2012-05-22

Bior le

Entry ni sebenarnya reply kepada satu email. Tapi aku taknak tunjuk email tu sebab email ni ada nama blogger, siap link and perkara-perkara yang di- pinpoint-kan. Sampai aku tak tau camne nak cut and paste email tu sebab cara dia explain tu sangatlah detail, kalau yang follow blog blogger tu mesti tau sape dia maksudkan. Jadi, biar aku simpan je la nama-nama tu. Kalau dari entry aku ni korang dapat spot sape orang yang dimaksudkan, tau lah. Yang tak tau, tak tau lah.

Aku paham tujuan budak yang email ni.
She is very concern tentang-tentang tabiat-tabiat ni sebab bagi dia blogger ada pengaruhnya. Jadi apa yang blogger buat sedikit-sebanyak jadi ikutan. Jadi MUNGKIN dia taknak la benda-benda jadi ikutan (???). And maybe jugak dia rasa aku jenis yang very upfront bila merepek kat blog so dia nak aku blog about this (haters, please stay tune. Percayalah, korang ada banyak bahan nak kutuk aku pasni. Haha).

Malangnyaaaaaaaa...aku tak nampak apa yang perlu aku blogkan pasal blogger-blogger ni. Sebab apa yang dia pinpoint-kan cuma lifestyle.
Pebenda sangat lah kan???

Macam yang aku cakap kat previous entry lah. Masing-masing diberikan pilihan. Orang lain takleh paksa kita melainkan kita sendiri yang membenarkan diri kita untuk buat benda-benda ni semua. Jadi, aku tak paham apesal nak letakkan kesalahan kat orang lain sedangkan orang tu tak suruh pun kau ikut. Kau yang nak ikut. Bila kau dipersalahkan maka kau tuding jari "Dia yang mula-mula sekali buat!".
Patut ke?

Biar la kalau lady blogger tu merokok pun.

Biar la kalau blogger tu nak show off barang-barang branded dia.

Biar la dia nak brag about how kind she is tak boleh tengok orang susah and miskin.

Biar la dia nak cerita pasal anak dia pelajar terbaik Tadika Si Comel.

Biar la dia nak kutuk girlfren ex-husband dia.

Biar la dia nak cerita pasal kesusahan hidup dia. Kalau dia mintak simpati pun apa la yang kita nak susahkan?

Biar la dia nak selamba kutuk keluarga husband dia.

Biar la dia nak blogging in english even grammar bersepah.

Aku suruh BIAR, sebab apa sangkut-pautnya dengan hidup kita?
Seriesly takde. Sebab dia tak kacau sesape.
Dia blog about diri dia, lifestyle dia.

Tapi kalau ada yang masih pertikaikan, aku anggap isu-isu kat atas tu adelah kerana KITA SEMUA very concern. Bagus lah kita semua sayang each other. Tapi, betul ke kita concern kerana kita sayang?

Blogger yang smoking tu aku pernah gak baca komen orang kutuk2 dia hanya kerana dia smoking.
Yang aku pelik tu, kalau kutuk maknanya tak suka kan? Tapi kau masuk jugak blog dia hari-hari.
So aku rasa isu smoking ni cuma bahan nak mengutuk sebab tu je la pun point yang kau ada untuk jatuhkan dia. Bukannya satu masalah besar pun, Cuma ada yang memperbesar-besarkan isu ni.

Kalau betul concern and macamkan smoking tu tabiat tahap neraka ketujuh, kenapa tak tegur cara berhemah. Kenapa pilih untuk kutuk? Setidak-tidaknya, dia tak menipu diri dia sendiri. Jangan lah tak tau, ada blogger yang merokok tapi tak tunjuk kat blog okkk?

Masing-masing dari Darjah Satu lagi dah diajar pasal merokok. Kita semua tau merokok tu datangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan. So apa yang kita nak gaduhkan sangat. Kalau kita tau benda tu tak bagus untuk kita, kita jangan buat dah la. Kenapa nak question 'Apesal dia suka sangat merokok eh? Perempuan pulak tu'. Dia nak merokok ke apa ke, tak sepatutnya jadi isu pada kita. Dia ada keluarga, keluarga dia tau la nak handle. Lainlah kalau dia paksa kau merokok. Tu baru jadi isu.

Kalau ada yang tayang barang-barang branded dia, itu normal la.
At least dia tayang barang berjenama. Takde la poyo sangat. Dari yang tayang beli spender Scarlett RM10? Lagi la..dah la poyo, cheapskate lak tu (eh, terkena batang hidung sendiri pulok)

Mana ada orang yang tak proud dengan achievement dia.
Maybe beg Chanel tu memang dia idam-idamkan sangat. Bila dah dapat dia seronok kemain. Lagipun, bukan semorang mampu beli Chanel. So of cos dia bangga.
Kita kalau tak mampu beli, jangan sakit hati kat orang yang mampu beli.
Kalau kita mampu beli, jangan dengki kalau orang lain mampu beli sama.
Kalau kita rasa kita takleh tahan sangat sakit hati, jangan baca blog dia! Stop.
Tak susahkan buat macam tu?

Memang agak sakit kepala bila baca blog yang grammar omputihnya huru-hara. Aku pernah baca satu blog ni yang englishnya tahap puting-beliung. Memang kalau boleh aku nak sound je "eh, dari kau tulis omputih, baik kau tulis Sanskrit".
Tapi kan kita ada pilihan untuk tak baca, dah kenapa kau nak bukak jugak hari-hari?

Mak sape la yang tak bangga dengan anak. Bagi kita, "hek elehhh, pelajar terbaik tadika pun nak kecoh". Kalau kita rasa anak kita lagi hebat, kenapa kita mesti nak sakit hati dengan anak orang yang kurang hebat?
Sebab sebenarnya anak kau bangang kan?

Kalau blogger tu brag about dia busy keje siang malam but still ada masa untuk masak, menggosok, tak payah ambik bibik, supermom, superavengers, bla bla bla. BIOR LEEEEEEE. Kadang-kadang aku pelik, klaka pun ye. Benda macam ni pun ada orang nak sakit hati?
Kalau kita larat kita buat. Kalau kita tak larat kita ambik maid.
Apesal hal kemas-kemas rumah pun nak bersaing segala? Kegilaan apekah ini???

3-4 tahun lepas aku selalu masuk satu blog ni. Dia ni hidup dia sederhana but she always rasa hidup dia hebat. Husband dia beli motor Kriss pun entry dia sampai seminggu tak abis-abis cerita pasal motor tu. Anak dia menang pertandingan melukis peringkat kelas-kelas dapat pensil kaler LUNA 36 batang pun dia bercerita sampai 3-4 entry. Yang paling tak menahan dia blog about goreng telo dadar. Aku baca macam nak pitam sedar pitam sedar tujuhblas kali. Telur dadar je kot. Kalau telur bistik tu tahan la lagi. Tapi itu pandangan kita. Pandangan dia berbeza. Mungkin dia rasa itu dah cukup hebat untuk dia. Kita kalau rasa benda tu kelaka, paling bangsat pun gelak je la. Yang nak jadikan bahan bincang kat twitter, forum, FB semua apesal kan?

Orang kata aku kuat mencarut.
Itu pandangan orang.
Maybe dia rasa pantat tu mencarut.
Tapi dari kecik lagi aku dah dibiasakan pantat tu referring to bontot.
Sorryla, aku tak biasa cakap "aduh, gatalnya punggung saya".
NEVER IN MY LIFE.

Aku cakap pepek pun orang kata tu mencarut. Tapi seriesly aku tak biasa cakap "Gatalnya kemaluan saya lepas bercukur".

Tapi macam yang aku cakap la, tak suka jangan baca.
Kalau kau memilih untuk terus follow and baca tu bukan salah aku.

The point is, kita sebenarnya tak pernah really concern atas dasar sayang-menyayangi melainkan kita rasa kita lagi hebat dari orang tu. Itu fitrah manusia.
Sebenarnya kita susah nak terima orang tu lebih hebat, lebih popular, lebih mewah, lebih cantik, lebih slim, lebih bijak dari kita. Bila kita tak boleh nak mengatasi orang tu, kita tend to carik jalan keluar dengan mudah. Nak carik jalan panjang masing-masing tak mampu, so jalan mudah adelah dengan cari kekurangan orang tu.

Kalau ada yang memilih untuk fokus pada kekurangan, silakan.
Sekurang-kurangnya ada orang tolong buat check and balance :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pilihan


Dari zaman aku belum bertudung lagi aku memang respek dengan orang yang bertudung.
Tak kira la dia bertudung nampak dada ke, pakai baju ketat ke, bila aku berada dalam kelompok dorang (selalunya masa jumpa customer), aku rasa like apesal aku macam bogel ni?

And aku jadi bertambah respek bila orang-orang macam ni bertudung tapi tak memandang rendah orang yang tak bertudung.....dan juga tak terlalu fanatik dengan apa yang dia buat.
Some people memang laksanakan apa yang dia cakap.
Orang macam ni bukan fanatik, but dia bersungguh-sungguh.

Tapi ada certain kelompok yang cakap je lebih tapi buat tak.
Ni namanya fanatik bodo.
Gaya macam bersungguh, macam sensitif dengan sesuatu isu tapi perlaksanaan takde.
Bising je lebih.

