2026-02-16

Menulis perspektif pasal jadual waktu anak-anak Dr Syeikh Muzzafar


Hari ni barulah ada masa nak menulis perspektif aku pasal jadual waktu anak-anak Dr Syeikh Muzzafar (SM). 

Baru-baru ni kat Thread this someone mintak stop mengidolakan Dr SM. 

Aku macam dah kenapa kau?? Orang nak idolakan dia, biarlah. Parents yang nak idolakan cara Dr SM didik anak-anak adalah parents yang ada aim yang sama dengan Dr SM. Kau takde aim macam Dr SM, kau ikut je lah lane kau. Takde siapa kisah anak kau nak belajar ke tak. Dr SM pun tak paksa parents ikut cara dia. Dia cuma seronok berkongsi rutin harian anak-anak, so ada masalah?

Ada sorang ni cakap "Saya tak suka paksa anak-anak. Anak-anak pun ada passion masing-masing"

PASSION??
You wanna talk about passion?

Listen here. Anak-anak selagi masih di bawah umur dorang HAVE NO IDEA apa itu passion, apa itu hobi, apa itu ambition. Waktu ni lah guidance parents sangat memainkan peranan. 

Umur belasan tahun ni dorang masih terkial-kial nak kenal diri sendiri. Minat yang dorang nampak sekarang, contoh macam suka main bola, suka melukis, suka coding - ini bukan semestinya passion yang bertahan sampai besar esok. Ini baru exposure. Baru rasa seronok. Suka sebab fun. Suka sebab orang lain pun buat.

Anak-anak bawah umur belum ada bandwidth mental and life experience. Dorang tak tahu apa sebenarnya yang bagus untuk masa depan. Sebab tu mak bapak kena guide. Dorang sendiri tak tahu apa yang dorang nak.

Redza dulu minat melukis. Hari-hari melukis. Minat dengan anime. Until Form 3, "cita-cita" dia masih nak menjadi kartunis. Terdiam kejap bapak dia bila anak dia sebut nak jadi kartunis.

Bukannya kata kerjaya kartunis tu tak bagus. Aku cakap kat Redza, kita bukan kaya 7 keturunan makan harta moyang tak habis. Orang yang kaya keturunan saja boleh jadikan PASSION as kerjaya, but not us. Kita yang marhaen ni kena pilih kerjaya yang ada demand, yang ada good pay, yang nampak future.

Pernah tak terfikir apesal anak-anak bangsawan, anak-anak old money most of them belajar something yang takde demand? Contohnya belajar pasal tenunan songket, ukiran arca, muzik klasik, etc. 

Don't get me wrong. Aku bukan merendahkan kerjaya sesiapa. Maksud aku kat sini, most of them yang belajar course-course macam tu, dorang ada privilege untuk buat apa yang dorang suka without tekanan survival. Dorang tak payah kisah whether or not kerjaya tu bagi pulangan yang konsisten, yang penting kepuasan diri. Kalau projek dorang fail pun, lifestyle dorang tetap selesa. 

Untuk kita, privilege tu tak ada. Kita kena pilih yang boleh support life, barulah kita ada ruang untuk explore passion pulak. People like us belajar sebab kita kena survive dalam dunia sebenar. Sebab tanggungjawab dan masa depan anak-anak kita nanti bergantung kepada keputusan kita sekarang. 

Itu yang aku tanamkan kat Redza. Bukan nak crush dream dia jadi kartunis, tapi nak bagi dia faham REALITI. Realitinya kita tak kaya, nak. Mak bapak kau tak inherit harta Ismet Ulam Raja. Minat boleh wujud bila-bila, tapi career mesti practical. Kalau kerjaya tu ada demand, ada gaji yang konsisten, ada prospek masa depan, baru kita boleh build life dengan stabil. Passion boleh ikut kendian. Kita boleh masukkan dalam hobi, side income, atau additional skill.

Alhamdulillah, Redza realized benda tu sekarang. Dia masih menjadi pengumpul patung dan komik anime tegar. Sometimes bapaknya yang belikan. Hari tu kat Tokyo, En Wan belikan barang-barang anime. Kita tahu dia minat, jadi kita support. Tapi please jadikan itu minat saja. Kita takde privillege nak jadikan minat anime tu as kerjaya. Bapak kau tak kaya. So, belajarlah pandai-pandai. 

