2011-09-21

Memang la salah, tapi lojik tak? Lojik kan?

Tadi masa tengok En Wan memunggah album-album lama, dia tunjukkan aku duit ni :


Duit Daun Pisang.


Cuma duit yang paling atas sekali tu je yang ada gamba pisang.
Yang bawah dah gamba pokok lain.

Selalunya kalau aku pamerkan kebodohan aku, mesti En Wan akan gelak sambil geleng-geleng kepala, tapi kali ni dia pandang je muka aku pastu ambik tangan kaup muka. Dalam kepala dia mesti 'Ya Allah, hambamu ini redha dengan pemberianMu ini'.

Sumpah demi Allah, dari sejak aku first time belajar sejarah duit daun pisang sampai lah kejap tadi, barulah aku tau duit daun pisang yang buku Sejarah maksudkan adelah duit yang kat atas ni. Mati-mati aku ingat duit daun pisang tu adelah daun kat pokok pisang yang dijadikan duit.

Sebab dalam kepala aku imaginekan yang duit daun pisang ni melambak-lambak, berguni-guni sampai tak laku. So kalau ikut lojik akal pendek aku ni mana ada duit yang tak laku? Melainkan duit tu boleh dapat kat merata-rata. So bila buku Sejarah tu kata 'duit daun pisang tak laku', aku terbayangkan dulu jual beli dibuat menggunakan daun kat pokok pisang.

Kau nak pi kedai beli gula, tarik sehelai daun pisang yang sebesar-besar tu seret pi kedai. Nah! Ambik ni daun. Bak gula sepaket.
Memandangkan orang zaman dulu pekebun, jadi semua rumah mesti ada pokok pisang.
Bila semua orang tanam pisang, maka daun pisang tak laku dibuat duit.

Haaaaa..lojik tak pemahaman aku?

En Wan kata pemahaman aku lojik.
'Tapi tak payah la bentangkan kat orang ramai, Di'.

Wakakakkakakakkka.
Cibais lu bang.

Di saat aku menaip entry ni pun dia tengah tengok tv tapi kejap-kejap toleh kat aku geleng-geleng kepala.
Elehhhhh...aku bodoh sikit je.
Tapi pandai banyakkkkkkkkkkkkkkkkk.

Tapi kan, ada sesape boleh menambahkan kepandaian aku dengan menjelaskan kenapa duit Jepun zaman dulu ni pakai DOLLAR, bukan YEN?

Sekian, saya budak baru blaja.
Kalau salah tolong jolokkan kat mana yang patut.

2011-09-20

Contoh pengguna bijak lah sangat

Dulu aku pernah buat entry pasal pengguna jalanraya yang super bijaksana.
Yang perasan bagus kat jalanraya tapi bangang berlipat-lipat.

Ni antara contohnya :

Van bodoh itu telah men-tail-gating aku macamkan takde lane lain kau nak lalu.
Ntah apa yang dia sakit ati sangat ngan aku ntah.
Siap beam-beam aku wadefak gila.


Puncanya dia nak suruh aku ke tepi, bajet bawak laju sangat la.
Padahal kau tengok aku bawak berapa?
Dah max 110!

Kau nak aku bawak laju mana lagi?
Boleh je nak suruh aku langgar sampai 150 tapi kalau ikut lojik 110 ni dah habis laju dah kalau ikut undang-undang la kan. Nak suruh aku buat undang-undang sendiri pun bolehhhhh.

Lori kat sebelah aku tu lagi la bawak slow, sebab tu aku nak potong dia.
Kau kalau nak potong aku, tak reti-reti nak guna lane paling kanan?
Oh ye la, lane kanan tu untuk kereta yang laju gila babi. Takat van semput laju sikitttt je dari kereta aku mana boleh pakai lane kanan, kang roboh pulak ekzos.

Aku buat dek, set autocruise 110, pastu bersila.
Lantak kau laaaaa nak beam beam aku.
Dasar tak tau undang-undang.
Kalau aku tak sayang nyawa aku, dah lama aku tekan break, biar bergulung kau dengan van van kau sekali tergolek ke depan.

Last-last dia overtake jugak.
Tau pulak potong!
Aku ingatkan buta tak nampak lane sebelah.

Pastu time potong saje je slowkan van semata-mata nak seiring dengan kereta aku, saje la kan nak bakar-bakar. Siap hon-hon.
Sorry bai, gua tak layan rempit dengan van kilang.

Selfish!

Eiiiiiiii aku tak faham dengan kawan aku yang sorang ni.
Dulu aku pernah beberapa kali buat entry pasal dia yang sanggup ditipu so many times dengan boifren. Dari dulu lagi aku cakap laki ni tak boleh pakai. Tak boleh pakai. Tak boleh pakai.
Layak pakai buang je.
Tapi dia tunggu gak laki ni.