Aku kagum dengan semangat orang yang bersungguh untuk tak support Yahudi.
Sebab aku belum mampu lagi nak buat sebersungguh macam tu.

- tak beli tv sebab taknak anak-anak terdedah dengan rancangan omputih/Yahudi
- tak beli radio sebab taknak anak-anak terdedah dengan muzik-muzik yang melekakan
- tak layan horoskop sebab itu semua mainan Yahudi
- tak join pesta-pesta sebab taknak membiasakan diri dengan hiburan
- bla bla bla.

That's good.

Tapi perlu ke kita canang kat FB "Rancangan di tv hanyalah agenda Yahudi menyesatkan manusia"

Aku tak tau la tv dia ada channel apa.
Setau aku rancangan kat tv malaysia ni ada je rancangan ilmiah.
Kot taknak layan Astro Warna sekalipun, Astro Oasis kan ada.
Yahudi kah channel Oasis??

Taknak layan TV3, layan la Al-Hijrah.
Yahudi ke Al-Hijrah?

Kalau kepala kau asik fokus kan rancangan Jom Heboh, Melodi, Mentor, Mania, .... of cos la nampak yang buruk. Padahal boleh je kalau nak tunekan kepala tu ke Forum Perdana, Debat Imam Muda vs Ustazah Pilihan (walaupun aku rasa rancangan ni baik takde dari ada. Gila konfius bila aku tengok), Tanya Ustaz, Al-Kulliyah, 30minit Ustaz Don....banyak!
Tinggal nak tengok dengan taknak tengok je.

Isu Yahudi memang sensitif.
Tapi kalau kau men-fokuskan jatuhnya akidah manusia salah satu sebabnya dengan menonton tv, err...seriesly?
Kita hidup ada pilihan.
Kita sendiri pilih mana kita nak sebab kita sendiri yang tentukan kita nak jadi manusia yang bagaimana.
Kalau kau rasa rancangan hiburan tu boleh membuatkan kau leka, then jangan tengok.
Rancangan kat TV tu pun tak paksa kau tengok dia.

Just like DVD porn.
DVD tu kerajaan rampas sejuta keping, esok release lagi 3 juta keping.
Sebab apa?
Sebab ada permintaan!
Ramai yang nak tengok.

Sama macam rancangan TV ni.
Rancangan hiburan tu sentiasa ada sebab ramai yang suka tengok.
Kalau kita taknak tengok, then kita jangan tengok.

Tapi tak adil la kita nak salahkan rancangan tu penyebab akidah kita rosak.
Dan bila kau canang yang TV ni semua agenda Yahudi, that bukan saje tak adil untuk kami-kami yang ada TV but also satu statement yang sombong. Instead of kau canangkan "saya taknak beli TV sebab TV ni agenda Yahudi", kan ke lebih bijak kalau kau cakap "kurangkan menonton rancangan hiburan di TV untuk kebaikan bersama".

Seorang ustaz di Madinah cakap di Madinah tak ada jual rokok (aku lupa, Madinah or somewhere but rasanya Madinah). Dia kata suatu waktu dulu ada, tapi dia dan sekelompok rakan-rakannya jalankan dakwah. Caranya, dia kata setiap hari dia dan kawan-kawannya pegi shopping. Kan selalunya rokok ni orang display kat kaunter kan? Everytime nak bayar je ustaz ni akan cakap "Oh, di kedai ini ada jual rokok? Maaf, saya tak jadi beli semua ini. Saya tak boleh beli di kedai yang ada jual rokok".

Dia kata setiap hari dia jalankan modus operandi yang sama.
Now, lepas satu, satu kedai tak jual rokok dah.

Nampak tak how berhemahnya cara dia mendidik manusia.
Takde pun dengan cara yang fanatik berdegar-degar cakap tu tak boleh ni tak boleh hempas-hempas angkat kerusi Allahuakbar Allhuakbar segala.

Kau cakap je lebih TV ni Yahudi, Rancangan tu Yahudi, Mentor Yahudi, Mania Yahudi, tapi besoknya baca paper "Eh, Hafiz menang Mania RM500K? Eh, check jap kat You Tube lah".

Sama je la kan?
Beli je la Astro tu sudah.
Takyah nak sombong sangat.

Yang aku heran tu, manjang je cakap pasal Yahudi ni semua.
Tapi gunakan saluran FB.
FB tu pun bukan Yahudi punya ke bai?

Point dia aku nak cakap kat sini is, tak salah kita nak berdakwah.
Tapi pikir dulu sebelum kita sampaikan dakwah.
Kadang-kadang kita rasa kita berdakwah tapi cuba tanya balik hati kita. Betul ke kita sedang berdakwah? Atau sebenarnya kita perli sesiapa? Or kita sedang berdengki?
Kalau nak cakap pasal leka dan hanyut, bukan saje TV, malah FB, keje opis sekalipun boleh buatkan kita leka kalau tak betul-betul jaga.

Kita sentiasa ada pilihan.
Pilihlah guna akal, bukan hati.

2012-05-21

Pendapat

Salam kak..

Sya nak minta pendapat akk ttg satu isu. Jumaat lps abg ipar sya iaitu abg kpd suami sya ditangkap khalwat di rumahnya, di dalam bilik yg dikongsi bersama isteri..

Buat pgetahuan kak d, biras sya tu org penang yg telah menjauhkan diri dri kluarga nya sndiri, dlm mkna yg ringkas dia buang kluarga dia sbb kluarga dia tntg hbgan dia dgn abg ipar sya..biras sya ni kawen muda msa tu umur dia 18thn abg ipar sya 22 tahun..skrg ank2 pn dh bsr biras sya pn cari keje n dpt keje as kerani kt mlaka ni..

Sya xtau la biras sya ni sengal ke hapa, sbb ini bkn kali ptama laki dia buat hal..dlu msa kat kl dia kna tgkap dgn bini org skandal la tp xla smpai ke 'ranjang'..lps tu byk lagi la dgn prmpuan2..

Lps pndah dri KL dia ada skandal dgn prmpuan itu sya xtau sjauh mna, tp biras sya pnah jmpa panties gurl tu dlm booth kereta suami dia..what the meaning was kak??huh tragis kan..biras ku yg bodoh..

Setelah 3 tahun xbuat peel, tahun ni abg ipar sya kembali mganas dgn pragai lama dia, dia skandal dgn perempuan yg biras sya sgt pcaya..kawan baik biras sya..kwn dia slalu dtg rumah diorg..n perempuan ni juga dh kawen n ada ank 3..keje baik2 lak tu..apa la pya sgal prmpuan ni..msa kna tgkap aritu prempuan ni dlm proses rujuk dgn suami dia..kalau rujuk mksdnya msih dlm idah kan??

Bayang kan hati isteri bila tgkap si suami dgn betina itu..betina itu hya ber'bra' dn 'spnda' n tgh nyorok bwh katil.. stgah gila biras sya..msa tgkap tu rumah diorg dh kna kepung dgn jkkk perumahan imam surau n polis..

Pndapat akk la kan, klu akk brada dlm stuasi tuh??≈ ☺“¨ўūþ¨;)¨ўūþ¨☺≈ semua ibu akn fikir ank dia bila apa2 kptusan bkaitan rumah tgga yg igin dia buat..tp smpai bila biras sya nk tggung n smpai bila nak mkn maki n terajang..hai la biras ku yg bodoh...

Sekian..hrp dpt la kak d share dgn reader akk supaya bole tau apa pndpt diorg n pndpt tu biar la pndpt dr perspektif seorag ibu

Tq kak D


2012-05-20

Tentang Seorang Aku



Jiwaa: Malaysian helping Malaysian 
About Malaysian helping Malaysian

Mission 
To help Malaysian.

Description 
Jiwaa was founded by a group of teenagers to help orphanage houses, old folks house, disabled houses, needy and homeless people by giving free food, education, religion practice, medical support and unconditional love.

General Information 

A. We believe in a better world and we are trying to make it a reality. 

Founded in 2010, Jiwaa is created by a group of student to help an orphanage house in Selangor. Today, Jiwaa is not limited to Selangor but to the entire nation. Based in Perlis, Kedah and Selangor, we keen to help orphanage houses, old folks house, disabled houses, needy and homeless people in some factors.

1) Free food With the help of some caterers and volunteers, we try to provide and deliver food to the houses and the streets for homeless people. Sometimes we cook at the houses too!

2) Free education We believe that education is not limited only to succeed in exam but also to acquire live skills and to cultivate the interest and speciality that everyone has. Therefore at Jiwaa, we try our best to give free tuition and classes, books, educational talk and programmes to educate people not only to ace in exam but to get the best out of them. We teach them how to debate, how to cook and bring them to the zoo too!
3) Community work Apart from giving food and share knowledge, we also do community work to clean, entertain, help and everything you need us to do at the houses. Our aim is to keep everyone happy. Just ask, we don't mind get sweaty and paint the houses if you want :)

4) Religion practice Jiwaa also believes that religion is a very vital part in everyone's life therefore we create programmes to share religion knowledge to the youngter and old folks. From talks to camps, kuliah and tazkirah, we try our best to get great people to deliver them all.

5) Medical support We created a 24 hours helpline to help people in need and to provide medical support. As teenagers, money can sometimes be a problem but we will try our best to help on the medical expenses.


