2019-06-21

Jangan sampai hilang life


Sambung lagi topik 'I am not a good mother'.

Tak sangka pulak ramai mak-mak yang share the same experience macam aku.
Selama ni aku ingat aku sorang je 'bad mother' sebab tak pernah aku nampak ibu-ibu mengeluh kat newsfeed.
Bagus korang ni.
Tak mengeluh di FB pun dah menunjukkan korang memang ibu hebat!

*marilah kita sama-sama flip tudung. Yang free hair, silakan flip hair*

Tapi jangan salah faham maksud entry I-am-not-a-good-mother series [wahh, ada series kauuu].
Post tu bukan bertujuan menggalakkan ibu-ibu kurangkan perhatian dan fokus ada anak.
Ini sekadar berkongsi perspektif berbeza mengikut pengalaman aku sebagai seorang ibu.
Mana-mana yang rasa terbeban, maybe boleh cuba ikut cara yang aku kongsikan.
Kita bukan nak lepas tangan, tapi kita nak cari alternatif supaya dapat mengurangkan stress tapi dalam masa yang sama masih bertanggungjawab.

Ada satu PM tu cakap "Saya respect Kak D boleh abaikan apa orang cakap dan fokus dengan cara Kak D. Saya tak kuat. Saya selalu rasa terganggu dengan cakap-cakap orang".

Bukan aku tak terganggu.
Disebabkan terganggulah maka aku cari alteranatif untuk meng-happy-kan diri dengan cara aku sendiri.
Biar yang bercakap-cakap tu pulak rasa terganggu tengokkan cara aku. Hahaha.

Ada banyak cara untuk raise anak-anak.
Bukan hanya satu cara.
Walaupun cara kita bukan majoriti dan tak popular, tak semestinya ia salah.

Lepas bersalinkan Rayyan, dia kena duduk NICU untuk 29 hari sebab lahir tak cukup bulan.
Aku pulak boleh keluar dah dari hospital.
Hari pertama aku melawat Rayyan selepas aku discharged dari hospital, aku nampak ramai mak-mak yang sama-sama kat wad bersalin dulu dok berumahtangga kat NICU menjaga anak masing-masing.
Dorang room-in, maksudnya tido di NICU.

Aku tengok wad mak-mak ni tido pun aku tak selera.
Masuk bilik air lagilah hazab, dengan berbau, dengan lubang air tersumbat, dengan lampu yang kelip-kelip nak terpadam, ya ampunnn.
Ni karang elok-elok tak mati bersalin tetiba aku mati sebab stress duduk sini pulak.

Tapi walaumacamanapun, aku cuba untuk room-in.
Hari tu aku datang dengan beg baju segala.
Dah get ready nak tido sana.
Dapat katil, ok lah.
Dah nama pun hospital, takkan nak selesa macam bilik sendiri, ye tak.
Try juga la mandi dalam bilik air tu.
Malam tu aku call En Wan kutip aku balik.
Tak tahan aku nak duduk sana.
Tak selesa.

Actually, masa aku kena lepak wad bersalin 28 hari tu pun aku tak selesa juga tapi aku tak ada pilihan, maka aku stay.
Macam kat NICU ni, aku ada pilihan.
Kalau boleh pilih untuk takyah lepak NICU, buat apa stay?

Aku tanya nurse kat situ, tak apa ke kalau aku tak room-in?
Nurse kata tak apa, asalkan hantar susu badan everyday.
Kalau boleh, siang datanglah.
Malam tak apa, nurse boleh jagakan.

Phewww! Lega.

So, aku pilih untuk tak tido di sana.
Everyday aku datang ke hospital dari pagi sampai malam.
Malam around 9pm En Wan akan fetch aku balik rumah.

Penat la sikit berulang-alik dalam keadaan perut aku baru lepas kena toreh.
Tapi tak apa, at least pikiran aku lapang.
Balik dari hospital boleh mandi hot shower, boleh tido dalam bilik beraircond, katil sendiri and peluk suami.
Tenang and lapang hati fikiran.

Sekali pandang, memang nampaklah aku ibu paling tak sayang anak sebab tinggalkan anak di NICU malam-malam sedangkan mak-mak orang lain sanggup lepak sana berminggu-minggu.

NO.

Rayyan bukan satu-satunya anak aku.
Aku masih ada Redza di rumah, yang masa tu umur 6 tahun.
Hari-hari tanya kenapa aku takde kat rumah.

Aku masih ada suami untuk aku jaga.
Walaupun dalam tempoh berpantang aku tak dapat buat banyak untuk dia, tapi aku tau presence aku kat rumah saja pun dah buatkan dia happy.
Cukuplah aku terpaksa 'tinggalkan' dia selama 28 hari.
Now ada pilihan untuk tak stay NICU, jadi aku pilih untuk tak stay.

Aku ingat lagi masa Rayyan dah boleh keluar NICU, mak-mak kat situ suarakan rasa kecewa dorang kat dokter and nurse.
Sorang nurse tu bagitau, mak-mak situ cakap "Kenapa anak Diana boleh keluar awal, padahal dia tak room in pun".

Then dokter cakap "Anak dia tak sakit. Anak dia cuma tak cukup bulan. Yang sakit dulu emaknya".

Bila dengar nurse bagitau macam tu, aku lega bahawa aku ambil keputusan yang betul.

Yang sakit adalah aku.
Aku yang kena turunkan blood pressure supaya tak dapat sawan.
Kalau berada di NICU buatkan aku bertambah stress, macamana aku nak jaga anak aku kalau aku sakit nanti.

Sometimes orang tak tau apa yang kita lalui.
Dia juga tak tau apa perkara yang kita kena dahulukan.
Kebanyakkan mak-mak anggap apa-apa pun anak yang paling utama dan perlu diberi perhatian.

Yes, itu kalau anak kita sakit.
Tapi kalau anak kita ok, tak perlulah kita nak stay juga semata-mata kerana majoriti mak-mak stay.
Kalau rasa dengan stay, membuatkan kita dan anak lebih baik, silakan.
Macam aku, aku tak rasa aku akan jadi better kalau stay, jadi aku pilih balik tido di dalam dakapan hangat suami. Eh.

Lahirnya Rayyan ni banyak bantu aku jadi lebih redha.

Dari awal mengandung aku dah mula kenal redha kalau-kalau baby ni tak dapat diselamatkan.

Masa Rayyan membesar, dia tak selaju Redza [dalam pembelajaran].
Umur 6 tahun masih tak boleh membaca.
Aku ambil extra hour di skolah untuk kelas latih membaca.
Alhamdulillah with extra class baru nampak perubahan.

Masuk Darjah 1 baru tau dia ada minor disleksia.
Kitorang tukar method pembelajaran di rumah.
Alhamdulillah, dia jadi 'normal' sebaris dengan kawan-kawan sekelas yang lain, in fact dia dapat jump ke kelas yang lebih baik [sebelum streaming class dihapuskan].

Then ustazah Kafa bagitau pula Rayyan sangat slow dalam membaca iqra'.
Ni impak dari disleksia, dia nampak kedudukan titik pada huruf bergerak-gerak.
Tak banyak yang aku boleh bantu bab ni, asal kenal huruf sudah.
Aku tukar method untuk lebihkan pada hafazan pulak.
At least biar dia menghafal.
Alhamdulillah ustazah kata dia always paling atas sekali bab menghafal.

Walaupun ustazah kata dia agak slow in Iqra, aku masih letakkan harapan.
Pagi-pagi sebelum van Kafa datang, aku akan baca Iqra dengan dia.
Alhamdulillah raya baru-baru ni dia boleh baca surah Yassin [aku ada cerita kat post raya 2019].

Baru-baru ni Rayyan dapat ASHR Award dari Kumon.
Dari semua pelajar Kumon seluruh Malaysia, 1273 orang terpilih untuk dapat award ni.
Out of 1273, Rayyan ranking ke 167.
Quite an achievement untuk dia memandangkan laluan dia untuk sampai ke tahap tu tak sama macam, orang lain.

Role seorang IBU bukan untuk dipertandingkan.
Bukan juga untuk direbut-rebutkan siapa yang lebih hebat, siapa lebih rajin, siapa lebih wondermom.
Role ibu adalah satu amanah untuk membesarkan anak.
Asalkan anak menjadi lebih baik walaupun peningkatan tu tak selaju anak-anak lain, asalkan lebih baik dari dirinya yang semalam, itu dah menjadikan kita ibu yang berjaya.

Kalau kita tak boleh jadi perfect mother, then jadilah a 'good enough' mother.
Bukan teruk sangat pun title 'good enough' tu.

Aku faham imej "ibu yang baik".

Ibu yang baik digambarkan dengan sifat penyayang, berkorban kepentingan sendiri untuk anak-anak, multitasking and boleh transform jadi macam-macam.
Gambar imej "ibu yang baik" inilah yang buatkan ibu-ibu rasa bersalah kalau tak dapat jadi macam tu.

Imej "ibu yang baik" ni maybe kita boleh upgrade dah.
Di zaman moden ni, ketika ramai ibu-ibu dah ada kerjaya sendiri, bukan anak-anak je yang nak dipenuhi tuntutannya tapi kita juga ada tanggungjawab dan kepentingan lain beyond penjagaan anak.
Tapi tu lah kan, bila cakap macam ni nanti ada orang yang kata kita ni lebih pentingkan kerjaya dan perkara lain dari anak-anak.
Buatlah apa yang praktikal untuk diri sendiri.
After all this is your life, your family, kita yang akan hadap the consequences.

Everyone wants to be the best parent they can, tapi tak perlulah sampai hilang life.
Meletakkan anak-anak di bawah jagaan bibik tak menjadikan kita ibu yang lepas tangan.
Allah je yang tahu betapa risaunya aku lepaskan Redza kat jagaan bibik.
Bukan aku seronok ya letakkan anak aku kat bibik.

Macam Rayyan, walaupun dijaga oleh bibik tapi mak mertua dah duduk sekali time ni.
But Redza, memang buta-buta duduk berdua je dengan bibik kat rumah, seawal umur 43 hari.
Entah mana datang keyakinan aku tinggalkan anak bawah jagaan bibik tapi alhamdulillah takde yang buruk berlaku [except sorang bibik gila].

Bila ada helper, aku jadi happier and lebih tenang balik rumah penat-penat kerja, anak dah siap diurus, dah dibagi makan, rumah berkemas, baju berlipat, makanan terhidang.
Aku rasa tenang dan kurang serabut.
Bila fikiran tenang, emosi lebih stabil.
Emosi yang stabil menzahirkan tindakan yang lebih rasional, insyallah.

