2022-05-16

Nampak tak beza sebelum and selepas?


Aku seronok betul dengan feedback demi feedback orang share pasal Middellyf Shaping Brief.
Nampak ramai berpuas hati. Alhamdulillah.
Jangan risau, apa yang aku pakai, aku akan promote.
Aku sendiri ada 5 Middellyf Shaping Brief.
Bukan apa, bila kita pakai tukar-tukar, fabrik lebih tahan lama.
Macam kita pakai spender and bra juga lah.
Kalau balik-balik kau lenjan yang sama je, lebih cepat dia meregang dan merosak.
Jadi, kalau ada budget lebih belilah extra.

Ni aku nak explain kejap pasal Middellyf.
Sebab ada yang tanya berkali-kali kat staff aku "Memang dia akan jadikan badan kita menipis ke?"

TAK. BUKAN MENIPIS.

Ok, dia macam ni tau.  
Nampak tak gambar di atas?
Macam tu lah kejadian perut bila pakai Middellyf Shaping Brief.
Bila aku cakap MEMBANTU MERATAKAN flabby tummy, bukan bermaksud once kau sarung, badan kau akan jadi nipis.
Tak. Bukan macam tu.
Cara Middellyf bertindak, ia bantu distribute lelemak ke ruang yang berhampiran supaya bonjolan lemak pada perut tu sekata.
Dengan cara ni perut tu jadi lebih flat.
In a way, perut jadi lebih sedap sebab tak berlipat.

Nak dapatkan perut yang kempis is not a piece of cake, ya.
Especially for those yang overweight.
Membayangkan Middellyf boleh kecikkan perut and pinggang the moment kau sarungkannya,  itu sangatlah tak masuk akal.
Like I said banyak kali, Middellyf TIDAK BOLEH buang lemak.
Hanya meratakan lemak supaya perut nampak lebih flat, pinggang nampak lebik ramping.

Mekanisme tindakan Middellyf adalah menolak lemak ke dalam dan memampatkan seluruh kawasan perut.
Temporarily, boleh mengurangkan beberapa inci dari pinggang dan perut.
Kalau perut ada lebihan lemak, dengan memakai Middellyf boleh jadikan perut lebih rata, temporarily.
Senonoh lah sikit nampaknya bila perut tu tak berlipat-lipat, kan. 
Kita nak berjalan pun konfiden sikit.
Walau tak menjadikan kau kurus, setidak-tidaknya tak melempai-lempai babat-babat setiap kali kau melangkah. 
Jangan risau bab melorot. TAK AKAN MELOROT. Aku jamin.
Sebuncit mana perut, seberlipat mana pun perut, bahagian atas Middellyf takkan bergulung tak kira macamana kau menonggeng, meniarap, atau menyenggeng.

Ni salah satu feedback yang membuktikan Middellyf tak terlampau ketat, just nice bagi perut rasa solid.
Bukan nak up produk sendiri tapi secara saintifiknya, kalau nak tahu produk tu sesuai atau tak, it must not irritate your skin atau tak menyebabkan gatal.
Kalau produk tu menyebabkan gatal, antara 2 je - samada fabrik tak sesuai ATAU produk terlalu ketat.
Shapewear yang ketat buatkan kulit tak bernafas lantas berpeluh.
Combination ketat dan peluh can irritate your skin.
Kalau kita overweight/obese lagilah jangan pakai shape wear yang ketat especially korset sebab orang yang overweight tend to berpeluh dengan banyak.
Lagi satu, kalau berkerja di area hot and humid macam bakery, atau selalu berada di area yang panas elakkan pakai shape wear yang terlampau ketat.

Aku tak berapa suka dengan konsep korset sebab korset ni mekanisme dia mengubah dimensi badan.
That's why pemakaiannya mesti semakin lama semakin ketat.
Kalau kau aim untuk ubah dimensi pinggang jadi lebih ramping secara kekal, bolehlah pakai korset.
Tapi kan, ini pandangan aku lah.
Kalau kau pakai korset sampai susah nak makan, bernafas pun susah, please stop.
Anggap jelah tak sesuai.
Bukan apa, korset ni dia compress abdominal organs .
Long term, tulang rusuk boleh berubah bentuk.
Kalau berubah makin cantik, that's bonus. Kalau deformed?

Berbalik pada pertanyaan "Dia jadikan perut kempis ke?". YES.
Tapi tidaklah berubah jadi sekeping.
Kalau dah overweight, tetap overweight. Takkan jadi kempis mana.
However, kau boleh nampak perubahan lipatan perut tu hilang.
Tak caya, trylah.

Please, sesiapa yang dah pakai Middellyf hantarkan feedback kat aku, ok?
Boleh whatsapp kat 012-7728976 atau 013-7557424.



2022-05-15

Up anak sendiri.


Masih lagi post berkisarkan raya.
Tapi bukan kisah raya aku. Aku belum start beraya lagi ni.
Ini antara-antara luahan-luahan perasaan dari followers tentang hari raya masing-masing.
Nak pulak tahun ni raya selepas 2 tahun terperap, lagilah macam-macam kisahnya.

Ada sorang ni cakap rimas betul bila berkumpul dengan makcik-makcik yang asyik meng-up anak sendiri padahal anak orang lain jauh lebih best.
Ya, aku faham perasaan tu.
Mesti sebal je duduk mengadap orang yang anak dia je paling best, anak orang lain tak πŸ˜†.

Kalau yang bercakap tu orang tua-tua, anggap je lah itu perkara biasa.
Orang tua tak macam kita ada media sosial.
Everyday kita up status hal sehari-hari.
Kita buat apa pun, kita share kat media sosial.
Dalam tak sedar kita pun sebenarnya bersembang hal kita juga.
Orang kat kampung ni jumpa kita sesekali je.
Masa tu lah dia ada peluang nak bercerita hal dia kat kita.
Orang tua, apa ajelah yang dia ada untuk disembangkan?
Nak sembang pasal kerja, masing-masing dah tak berkerja.
Nak sembang pasal shopping, dah bukan zaman dorang bershopping-shopping ni semua.
Karang dia sembang pasal ladang kelapa sawit dia karang, kita terpinga-pinga pulak.
Paling mudah, sembanglah pasal anak-anak.

Orang-orang tua ni ada yang pesen kalau bersembang selalunya anak dia je yang paling best.
Kadang anak dia tak best mana pun tapi dek kerana orang-orang ni jarang bercampur orang ramai, jadi dia nampak keluarga dia je.
Maksud aku, dorang kat kampung balik-balik berjumpa kelompok yang sama.
Habis kuat pun orang sekampung.
Network mereka tak besar.
Dah tentu anak sendiri saja yang ada untuk diceritakan.

Aku kalau orang-orang tua bercerita pasal anak-anak, aku layankan je.
Sebab faham dah, memang style orang tua-tua kalau bersembang hal anak-anak suka up anak sendiri.
But come to think of it, apa lagi yang dia nak cerita, betul tak?
Nak cerita pasal kebun belakang rumah nampak macam tak kena.
Kalau cerita pasal anak-anak tu sedaplah sikit.
Nak pulak kalau sorang anak jadi dokter, sorang lawyer, sorang jadi akauntan.
Pehhh. Baru sedap bersembang.
Jangan cakap oranglah, anak kita Darjah 1 dapat Bahasa Melayu terbaik pun kita update kat FB sampai 3 hari πŸ˜†.
Kasi chan la kat deme-deme nak up pasal anak dorang pulak.