B. Jiwaa created two programmes as our guideline 

1) Permanent program Jiwa has selected orphanage houses, old folks house, disabled houses, needy and homeless people in Perlis, Kedah, Penang and Selangor as our permanent location to help. This means that we have specific schedules and it will continue every week, every month and every year based on the activites and factors listed above.

2) Moving program Although Jiwaa has not selected houses and centre outside Perlis, Kedah, Penang and Selangor, Jiwaa has created a moving program to occasionally visit other states to help. Email us any houses or people that need our help at contact.jiwaa@gmail.com


C. How to help?

1) Be a volunteer! Email us to be a part of this project at volunteer.jiwaa@gmail.com

2) We understand than busy life schedules may stop you from becoming our volunteer but there are many other ways for you to help! You can send us your used books, clothes, equipments or food supplies. Email us at contact.jiwaa@gmail.com for more details.

3) Buy our book! Entitled "Tentang seorang aku", written by our founder and friends, it contains selected poems. This 80 pages book is sold for RM15 and 100% of the profit is given to Jiwaa. To buy, email at book.jiwaa@gmail.com.


Preview of the books can be seen in the photo album. Page: http://www.facebook.com/yayasanjiwaa




No more iklan lepas ni.

Kalau kita bersangka buruk kat orang, salah.
Kalau kita terlalu bersangka baik pun tak boleh jugak.
Kalau kita terlalu percaya pada orang, orang kata kita jenis yang senang nak kawtim.
Bila susah nak percaya orang, orang kata kita keras hati, susah nak bersimpati.
Dah banyak kali dah aku berdepan dengan situasi macam ni.
Dulu, orang pinjam duit tapi tak bayar.
Aku pulak jenis segan nak mintak. Sebab pada aku, kalau orang tu ada duit mesti dia akan bayar balik. Kalau aku gi mintak nanti tetiba orang tu takde duit nak bayar nanti dia malu dengan aku pulak.
Tapi yang meminjam ni macam takde rasa apa je pinjam duit orang berbulan-bulan tapi tak bayar.
Pastu ada orang mintak aku promote barang dia. Frankly, aku tak pernah mintak or charge apa-apa kalau orang suruh aku iklan or promote any produk kat blog. Aku just rasa happy kalau dapat tolong majukan bisnes orang. Sebab aku tension bila kenang-kenangkan masa aku start bukak company, gila susah nak dapatkan attention and kepercayaan orang. Takde orang nak tolong aku. Aku kuarkan duit sendiri around 15K untuk bagi customer aku try produk aku for free. Tension bila tengok orang lain senang-senang dapat itu ini sebab ada cable. Memang lancheon.
Tapi ada la 2-3 makhluk ni yang beria-ia offer aku sekian-sekian amout, siap kata bagi komisyen kalau ada orang beli produk dia mention nama aku/blog aku bagai. Aku iye kan aje la. Takde black and white so aku malas nak layan sangat.
Pastu, bila tetiba ramai gila yang beli produk dia dari blog aku, dia glabah. Nak glabah pasaipa pun aku tak tau. Nak dijadikan cerita, sorang reader ni beli produk dia and budak ni cc email tu pada aku. Dalam email tu budak ni kata dia tau pasal produk tu dari blog aku and budak ni cakap dia beli sebab dia percaya kat KAK DI (auwww). Kalau produk ni ok, ada 6 orang lagi kawan-kawan dia nak beli provided produk ni kena betul-betul berkesan.
Tuhan nak tunjuk agaknya ke'bijaksanaan' tuan punya produk ni pada aku yang bodoh ni. Dia pi reply kat reader ni bagitau sebenarnya KAK DI taknak promote pun produk dia tapi dia beg and janji nak bayar KAK DI komisyen RM200 untuk setiap pembelian barulah KAK DI setuju. Dia mintak lepas ni tak perlu cc pada KAK DI sebab KAK DI takde kena-mengena pun. Email je direct to her.
Too bad, reader ni adelah avid reader blog aku jadi dia telah men-forward the email kat aku. Tapi aku percaya reader ni forward bukan nak jadi batu api tapi nakkan kebenaran samada aku promote sebab produk betul-betul bagus or sebab komisyen.
Memang sebak gila bila aku baca email tuan punya produk tu. Aku tak rasa sedih kena aniaya, cuma kecewa je dengan sikap orang. Yang buat aku sebak tu sebab apa kebangangnya aku ni pi tolong orang macam ni?? Like, apesal aku yang balik-balik dipilih untuk dikencingkan?
Bila dah reda sedih, aku realized yang aku sebenarnya sangat bertuah kerana dipilih untuk ditipu bukan menipu. Bila aku dah dapat carik kebaikan disebalik musibah ni, aku rasa kesian pulak dengan tuan punya produk tu. Betapa hati dan mata dia jadi gelap bila nampak duit depan mata.
Aku tak tuntut apa yang dia janji. Sebab yang berjanji dia, bukan aku. So aku takde rasa terbeban untuk menunaikan janji. Tapi mungkin ni la pelajaran terbaik yang Tuhan nak tunjuk pada aku (dan kita semua) bahawa hanya kerana duit ada yang bukan saje sanggup mungkir janji malah menipu dan menfitnah. Kamon la, yang berjanji pun kau, bukan aku yang mintak. Kalau kau rasa janji-janji nak bagi komisyen tu sebagai satu umpan untuk aku promote produk kau gila-gila, memang silap sangat lah. Aku kalau rasa nak buat, memang aku buat betul-betul.
Sampai En Wan kata aku buang masa promote produk orang padahal patutnya yang nak jual la buat marketing sendiri sebab hanya dia yang lebih tau pasal produk dia. Betul la kata En Wan tu. Another well known blogger pun penah cakap kat aku yang patutnya aku charge je duit iklan sebab kalau betul nak berbisnes, modal2 buat marketing ni memang secara lojiknya perlu ada. That's also true.
Tapi aku dah pilih cara macam ni. Aku just suka nak promote-promote. Maybe sebab aku memang dalam line sales and marketing so aku just rasa enjoy buat, macam dah jadi part of keje aku. But bila orang dah jadikan aku macam "bahan lawak" like this, aku gila dissapointed.
Jangan ingat aku promote barang sebab orang janjikan aku duit. Kalau benda tu ok, aku cakap ok. Kalau tak, memang aku bantai tak. Contohnya yang email aku tanya if kalau nak conceive elok ambik Epyra or not, aku terang-terang cakap kalau ada plan nak mengandung toksah gamble kat produk2 like collagen or pakaian-mesti-dapat-mengandung-punya or ntah apa apa lagi. Maybe it's true bahan-bahan ni boleh membantu but secara lojiknya bukan ke lebih baik straight pi jumpa gynae? Dokter lebih tau keje dorang. Kalau setakat nak berikhtiar cara lain takpe, tapi kalau beli collagen kerana nak aim mengandung, errrr......baik gi klinik.
Berbalik pada this lady tuan punya produk, aku kesian sebenarnya kat kau. Maybe selama ni kau asik komplen gaji kau tak cukup, so now Tuhan bagi kau duit macam yang kau nak. Tapi jangan sampai tamak sehingga sanggup menfitnah. Kalau kau rasa menyesal pulak offer aku RM200 sebab tetiba ramai pulak yang beli produk kau dari blog aku, aku nak cakap yang aku tak hadap pun komisyen kau. Kau ambik la semua duit tu sebab memang itu produk kau, aku tolong expand the bisnes je.
Tapi takyah la menipu customer and fitnah aku. Tak best ok banyak duit dengan modus operandi menipu. Len kali kalau rasa tak bersedia nak share keuntungan dengan orang, buat lah keje sendiri. And plis lah, jangan burukkan aku.

Tak pernah terjadi dalam mana-mana sejarah, orang yang menfitnah hidupnya tenang.
Tak pernah terjadi dalam salasilah orang yang berjaya, hidupnya success kerana menipu.

NEVER.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2012-05-18

Sahut cabaran


Ini aku sahut cabaran reader yang nak aku letak gamba tanpa eyeliner.
Kurang hasam korag torture aku kan?
No eyeliner, no mekap, no toner, no cream, nobody nobody but chu.
Concealer pun no sebab bendalah tu tak pernah ada dalam rumah ni.
But loose powder yes aku pakai sebab ni gambar pagi tadi masa nak kuar breakfast dengan En Wan. 






Sape nak beli Ephyra and dapat voucher, sila buat dengan kadar segera sehingga esok sahaja.
Selepas itu voucher ditutup.
Tapi yang nak tunggu gaji baru nak purchase don't worry, dinasihatkan reader blog ni sila cc pada aku bukti pembayaran so that aku ada record sebab there might be something special for return customer *wink*

Pikir boleh?????

Nyampah betul aku baca kes Rita Rudaini dengan laki dia.
Bukan menyampah kat dorang tapi menyampah dengan kronologi kisah dia yang tak habis-habis.
Dari start kawen sampai la dah nak bercerai tapi tak jadik ni.
Cam kimak la pulak aku baca paper semalam tajuk "Saya nak Rita!".