Ada isyarat yang boleh kita kenal pasti untuk tengok samada kita give too much to motherhood, iaitu PENAT.
PENAT adalah isyarat paling mudah untuk kita realize betapa kurangnya perhatian yang kita beri untuk diri sendiri.

Kalau kita buat sesuatu with passion, kita takkan rasa penat, malah seronok and always look forward untuk buat lagi dan lagi.
Same goes with parenting.
Kalau parenting membuatkan kita stress, lack of energy, moody, dah hilang minat buat benda lain melainkan tido - inilah tanda we are giving too much to our children sampai diri sendiri terabai.

Working full-time while raising kids is just hard.
Bukan tak ada orang yang tanya "Macamana kau handle eh? Jaga anak, boleh pi keje, stay back malam, prepare presentation slides, etc".

Selalunya aku cakap "Aku ada bibik tolong".

Bila orang dengar pun mesti macam "Hmm...patutlah, dia bukan jaga anak pun. Masak pun tak".

Jangan kecik hati kalau orang cakap macam ni.
Memang itu sebenarnya yang dia nak dengar, jadi kita bagitau je macam tu.
They want to hear that sebab they want to justify dengan diri dorang sendiri.
They want to feel lebih hebat dari orang lain because they lebih pentingkan anak-anak and rumahtangga dari segalanya.

Biarlah.

Aku pun tak kisah orang nak cakap apa.
Sebab my expectation is low - asal anak aku sihat, makan kenyang, rumah tak berkerak, tido aku cukup, emosi stabil - done.

None of us are doing it perfectly, but every mom I know is doing her best.

Take some time for yourself.
Badan perlukan recharge.
Bila badan tak recharge, itu akan bagi domino effect pada energy, emosi and fizikal.
So take care of ourselves in order to do the very best for our children.
Itu adalah cara paling efektif untuk jadi seorang ibu at the same time menjadi pekerja, atau runa  business and still have a happy life.

"Me time"..?

Dah ada anak kalau tak dapat "me time" kat coffee house pun takpelah, asalkan dapat minum teh tarik buat sendiri kat rumah dengan tenang pun dah besar rahmat.
Bila kita nak minum kopi dengan bertenang-tenang at home sambil kudap-kudap tempeyek pun dah takde masa, that's when kita kena re-check strategy.
Jangan sampai takde masa untuk belai diri.
Dapat "me time" seminggu sekali pun cukup.
You will feel like you again at the same time you will be a better mom for it.

Ada banyak cara untuk membesarkan anak-anak, bukan hanya satu cara.
Buatlah cara yang terbaik menurut kita yang sesuai dengan keperluan keluarga kita.
Alangkan nak masuk syurga pun ada macam-macam pintu.
Ada pintu sedekah, ada pintu taatkan suami, ada pintu puasa, ada pintu tahajud, etc.
Our aim is masuk syurga, pintu mana-mana pun tak apa, because tujuannya adalah syurga.
Being a mom and parents juga macam tu, tujuannya adalah untuk anak kita membesar jadi 'orang'.
Ikutlah jalan mana pun, asalkan membesar jadi 'orang'.

Yang buat keadaan jadi serba-serbi susah adalah kerana some ibu-ibu dah lupa tujuan membesarkan anak dan lebih kejarkan self recognition.
Dek kerana masing-masing terlalu nak jadi ibu hebat di mata orang, maka segala benda yang dibuat lebih terarah kepada mencipta kehebatan diri sendiri berbanding tujuan menjadi ibu itu sendiri.


2019-06-20

Menutup aurat seharusnya menghadirkan rasa kehambaan, bukan melayakkan kita buat kerja Tuhan.



Dari bulan puasa hari tu rasanya kisah adik Ainul tersebar, kan?

Malangnya, aku tak tau-menahu.

Aku tau pasal isu adik Ainul masa aku di Tganu balik raya.
Itupun ada blog reader minta aku buat blogpost tentang isu Dr Amalina yang selalu kena kecam.

Walaupun hari-hari update FB, tapi aku mengelakkan diri baca newsfeed time bulan puasa hari tu.
Takut nampak status yang merepek.
Tapi ada lah juga aku belek 3-4 kali, cuma agaknya time aku belek tu artikel pasal adik Ainul ni tak keluar.
Maka tercangak-bangak la aku tak-tau menahu pasal ni.
Newsfeed tak tengok, paper tak baca, berita tak tengok.
Betul-betul macam duduk dalam gua.

Kebaikan orang kita tak boleh nafikan walau macamana sekalipun urusan dia dengan Tuhan.
Urusan dengan Tuhan satu akaun lain.
Urusan dengan manusia satu akaun lain pula.
Tak sama.

Macam tu lah juga dengan akhlak dan ibadah.
Jangan campur adukkan urusan ibadah dan akhlak.
Ia takde kaitan.

Begitu juga ibadah dan rezeki.
Takde kaitan sama sekali.
Semuanya ada akaun yang berbeza.
Jadi, agak kurang bijak bila ada yang kaitkan isu aurat dengan kebaikan seseorang.

Walaupun kita sudah berpakaian syar'i, masih belum ada jaminan diri kita akan kekal solehah hingga mati.
Maka janganlah kita merasa diri sudah baik kerana "Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." [An-Najm, 32].

Berpakaian menutup aurat tak menjadikan kita serta-merta baik dan suci.
Itu hanya lambang ketaatan, bukan lambang sebuah akhlak apetah lagi tahap keimanan.

Boleh jadi di sisi lain mereka lebih baik kerana hakikatnya di antara si polan dengan si polan yang sama-sama menutup aurat masih ada yang suka mengumpat itu dan ini.
Jadi janganlah merasa syurga tu kita dah buat booking.

Menutup aurat seharusnya menghadirkan rasa kehambaan, bukan melayakkan kita buat kerja Tuhan.
Menutup aurat seharusnya merasa diri hina, masih banyak dosa dengan Tuhan dan manusia.
Sepatutnya dengan menutup aurat menjadikan kita kerdil kerana itu sajalah amalan kecil yang mampu kita laksanakan demi menegakkan syariat Allah.
Nak berperang menjaga negara, tak mampu buat.
Nak berjihad menegakkan agama Allah kat Palestine tu, lagi berat.
Jadi, kenapa hati mesti berbunga-bunga dan berbangga bila dah pakai tudung dan sesuka hati menafikan kebaikan orang lain yang belum menutup aurat?
Apa sangat yang kita dah buat pun.
Kita buat yang paling simple je - menutup aurat.
Baru buat paling simple dah rasa diri baik sangat.

Buat yang bertudung, kita ni adalah agen.
Kita adalah agen Islam.
Kita adalah pendakwah.
Tapi kita berdakwah hat paling mudah sekali iaitu melalui pakaian.
Kalau kita pakai tudung tapi hati busuk, maka kitalah punca mesej Islam tu gagal disampaikan.

Aku pernah tanya pada sorang ustaz, adakah amalan dan akhlak saling berkait.

Ustaz tu kata yes.

Amalan dan akhlak berada pada satu garis yang sama.
Semakin kuat iman seseorang, semakin banyak amal solehnya.
Semakin banyak amal solehnya, akan semakin mulia akhlaknya.
Sebaliknya, semakin lemah iman maka semakin malas beribadah.
Bila ibadah pun malas buat, lama-lama akhlak pun jadi kurang baik.

Kalau ikut apa yang ustaz aku cakap, maka sepatutnya orang yang berakhlak baik itu lebih beriman, betul tak?
Kalau lebih beriman bermakna dia lebih patuh pada perintah Allah dan seharusnya mereka menutup aurat.

Tapi ustaz kata, orang yang belum menutup aurat bukannya tidak beriman, tetapi imannya belum sampai ke tahap dia faham kewajiban menutup aurat.
Boleh jadi imannya hanya pada amalan puasa dan solat.
Tetapi boleh jadi amalan yang sikit itulah yang dia buat dengan sungguh-sungguh.
Dan asbab solat dan puasa yang dibuat dengan bersungguh itulah yang menzahirkan akhlak yang baik dalam dirinya.

Sepatutnya bila ada orang yang belum bertudung tetapi berhati baik macam ni, kita lebih seronok kerana bila hatinya lembut bermakna dia mudah menerima nasihat.
Kan lebih mudah dakwah kita?
Slowly kita ajak dia berhijrah, bukannya dijadikan musuh.

Jangan picit butang agama untuk personal interest.
Bila tak dapat jadi sehebat orang tu, kita pin point pada aurat, hilang semua kebaikannya.
Bila nanti orang tu dah bertutup aurat, kita nak attack apa pulak, kisah silam dia?

Berlapang dadalah dengan kehebatan orang lain dan berlapang dadalah dengan kekurangan diri sendiri.
Itulah bukti HEBAT yang sebenar!

Bukan sikit-sikit orang yang sudah bertudung, menjadikan tudung hanya sebagai filter.
Bila berada di persekitaran yang tak bertudung, dia merasa dirinya lebih baik.
Bila merasa diri lebih baik, kerjanya asyik membandingkan penampilan saja.
Tak ada kesungguhan dalam mendalami ilmu agama kerana rasa diri dah berada di level "better".
Sedangkan yang membezakan manusia adalah iman dan takwa, bukan penampilan.
Bila ilmu agama tak didasari dengan baik, tak hairanlah jika hati pun busuk.

Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam kita tetap kena tahu menutup aurat itu wajib, itu hukum yang tak boleh didakwa-dakwi.
Bila isu ni berbangkit, ada kelompok yang belum bertudung berbangga dengan statement "walaupun tak pakai tudung tapi hati baik".

Masyallah, berani-berani je orang sekarang buat statement memanipulasi hukum Allah.

Jangan macam tu.
Jangan ajak berperang dengan hukum Allah, tak kemana nanti.

Kepada yang belum menutup aurat, elak jadikan isu ini untuk merasa lega belum bertudung.
Merasa lega apabila masyarakat tidak lagi judge pada kebaikan yang bakal kita lakukan hanya kerana kita belum menutup aurat, itu tak apa.
Kerana hati yang baik dan segala kebaikan yang kita buat pasti ada pahala di sisi Allah.
Tetapi mesti akur tak bertudung tetap dosa.
Soal syurga dan neraka itu hak Allah menentukan, manusia takde hak nak menerakakan orang lain.
Tetapi sesama manusia wajib sampaikan mana satu dosa, mana satu pahala dengan cara yang paling berhemah dan tidak mengaibkan.

Menutup aurat memang tak mudah.
Ada harga yang harus dibayar kerana harga sebuah syurga bukan murah.
Nak masuk istana pun kena lalu protokol dan di-check macam-macam, lagikan syurga.
Dah tentu lagi besar pengorbanannya.

