2012-11-24

Beg peram


Weekend ni hanya bersama anak-anak, bibik, tailor-tailor dan mak mertua saje. En Wan takde, pergi mencari rezeki di perantauan semalam. Tapi kejap je, Monday balik insyallah. Pagi ni elok aku tengah breakfast, sms dia masuk :



Alahai, tersangkut roti canai aku kat tekak. Tak sampai hati nak telan. Aku sedap-sedap pekena roti canai kuah banjir dia makan meggi. Meggi in a cup pulak tu. Kalau meggi masak tahan la lagi. Bertabahla bang sehingga Isnin.

Oh yes, kepada yang lambat hantar pesanan tu, aku dah sms En Wan, dia kata dia cuba carik size-size yang korang mintak tu. Sape yang hantar request tapi tak dapat reply dari dia semalam maknanya dia tak sempat check la tu, dia dah fly. Yang ada pesan benda-benda lain, dia akan try carik. Kalau ada, ada. Kalau takde, takde la ye.

Selalunya kalau hujung-hujung minggu En Wan takde, aku memang takde la nak merayap ke mana pun. Paling-paling pun ke Giant. Tu pun rasa canggung. Padahal outstation ke hulu hilir. Tapi bila En Wan takde, aku jadi seram sejuk nak kemana-mana. Malam tadi pi Giant beli cotton candy Redza pun aku dah rasa nak cepat balik. Redza pun macam tak seronok bila keluar berjalan bapak dia takde. So today akticiti aku adelah mengangkang je la kat rumah layan Tamil.

Tapi disebabkan minggu ni aku ada agenda yang terpendam sejak sekian lama, maka aku tengah meng-adjust mana aku nak pegi supaya aku boleh melaram dengan beg baru.

Beg baru tak baru jugak la. Dah 3 minggu aku peram kat ofis.




Kelmarin aku up gamba ni kat FB. Sebab tu je la yang aku mampu buat.
Dah 3 minggu aku peram beg ni sebab tak jumpa-jumpa lagi reason apa aku nak jawab kalau En Wan nampak beg ni. Mau dia pekik sampai pecah halkum. Yang komen kat gamba aku rata-ratanya (pehh ayat cas Buletin Utama) kagum dengan ketabahan aku mampu memeram beg baru selama 3 minggu. Tu bukan tabah namanya, tu namanya takut.

Actually kan kelmarin aku stress sampai demam. Bukan stress buat keje tapi stress pikir apekah jalannya aku nak bawak keluar beg ni dari opis nak bagi simpan dalam rumah. Aku punya imaginasi tu gila melampaui pemikiran sampai demam. Macam-macam aku terpikir apa la En Wan nak soal aku ni. Malam tu pi klinik, dokter check darah sekali low blood kau! Hambikk. Punyala takut sampai nak pitam-pitam memikirkan apa nak jawab soalan En Wan.

Beg ni aku pesan kat member aku belikan. Dia pi bercuti, so aku pesan la. Resit simpan okkk. Aku rasa macam nak laminate je. Wakakkaka. Gila gelupur beli Chanel first time. *PANGGGGGG*

Lama gila aku letak beg ni kat opis. Asal masuk bilik je, before buat keje, ambik mood dulu, testing testing beg depan cermin. Pastu ambik gambo. Tu je la keje aku sepanjang 3 minggu lepas. Nak bawak keluar tak berani, maka bergamba beg je la keje aku. Tapi aku akan usahakan supaya esok beg ni menghirup udara Malaysia. Tengah plan mana aku nak bawak beg ni jalan-jalan. Setakat ni plan aku adelah breakfast kat mamak.Gila glabah wei breakfast kat mamak pun nak bawak handbag. Kot ye pun jakun janganlah jakun sangat kan.

Sebenarnya, aku pun tak paham apa motif aku beli beg ni. Sebab aku tak jumpa motif la maka aku takut nak bagitau En Wan. Tapi betul la kata member aku. Masa aku pesan dia beli Chanel ni dia warned aku "Ko jangan start Diana, kau start je konfem pastu kau nak beli lagi". Aku rasa statement itu adelah benar sebab semalam aku dah start menggugel merepek-repek kat iPAD. Pastu gelabah nak clearkan history tak tau. Tau pulak takut En Wan check history tapi gatal pi gugel. Beg skarang pun tak berpakai ada hati nak gugel yang baru. Puiiiii.


Caption ala-ala celebriti blogger :

Beg Chanel
Tudung Ariani
Seluar skinny jeans takde brand RM58
Baju checker brand Padang Besaq RM23



Amacam?
Ada berani follow style aku?

Wakakakka. Gasak kau lah.

Paper dalam beg pun tak tergamak nak buang. Kot la En Wan suruh jual kan, jadi semua benda aku kena simpan ketat-ketat. Tapi kalau dia suruh aku jual beg ni, aku jual kereta dia!



