2026-01-08

Interview kerja bukan hal yang datang everyday.


Nampak post ni tadi:

Bagi aku, benda ni depends on each person’s priorities. Sebelum kita melabel siapa red flag, samada company ke candidate, elok pause for a moment and think rationally, bukan emotionally.

Kalau aku kat tempat candidate tu, benda pertama yang aku tanya adalah “Apa yang aku nak sekarang?”

Nak kerja ke, nak buat gigi? Sebab dua-dua ni valid, cuma tipulah kalau kita kata dua-dua pun penting at the same time. Salah satu mesti kita boleh korbankan, betul tak? Kalau aku, aku tak perlu masa untuk pikir pun. Priority aku adalah nak cari kerja (atau nak cari kerja baru).

Gini. Interview kerja bukan hal yang datang everyday. Nak dishorlisted dipanggil interview pun bukan senang, ya, especially dalam keadaan sekarang ekonomi tak berapa baik. Company lagi ramai buang orang dari ambil orang. So bila company reach out and gives a pretty short timeframe, itu selalunya signal company perlukan orang, dan dorang tengah buat screening cepat.

Dalam dunia sebenar, bukan dunia Thread, bukan dunia Instagram, banyak keputusan profesional dibuat dalam keadaan tak perfect. Timing tak cantik. Timing tak kena. Kita yang kena adjust, bukan tunggu environment align dengan jadual kita.

Dental appointment, dalam kebanyakan kes, can be postponed. Most cases lah. Unless it’s an emergency macam severe pain, bengkak, or bleeding, dental appointments are usually flexible. Klinik boleh tukar tarikh. Dentist takkan blacklist kita sebab reschedule. Tapi interview? Bila company dah cakap “esok ada candidate lain”, that’s not being harsh. It’s just the reality of the hiring process. They don’t owe us anything.

Kalau aku really need that job, aku akan adjust appointment dental. Bukan sebab desperate, tapi sebab faham value peluang. Peluang kerja boleh tukar trajectory hidup kita berbulan, bertahun. Dental appointment boleh tunggu.

Masalah sekarang aku tengok especially dak-dak muda yang berbangga dengan “self-care culture”, most of them nak dunia ikut logik dorang without faham konteks.

Yes, boundaries penting. Yes, kesihatan dan self-care penting. Tapi jangan samakan semua benda “red flag” everytime tak ikut kehendak kau. Itu bukan boundaries, itu entitlement namanya.

Company dalam contoh ni pun is not perfect either. Their last-minute approach can definitely be questioned. Tapi bila candidate mintak tukar masa dan company jawab yang dorang ada candidate lain esok, itu bukan abuse. Itu transparency. Dorang tak ghost kau. Dorang simply move on. Sama macam candidate ada hak untuk kata tak available, company pun ada hak untuk teruskan their proses.

Kalau kau rasa, “Takpe, aku tak kisah pun terlepas opportunity ni sebab appointment dental lebih penting,” itu decision yang valid. Tapi janganlah pastu buat naratif as if company tu red flag and takde timbangrasa. You can’t make your own choices and at the same time be upset at the world for not waiting for you.

Raya cina tahun ni, Johnny Huang ada filming. Filming tu di luar Shanghai, sedangkan the whole team and crew adalah from Shanghai. Kalau semua balik beraya, akan jadi cuti panjang sedangkan jadual filming kena berjalan. Production hanya bagi ONE DAY OFF untuk beraya. Maknanya the whole team beraya di perantauan lah.

Johnny keluarkan duit sendiri belanja kesemua 600 crew and pelakon ke makan besar. Dia spent RM2.8 million untuk makan besar, bagi angpow and sponsor tiket flight untuk immediate family member datang ke tempat dorang untuk beraya bersama. Esok raya dapat cuti sehari, lusa pukul 6.30 pagi dah call time kat lokasi masuk kerja macam biasa. Kau rasa kalau jadi ni kat Malaysia, merentan tak? Silap-silap viral sampai ke raya tahun depan.

Itu saja je la aku nak cerita hakikat BEKERJA. Bila kau makan gaji dengan orang, kau kena ikut jadual majikan. Kalau takleh ikut, jangan kata majikan toksik. Sebab you can pilih untuk quit atau tak accept the panggilan interview. Sebab yang can’t make is you. Simple.

Dalam kes tak dapat attend interview ni, ramai orang sebenarnya bukan marah sebab peluang terlepas, tapi sebab ego tercalar. We want the world to validate our decisions. We want others to say, “Ya betul, kau buat decision yang tepat!”

Bila tak dapat validation. terus label pihak lain yang bermasalah. Tak rilek lansung.

Dalam alam pekerjaan, especially awal-awal berkerja or when you really need a job, flexibility is like currency. Bukan bermaksud kita kena ikuttttt je apa orang cakap tapi kita kena tahu bila nak bertegas dan bila kena mengalah untuk sementara. Orang yang bijak bukan orang yang paling keras hati mempertahankan prinsip dalam semua situasi, tapi orang yang tahu prinsip mana yang boleh dilenturkan tanpa merugikan diri sendiri.