Tapi percayalah, semakin kita bulat tekad untuk berjihad di jalan Allah melalui pakaian, insyallah jalannya akan dimudahkan.
Boleh jadi ada di antara yang membaca post ni sudah bertudung tetapi belum syar'i.
Tak apa.
Jangan diperli, jangan didengki kerana kita semua muslimah.
Dah cukup bagus ada yang berusaha memperbaiki diri.
Janganlah kita yang mungkin ketika ini sudah syar'i mencari-cari salah dalam penampilan yang belum syari'i.

Jangan sampai niat kita yang awalnya mulia jadi ibadah yang sia-sia kerana penyakit dalam hati.
Tolong mereka yang dalam proses mencari jati diri dan yang dalam proses menutup aurat.
Jangan direndah-rendahkan usahanya.
Bagi semangat.
Jika dia belum istiqomah, kuatkan hatinya.
Jangan menilai orang dengan sebelah mata.
Jangan sampai penilaian kita mendorong kita kepada panasnya api neraka.


2019-06-19

Selesaikan masalah dengan berlapang dada



[mesej dari follower ni panjang lagi, tapi ni aku extract hujung-hujungnya saja].

Semua orang ada masalah.
Yang membezakan adalah cara kita respond pada masalah.

Bila kita sedang tak berduit, kita sangka orang yang berduit hidupnya takde masalah.

Bila kita sakit, kita sangka orang yang sihat hidupnya takde masalah.

Bila kita sedang ada masalah rumahtangga, kita sangka orang yang nampak bahagia dengan pasangan masing-masing tak pernah dilanda masalah.

Di situlah silapnya sangkaan kita.

Mana ada orang yang hidupnya tak diuji?

Tempat yang kita tinggal sekarang ni namanya DUNIA.
Kalau namanya dunia, hidup pasti ada turun naik.
Kejap sihat, sakit, susah, senang, menangis, gelak.
Itulah fitrah dunia, tak selamanya bahagia.
Dan tak semua yang kita nak, kita dapat.
Ini memang syarat untuk terus tinggal di dunia.

Kalau nak segalanya smooth, sihat walafiat, kaya tak pernah susah, bahagia tak jumpa derita - itu tunggu di syurga.
Kat sini, takkan dapat sesenang tu.

Kalaupun ada manusia yang hidupnya di dunia nampak senang dan bahagia - percayalah, dia tetap ada ujiannya yang tersendiri yang kita tak tahu dan kita tak mampu untuk menanggungnya.
Kerana Allah hanya bagi ujian kepada yang mampu.
Boleh jadi kita tak diberikan kesenangan seperti si dia kerana kita bukanlah orang yang mampu menanggung ujian kesenangan.
Mungkin kita akan hanyut jauh dari Allah bila semakin senang. Boleh jadi.

Jangan ingat ujian orang kaya ni tak berat.
Berapa ramai orang-orang yang terkenal dan kaya lebih banyak dikutuk dari dipuji?
Zaman sekarang ni, semakin kau senang, semakin kau banyak musuh dan semakin apa yang kau buat sentiasa dicari kesalahannya.
Itulah ujian orang have-have yang kita tak nampak.

Selain dari tu, belum tentu dia ada kawan yang yang benar-benar ikhlas berkawan dengan dia.
Belum tentu saudara-mara yang menghimpit-himpit pada semuanya ikhlas mengaku saudara.
Setiap masa ada orang nak pinjam duit [read : pinjam dah hilang].
Dibagi pinjam, hilang.
Tak dibagi pinjam, dikatanya sombong.
Dibagi pinjam sikit, dikatanya kedekut.
Itu belum lagi dengan orang yang sentiasa buat khianat and tunggu masa nak bersorak tengok dia jatuh tersembam.
Jangan ingat orang yang tidur atas duit tak ada masalah.
Masalah mereka mungkin bukan dari segi wang ringgit tapi perasaan.

Selalunya kita anggap masalah yang melibatkan perasaan ni takde apa sangat berbanding masalah takde duit, betul tak?
Kerana, kita takde masalah melibatkan perasaan.
Kita cuma ada masalah duit.
That's why kita rasa perkara yang melibatkan fake friends and fake relatives ni semua takde apa sangat asalkan duit berkepuk gitu.
Cubalah nanti bila kita berada dalam kelompok fake people, baru kita tau betapa lemasnya hidup, kalau boleh tak nak jadi kaya biar nampak mana satu yang ikhlas berkawan.

Baru-baru ni kan Father's Day.
Aku letak gambar keluar makan Korean food kat IG, berdua dengan En Wan.
Then this lady hantar DM cakap, dia teringin nak keluar celebrate berdua dengan suami.
Dia tak ada masalah nak keluar berdua sebab anak-anak dah bersekolah, kalau tinggalkan kat rumah pun tak apa sebab ada maid at home.
Cumanya, suami sangat sibuk.

Suami pensyarah at the same time ada projek bisnes juga.
Weekdays dah tentu busy.
Weekends pun sibuk dengan hal business.
Dia kata dari segi duit, memang cukup.
Cuma masa tak ada.
Jangankan nak celebrate Father's Day, nak celebrate wedding anniversary pun tak ada masa.

Gitulah keadaannya.
Yang takde duit, masalahnya lain.
Yang ada duit, masalahnya lain.
Yang belum berjumpa jodoh, masalahnya lain.
Yang ada pasangan, masalahnya lain.
Semua pun ada masalah, tinggal lagi jenis masalah je yang berbeza.

Baru-baru ni aku bersembang dengan sorang kawan lama.
Aku baru tau dia dah bertitle Dr [PhD].
Serius tak sangka dia segigih tu sebab dia punya level pemalas tu 2x5 je dengan aku.

Aku cakap "Best lah kau dah ada title Dr. Senang nak buat keje. Kalau kau jump into business, kau tak start apa-apa lagi orang dah percaya dah kat kau. Jalan tu dah mudah".

Pastu dia kata "Aku tak carry title aku ni. Kat tempat keje je guna. Asal pi meeting skolah, orang tuju aku jadi leader, asal meeting komuniti rumah, orang tuju aku jadi ketua. Dalam mana-mana meeting punya ramai bagi pendapat, balik-balik tanya aku jugak "apa pendapat Dr?". 

Aku gelak dengar.

Bila aku pikir-pikir balik, gitulah.
Aku anggap life dia hebat sebab ada title Dr.
Dia pulak rasa life aku best sebab boleh hidup dengan bekerja sendiri.

Yang sebetulnya, Allah Maha Adil.
Apa yang kita rasa best ada pada orang lain, belum tentu kita boleh tanggung ujiannya.
Yang aku nampak best cuma pada title Dr, aku tak nampak lagi ujian-ujian yang dia tanggung dek kerana title dia tu.
Sama macam dia, dia nampak life aku best sebab aku mampu untuk tak makan gaji dan terikat dengan jadual majikan.
Yang dia tak nampak adalah aku bertanggungjawab sepenuhnya pada kelansungan hidup staff-staff aku.
Staff aku ada yang nak kawen, nak bayar loan kereta, rumah, bagi mak bapak duit.
Itu semua aku nak kena pikir.

Jadi, jangan ingat life orang best sangat.
Yang best tu hanya di mata kita saja.
Belum tentu semuanya best.
Masing-masing ada masalah yang dorang tak tunjuk.

Tak dinafikan masalah ada kalanya buatkan diri patah semangat.
But to be fair, ada masalah yang melemahkan, ada masalah yang menguatkan.

Masalah hanya akan jadi besar kalau kita yang memperbesar-besarkannya.
Terkadang masalah yang ringan boleh bertukar jadi berat bila kita terlalu melebih-lebihkannya.
Sedangkan masalah yang berat boleh menjadi ringan bila kita mampu memilih cara atau method yang tepat dalam menghadapinya.

That's why letak berat atau tidaknya sebuah masalah bergantung kepada bagaimana cara kita dalam menghadapi dan mengatasinya.
Belum tentu lagi masalah orang yang tak berduit akan selesai kalau diberikan seguni duit.
Boleh jadi makin ditumpukkan duit, makin besar masalahnya.

Bila berdepan dengan apa-apa masalah, yang penting carilah jalan untuk mengatasi masalah, bukan memperbesarkan masalah.

Contohnya, kalau kita sakit, jumpa doktor.
Insyallah masalah selesai.

Kalau ada kecurian, lapor pada polis.
Insyallah masalah selesai.

Kalau ada masalah dengan seseorang, berjumpa terus dengan that person.
Insyallah, masalah selesai.

Ini tak.
Bila ada masalah dengan A, dia pi mengumpat kat B and C.
Adakah itu akan menyelesaikan masalah?
Membesarkan masalah lagi ada.

Kadang-kadang kita kena muhasabah diri.
Pangkal dari suatu masalah kadang-kadang bukan masalah itu sendiri, tetapi cara kita menyingkapi dan menerima masalah tu.
Oleh sebab itu, salah satu sikap yang perlu ada adalah menerima masalah.
Sikap berlapang dada dalam menerima masalah juga diperlukan sebagai langkah awal dalam menghadapi masalah especially masalah yang berat.
Kalau ada masalah dengan orang lain, fikir balik, di mana puncanya.
Kalau kitalah puncanya, maka muhasabah dan perbaiki diri.
Kalau puncanya dari orang lain, pergilah pada orang tu dah selesaikan.

Senang, kan?
Tapi tak.
Kebanyakkannya lebih suka pilih untuk cerita kat orang sana, cerita kat orang sini untuk menampakkan diri benar dan si dia salah.

Berlapanglah dada dalam menerima kesilapan diri, kekurangan diri dan kehebatan orang lain.
Dengan berlapang dada menerima masalah, kita jadi sedar bahawa hidup tak selalu seperti yang kita inginkan.
Semakin kita mampu menerima masalah, semakin besar peluang kita untuk mengatasinya kerana dengan menerima masalah bererti kita dah pun melalui tahap awal untuk identify masalah yang kita hadapi.

Kita boleh kecewa dan sedih dengan nasib diri, tapi jangan berlarut-larut apetah lagi persoalkan kenapa takdir orang lain lebih baik.
Bukan hak kita persoalkan kenapa orang tu hidup senang padahal tak taat pada Allah sedangkan kita taat tapi masih diuji macam-macam.
Bila kita dah rasa diri jauh lebih baik dan tak layak diuji, itu bermakna kita sedang menjadi jahat.