Ni je la keje aku sepanjang 3 minggu ni. Tak tergamak aku nak letak semua gamba berposing selama 3 minggu ni kat sini. Muntah darah korang nanti. Whateverrrrr *tangan kat tetek, mata juling, bibir juih*

2012-11-22

Gossip Korner : Rahsia Mak-mak di Malaysia


Nuffnang sponsored post for 48 hours


Ingat tak dulu aku ada buat entry pasal Mum's Secret Survey survey di MSN Parenting Malaysia ? Ala, yang ada soalan “Adekah anda gembira jika mak mertua anda buat silap?”
Rupanya 32% happy mak mertua dorang buat silap. Wakakaka. Kijam! Kijam!
Berdoalah supaya menantu korang esok tak buat survey yang sama.

Tapi sebenarnya, “second opinion” like pendapat mak mertua, pendapat member-member dan juga rivals sikit sebanyak mempengaruhi cara kita membentuk anak kita. Tau je la hidup “bermasyarakat” ni kan. Banyak sangat pendapat yang kita dengar. Tapi tak semua pendapat tu boleh pakai. After all, itu anak kita, sepatutnya kita yang lebih bijak nak membentuknya. Kita as mak bapak of cos nak anak kita bijak. Nak pulak zaman skarang ni semuanya busy nak kejar “A”, kalau dapat 34A lagi bagus. “A” tu dah macam tanda aras untuk nilaikan how bijak anak kita. *sigh*

Kalau nak tinggi, kena banyak makan kacang panjang, tak pun banyakkan bersenggayut (beruk tu seumur hidup bersenggayut tak tinggi-tinggi pun aku tengok).

Petua orang tua-tua, kononnya kalau nak anak pandai mengaji, tulis alif ba ta tu atas kertas, rendam dalam air, then minum. *pitam*

Actually, feeding your child right is key to his/her intellect success. Disebabkan kebijaksanaan itu berpunca dari otak, maka kena fahamkan tenaga untuk otak dulu. Bila kita faham brain energy barulah mudah untuk kita monitor perkembangan anak.

Mengikut kata pakar, tak susah nak monitor perkembangan anak. Sebab segalanya bermula dari tenaga untuk otak. Segala-galanya kena bermula dengan pemakanan yang baik.

Glucose adalah sumber utama tenaga untuk otak dan disebabkan otak kita hanya mampu menyimpan tenaga untuk jangka masa 10 hingga 15 minit, it needs a continuous supply. Semua tau kan yang glucose dihasilkan dari CHO (carbohydrate). Anak-anak kita perlu consume Isomaltulose untuk maintain steady energy level to the brain. Manakala, Isomaltulose ialah sejenis karbohidrat yang menyediakan bekalan tenaga yang lebih seimbang dan berpanjangan kepada otak supaya ia mampu berfungsi untuk tempoh yang lebih lama. Kalau kita bagi anak-anak kita makan gula biasa, bermaksud kita telah bagi dia makanan yang akan cause a spike in blood sugar that quickly dissipates. Sedangkan otak kita perlukan glucose. Dah kalau anak-anak kita makan makanan yang kandungan glucose-nya hilang sekejapan, otak nak ‘makan’ apa?

Tau kenapa kita perlu avoid anak-anak kita dengan makanan gula biasa?
Ini adelah kerana, gula biasa membebaskan glucose dengan banyak sekali selepas makan dan ini menyebabkan sudden rise in glucose levels and sudden plunge too, resulting mental fatigue after a while (sugar crash). Otak kita perlukan tenaga untuk berfungsi dengan baik. Sedangkan otak kita ada 10-15 minutes storage untuk menyimpan glucose. Kita pulak pi bagi anak-anak makan gula biasa yang glucosenya terhasil dengan banyak sekali tapi sekejapan hilang. Bila otak dah kurang dapat glucose, memang harus pun anak kurang keupayaan untuk memahami dan mengingati pelajaran (aku rasa dulu aku bengap sifir sebab ni lah kot).

Itu dari sudut pembelajaran.

Sudut kesihatan badan pun ada tapi kat sini kita nak discuss pasal sudut kecerdasan minda je.
52% of the survey bersetuju anak lebih bijak kerana makan makanan yang sihat. Ini memang benar and it is clinically tested that certain intake of food during the early developmental years plays a very important part of the child’s brain development. Makanan yang sihat ni memang asas kesihatan especially in children, where the brains develop most rapidly within the first few years of age. Badan perlukan makanan yang sihat untuk system berfungsi dengan baik, same goes to brain. Makanan yang sihat akan membolehkan otak kita menjadi lebih cerdas.

So, jom kita feed our children with complex carbohydrates because it provides a more balanced and prolonged energy supply to the brain jadi otak pun dapat function for a longer period of time.