Aku pernah baca dalam satu buku, dia tulis, manusia suka bercerita tentang perkara yang dia proud of.
Kalau dia bersungguh cerita tentang satu-satu perkara, maksudnya itulah perkara paling hebat yang dia ada.

Ada some parents yang aku kenal pada satu ketika, always cerita pasal anak dia yang satu tu.
Balik-balik up status pasal anak tu je.
Sampaikan aku ingat itu anak tunggal.
Padahal dia ada anak-anak lain tapi dia tak pernah cerita sangat tentang anak lain.
Rupanya anak yang dia cerita tu anak yang paling bijak.
Anak lain tak berapa menjadi.

Mesti ada yang boleh relate situasi tu, kan?
Bila mak prefer bercakap pasal abang pada orang.
Kita ni jarang diceritakan.
Itulah fitrah manusia, sukakan sesuatu yang boleh dibanggakan.
Bila aku perati kenalan aku tu, dan aku kaitkan dengan buku yang aku baca, ada betulnya.
Manusia hanya akan bercerita tentang sesuatu perkara dengan kerap kalau perkara itu adalah perkara terbaik yang dia ada.

Jadi, kalau orang tua-tua bersembang nampak macam bragging pasal anak-anak, kau layankan ajelah.
Mungkin itulah perkara terbaik yang dia ada.
Nak cerita pasal kereta, kereta kau lagi best.
Nak cerita pasal rumah, rumah kau kau lagi cantik.
Nak cerita pasal kerja, dia sendiri tak berkerja.
Kebetulan anak-anak semua success, sebab itulah balik-balik dia sembang pasal anak.
Ada juga orang tua yang suka bersembang hal kerja dia 50 tahun dulu.
Boleh jadi itu perkara yang paling dia proud dalam hidup.

Aku takde masalah melayan orang sembang pasal anak-anak.
Layan je lah. Jadi tukang dengar.
Kadang-kadang dorang ni bercerita sebab nak ada orang dengar je.
Jadi, dengarkan je lah.
Kalau bagus, komen. Kalau tak bagus, diamkan.
Yang jadi masalah pada aku adalah bila orang tu mengkondem anak orang lain demi nak menampakkan anak dia hebat.
Nak cerita hebat anak kau, cerita je.
Tak payah nak kata anak orang tu bodoh, anak orang tu kerja biasa-biasa je, anak orang tu pakai kereta buruk. Tak payah.
Kalau anak kita benar hebat, kehebatan tu akan berdiri dengan sendirinya.
Tak perlu sampai kena merendahkan orang lain.

Tapi sejujurnya aku tak berapa suka sangat join bersembang pasal achievement anak-anak.
Bukan menyampah, tapi takut aku yang akan dipengaruhi oleh cerita dia.
Ada mak bapak suka bagi contoh anak orang lain dengan harapan anak dia boleh buat yang sama atau lebih lagi.

“Cuba tengok anak orang tu, pandai belajar”.

Kan?

Anak orang tu exam dapat nombor 1, anak dia pun kena jadi macam tu.

Anak orang tu khatam umur 7 tahun, anak dia pun kena jadi macam tu.

Anak orang tu wakil skolah untuk mana-mana competition, anak dia pun jadi macam tu.

Aku takde masalah kat pencerita, tapi aku takut aku yang bermasalah bilamana aku nanti terpengaruh untuk membandingkan anak aku dengan anak dia.
Padahal anak aku dah ok dah, tapi lepas dengar cerita dia, terus aku rasa anak aku banyak kekurangan.

Betul, kadangkala apa yang orang ceritakan tentang anak-anak boleh dijadikan rujukan.
Tapi sebaiknya, biarlah kita ambik contoh dari anak/orang yang dah terbukti berjaya, bukan dari orang/anak yang masih sedang proses nak berjaya.
Dulu mak bapak aku pun suka cakap “Anak kawan mama tu bagus tau..”

Tapi lepas sorang, sorang, contoh yang mak aku bagi dulu hmm...malas cakap lah.
Some of them memang pandai masa skolah, tapi kehidupan dorang sekarang sangat berbeza dengan apa yang dipredict masa kecil dulu.

Elakkanlah suruh anak kita jadi macam orang lain.
Anak-anak yang dipaksa untuk 'jadi orang lain' semasa kecil, bila besar nanti akan jadi manusia yang sangat competitive.
Actually competition bukanlah masalah kerana competition sangat penting supaya manusia ada keinginan untuk memperbaiki diri.
Tetapi mental yang diasuh untuk menjadi competitive akan membebankan.
Anak-anak ni nanti akan hidup dalam suasana persaingan, bukan persahabatan.
Sebab itulah ada situasi dengki-mendengki pada orang yang tak pernah bersua muka.
Kenal kat internet je pun. Tapi bila orang tu lebih dari dia, mulalah dia bitter.
Sebab apa? Sebab dah terbiasa dengan being competitive tak tentu arah.
Sampaikan benda yang tak perlu dipersaingkan pun jadi satu persaingan untuk dia.

Boleh jadi orang yang suka kondem kelebihan orang lain, semasa kecilnya mereka dibesarkan dengan cara begitu tanpa sedar.
Diajar untuk sentiasa jadi seperti orang lain.
Bila tak boleh jadi seperti orang tu, dia akan deny hak orang lain dengan cara mengkondem orang tu.
Itu sebenarnya salah satu cara memberontak yang dorang tak dapat luahkan depan mak bapak dulu.


2022-05-13

Wedding anniversary yang ke 21.


Aku rasa macam cerita raya aku sampai Part 2 je.
Sebab tiba-tiba dah sampai Genting, dah bukan beraya lagi, kan?
Walaupun masih di minggu raya tapi sebab dah takde cerita raya, maka habislah cerita raya aku.
Selalunya cerita raya aku akan start balik bila aku buat open house, tapi tahun ni macam takde plan nak buat open house sebab belum bersedia nak menanggung risiko.
Maybe akan buat open house kecil-kecilan di dalam rumah saja, tengoklah camana nanti.

Ok memandangkan cerita raya dah habis, ni aku nak menjawab pertanyaan.
Kan aku cakap aku pakai baju lama 10 tahun lepas, kan.
Ada sorang ni minta aku turunkan tips nak jadi konfiden pakai baju lama tanpa rasa insecure.
Ceritanya dia kata keluarga suami masa berkumpul raya cerita pasal barang kemas baru, pastu baju raya masing-masing macam baju bersanding.
Ada yang bawa balik kereta baru.
Bersembang pasal nak bercuti sana sini. Dia rasa rendah diri.

Aku rasa ini cerita-cerita biasa kita boleh dengar every time hari raya.
Dari dulu memang akan ada cerita macam ni.
Kalau tak orang bercerita kat aku, ada je artikel-artikel pasal ni orang lain pula tulis.
Anggap je lah ini sembang upacara tahunan.
Biasalah raya setahun sekali, masa ni lah orang nak berbelanja lebih.
Bila berkumpul ramai-ramai, masa ni lah nak bersembang rancak hal itu ini.
Kalau tak cerita karang orang tak tahu πŸ˜†.

Bila ada rasa rendah diri dan stress dengar orang lain ada apa yang kita tak ada, itu bukan kerana orang lain ada apa yang kita tak ada, tetapi tanda kita tak happy dengan apa yang kita ada.
Kalau kita tenang dan happy dengan life kita, kata-kata orang lain takkan bagi pengaruh apa-apa.

Orang tunjuk barang kemas baru, kita ok.
Because kita tahu bukan kita tak mampu tapi kita tak minat barang kemas.