As a majikan, kalau aku ada a few candidates dan aku already susun jadual interview, tiba-tiba sorang kata tak dapat attend and mintak tukar hari, aku akan tukar ke zoom tapi masih kekalkan WAKTU YANG SAMA. Kalau dia takleh adjust, aku takkan panggil dah, kira offer tu burn. Aku akan tarik candidate lain yang ada dalam list. Sebab proses hiring perlu berjalan cepat. Ini keperluan organisasi.

Kalau nak menjawab soalan Thread tadi siapa sebenarnya red flag? Pada aku, red flag ialah bila kita tak honest dengan diri sendiri tentang priority kita, dan kemudian salahkan orang lain atas akibat pilihan kita tadi.

Red flag bila kita normalize culture “semua orang kena faham aku” tapi kita sendiri tak nak fahamkan sistem yang kita nak masuk.

Dunia kerja ni tak kejam, dik. Cuma tak sentimental je. And that’s not anything new. Kita boleh choose untuk adapt, atau choose untuk tunggu situation berubah ikut cara kita. Both choices come with a cost. The real question is are you willing to pay or not?

Kalau aku, aku pilih untuk datang interview.

Ini benaunya isu mindset bila masuk dunia kerja. Dak-dak muda now kebanyakannya masih nak dilayan macam zaman sekolah dan universiti. Pensyarah tunggu, kelas boleh ganti, assignment boleh hantar lewat. Everyone gets some leeway in the name of “understanding”.

Bila dah masuk industry, especially bila kita candidate, position kita secara objektifnya lebih lemah. Maksudnya bila kita masih dalam posisi calon (candidate) yang tengah cari kerja, kita berada dalam kedudukan yang kurang berkuasa berbanding pihak lain (company atau hiring manager).

Dalam konteks ni kita kena lebih fleksibel dengan syarat dan masa. Kita tak boleh paksa pihak lain ikut kehendak kita. Samada company nak tunggu kita atau proceed dengan candidate lain bila kita yang can’t make it, itu pilihan dorang. Kita takde kuasa untuk halang. Dalam bahasa mudahnya, kuasa tawar-menawar kita lebih rendah bila kita masih seorang candidate. Jadi janganlah demand sangettttt.

Ramai orang suka cakap, “Kalau company tak boleh bertolak ansur dari awal, mesti company tu toksik”

Halah halahhhhhh. Dak-dak jaman now. Asal tak ikut cara dia, semua dilabelnya toksik.

Dik, bertolak-ansur tu dua hala and kontekstual. Bertolak ansur bila pekerja dah onboard, dah commit, dah contribute, ok itu logik. Tapi bertolak ansur dengan candidate yang belum lagi bagi apa-apa nilai pada organisasi, itu inefficiency namanya.

Cuba terbalikkan situasi ni. Company dah set interview, panel dah arrange time, tetiba candidate ghost atau last minute cancel. Company boleh je cakap candidate tak profesional. So kenapa bila company buat keputusan untuk teruskan dengan candidate lain, tiba-tiba company pulak yang red flag?

Apa yang aku rasa ramai perlu disedarkan is the tendency to see everything from a “me as an individual” perspective, without even trying to look at the bigger picture. Dunia kerja bukan hanya tentang kita sorang. Ini tentang timeline, target, KPI, workload and sometimes tentang siapa yang paling mudah untuk digerakkan dalam masa terdekat.

If you are the type who’s really strict with your personal schedule, really sticks to your routine, and really protects your own time, that’s totally fine. Tapi kena sedar, itu akan menutup beberapa pintu peluang. Dan bila pintu tu tertutup, jangan memekak kata dunia tak adil. The world just reacts to the signals we put out.

Kita hidup dalam zaman yang terlampau cepat melabel. Tak selesa sikit terus jadi toksik. Tegas sikit terus jadi red flag.

Dengar hakak Gen X nak cakap ni.

Kalau kita betul-betul nak membina kerjaya yang panjang, kena belajar satu benda yang unpopular iaitu TRADE-OFF.

Kita tak boleh menang dalam semua perkara serentak. Ada masa kita kena dahulukan kerja, ada masa kita prioritisedkan diri. Setiap pilihan ada kesannya, dan orang dewasa bertanggungjawab terhadap kesan-kesan tu tanpa perlu cari scapegoat. Itu namanya matang.

Aku tengok kat Thread, discussion like this usually come from people who either haven’t been working for long, atau dah kerja lama but have never really been in a decision-making position.

Bila kita pernah duduk di kerusi yang perlu memilih satu candidate daripada sepuluh, kita akan faham kenapa flexibility tu bukan benda kecik.

Aku tak sokong company exploit pekerja. Itu isu lain. Jangan campurkan boundary violation dengan situational decision. Interview yang tak boleh dipospon sehari bukan exploitation. Itu cuma proses.

Soalan “siapa red flag” should end with some honest reflection. Are you genuinely looking for keadilan, atau sekadar attention dan validation public?

Kalau nak cari validation, mintak mahaplah sebab dunia kerja tak berfungsi atas validation. It works based on clarity, priorities, and being willing to compromise when needed. Sometimes kompromi tu tak best tapi itulah yang membezakan orang yang faham realiti dengan orang yang nak melawan realiti.

If after all this ada yang masih rasa company tu red flag, terpulang. Tapi sekurang-kurangnya, buatlah keputusan dalam keadaan waras dan bijak.