 Health and cheerfulness naturally beget each other


2012-11-21

Full


Ok, kiriman skinny jeans ditutup. Actually tutup lama dah, Jumaat lepas. Tapi ada yang tetiba kurangkan dari 5 helai kepada 3 helai, dari 3 kepada 2, aku tak sempat nak annouce kekosongan tu kat blog sebab yang waiting list pun ramai. Cuma tu la aku tak dapat nak accept semua kiriman sebab space aku cuma boleh fit 50 helai je dulu. Yang request total ada 157 helai. Aku tak sure if next shipment aku nak dulukan yang waiting list ni or nak open untuk kiriman cardigan. *duck face*


 
Saje je gambar ni...nak bakar-bakar-kan korang yang nak kirim cardigan. Hehe..


Aku rasa, yang akan datang ni (maybe dalam 2 minggu lagi) adalah shipment terakhir aku tahun ni sebab selalunya kalau dah masuk December, aku akan place stok-stok kit aku awal supaya by mid dia dah sampai. Kalau mid Dec baru nak place order jawabnya mid Jan la sampai. Sebab bulan Dec ni dorang terlampau banyak cuti. Jadi, aku akan announce volume shipment aku next week.

En Wan kata ramai rupanya yang kirim jeans Superdry. Dia tak tau ramai peminat Superdry kat Malaysia. Of crosssss la ramai yang minat. Kau ingat harga jeans Superdry kat Malaysia ni dapat RM120? T Shirt dia alone dah RM140-160. Kalau jeans? Kau beli sehelai je jeans Superdry kat TANGS, terus dry poket kau. Now En Wan tengah figure out apekah caranya nak bawak balik jeans-jeans tu sebab limit baggage ko tau je la kan berapa. Tapi dia kata takpe, kalau ada yang berminat silalah email dia sebelum dia pegi Jemahat ni. Kalau dia boleh accept, dia akan cakap boleh accept.

Oh by the way, aku tak tau menahu pun now orang tengah dok boikot McD.
Aku dah lama tak update status kat FB, kalau ada pun Network Blog everytime aku publish entry, and upload photo kat timeline. Sebab aku malas nak ambik tau hal orang. Semalam, masa upload gamba kepok lekor, aku nampak ramai orang share pic orang beratur kat McD pastu ada caption "Apa nak jadi dengan orang Malaysia ni, omputih pun tau boikot McD..."


Aku macam woi apekah yang terjadi ke atas McD ni??

Oh rupanya ada burger free. Patutlah bergasak-gasak orang beratur.

Just a question, kenapa aktiviti memboikot ni bermusim?

2012-11-20

Superdry



Ingat tak dulu aku ada buat entry pasal sape nak kirim Jeans Levi - entry ni (klik)
Dulu zaman gila Levis and GAP.
Now zaman SUPERDRY!

Ok En Wan nak rembat Superdry pulak.
Ni semua pengaruh rancangan Jejak Jepun Zizan (ntah betul ntah tidak la aku main hentam je ni).
En Wan kata masa dia kat Jepun, Superdry takde la glemer mana. Tapi memang ramai la jugak orang pakai. Maybe dulu tak glemer la, skarang baru nak glemer kat Malaysia kot. Menjak si Zizan promote Superdry ni mencanak-canak pulak orang mencari Superdry.

Aku melayan je la En Wan nak ke TANGS 1-U check Superdry. Pastu ada satu hari tu dia pi TANGS mana ntah, semata-mata nak tengok Superdry gak. Tapi yang kali kedua tu aku malas layan. Dia pi sorang.


 Colouful gila T Shirt Superdry.
Tapi kat 1-U ni takdak jeans. Semua T Shirt. Ada jeans pun belah hujung-hujung bercampur dengan brand lain, tapi tak banyak. Memang kat 1-U fokus untuk T Shirt je kot.



 T Shirt dia mahal gak around RM140-160 sehelai.



 Oh gamba aku sudah semestinya. Tak kira lah walau di celah-celah baju.






Now, En Wan suruh aku bukak offer sape nak Superdry jeans?
En Wan nak pegi Jumaat ni, balik Isnin. Jadi, insyallah next week korang dah boleh dapat jeans tu. Dia akan try bawak balik T Shirt kalau ada yang cantik. Tu tak janji. Tapi murah memang janji.

Memandangkan dia pakai pattern ni, dia akan bawak balik the same pattern jugak, seperti di bawah. Harga RM120 with postage.
Mana ko nak dapat jeans Superdry harga cenggini kat Malaysia. En Wan kata even kat uptown yang original pun dorang jual RM180.











Amacam?
Interested?

Superdry Jeans for Men (Original)
Cutting type : Straight cut
Code : SDJ-01
Size : 30, 31, 32, 34, 35, 36 
(lebih dari tu aku tak sure ada ke tak, ni aku cut and paste je dari email dia. Hehe)

Sila email dia and nyatakan size apa nak. Nanti pandai-pandai la tanya nak bank duit camne. 
Email : wanmohd_ridzuan@hitachi-chem-sl.com.my

Before Jumaat ni ok?

Price : RM120 with postage.

SOLD OUT!