Ok la fine.
Cinta itu buta.
Aku pun pernah alami jugak kebutaan terhadap cinta ni sampai kena belasah pun aku dok jugak stay dengan laki yang sama.
Tapi, setelah beberapa kali dihentak, aku akhirnya sedar jugak relation aku dengan boifren aku tu takkan ke mana.

Yang kawan aku ni pulak dah 8 tahun dah dengan boifren dia ni tapi still tak sedar-sedar jugak.
Laki ni sebenarnya laki orang.
Masa dia cerita kat aku dia bercinta dengan laki orang (tapi sebaya dengan dia), aku nak mara pun ye jugak, tapi aku taknak komen apa-apa. Sebab benda ni sangat sensitif. Kot-kot la esok jadik kat keluarga aku pulak.

Cuma aku bagitau dia, kau bercinta dengan laki orang, risiko sangat besar.

Risiko tu citer lain.

Kalaupun dapat kawen pun esok, kebanyakkan benda takkan berpihak pada kau.
Dah nama jadik nombor dua kan, of cos la segala-galanya akan jatuh jadi nombor dua untuk kau. Takkan jadi yang pertama sampai bla-bila pun.
Nak pulak kalau isteri pertama tak tau laki dia dah menikah lagi.
(eh tapi boleh ke menikah lain tak minta izin isteri pertama?)
Sorry la kau nak merasa bahagia.
Boleh la kot merasa bahagia, tapi lagi banyak derita la dari bahagia.

8 tahun dia bercouple dengan laki orang ni, memang aku nampak laki ni sayang kat dia. Kalau kawen, anak dah masuk darjah satu dah pun.
Itu kalau dah kawen.
Masalahnya sampai skarang tak kawen-kawen!

Aku tak nafikan laki ni sangat baik.
Dia layan kawan aku macam isteri.
Segala keperluan kawan aku, dia sediakan.
Everyday dia call/sms.
Everytime berjumpa, dia pastikan keperluan kawan aku ni cukup.
Memang sebijik macam suami isteri la.
Cuma tak kawen-kawen sampai skarang.

Bila aku tanya kawan aku laki tu tak pernah ajak dia kawen ke?
Kawan aku cakap, laki tu nak kawen dengan dia tapi dia takut kalau kerana dia berkawen lain, kebahagiaan dia dengan keluarga dia skarang akan hancur.

Laaaaaaa.
Bahagia rupanya kau dengan bini kau?
Aku ingatkan tak bahagia.
Habis, kalau dah bahagia, apakejadahnya kau bercinta dengan kawan aku?

Takdir.
Cinta tak mengenal siapa.
Cinta itu buta.

Ok la.
Betul.

Sometimes kita sendiri tak sedar yang kita berupaya untuk sayang 2-3 orang dalam satu masa.
Itu bukan persoalannya pun.
Kau nak bercinta dengan laki orang ke, nak bercinta 4 orang serentak ke, itu cerita lain. Bak kata Norman Hakim dulu 'Soal hati dan perasaan ni susah nak diceritakan'.

Yang aku soal sekarang ni kenapa taknak kawen-kawen dengan kawan aku????
Kau dah 8 tahun bercinta.
Kau layan dia sangat-sangat baik.
Masing-masing happy, bahagia.
Apa masalahnya sekarang???

Hanya kerana kau sayangkan isteri and anak-anak kau, kau takut keluarga kau pecah-belah, kau takut makbapak ipar duai pandang serong, kau malu dengan jiran-jiran and kawan-kawan, maka kau jadikkan kawan aku perempuan simpanan forever???

Gila selfish kau kan?

Kau sorang je nak bahagia ada anak cucu?
Habis kawan aku?
Esok dah tua humbankan kat Rumah Orang Tua-Tua?

Dah berapa kali aku cakap kat kawan aku, ajak dia kawen, ajak dia kawen (tiba-tiba aku jadi peng-keji sebab sokong kawen dengan laki orang).
Memang kalau boleh aku taknak dia di-cop perampas sebab aku tau kawan aku takde niat nak rampas pun laki tu. Cuma entah la eh, kita susah nak jangka la benda-benda macam ni. Mentang-mentang kita kawen dengan lelaki bujang, maka kita boleh kutuk orang yang kawen ngan laki orang. Tup tup sok laki kita buat perangai yang sama. Kan??

Niat aku cuma nak laki tu be fair dengan kawan aku.
Korang dah saling sayang.
Daripada kawan aku di-cop pengikis harta laki orang, baik ko kawen je dengan kawan aku. Sah-sah dia dah jadik bini kau sok, memang tanggungjawab kau sara dia.
Kalau laki tu tak tanggung kawan aku skarang pun tak jadik hal, sebab kawan aku memang bekerja, professional field lagi. Duit tu insyaallah takde masalah. Tapi dah kau nak tanggung dia sangat kan, silakan.

Bagi aku laki ni sangat-sangat tak fair, malah sangat kejam buat kawan aku macam ni.
Walaupun pada zahirnya laki ni baik, tapi bagi aku, dia kejam secara halus, tanpa dia sedar.