Baju raya orang lain grand macam baju nikah, kita ok.
Because kita memang suka baju yang simple-simple.

Orang bersembang nak bercuti sana sini, kita ok.
Because kita tahu bukan kita tak mahu bercuti tapi kita ada banyak kerja di pejabat yang tak boleh tinggal.

Bila orang bawa balik kereta baru, kita ok.
Because kereta kita masih ok dan dah habis bayar, malas buat hutang baru.

Bila orang bercerita rancangan nak holiday ke Barbados, kita ok.
Because bukan kita tak mampu tapi kita takut naik flight (kahkahkah).

Takdelah, maksud aku apa nak kisah orang kata kalau kita tahu kenapa kita pilih life yang kita jalani.
Bak kata omputih a satisfied life is better than a 'successful' life sebab success is measured by others sedangkan satisfaction is measured by our mind and heart.
Kadang-kadang orang tu bersembang bukan nak menunjuk.
Dah kebetulan agaknya ramai-ramai ada barang kemas baru, bersembang pasal barang kemaslah.
Takkan nak bersembang pasal food biotech pulak πŸ˜†.
Kita yang tak berbarang kemas ni jangan rasa tersisih. Join je dorang bersembang.

Tapi ye lah, aku faham.
Bukan semua orang boleh cool-cool bila orang lain ada apa yang kita takde.
Tak banyak sikit mesti rasa sedih, kan?
Slow-slow lah. Pujuklah hati tu.
Cari sekecil-kecil perkara untuk kita syukuri.
Sometimes apa yang kita ada tak datang dalam bentuk material, tapi datang dalam bentuk sihat, suami ambil berat, anak-anak mendengar kata, boleh belajar dengan baik, hubungan dengan keluarga baik, staff tak buat masalah, cukup makan, hutang takde, etc.

Ini pagi esoknya, sebelum turun breakfast.
Plannya nak balik awal sebab En Wan takut tersangkut dalam jem.
Orang pantai timur dah start balik KL masa ni.

Besar hall ni.
Actually untuk breakfast dia buka 2 tempat.
Satu kat hall ni, satu lagi tempat aku afternoon tea semalam.
Tapi pagi-pagi sejuk weiiii, tak sanggup aku nak bersidai breakfast kat luar.
Makanan dia not bad, replenish dengan cepat.
Ada section untuk vegetarian.
Jumpa Harith Iskandar dalam ni tengah bercuti juga.

Pagi tu first round aku makan nasi goreng with sosej.
Then second round makan roti canai 2 keping u olss.
Round 3 makan roti.

Haaa...gitu dia.
Sanggup aku berangkut baju raya ke atas tu semata-mata tak puas hati gambar raya aku tahun ni semua mendongak πŸ˜†.
Nasib baik mendapat kerjasama dari semua pihak.
Nampak macam hari raya pertama, kan? Kahkahkah.
Geleng kepala En Wan melayan perangai aku.
Baju kurung ni aku akan cuba pakai balik pada tahun 2032, tu pun kalau panjang umur 😁.

Kitorang turun awal hari tu sebab En Wan nak singgah juga GPO.
Kitorang semua belum sampai sini lagi.
Orang lain dah turun naik 10 kali, aku baru nak cecah.
Takde plan nak beli apa pun, just nak kenal tempat je.
Sebelum turun tu singgah kat lereng ni ambik gambor.

Cantik juga tempat ni.
Lebih kurang macam JPO.
A Famosa tu aku kesian betul.
Dah macam hidup segan mati tak mahu je.
Buatlah something kat situ.
Sayang tau, kemain gah lagi tempatnya tapi tak menjadi sangat.
Beberapa kali aku ke sana memboringkan. Lagi best pi Mitsui.
Expand je A Famosa tu biar lagi gah. Tanah besar lagi kat tepi tu.
Langgar je tanah ladang getah aku kat tepi tu. Hahaha. Mesti menjeling je Mak Aji kalau baca ni.

Aku rasa Mak Aji memang dah plan nak shopping.
Tetiba je dia ajak aku masuk Micheal Kors.
Padahal kena queue, sanggup dia beratur tu.
Aku layankan aje sebab Mak Aji memang ada Michael Kors henbeg, agaknya dia nak beli lagilah tu untuk koleksi.
Eh rupanya buat saprais belikan untuk anak menantu sekali.

Bersampuk haruk aku kat dalam tu call Ima and CT tanya nak kaler apa.
Yang Ima lagi best, dia ingatkan gambar beg yang aku hantar kat dia harganya RM300 sebab dia kata bajet dia RM300 je untuk aku belikan apa-apa untuk dia kat sana.
Aku cakap RM300 Micheal Kors dapat tangkai beg je lah.
Tapi bagus salesman yang layan kitorang tu.
Walaupun mak aku makcik-makcik marhaen, dia layankan aje bila mak aku tunjuk beg itu beg ini.

Ini namanya 'antara dua darjat'.
Terintai-intai dari luar.
Redza pelik apesal sampai 1 jam kitorang kat dalam tu.
Dorang dah habis round satu kawasan, kitorang tak habis-habis lagi.
Tu yang terjenguk-jenguk tu.

Lepas 1 jam kat dalam tu, kitorang lepak DOME pulak sebelum balik.
Makan siap-siap kat dalam ni.
Aku ni berangan nak pekena tek tarik DOME. Teh tarik dia sedap.
Tapi kat atas ni takde pulak teh tarik.
Korang kalau pi DOME, try order Cheese Pizza dia. Sedapppp.
Aku and En Wan kalau lepak DOME memang akan order pizza ni je.

Alhamdulillah, sampai rumah dengan tenang tanpa jem.
Mak Aji and Pak Aji gerak balik ke Bangi petang tu juga.
Alhamdulillah tahun ni celebrate wedding anniversary dengan cara yang berbeza.
Bukan saja dapat celebrate dengan anak-anak yang cukup korum, dapat pulak spend dengan parents.
Doakan mak bapak aku sihat, ya.


2022-05-12

Raya 2022 Part 2


Raya tahun ni aku tak tahulah sama ada aku yang tak tengok TV atau memang takde cerita raya yang best kat TV.
Ke stesen TV terkejut raya awal sampai semua program jadi tunggang-langgang?
Masa kecik dulu seingat akulah, program TV banyak cerita best sampai malas keluar beraya!
Cousin aku siap ada buku tulis yang dia senaraikan cerita apa pada hari raya ke berapa.
Punyalah taknak miss cerita yang best-best.
Now macam takde cerita best dah.
Semalam aku bukak TV ada ulang tayang telemovie Quran Buruk.
See? Cerita-cerita macam ni jugak yang 'in' untuk raya.
Asyiklah diulang tayang.
Mana ntah cerita-cerita macam ni sekarang.

Ok berbalik pada cerita raya.
Selalunya raya kedua, kitorang akan ke rumah makcik aku di Bangi.
Plan tahun ni macam tu lah, raya kedua nak pi rumah adik Mak Aji di Seksyen 2 Bangi, lepas tu ke rumah adik Pak Aji di Seksyen 7.
Rupanya adik Pak Aji dah pindah Banting.
Seminggu lepas arwah nenek meninggal, makcik aku pindah duduk rumah anak dia di Banting.
Yang adik Mak Aji pulak ke Melaka beraya dengan keluarga di sana.
Aku cakap kat Ima, kita lepak je la kat rumah hari ni sebab makcik aku gi Melaka.
Esok je baru kita beraya rumah dorang.
Rupanya makcik aku tukar plan.
Dia ke Melaka raya ketiga. Raya kedua rupanya ada je kat rumah tapi kitorang tak tahu.
Tapi raya ketiga aku pulak dah balik.
Hmm, kena pegi beraya lain minggu nampaknya.