Maid dan gaji besar tak dapat dipisahkan


Siapa pernah ada pengalaman maid lari?

Oh entry ni bukan sebab maid aku lari.
Alhamdulillah bibik aku ada je lagi kat rumah.
Tapi ada reader mengadu kat aku (melalui email) yang maid dia lari. Tahun lepas sekali dah lari. Pastu tahun ni dia ambik new maid, pun baru-baru ni lari. Now ni dia macam dah troma nak ambil pembantu tapi nak hantar kar nursery macam tak yakin.

Memang banyak dah kes maid lari. Ada yang sebab tak tahan dengan majikan. Ada yang sebab hasutan member. Ada yang bangsa pemalas nak mampos datang sini menggentel bijik je keje. Semua ni ada reason cuma kita sedar ngan tak sedar je punca maid lari. Macam aku, setakat ni aku dah ambik 5 orang bibik dari tahun 2004.

Bibik pertama kekal 2 tahun, keje pun bagus cuma dia ni over peramah, semua orang lalu dia tegur. Bibik kedua lari.
Bibik ketiga kekal 2 tahun 6 bulan.
Bibik keempat adelah bibik yang aku dah transform jadi tailor now.
Bibik kelima adelah bibik Lenny yang sekarang.

Cuma bibik kedua je yang sengal.
Otak tak berapa nak center pun ye gak.
Sebab tu dia lari, bodoh sangat. Senang benar nak percaya cakap member. Ntah mana la meruyup pompuan tu. Dah la pi buat cerita aku tak bagi dia makan 6 bulan. Bangang kan? Kalau aku tak bagi kau makan 6 bulan dah lama kau mampos. Nak menipu pun agak-agak la. Kalau pi cakap aku tak bagi dia makan 6 hari lojik la jugak. Apa nak buat, biasa la tu kan. Bengap.

Tapi aku taknak citer pasal bekas bibik aku tu.
Yang aku nak cerita sekarang reason bibik tu lari.
Walaupun kat TV and paper tunjuk bibik lari sebab didera, tapi aku yakin kebanyakkan kes bibik lari adelah sebab lain. Bukan didera. Memang ada kes bibik didera, yang ni aku pun sakit hati. Gila takde hati perut kan sampai nak seterika tetek bibik tu, curah air panas, etc. Aku berdepan dengan bibik aku yang kedua tu pun paling bangsat aku pekik je kat muka dia. Tampa pun tak walaupun sebenarnya aku nak sangat tampa dia.

Percayalah cakap aku, bibik-bibik yang lari ni kebanyakkannya terpengaruh dengan cakap member "Kat sana gaji lagi mahal"

Tapi biasa la kan, dorang ni kalau aku cakap bangang kang marah pulak.
Tapi takde ke terfikir kat kepala dorang, kalau betul kat sana tu gaji mahal, majikan baik, dapat cuti 3 hari seminggu, kejadah apa kawan kau tak keje je "kat sana" tu? Apesal dia suggest kat kau pulak? Kalau aku, takde de aku suggest kat member, baik aku selamatkan diri aku dulu kan.

Contohnya ada sorang bibik ni dia keje dengan kawan aku. Dah 7-8 bulan gitu pastu dia hint-hint kat majikan dia "Kawan saya kata di sana tu butuh pekerja restoran, gaji RM1000 sebulan". Tu nak bagitau yang gaji dia sekarang rendah la. Kalau kau tak naikkan gaji aku, aku blah. Lebih kurang camtu. Memangla gaji kat restoran mahal tapi keje dia camana pulak.

Aku memang always bagitau semua bibik-bibik aku, kalau rasa-rasa nak carik keje lain, bagitau aku. Jangan kau nak lari bodoh macam tu je. Aku takde hal nak lepas kau tapi sebelum aku lepaskan kau aku nak kau pikir la seratus kali. Keje kat restoran ke, keje kat butik ke, keje kat salon ke, memang gaji lebih mahal dari keje sebagai maid. Maid sekarang RM700-800. Ada yang masih bagi RM600. Keje kat kedai kau boleh dapat RM1000. Tapi keje dia macamana?

Kat kedai, kau ada peluang bersantai-santai sambil keje sambil ngadap Nada Cinta?
Kalau kat rumah, sambil-sambil lipat baju, gosok baju ko leh hadap tv. Aku jenis tak kisah kau nak tengok tv ke, kau nak membuta ke, yang aku tau balik rumah semua keje siap. Kau nak lipar baju sambil tido pun aku tak kisah.

Gaji yang kedai bagi kau tu termasuk tempat tinggal, makan and pengangkutan ke?
Kalau kat rumah aku, kau tido baring free, makan free, pi jalan aku angkut sekali. Kau punya deodoran ke, kau punya pencuci muka ke, even kau punya jamu pun aku bayar sikit tak potong gaji. Agak-agak kalau kau keje kat kedai tu majikan kau mampu nak layan macam tu? Dia bolayan lagi ada.

