2026-01-28

Berdendam sampai takde hati lansung nak belikan mak apa-apa


Nak menulis weekend lepas tapi tak berapa sihat since Jumaat, tu pasal IGS aku takde story. Terima kasihlah yang tanya "Kak D ok? Selalu story Kak D titik-titik, ni takde".

Amboi, gitu sekali orang zaman sekarang can predict sihat ke tak sihat. Tengok pattern IGS je 😆.

Bulan ni aku punya period pain macam nak rak. Dah lama tak buat kerja period pain alih-alih bulan ni dia tangkap kat pinggang and perut. 2 hari heavy flow macam nak gila. Sampai demam-demam aku menahan sakit. Penangan banyak berjalan masa kat Tokyo agaknya. Hari ni Day 4 baru ok.

Banyak yang bertanya pasal post yang lepas, cerita aku zaman sekolah dulu. Padahal aku dah pernah cerita banyak kali. And tak kurang juga yang bercerita kisah dorang.

Antaranya sorang ni bercerita kisah dia and maknya. Dia tanya macamana aku boleh baik dengan Mak Aji sampai boleh belikan itu ini sedangkan Mak Aji garang and selalu marah-marah masa aku sekolah dulu. Dia berat sungguh nak belikan mak apa-apa. Belanja makan pun tak nak sebab terlalu sakit hati cara mak bapaknya besarkan dorang adik-beradik.

Actually, ramai yang bercerita kat aku pasal ni. Mak garang. Mak tak pernah belikan hadiah. Mak itu. Mak ini.

Mak-mak kita semua jenis mak Asia yang macam Mak Aji. Kerjanya melahar 24/7. Some anak traumatized, some anak ok. Aku tak salahkan anak-anak yang berdendam dengan parents like this sebab lain orang lain pengalaman dan penerimaanya.

Macam aku, yes, Mak Aji sangat-sangat garang. Sentiasa nak marah. Pantang salah sikit, memang tinggi pitching dia. Ima kata masa kat asrama dulu, sebenarnya dia homesick. Tapi disebabkan malas nak duduk rumah hadap Mak Aji, dia bertahan kat asrama.

Mak aku berkerja. Pagi, dia dah bangun sebelum Subuh untuk masak lauk lunch sebab aku and Ibal ada di rumah. So that balik dari sekolah kitorang ada benda nak makan. Sebagai balasannya, aku kena buat kerja rumah. 

Balik dari sekolah, lepas makan, terus pegang penyapu. Menyapu atas bawah depan belakang. Baju basuh, sidai, angkat and lipat. Roughly nak buat semua ni makan 2 jam. Sekolah aku agak jauh. Sekolah habis 1.10 pm. Gedebak gedebuk, around 1.45-2pm baru sampai rumah. Katakanlah aku start mengemas pukul 2.30 pm, maknanya around 4.30 pm baru settle.

Dulu Mak Aji habis kerja 4.30 pm. Jadi around 4.45 atau 5 pm dia sampai rumah. Aku memang takleh lengah-lengah. Masa untuk aku mengemas tak banyak. Itu pun kadang-kadang dia balik rumah aku masih melipat baju. Tak sempat settle kerja. 

Lepas dia buat inspection (dia perati segala habuk, ya), barulah aku naik bilik and rest. Masa tu lah kadang-kadang tertido sambil pegang pen. Hajat di hati nak buat homework tapi dah penat sangat, terus tertido.

Form 3 (tahun nak ambil SRP), aku ada 2 hari kelas tusyen waktu petang. Hari yang ada kelas tusyen, balik dari tusyen tetap kena mengemas. Takleh skip. Kemas tetap kemas. Sometimes aku terpikir gak kejadah apa hari-hari nak menyapu ni? Tapi masa tu tak berani nak tanya, karang penyapu tu singgah kat kepala aku.

Aku pernah pergi rumah kawan. Dapur dia punyalah bersepah, dengan dalam sink berlonggok piring and cawan. Yang kawan aku tu pulak lepas minum terus tinggal atas meja, lansung tak basuh or at least letak dalam sink. Masa tu aku terpikir aku sorang je ke yang kena kerahan tenaga kat rumah?

Dan pernah kawan lelaki 3 orang datang rumah buat kerja group. Dari hall boleh nampak dapur aku. Dia tanya "Diana, tu dapur ke?"

Aku jawab ya.