Netizen komplen jadual anak-anak Dr SM sangat padat. Pukul 5 pagi dah swimming katanya. Dia pulekkkk yang kisah anak orang tu kena swimming pagi-pagi.

Dik, kau pernah masuk asrama tak? Tak pernah, kan? Sebab tu tak tahu life kat boarding school macam mana.

Dr SM tu aim anak-anaknya masuk boarding school, sebab tu dia equipped anak-anak dengan jadual yang padat because kat asrama nanti jadualnya lebih padat! Tanyalah anak-anak di SBP/MRSM pukul berapa dorang bangun? 

Rayyan dulu 4.30 pagi dah ada dalam shower. Pastu sebelum Subuh dah standby kat surau untuk mengaji. Lepas Subuh boleh tido balik ke? Tak. Sambung tazkirah Subuh pulak. Habis tazkirah terus ke dining hall makan. Then terus ke sekolah.

Balik dari sekolah? Makan, rehat kejap pastu ke surau berjemaah zuhur. 

Then rehat ke? Tak. Sambung prep sampai 4.30 petang. Habis prep wajib beriadah. Tak boleh duduk dalam dorm. Kalau tak nak beriadah, tetap kena duduk tepi padang. 

Malam? Sambung lagi prep sampai 10.30 malam. Gedebak gedebuk, 12 malam jugak tido. Tu cara-cara hari biasa. Kau tengok masa orientasi. Lagi hazab jadualnya. Tapi anak-anak ok tak? Dorang ok. 

Jangan samakan energy dorang dengan kita. Energy and drive dorang another level. Takde rasa penat.

"Anak saya, tido pukul 9.30 pm dah kira lambat dah tu"

Ye lah, sebab kau tak kisah anak kau jadi mediocre. Dr SM tu aim anak high achiever. Nak jadi high achiever, preparationnya bukan calang-calang. Nak pulak Dr SM tu T20. Kuota T20 cuma 10% saja. Dia kena compete dengan ramai anak-anak T20 lain yang sama-sama hebat macam anak dia. Kau lainlah, kuota B40 60%. So, diam.

Ada gak yang kata Dr SM tu buat anak-anaknya his success story. Gelak aku baca.

Dey, Dr SM tu dah SANGAT SUCCESS!

Dia top student masa sekolah.
Dia seorang doktor.
Dia ada business sendiri.
Dia seorang astronaut.
Dia dapat isteri yang juga success academically macam dia.

Dia dah cukup success! Tak perlu tumpang kejayaan anak untuk menjadikan diri dia lebih success. Yang menumpang kejayaan anak tu, kau. Anak exam tadika dapat nombor 1 pun canang kat FB seminggu tak habis. Heh!

Idolizing Dr SM atau ikut cara dia tak bermakna every step dia buat mesti diikut. Those parents yang idolizing him cuma nak recognize mindset dan structure yang membina anak-anak jadi capable, resilient, dan aware saja. Kalau kau punya aim lain, maka tak payahlah kisah apa yang Dr SM buat. Kau ikut je lah lane sendiri. 

Yang benaunya, kau takut cara kau salah. Kau tak sure if anak-anak kau menjadi dengan cara kau. Dr SM tu dah terbukti cara dia menjadi. Kau punya cara belum terbukti lagi, tu pasal kau menggelabah tak tentu arah kondem Hamba Allah tu. 

Jangan dismiss sistem yang terbukti berkesan hanya kerana nampak sistem tu macam intense. High achievement memang perlukan preparation yang kebanyakan orang tak sanggup buat. 

Anak-anak bawah umur perlu guidance lebih daripada freedom. Belum masanya kita bagi kebebasan dorang to figure out sendiri. Esok dah matang, ada pengalaman hidup, baru nanti dorang faham passion sebenar.

Takyahlah memandai cakap anak-anak Dr SM tak menikmati zaman childhood. Childhood yang macamana maksud kau? Aku ni agak-agak ada zaman childhood ke? Umur 9 tahun dah buat kerja rumah sampai ke besar. Jadi mental ke aku now? Tak pun. Jadi lebih resilient lagi ada. So tak payah la kata cara Dr SM tu salah. Dia tau apa dia buat.

Jangan samakan environment dia dengan kita. Dorang tu berada dalam environment makcik-pakcik, cousin, atok nenek semua high achiever. Dorang bersembang pun bukan sebarang topik. Benda tu dah biasa dalam family dorang. Orang-orang macam ni, tengok movie pun yang ada moral sahaja. Dorang sangat menjaga environment. Bukan macam kita jenis masuk cinema berangkut anak-beranak tengok cerita gengster.