Sometimes, maid-maid ni dorang tak faham.
Dorang datang sini untuk carik keje, dapatkan duit. Kalau ada yang boleh bagi gaji lagi besar lagi bagus. Macam kita jugak la, kalau ada yang offer gaji tinggi wadehel kau nak stay kat tempat keje skarang kan. Wajibulghunnah melompat kompeni lain.
Jadi, kita akena explain kat dorang. Dorang ni dengar 2 ribu dah meloncat dah.
Tapi dorang tak selidik dulu adekah 2 ribu tu dapat bersih?

Macam tailor aku skarang la contohnya.
Gaji dia aku bagi more than RM1500 tapi less than RM2000.
Masa kitorang bincang tentang gaji dia before aku convert dia ke position tailor, dia ada bagitau gaji dia di saudi 2500 rupi, equal to RM2500 Malaysia. Dengan skill dia, aku agree dia layak dapat gaji macam tu (gila kauuu....gaji dia RM2500 tuuuuu. Sama macam gaji pertama En Wan tahun 2001. Kah kah kah).

Tapi aku explain kat dia, gaji dia RM2500 di Saudi memang lagi banyak dari apa yang aku offer kat dia. Tapi dia kena ingat, di Saudi, dia sewa rumah sendiri. Makan sendiri. Pengakutan pi kedai sendiri.

Aku bagi dia RM1*00 tapi dia duduk rumah aku, makan di rumah aku, in fact aku tak kisah kalau kau nak masak apa pun yang ada dalam fridge tu, pi keje berhantar berjemput. Kalau aku outstation or tak dapat nak hantar, aku sewakan teksi fetch dia dari rumah ke tempat keje dan teksi tu akan jemput dia balik dari ofis bila habis waktu keje. On top of that aku bagi dia komisyen sekiranya dia hit certain sales target walaupun sebenarnya tugas mencari sales adelah aku. Dia hanya jalankan tempahan aje. Tapi takpela, aku bagi komisyen supaya dia semangat nak siapkan tempahan lebih banyak. Aku suruh dia kira berapa agak-agak jumlah sebenar gaji yang dia dapat. Lepas tu baru dia setuju and happy. Aku pernah tanya sorang tukang jahit kat butik, gaji dia RM1200. Makan sendiri, gi keje duit minyak naik motor sendiri, sewa rumah sendiri. Berapa yang tinggal hujung bulan? Kesian pulak aku dengar.

So aku rasa, majikan-majikan jangan melenting sangat la kalau maid kita hint-hint nak carik keje tempat lain. Kita kena explian kat dia sebab kita tak boleh anggap pemikiran dia adelah seperti kita. Bukan nak kata kita pandai, dia tak pandai. Tapi dia mungkin terlepas pandang benda-benda penting macam ni. dia cuma nampak figure je. Tapi kalau dia insist nak blah, kita masih boleh kenakan syarat.  Macam aku, aku cakap perjanjian kita adelah 2 tahun. Kalau kau nak berenti keje dari rumah aku, aku akan belikan tiket and hantar kau balik. Batalkan permit. Nama aku nak pass kau kat majikan lain sorry la. Aku berhabis nak bawak kau datang Malaysia okeh. So aku hantar kau balik Indonesia dulu. Lepas tu kau nak datang balik Malaysia keje dengan orang lain kau punya pasal. Tu aku dah bagi option paling baik la tu. Melainkan kau nak lari jugak, silalah lari sebagai pelarian sebab passport kau aku pegang.

Macam bibik kedua aku tu la. Dia tak reti buat keje, taunya tengok katun. Tengok sinetron aku tahan lagi. Ini tengok katun okeh?? Siap la pulak sambil tengok katun sambil makan Mamee and main lori Redza. Aku konfius aku ni ambik pembantu ke, ambik anak angkat terencat akal? Bila aku report kat agen dia, agen dia asik la suruh bagi bibik tu peluang..peluang..peluang... Asik la suruh aku bagi anak buah dia peluang. Aku ada cara-cara nak bagi pelupuh dah ni. Bila aku tanya "Ni kamu bisa kerja ke tidak? Kalau tak bisa, saya hantar pulang"

Kemain pantas jawab "Bisa!.....Tapi saya ngak bisa masak, tak bisa basuh"

Mentekedarah bisa???????

Gila stress.

Last-last dia larikan diri. Lari beramai-ramai dengan 2 orang lagi bibik kat kawasan tu.
Sukati kau la. Yang penting passport kau ada kat aku. Gaji bulan tu pun aku tak sempat bagi. Jimat sikit. Hahaha.

2012-11-18

Random (banyak gila random ni)




Happy Sunday semua!!
Balik-balik muka aku kan?
Hahah, ada aku kesah?

Cantik tak lebam bawah mata aku? Kau ingat senang nak bentuk tu? Bukan calang-calang orang leh kuar rumah dengan mata lebam macam tu. Set-set pailang je mampu.

