500, jadikan modal semula. Dapat untung RM1000, jadikan modal semula. Dapat untung RM3000, jadikan modal semula. Sikit sikit sikit dia bertatih. Dapat untung RM10K, baru boleh ambil sorang pekerja. Baru boleh sewa opis.

Having money can make business management easier. But does not necessarily reflect the skill to sustain a business. Maksudnya, bila ada duit yang banyak, bisnes berpotensi sustain dengan lebih lama, tapi belum tu bisnes tu berjaya. Bisnes masih bernyawa sebab kau ada duit. Mengendalikan bisnes dengan duit yang terhad tapi amsih sustain, masih ada growth (walaupun sedikit), dan masih ada untung -- this requires a high degree of creativity and planning. 

Kalau cakap pasal growth, semua orang nak business grow dengan cepat. Semua orang nak business nampak gah. Semua orang nak nampak berjaya. Again, tak semua yang NAMPAK macam berjaya, benar-benar berjaya. Yang NAMPAK macam ada growth, kadang-kadang banyak loss.

Dulu, masa mula-mula launch GC Plus, that was year 2015. Tahun tu kebanyakan produk supplemen datang dengan packaging yang cantik. Dalam kotak. Dalam botol kaca. Nampak exclusif. Nampak meyakinkan. GC Plus sampai sekarang takde kotak. Dijual bogel 😆.

Entahlah, aku tak nampak function kotak pada GC Plus. Sebab botolnya tahan lasak. Dan dipos dengan buble wrap. Agak praktikal pakai botol saja.

In realiti, business memang bukan untuk semua orang. Menjalankan business dengan dana terhad memaksa entrepreneurs to think outside the box. Kita nak produk kita sampai ke merata-rata, tapi modal tak besar. Tak dapat nak buat bill board, tak dapat nak hire influencer buatkan marketing, tak dapat nak buat sponsored post. Habis nak buat macamana? Business kena grow juga. Nak tak nak terpaksa find alternative ways to reach customers. Terpaksa perah otak buat sehari 4 post IG dan FB semata-mata nak increase engagement. Buat marketing material sendiri. Pastu optimize organic search traffic. Pastu join exhibition yang bajet murah untuk pacak produk for the sake of create awareness. In other words, buatlah apa yang termampu dengan modal yang sikit tu. Janji bergerak.

Masa awal-awal setup company biotech, aku keluarkan RM20K savings. En Wan risau aku nak dump 20K. Bukan orang kaya senang-senang nak leburkan 20K. Banyak benda kena pikir. What if kalau business goes wrong? Cukup tak savings untuk at least 5-6 months kalau business lingkup? Masa ni tahun 2008, umur 31 tahun. Now at age 47, aku realized muda betul aku start bisnes. Berani pulak tu leburkan 20K. Padahal waktu tu belum banyak yang dah fulfilled. Anak sedang membesar. Hutang kereta ada lagi. Tapi dah berani leburkan savings. Betullah kata orang, darah muda ni lain macam. Tak takut apa pun. Dia redah je.

Bila dah start, baru termenung. Masa tu baru tersedar, takde gaji tetap hujung bulan. Sedangkan ada banyak hutang nak dibayar. At the same time nak pi kerja kena pakai duit. Ah, jem! Terpaksa ambil gaji RM1,500 saja awal-awal. Cukup untuk bayar loan kereta dan belanja sehari-hari nak pi kerja. Yang lain-lain takpe, En Wan cover. Dulu sebelum ada anak, sebelum ada kereta, sebelum pakai bibik, sebelum pakai henfon, gaji RM1,500 cukup. Now dah ada semua komitmen tu, kena pakai gaji RM1,500 lagi sekali, memang berpeluh. Nak menangis di bahu En Wan, segan. Lalu menangislah dalam bilik air everytime mandi. Tapi lepas menangis, lega kejap dan teruskan. No turning back sebab kau yang gatal nak resign and run business. Duit savings pun dah spend kat business. Kalau nak quit pun, at least dapatkan balik the 20K. Gitu pikir aku.