Hidup kita ni sangat luas.
Luasnya adalah jarak dari hidup hingga mati, hingga dibangkitkan semula, hingga berkumpul di Padang Mahsyar, hingga dihisab, hingga meniti titian sirat, hingga ke syurga/neraka.
Kita sekarang baru di phase awal.
Apa pun bentuk ujian yang kita hadapi sekarang masih phase awal.
Entah apa lagi ujian yang kita bakal hadapi nanti sebelum sampai syurga.
Jadi, kalau ujian yang Allah bagi sekarang membuatkan kita semakin dekat padaNya, insyallah Allah akan cancel ujian-ujian lain yang sepatutnya kita lalu sebelum nak sampai syurga tu.

Sebagai makhluk yang beriman, yang percaya wujudnya Allah, salah satu cara yang kita boleh buat bila berdepan dengan masalah adalah meminta pertolonganNya dengan cara berdoa.
Sebab kita tahu bahawa masalah merupakan ujian yang diberikanNya, baik masalah ringan atau berat sekalipun.
Setiap masalah yang Allah hantar, dia hantar sekali dengan solution.
It is just that Dia nak ajar kita berusaha terlebih dulu dalam mencari penyelesaian untuk setiap masalah.
Kerana usaha adalah ibadah.
Usaha itu yang akan dinilai.
Bila dah usaha, barulah doa sebagai tanda bahawa kita berserah kepadaNya dan minta ditunjukan penyelesaian yang terbaik.



2019-06-18

Orang tua yang takde adab pi rumah orang



Jumaat terakhir sebelum raya, aku terima whatsapp ni.
Ya, setiap kali hari raya aku datang 'alergik' kat perangai mak bapak yang takde adab pi rumah orang.
Bukan budak-budak tau, tapi mak bapaknya.


Kenapa tak jemput si polan?

Paling aku menyampah jenis manusia yang bila dia dijemput datang ke open house kita, sibuk bertanya "Eh, kau tak jemput A eh? Kau tak jemput B eh? Kau tak jemput C eh?"

Sibuk betul dia nak kumpulkan orang-orang yang dia suka kat open house kita.
Yang dia tu taknak buat open house pulak.
Kalau sibuk sangat nak kumpulkan kawan-kawan, lain kali kau je buat open house biar semua yang kau suka berkumpul, kan ke senang?

Tuan rumah dah jemput kita datang, cukup.
Kalau nak tanya siapa lagi yang dijemput, silakan.
Tapi takyah question kenapa dia tak jemput A, tak jemput B, tak jemput C.
Dia tuan rumah, sukahati dia nak jemput siapa pun, bukan urusan kita.
Ni tak, dia pulak memandai-mandai nak arrange siapa patut ada sama.


Tak jemput kita pun!

Yang tak dijemput, mohon jangan sentap kalau nama tak tersenarai dalam jemputan tuan rumah.
Tak dijemput tak bermakna kita bukan orang penting.
Tak diundang tak bermakna kita ni tak dipandang.

Buat open house ni bukan sikit-sikit belanjanya.
Tuan rumah tu kalau mampu sediakan lebih, dah tentu dia nak panggil semua.
Nak jemput ramai orang dah tentu kena sewa khemah, takkan nak peruk semua tetamu dalam satu rumah pulak.
Kalau rumah besar lain cerita, kalau rumah kecik, nak sumbat mana ramai-ramai?
Khemah tu kalau disewa bukan harga RM50 okeh, ratusan!

Nak masak untuk 100 orang makan pun dah cukup merenyahkan, ini pulak nak jemput lebih dari tu, dah tentu memenatkan dan makan belanja besar.
Ingat nak jamu orang ni bajet ciput ke? Besar okeh.
Lagi pulak nak jemput orang macam kau yang bila tak dijemput sentap, bila dah dijemput banyak pulak komplennya.
Kau kalau boleh dijamu dengan mihun goreng je takpelah jugak.
Ni karang kau jugak yang mengumpat dia buat open house tapi makanan tak best.

So, tak perlulah nak kecik-kecik hati bila tak dijemput, ya.
Jangan buat tuan rumah macam musuh bila tak dapat undangan.
Kalau teringin sangat nak pi rumah dia, esok lusa buat appointment cakap nak datang beraya, bukannya susah, kan.


Nak tengok-tengok rumah.

Don't be so makcik-makcik sangat perangai asal datang rumah orang nak meronda sampai ke dapur, ke bilik tido segala.
Kalau kita ni sedara-mara, lain cerita.
Tapi kalau sekadar kawan-kawan atau kenalan saja, tak perlulah nak melawat tapak segala.
Kalau dia pelawa tour rumah dia, takpe.
Kalau tak, takyah kau nak offer diri ukur tanah rumah orang.

Apetah lagi kalau tuan rumah dah sediakan khemah, duduklah kat khemah saja, melainkan kita dijemput masuk ke dalam rumah.
Itu tujuannya tuan rumah tempah khemah sampai RM700-800, untuk tetamu duduk makan di sana, bukan saja-saja ditempah untuk block jalan.


Jangan bersembang sampai tak ingat nak balik

Memang seronok bila jumpa geng-geng kat open house kawan.
Tapi jangan sampai lupa diri.
Ada yang seronok sangat bersembang sampaikan orang lain takde tempat duduk, padahal dia dah habis makan dah.

Lagi satu perangai, punyalah nak duduk semeja dengan geng-geng, memandai-mandai dia pulak tarik kerusi sana, tarik kerusi sini nak bagi dapat duduk semeja.
Penyudahnya meja sebelah hilang kerusi.
Kau ingat ni mamak?
Nak bersembang lama-lama lain kali buatlah gathering, keluar duit sorang sikit buat majlis kat mana-mana.
Ini open house rumah orang ya, bukan geng-geng kau je yang dijemput, ada ramai lagi tetamu yang nak duduk.
Kalau dah makan tu, bersembanglah lebih kurang je then silalah balik.
Kalau tak puas bersembang, set a date, pi buat gathering.


Carilah masa berziarah yang sesuai

Berbeza dengan open house yang waktu 'melawat'nya dah ditetapkan, beraya di luar waktu open house memerlukan kita cari masa yang sesuai untuk berziarah.
Elakkanlah waktu yang tak sesuai like waktu tuan rumah tengah berehat [tengahari hingga 3pm adalah waktu rehat] atau lewat malam.

Walaupun on hari raya, kebiasaannya tuan rumah sentiasa bersedia terima kedatangan tetamu, tapi dorang pun perlukan masa untuk berehat, nak bersolat, nak memasak, nak mandikan anak, etc.
Pukul 10-10.30pm tu dah lewat dah.
Kalau berada di rumah orang pada waktu ni, dah boleh beransur-ansur balik.
Kalau baru nak berjalan raya, padamkan je lah niat tu.
10pm dah tak sesuai nak beraya rumah orang.

Pernah aku berpengalaman terima tetamu maghrib-maghrib datang rumah.
Alasannya dah alang-alang keluar berjalan, singgah terus kat rumah aku.
Dia bukan saudara-mara, hanya kenalan.
Aku sangat-sangat tak selesa.
First, datang mengejut.
Second, waktu tak sesuai.
Third, menyusahkan aku.

Yes, memang menyusahkan.
Sebab, datang waktu Maghrib, dah tentulah lepas tumpang bersolat, dia akan duduk bersembang.
Takkan nak balik terus, ye tak, dah namanya beraya.

Mula-mula aku hidangkan air and kuih raya je.
Habis tu kalau dah pukul 8.30pm takde gaya-gaya nak balik, takkan aku tak masak makanan malam pulak.
Maka aku pun masaklah dah alang-alang memang nak makan malam pun kan, masaklah je lah banyak sekali harung, cuma rasa tak selesa tu tetap ada.

Nak datang beraya tak salah.
Tapi carilah waktu yang sesuai.
Lainlah kalau memang dah bagitau awal-awal nak datang.
Kalau lambat pun takpe, tuan rumah dah buat preparation.
Ni tak, dah la datang mengejut, waktu yang salah pulak tu, then bersidai bukan main lama.


Jangan buat majlis orang macam restoran

Kadang-kadang pi open house, meja memang penuh.
Kalau ada pun, meja masih ada bekas makanan [jenis tetamu takde adab dah makan tak reti kemaskan meja].
Tak payahlah tunggu meja tu tuan rumah bersihkan.
Tuan rumah ada tetamu nak dilayan, kadang-kadang dia tak sempat nak pandang pun meja-meja ni semua.

Sebagai tetamu, kalau kau nak duduk meja tu, bersihkan je lah meja tu.
Angkat mana-mana pinggan and cawan yang masih ada, buangkan.
Bukannya susah sangat.
Ni tak, sanggup dia tunggu tepi meja tu anak-beranak sambil tengok-tengok kot-kot ada bibik tuan rumah boleh tolong kemaskan [ni kejadian kat rumah aku dulu].

Eh hello, ini bukan restoran ya.
Ini open house.
Takde pelayan kat sini.
Semuanya self-service.


Jangan komplen makanan

Makanan sikit atau banyak atau tak cukup, please keep it to yourself.
Tak ada tuan rumah yang nak tetamunya datang melopong tak dapat makan.
Adakalanya makanan yang ditempah datang tak cukup seperti yang dijanjikan.
Adakalanya tetamu yang datang melebih-lebih dari yang dijemput [ni kes tetamu yang dijemput memandai jemput orang lain datang sama].
Makanan tak cukup ni benda biasa dalam majlis-majlis besar.
So, please jangan buat perangai macam orang tak cukup makan "Makanan kat rumah dia sikit je. Tak berbaloi datang jauh-jauh".
Hoh! Nak makan kenyang-kenyang pi makan kat mamak.


Kalau anak membuas, tolonglah balik cepat

Aku tak nak cakap pasal perangai budak-budak tapi nak fokus kat perangai orang tua.
Dah nampak anak berlari turun naik tangga, keluar masuk rumah, melompat-lompat tak reti diam - kalau tak boleh kawal, maka tolonglah balik cepat.
Jangan buat tuan rumah rasa tak sedap hati.
Jangan tunggu sampai ada barang pecah baru nak balik.
Masa budak tu terkinja-kinja kau tak ingat nak ajak balik.
Bila dah ada barang berkecai, dan-dan tu ajak balik. Pandai pulak eh?

Kadang-kadang bila kita cakap macam ni, orang kata kita tak ikhlas terima tetamu.
Padahal nak suruh orang ikhlas kat kita, seharusnya attitude kita sendiri harus mampu menghadirkan rasa ikhlas dalam diri orang lain juga.
Pepatah melayu cakap "Orang berbudi kita berbahasa..."
Kalau kita datang rumah orang bawa adab, tak mungkin tuan rumah tak berbesar hati menerima kita sebagai tetamu.