Memang la kita orang luar tak tau apa kisah sebenarnya yang terjadi antara dorang dua orang.
Aku pun tak hingin nak ambik tau sangat.
Selama ni kisah dorang huru-hara kat paper, aku just jadiukan bahan tambah ilmu rumahtangga je.
Tapi bila semalam baca cerita laki dia tetiba tak jadi pulak nak bercerai, rasa bersyukur pun ada.
Rasa sakit jiwa pun ada (aku pulak nak sakit jiwa, apesal?).

Kemon la..
Cukup-cukup la jadi budak-budak.
Benda cerai-berai ni is sooooo un-klaka kalau kau nak jadikan modal untuk acah-acah bini kau.
Kalau dapat kat aku, aku tampakan je baru datang akai.

Aku taknak cerita pasal artis la kan sebab aku tak kenal.
But sape follow blog aku mesti ingat kes kawan aku yang laki dia ceraikan dia just because dia benti keje tu.
Itu salah satu contoh pasangan yang aku kenal.
Cam haram je dapat jantan rupa tu.
Muka je lawa, perangai cam kesiyal pundek.

Mula-mula taknak.
Ye ye je nak cerai.
Dah cerai pastu sesal.
Nangis-nangis mintak rujuk.

Kau dah tau kau bukannya strong sangat nak hidup tanpa isteri (ex-wife) lagi nak tayang-tayangkan bangang cerai orang sesuka hati. Last-last kau yang gila talak. Eh, malu sikit boleh ke?

Time nak, ambik.
Time taknak buang.
Eh pastu ambik balik.

Secara lojiknya, kalau lah manusia tu boleh diumpakan macam barang, kalau kau still nak guna barang tu kenapa kau buang in the first place? And lepas kau kutip balik barang tu agak-agak kau akan sayang the barang sama macam dulu ke?


No ok?
Kau sayang memang sayang.
Tapi percentage kau sayang tu dah kurang.
Sebenarnya kau ambik baliki barang tu sebab kau kesian. Sentimental value.
Bukan sebab kau sayang sangat pun.


And how about benda yang dibuang tu?
In this case (kes kawan aku ni), the wife.
Kalau aku sebagai wife yang dah dibuang tanpa alasan yang kukuh, pastu tetiba ssuka-sukati kau je nak ambik balik, sorry ye, the cinta tu wouldn't be the same lagi. Kebanyakkan kes-mes macam ni 90% kembali kepada bekas suami/isteri sebab anak-anak, bukan sebab dia nak sangat kat kau balik. Jangan nak happy sangat la.

Macam kes Rita Rudaini ni aku tak tau. Aku tak kenal.
But macam kes kawan aku tu, masa kau perlukan dia apa yang dia buat semua tak salah. Semua cantik di mata kau. Bila dah ada backup puki, tetiba banyak pulak salah kat bini kau ni. Kalau betul bini kau ada salah, apesal kau tak gunakan hak kau dulu sebagai suami untuk tegur dia? Apesal dah nak bercerai baru nak ungkit? Takyah jatuhkan maruah pelir kau ok? Dah taknak tu cakap je taknak, takyah gigih nak carik alasan canang sana sini nak carik sokongan. Benda yang betul kalau dah betul tu betul jugak. Sokongan tu akan datang dengan sendiri.

Selalunya orang yang bersalah je yang suka kecoh lebih.

Klaka sangatlah ok kau yang beria-ia nak berpisah bercerai semua last-last kau nak balik.
Just like exbf aku dulu.
Time tengah hot exgf nak kat dia balik, kemain lagi berlagak ngan aku.
Aku ajak pi makan dia kata aku tak reti berdikari.
Aku ajak makan tu sekadar berbudi bahasa je ok sebab selama ni kita makan sekali. Apekejadahnya dengan tak tau berdikari?? Lain la kalau aku suruh kau belikan makanan.
Cakap je la kau taknak teman aku makan sebab kau nak bergayut kat public phone.

Bila aku ketawa terbahak-bahak dia kata aku tak sopan, macam setan, memekak.
Mangkakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk punya jantan.
Dah 2 tahun couple baru kau nak tegur aku ketawa macam setan?
Kau yang setan.


Siap ugut-ugut nak tinggalkan aku la apa la.
Sekali aku tinggalkan dia, terus jadi gila.

2012-05-17

Yang simple je

Wo wo wooooo. Sabau...sabauuu...

Bergasak-gasak email masuk pasal Ephyra.
Sabau ye, pagi tadi aku dah reply kat korang aku tengah breakfast.
Lepas tu aku tak sompek nak respond sebab aku terus attend meeting pasal halal test.

Ok ni aku nak tepek dulu gambar aku pakai shawl-shawl dalam range shawl 13. Ada reader yang request aku gayakan the shawl supaya dorang leh nampak clear camana rupanya shawl tu kalau ada atas kepala.

Cenggini lah rupanya :



L-R : S13-5, S13-6, s13-16, S13-9, S13-18, and S13-13



L-R : S13-14, S13-6 (sama mcm gambar atas, aku terbalikkan tudung je), S13-10, s13-15, S13-4


Dari 21 kaler, 10 aku rembat siang-siang.

Shawl-shawl yang macam aku pakai ni still ada lagi 2-3pcs each.
Oh don't worry, shawl yang aku pakai ni semua shawl aku.
Shawl yang aku tak pakai dalam gamba ni ada yang dah sold out, ada yang tinggal sehelai.
Yang tinggal sehelai tu aku tak sampai hati nak pakai sebab nanti ada kesan brooch, so not good.

Kalau nak check apa status shawl-shawl yang lain boleh email aku.


Rasa meriah gila kepala aku dengan kaler.
Terasa sweet sixteen. Auwww.


Pada yang mintak aku buat tutorial cara ikat tudung, adehh, camne nak cerita eh?
Actually cara aku ikat tudung tu adelah konsep ikatan perempuan pemalas nama dia.
Kalau nak ala-ala hijabster yang lilit sana, masuk kot sini kuar kot tengah tarik belakang pin tepi pin atas kepala, ok yang tu bukan aku.
Seriesly aku rasa age macam aku ni dah tak sesuai nak bergaya macam tu sekali.
Budak-budak muda boleh la.

Aku kalau pi meeting dengan beg laptop kat bahu, beg tangan, beg folder and documents, tu belum kalau aku buat demo, dengan mengangkut intsrument atas troli bagai. Kena pulak kalau lambat, pastu tetiba sampai lif rosak memang barua la. Ko just imagine kalau aku pakai tudung ala-ala hijabster yang ala-ala "cara ikat shawl messy" dengan keadaan aku bawak troli, bawak laptop, beg tangan, bla bla bla ...ohhh, plis okkkk? Hilangkan nak jadi hijabster terus dah macam gengster dengan tudung herot-berot terburai sana-sini. Kang elok-elok dapat close deal, customer nampak aku macam pompuan gila terus dia close the door.

Done.

Jadi baiklah aku ikat shawl macam makcik-makcik ni je ha.
Kalau nak aku ajar cara ikat macam ni, simple, akan aku usahakan.
Kalau nak ala-ala Hana Tajima, tak dapek lah.

Baiklah, aku nak siapkan keje.
And respond to all emails.

Kembalilah ke tempat keje masing-masing.

Kalau takde rasa nak buat keje, meh la shopping beli shawl aku. Eh.


 Eh, tertinggal. Ni pun aku rembat.


2012-05-16

Yang belum sahaja..


To those yang aku dah email regarding Shawl 13, harap dapat respond.
Kepada yang dah buat payment, thank you.
Kepada yang belum, sila respond secepat mungkin sebab aku boleh hold the booking sampai Jumaat ni je. Kalau tak, aku terpaksa jual pada waiting list.
Tapi kalau ada special request like nak bayar next week ke, boleh je.
Please notify aku dulu ye.



Ni gambaq malam tadi.
Shawl yang bergelimpangan atas lantai sebab setakat menggelimpangkan sahaja lah yang aku mampu buat malam tadi. Sebab penat sangat satu hari drive dari satu hujung ke satu hujung, tambah dengan first day period lagi. So, quite letih sikit dari hari biasa.

Pada yang berminat nak beli shawl-shawl dari range SHAWL 13, email aku dulu.
Sebab ada yang dah sold out, aku tak sempat nak update stock availability kat blog. Yang ada now pun sehelai dua je each colour. Apa-apa email dulu.

Pada yang pernah beli shawl dari aku mesti tau ada label Fleur kat shawl. This time, takdak!
Sebab kali ni shawl masuk sampai 420pcs jadi bibik aku tak menang tangan nak jahitkan label sebab dia pun dok motong baju nikah orang now.



CAK!!!

Comel tak orang tua umur 35 tahun main cak-cak?

Ni muka pagi tadi.
Kemain lagi bershawl-shawl padahal nak pi beli nasik lemak je.

Nak test shawl baru sampai katakan, terpaksa la poyo sikit beli nasik lemak sarung shawl siap ber-brooch brooch bagai.

Seriesly, sejak pakai this collagen aku malas pakai lipstick and letak mekap except eyeliner.
Aku rasa macam muka aku dah ok without mekap.
"OK" tu bukan bermaksud cantik, but muka rasa fresh and nampak segar.
So jimat sikit duit mekap aku.
Silap-silap sok terus basi lipstik aku tak guna.