Dia reply "Bersihnya dapur kau. Dapur rumah aku macam kandang babi"

Kalau dia sendiri melabelkan dapur rumah dia gitu, aku tak tahulah betapa teruknya keadaan dapur tu. Tapi cara-cara kawan aku puji dapur rumah Mak Aji kemas, tetapppplah mak aku ada piawainya tersendiri. 

Dia masuk-masuk je rumah, terus kesat-kesatkan kaki kat lantai. Kalau tak licin, siap aku kena. Itu tanda rumah tak bersapu. Kalau lantai dapur macam tak sedap, itu tandanya aku tak mop. Kau imagine everyday aku kena buat chores yang sama?

Masa tu aku terkilan sikit sebab Mak Aji lebih pentingkan kerja-kerja rumah daripada bagi aku study. Dia jenis nak semua perfect. Nak rumah terurus. Nak rumah kemas. Nak kain baju berlipat. Tapi dia tak mampu nak buat semua sendiri. Jadi bila semua benda ni tak settle, dia mudah naik hantu.

Dalam 1-2 minggu nak SPM, aku cakap yang aku nak pulun study jadi mintak 1-2 minggu ni aku takyah buat kerja mengemas. Bengang dia dengan aku. Dia cakap "Kalau kau tak score jugak, siap!" Ahh sudah, dia ugut aku pulak.

Tak tenang aku nak belajar kat bilik. Boleh dengar berlentang-lentung dia menghempas barang kat dapur. Sebab dia kena buat semua kerja sendiri. Pastu asyiklah Ibal and Pak Aji kena marah. Last-last aku tolong je lah mengemas macam biasa. Malam je lah waktu aku belajar. Nasib baik dapat gak masuk uni. Tu yang masa isi UPU, aku mintak semua jauh-jauh. USM, UUM. Takde de aku mintak UKM UPM ni semua. Aku memang nak jauh. Biar ada reason takyah balik. Kalau dekat sangat nanti kena balik rumah hujung minggu.

En Wan jugak yang best. Dah la tusyen sentiasa ada. Buku latihan melambak. Balik sekolah hanya fokus kat study. Keluar bilik hanya untuk makan. Patutlah boleh fly. Kalau tak fly, memang banganglah. Kahkahkah.

Tu pasal aku tulis hari tu, bila ada duit, banyak benda jadi mudah. Rumah En Wan dulu ada 3 maid. Maknanya mok takyah mengemas, takyah memasak. Semua ada orang urus. Bila tak penat, maka cara berfikir dan tindakan lebih rasional. Sebab tu mok mertua aku lembut je suaranya. Dia tak biasa meninggi suara sebab takde keperluan nak tinggikan suara. 

En Wan sebut je nak tusyen, terus dapat. Sebut je nak buku, terus dapat. Kau tinggal nak belajar je kerjanya. Tu pasal sangat LOGIK dia boleh score SPM. Because dia tak perlu buat kerja apa pun selain belajar. Rutin dia bersekolah harian sama macam duduk SBP. Balik sekolah, belajar. Malam, belajar. Weekend, belajar.

Aku kalau weekend lagi teruk kerahan tenaga. Celik je mata terus kena kemas rumah. Siap basuh longkang, trim pokok bunga, basuh porch, lap tingkap, lap kipas, basuhkan kasut adik, gosok baju sebakul, tukarkan cadar semua bilik. Tu belum masuk bulan puasa. Wajib kena buat kukis 6 jenis, ya! Mak Aji tahu semua siap. Yang aku menyirap tu kadang-kadang dia bagi je kukis sebalang kat kawan-kawan opis pastu dia suruh aku buat lagi untuk replace yang rumah punya. Habis aku ni takde kerja lain asik nak buat kukis sepanjang puasa? Tapi memberontak dalam hati je lah.

Aku rasa kalau korang berada di tempat aku, mesti dah besar-besar ni korang rebel, kan? Macam yang cerita kat aku tu. Dia berdendam sampai takde hati lansung nak belikan mak apa-apa sebab katanya mak dia tak pernah pun celebrate birthday dorang adik-beradik, alih-alih dah tua ni marah kenapa anak-anak tak macam anak-anak orang lain sambut hari jadi mak bapak.

Aku rasa kat sini situasi aku sedikit berbeza. 