Aku kat opis now.
Hepinyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Dari Khamis lepas aku tido kul 3am bangkit kul 5.15am. Pastu pagi ni masuk opis. Sangatlah happy-nya masuk office di hari Ahad macamkan takde besok nak masuk opis kan? Tapi memang esok aku tak masuk opis pun sebab esok adelah merayap day. Aku tak tau la larat ke tak nak drive esok. Balik ni kang aku nam membuta cukup-cukup.


Satu
Ada banyak sebenarnya benda aku nak share especially email-email dari reader yang mintak pandangan tentang masalah peribadi masing-masing. Sorry, satu pun aku tak respond. Tapi aku dah baca semuanya, insyallah ada masa aku reply sorang-sorang. Kalau ada antara email tu yang aku rasa boleh share di sini (bukan share email, tapi share cerita saje), aku akan buat.


Dua
Lagi satu, nak bagitau, aku dah tak larat nak buat iklan kat blog. Sebab everytime aku publish satu dua iklan, mencanak masuk request. Dulu aku larat melayan lagi. Now aku dah ada banyak keje nak buat. So aku tak rasa aku boleh handle semua request. Jadi bagi mengelakkan korang tertunggu-tunggu aku up-kan entry iklan korang, aku rasa tak adil la pulak kalau aku senyapkan diri kan. Ni aku nak bgtau, aku dapat email-email korang cuma aku dah tak dapat nak handle semua. Last week patutnya aku jumpa sorang reader yang nak mintak aku buatkan paid advertisement untuk service dia pun baru pagi tadi aku teringat, tu pun sebab kemaskan email folder. Sorry Marini, akak series terlupa.


Tiga
Aku sedang dalam proses testing satu BB cream with SPF 50!
Korang semua pernah dengan BB cream kan? Ok yang ni aku try ni bakal di-release dan pihak pengurusan telah meng-guineapig-kan aku. Tapi sebelum tu dorang dah guineapig-kan diri masing-masing. Result dia?
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.


Ompek
My beloved Ephyra customer yang dok tanya "Kak Di lagi lama pakai Ephyra kan? Apa Kak Di buat dengan kotak-kotak Ephyra eh?"

Good question.

Sebagai bekas seorang MacGyver, aku telah menjadikan kotak Ephyra tu sebagai tempai letak benang-benang tailor, kad-kad mainan Redza, tisu muka, consignment note dan brooch. Kalau korang gamak nak jadikan kotak Ephyra jewelry box, silakan. Aku takde hal. Memang aku dah buat pun.

Ada berita baik untuk new customer Ephyra yang nak try tapi takut tak serasi dengan badan. Soon Ephyra akan release-kan mini product, sort of trial pack yang you guys can also jadikan travel pack.
10 sachet/box.

Price?

Sabar....akan di-annouce very soon.


Lima
Sesiapa yang minat gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan designer brand nantikan kemunculan (cewah macam anugerah skrin je gaya) online boutique yang mengetengahkan women's clothing and accessories rekaan pereka tempatan. Fleur by Mrs Him will be in the group. Yihaaaaaaaaaaa!! Matila berangan jadi designer. Kah kah kah.
PANGGGGGG!! *berbuih mulut*


 Rantai gojes.
Teaser je ni....sebab tu sekerat je aku tunjuk.
Yang ni antara accessories pereka tempatan. Nak tau sape pereka dia?
Tunggu jugak. 
Haha.



Enam
Sehingga hari ni ramai yang dah bayar untuk skinny jeans, so aku tak berani nak cakap yang belum bayar tu tak jadi kirim, kalau tak sampai Rabu dorang tak masukkan duit, aku akan annouce berapa slot lagi yang ada. So pada yang mintak aku masukkan slot tu, aku tak boleh nak accept sebab setakat Jumaat lepas memang dah full. Tak sangka pulak sekejapan dah penuh slot. Maybe sebab harga cuma RM58. Kalau aku tau ramai nak, aku kurangkan sikit order kit aku. Tapi takpe, aku akan bawak masuk kit aku every month, kalau ada space, aku akan announe lagi.

Lagi satu yang mintak aku selitkan cardigan also aku takleh nak buat. Sebab ni bukan aku beli dari supplier and jual. Yang ni korang kirim. Jadi adat mintak tolong orang, bila aku mintak partner aku kat sana "tolong belikan", aku kena consider kepayahan dia untuk bawak balik berhelai-helai cardigan and jeans. Maybe jeans beli kat hujung sini, cardigan kena beli kat hujung sana. Jadi menyusahkan dia pulak. Ni pun dia willing belikan sebab every month aku hit sales target untuk bawak masuk kit company dia. Mau la jugak dia melayan aku. Aku pun takde la malu sangat nak mintak tolong kan. Memang tak malu pun. Haha. Jadikan marilah bersama-sama doakan aku supaya every month aku hit target so that aku boleh "mengirim" lagi bagi pihak korang.