Ok, ni sebenarnya nak cakap pasal Collagen Ephyra.
Sape ada dalam FB list aku tau yang aku dah up-kan status pasal Ephyra.

The founder mintak aku handlekan all request from blog reader aku sebab dia kata order and request masuk bertalu-talu so dia takut takleh kejar and overlook request korang.

So, nowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww....

Sape nak order Ephyra, nak tau psl Ephyra, please email me directly : aveo757@yahoo.com

Macam yang korang tau, promotion price is RM198 untul 31st of May 2012.
Lepas tu price akan back to normal, RM229/30 sachets.

The founder ada update aku pasal berapa orang yang dah beli directly to her dari blog aku.
Kepada yang belum buat purchase or plan to purchase, ada something menanti anda. The gift bukan dari founder, but dari company aku sendiri.

Every purchase of Ephyra will get - shopping voucher.

But this special gift applies to yang belum buat purchase.
Yang dah buat purchase tak dapat la kot sebab korang dah buat payment directly to the founder.
Tapi don't worry, let me know if korang dah beli.
Aku akan bagi the voucher with your second purchase :)


So anyone interested, kindly email me for further details.

2012-05-15

Question

Sorry, been so busy. Banyak soalan-soalan yang reader minta aku tanyakan pada kawan aku tu aku peram.

Ok, aku releasekan jawapan untuk satu soalan dulu ok?

Soalan :
Bagaimana yang dikatakan solat dan amalan lain belum tentu menjanjikan syurga untuk kita kerana kita perlu mencari redha Allah.


Asalamu'alaikum,

Memang pada hakikatnya manusia sepatutnya beribadah kerana redha Allah, bukan kerana sebarang ganjaran, dalam kes ni syurga.

Tapi manusia perlukan motivasi, dan dalam masa yang sama memerlukan AMARAN!

Syurga adalah motivasi, neraka adalah AMARAN!

Syurga berita baik, Neraka berita buruk.

Tapi bukanlah kerja kita untuk 'meletakkan' diri kita dalam syurga, apetah lagi mengatakan diri sebagai manusia pilihan Allah, walaupun dengan semua usaha baik dan amal baik yang kita buat.

Kita buat amal baik, mudah-mudahan Allah redha, maka bila Allah redha kita akan senang.

Bukan saja di akhirat, di dunia pun macam tu.

Contohnya, kita berkerja. Kita perkerja. Ada boss. Kerja kita baik, tip top, tak curi tulang, rajin, amanah, bawa kebaikan kepada syarikat.

Secara logiknya boss akan suka kita.

Bila boss suka dan percaya kita, mahu tak mahu semua urusan kerja kita akan jadi senang.

Malah kalau nak mintak cuti pun senang.

Nak naik gaji pun senang, kerana Boss suka kita.

Suka=Redha.

Dalam opis pasti ada peraturan, dan bila kita ikut semua peraturan dengan patuh, tanpa komen, tanpa mengumpat belakang, ikut dengan 'rupa rajin'. ikut dengan penuh kepatuhan, maka boss akan 'kenal' kita. Dan logiknya sekali lagi, urusan kita semua senang. Sebab Boss suka, Boss redha.

Itu saya berikan perumpamaan untuk kita sama-sama senang fahami konsepnya. Tetapi Allah tak bersifat dengan sifat manusia, Dia Maha Pemurah.

Kalau semua peraturan Dia kita ikut dengan patuh, dengan 'rupa rajin', dengan tanpa bantah, dengan tanpa soal, maka logiknya Dia akan suka dengan kita.

Dia suruh solat, kita solat.
Dia suruh zakat, kita zakat.
Dia suruh puasa, kita puasa.

Tanpa soal, tanpa komplen.

Dia Maha Mengetahui.

Sebab itu, kita kena cuba ikhlas dalam melaksanakannya selagi yang boleh. Tapi bagaimana kita nak tau samada apa yang kita lakukan tu ikhlas atau tak?

Seringkali kita lihat/dengar orang yang hulurkan bantuan akan berkata "Eh takpe, ini saya ikhlas bagi".

Macamana kita tau itu ikhlas?
Ikhlas tak perlu diberitahu.
Bila kita menyatakan keikhlasan kita kepada umum, itu dah bukan ikhlas. Kerana sememangnya ikhlas atau tak ikhlas, hanya Dia tahu.
Tugas kita hanyalah melaksanakan dengan ikhlas, bukan mengucapkan keikhlasan itu sendiri.

Jadi bagaimana kita nak datangkan keikhlasan tu tanpa ada sekelumit riak dalam hati?

Caranya adelah dengan sentiasa melakukannya.

Contohnya sedekah.

Ada orang yang nak bersedekah tapi bimbang jika niat bersedekah kerana Allah tu hanyalah kerana kita ingin mengumpul pahala. Maksudnya di sini, segala apa ibadat/amalan yang dia buat tu hanyalah kerana terlampau aim pahala dan syurga sehingga lupa bahawa kita bersedekah kerana Allah, bukan kerana syurga/pahala.

Jadi, adekah kerana tidak mahu timbul perasaan bersedekah hanya kerana mengejar syurga maka lebih baik jangan bersedekah lansung?

Tak boleh jugak macam tu.

Sebab tu kita ada syurga, ada neraka, ada dosa ada pahala.

Syurga adelah aim kita.
Pahala adelah ganjaran yang membantu kita mencapai aimm kita tersebut.
Tetapi pahala bukan SYARAT kita ke syurga.

Adekah kerana bimbang wujud rasa riak terhadap orang ramai dan ujub dalam diri maka kita tak perlu bersedekah kerana bimbang amalan (sedekah) kita tak dikira (diterima) oleh Allah?

Habis tu, sampai bila kita taknak bersedekah hanya kerana takut dengan rasa ujub/riak?

Jadi, kita perlu buat.
Latih diri kita untuk selalu bersedekah.
Insyallah lama-kelamaan keihklasan tu akan timbul dengan sendirinya.

Dalam hal solat (soalan penanya tadi), kita solat BUKAN DENGAN KEKUATAN KITA. sebab tu dalam Azan, bila sampai "Hayya Alass Solaaahhhh", kita jawab "tidak ada daya upaya melainkan dengan izin Allah"

Kita Solat sebab Allah yang izinkan tulang pat kerat kita kerjakan solat. Sewajarnya kalau kita solat kita perlu sangat bersyukur.

Kerana Allah memilih kita untuk mengerjakan solat.

Orang awam, ikhlaslah seboleh mungkin, pasti akan datang 'godaan' dalam melaksanakannya tapi tepislah dengan istighfar dan doa.

Yang penting, salah satu cara nak ikhlas ialah dengan 'merahsiakan ibadah'. Jangan di hebohkan kat orang, kat FB "Alhamdulillah, Solat Tahajud malam tadi selesai satu juz Quran".
"Alhamdulillah, sempat melakukan Dhuha"

Macam tu ka?

Akan tetapi lepas merahsiakan ibadah, datang pulak 'ujub iaitu takjub kepada diri sendiri "terrer aku solat tahajud sorang pun tak tau". Pulakkkk...

Bila datang perasaan tu, tepislah dengan istighfar, membaca "'a'uzubillahiminassyaitonnirrojim' dan berdoalah semoga Allah terima semua amal kita.

Manusia ni memang banyak godaannya.
Pasti akan timbul rasa bangga diri dan ingin dipuji setiap perbuatan baik yang kita lakukan. Cubalah perlahan-lahan. Rahsiakan amalan kita.
Latih diri untuk melaksanakan ibadat/amalan.
Sentiasa menambah ibadat/amalan.
Insyallah, bila kita sentiasa latih diri kita untuk beramal, merahsiakan amal, menambah amal, ikhlas itu akan datang dengan sendiri, insyallah Allah redha.

Bagaimana mencari keredhaan itu?

Di zaman dahulu ada seorang yang rajin melakukan ibadat. Dia melakukan ibadat selama 500 tahun lamanya. Dia merasakan bahawa ibadat 500 tahun itu akan membawanya ke syurga.

Ternyata Allah mengatakan bahawa ibadat 500 tahun itu hanya boleh menebus sebelah matanya sahaja.

Bayangkan, ibadat 500 tahun hanya bersamaan dengan nikmat melihat melalui sebelah mata. Sebelah! Bukan sepasang mata.

Jadi siapakah kita yang mengharapkan syurga Allah dengan sekadar solat 5 waktu, sebulan berpuasa, zakat, haji, etc?

Sesungguhnya syurga Allah itu takkan setanding dengan solat 5 waktu kita.

Cuba kita renungkan.
Berapa banyak nikmat yang sudah Dia berikan pada kita?

Bermula dengan awal pagi.
Kita disedarkan dari tidur. Nikmat.
Ada orang mati dalam tidur.

Bila dijagakan dari tidur, kita membuka mata. Dapat melihat. Nikmat.
Ada orang yang terjaga dari tidur, sudah tak dapat melihat dunia.

Bila dibukakan mata, sendi kita digerakkan maka kita mampu ke bilik air. Nikmat.
Ada orang yang sedar dari tidur, lumpuh.

Kita mampu buang air. Nikmat.
Kita diberi udara untuk bernafas. Nikmat.
Kita diberi peluang untuk pergi ke tempat kerja dengan selamat. Nikmat.