Untuk biotech business, modal permulaan RM20K + 20K lagi duit partner, hanya sekadar memadai untuk start bisnes saja. Belum boleh bermegah. Mula-mula run bisnes dari rumah. Bermodalkan laptop and 3 in 1 printer. Beli stok produk. Beli sample produk. Gitu je dah settle 20K. Ada untung sikit, barulah sewa opis. Kalau takde duit dari tycoon tu, tak tercapai impian kitorang nak buka lab. Mana nak cekau duit ratus ribu untuk setup lab kalau takde capital injection? Lepas ada lab, barulah lega sikit sebab boleh run training, boleh run lab test,l boleh buat macam-macam projek biotech. 

Journey buat bisnes banyak pahit dari manis sebenarnya, especially kalau kau start dengan takde duit yang banyak. Impian kau besar nak buat itu buat ini, tapi progress tu slow sebab kau kena ikut jalan jauh. Sampai memang sampai, tapi jenuhlah.

Aku start GreenAard dengan pakai duit online business. Dulu kan aku jual candy jeans, cardigan, tudung, jual Ephyra semua. So dengan duit itu aku start GreenAard. Kira aku bagi capital injection dalam company sendiri untuk start GreenAard. Tapi GreenAard daftar under company. Pemiliknya bukan Diana Ishak tetapi company. If one day aku quit dari company, GreenAard adalah hak company. Diana Ishak kena start bisnes lain. 

GreenAard start dengan duit sendiri, tak apply bank loan atau geran. Tapi kalau ada peluang dapat geran, nak gak aku apply. Uii kalau dapat geran bolehlah aku start dengan retort product pulak. Yihaaa!!!

Ada tak sesiapa nak offer aku geran tanpa perlu interview? Kahkahkah.


2024-11-09

Kenapa kolesterol tu stop? Kenapa tak mengalir bersama darah?


Post IGS aku pasal fakta menarik sakit jantung tadi, ada yang tanya macamana macamana kolesterol boleh melekat kat salur darah? Kenapa kolesterol tu stop? Kenapa tak mengalir bersama darah?

Wow! Very good question.

Ok aku akan explain dengan ayat-ayat mudah. Baca dengan tenang.

Kolesterol yang berkumpul dalam salur darah, namanya asterosklerosis. Punca terjadinya asterosklerosis ni bila lapisan dalam saluran darah (endotelium) rosak. Kerosakan pada endotelium menyebabkan saluran darah jadi lebih melekit. Bila melekit, menyebabkan sel darah putih dan kolesterol LDL melekat pada dinding salur darah.

Kolesterol LDL yang melekat akan teroksida. Sel darah putih akan "makan" LDL yang teroksida ni untuk bersihkan salur darah. Tetapi, sel darah putih yang makan LDL yang teroksida berubah menjadi foam cells (sel yang berbuih). Foam cells ini berkumpul kat dinding salur darah membentuk plak. Pada tahap ni, LDL dah "terperangkap" dalam salur darah tak dapat mengalir bersama aliran darah.

Lama-kelamaan, plak ni akan membesar seiring dengan pengumpulan kolesterol LDL + foam cells + sel-sel mati. Plak ini kemudian jadi keras dan tebal sebab kalsium mula berkumpul dalam plak tadi. Akhirnya, dinding salur darah jadi sempit, mengurangkan aliran darah dan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Boleh faham flow dia, kan?

Selain itu, faktor tekanan darah tinggi dan tahap gula yang tinggi dalam darah juga boleh rosakkan endotelium. That's why orang kata penyakit 3 serangkai. Once dapat darah tinggi, akan dapat kencing manis, ujung-ujung dapat sakit jantung. Sebab semuanya berkait dengan salur darah yang sama.

Jadi, yang mana datang dulu? Kolesterol penyebab darah tinggi, atau darah tinggi penyebab kolesterol?

Mana-mana pun boleh. Darah tinggi boleh menyebabkan kolesterol terkumpul. Kolesterol tinggi pun boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Sama je. Dua-dua ni berada dalam cycle yang saling memburukan each other. Tekanan darah tinggi menyebabkan endotelium rosak yang membuatkan kolesterol lebih mudah melekat pada dinding salur darah. Pada masa yang sama, kolesterol yang terkumpul dalam salur darah menghalang aliran darah, yang memerlukan jantung mengepam lebih kuat dan seterusnya meningkatkan tekanan darah.