Kau hari-hari balik rumah kepada keluarga kau, anak bini kau, ada orang masak untuk kau, tido berteman, hujung minggu keluar berjalan sama-sama.
Habis kawan aku?
Gundik je la kan?

Kawan aku dah 3 kali mintak putus sebab mak dia nak terima pinangan orang.
Tapi laki ni merayu-rayu jangan tinggalkan dia.
Dia cakap bukan dia taknak ambik kawan aku sebagai isteri, dia nak sangat kawen dengan kawan aku cuma dia mengharapkan miracle berlaku.

Miracle what????
Apa yang kau expect?
Kau expect bini kau mintak cerai?
Kau expect bini kau ditangkap khalwat dengan laki lain so kau ada alasan nak kawen lain?
Kau harap bini kau mati?

Plis la babi.
Jangan pikirkan diri sendiri je boleh tak?
Kau nak kawan aku jaga perasaan kau, tapi kau ada jaga hati kawan aku?
Ada fikir perasaan makbapak kawan aku?
Kawan aku tu perempuan.
Of cos makbapak dia risau dia tak kawen-kawen lagi.
Of cos makbapak dia nak pastikan sebelum diorang mati, anak perempuan dia ada orang jaga.

Dijaga oleh suami!
Bukan boifren!

Lain kali, kalau kau tak boleh nak berlaku adil, jangan commit!
Jangan tamak, semua kau nak. Yang sana kau nak, yang sini kau nak.
Kau suruh kawan aku bersabar dan serahkan semua pada takdir.
Kalau kau tak berusaha, nasib tu takkan berubah.

Yang kawan aku ni pun satu hal.
Dah lama sangat dia tungggu laki tu kawen dengan dia, sampai bila nak tunggu??
Dah la...
8 tahun dah pun.
Dah cukup nak buktikan masing-masing sayang each other. Tapi kalau macam ni je takde kesudahan baik kau blah je la.

Aku kan jahat.
So 2-3 hari lepas aku search nama laki tu kat twitter. Tapi aku tak tau bin apa, so aku search atas nama dia je. Kawan aku ni pulak anti-sosial. Dia patut satu geng dengan En Wan. FB takde, twitter takde. Frenster pun dia tak tau menatang apa.

Search punya search sekali jumpa, sebab dia letak avatar gamba dia.
Aku baca tweet dia.

"Cuci kereta with anak dan isteri. Baling-baling buih. God, I love them so much!"

"Jogging with my beloved wife. Now it's mamak time. Just the 2 of us"


"Melihat isteriku tidur, syukur Tuhan. Terima kasih atas anugerahMu"



Bahabiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Memang puki.

Aku tak marah dia tweet kebahagiaan dia.
Itu memang wajar.
Sebab itu anak bini kau. Keluarga kau. Memang patut pun kau sayang.

Tapi yang aku marah tu di mana hati perut kau?
Kau pernah terfikir tak, masa kau tweet kebahagiaan kau ni, kawan aku tengah buat apa kat rumah?
Pernah tak terlintas kat fikiran kau, waktu kau tenung bini kau tengah tidur, kawan aku tengah tengok gamba kau baru dia boleh tido??

Pernah kau fikir tak babi???!!!!

Fine.
Kawan aku salah sebab bercinta dengan laki orang.
Tapi benda ni takkan jadi kalau laki tu tak bagi dia harapan!!

Betting

Sabtu lepas macam biasa, kalau Tganu atau apa-apa saje team yang ada nama Tganu main kat Bukit Jalil, konfem laki aku ada kat sana. Redza sah-sah la pakai baju Selangor kan. Laki aku nasib sedar diri kau tu tercampak kat negeri mana, so dia tak jadi pakai baju Tganu, tapi pakai baju Harimau Malaya.

Before dia keluar rumah, dia bet dengan anak dia (dengan Redza pun nak bet-bet), siapa kalah, perjalanan dari stadium balik ke rumah harus bogel!

Gila melampau betting.

Kalau yang bogel tu anak aku manis la jugak rupanya.
Kalau yang bogel tu kau? Histeria.

En Wan : Ingat tau Ja, siapa kalah, balik bogel!

Ija : Ma, kalau Selangor kalah macamana, Ma?


Aku : Selangor tak kalah. Don't worry. Papa yang balik bogel.


En Wan : Papa kalau balik bogel, mama teruk nanti, Ja.
(kenyit mata kat aku)



Hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

Cakap tu boleh pandang kiri-kanan tak?

Mak kau ada kat sebelah aku ni je laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!



Masa diorang balik, mak aku still kat bawah tengok TV, belum tido lagi.
Nasib baik Tganu menang.
Kalau kalah?
Mesti mak mertua aku dah boleh agak apa yang akan terjadi kejap lagi.

Dem yuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Redza menyorok kat blakang sebab dibogelkan.