Allahuakbar!
Itu baru nikmat beberapa jam selepas bangun tidur.

Setandingkah nikmat2 ini dengan amalan kita seandainya kita menganggap kita sudah cukup baik hanya kerana kita bersolat, bersedekah?

Yang wajib kita laksanakan.
Tetapi selain yang wajib, perkara-perkara lain jugak kita perlu ambilkira kerana kita tak tahu mungkin kerana perbuatan baik kita yang kecil itulah yang Allah redha.

Jadi, sentiasalah berbuat baik.
Cariklah redha Allah dimana-mana.
Kerana redha Allah itulah yang membawa kita ke syurga.

Wassalam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2012-05-14

Mother's Day dan bla bla bla..

Sabtu lepas aku macam ter-busy sikit sebab ramai datang untuk tempah baju kawen.
Sebab semuanya busy on weekdays so hari Sabtu adelah hari serbu rumah aku nampak gayanya.
Padahal takde sangkut-paut pun tapi aku menyibuk-nyibuk jugak lah time customer datang tu.

Sape yang datang rumah aku Sabtu lepas mesti konfius mana satu bibik mana satu tuan rumah sebab yang mendominasi tetamu Sabtu lepas adelah bibik (tailor) aku.

Aku??

Ye, aku dok atas lantai buaikan Rayyan tido.
Sessi petang lak time tetamu datang aku tengah kendong Rayyan dengan kendong kain batik.
Memang versatile sungguh la aku Sabtu lepas.
Jadi majikan pun boleh. Jadi bibik pun sajak.

Malamnya pulak bawak Mak Aji gi makan kat Famous Thai celebrate Mother's Day.
Ramai rupanya Malays malam tu yang bawak family makan kat situ for Mother's day. Rasa macam seronok sangat tengok setiap meja mesti ada sepasang orang tua tengah makan sekali ngan anak-anak.

Kitorang datang berenam je sebab bibik-bibik semua taknak ikut, nak tengok tv. Tapi disebabkan meja lain penuh, yang tinggal semua meja untuk 12 orang. Memang menonggeng-nonggeng la masing-masing senduk lauk kan.



Mula-mula aku plan nak bawak pi Ayutthaya.
Tapi aku pernah makan 2 kali kat Ayutthaya rasa macam terlampau vogey the vass. Aku dah la bangsa memekak, jadi haruslah pergi kat restoran yang less protocol sikit.

So En Wan ajak pi Famous Thai kat Plaza Masalam.
Sebenarnya aku cukup tak suka pi Plaza Masalam ni.
Sebab aku rasa macam takde apa kat sini selain dari tempat makan boleh tahan.




Malam tu memang aku keluar tak pakai mekap.
Sebab saje taknak bagi Mak Aji gabra.
Aku tak bagitau dia pun aku nak bawak dia pi makan untuk celebrate Mother's Day.
So dia pun datang rumah aku pakai baju rilek-rilek.
Kang kalau aku tetiba turun hall dengan bermekap segala terus dia taknak pergi sebab dia oncern sangat dengan baju yang dia pakai. Jadi aku pun berpakaian ala-ala nak bawak dia pi makan kedai-kedai kat Putra Heights je.




Aku letak gamba ni bukan nak menunjukkan muka perasan comel letak jari kat bibir ok?
Tapi sebenarnya aku nak tunjuk korang nampak tak perempuan yang duduk kat meja sebelah meja aku tu? Yang muka dia hadap ke kamera.
Dalam gamba ni macam tak jelas, tapi on that nite muka dia ni macam familiar gila.
Aku tak sure dia pelakon ke, pengacara ke, tapi aku rasa macam pengacara WHI.
Cantik sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!


Chicken lemon



Soft shell crab


Ya Allah!!!!
Kali terakhir aku makan soft shell crab was kat Ayuthaya.
That was year 2009!
Lepas tu aku tak jumpa-jumpa lagi dah soft shell crab kat semua sea food restaurant yang aku pegi.
Last-last jumpa kat Famous Thai.
Aku tak kira!!
Order sampai 4 ekor.

Bayangkan, Redza yang selama ni tak pernah nak makan ketam, that nite dia leh makan sekor.
Sampai tadi pun dia dok cakap lagi "Ma, cwab (dia punya sleng mat saleh over sikit) tu sedap kan?"



 Sotong goreng tepung


Ni aku order saiz S je sebab khas untuk Redza and Acu dia.
Lega bila aku tengok sotong goreng tepung dia macam ni.
Aku dah risau janganlag yang sampai tu cekodok sotong.
So now aku tau kat sini kalau nak pekena sotong goreng tepung yang sebenar, bole ke Famous Thai.

Tapi still takleh lawan sotong goreng tepung jeti Kuala Perlis.
Insyallah hujung bulan ni aku naik utara lagi, aku tak kira, nak pi jeti ratah sotong puas-puas.




Sweet sour fish

Siakap sangat lahhhhhhhhhhhhhh memanggil-manggil.
Walaupun aku seriau bila pikir-pikir pasal kes makanan babi tapi aduhaiiiiiiii......sangat tempting.
Aku harap la siakap aku ni spesis yang halal.



Butter prawn

Sampah je lagi banyak dari udang.
Tapi udang dia walaupun just 8 ekor but besar tapak tangan!
Memang puas hati.
Aku kalau pi makan seafood, telor dadar memang tak pernah ketinggalan.
Tapi sebab that nite aku oredr butter prawn so aku tak order telur dah. Konon nak bagi Redza makan sebab dia suka telur.
Sekaliiii, aku dah sendawa 10 kali baru butter prawn ni sampai.

Service dia memang cepat.
The thing yang buatkan prawn ni sampai time aku dah habis makan was sebab aku order terlampau banyak lauk. So kalau korang nk pi Famous Thai, jangan risau pasal service. Service memang cepat.

Ada lagi 2 lauk aku tak sempat ambik sebab aku busy makan.
Tau-tau eh dah habis???

Tomyam seafood and kangkung belacan takde dalam gambar.

So, untuk makan 5 dewasa, sorang kanak-kanak, berserta nasi putih, air pilihan masing-masing and 7 jenis lauk total RM320.

Bagi aku berbaloi.
Sebab soft shell tu aku order 4 ekor.
Pastu lauk-lauk lain semua aku order saiz medium (dia ada saiz S and M je) kecuali kangkung and sotong.
Pastu ikan tu besar, memang makan untuk 6-7 orang punya dia bagi.

Yang buatkan sangat puas hati sebab En Wan kata BEST.
Laki aku ni kalau pi mana-mana, dia akan respond "Boleh la..".
Kalau dia kata "BEST!" maknanya best la tu.
Tapi memang best pun semua lauk-lauk dia especially chicken lemon.




Demo cara-cara menonggeng dengan berhemah sewaktu mengambil lauk.




Okey, ni aku nak selitkan sikit cerita pasal collagen yang aku makan tu.
Ramai yang email aku tanya apa nama collagen.
Baru sat-sat ni Najlah Ishak sms tak sabar nak tau pasal collagen.
Collagen itu adelahhhhhhhhhhh....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


EPHYRA

Bahan dia dari deep sea fish.
Deep sea ok, bukan sangkar fish.
Collagen yang diextract dari deep sea, nilai dia lagi tinggi sebab collagen dia kira wild-type.
Ussually bila ada perkataan "collagen from animal.." SELALUNYA collagen tu diextract dari bovine atau porcine.

Jadi, hati-hati bila baca product.

Kalau deep sea fish, collagen ni diextract dari kulit ikan yang selalunya ikan yang diguna is cod fish.
Sebab cod fish ni kandungan protein dia tinggi.

Dalam kotak ni ada 30 sachets, satu hari satu pack.
Aku suggest makan selepas breakfast.
Sebab collagen ni bagi kau energy gila bahabs punya energy.
Kalau kau makan malam siap la ko kena berjaga.

Of course, collagen promotes skin metabolisme, but this EPHYRA somehow telah juga menyebabkan energy kau bertambah. Bila energy kau bertambah maknaya metabolisme kau meningkat. So jangan risau la dengan berat badan, slowly berat badan kau akan jadi ideal.




Disebabkan bahan utama berasal dari ikan, jadi the Fishy smell tu dah di-purifiedkan sehingga takde bau.
But kalau kau bukak the packet, kau akan bau ala-ala bau ikan jugak but tak hanyir pun.
Nak hilangkan hanyir tu EPHYRA letakkan satu perasa yang sangat best!

Nak tau rasa apa???

Rasa TUTTI FRUITTI!

Tak percaya?
Pi beli la kalau tak caya.
Hahah.

Cara minum :

1. Pastikan air (air sejuk lagi best) hanya setengah mug.
2. Curahkan se-paket EPHYRA collagen dalam air tu.
3. Kacau hingga semua powder larut.
4. Minum.

Korang akan rasa air tu masam-masam sikit.
Best.

Ingat ye, MAKAN LEPAS BREAKFAST.

Bukan takleh makan waktu lain.
Tapi lagi untung makan pagi, so penggunaan energy tu dapat dimaksimumkan.