Jangan risaukan budaya kunjung-mengunjung akan lupus ditelan zaman bila tuan rumah takut anak-anak tetamu pecahkan barang.
Budaya kunjung-mengunjung tu takkan lupus kalau kita sebagai tetamu sama-sama ada timbang rasa bila berziarah ke rumah orang.
Kalau kau masih nak pertahankan prinsip 'anak-anak tak boleh dimarah nanti tumbesaran terencat', insyallah bilangan jemputan untuk kau je yang makin lupus.
Jemputan untuk orang lain tetap lebat.

Pikir-pikirkanlah ya.





2019-06-17

Aku bukan ibu yang baik - Part 2


Post 'Aku bukan ibu yang baik' sebelum raya hari tu dapat banyak respon.
Email aku dihujani dengan confession ibu-ibu muda dan ibu-ibu yang tak berapa muda yang pernah lalui the same struggle macam aku dulu.
Tapi memandangkan masa tu aku dah sampai Tganu yang internetnya tak laju, aku hanya mampu baca je.
Nak mereply semua tak dapek.

Bercakap tentang struggle menjadi ibu baru, rasanya tak lengkap kalau aku tak sambung cerita about how much I have struggled as a mother in general.

First time menjadi mak dah cukup brutal sekali pengalamannya, tapi ia belum berakhir, ya.
Especially bila anak dah bersekolah.

Redza aku hantar bersekolah tadika omputih, tapi ada blaja satu subjek agama.
Ustazah tu ajar basic things like kenal alif ba ta, cara ambil wuduk, etc.

One day, dia balik rumah cakap "Ma, ustazah kata orang perempuan kena pakai tudung. Kalau tak pakai tudung nanti masuk neraka. Kawan Ija mak dia semua pakai tudung. Mama tak".

Zappppppp!

Macam kena toreh kat muka.

Statement ustazah tu tak salah.
Itu memang statement mudah untuk bagi budak-budak umur 4-5 tahun faham tentang konsep aurat.
Bagi aku, ia tidaklah kasar tapi disebabkan aku tak bertudung, tipulah kalau aku tak terasa.
Nak pulak anak sendiri yang tegur.

Aku ingat lagi, Pak Aji pernah cakap kat aku "Ni anak dah skolah ni, kalau boleh start lah pakai tudung. Esok nanti dia confuse kenapa kat skolah ustazah ajar pasal aurat tapi mak sendiri tak pakai tudung"

Betul rupanya cakap Pak Aji.
Terkena dah aku.

Ok, itu satu bab.

Satu bab lagi one day Redza balik skolah cakap "Ma, kawan-kawan Ija kan, mak dia fetch from school. Tak payah naik bas pun".

Aku replied "Mak dorang tak kerja, mak Redza kerja mana sempat nak fetch sebab kena kerja".

"Kenapa mama kena kerja, mak kawan Redza semua tak kerja pun?"

Budak-budak kan, memang selalu curious.
Soalan-soalan pun boleh tahan menikam.
Tapi deep down aku faham maksud dia.
It's like - why can't you be like other moms?
Kerana dia melihat pada majoriti.
Apesal mak orang lain macam ni, mak aku tak.

Kalau korang berdepan dengan situasi macam ni, iaitu situasi yang tak menjadikan korang berada dalam kelompok majoriti, it's ok.
You shouldn't question yourself as a mother.
Jangan anggap kita bukan ibu yang baik.
Bila kita start questioning ourself, then bila someone brings up the exact thing we have been worried about, kita mudah rasa insecure dan sensitif.

Ada satu masa tu, skolah Redza buat program with parents on weekdays.
Aku and En Wan datang walaupun lepas tu kena pi keja terus.
We tried to join program tu, spend time dalam kelas duduk kat bangku kecik sama-sama gunting kertas buat hiasan just like parents lain.
Tapi itu masih tak menjadikan aku majoriti di mata Redza.

Tau kenapa?

Sebab aku pakai skirt pendek and blazer, sedangkan mak-mak lain pakai seluar trek.

Parents lain pakai selipar, aku pakai high heels.

Accessories and makeup jangan cerita la, dah tentulah aku paling meriah sebab lepas tu aku ada presentation kat tempat customer. Haruslah pegi dengan muka bersiap.

Aku takde pilihan lain.
Just like most working mothers, my life is a constant juggling act.
Aku mungkin nampak berbeza dari mak-mak lain yang datang program tu tapi aku tetap datang supaya anak aku tak terasa left out.
Itu the best yang aku boleh buat.

Memang aku tak dapat squeeze time yang banyak untuk program anak-anak, be it Redza mahupun Rayyan, tapi aku akan cuba provide the best.
Kalau ada majlis makan-makan, aku always tak dapat datang but aku make sure aku tempah real good food.
Sometimes aku sukarela provide goodies bags for no reason, saja nak bagi budak-budak seronok.
Walaupun aku tak dapat join, aku akan pastikan ada follow ups dengan pihak skolah tentang program, samada anak aku enjoy ke tak, participate dalam games ke tak, makan ke tak, etc.

But still, no matter what I did, some "other mother" at school has done it better.
Biasala kan, budak-budak.
They go for majoriti.
Majoriti mak bapak datang, kenapa mak bapak dia tak datang. Macam tu lah.

Tipulah kalau aku tak pernah ada keinginan nak jadi macam parents lain.
Yang boleh buat segalanya untuk anak.
Yang jemput and hantar anak ke skolah.
Yang attend semua program anak di skolah.
Yang buat bekal makanan pagi petang.

Bila aku fikirkan balik, aku mungkin tak boleh buat apa yang mak-mak budak lain buat.
Tapi boleh jadi mak-mak tu pun tak boleh buat apa yang aku buat.
Fair.

So, I made a big decision - I'm over it.

Aku dah tak kuasa nak terkejar-kejar lagi.
Asalkan anak aku tak lewat ke skolah, well groomed, well mannered, get good grades, aktif, tak buat hal kat skolah - ni dah dikira ok.
Aku tak kuasa nak kejar carta ibu paling hebat, ibu paling mithali, wonder moms, whatsoever.

Kepada mak-mak yang sedang melalui situasi yang sama, aku bukan nak bagi nasihat.
Ini sekadar berkongsi padangan melalui pengalaman.

Bagi aku, you should parent in whatever way works for your family.
Kurangkan memikir about other people's perception of how you are doing.
Berhentilah dari mentorture diri sendiri untuk conquer semua task.
Stop being hard on yourself.
Instead, focus pada apa yang benar-benar perlu.

Tak boleh ke kita semua setuju bahawa imperfection is ok?

Mak si Atan is awesome at her thing and we are awesome at ours.
Tak boleh ke kita setuju things work like this?
Yang nak tapau semua dah kenapa.

Being a perfect mother boleh dikatakan mitos semata-mata.
But being a pretty great mother, is actually possible.
Aku tak percaya hanya ada satu je cara untuk jadi parents yang baik.
In fact, kalau nak apply cara orang lain membentuk keluarga ke dalam keluarga kita, it could be pretty damaging.
Bukan tak boleh jadikan tips dalam parenting book tu sebagai panduan.
Boleh.
Tapi kalau nak apply exactly the same, entahlah, rasanya bukan semuanya sesuai untuk kita.

Contoh paling mudah, family aku.

Kitorang kadang-kadang kalau bersembang dengan Mak Aji "Itulah, aku dah kata dahhhhh...."
Makcik-makcik aku dulu pun kalau bersembang dengan arwah nenek kadang-kadang bahasakan diri 'aku'.

Itu dalam rumah kitorang, dah biasa begitu.
Takde rasa biadap pun.
But in your house, you might interpret that as direspectful.

Jadi selalunya, di rumah orang kitorang lebih bersopan.
Tapi bila masuk rumah sendiri habis segala perkataan pantat semua keluar.
[especially kalau masakan tak sedap, "Apa benda kau masak ni? Rasa macam pantat hantu!"]
Kat rumah orang, cover-cover sikit bahasa tu.
No, ini bukan hipokrit, kami sekadar menghormati tempat orang.
Masuk rumah orang haruslah buat cara orang, ye tak.

Same goes to berpencak-pencak dalam rumah.

Aku takleh accept anak-anak aku atau anak-anak orang yang datang ke rumah aku berpencak dalam rumah, usik barang sana-sini, keluar masuk bilik, punggah barang-barang, makan bersepah-sepah.
No. Big NO.

But maybe in your house cara aku tu seems over the top.

Maybe kau boleh accept anak kau susun atur nasi atas meja makan macam tengah belajar alphabet.

Maybe kau boleh accept budak-budak melompat dari satu sofa ke satu sofa.

Maybe kau tak kisah anak-anak tetamu punggah barang-barang dalam lemari.

If you are like that, it's ok.
Kau hebat sebab level tolak ansur kau tinggi.
Takde yang salah pun, lagipun itu cara masing-masing menjadi seorang mak cuma pastikan buat di rumah sendiri, jangan buat kat rumah aku.

Pemahaman aku tentang menjadi seorang ibu adalah, aku kena pastikan diri sendiri ok dulu.
Maksudnya, kalau aku sendiri miserable, apa jaminannya anak aku akan membesar dengan baik?

Some parents too fokus pada membesarkan anak sampai takde masa untuk diri sendiri, last-last stress.
Bila dah stress, semua benda akan jadi huru-hara.

Don't harsh with yourself.
Do the best that you can.
You need a break.
Give yourself time alone.
Pegi buat manicure ke, pedicure ke.
Buat girls day out.
Keluar tengok movie.
Gi spa.
Treat yourself with good food.

Try buat.

Percayalah cakap aku, kau akan tido lebih lena.
Kau akan bangun esok pagi dengan lebih bersemangat and seronok untuk start balik rutin harian.

Lagi satu, jangan compare.

Jangan compare your family to other families atau yourself to other women or any mother.
Bukan maksudnya berhenti berusaha memperbaiki setiap aspek diri untuk jadi mak yang baik, cuma jangan try too hard sampai jadi self-torture.
Our job is to help them become their best selves, itu saja.

Aku pilih untuk choose my battles.
I do the best I can with the time I have.
I only do stuff that seems important.

Kalau anak aku cakap dia nak bawak bekal pi skolah, yes, aku akan sediakan bekal.
"Bekal" means apa-apa pun asalkan bekal.
Tak semestnya nasi goreng with carrot and peas yang digoreng dengan minyak zaitun dan dihidangkan berbentuk panda dengan buah-buahan segar siap potong.
My interpretation of "bekal" could be sekotak air Milo with nugget 9 ketul. Done.
Asalkan kau tak berlapar konsepnya.
Nak makan nasi-nasi, balik rumah karang makan nasi.