Kalau aku join sekali malam tu?

2011-09-19

Barang FREE sape taknak angkat tangan!

Advertorial post. Please scroll down for latest updates.






Aku tau aku takyah tanya if korang suka shopping ke tak.

KONFEM suka kan?

Nak lagi kalau shopping tu FREE.

Tapi kalau nak bagi free tu pun nak kena tengok gak, apa barang dia yang ko nak bagi free tu. Kalau takat dapat voucher beli MILO 5 tin, tak payah.

What if voucher tu adelah voucher ke sini..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nak tolak ke??????

NEHIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!

Tapi mesti mau ada satu syarat.

JOIN TALK-A-THON.

Apa itu TALK-A-THON?

Klik HERE

Open House 2011


Jumaat lepas aku buat makan-makan sikit.
Mintak maaf pada yang tak dijemput, jangan terasa hati. Insyaallah ada rezeki, birthday Rayyan sok, aku buat lagi.

Tak dapek aku nak menjemput semorang. Bak kata Bujum Pak Belalang 'Jangan ramei-ramei, nanti roboh rumah hamba'. Kali ni aku tak sewa khemah lansung. Just kerusi meja je. Itupun tak banyak sebab kali ni aku cuma jemput 100 orang. So En Wan kata kali ni dia nak suasana santai, boleh borak-borak dengan tetamu. Jadi, tahun ni kitorang pilih untuk buat malam. Sejuk sikit. Memang sejuk pun malam tu. Aku lansung tak pasang aircond sebab hujan.

Suasana dalam rumah masih tenang.

Aku jemput tetamu ikut masa.

6pm, untuk kawan-kawan En Wan yang shift malam, jiran and relatives.
Alasannya sebab, kawan-kawan En Wan masuk keje kul 7pm, so kasik dorang dinner dulu.
Jiran datang sebelum maghrib takpe, rumah dorang dekat kalau nak balik solat.
Relatives boleh solat kat rumah aku je terus, lagi takde hal.

After maghrib, jemputan untuk kawan-kawan.
Sebab boleh sembang lama sikit.
Lagipun aku buat BBQ, so macam best sikit buat BBQ malam-malam (sebab bukan kau yang bakar of cos la best, yang tukang bakar tu azab makan asap).


Kul 5pm start bakar ayam, sosej and jagung.
Yang lain-lain like nasi minyak, lasagna and makanan lain semua dah siapkan awal-awal lagi.

Actually kitorang memang dah plan sejak malam raya lagi untuk tak buat open house this year. Tapi memandangkan rumah aku mana ada kuih raya selain cookies yang aku jual, jadi sebelum orang serang rumah aku dan aku tersipu-sipu kemaluan tak tau nak hidang apa, lebih baik aku buat open house je.

Punyalah payah nak sewa kerusi meja sebab semua buat pakej sekali dengan khemah.
Aku malas la nak berkhemah segala kalau setakat 100 orang kan.
Last minit, baru dapat kerusi meja. Tu pun untuk 40 orang makan je.
Jadik laa....rumah kau pun bukannya besar sangat nak letak meja sampai 40 bijik.






Menu :

Nasi minyak with gulai daging and acar timun
Lasagna with bun
Ketupat palas with serunding daging
BBQ sosej, ayam and jagung
Kek pisang
Dodol
Sumi jelly

Spageti standby je kat dapur.
En Wan suruh masak je.
Eh tak kuasa aku. Dah banyak dah tu. Meja kau kalau besar takpe.
Aku cakap kalau tiga-tiga tray lasagna dah habis, baru aku start masak spageti.

Tapi aku tak masak jugak spageti tu even lasagna dah habis sebab aku malas. Nak borak ngan member. Hehe.

Yang kelakar tu kan, lasagna aku clear tiga tray, tapi bun 30 bijik tak luak pun.
Rupanya En Wan cakap ramai yang tak tau lasagna tu patutnya couplekan dengan bun untuk mendapat kesedapan tahap klimaks, ada yang makan lasagna dengan nasik minyak. Boleh?

Boleh je la... blasah!
Janji lasagna mak aku tu laku.

Alhamdulillah, ramai pulak yang nak meng-order lasagna Mak Aji.
Kalau nak order, sila direct sms/call Mak Aji ye - 019-2244646.

Yang baju hitam tu tokei ayam and sosej.
Dari kat Tganu lagi dia incharge part membakar ayam.


Yang ni tokei jagung.
Import dari Algeria...jauh okkk.


Ni je la pun kuih raya aku.

Bekas pun ada 6 je.
Nak mengisikan 5 bekas ni pun puas aku geledah lemari carik apa ada. Hahahah. Sadis kan?
Satu balang isi kuih tart yang dirembat dari rumah mak mertua aku. Rembat mak mertua punya ok?
Dah la balik raya aku tak bawakkan orang tua tu kuih, lagi aku belasah kuih raya dia bawak balik rumah aku. Boleh?