Paling mudah contoh hari raya. Aku dulu terpikir ada ke orang nak pakai baju raya merelip pagi raya? Until aku realized environment dia dan aku tak sama. Aku punya environment hari raya tu seharian kat dapur memasak membasuh. Dia hari raya jadi patung cendana sambut tetamu. Makan pun ada orang basuhkan pinggan. So yes, dunia kita dan dia tak sama.

Aku sangat percaya Dr SM tak paksa anak-anaknya ikut sesuatu tanpa sebab atau tanpa dorang faham. Anak-anaknya mesti dah dibagi explanation tentang structure, exposure and disiplin. Aku tak rasa dia halang anaknya memilih. Aku yakin anaknya masih ada peluang bersuara. Cuma orang luar nampak macam anaknya takde pilihan. 

Kena faham anak-anak yang dibesarkan dalam sistem macam ni dari kecil dah biasa dengan time management, biasa dengan tanggungjawab, biasa dengan komitmen. Skill ni kita takkan dapat kalau semuanya serba santai.

"Anak-anak Dr SM nanti besar jadi rebel sebab tertekan dengan jadual yang ketat"

Dik, rebel is natural, tapi tak semestinya buruk. Anak-anak yang dididik dengan disiplin tinggi, bila dibagi space untuk faham sebab-musabab di sebalik peraturan dan schedule yang ketat, biasanya akan belajar untuk manage ketidakpuasan hati secara matang. Dorang ada habit untuk fikir dengan logik. Ada kemampuan menilai risiko. Jadi their rebel tak jadi something yang destructive, tapi lebih kepada skill untuk negotiate dengan mak bapak.

Teringat Redza masa sekolah dulu stress gamaknya dengan kerja sekolah yang banyak, pastu balik bercuti apaknya dah booked macam-macam extra class. Dia bagitau "Kalau Redza dapat straight As IGCSE, boleh tak stop belikan Redza buku and no extra class for SPM at all"

Ok, setuju. Tapi syaratnya straight As la sebab syarat tu kau yang letak. Aku tak letak. Buktikan straights As, mama papa takkan kacau dah. Betul pun. Dia dapat straight As IGCSE, maka kitorang tak belikan lansung buku untuk SPM. Extra class pun takde. Jimattttt.

Ceritanya, we parents are always open for negotiation and discussion. Syaratnya, kau kena buktikanlah dulu. Bila dah terbukti, we respect your request. Kalau tak terbukti kau kena hadap jadual yang aku susun. Bukan torture, but we care for your future. 

Dalam jadual Dr SM, aku jamin semua anaknya faham kenapa rutin tu wujud. Bangun pagi untuk swimming bukan sengaja nak bagi anaknya susah, tapi anaknya pun suka. Rayyan dulu pun gitu juga. Dengan hoki class, dengan Kumon, dengan Public Speaking, dengan science class, dengan drawing class, dengan keyboard class. Kau rasa kelas-kelas ni memenatkan ke? Tak pun. He had fun. Sebab budak-budak fitrahnya suka bermain. Jadi kita bagi dia main dengan cara ni.

Kalau tengok jadual anak Dr SM tu pun lepas tusyen, tusyen lagi ke? Tak pun. Dia balancekan dengan swimming class, mandarin class, etc. Dia bagi anak-anaknya exposure ke skill yang relevan, bukan rutin yang takde tujuan.

Bonding dengan parents penting. Anak-anak Dr SM bukannya dibiar gitu je. Bukannya dia letak anak dia kat kelas, hah pandai-pandai kau nak settle sendiri. Tak. Anak-anak dia walaupun ada jadual padat, bapaknya sentiasa ada. Sentiasa guide. Sentiasa bagi perhatian. Jadi anak-anak rasa dihargai dan difahami, bukan dikawal. 

Anak-anak kita yang kat boarding school tu pun secara teori kurang bondingnya dengan parents. Tapi kalau kita bagi perhatian, bagi guidance, give help, walaupun jauh tetap rapat. Bonding ni bukan kau dengan anak duduk serumah 24/7. Bonding ni be present walaupun berjauhan. Kalau duduk serumah tapi kau sejenis absent parents, tak guna jugak.