Kalau dia kata nak bawak bekal nasi, kalau sempat, aku buat nasi goreng.
Kalau tak sempat, aku tapau nasi lemak tepi jalan.
Take it or leave it, jangan banyak bunyik.

Aku tau there are those of you who don't understand this perspective.
For you, menyediakan bekal makanan untuk anak adalah satu tanggungjawab yang perlu diberi perhatian serius kerana melibatkan kesihatan.
For you, these kind of moments are exactly what you imagined when you dreamed of being a mother.
It's ok.
Perbezaan ini bukan untuk cari siapa lebih hebat tapi inilah bukti bahawa hidup ini unik.
None of us are exactly like the other, and that is a good thing.

Stay at home mom, work from home mom, ibu bekerja, ibu usahawan, ibu 5 anak, ibu 1 anak, ibu beranak tiri, ibu beranak angkat, ibu menyusu badan, ibu susu formula, ibu tegas, ibu hipster, ibu yang hantar anak sekolah seawal 2 tahun, ibu yang pakaikan anak purdah seawal 1 tahun, ibu free hair, ibu beranak normal, ibu beranak ikut tingkap - whoever whatever you are, anda tetap seorang ibu di era moden-day parenting.
Kita sama-sama belajar and apply apa yang sesuai untuk keluarga kita, untuk anak-anak kita.
Tinggalkan tips yang tak praktikal for your family.
Ambil dan buat mana yang sesuai dengan situasi. Cukup.
Jangan pening-pening.






Pakej istimewa Hari Bapa.
Korang jimat RM8 dan dapat free wristlet bag.
Refresh blog ni and klik pada pop out window.


2019-06-14

Raya 2019 - Part 5 [Finale]



4 Syawal.

Barulah dapat bersalam raya and bergambar raya sekeluarga.
Ni semua sebab tunggu Ibal sampai.
Ibal sampai dari Kelantan pukul 9 malam raya ketiga.
Jadi, nak tak nak, kena tunggu raya keempat baru semua pakai baju raya seakan-akan itu raya pertama.
Cuma kali ni takde Dill and Aiman.
Tak sampai hati nak mintak Dill and Aiman datang balik ke Bangi semata-mata nak bergambar je, kesian kot penat berjalan dah.

Macam biasalah, kalau kat Bangi, salam beraya style Jawa, cuma versi duduk atas kerusi, bukan bersila atas lantai.
Nak bersalam raya ni perlukan momen bertenang-tenang, tak boleh rush sebab banyak benda nak cakap.
That's why aku hangin je kalau pagi-pagi orang dah datang beraya.
Kau tak boleh ke sabar dulu duduk kat rumah masing-masing?
Nak-nak lagi kalau raya pertama tu, ya ampunnnn.
Jenis yang lepas solat raya terus nak laju-laju berjalan raya ke rumah orang ni dah kenapa.
Tak boleh ke bertenang-tenang sikit.

Selalunya, orang yang bersalam raya ni akan start bersalam selepas balik solat.
Lepas bersolat baru breakfast ramai-ramai.
Nak datang rumah orang call dulu kalau boleh, jangan main redah [ini lebih beradab].
Beri masa pada tuan rumah settlekan apa-apa yang patut dengan keluarga dulu baru kita datang beraya.
Kita nak datang beraya rumah orang biar tuan rumah pun rasa seronok and selesa nak melayan.
Ini karang kau main terjah gitu, entah orang tu masih sibuk bagi anak makan, masih bersalam raya, etc.

Tak kira lah raya ke berapa sekalipun, tak payah la pagi-pagi awal kau dah bertandang depan rumah.
Nak-nak lagi hujung minggu tu, bukan semua orang bangun awal pagi.
Nak-nak lagi yang ada anak kecik, mana nak mandikan anak, nak bagi anak makan, alih-alih kau dah terpacak depan gate menyeringai nak datang beraya.
Bawak bersabar, boleh?



Raya pertama kat KT tak sempat nak bersalam raya.
Eh, bukan tak sempat, tapi tak teringat pun dek kerana melepek setengah hari.

Kat Bangi kita pakai all red lah pulak, recycle baju tema masa wedding anak sedara En Wan April lepas.
Patutnya ini sekali harung jadi baju raya kitorang tahun ni sebab dah bulan April, tak sempat nak tempah baju raya lain dah.
Tapi bila tengok hari tu masa wedding orang Tganu semua turun, aku cakap tak best la repeat baju yang sama pi berjalan raya rumah dorang nanti.
Nasib baik tailor yang kitorang selalu tempah tu nak ambik lagi tempahan, tu yang kejar-kejar pilih kain hitam terus tempah.

Sekali, aku yang down di pagi raya, satu rumah orang pun aku tak pergi.
Penyudahnya baju raya hitam tu buat bergambar je.
Tapi takpe, baju aku semua jenis kurung dan tak merelip, simple-simple saja.
Boleh pakai pi opis.

Lepas salam raya, semua berdedai-dedai bergambar macam nak meletop henfon.



Masa ni Siti and Ibal masih tengah bersiap.
Maklumlah ada anak kecik, lambat la sikit.
Kitorang bergamba berdua dulu.
Aku sorang je pakai baju kurung, yang lain macam sepakat pulak pakai kebaya sulam with kain batik.



Ahli asal keluarga Ishak dan Dahlia



...kemudian menantu datang ke dalam family.



Yang tengah tu memang.
Dia kalau bab menjahanamkan gamba memang pakar.



Gambar sefamili versi baju merah.
Gambar kat rumah sendiri boleh berhoyah-hoyah.
Kat rumah mak terpaksa duduk sopan.



Ima and family



Ibal agak hazab tahun ni punya gambar famili. 
Gasak kau lah.

Dulu ada yang tanya berapa tinggi Pak Aji.
Pak Aji 5'11". Tapi Ibal lagi tinggi, 6'.



Lepas bergambar macam nak rak, kitorang keluar pi beraya rumah adik Mak Aji, also kat area-area tu juga.

Then, gerak ke rumah ayah, di area yang sama.

Dari sebelum raya lagi aku dah berpikir-pikir macamana aku nak pi raya rumah ayah tahun ni.
Lain benar rasanya bila ibu dah takde.
Belum pernah lagi beraya rumah ayah tanpa ibu.
Untuk taknak bagi rasa janggal, kali ni datang raya ajak semua sekali pergi.
Selama ni aku and Ima je yang pergi.
Mak Aji and Ibal akan datang lain hari.
Kali ni serentak datang sekali.

Masa aku sampai tu, Abang Fariq [anak tunggal ayah] cakap "Baruuuu je ayah sebut-sebut. Agaknya hari ni Diana dengan Ima datang".

Allahu, sebaknya aku dengar.
Tinggi betul pengharapan ayah.
Insyallah, tetiap raya kitorang akan sampai rumah ayah, walaupun takde ibu.



Walau takde ibu, rumah tetap bersih and kemas.
Abang Fariq kata boleh kata tetiap 2-3 hari sekali ayah mengelap kerusi meja and lemari.
Memang itulah ayah and ibu dari dulu, sama-sama jenis pembersih and kemas.

Masak?

Don't worry.
Walaupun ibu dah takde, dapur tetap on.
Ayah pandai masak sebab dulu ayah and ibu sama-sama berniaga.
In fact, selama ni kalau hari raya, ayah yang masak laksa Johor.
Aku kenal laksa Johor dari rumah ayah and ibu.
Every year mesti ada.
Dan selalunya soalan aku sama "Buat laksa pagi raya?"
Tahun ni aku tak gamak nak tanya buat laksa ke tak pagi raya.
Nanti ayah sedih.

Masa ada Ibu hari tu tak teringat nak bergambar banyak-banyak.
Dah takde barulah rasa terkilan.
Jadi, sebelum terkilan berkali-kali, raya tahun ni sefamili bergambar dengan ayah.
Masing-masing dah ada smartfon sekarang kan, gunakan kamera tu betul-betul.
Snap momen-momen sebanyak-banyaknya.
Kita tak tau bila nanti kita perlukan gambar tu.

Takde tempat nak simpan?

Create satu akaun private IG.
Simpan semua dalam tu.
Aku pun ada another IG account untuk aku simpan gambar-gambar micellaneous.
Kalau gambar raya, anniversary, birthday party, memang aku simpan dalam external harddisk.
Tapi kalau random pic, aku letak kat private IG je.



Lepas beraya rumah ayah, kitorang balik.
Sambung bergambar lagi selagi henfon tu tak jem.
Ni semua kena abadikan, sebab nak kumpul selalu memang payah.
Sesekali berkumpul biar bergamba sampai lebam.

Aku and Ima masing-masing balik ke sarang petang tu juga.
Aku balik awal sikit sebab mak sampai dari Tganu malam tu.
Mak tak bawak kunci rumah, karang dah macamana pulak nak masuk rumah kalau kitorang tak balik lagi.

Maka berakhirlah sesi pulang ke kampung Bangi.
Tahun depan giliran beraya Tampin.
Harap-harap tak sepanas KT, kalau tak, tido A Famosa lah kita. Hahaha.



5 Syawal, Redza balik ke Langkawi.
Maka berakhirlah cuti 2 minggu.
Tapi takpe, lagi 8 hari balik semula ke sini.
Dia ada PB [pulang bermalam].
Kalau kitorang rajin, time dia PB tu kitorang naik Langkawi.
Tapi En Wan kata kalau pi sana, dengan tiket flight lagi, hotel lagi, belum masuk aku punya mencukai kat Haji Ismail lagi.
Lebih baik suruh Redza balik je, save duit.

Sebenarnya setakat 2 malam tu takyah balik pun takpe.
Tapi En Wan sebenarnya yang takleh jauh dengan anak-anak.
That's why aku cakap sejak Redza duduk Langkawi ni, dia punya tiket flight setahun je dah boleh cover trip pi Korea every year.
Maunya tak kalau setahun roughly 25-30 kali naik flight pergi balik.

Oh yes, inilah salah satu baju batik yang aku beli kat Batik Exclusive Tganu hari tu.
Simple je corak batik.
One thing yang best about batik, tak perlu lace, tak perlu batu-batu merelip, tak perlu heavy.
Dia memang dah sweet dengan coraknya yang tersendiri.



Satu gamba dengan pakwe.

Masa puasa hari tu aku ada up gambar En Wan pakai kemeja warna hitam.
Aku update kat FB and IG je, kat blog takde.
So this is another color dia pakai - warna khaki.
Insyallah, raya haji nanti la ya?