Satu balang lagi of cos la cookies aku jual kan.
Takkan sendiri jual, sendiri tak hidang.
Yang lagi 3 balang tu aku beli muruku, kacang botak and kacang parang kat Giant.
Tu pun malam open house, pagi aku gi beli.

Settle.

Lagi satu balang aku simpan dalam lemari sebab tak tau nak isi apa dah.
Nak je aku isi asam jawa.
Pastu bubuk gula dalam tupperware letak kat tepi.
Sape nak makan, ambik asam jawa golek-golekkan dalam gula, telan.
Pehhhhhhhh! Nikmat.

Tapi maca kedana sangat la pulak kan hidang asam jawa.
Bekas kuih kristal kemain. Isi? Hampas.

Mak Aji membebel-bebel rumah aku takde kuih.
La, rilek laaa.
Kata Jawa. Orang Jawa mana jamu tetamu dengan kuih.
Mesti makan nasik okkk.
Agak-agak ada orang mengejut bagi salam, aku gorengkan nasi je sudah.


Masa ni petang, mostly relatives and kawan-kawan opis En Wan dah start datang.



Dah senja, En Wan start pasang candle kat meja.
Konon nak feeling-feeling santai la, makan dalam suasana suram-suram, ada lilin sebatang kat tengah-tengah, angin sepoi-sepoi...sekali hujan!

Tapi alhamdulillah, hujan takde angin kuat or kilat guruh segala.
Just hujan renyai-renyai.
Sejuk je rasa.
Jimat letik aku takyah pasang aircond.

Disebabkan hujan, maka kita tukar ke Plan B - angkut meja makanan and BBQ ke dalam rumah.
Memang aku dah siap-siap bukak this area just in case hujan, so terus boleh start BBQ kat sini.


Khidmat tukang bakar diteruskan...


Nasib baik Rayyan ni jenis tak kisah sape pun angkat dia ke sana ke mari, so aku boleh layan tetamu dengan tenang. 


Jemah (viruspadu) and Syana (anna banana Premium Beautiful).

Jemah baru balik dari kelas Maybelline, so solekan dia pehhhhhhh, artis ok! Masa buka puasa kat De Palma hari tu aku tak perasan si Jemah ni tinggi. Hari tu aku tengok dia tinggi gila!

Syana, lepas ni akak akan berfikir tigaplohempat kali before ambik gamba dengan kau.
Dia ni dah la tinggi (sampai kena duduk nak bergamba dengan aku. Apesal semorang tinggi ni???) pastu kurusssssssssssssss, jadi bila aku bergamba dengan dia maka marilah dipertontonkan kepada anda semua Mak Dugong kat sebelah.

L - R : Rozie, Cheq (tokei handbag), Aisyah, Hele, aku.

Ni je la pun kawan-kawan yang rapat ngan aku kat UNIMAS.
Partner in crime aku, Apeng tak dapat datang. Jauh nun kat Perak. Sedih pulak Apeng takde.


Pompuan ni, ye ye je mesej aku.
"Ok, lepas maghrib aku datang!"

Ye sangat lepas maghrib.
Lauk aku dah nak habis baru dia muncul.

Dia ni aku takyah layan lebih-lebih.
Nak lagi kalau kau hadapkan makanan, mesti dia boleh bawak diri punya.



Ni kalau snap tinggi-tinggi ni memang takde orang lain la, konfem laki si Filla la ni - Pak Radie.

Aku tengok Pak Radie ngan Laloque (laki Jemah) cukup rajin snap gamba wife masing-masing. Macam dah tau-tau je wife blogger, so kau kena sentiasa bersedia dengan kamera dan snap bila perlu.

Laki aku????

Harammmmmmmmm.
Nak kena suruh baru dia nak snap.
Bila nak snap kau kena suruh pulak dia kira dulu baru snap. Kalau tak, memang takde la. Dia ambik kamera tu, kira "Satu......".

SNAP!

Dah.


Kau ready ke, tak ready ke, kau punya pasal.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku and Filla after 5 weeks guna Olay.

Tetiba je kan, nak promote Olay.

2011-09-18

Harap-harap shawl tu cantik la kat kepala aku

Siapa kenal Najlah Ishak?

Siapa tak kenal?

Rasanya ladies mostly kenal Najlah Ishak ni.
Aku kenal Najlah ni masa aku baca Majalah Jelita, tahun dah lupa. Tapi rasanya masa aku lepas grad dulu. Mak Aji suka beli majalah Jelita, and aku pulak suka tengok pompuan-pompuan cantik-cantik lantas feeling-feeling jelita sorang-sorang. Yang aku ingat lagi, kalau tak salah aku la kan, Najlah Ishak (again, another anak Ishak yang cun selepas Rashidi Ishak, Remy Ishak dan saper ntah tu nama dia tapi bapak dia Ishak gak la. Auwww!) ni adelah orang pertama yang pecahkan tradisi gadis bertudung masuk pertandingan ratu cantik (JELITA) dan lepas tu baru la sorang-sorang gadis bertudung beranikan diri appear dalam pertandingan-pertandingan macam ni like Datin Nurjuma, Rafidah, saper lagi? Ntah aku lupa, tapi ada la.