Insyallah lepas ni aku akan try kirim cardigan sebab ramai pulak yang berminat. Aku pun nak tambah kaler. Tapi tak janji la ye, kalau ada slot sikit, aku boleh terima sikit je kiriman. Aku tunggu order dari USM ni, kalau USM jadi beli barang-barang aku, insyallah aku boleh bawak masuk cardigan tu cepat sikit sebab barang yang USM nak pakai tu pun kategori urgent tapi bergantung pada berat barang USM beli. Kalau melebihi muatan, aku tak kasik la korang kirim sebab nanti aku akan paksa korang bayar freight sekali. Nak share freght ke? Hehe.
Hari tu dia kata dalam lingkungan RM30-33/pc je cardigan ni. Nanti aku konfemkan balik. Kalau boleh biarlah korang dapat price ni gak, takyah la bayar-bayar freight segala.


Today aku pakai cardigan putih with skinny jeans red.



Tujuh
Hari tu ada orang tanya if aku ada kawan-kawan kat obersea yang boleh belikan beg Burberry/Prada/LV. Yes, memang kawan aku tu duduk Italy. Dia willing untuk belikan tapi dia kata harga pos LV adelah harga sebijik LV jugak. Camne tu? Melainkan kalau dia balik Mesia esok boleh la kot kirim.


2012-11-14

Kirim Skinny Jeans



Sangat surprise ramai yang interested dengan skinny jeans yang aku pakai. Memandangkan request masuk bertalu-talu tanyakan if aku taknak jual ke seluar ni, jadi aku respond kat sini je la ye.

First, skinny jeans ni aku tak jual. Sebab aku beli untuk pakai sendiri.

Kedua, hari tu aku jual sebab seluar tu melekap sangat kat peha aku. Aku tak ambik untung lansung pun. Camana aku beli, camtu jugak la aku jual balik sebab aku just nak let go seluar tu je. Transport of cos la korang kena bayar.

Ketiga, aku bawak masuk seluar ni sekali harung dengan kit-kit makmal. Dah alang-alang ada shipment tu so aku sekalikan je. Jadi freight charges tu kira waive la sebab berapa berat sangat pun kalau takat nak pakai sendiri.

But since ramai yang request nak seluar yang sama, ok.
Aku boleh bawakkan masuk this skinny jeans untuk korang. Kira macam korang kirim kat aku je. Aku tak markup harga. Dan takde return-return ye sebab aku bukan bawak masuk stok. Cuma postage untuk aku pos ke korang kena la bayor. Don't worry, aku dah 2 kali bawak masuk seluar ni, so far seluar ni aku selesa and ok je aku pakai. Konfem bergaya dan pueh hati.

Flow dia cenggini....

Next week aku akan place order kit-kit and reagent aku. Aku punya shipment ada fix volume. Jadi, aku dah hitung-hitung tadi, aku cuma boleh masuk 50pcs skinny jeans je supaya korang takyah bayar untuk freight charges. Kira freight charges to company aku tanggung la. Aku belanja la sekali-sekala (memang sekali ni je la jawabnya aku belanja. Kahhhh!). Tetapi shipment aku consolidate dengan Singapore punya office (aku dengan sorang lagi distributor molecular products kat Singapore share-share freight charges so idak le mahal sangat membayornya. Gila okeh freight alone kengkadang sampai USD3000. Cirit nak bayor sorang). Jadi, disebabkan consolidate, parcel akan stop kat Singapore dulu. Nanti lepas Singapore ambik kit-kit dorang, dorang akan re-pack the balance untuk FEDEX-kan ke Malaysia (aku punya barang). So seluar tu akan sampai maybe 10-12 days after aku place order. So kena tunggu sikit la ye. Kata nak cheap-cheap price one. Tapi, kalau cepat sampai, aku akan bagitau.

Harga adelah harga beli RM58 (sama price mcm aku let gi seluar aku dulu).
Kalau beli sehelai sila add another RM10 untuk transport. Kalau beli more than 1, nanti aku bagitau berapa transport.

Apa-apa pun kena email aku : aveo757[at]yahoo[dot]com.
Tarikh akhir place order adelah 22 Nov 2012 (Khamis) sebab Jumaat tu aku nak submit PO.
Harga : RM58/pc

Sila pilih :




























Terasa lama tak update blog.



Baru-baru ni aku gi Giant terperasankan ini :




Kotex pad baru!!

Ultrathin lagik. Aku jarang pakai ultrathin. Aku selalu beli heavyflow terus. Kalau dah ujung-ujung tu pakai pantyliner je sudah. Tapi kali ni aku beli pack baru semata-mata sebab pad ni ada design!
Dulu aku pernah buat entry pasal aku suka kumpul pad and pantyliner walaupun tak pakai. Reason dia takde reason, just suka kumpul. Macam best je hidup dikelilingi pad. Haha. Pastu aku ada cakap yang bila la agaknya pad nak ada design. Pantyliner ada, tapi bukan belah atas tapi belah nak tepek kat spender tu. Aku memang nak design ni belah yang kita nak pakai. And now, dah ada :)




Tapi macam sayang nak guna. Sebab cantik sangat. Tak sampai hati nak letak kat pepek. Maka ada harapan aku simpan je la pad ni buat koleksi. Orang lain mengumpul setem, aku mengumpul pad. Kau ada?