Raya kedua tu disebabkan takde program beraya, kitorang ke kubur nenek.
Plan asal nak ke kubur nenek hari Isnin (petang raya), tapi raya mengejut, semua plan bertukar.

Ini first time aku ziarah kubur nenek (mak Pak Aji).
Nenek meninggal sebab Covid sebelum puasa hari tu.
Tak pergi-pegi lagi jumpa nenek.
Pagi raya kedua tu baru aku anak-beranak sampai.
Rupanya kawasan perkuburan mangsa Covid dalam tapak tanah kubur yang sama, cuma dia asingkan jauh sikit.
Hari tu masa ke sana, belakang kubur nenek ada liang lahad dah ready.
Sedih pulak, orang lain sibuk beraya, ada keluarga yang kematian keluarga on hari raya.

Lepas ziarah kubur, aku bagi signal kat En Wan untuk terus ke IOI City Mall.
Kidnap Pak Aji and Mak Aji ikut sekali.
Saja nak bagi dorang rest lepak-lepak pekena teh tarik.
Sebab raya pertama adik-beradik dah datang beraya, jadi raya kedua takde siapa dah nak datang.
Marilah kita bawa dorang jalan-jalan.
Jalan mall masa raya lah best, orang tak ramai.
Inilah bestnya kampung kat bandar.
Bak kata Rayyan "Kampung nenek Bangi ada teknologi" πŸ˜†. 
Mall pun kat sebelah je.
Untunglah kampung zaman sekarang semua benda ada.
Kampung aku dulu jamban pun kat luar.  

Pak Aji risau aku bawak masuk mall "Bukak ke kedai raya-raya ni?"

Aku cakap, nak menjual dalam mall ada syarat, Pa.
Dorang takleh tutup walau raya.
Sebab tu kedai-kedai ni mesti ada staff berbilang bangsa supaya ada orang ganti kalau festive season.
Mana-mana yang tutup time raya tu selalunya samada tak cukup staff atau staff terdiri dari satu bangsa saja.

Berjaya aku racun Mak Aji shopping kat dalam tu.
Sempatlah beliau sambal henbeg and blouse.
Lepas shopping, aku teringin nak pekena teh tarik.
Lalu, masuk Sepiring.
Seperti yang dijangka, lengang dalam Sepiring.
Kalau tak, kena queue.
Ingatkan nak masuk Dotty's Pastries & Coffee.
Saja je nak bagi mak bapak aku merasa lepak dalam tu, tapi tekak aku nak teh tarik jugak. Tak jadilah Dotty's.

Beria aku order macam-macam dalam ni sekali Mak Aji yang bayar.
Kalau aku tahu dia nak belanja, aku tapau extra πŸ˜†.
Sesiapa belum pernah layan Sepiring, silakan order Baked Mac & Cheese dorang. SEDAPPPP.
Dahlah sedap, banyak pulak tu.
Walau banyak, tetap aku dapat habiskan.
Lawan pulak dengan teh tarik. Pehh!

Hah, yang komplen beraya rumah orang makan tak sedap tu, aku suggest kau datang sini.
Sini dari nasi ambang, ke nasi lemak, ke nasi ulam, ayam percik ada, mee kari ada, laksa asam ada, kepok lekor pun ada! Nak cendol durian, nak ABC, nak kuih melayu semua ada dalam ni.
Makan kau situ sampai terbelahak.
Bezanya tak free lah.
Kalau nak makan free, apa yang dihidang itu sajalah kau makan, jangan banyak bunyi.

Lepas makan, kitorang berpecah.
En Wan bawak anak-anak beli barang.
Aku bawak Pak Aji and Mak Aji masuk Parkson.
Pak Aji cakap duit yang Ima bagi dia belum sempat beli apa-apa lagi.
So aku bawak masuk Parkson biar dia cari baju.

Kadang aku perati mak bapak kita semua ni rezekinya besar.
Dah tua, dah tak berkerja tapi masih mampu shopping, masih mampu holiday.
Sebab anak-anak bagi duit belanja.
Aku cakap dengan En Wan, kita esok dah tua tak tahulah mampu ke tak berbelanja macam dorang.
This is not only kerana anak-anak bagi duit tau, tapi soal rezeki.
Rezeki dorang luas sampai tak perlu meminta-minta.
Anak itu bagi, anak ini bagi, menantu bagi.
Semoga kita semua pun dikurniakan rezeki yang luas.

Petang raya kedua tu aku buat mihun sup.
Konon buat banyak saja standby kot-kot ada orang sesat-sesat datang beraya bolehlah hidanh mihun sup.
Sekali, habis kat orang dalam rumah tu je.
Nasib baik takde orang datang.
Kali ni beria betul aku memasak kat rumah Mak Aji.
Tak sempat dia nak terpekik hidangan dah siap.
Bak kata Pak Aji "Tak sempat lapar", sentiasa ada makanan dah ready.
Berbaloi sungguh bawak sudip and kuali sendiri.
Sangat memotivasikan rupanya πŸ˜†.

Lewat petang, another cousin beraya.
Ini cousin aku belah Pak Aji.
Yang datang malam raya pertama hari tu, yang salam Jawa style tu apaknya.
Yang ni anaknya datang.
Dia datang lewat sebab tahun ni turn beraya rumah isteri di Pilah.
Aku lupa apa yang aku hidang hari tu, lemang and rendang kot.

Hari raya kedua berlalu dengan tenang.
Boleh bersantai-santai anak-beranak terbahak-bahak gelak.
Yang lelaki boleh rilek-rilek tengok Netflix.
Aku and Ima kejap-kejap makan kuih raya.
Kuih raya Mak Aji habis kat kitorang berdua je.
Everytime beraya di Bangi keadaannya macam ni lah.
Pagi raya pertama tu dari celik mata sampai ke malam memasak, melayan tetamu, memasak lagi.
Raya seterusnya, tenang.
Kalau ikut hasrat hati tu nak juga balik Tampin tengok kubur atok and melayan Mak Aji nak beraya rumah cousin-cousin dia.
Tapi membayangkan jem kat hiway tu aku tak larat.
Tak memasal dalam kereta aku dah migrain.
Karang beraya tak dapat, muntah belahak dalam kereta yang aku dapat.

Ini menu esoknya, raya ketiga.
Terjaga pukul 5 pagi, tak tau nak buat apa, aku terus masak nasi lemak sambal udang.
Ni semalam ada yang tanya "Adik and ipar Kak Di pernah tak buat giliran pagi kau masak, tghri kau pulak masak?"

Tak.
Maybe sebab kitorang tak ramai.
10 orang je dalam rumah tu.
Siapa rasa nak masak, masak. Siapa ada kelapangan nak masak, masak. Siapa terbangun awal, masak.
Kalau aku kena masak sorang-sorang pun, yang nak makan nanti laki and anak-anak aku juga.
Jadi, alang-alang tu masak je lebih boleh ramai-ramai makan.
Yang orang jadi marah tu bila balik-balik orang yang sama je masak, yang lain hanya tahu bercantik-cantik, lepas makan blah.
Maybe inilah punca kenapa ada yang buat sistem giliran memasak.

Hari raya ketiga malam, aku balik ke Putra Heights semula.
Malam yang sama juga Ibal and CT gerak ke Kelantan.
Esoknya pagi-pagi Ima pulak balik je JB.