Masa aku nampak muka dia antara finalis JELITA tu aku dah rasa mesti dia akan menang sebab pertamanya, dia nampak lain dari yang lain sebab bertudung. Selain tu dia memang sangat cantik TANPA bermekap. Seingat aku la, gamba yang dia hantar untuk ke majalah JELITA tu adelah last minute punya decision, gamba passport, pakai tudung hitam. Betul tak Puan Najlah?

Aku tak sure apa yang buatkan aku ingat lagi gamba dia tu, maybe sebab dia orang pertama yang 'menggerakkan' keberanian gadis-gadis berhijab untuk jangan malu and cuba ketengahkan bakat and kelebihan yang kita ada.

Lepas tu aku dah tak follow JELITA, alih-alih aku nampak dia jadi pengacara WHI. Tapi since WHI tengahari, so aku tak follow sangat. Until before puasa baru-baru ni aku nampak one of follower aku RT tweet Najlah Ishak. So aku macam 'Ni Najlah yang menang JELITA tu ke?'.

Klik profile and taraaaaaaaaaaaaaaaa keluar gamba dia.
So aku pun follow.
Tapi tak penah tweet apa-apa.

Until one day dia tweet apa ntah and aku reply...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Whoaaa!!!
Aku pulak yang terperanjat baca.
Biar benar dia baca blog aku???
Gila ahhhhh.
Ini ikon muslimah okkkk.
Macamana boleh baca blog aku niiii. Very malu. Is very very malu.
Rasa nak unfollow. Hahahahha. Ada dia kisah kalau kau unfollow dia?

Tapi sebab aku segan so aku jarang nak tweet dia apa-apa.
Sebab yang follow tweet aku tau la apa yang aku tweet kan. Sukati anak tekak aku je nak tweet apa. So memandangkan dia ikon muslimah, tweet pun semua yang menyejukkan hati, so aku rasa malu la jugak. (malu tapi buat jugak lagi. Tampa nak????)

One day aku nampak dia tukar avatar dia kepada ni :


Lantas aku un men-tweet dia mana dia beli shawl tu sebab aku nampak cantik sangat kaler-kaler rainbow. So dia kata dia beli tu untuk birthday party anak dia. Pastu dia tanya if aku nak, kalau nak dia boleh bagi je sebab dia baru pakai sekali.

Oh my myyyyyyyyy.
Memang lahhhhhh aku nak kan.
Tapi segan la pulak.
I tak pernah dapat hadiah dari celebriti tau.
I beratur panjang berpeluh-peluh tunggu nak jumpa Ziana Zain pun dapat signature je. Poster pun tak dapat. Sekali ikon muslimah nak bagi shawl dia. Terkesima kejap.
Mula-mula Najlah kata kita jumpa somewhere in between tempat aku dengan tempat dia.
Oh lagi la aku cuak. Aku ni mana penah cakap bahasa melayu rapi. Ini bekas pengacara WHI okkk, skill berkomunikasi memang tinggi. Aku? Merepek boleh la.

Lepas raya, dia tweet mintak address nak pos the shawl.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Shawl Najlah Ishak kini menjadi milik Diana Ishak :)

Tapi aku tak pakai lagi.
Sebab macam segan je nak pakai. DIa tu putih, pakai kaler terang-terang ni memang lah cantik kan. Yang kau sibuk nak pakai shawl ni jugak, cantik keeeeeeeee?
Tudung je la yang cantik kot.

Dalam pakej pos laju tu Najlah bagi satu lagi silk blue black shawl.

Thanks, Najlah.

2011-09-15

Bukan tipu-tipu..ini benar-benar kejadian.

 Advertorial post. Scroll down for latest updates.



Kan hari tu aku cakap awal-awal masa skin test "Olay" dah tanya aku apa yang aku expect in 6 weeks nanti and aku cakap aku nak on Hari Raya nanti kulit aku better dari sebelum guna "Olay" kan?

Tapi disebabkan tahun ni aku beraya kat Tganu, takkan la "Olay" nak berangkut ke Tganu semata-mata nak shoot macamana aku look on pagi raya. So, aku bagitau "Olay" korang datangla time aku dah balik nanti. Nanti aku buat la makan-makan sikit and jemput Filla sekali. Sekali harung boleh tengok kulit muka aku ngan Filla. Kulit muka saje ye, kulit tangan jangan difokuskan. Itu tak dapat nak buat apa dah. I memang hardworking, so kulit tangan I memang kasar. Gagagagaga. (plis Diana! Ko ingat comel buat macam ni?)