Lagipun pek pengenalan ni dalam tin. Tin pun comel je. Jadi sangat teruja simpan satu dalam koleksi.




Alahai, cantiknya tersusun. Plastik purple lagik.
Konfem kekal dalam tin ni tak berusik.



Hari tu aku ada let go skinny jeans yang aku beli tapi En Wan tak kasik pakai sebab skinny sangat kan? Hehe...baru-baru ni beli lagi. Alang-alang bawak masuk kit aku kan, so aku mintak dia carikkan sekali. Best gila ada partner kat sana yang gila shopping, so dia dengan sukarela membelikan. 

Tapi tu la, saiz yang dulu tu dah ok dah, 74cm (size 28). Tapi melekat sangat kat peha and betis aku. Macam kurang sesuai pulak. Kali ni aku mintak dia belikan 2 size bigger, size 30 (78cm). Just nice kat peha and betis, tak melekap sangat. Tapi aku kena pakai belt sebab dia agak longgar, melondeh sampai ke bawah pusat. Aku pulak jenis yang tak suka beli low cut jeans. Spender bawah pusat takpe. kalau seluar biar old skool sikit, mesti tutup pusat. Rasa tak konfiden je bila pakai low cut. Tersentil-sentil perut aku.




Kali ni aku beli yellow, red, pink, white and green.
Ok la, tak skinny sangat bila ambik saiz 30 ni.

Pastu aku mintak dia carikkan sekali candy cardigan. Dia bagi aku "trial sample" terus 5 helai. Haha. Best gila! Ok now aku dah gila cardigan pulak. Senang sikit nak bersiap. Just pakai sleeveless top, pastu sarung cardigan and blah. Seb baik aku tak sempat buang lagi baju-baju aku yang nampak ketiak. So now boleh pakai balik. Next week aku nak order new kits, so aku dah plan ada 13 pasang skinny jeans various color aku nak mintak dia belikan. Pasni, jeans biru boleh simpan bawah-bawah sikit, Kita start pakai candy color jeans pulak.




Masa ni and masa aku pakai jeans kuning tu, kitorang gi layan Istanbul Aku Datang.
Alo suwittttttt citer tu. Nak nak lagi ada Beto kan. Wajib sweet!
En Wan seperti biasa masa aku book tiket tu dia akan mem-bombard aku dengan ayat-ayat berunsur kondem cerita ntah apa-apa la....pelakon tak kenal la...bengang aku nak tengok sebab ada Beto semua. Eh pasalla kan.

Last-last dia yang tekekeh-kekeh kat dalam tu.
Baru dia tau pengang Beto aku.

Cerita tu best jugak. Takde apa yang boleh kau expect sangat melainkan jalan citer dia fun. Citer macam ni la baru melegakan minda. Ni tak. Nak ajak aku layan James Bond. Jadah apa. Aku nyampah la tengok citer stress-stress ni. Dah la sepanjang hari stress kat opis, malam-malam pun nak stress ke.



Ada poster ni kat luar IOI GSC.
Aku ingatkan mamat kat tengah tu Lee Hom. Rupanya Aarif Rahman.
Terus gugel jam tu jugak nak tau sape Aarif Rahman ni.
Baru aku tau rupanya pelakon baru HK. Islam. Bapak dia Malay + Chinese. Gila hensem dak Aarif ni. Tapi lagi hensem hero tua belah kanan sekali tu, Andy Lau.
Okeh, memandangkan hero-hero tua dalam filem ni semuanya best best : Andy lau, Aaron Kwok, Tony Leung (Ka Fai), maka aku bertekad untuk hasut En Wan masuk tengok citer ni.

Semalam, hari meeting Fidily. Port biasa, Starbucks IOI.
Aku ngan Elly sampai serentak. Pastu Filla menyusul. Cantik je tiga-tiga kereta parking sederet. Macam reserve pulak.

Tapi itu fomfuan Elly telah menyebabkan aku jaki.
Mau tau kenafa????


Kerana itu!!

Namfak???

Tak namfak???




Chanel!

Musibat betul. 

Takpe...takpe...kau tunggu sok-sok aku up beg aku pulak.
Biar aku mengumpul kekuatan dulu. Sekarang ni aku belum cukup kekuatan untuk membuka rahsia yang terpendam sejak 2 minggu lepas.






Wajah-wajah series dan tak series sewaktu membuat keje.
Beli air sorang satu, duduk dari kul 10am santak sampai 1pm. Kesian starbucks dapat customer macam kitorang. Karipap sebijik pun taknak beli.