Jadi kat mana fungsi Nutrijuice?

Dalam Nutrijuice ada sterol tumbuhan. Namanya fitosterol. Dalam sains pemakanan, fitosterol adalah bahan yang boleh kawal kolesterol. Bila kolesterol boleh dikawal, bermakna tekanan darah dapat dikawal juga dan risiko penyakit jantung dapat dikurangkan.

Fitosterol ni ada dalam tumbuhan. Strukturnya mirip dengan kolesterol. Disebabkan persamaan struktur bila fitosterol masuk dalam badan, ia bersaing dengan kolesterol dalam darah. Jadi, bila kau ambil Nutrijuice, fitosterol ini akan halang kolesterol daripada diserap ke dalam aliran darah. Jadi, kolesterol yang berlebihan akan dibuang melalui najis. Oleh itu, jumlah kolesterol dalam darah dapat dikurangkan. Senang faham, kan?

Ok kalau dah faham boleh cuba Nutrijuice. Now ada promo buy 3 free 1. Kita bagi promo ni sebab stock Nutrijuice sedang sangkut. Lagi 2 minggu baru sampai. Jadi, sesiapa yang beli now, akan dapat offer istimewa ini. Kiranya kau lock this deal dulu, bila stok sampai kita terus post. Beli 3 free 1. Whatsapp 013-7557424.


2024-11-08

Bila business mendapat geran, wajibkah ia mencatat untung?

Tadi aku nampak berita ni:

Tak sangka ke tahap ni investigationnya. Maksud aku, tak sangka isu ni jadi besar betul. Apa puncanya eh? Tak salah aku macam dah pernah ada desas-desus ni dulu tapi pastu senyap. Tetiba naik balik, kenapa ya?

Hari tu aku janji nak cerita pandangan aku pasal geran. Ok now ada mood nak cerita. Tapi aku takkan cerita pasal Fashion Valet, ya. Taknak memandai-mandai. Lagipun FV tu bukan dapat geran kan, tapi investment? Correct me if I'm wrong.

Aku ada pengalaman apply geran. Dan aku pernah berada dalam committee yang meluluskan geran. Tapi aku bukan panellah. Aku RA saja. Duduk belakang bos data entry segala keputusan panel penilai. Masa kat MOSTI dulu, aku dalam unit IRPA. Unit ni meluluskan geran penyelidikan untuk research project. Proposal datang dari universiti (mostly). Memandangkan aku grad biotech, jadi dorang letakkan aku di bawah bos aku En Megat (arwah) yang also biotech grad. Dia jaga semua proposal biotech. Arrangement ni untuk memudahkan aku and En Megat analyse proposal ni sebelum dibawa ke panel penilai. Plus, bila kita sama-sama backgroun biotech, nanti masa meeting, kita takdelah tercangak-bangak apa yang penilai cakap. At least kita ada idea what is going on.

Nak meluluskan geran bukan senang. Setiap satu kos kena ambil kira. Penilai memang bukan calang-calanglah. Semua pakar-pakar biotech negara. Merasa la aku mingle dengan pakar-pakar ni semua. Walaupun aku and En Megat tak tergolong dalam para penilai, tapi kitorang adalah tapisan pertama. Proposal sampai pada kami dulu. Kami scan dulu proposal tu and identify apa projeknya. Bila masuk dalam meeting, kita akan bagi summary setiap proposal tu tentang apa dan berapa nilai geran yang dia minta. Sometimes, bila penilai cut budget, En Megat akan bersuara kalau dia rasa bajet yang diluluskan tu tak reasonable. Sebab duit datang dari kita (kerajaan), so kita boleh bagi pandangan juga.

Panel penilai pun ada apply geran juga. Everytime proposal dia akan dinilai, dia diminta keluar dari bilik dulu. Dan selalunya selepas meeting dia akan jumpa En Megat atau aku bertanya "Geran I lulus tak? Lulus berapa ringgit?" Susah sebenarnya bila panel penilai adalah dari geng-geng kita. Kita nak reject tak sampai hati, nak lulus semua pun macam tak betul juga. Seingat aku, mana-mana proposal yang datang dari panel penilai sendiri, proposalnya pastu lulus. Cuma banyak atau sikit amaun yang dapat tu terpulang pada penilaian panel.