Actually before guna "Olay" dulu aku cuak jugak.
Masa tu lagi berapa minggu je nak raya (lebih kurang 2 bulan kot).
Berkira-kira jugak nak try ke tak "Olay" ni. (oi, mesti kena berkira ok. Muka ok, muka!)
Kalau try takut jadi apa-apa lak kat muka aku. Aku ni kalau muka stok-stok Maya Karin takpela jugak kan, muka jenis dah memang lawa, jerawat tumbuh 3-4 biji apa ade hal. Tapi kalau aku tak try "Olay Regenerist" ni takut rugi lak sebab kat FB Olay Malaysia ramai yang dah bagi feedback positif pasal "Olay".

Tapi alhamdulilah, "Olay" benar-benar bantu kulit muka aku jadi lagi better dari sebelum guna. Ni gamba-gamba aku kat Tganu balik raya baru-baru ni.



Without mekap.
Floles tak I?

Tak cukup dekat?
Nak dekat lagi?

Bolehhhhhhhhhhhhh.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cukup dekat?
Dah boleh nampak parut chicken pox aku?
Alaaa ngada-ngadanya muka aku masa ni macam mintak kena belasah.

Kira ok la kulit muka aku skarang kan. Walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki lagi. Ko nak kulit camana lagi kan kalau dah nama 30-an tu. Agak-agak takde jerawat, and kurang kedutan* sikit lebih kurang jadik la. Paling best, kulit muka lebih tegang* dari dulu.


Filla after 4 weeks



Aku after 4 weeks


Aku sebenarnya nak tunjuk how tegang is tegang pun payah sebab korang tak pernah rasa kulit aku. Tu sebab aku suruh korang try sendiri "Olay Regenerist" ni and rasa sendiri perubahan dia. Now aku suka senyum kiut-kiut mintak penampar macam gamba kat atas ni. Sebab aku boleh rasa kulit pipi aku tu tegang everytime aku smile that way. Tak caya korang try sendiri.

Jangan tak caya, set "Olay" yang aku dapat masa skin test hari tu aku terpaksa bagi kat mak mertua and ipar-duai aku sebab dorang semua tanya pasal muka aku nampak lain. Ada yang kuar fatwa sendiri 'Berseri-seri muka dia skarang, maklumla dapat anak lagi. Kalau tak dulu muka kusammm je'.

Ewahhhhhhh.
Kemain lagi sorang-sorang kan?
Seb baik la aku malas nak layan mulut kau, kalau aku layan, silap-silap pagi raya tu ada yang juih bibir dia aku kejekan.

So aku bagitau la aku pakai "Olay".
Yang set-set beli krim kaunter semua pakat kondem.
Haloooooo?? Kalau tak try jangan nak kondem ok?
Tu yang aku bagi terus set "Olay" aku kat dorang. Biar dorang try and rasa sendiri. Penyudahnya aku kena beli yang baru untuk aku pakai.


Ni set aku yang baru.

Sanggup aku beli lagi sebab aku dah nampak keberkesanannya.
Aku rasa, cream aku yang brand lama tu bagaikan tersadai je la dalam lemari tak guna-guna jugaklah akhirnya.

Yang night cream aku bagi mak mertua aku.
Yang lain aku bagi kat ipar-duai. Aku dah pesan, agak-agak nak lebih berkesan, gi beli complete satu set. Nanti bila-bila aku balik Tganu lagi, aku nak snap muka sorang-sorang yang try "Olay" aku bagi tu.

So, baru-baru ni team "Olay" datang 'beraya' kat rumah....


Team produksi sampai kat rumah aku petang.


Team tengah get ready nak set-set barang segala. Aku nak menyebut nama barang dorang ni pun tak reti.


Tetamu-tetamu aku haruslah dimekapkan jugak. Takkan nak pucat lesi je kan. Kang viewers konfius lak ni iklan nak gi open house ke nak melawat orang mati.


Filla harus ada sekali, kata satu team kannnn.
Aku ajak Filla bawak Pak Radie and anak-anak dia sekali. Dah nama sekali harung beraya tu kan. Lagipun "Olay" kata kalau ada family lagi bagus, baru nampak suasana raya. Tapi Pak Radie kan stok-stok mithali gitu, so dia nak jaga anak-anak. En Wan lagi la taknak join kalau takde geng. Elok la, kau duduk situ ambikkan gamba aku je la ye, bang?



Oh yes, aku ngan Filla kena pakai baju yang produksi sediakan.
Dorang nak kitorang pakai merah sebab "Olay Regenerist" kan kaler merah hitam, so biar ada sangkut-paut la kan. Lagipun kau dah tua ok, jangan berangan nak pakai pink segala.

Bagus gak pakai baju free ni, merasa aku pakai jubah.
Filla pakai kebaya, aku pakai jubah. Dua-dua kaler merah.


Tetamu kalau datang rumah kita salam ye.
Nak salam mesti ada teknik okk.