Reason kitorang balik malam tu sebab nak bersiap-siap esoknya En Wan nak bawak kitorang stay 1 malam kat Genting.
Wedding anniversary kitorang tahun ni jatuh pada raya ketiga.
Selalunya a day before anniversary kitorang dah stay kat mana-mana untuk celebrate.
Tapi kebetulan tahun ni jatuh pada hari raya, tak bestlah kalau nak pi bercuti sedangkan adik-beradik ada berkumpul.
En Wan tak bagitau aku pasal plan ni.
Aku pun tak expect dia nak celebrate juga time-time raya.
Ingatkan postpone hujung bulan.
Rupanya tak, ya. Beliau nak jugak celebrate sekarang.

Masa tengah lepak-lepak atas katil sebelum tidur, En Wan cakap "Cuba tanya Mama nak tak join kita pi Genting esok?"

"Abang book bilik besar ke?"

"Abang book 3 bed-room suite"


Zassssss! Terus aku tanya Mak Aji.
Of course la Mak Aji nak join. Semua anak-anak dah takde esok, buat apa duduk rumah sorang, kan.
Esok pagi lepas Ima gerak balik, Mak Aji and Pak Aji datang rumah aku.
Park kereta kat sini. Gerak satu kereta je ke Genting.

Alhamdulillah, kereta banyak juga yang naik ke atas ni tapi tak jem, dan parking pun tak susah.
Sampai-sampai je gi makan dulu kat Madam Kwan's.
Suka aku dengan mall dia sebab kedai makan pelbagai.
Absolute Thai pun ada. Kedai baju pun banyak. Xixili pun ada.
Kot terlupa bawak coli esok, boleh la beli kat sini.
Cuma tu la, aku takde mood nak bershopping. Banyak cuci mata je.

Yang kuat bershopping dia ni lah.
Asal nampak Uniqlo je terus melulu masuk.
Apa yang dia berkenan ntah dengan baju-baju kat dalam ni.
Aku tengok everytime dia beli balik-balik warna putih.
Tak putih, hitam. Itu je dok ulang-ulang.

Nak ajak apaknya bergambar ntah mana menghilang, sauk anak pun boleh.

3 generasi.


En Wan kan suka buat kerja surprise-menyeprise kan bini.
Rupanya dia dah siap beli tiket untuk theme park.
Sekali, aku taknak masuk. Rayyan pun taknak main. Redza pun taknak. Hahaha.
Aku cakap kat En Wan, anak-anak kita ni dari dulu pum bukan jenis yang suka naik roller coaster dan segala tok nenek permainan nak menyeramkan ni.
Anak-anak aku ikut maknya yang suka kedamaian dan ketenangan. Gitu.
Last-last jual balik tiket. Jual harga murah je.
Tak susah nak jual sebab queue panjang, ramai je nak beli tiket aku.
Dah settle semua, keluar check in hotel pulak.

Theme park (indoor) kat atas tu ok je.
Cuma crowded sikit. Rasa terkepung.
Aku berdiri dalam tu pun rasa sesak.
Maybe ruang dia tak cukup besar, atau pencahayaan tak cukup sebab malap.
Kalau dia besarkan lagi maybe lega sikit aku bernafas.

Ini 3 Bedroom Suite ni Grand Ion Delemen Hotel.
Agak konfius sebenarnya mula-mula.
Sebab En Wan tak bagitau aku yang dia book hotel, dia kata dia book service apartment macam 8 Kia Peng dulu.
So aku imagine mestilah ada pinggan mangkuk segala kat dalam tu.
Bila En Wan kata ada kitchenette, aku pun bawaklah maggi, roti segala.
Plannya boleh lah malam-malam masak maggi makan dengan Pak Aji.
Beria aku angkut makanan sekali, rupanya ini adalah hotel.
Memang nampak macam service apartment tapi ia kategori hotel.
Dalam suite tu takde pun pinggan mangkuk.
Tapi ada la dapur and microwave oven.

Suite dia cantik, sangat puas hati, dan sangat selesa.
Master bedroom spacious, ada bilik air sendiri.
Another room katil kelamin juga. Yang ni bilik Pak Aji.
One more room 2 katil single bilik Redza and Rayyan.
Hall luas, kitchen luas. Puas hati.

Last aku pergi Genting masa Rayyan umur setahun, taklah sejuk mana.
Tapi yang baru-baru ni pergi, meloncat-loncat aku tahan sejuk.
Waktu ni around 4pm, aku and En Wan turun untuk pilih afternoon tea set.
Saja je nak menikmati minum petang di ketinggian lebih 5000 kaki dari aras laut.
Dia punya sejuk kat atas tu, teh panas berasap-asap pun aku togok selamba.
Macam tak rasa panas sangat sebab sejuk nau atas tu.

Lepas pilih afternoon tea set, singgah beli Oden untuk Redza.
Redza taknak join afternoon tea.
Dia nak memerap dalam bilik.
Karang lapar pulak, so aku belikan Oden.

Aku sebenarnya tak tahu apa rasa Oden.
Mak Aji kata macam kuah asam pedas.
Redza kata macam kuah tomyam.
Memang ada 2 rasa ke camne?

Kali ni aku tak bawak bantal sendiri 😁.
En Wan telah meyakinkan aku bahawa bantal hotel ni sedap.
Memang betul sedap.
Jenis bantal ni seingat aku macam bantal Majestic Hotel KL, macam Double Tree Hilton, macam Grand Hyatt (just to name a few).
Jenis bantal kepala tak tenggelam bila baring.
Macam bantal bilik aku, cuma bantal aku tak sepanjang bantal hotel.
Bantal hotel kan macam panjang sikit.
Try beli Air Active Deluxe. Aku beli 3 tahun lepas kat iSetan, helok sampai sekarang masih gebu.

Lepas Asar, turun minum petang.
Masa ni tengah tunggu orang siapkan meja, jadi kitorang ambik-ambik gambar dulu kat sini.
Alhamdulillah, cuaca ok kat atas tu.
Nampak je macam nak hujan tapi sebenarnya tak.
Cuma satu je aku tak berkenan dengan Grand Ion Delemen ni.
Kedudukan building dia kat lereng bukit.
Ada satu tower tu betul-betul kat lereng yang disupport oleh tiang-tiang kurus panjang.
Allah...serious tak tenang aku tido mikir janganlah masa ni dia nak landslide.
Aku harap building ni bertahan sampai bila-bila.
Kalau jadi apa-apa, nayaaaaaa.

Aku lupa harga afternoon tea set ni.
Kitorang ambil 2 set, satu savoury, satu yang sweet.
Nampak macam sikit je, tapi itupun tak habis.
Savoury dia sedap-sedap tapi kek-kek ada yang kureng.
Mak Aji cakap "Buat apa lah kau minum mahal-mahal gini".
Sebenarnya bukan sebab nak minum sangat tapi nakkan experience and create memories tu.
10 tahun pun tak sekali aku sampai ke atas ni, bila dah sampai, apa yang kita rasa boleh buat, kita buatlah.
Bukan selalu orang bawa mak bapak celebrate wedding anniversary sekali, kan?
Selama ni anak-anak pun aku tak bawak.

Bukan nak makan sedap sangat, tapi nak jamah-jamah waktu bersembang.
Makan sambil menceceh kan sedap 😁.