Aku boleh kata KABEL memainkan peranan. Good proposal is a must. Sometimes ini sebagai syarat saja. In many professional settings, kalau ada kabel lebih bagus. Especially when it comes to securing opportunities, advancing careers, or getting proposals approved. Bukan apa, selalunya decision maker ada kuota sendiri. Contoh macam kuota pengetua. Pengetua boleh bagi recommendation dengan syarat kau punya requirement fulfilled. Tapi kalau kau achieve sesuatu tanpa ada connection, maknanya kau betul-betul bagus.

Having connections is an unspoken advantage. Ini bukan nak merendah-rendahkan kerja keras, tapi nak highlite how the influence of relationships can sometimes outweigh merit alone. When someone ada kabel, dorang ada personal atau professional connection to a person or network yang boleh beri peluang yang orang lain tak dapat. Sebab tu kita kadang nampak apesal geng-geng dia je yang dapat peluang tu. It's because personal and professional connection. Dia bagus, bukan tak bagus. Dia juga cukup syarat. Tapi maybe tidak sebagus candidate lain. Disebabkan connection, dia dapat kelebihan. Contoh macam En Wan. Baru-baru ni claim client, berdesup Prudential clearkan. Sebab En Wan ada MDRT. MDRT itulah kabelnya. Padahal mungkin case client-client dari agen lain datang dulu dari client En Wan. Tapi sebab kabel MDRT tu kuat, maka dia ada line khas supaya case dia melompat terus ke atas untuk customer service clearkan dulu.

Kalau ada peluang, aku pun nak apply geran. Takyah berjuta. Kau bagi aku 100-200K pun cukup dah. Insyallah aku tahulah nak bagi return nanti. Cuma tulah, bila namanya geran, SELALUNYA orang pakai habis tanpa mementingkan return. Punyalah banyak geran-geran yang kerajaan bagi untuk buat research project, berapa yang convert to commercial product? Tak banyak pun.

Detection Kit contohnya. Bersepah-sepah orang mohon geran untuk buat detection kit. Tapi bila kit terhasil, tak dicommercialkan pun. Beria hasilkan, pastu dah. Projek selesai. Bila industri nak komersialkan kit tu, tak bagi. Duit geran habis gitu je lah. Memanglah duit geran tu untuk penyelidikan dan tak perlu bayar balik, but at least biarlah dikomersialkan. Barulah dimanfaatkan.
 
Ini lab aku tahun 2008. Tahun yang sama aku setup company. Aku and partner apply geran dari satu tycoon cina dari Penang. Kitorang tak pernah jumpa dia. Kitorang dapat ni sebab ada connection dengan sorang Dr yang also customer kitorang. Aku lupa pulak nama Dr ni. Chinese juga. Dr selalu hantar sample untuk kitorang buat DNA detection. Disebabkan dia suka cara kerja kitorang, bila kitorang setup company sendiri, dia suggest bukak lab. Mana la ada duit. Aku bukak company pun pump duit RM20K je sorang. Mana nak cekau modal buat lab ratus ribu. Dia kata dia ada kenalan yang nak diversify opportunities. This friend belum ada pengalaman venture in biotech industri. Kitorang pun tulislah proposal. Dia puas hati dengan proposal tu, dan dia pump duit selamba je. Terbeliak mata aku tengok akaun bank company. Terus kitorang setup lab and hire 2 orang lab technicial.

Padahal kalau peluang tu dibuka pada orang lain, maybe proposal kitorang taklah hebat mana. Tapi sebab kabel tu ada, jadi peluang tu dapatlah kat kitorang. So basically, kabel tu penting. Sebab, in competitive fields, decision-makers agak berhati-hati memilih someone unknown to them. Good proposal tu sebenarnya kau boleh upah orang buat. Kau tak perlu bersengkang mata buat. Tapi kalau dorang trust someone yang already has an established rapport, proposal kau tu is just a syarat. This trust can overshadow qualifications or experience on paper. In my case, Dr itu lah yang jadi kabel dan orang yang dipercayai oleh the tycoon. Dr tu tahu kitorang boleh buat kerja, tapi tycoon tu tak tahu. Tapi disebabkan that tycoon percayakan that Dr, maka kitorang dapat.