Mak Aji tu walau melahar 24/7, setiap kali birthday kitorang, mesti ada kek. Setiap kali hari jadi Pak Aji, mesti ada kek. Jadi kitorang membesar dah terbiasa dengan birthday celebration. At least ada kek. Tu pasal sampai aku dah tua ni pun, tetap celebrate birthday Mak Aji and Pak Aji. Wedding anniversary dorang pun kitorang celebratekan.

Orang kata "Kalau kau tak pernah buat untuk mak bapak, jangan harap anak-anak nak buat untuk kau bila kau dah tua nanti".

Seingat aku Mak Aji and Pak Aji tak pernah celebrate birthday nenek and atok. Tapi situasi dulu lain. Atok and nenek kita dulu, tarikh lahir pun takde. Main bubuh ikut dan je. Macamana nak celebrate. Tapi Mak Aji and Pak Aji celebrate birthday anak-anak. Jadi, benda ni jadi kebiasaan.

Mak Aji tu dia baran sebab penat je. Kalau dia tak penat, dia ok. One thing is, Mak Aji ni jenis tak berkira sangat. Pernah dulu masa kitorang kecik-kecik, dorang berdua balik Muar emergency. Kitorang tinggal kat rumah. Aku lah kena jaga adik-adik. Arwah nenek (mak Pak Aji) cakap arwah Pak Long (abang Pak Aji) sakit. Dorang shoot ke Kota Tinggi. 

Rupanya Pak Long depression. Tertekan anak ramai, semua nak pakai duit bukak sekolah tapi Pak Long peneroka. Takde duit masa tu. Tu yang sampai jadi stress. Kebetulan Mak Aji on the same day baru dapat duit kutu RM1000! Habis semua dia belikan kelengkapan and yuran-yuran anak sedara Pak Aji. 

Kau rasa kalau kita dalam keadaan semikin, dapat pulak duit kutu, gamak tak nak spend ALL pada orang lain sedangkan anak-anak kita berhak dapat persiapan yang istimewa sikit? Tapi tu lah mak aku. Bagi dia, itu rezeki orang, bukan rezeki dia. Pejamkan je lah mata. Maybe inilah antara sebab bapak aku bertahan dengan Mak Aji, walau bini dia melahar je ðŸ˜†.

As for berjalan-jalan, kalau nak ikutkan dendam, aku boleh biarkan je mak bapak aku tak holiday sebab masa kitorang kecil dulu pun mana pernah dorang bawak gi holiday. Asal cuti je balik kampung. Habis jauh pun Singapore, itupun bukannya shopping berjalan, tapi gi rumah makcik pakcik. Tidur pun rumah dorang, bukannya hotel. 

Berjalan tengok tempat orang cuma menumpang everytime Pak Aji gi outstatation. Tapi, keadaan mak bapak aku dulu lain. Alangkan baju kitorang pun dapat beli setahun sekali je, mana modal nak bawak berjalan bagai? Dorang sendiri tak cukup. Kalau cukup, mesti dorang bawak kitorang berjalan.

Contoh, time gaji dapat gak masuk KL. Jalan-jalan kat Jalan TAR, makan kat Campbell (food court), pusing-pusing Dayabumi, beli burger Ramly. Pernah la jugak mak bapak aku bawak kitorang masuk Restoran Insaf. 

Kalau dah takat tu je modal yang ada, nak buat camana, kan. Lainlah kalau mak bapak berganti baju tapi anak-anak tak. Mak bapak makan sedap, anak tak. Tu wajar kalau anak berdendam.

Aku tak tahulah orang lain macamana, tapi aku dengan Mak Aji and Pak Aji, berlebih-kurang je lah. Malas nak dendam-dendam. Malas nak balas balik. Like, Sebab aku sangat faham mak bapak aku memang bukan berduit. Bukan dorang saja-saja letakkan syarat "Nak makan KFC kena dapat nombor 1 saja. Tak dapat nombor 1, tak dapat KFC". Bukan saja-saja.

Orang lain maybe KFC tu boleh makan every month. Tapi keluarga kitorang, KFC tu dah luxury sangat. Perlu hard work untuk dapat makan sesedap tu. Sebab kitorang bukan berduit. That's why masa aku dapat nombor 1 dulu, aku tak mintak hadiah bila Pak Aji tanya nak apa. Kalau mintak hadiah, maknanya aku sorang dapat. Baik aku mintak makanan, adik-adik aku boleh makan sama.

Masa aku Form 2, Ima Darjah 6. Sekolah menengah balik lewat sikit. By the time aku sampai rumah Ima tengah basuh periuk nak masak nasi. Pintu grill tak bukak lagi aku dah jerit "Ima, aku dapat nombor 1!"