Alhamdulillah 21 tahun melayari hidup berumahtangga.
Dah sampai tahun ke 21 ni dah tak reti nak mintak apa-apa dari En Wan.
Dapat spend time berdua rileks-rileks macam ni, badan sihat dah bersyukur sangat.
Celebrate anniversary yang ke 21 dengan mak bapak masih ada, lagilah bersyukur.
Esok-esok inilah gambar kenangan untuk diselak-selak.

Ini keramat hidup aku.
Alhamdulillah, di usia aku 44 tahun masih ada dorang berdua untuk aku share macam-macam perkara.
Hari tu Mak Aji hadiahkan aku beg Michael Kors. Harganya RMXXXX.
Mula-mula dia nak beli untuk diri sendiri.
Lepas dia pilih, dia cakap "Kau pilih satu".
Aku terperanjatlah sebab aku tak ready nak dapat henbeg.
Aku cakap eh takyahlah.
Dia suruh jugak pilih.
Lepas aku pilih dia cakap "Kau rasa Ima dengan CT suka kaler apa?"
Aku macam eh mak aku ni, beli henbeg ke beli ikan?
Sekali 4 biji dia beli hari tu.
Design yang sama, kaler je lain.

Ada satu benda aku belajar dari sini.
Mak bapak aku dalam tak sedar dah setkan satu benchmark yang tinggi untuk aku follow.
Aku tak tahu if aku boleh buat macam tu kat anak menantu.
I mean dia tunjuk kat aku apa anak dia dapat, menantu dapat sama.
Dia belikan aku gelang and rantai, Ima and CT dapat juga. Design yang sama.
Mak Aji tunjuk kalaulah mak mertua levelnya sama macam mak sendiri, maka menantu juga seperti anak sendiri, bukan orang luar.
Tapi, kalau dia memetir siaplah, ya.
Dengan anak, dengan menantu semua pun kena sekali.
Silap-silap bapak aku yang tengah baca sokabar kat depan tu pun kena sekali πŸ˜†.

Ini je lah yang masih nak keluar ikut ke mana-mana.
Sementara dia tengah nak ikut.
Kalau abang dia tu dah bujang sangat.
Lagi suka duduk dalam bilik layan laptop, tengok movie atau main game.
Lepas geram agaknya abang kau tu, selama ni asyik kena study je, now dia pulun berehat.

Ada 2 jenis pool, indoor and outdoor. Pilih mana nak.
Masa ni dia berdua je mandi dengan apanya.
Maknya tengah bergulung dalam selimut macam tenggiling.

Malam tu kitorang 4 beranak je turun makan di cafe hotel.
Mak Aji and Pak Aji malas nak turun sebab dorang ada join kelas agama online. Tapaukan makanan je.

Not bad seafood kat sini.
Tomyam dia sedap, sotong telur masin pun sedap.
Ingatkan order tomyam set besar tak habis makan, rupanya habis juga.
Udang dalam tomyam tu besar-besar! Kalah tomyam Absolute Thai.

Malam sangat sejuk.
Tak tahulah tiap-tiap malam sejuk, atau malam yang aku datang tu kebetulan sejuk.
Tapi sejuk-sejuk pun ramai je bersidai kat bawah, tak faham aku.
Aku anak-beranak meloncat-loncat kesejukan, ada yang rilek je boleh lepak sembang-sembang. Aku peratiiii je.

Nanti esok sambung post lagi, ya.

2022-05-11

Raya 2022 Part 1


Baiklah, cerita raya bermula.

Tahun ni turn raya Bangi.
Di saat orang lain dah pecut balik kampung seawal Jumaat pagi, aku bersantai-santai lepas Zohor hari Ahad baru balik Bangi dalam suasana tenang, tanpa jem.
Gitu berlagaknya mukadimah aku kali ni.

Boleh je nak balik awal tapi nak buat apa.
Bukan boleh masak-masak pun lagi.
Baiklah aku lepak kat rumah mengemas apa yang patut, walaupun takde apa nak dikemaskan sebab bibik dah datang kemas πŸ˜†.
Maka aku menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di rumah saja.
Cariklah kerja apa-apa yang patut nak kill the time.

Ima sampai Bangi Ahad around 2 pagi.
Aku siang tu siap goreng spageti aglio olio untuk bawa berbuka kat Bangi.
Lepas Zohor, rilek-rilek keluar rumah balik kampung.
Kali ni aku pulang beraya dengan bawak kuali, sudip, papan pemotong dan pisau sendiri.
Tak reti aku nak guna barang-barang Mak Aji.
Karang aku terkibai-kibai kat dapur dia marah.
Tahun ni kita jadi bijak sikit ya, bawak harta sendiri.
Bantal and selimit of course lah sendiri punya juga.
Walaupun rumah Mak Aji melambak-lambak bantal, tido kat bantal sendiri juga yang selesa.
Terasa seperti tido di katil sendiri.

Petang tu lega aku dapat tolong masakkan makanan berbuka dengan guna kuali sendiri.
Barulah cantik kejadian ikan goreng aku.
Kalau tak, macam bodoh tak reti menggoreng ikan je aku kat dapur tu.
Nak pulak kalau Mak Aji standby kat tepi, lagilah macam bingung kejap aku.
Petang tu berbuka dengan cukup korum - Pak Aji, Mak Aji, aku sefamili, Ima sefamili, Ibal sefamili and Aiman with Dill pun ada sekali. Complete.
Tak sempat nak ambik gambar je.

Menantu ni dari awal minggu dah ditugaskan untuk pasal lampu lip lap.
Lampu pun dia tukang belikan. Sampai ke Bangi terus dia pasangkan.
Nasib baik mood dia datang nak pasangkan lampu petang tu jugak.
Dibuatnya dia plan nak pasang besoknya, tak huru-hara sebab esok raya terkejut.

Ini lauk berbuka petang tu.
Nasib baik Mak Aji dah siap-siap masak rendang hari Sabtu. Gara-gara Ima nak balik hari Sabtu, Mak Aji masakkan rendang awal-awal supaya bersahur pagi esoknya boleh makan rendang. Helok pulak rendang paru, rendang daging and rendang ayam complete ada. Berbuka hari last tu kebetulan lemang yang ditempah pun sampai. Just nicelah dapat berbuka lauk rendang dengan lemang.

Suasana masa berbuka puasa.
Yang sebelah En Wan tu Aiman. Dia family kitorang.
Masa berbuka ni dah sembang-sembang "Kalaulah esok raya, meloncat nak siapkan sambal goreng malam ni jugak".
Hati tu dah berkata-kata berat kepada esok raya sebab beberapa hari sebelum tu kawan aku yang connection dengan Jakim dah bagitau kebarangkalian besar raya Isnin.
Tapi dalam masa yang sama berharap janganlah esok raya sebab mood sedang mahu bersantai-santai.

Pukul 8pm terpacak masing-masing depan TV dengar berita.
Rasanya TV1 umum awal.
Bila kata raya Isnin, aku and Ima menjerit "Waaaaaaaa".
Bukan menjerit keriangan tapi ketakutan sebab hati ayam, udang, semua dalam freezer lagi.
Laju-laju kemas meja, basuh segala apa yang patut.
Lepas solat keluarkan semua barang-barang mentah.
Aku habis solat tengok kereta aku dah takde.
Rupanya En Wan lagi laju.
Cepat-cepat dia keluar ke Jakel Bangi untuk cari butang baju melayu terlupa nak bawak.
Yang Si Ibal and CT kebetulan berbuka puasa kat luar hari tu.
Dia kata lepas umum esok raya, kedai sebelah menyebelah laju-laju tarik grill.
Semua pun macam dah start kemas-kemas.
Tak tenang dia nak habiskan makanan.