Apa yang aku nak highlite kat sini, dikala orang tertanya-tanya kenapa orang ni boleh dapat geran? Kenapa company dia boleh dapat jutaan dana? Panel penilai bias ke?

Look. When trust is in place, even a so-and-so proposal can appear stronger. Bayangkan 2 orang yang submit equally compelling proposals. Yang sorang ada backup strong connection. That connection bertindak sebagai sokongan yang membuatkan decision-maker atau para penilai bersandar kepada orang yang mereka kenal. It’s a natural tendency to value personal recommendations, untuk elakkan risiko membuat keputusan yang salah. Dan rasanya kita pun lebih selesa collaborate with someone we are comfortable with, betul tak? Ini bukan favouritism, tapi familiarity. If a candidate has a relationship with someone influential, this connection can serve as an entryway.

Sebab tu orang business suka networking. Main golf sama-sama. Bukannya nak main sangat, tapi mencari peluang. They are building foundation for future opportunities. Dorang bagus, bukan tak bagus. Tapi bila ada connection, laluan tu mudah sikit. Maybe orang kata bila nak bagi geran, tak boleh bias. Sebab nilai duit tu yang nak dibagi tu besar. Bagilah pada orang yang sepatutnya. But whether we like it or not, it’s a human nature to gravitate toward what feels known and secure. Sebab tu amat beruntung sesiapa yang achieve sesuatu dengan pertolongan kabel. Dan sepatutnya bila ada kabel, gunakanlah dengan baik. Kalau dapat geran, buatlah dengan sehabis baik, gunakan dengan cara yang betul, dan sebaik-baiknya biar ada good return. Contohnya, student dapat scholarship. Paling tak pun, biar lulus. Jangan sangkut. Sama macam bisnes, paling tak pun biar balik modal.

"Bila business mendapat geran, wajibkah ia mencatat untung?"

TAK. Geran biasanya diberikan untuk bantu bisnes mencapai OBJEKTIF tertentu, BUKAN keuntungan. Contoh, aku buat proposal pada tycoon tu, objektifnya untuk setup DNA detection lab dan halal analysis lab. At the same time, aku nak provide training cara nak kesan non-halal sources dalam sample makanan.

Kalau proposal aku lulus, walaupun bisnes tak mencatat untung, takde siapa boleh argue. Because objektif aku adalah 3 benda tu. Dan aku dah pun capai that objective. Setiap 6 bulan kena buat assessment and hantar laporan pada pemberi dana. Tunjuk rekod berapa sample aku detect setiap bulan, berapa halal analysis aku buat, berapa training aku run. Untung is another story, tapi objektif mesti capai. Sebab geran BUKAN pelaburan yang memerlukan bayaran balik atau pulangan. It is a dana yang diberi tanpa keperluan keuntungan sebagai balasan. Kalau pelabur (investor), yes. Dorang nakkan pulangan. Tapi kalau pemberi geran, fokusnya adalah pada impak projek. Syarat utama geran biasanya berkait dengan kejayaan pelaksanaan projek atau objektif tercapai, bukan keuntungan syarikat.

So kalau ada someone apply geran untuk buat 5 cawangan kedai di 5 negara berbeza dan proposalnya lulus, selagi dia berjaya realisasikan 5 bijik kedai ni, pemberi dana takkan question pasal untung rugi. Sebab objektifnya dah tercapai. That's why sebelum bagi geran, macam nak pecah kepala panel penilai cut budget untuk elakkan lebihan dana yang dijolikatakkan later.

Bila pikir-pikir balik, padahal Dr chinese tu bukan someone yang kitorang kenal lama pun. He is just our customer. Kebetulan kitorang asisst kerja-kerja dia dengan baik. Siapa tahu rupanya dia ada connection dengan seorang tycoon. Tak semena-mena rezeki kitorang dapat bukak lab. That's why, apa pun kita buat, buatlah dengan sehabis baik. Kita takkan tahu lorong peluang di masa depan akan datang dari mana.