Lepas hantar Redza, kitorang terus ke Cyberjaya rumah Dill and Aiman.
Si Dobot ni dari pagi lagi mak bapaknya cakap dah monyok je bangun pagi tengok rumah senyap sunyi sebab kitorang semua dah balik.
Kalau tak, dia kemain riang lagi tengok cousin-cousin berpencak.
Alih-alih Ahad lepas semua dah balik.

So petang tu bila dia nampak Rayyan ada kat rumah Dill, dia punya menjerit bukan main nyaring.
Agaknya dia cakap "Mana kau pergiiiii?? Aku cari kau dari pagiiiii. Rindunya aku kat kauuuu!"

Melekat pegang abang Rayyan dia tak lepas-lepas.
Kesian pulak tengok.
Kecik-kecik dah pandai rindu.



Hari kitorang datang tu rupanya rumah Dill ramai orang.
Aku macam confuse kejap, si Dill ni buat open house ke?
Rupanya elok je lepas dia ajak kitorang datang, segerombolan kawan-kawan STJ [sekolah sains tunku jaafar] datang.
Memandangkan malam esoknya Dill nak balik Qatar, jadi kawan-kawan serang rumah dia.

Cool je Dill.
Kawan-kawan datang mengejut pun selamba dia boleh masakkan nasi lemak lagi.
Siap masak 3 round lak tu.
Kalau aku dah konfem orderkan pizza je.

By the way, Dill and Aiman in part of our family.
Aiman Lee is anak angkat Pak Aji and Mak Aji.
Aiman kawen dengan cousin aku, Dill.



Everytime Dill balik dari Qatar, dia akan belikan ni untuk Rayyan.
Sebab anak sedara dia yang sorang ni sangat particular dengan bau.
Kali ni Dill belikan another 6 botol.
Botol lama pun ada yang belum habis lagi.

Hand sanitizer ni memang wajib ada dalam henbeg aku.
Bukan saja untuk sapu kat tangan, tapi yang lebih penting adalah untuk mengelap meja makan kat restoran.

Kain buruk yang dorang guna untuk lap meja kadang-kadang berbau, sabit boleh clearkan meja je tapi tak meninggalkan bau yang menyenangkan.
Kalau kat mamak tu kadang-kadang meja bau telur!
So, inilah gunanya hand sanitizer Bath & Body Works.
Rayyan akan lap meja tu guna hand sanitizer ni.
Barulah wangi dan menghilangkan 99.9% bacteria. Hahaha.

Bagus bila ada hand sanitizer ni.
Kalau cuci tangan kat mana-mana tak risau kalau takde sabun, boleh terus guna hand sanitizer ni je.
Silalah beli 1 di Bath & Body Works yang berhampiran.
Tapi kalau nak pakai wet wipes Dettol pun ok je.
Dalam henbeg aku wajib ada dua benda - antibacterial wet wipes and hand sanitizer.
Kalau benti kat RnR takde air, boleh guna antibacterial wet wipes untuk lap bontot.
Kalau benti kat restoran, boleh guna hand sanitizer untuk basuh tangan and lap meja.
Jadi mak-mak gini lah, semua benda nak kena pikir, semua benda nak kena sumbat dalam henbeg.
Macamana la henbeg tak cepat rabak dan perlu diganti setiap 6 bulan? Eh.


2019-06-13

Raya 2019 - Part 4


Bangun pagi raya kedua di rumah sendiri.
Sangat fresh sekali rasanya [hahahaha].
Malam tu memang aku tido lena sungguh.
Maklumlah, sehari suntuk sakit kepala macam nak rak, berkat kesabaran berpanas 6 hari di KT, akhirnya malam tu aku tido atas katil sendiri dengan berselimut tebal dek kerana aircond kuat and kat luar hujan.

Pagi tu kunci jam pukul 6.30am, lewat sikit bangun sebab tido pukul 3.30am.
Bangun ingatkan nak Subuh, rupanya period.
Wahhh, pandai betul period aku ni, dia nak keluar pun kat suasana yang selesa. Mbhahaha.
Aku bangun 6.30am tu, budak-budak berdua ni belum tido pun lagi.
Yang sorang mengadap iPad, yang sorang mengadap komputer.
Lepas bagi Rayyan breakfast, aku sambung tido sampai pukul 9am baru bangun.

Ya Allah segar betul rasanya dapat tido nyenyak.
Bangun tido, pi toilet dulu.
Duduk kat toilet bowl yang selesa.
Air dari hose pun laju.

Then, mandi on heater.
Shower rain kemain lebat lagi turun atas kepala.
Siap shampoo rambut segala.

Aku duduk atas lantai shower.....lama.
Biarkan air mencurah atas kepala.

Sungguh, nikmat mana satu yang aku nak dustakan.
Simple things dalam bilik tu je dah buatkan rasa syukur datang bertalu-talu.
6 hari duduk di kampung buatkan aku realized ada banyak benda yang kadangkala aku terlepas pandang.

Ini bukan nak mengungkit atau nak membanding, sekadar nak membangkitkan kesedaran saja.

Di kampung, bilik air kurang selesa.
Jamban cangkung.
Air kejap ada kejap takde.
Kalau orang ada guna bilik air, pressure air bawah akan berkurang.
Kalau orang kat dapur guna air pun, pressure dalam bilik air akan berkurang.
Mandi air panas jauh sekali, hadaplah air sejuk walaupun mandi pagi-pagi Subuh.

Bilik panas jangan ceritalah, dia punya panas memang takleh bawak bincang.
Aku tido pasang 2 kipas, satu kipas siling, satu lagi kipas stand, pun takleh bincang gak dia punya hangat.
Nak solat pun tak dan nak doa and zikir lama-lama sebab too hot.

Pagi raya kedua tu, di rumah sendiri, buatkan aku fikir balik.
Hanya dalam ruangan bilik air tu je ada banyak benda yang buatkan aku syukur banyak.
Baru kat bilik air.
Betapa life aku sebenarnya dah bagus dah.
Aku je yang selalu lupa.
Bila sesekali tido tempat lain, baru sedar rupanya apa yang aku dah miliki tu dah lebih dari selesa.



Wajah ceria di pagi 2 Syawal, lepak mamak berdua dengan En Wan sebab budak-budak tak bangun lagi.
Lega betul dapat pekena roti telur dengan teh tarik.

Itupun jenuh pusing 3 tempat baru jumpa mamak.
Banyak mamak yang cuti raya.
Menapak sampai ke USJ nak cari mamak.
Inilah port mamak zaman kitorang belum ada anak dulu.
Mamak inilah yang buatkan aku menangis kejut En Wan pukul 1 pagi sebab tekak teringin nak makan roti telur jam-jam tu jugak!

Lepas breakfast, balik rumah untuk prepare apa-apa yang patut.
Sebelum keluar breakfast En Wan dah basuh baju 1 round.
Then dia ambik semua baju tu untuk pi dry kat dobi.
Sementara dia keringkan baju, aku kemas-kemas rumah.

Plannya nak balik Bangi, tapi kat Bangi takde orang.
Tahun ni kan semua anak-anak turn beraya dengan mertua, jadi Mak Aji and Pak Aji balik beraya kat Tampin.
Raya kedua tu dorang berdua gerak balik Muar pulak [tapi day trip je].
Kebetulan Ima balik masa penghujung puasa hari tu [waktu ni aku ada di Tganu dah].
Aku pesan kat Ima bawak satu set kunci.
At least kalau Ima sampai Bangi lebih awal dari Mak Aji, boleh la aku balik Bangi terus.

So hari raya kedua tu, aku lepak je kat rumah sementara tunggu Ima call bagitau dah sampai Bangi.
Sementara itu, kat rumah, kitorang bergambar raya dulu.
Maklumlah, raya pertama tak cukup korum.




Our official gambar raya with baju raya tema tahun ni - Black is Gothic.
Plan nak buat tema hitam ni sebab Redza perlukan baju melayu hitam, tu sebab kitorang decided buat tema hitam, senang, sekali harung.

Aku up gambar ni kat IG, ada yang tanya :

Soalan : Itu shawl ke bawal?
Jawapan : Shawl chiffon.

Soalan : Inner beli kat mana?
Jawapan : Kat kedai kelengkapan umrah PKNS Sham Alam je.

Soalan : Macamana Kak Di stylekan tudung?
Jawapan : Ini sajalah pesen yang aku tau. Infact ini saja cara ikatan aku semenjak pakai tudung kali pertama dulu. Paling basic, makcik-makcik style, lilit saja takde putar-tarik-gulung-putarlagi.

Soalan : Photoshoot raya ke ni?
Jawapan : Tak, sendiri ambik kat rumah pakai monopod and henfon je.



Ni preparationnya - monopod, henfon dan baldi biar tinggi sikit :)



Rayyan nak ambil gambar kat port kesukaan dia sekarang.
Menjak dah pandai main piano ni kan, asal lalu tepi ni je, main sikit.
Asal lalu je, main sikit.



Tapi appa punya plan selalu over.
Dia angkutnya piano ni tengah-tengah jalan pastu ambik gamba.
Kebetulan Redza pun dah start berjinak-jinak dengan gitar balik cuti raya kali ni.
Maka, silakanlah berangan dua beradik atas jalan.
Memang jalan ni bapak korang punya.



Redza dah makin tinggi, dah lebih tinggi dari aku.
Yang penting, dah tak kamera shy.
Jenuh juga tunggu transformasi dia ni.
Dulu, asal bergambar je, dia hilang. 
Asal bergambar raya je mesti hazab aku mencari mana hilangnya Redza.
Now barulah lega.
Korang yang struggle nak bergamba raya, jangan risau. Masanya akan tiba.
Tau-tau je karang henfon korang penuh muka dorang je, muka mak bapak pun takde.



Rayyan tu memang tak disangkal lagi lah kebolehannya bergamba.
Memang henfon aku ni penuh dengan video and gamba dia je, entah bila masa dia ambik.
Dah satu hal pulak kejap-kejap aku nak mendelete.



Wajib ada gambar berdua dengan pakwe.

Ni adalah shot terakhir sebelum hujan kembali turun.
Memang best betul bergambar pagi tu.
Cuaca mendung dek malam tu hujan lebat, pastu elok je settle bergamba hujan pun turun lagi.
Memang pakej istimewa untuk kembali membuta.

Around 4.30pm Ima call bagitau dia dah sampai Bangi.
Mak Aji and Pak Aji masih di Muar.
So, lepas Asar kitorang pun gerak ke Bangi tapi singgah IOI City Mall dulu untuk lunch.
Dah pukul 5pm masih tak makan-makan lagi.
Lagipun memang aku plan nak cari balang kuih raya.