Kalau nak campur dengan air oren, ribena or susu sekalipun takpe.
Ini gamba semalam, aku minum dengan oren.
Kalau nak pakai oren, letak pati oren tu setengah sudu kecik je cukup.
Kalau kau letak lebih, konfem air tu jadi masam.
Sebab EPHYRA tu dah bagi perasa masam-masam dah, so air oren akuu tu saje aku nak bagi cukup syarat jadikan air aku berkaler sikit. Tu je. 


EPHYRA ni blom ada jual kat mana-mana stor ye.
Kalau nak order buat masa ni sila order dengan founder dia directly.

Email oceanlife2u@gmail.com
Harga standard RM299.
Tapi sempena Mother's Day, harga dia jadi hanya RM198 sehingga 31st May 2012.

GRAB! 


 

Aku pernah sekali bancuhkan EPHYRA dengan sir susu full cream
Susu tu aku sejukkan pastu aku letak EPHYRA.
Siut gila sedap okkkk.
Susu tu dah berlemak pastu ko letak collagen masam-masam sikit memang best sangat.
Tak dapat nak dihuraikan dengan kata-kata camne rasa air tu tapi sedap.




Thank you to Mazrie Ernie sebab hadiahkan aku ni.
Beria-ia dia dari dulu mintak address aku.

Dulu aku ada advertisekan air purifier dia kat blog.
Since that dia dok mintak address sebab "nak bagi something".
Aku memang sebenarnya allergik kalau ada orang nak bagi apa-apa sempena "token" aku iklankan kat blog.

Tak payah ye anak-anak.
Acik memang suka-suka tolong iklan kan.
Takyah lah susah payah nak bagi apa-apa kat acik.
Acik tak tolong apa pun, tolong tepek kat blog je.

Tapi aku pulak dah naik segan ngan Mazrie ni sebab rasanya macam dah setahun dia mintak address tapi aku asikla buat-buat tak nampak mesej dia. Heheh.
Thanks ye Mazrie.

Best jugak pakai air purifier ni.
Bilik aku rasa fresh and lebih segar. Bila aku cuci balang ni ewahhh macam-macam habuk aku nampak masuk dalam air ni. Kalau ada anak-anak yang ada athma aku suggest beli bendalah ni.

2012-05-11

Warna-warna ceria pun kembali lagi.

Shawl 13 dalam perjalanan.
ETA : 21 May 2012.

Sesiapa berminat, tak perlu buat bayaran dulu. Just hantar email ke aveo757@yahoo.com untuk book.
Bila shawl dah sampai aku akan respond ikut turutan eail yang masuk.
And bila dah diberi banking details, diharap dapat jelaskan bayaran dalam masa 2 hari (melainkan ada sebab-sebab lain yang tak dapat dielakkan, sila bagitau aku. Don't worry, aku tak kejam. Kadang-kadang je keji sikit)

Material : silk voile 
Size :  160cm x 50cm
Price : RM48/pc 
Bulk purchase price : RM43/pc (min 5 pcs) 

Thank you.



SOLD OUT


SOLD OUT


AVAILABLE 1PC


SOLD OUT


AVAILABLE 1PC


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


AVAILABLE 1PC


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT




SOLD OUT



AVAILABLE 1PC



SOLD OUT


SOLD OUT


AVAILABLE 1PC


AVAILABLE 1PC


SOLD OUT

2012-05-10

Ada 3 benda nak cakap

Benda Pertama 

Thank you so much to readers yang berminat dengan jahitan ex-bibik aku.
Since semalam until malam ni, melambak-lambak email masuk and kebanyakkannya request untuk baju nikah and baju for function. Well, memang itulah kepakaran bibik yang sebenar. Baju kawen and dress.


  Baju ni baju aku. Baru pakai 2 kali. Pastu now aku dah tak tau nak sumbat kat mana. Ni baju pertama yang bibik jahit untuk aku pakai pi wedding. Ni pun dia bising-bising sebab jahitan dia tergesa-gesa, tak dapat designkan lagi cantik sebab dia jahit 2 hari je, dah suntuk sangat nak pakai.

(kedut-kedut yang kat bahagian peha tu sebenarnya sebab kat patung tu bibik lilitkan dengan sponge supaya patung tu ikut ukuran badan aku baru senang nak oter ke apa. Maklumla, patung tu selim sangat, ukur lilit aku kan besar)



Kat sini aku nak bagitau lagi sekali yang bibik ni bukan bibik.
She WAS my bibik, now she is a tailor.
Aku panggil nama dia bibik sebab aku dah terbiasa panggil dia bibik sejak dia jadi pembantu rumah ni dulu. So please jangan membayangkan yang dia adelah "seorang bibik yang di waktu free time suka menjahit". Bila dia dah start pegang mesin jahit, dia adelah tailor.
Aku dah cuba untuk kembalikan kerjaya asal dia, so aku harap kepada yang nak menempah baju kat dia please sama-sama respek kerjaya dia.

Kalau korang expect dia tiru bulat-bulat design dsigner, design celebriti, please be prepared untuk dengar charge yang dia kenakan. Baju nikah aku 11 tahun yang lepas yang setakat jahit manik kat hujung lengan and kaki baju pun dah RM350. Tu harga 11 tahun lepas ye. And masa tu aku tempah kat Dzull de Classique. Back then Zull baru nak start glemer.

Adik aku, Ima, kawen 4 tahun selepas tu, bersanding baju sewa dengan Man Kajang dah over RM500. Ke RM700 ntah.
Tu harga 4 tahun selepas aku kawen.
And cuma SEWA pulak tu.

Sekarang dah 2012.
Design dah serba vogey de vass.
Berat design, berat la kerjanya.
Nak cantik, pakai material cantik.
Material cantik bukan murah.

Harap maklum ye.



Benda Kedua

Hari tu kan aku ada cakap pasal collagen yang aku guna tu kan.
Tadi, kawan aku komen muka aku merah semulajadi or pakai blusher.

Yes, true.
Memang sejak aku pakai collagen ni pipi aku nampak merah.
Ussually pipi aku merah-merah time mengandung je.
So aku rasa benda ni ada sangkut-paut dengan collagen ni jugak.
Dia bagi nampak glow kot.



Yang kiri ni masa 1 kali minum. Tapi with mekap.
Aku rasa macam muka aku merahhhhhhhhhhhhhhhh.
Tapi tak panas or rasa sakit. Cuma aku perasan dia merah.
Tak tau apesal, tapi aku teruskan minum.

Belah kanan gamba today. Without mekap, cuma eyeliner and vaselin sebab bibir aku kering.
Masa ni dah tak semerah first day dulu but kawan aku perasan macam ada merah-merah pink-pink.
Aku tak nampak belah mana yang merah.
Aku nampak aku putih. Eh.
Aku nak teruskan lagi pakai, see if dia boleh hilangkan lebam kat mata aku.
Mata ku ni lebam bukan takat kat bawah mata, kelopak mata pun dia bantai lebam.
Tak tau la pulak kot itu bukan lebam tapi kulit itam. Wakakakakakka.
Ok tak klaka.

Next week kalau aku rasa aku pueh hati dengan produk ni aku reveal.

Oh lagi satu.
Product ni bagi kau puas berak!
Macam dia keluar bagi habis and kau leh rasa perut kat macam hollow gitu lepas berak.

Tapi aku nak bagi ingat la, kau makan collagen ni, kau kena minum banyak air.
Kalau tak jadi macam aku.
Sebab tu aku bubuh vaseline kat bibir, bibir aku sampai takleh nak menguap semalam sebab tepi-tepi merekah-rekah. Bila minum banyak air baru ok sikit pagi ni.

Lagi satuuuuuuu.
Kalau siang tu korang lupa makan collagen ni, jangan lah makan waktu malam melainkan kau nak tahajud sepanjang malam. Sebab collagen ni bagi kau energy. Ada satu malam tu aku makan, mata aku macam spotlite sampai 3.30pagi. Sampai aku paksa pejam mata baru boleh tido.



Benda Ketiga

Hari tu kat FB aku ada upkan status if ada sesape yang berminat nak jadi agen choc chip cookies aku tahun ni. Kalau berminat, sila email aku nanti aku bagi syarat-syaratnya. Punca aku cari agen sebab tahun lepas sangatlah horror bab nak mengepos. Bukan masalah biskut berkecai. Memang takde lansung komplen pasal biskut berkecai but hazabnyaaaaaaaaaaaa nak mencarik kotak untuk pos. Kang kalau aku charge duit kotak pos laju lagi mahal pulak korang kena bayar. So dengan kepakaran logistik Pak Aji, maka terhasillah satu kreativiti pembungkusan. Sape yang beli cookies aku tahun lepas memang tau la apa bentuknya kotak yang aku pakai. Yang pasti bukan kotak pad.

And also tahun lepas ada yang dah start tanya nak jadi agen sebab dia beli sekaligus 45 balang, rupanya dia jual kat kawan-kawan opis dia. So aku rasa that's better. Tapi bukan bermakna aku tak ambik order untuk outstation customer, ambik tetap ambik. Cuma kalau berminat nak jadi agen, mana la tau kot nak jual kat opis ke, sekolah ke, email aku ok? Yang jadi agen, aku akan sediakan sample untuk korang distribute.