Elok je barang mentah lembut, aku dengan Ima bersinsing lengan terus prepare buat sambal goreng and prep untuk buat lodeh.
Memang nasib baiklah Mak Aji dah siapkan rendang.
Kalau tak, nangislah stay up kacau rendang malam tu.
Dill and Aiman laju-laju balik terus ke Cyberjaya, pack baju sebab dorang nak balik Ampang malam tu jugak.
Geng Ampang (makcik aku) start merendang pukul 12 malam sampai ke 2.30 pagi.

Ini situasi dapur lepas pengumuman raya. Masa ni aku tengah sibuk menggoreng hati, udang, tauhu, tempe untuk buat sambal goreng. Yang kelakar tu, berjemaah pulak dengan jiran belakang.
Yang bunyi blender, yang bunyi tengah menumbuk lesung. Masing-masing panik lettewwwww.

Ini mujur dah settle siang hari. Maka bercahayalah rumah Pak Aji malam raya.
Time ni budak-budak nak main bungapi. Main satu malam je, lepas tu dah raya terus lupa nak main.
Aku tak tahu apa jadi dengan belen bungapi kat rumah Mak Aji tu.

Alhamdulillah tepat pukul 11.10pm, sambal goreng aku siap.
Terus sambung goreng tempe and tauhu untuk prep lodeh esok pagi.
Pukul 1 pagi masuk tido.
Aku dengar lentang lentung kat dapur.
Rupanya CT sambung isi kuih dalam balang and mengemas mangkuk and periuk untuk hidang makanan raya besoknya.

Esoknya pukul 5 pagi aku dah bangun dulu.
Aku tido bilik bawah. Bila dah bangun, malas nak kejut orang atas.
Aku buat je lah apa-apa yang patut dulu.
Gorengkan 50 biji ketupat palas siap-siap.
Lepas tu panaskan semula sambal goreng malam tadi.
Then start buat sambal sotong.
Selalunya buat sambal udang.
Sambal ni nak buat makan dengan lontong.
Tahun ni kita tukar jadi sambal sotong.
Lepas Subuh Ima and CT turun untuk handle lontong and juadah lain.
Walaupun 3 orang je yang berkerja kat dapur tapi meriah, ya.
Suara aku je dah macam 5 orang punya suara.
Pagi-pagi Subuh masing-masing terbahak-bahak kat dapur.
Mak Aji turun pukul 7 pagi, semua masakan dah ready.
Masa tu kitorang dah tengah lap-lap dapur dah. Settle.

Alhamdulillah lauk raya pertama - ketupat palas, nasi impit, sambal sotong, sup tulang, rendang daging, rendang tok, lodeh, sambal goreng, kuah kacang.
Tahun ni first time buat sup tulang.
Supaya orang boleh makan dengan nasi impit ala-ala macam makan soto.

Walaupun raya tahun ni terkejut, tapi buat pertama kalinya kitorang tak kelam-kabut pagi raya.
Selalunya, orang lelaki dah pegi masjid kitorang masih lagi belum mandi dok menyiapkan itu ini.
Tak tahu macamana tahun ni 7.30am semua dah siap terhidang atas meja, dapur dah siap clean.
Padahal tahun ni macam-macam masakannya. Magik apekah?

Ini selepas orang balik dari masjid. Semua dah siap cantik menunggu orang lelaki balik.
Aku and Ima siap bergambar dulu bagai. Acara pertama haruslah makan dulu.
Panjang pulak khutbah raya tahun ni aku rasa. Nak dekat 9.30am baru nampak orang lalu-lalang depan rumah balik dari masjid.

Selepas itu bermulalah acara bergambar.
Kena bergambar dulu baru salam raya sebab nanti dah nangis-nangis mekap spoil. Tahun ni kebanyakan gambar mendongak sebab tukang ambik gambarnya tinggi 6 kaki - Ibal. Masa bergambar hari tu nampak macam semua ok je. Bila tengok balik la haiii semua mendongak, mata ke atas je. Hahaha. Lepas ni tak boleh kasi Ibal ambik gambar. Terlampau tinggi. Dia membongkok pun masih tinggi lagi.

Gambar raya Ima agak ok sebab aku yang ambikkan. Kalau Ibal ambik nescaya mata ke atas juga.
Anak sedara aku Jannah minggu depan mendaftar masuk Sekolah Sains Ahmad Shah Pekan, Pahang.
Memandangkan itu satu-satu anak perempuan Malong, maka Malong wajiblah menghantar sama.
Semoga Jannah bertahan di boarding skool mengikut jejak langkah ammak dan appa-nya.
Jangan ikut jejak Malong, ya. Seram Malong membayangkan mak kau melontarkan vokalnya nanti.

Keluarga ni seperti yang dijangka, masih lagi hazab gambar rayanya.
Masa tulah yang nak tido, masa tulah yang nak melalak.
Snap je lah, asal ada bukti berhari raya di Bangi.

Atok and nenek bersama-sama cucu.
Nampak sangat beza Redza dengan cousin lain.
Yang lain kecik-kecik lagi, dia sorang je dah habis sekolah.
Nampak bujang di situ.

Pak Aji and Mak Aji bersama menantu-menantu.

Keluarga asal Ishak :)

Tak cukup dengan gambar kat dalam rumah, masing-masing sambung kat luar rumah pulak.
Panas pun panaslah, janji ada gambar.
Alhamdulillah, setelah 21 tahun kawen, baru kali ni dapat merasa baju melayu warna pink sefamili.
Susah betul aku nak meyakinkan beburung ni semua untuk pakai pink.
Bila dah pakai kemain helok je pun.
Dorang ni asal aku cakap pink je mesti ingat pink yang girly-girly.
Pink ni ada tonanya, kalau kena dengan tone yang betul, elok je bila dipakai.
Kena pulak dengan matching samping lagilah ok.

Tahun ni, dorang je berbaju baru, aku pakai baju 10 tahun lepas. Baju tahun 2012.
Malas nak beli baju baru.
Bukan apa, baju yang aku pakai ni pun beli untuk raya tahun tu, penyudahnya tak berpakai sangat pun.
Daripada aku penuhkan lemari aku dengan baju kurung baru tiap-tiap tahun, baik aku recycle je baju lama.
Kalau aku tak bagitau orang ini baju 10 tahun lepas pun orang takkan tahu, kan? Haha.
Korang yang berkerja pakai baju kurung tu takpelah, berbaloi buat baju baru sebab boleh pakai oergi kerja.
Aku ni nak tengok pakai baju kurung kalau ada meeting dengan Universiti je.

Ini bukti baju ini baju lama.
Zaman pakai tudung awning keras Ariani lagi πŸ˜†.
Berbaloi beli baju batik. Dah 10 tahun masih relevan dipakai.
Baju ni aku beli kat Butik Batik Exclusive di Terengganu.

Kan aku dah cakap, kena bergambar dulu apa-apa hal.
Sebab scene ni lah yang akan menyepoilkan mekap.
Elok-elok sihat, lepas scene ni je aku dapat selsema.
Merah-merah mata hidung segala.
Tahun ni terasa bujang sangat Redza.
Raya tahun ni anak aku dah habis sekolah.
Masa Redza salam En Wan, syahdu sangat bapaknya.
Sampai menitik-nitik airmata bila dia cakap "Tahun ni Redza dah habis sekolah, dah tak ada dah lagi papa ajar Redza study macam dulu-dulu lagi. Redza kena pandai-pandai sendiri lepas ni..".
Aku yang ambil video tu pun merembes sekali.