Selama ni yang membuatkan aku malas beli kuih raya adalah sebab balang kuih raya aku kristal.
Kristal ni harap cantik je lebih tapi senang masuk angin.
Everytime tetamu balik, aku kena pindahkan balik kuih raya dari bekas kristal tu ke balang kuih raya.
Fedap aku kejap-kejap nak menyusun kuih.
Tahun ni, aku banyak beli kuih raya, jadi balang raya yang baru pun kena beli sekali.
Aku beli yang kedap udara, senang.




Port biasa...Black Canyon.
Pemilihan menu juga yang biasa.
Memang sejenis masuk sini tak reti order menu lain dah, termasuklah Redza and Rayyan.



Dek kerana lama sangat kat mall sampai Ima bengkek kena menjawab soalan si Jannah dok tanyakan Rayyan.

See..?

Lapang je jalan ke kampung I, kan?
Sikit tak jem.

Sampai je rumah, dah Maghrib.
Aku and Ima kebetulan sama-sama takleh solat, jadi kitorang terus kerahan tenaga kat dapur, memasak dinner.
First time la oi anak-anak balik beraya tapi mak bapaknya tak balik-balik lagi dari beraya.
Kitorang punggah fridge Mak Aji untuk masak dinner malam tu.
Nasib baiklah raya kedua, kedai banyak tak bukak lagi.
Kalau ada kedai bukak, memang tak kuasa aku nak masak.



Maka inilah saja lauk malam raya kedua.
Makan je lah apa yang ada ya, ini rumah orang, bukan rumah kita, jadi jangan banyak bunyik.

Tahun ni Mak Aji tak buat rendang sebab anak-anak tak beraya di rumah, semua turn beraya rumah mertua.
Jadi, dia tempah je 2kg rendang.
Malam tu lepas makan, aku and Ima belek-belek bahan-bahan nak buat lodeh esok paginya.
Nampak semua tauhu, tempe, sayur and cili/bawang semua dah siap blend.
Rendang beku pun ada kat freezer.

Keluarkan ayam 2 ekor untuk basuh, prepare for esok [raya ketiga] punya open house.
Then rebus 45 biji nasi impit.
Pakai Noxxa memang cepat, 10 minit settle.
Jimat masa berbanding pakai periuk nasi mau cecah 4 jam.



Laporan dari semasa ke semasa kena update kat tuan tanah ya, untuk menunjukkan kat dia bahawa kita buat kerja.
Ni pun aku lupa nak snap gambar tengah basuh ayam, tengah rebus nasi impit, etc. Hahaha.

Mak Aji anak yang tua, jadi kalau raya semua pun akan kumpul ramai-ramai kat sini.
Kalau kitorang turn beraya kat Bangi, maknanya raya pertama dah masak heavy.
Kalau turn beraya rumah mertua, maknanya raya ketiga baru masak heavy.
Itu memang rutin sejak zaman-berzaman.

Dah settle siap-siapkan bahan nak masak esok pagi lepas Subuh, kitorang pun lepak tengok tv sambil ngumpat-ngumpat, tunggu Mak Aji balik.
Sekaliiiiiiiii, pukul 10.30pm Mak Aji whatsapp "Tak jadi balik, mama tido Tampin malam ni. Jem teruk!".

La haiiiiii.
Merasa jugak mak bapak aku sangkut dalam jem.
Mesti dia pun tak expect raya kedua dah jem teruk.
Pak Aji kata dari exit tol Pagoh keluar-keluar dah bergerak macam siput sampailah ke exit tol Tampin.
Ko bayangkan betapa melekatnya pantat kat seat?
Mujurlah ada rumah kat Tampin, boleh gak berhenti tido.



3 Syawal.

Pukul 6.29am Mak Aji dah whatsapp bagitau dia dah gerak from Tampin.
Phewww! Nasib baik aku and Ima dah bangun, sepantas kilat aku reply.
Kalau tak, konfem dia call "Eh, korang ni membuta lagi ke??? Tak reti nak raya?"
Murung aku seharian karang kalau pagi-pagi dah kena sergah dek Mak Aji.

Apa-apa hal pun, buatkan breakfast dulu.
Karang mak bapak aku balik takkan nak tunggu lodeh siap baru nak makan.
So, aku buatkan mee goreng, then hantarkan laporan bahawasanya breakfast dah siap.
Sambil hantar laporan, sambil kita sound dia sekali. Kahkahkah.

Sambil aku buat breakfast, Ima start masak kuah lodeh.
Then, aku start menggoreng 50 biji ketupat palas.
Settle kuah lodeh, tumis untuk masak nasi merah pulak.
Elok je menumis, Mak Aji pun sampai.
Lalu warden pun me-round dapur tengok anak-anak tengah buat apa.
Nampak macam puas hati, lalu beliau keluar pi kedai cari bahan-bahan lain untuk tambah-tambah.
Kitorang mintak warden masakkan nasi merah je, lain semua dah settle.

Dah siap masak semua, barulah kitorang adik-beradik mandi.
Time ni suami-suami sekalian pun dah bersiap, dah mandikan anak-anak.
Pandai-pandailah breakfast sendiri, aku nak mandi.

Pagi tu aku selsema pulak.
Lepas mandi makan cetrizine seketul, eh tau-tau je dah pukul 1pm, orang lelaki semua dah pi solat Jumaat.
Rupanya aku tertido dalam bilik, cousin aku dah siap makan dah, boleh aku tak sedar lansung.
Yang si Ima pun tak kejutkan aku sebab dia ingatkan aku senggugut.

Aku bangun, makan jap.
Then lepas solat Jumaat, another trip pulak sampai.
Disebabkan aku bangkit, orang pun dah makan, jadi tak dapat nak ambil gamba yang proper sebelum lauk-pauk diterjah.







Menu hari tu simple saja :

Rendang daging
Lodeh
Nasi impit
Ketupat palas
Nasi merah with ayam masak merah

Tahun ni tak buat sambal goreng sebab bahan-bahan takde.
Mak Aji memang tak plan nak buat sambal goreng.
Kalau rajin karang, aku buatlah sendiri buat makan-makan sendiri.

Aku tau kalau aku tak prepare ketupat palas hari tu, konfem laki aku menung tak tau nak makan apa sebab dia tak reti makan lontong.
Jadi, aku gorengkan ketupat palas, biar makan dengan rendang.
Nasib baik dia pandai makan rendang.

Raya ketiga baru jumpa lontong weh!
Dia punya feeling raya tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Makan dengan khusyuk.
Walaupun takde sambal goreng and sambal udang, tetap 3 mangkuk aku bedal.

1 mangkuk lontong lengkap with sambal, rendang, kuah kacang and telur adalah sekitar 350 kalori.
Aku punya version lontong maybe 300 kalori.
3 mangkuk = 900 kalori.
Sarapan je dah 900 kalori, belum lunch lagi. Great!




Nampak tak baju aku pakai tu, kaler pink?
Itu baju yang aku beli kat Batik Exclusive tahun 2013.
Masih valid dipakai di hari raya 2019.
That's why aku suka beli batik, evergreen.
Pakai kat apa-apa majlis pun tetap masuk.

Kali ni aku malas nak sarung tudung berwarna, mana-mana pun satung shawl hitam je.
Tak kuasa aku nak mengangkut shawl berhelai-helai.
Boleh nampak tak aku punya level pemalas camana?

Around 6pm, majlis makan-makan officially berakhir.
Sambil aku berdoa, janganlah ada orang bagi salam sebab aku nak berlunjur-lunjur kaki dah ni.
Alhamdulillah, agaknya masih raya ketiga, ramai orang kat kampung lagi, malam tu kitorang free!
Takde orang datang.

Walaupun Bangi ni kategori kampung sebab jiran-jiran kebanyakkannya dah pencen, tapi dorang tak sebarang-sebarang datang raya kalau takde jemputan.
Macam kat kampung-kampung yang sebenar-benar kampung lain, asal ada orang dalam rumah je mesti ada yang datang beraya.

Macam Mak Aji kan tahun ni beraya kat Tampin.
Dorang adik-beradik buat konsep pot luck.
Masing-masing bawak satu juadah.
Mak Aji bawak rendang, nanti adik-adik yang lain bawak smabal goreng, bawak lodeh, etc.

Malam raya tu aku call Mak Aji tanya khabar.
Masa tu dia berdua je dengan Pak Aji kat Tampin.

Aku tanya orang Singapore sampai pukul berapa?
Dia kata maybe tengahari sebab gerak lepas solat raya.

Orang KL sampai pukul berapa?
Sama juga katanya, lepas solat raya.

"Dah tu, kalau semua sampai nak dekat tengahari, abis mama papa nak hidang apa kalau orang kampung datang pagi esok?"

Mak Aji jawab " Ha'ah eh, aku tak terpikir pun pasal ni".

La haiiiiii mak aku ni.
Dia mikir nak kumpul adik-beradik dia je.
Aku cakap, ni beraya kat kampung tau, bukan kan bandar.
Orang kampung style beraya lain, asal rumah ada orang je dia akan bagi salam nak beraya.
Lagipun berapa tahun dah rumah Tampin tu tak berpenghuni, sekali tahun ni ada orang, dah tentu orang kampung nak datang jenguk.

Lepas aku call tu, Mak Aji ajak Pak Aji gi Mydin kat pekan Tampin cari kuih raya.

Esoknya betul pun, lepas solat raya je dah ada orang datang rumah.
Bukan orang lain pun kalau kat kampung tu, bau-bau bacang dia jugak.
Mak Aji cakap syahdu je bila solat raya kat masjid kampung after so many years tak balik beraya.
Orang kampung datang bersalam dengan dia, semua terkejut Mak Aji balik beraya.
Berita Mak Aji beraya kat kampung ni tersebar cepat nau sampai sedara-mara kat kampung berjujuk-jujuk datang beraya ke rumah arwah nenek.

Ni Mak Aji dah plan, tahun depan semua beraya kat Tampin, bukan kat Bangi lagi.
Merasa la aku tempuh jem gamaknya lepas ni.

Dah habis ke cerita raya aku?
Oh, belum ya, sambung esok.





Dah start muhasabah diri ke belum lepas bedal lontong?
Aku dah start Isnin, ni hari keempat. 
Banyak wehh aku makan, ketupat palas berapa ketul ntah, lontong lagi, kuih raya beli sampai 34 balang lagi. Mbahahaha.

Untuk pakej bakar lema[ng]k ni, pembelian GC Plus walaupun seketul kita bagi FREE POS.
Kalau beli 2 botol dapat free pos and dapat diskaun sekali.