And aku harap sangat tahun ni dah takde yang nak letak order last minute.
Tahun lepas, lagi 2 minggu nak raya baru melambak-lambak order masuk. And kitorang terpaksa burn-kan order for 20,000+ cookies (bukan balangnya, cookiesnya aje. Dalam 400 balang camtu) sebab memang dah tak menang tangan time tu. Tapi sangatlah terharu bila ada yang nak jugak cookies tu and willing untuk collect cookies lepas raya. Aku ingat lagi Mak Aji raya keempat je dah bukak balik kitchen untuk siapkan tempahan. Terima kasih la banyak-banyak untuk yang insist nakkan cookies aku (dah nak masuk raya tahun ni baru nak cakap timakasih???)

Insyallah bila sample dah ready, aku akan announce order untuk cookies tetapi kali ni hari ke-7 puasa je aku nak close order. Jadi, kalau sesiapa masih berminat dengan cookies aku, tempah awal-awal ok? Nak ambik awal pun boleh, insyallah.

2012-05-09

Portfolio

Ramai rupanya yang nak kawen.
Lepas aku upload gambar jubah aka dress semalam, request pun masuk.

Mostly tanya pasal baju kawen.
Actually bibik aku ni memang kepakaran dia baju kawen and dress. Tapi skarang dia tengah busy buat baju kurung. Tadi aku turun bawah tengok dia tengah potong baju melayu. But kalau ada yang nak buat jubah and baju nikah, boleh. Email aku ok?

Sometimes kan aku terpikir balik. Kejadah apa aku pi hantar kain aku kat akak sengal tu dulu sedangkan aku dah ada tailor? Vangang gak aku ni kadang-kadang.

Sebelum korang hantar request, meh aku nak share sikit pasal bibik.
Bukan promosi, tapi aku just nak bagitau and make it clear that bila bibik aku dah bertukar profession jadi tailor, please jangan expect upah dia adelah upah kepada seorang bibik yang pandai menjahit. Dia memang profesional tailor.

Sebenarnya history bibik aku ni, dia ni bukan macam bibik-bibik biasa.
Arwah bapak dia adelah tailor di Jakarta. Ada kedai.
Dia sendiri bukan orang susah, dia tercampak dalam rumah aku pun sebab agen dia tipu. Agen janjikan keje kat butik last-last dia kena naik tongkang jadik pembantu rumah.

Last month aku hantar dia pegi rumah sepupu dia kat Kampung Pandan. Sepupu dia cakap "Ngapain jadi pembantu? Kamu aja udah ada pembantu dua orang'.
Rupanya bibik aku ni kat rumah dia kat Jakarta tu sendiri ada pembantu rumah 2 orang.

Anak sulung dia sendiri (Rudy ke, Fahmi ntah nama anak dia) ada perusahaan kedai jahit, siap ada 8 orang pekerja lagi. Tapi anak dia bukan buat baju-baju dress, tapi lebih kepada garment style. Tak salah aku dia cakap anak dia buat baju untuk jubah ijazah and uniform.

Kalau nak ikutkan memang dia nak balik je Jakarta bila tau kena tipu. Tapi macamana nak balik wehhh..datang sini pun naik tongkang. Kalau balik memang konfem kena tahan la. Kau nak lalu kot mana balik Jakarta kan. That's why la dia bertahan jadi bibik kat rumah aku. At the same time, kitorang usahakan jadikan dia sebagai pekerja legal time sibuk-sibuk pasal PATI tu hari. Now dah legal :)

Dalam tempoh nak legal-kan dia tu, dia dah seronok pulak keje kat sini. In fact suami dia (dia bercerai age 25, terus lari ke Saudi utk keje membawa hati yang lara lantas berkahwen dengan orang Pakistani) pernah call aku mintak tolong ajar cara-cara nak datang bekerja kat Malaysia sebab nak dekat dengan wife dia. Masa tu huru-hara aku ngan En Wan carikkan agency. Time ni aku rasa macam eh, aku ni agen kebajikan ke apa yang sibuk nak menyatukan suami isteri terpisah.

Masa tu terfikir, kalau dia betul nak jadi tukang jahit kat Malaysia, aku belikan mesin jahit, panggil laki ko tinggal sini terus. Ewahh, tetiba macam dah ramai pulak bangsa dalam rumah aku ni.

Bila aku dah tau history dia, aku pun tak sampai hati. Rasa segan pulak dengan dia.
Sebab pertamanya, dia bukan bibik.
Dia ada certificate menjahit, dia masuk some kolej jahitan masa umur belasan tahun, sampai 4 tahun kursus tu. Dah kira macam diploma.

Secondnya, dia bukan orang susah yang hadap sangat gaji RM700. 
Walaupun dia tak ngungkit apa-apa tapi kita sendiri boleh rasa tak sedap.
Sebab dari apa yang aku tau pasal dia, aku yakin RM700 bukan setanding dengan kepakaran yang dia ada. Tapi dia pernah bagitau aku gaji RM700 tu dah kira banyak untuk pembantu sebab rumah free, makan free, jalan-jalan pun aku bawak. Kalau tukang jahit gaji RM700 memang tak patut sebab dia tau style dia bekerja macamana (Fuh! Seb baik dia paham. Aku dah tak larat nak naikkan gaji).

Aku penah cakap kat dia kenapa nak datang bekerja lagi?

Dia kata dulu dia pegi Saudi 25-30years sebab kecewa suami dia ada perempuan lain.
Dia nekad tinggalkan anak-anak dia dengan mak sebab nak carik duit. Kat sana dia keje butik. Dia balik ke Indonesia 3 tahun lepas sebab anak bongsu dia kawen. Bila anak bongsu dia kawen dia rasa tak perlu dah keje lagi kat Saudi sebab tanggungjawab dia dah habis. Dia cakap dia ada tanah sawah yang dipajakkan kat orang untuk usahakan. Dia ada 3 rumah yang disewakan. So cukup untuk makan dia.

Tapiiiiiiiiiiiiiiii bibik aku ni jenis tak tau duduk diam. Lepas 8 bulan duduk sesaje takde buat apa, dia dah rimas. Dia taknak duduk dengan anak-anak sebab dia kata nanti menantu tak selesa pulak ada mak mertua. So, dia ke Batam kejer dekat butik. Tapi dia cakap gaji kat Indonesia ni wang je besar tapi nilai kecik, jadi bila ada agen ajak dia keje kat butik di Malaysia, dia setuju. Last-lasttttttttttttttttt...

Tapi aku anggap ini macam satu anugerah la. Orang sibuk carik tukang jahit nak hantar baju. Tapi Tuhan bagi aku designer terus yang tinggal dalam rumah.
Alhamdulillah.
At least baju-baju raya aku tahun ni FOC. Ngeheh.

Segan aku dengan anak-anak dia.
Sorang anak bibik now ditransferkan kat Kuching, ada bank Indonesia baru nak dibukak kat sana, so anak dia kena manage apa ntah aku tak tau.
Sorang lagi anak dia graduan undang-undang.
Lagi sorang usahakan tailoring.
Aku cuba letakkan diri aku kat tempat bibik ni.
Macamana la rasanya kan jadi dia. Dia seorang yang ada something, anak-anak berjaya but she end up jadi bibik. Macam tak patut pulak. Tapi ada hikmah yang kita tak nampak agaknya.

Bila now dia dapat menjahit balik, aku nampak sangat dia memang happy. Aku pun tumpang seronok gak tengok dia dapat balik kerjaya dia. Dalam seronok-seronok tu aku pun hulur kain 3-4 pasang suruh dia buat baju aku. Hahahha.

Ni ada contoh baju-baju yang dia jahit, aku ambik dari album dia :


Ni gamba dia jahitkan dress kat Saudi. Tapi gamba lama ni, dia kata tahun 80-an.
Tengok design baju pun tau kan...



Ini baju-baju untuk adik beradik dia, dia jahit masa kawen anak bongsu



Ini bibik aku (tailor).
Ni baju dia buat sendiri. Aku dah pesan buatkan sepasang macam ni gak.



Ni baju salah sorang menantu dia, dia jahitkan jugak.



Ni gamba tahun 90an dia kata, masa kat butik di Saudi.
Tangan tu tangan dia. Aku takleh tunjuk gamba dia sebab masa ni dia tak pakai tudung.
Baju pengantin ni dia yang buat.



Ni masa kawen anak bongsu dia.
See??
Dia mampu buat majlis besar macam ni, kat hotel lagi.
Aku sendiri bersanding atas jalan raya. Ceh!

Baju-baju pengantin, pengapit semua dia buat.
Tapi dia kata baju pengapit dia potong and pass pada pekerja anak dia jahitkan.
Baju pengantin memang dia pegang terus. Dia potong, dia jahit, dia sulam, semua dia.

Sebelah kanan yang tengah mentekedarah time orang ambik gamba tu bibik aku la.
Cantik kan?
Macam tak patut je jadik bibik aku.



Ni gambar dekat.
Baju pengantin yang dia buat.
Dia cakap kain tu sebenarnya polos (kain kosong) tapi dia yang sulamkan sendiri.
So kalau sesape nak tempah baju pengantin kat bibik aku sila-silakan.



Ni gamba keluarga pihak perempuan. Baju-baju dorang ni pun bibik yang buat.
Bibik kata belah perempuan siapkan kain tapi masing-masing mintak design lain-lain. Sebab tu korang tengok baju dorang lain-lain pesen.



Sekian portfolio bibik.