Actually masa budak-budak ni sampai aku memang dah bersalam-salaman.
Tapi disebabkan scene ni nak dimasukkan dalam iklan, maka kena la aku bersalam lagi sekali, dan sekali lagi, dan buat lagi sekali, dan ......

Kau nampak lelaki baju putih yang tengah mandor cara aku bersalam tu?
Tu Tuan Direktorrrrr.
Dia nak tengok cara aku bersalam.
Terus kena ulang sampai 4-5 kali, gigil pnya pasal.
Padahal salam je pun.


Aku risau je kalau iklan ni keluar esok.
Sebab masa kat sini, banyak kali Direktor ni cut sebab dia kata gestures aku and muka aku kena over dari orang lain sebab objek yang difokuskan adelah aku.

Haishhh.
Tuan Direktor ni tau ke tak blog aku ni ramai yang tunggu time nak maki.
Ni lagi kau suruh aku act over-over, memang saje nak jadi bahan je la aku ni karang.


Takkan makan biskut raya je kotttt.

Moh le kita ke dining table untuk pekena ketupat lemang segala. Khas disediakan untuk sessi shooting ni. Kira sape yang datang time ni memang bertuah la. Yang datang hari lain, boleh la rasa kuih raya je. Kalau nak spesel call aku dulu before datang, kalau tak, jawabnya...silalah rasa kuihku..pilihlah yang mana satu...haiii di hari begini kita menjamu selera......


Stop jap untuk sessi bergambo tepi pintu toilet.


Time ni budak-budak ni dah nak balik.
So "Olay" ambik peluang shoot.

Aku rasa "Olay" benar-benar bantu aku and Filla look glow on Hari Raya, especially Filla, sebab masa skin test awal-awal hari tu kulit dia memang ada jerawat tumbuh. After guna "Regenerist" memang toksah kata aku, pakar yang buat skin test tu pun kata kulit Filla much better dari first day.

Aku rasa ini memang a chance in a lifetime untuk aku and Filla, lebih-lebih lagi aku. Sebab Filla memang guna "Olay" selama ni cuma dulu dia pakai "Olay" lain, bukan "Regenerist" so kesan dia tak se-boom sekarang. Macam aku memang tak guna "Olay" and aku dah selesa dengan brand yang aku pakai dulu. Bila disuruh try benda baru aku reluctant at first. Now, lepas guna, aku dah tau apa yang aku nak untuk muka aku.

Thank you so much, "Olay".
Dah la dapat try free product, their specialist team sentiasa follow up dengan kitorang apa perubahan pada wajah, apa problem yang kitorang faced, ambik skin record, from time to time mintak kitorang hantar gamba kulit muka. Aku rasa "Olay" memang betul-betul konfiden dengan produk dia sebab tu dia berani buat challenge macam ni. Bagi aku ngan Filla, kitorang dah nampak perubahan pada wajah pun dah cukup buatkan kitorang rasa kitorang dah menang this challenge :)

Olay Malaysia
Promote Your Page Too

Pokok. Bukan by Hazama.

Budak-budak tengah UPSR ni, si Redza bercuti.
Dah cuti takde apa nak buat, makpak keje, balik dah nak malam.
Dah boring tu memang ada je la keje dia nak tarik perhatian (read : naikkan darah) aku.

Semalam, as ussual masa kitorang tengok TV kat bilik, dia akan ambik kertas dari printer and start lukis la, origami la, ntah apa je la dia buat. Tau-tau dia datang kat aku dengan tangan pegang kertas, tapi sorok kat blakang.

Ija : Ma, mama tau lukis pokok tak?


Aku : Pokok apa?


Ija : Pokok aje. Apa-apa pokok.


Aku : Tau kot (malas layan sebenarnya).

Ija : Cuba mama lukis Ija nak tengok.

Aku : Nak buat apa?


Ija : Ija nak tengok la pokok mama macamana.



Ni pokok yang aku lukis.


Ija : Hmmm...hmmmmm....(sambil kejap-kejap toleh belakang, check kertas dia)

Aku : Apesal??? (gelak kuat-kuat). Mesti Ija kalah kan? Sebab tu taknak tunjuk kertas Ija kan?

Ija : (sengih-sengih). Alaaaa, mama orang besar. Memang la terer.

Aku : Bak sini la tengok. Kalau tak cantik, mama ajar bagi cantik. (macam kau terer lukis la kan?)

Dia tunjuk.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pokok Reza.



Aku hampir-hampir tercarut.
Tapi cuma men-wadefak-kan di dalam hati aje.

Bukan sebab lukisan dia cantik.
Tak cantik pun. Hahahhaha.

Tapi at age 7, dia dah boleh lukis pokok macam ni???????!!!
Lebih kurang macam pokok aku lukis umur 34 tahun.
Biar real kau.

Aku lukis pokok masa umur 7 tahun macam ni je..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mengambil pendekatan "less is more"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Amacam?