Betul rupanya, anak-anak ni dengan kita tak lama mana.
Pejam celik pejam celik dah bujang dan pandai bawa diri sendiri.
Hujung-hujung kita suami isteri berdua semula.
Nasib baik amma seorang blogger.
Dapatlah kelebet balik moment-moment 15 tahun lepas.
Kadang-kadang tu bila aku baca balik conversation Redza masa kecil yang aku pernah share di blog, bersyukur semuanya aku dokumenkan di sini.
Sebab aku sendiri pun dah lupa semua tu.

Ini another moment yang syahdu untuk aku adik-beradik.
Bila kau semakin tua, semakin terasa tak banyak balance masa yang ada.
Dan tak tahu sampai bila kita masih dapat berkumpul cukup ahlinya seperti sekarang.  
Membesar bersama-sama di rumah yang sama, kemudian aku and Ima keluar dari situ tinggal kat tempat lain, nak berkumpul macam ni bukan selalu.
Sedih betul bila Ibal pegang tangan kitorang bersalam raya.
Menitik-nitik airmata 3 beradik.
Mak Aji pulak menambahkan rasa sedih "Kalau mama takde, kau ambik Papa duduk dengan kau. Jaga adik-adik jangan berpecah".
Besar ya tanggungjawab anak sulung ni.
Dari kecil sampai ke tua tak habis-habis kena jaga adik-adik 😊.

Masa CT salam kitorang "Terima kasih sebab selalu support CT..".
Eh of course la. Kita ambik anak orang bawak masuk dalam keluarga kita, haruslah kena jaga.
Dahlah anak orang tu duduk dengan mak bapak kita.
Mak bapak dia pun dia tak jaga, tapi mak bapak kita dia jaga.
Haruslah akak-akak ipar berterima kasih.
Nak pulak bila dia duduk dengan orang tua.
Kita sebagai anak memang apa-apa pun akan cakap mak bapak kita paling baik. Itu memang dah pasti.
Tapi, duduk serumah dengan orang tua dengan balik jumpa orang tua sekali sekala tak sama, ya. Tak sama.
Yang tinggal bersama orang tua dengan yang sekali sekala datang menjenguk, layanan orang tua mungkin tak sama.

Mak Aji dan Pak Aji bukan mertua yang kejam. Itu CT sendiri akui.
Tapi biasalah bila dah duduk serumah, pasti ada hal yang buatkan kecik-kecik hati yang mungkin dia tak cerita. Itu pasti.
Keluarga kitorang ni jenis bising. CT ni family dia lembut-lembut je.
Manalah tau kot-kot dia masih belum terbiasa.
Aku and Ima akan sentiasa mencari sekecil-kecil perkara untuk 'menangkan' CT sebab jasa dia sudi duduk dengan mak bapak aku sangat besar.
Tak ramai menantu nak duduk serumah dengan mertua.
Aku and Ima sendiri tak duduk dengan mak bapak.
Untuk itu aku sangat berterima kasih pada dia.

Ini pose paling win tahun ni.
Masih lagi Widad Iskandar memegang carta.
Lambat nau bapak aku ni habis bersalam katanya, meh aku bersenggayut kat belakang.

Dah alang-alang semua berkumpul, kita sekalikan celebrate Mother's Day.
Nasib baiklah kek siap awal. Plan asalnya kek hantar Isnin petang sebab nak celebrate malam raya lepas buat tahlil. Kalaulah baker baru nak buat malam Ahad tu, konfem tak jadi potong kek pagi Isnin.
Alhamdulillah rezeki.



Meriah kan bila ada suara Malong gelak?
Walau 4 orang je dalam frame ni terasa seperti ada 14 orang πŸ˜†.

Sekali harung celebrate birthday Widad Izuddin.
Kesian dak Judin ni. Rasanya tahun ni 3 kali dah potong kek, sentiasa ada hal jadi yang buatkan majlis tu tak sempurna mana. Rupanya nak tunggu pagi raya celebrate sama-sama Malong and Mangah.
Itupun orang lain yang tiupkan lilin.

Macam biasa, kalau turn beraya di Bangi, pagi raya rumah Mak Aji jadi tumpuan cousin-cousin aku berkumpul.
Atok and nenek dah takde, jadi Mak Ajilah jadi rumah orang tua.
Adik-adik berkumpul di sini.
Tapi ini adik-adik di Malaysia lah. Yang di Singapore tak turun.
Makcik pakcik aku semua dah tua-tua.
Nak datang KL pun tak larat nak drive jauh-jauh, tunggu anak-anak free baru ke sini.
Tapi ini pun dah cukup meriah sebab makcik-makcik aku semua dah bercucu, jadi memang ramai.
Nak kumpul macam ni tunggu raya je.

Tu pasal pagi raya pertama kitorang bersoseh kat dapur menyiapkan segala makanan sebab acara wajib adalah tunggu group Mak Aji sampai.
Tahun ni lauk yang baru selain lauk standard raya adalah sup tulang and sambal sotong.
Saje nak bagi lain sikit sebab lodeh and rendang tu kat rumah dorang pun ada.
 


Kekecohan time nak bagi duit raya.
Kau nampak tak tudung aku dah bertukar kaler dari pink ke hitam?
Itu tanda-tanda seorang tuan rumah yang busy.
Shawl pink pagi tadi hanya untuk bergambar je.
Lepas settle bergambar terus bukak pakai tudung sarung je sebab nak start merewang kembali di dapur.
Lengan baju aku tu lencun dengan air kejap-kejap membasuh pinggan mangkuk.
Tu yang best bila pakai baju 10 tahun lepas, takde la rasa terkibai-kibai sangat nak buat kerja kat dapur.

Ini adalah gambar wajib setiap tahun.
Bukti semua berkumpul di rumah Mak Aji.
Lepas tu share kat group Singapore.
Tahun ni Singapore raya lambat jadi dapat balasan gambar raya dari orang sana pun lewat sehari 😁.
Alhamdulillah, lauk raya semua settle.
Lodeh settle, rendang settle, sup tulang settle, nasi impit 60 biji settle, ketupat palas 50 biji settle, sambal sotong semua settle.
Bagus. Senang kerja. Tak payah nak simpan-simpan lauk.

Ini adik Pak Aji, dia datang malam.
Memandangkan lauk raya dah clear, kita masak nasi minyak kenduri kawen pulak malam tu.
Tapi tak cukup bahan, iaitu takde papadom. Tapi aku yakin sedap. Ahgitewww.
Maklumlah kuali and sudip bawak sendiri dari rumah.

Part ni yang best.
Bila tengok orang Jawa bersalam raya.
Kitorang punya salam raya awal pagi tu tak setanding dengan salam raya Jawa yang betul.
Ginilah sopan santunnya orang Jawa bersalam.
Duduk bersimpuh/bersila and halusnya bahasa. Tersusun ayatnya.
Kalau kita bila bersalam fokus nak minta maaf salah silap, kan.
Tapi orang Jawa lebih mendalam lagi minta maafnya.
Hari tu aku dengar pakcik aku cakap "Maaf kerana kesibukan sampai kurang mengambil berat khabar Uda sekeluarga".
Kurang mengambil berat pun minta maaf, ya.
Kau ada terkilan sebab kurang bertanya khabar?
Tak terpikir, kan? Hah, termasuklah aku *nangis*.

Ok done post Raya Day 1. Raya Day 2 dah seterusnya menyusul kendian.