Ima punya happy, terus dia tak masak nasik! Dia aim malam tu kita semua dapat makan satey sebab reward aku nombor 1. Tu pasal sampai sekarang aku kejar makan je. I is tak biasa reward dengan material. Hahahahaha.

Tapi exam besar masing-masing dapat reward berbentuk material. Aku punya UPSR, dapat hadiah pen engrave nama DIANA and dapat monopoly sekali. Orang lain dapat monopoly beli saja-saja. Aku kena buktikan dengan straight As dulu baru dapat. Tu pun yang kecik.

SRP dapat mountain bike. Mak Aji beli kat koperasi UKM. Ni suprise betul. Balik dari aktiviti sekolah petang, bukak-bukak pintu bilik nampak mountain bike warna dark green dalam bilik. Wehuuuuu! Unsangkarable betul. Dari Form 1 sampai Form 3 naik beskal buruk, kena ejek. Bila bawak mountain bike ramai pulak nak tolong sorongkan beskal aku. Bladihel.

Hadiah SPM paling best. Mini Hi-Fi AIWA! Mak Aji beli kat koperasi UKM jugak. Dia stress tengok aku asik bawak naik radio kat dapur masuk bilik nak dengar kaset cina, last-last hadiah SPM dapat mini Hi-Fi. Ada double cassette player and CD player sekali. Pehhh! Terasa macam anak orang have-have! 

Inilah happiness aku. Yang distract aku dari rasa sedih dengan kekurangan serba-serbi adalah kaset-kaset cina and cerita cina. Masa dapat Hi-Fi, dapat dengar lagu Beyond dengan sound-system yang best, terus hilang segala masalah dunia. Gituuuu. 

Walaupun hadiah-hadiah macam ni and special treats jarang dapat, perlu ada achievement baru boleh dapat, but inilah yang "memujuk" hati aku untuk kenang pengorbanan dorang. Aku realized mak bapak aku seboleh mungkin nak bagi apa yang boleh tapi disebabkan tak mampu nak bagi begitu saja, dorang terpaksa letakkan syarat. Takleh nak compare dengan En Wan. Dia anak orang kaya, tak payah syarat pun boleh dapat hadiah. Aku anak B40. Masih boleh dapat hadiah, tapi bersyarat. So kalau nak, kena usahalah.

Masa time Ima, SRP dah takde. Ganti PMR. Pakai gred. Ima dapat 7A1B. Pak Aji bagi setiap A RM50. Depan mata aku Pak Aji bagi sehelai demi sehelai note RM50. RM350 tu besar zaman tu, dengan gaji mak bapak aku yang tak tinggi, mesti berat juga dia nak bagi RM350. Tapi dah berjanji khennnn. Terpaksalah. What to do. Jangan berjanji dengan anak-anak. Kitorang buat kasi jadi punya. Hahahaha.

Mak bapak aku ni bukan tak nak bagi aku tusyen. The thing is, kalau aku dapat tusyen, adik-adik lain pun mesti nak juga. Mana nak cekau duit. 

Same with baju. Kalau aku dapat baju baru, adik-adik pun nak juga. Kalau aku dapat sport shoes, adik-adik lain pun nak. Jadi, penyudahnya semua sama. Sama-sama tak dapat.

Kena kutuk sebab miskin, dah biasa dah. 
Kena kutuk sebab kulit itam, pun biasa. 
Kena ejek sebab basikal buruk, pun biasa. 
Kena ejek sebab kereta bapak aku buruk, pun biasa. 

KeBIASAan ni yang buatkan aku tak berapa heran dengan material. Siapa perasan aku balik-balik pakai baju yang sama? Tak caya scroll IG feed aku. Kejap-kejap kau akan nampak aku pakai baju yang sama. Kasut? Jangan ceritalah bab ni. Lagi jarang berganti. Konsepnya, selagi tak berkecai, pakai.

KeBIASAan ini juga buatkan aku tak rasa left out atau teringin nak ikut-ikut orang. 

Orang pi holiday, I'm ok. 
Orang shopping, I'm ok. 
Orang tukar kereta, I'm ok. 

Sorang kawan aku pernah cakap "Diana takde bad bones"
En Wan kata no, aku takde perasaan sebenarnya ðŸ˜†.

Bukan aku takde perasan, cuma after all the tough times in childhood, kena ejek sebab baju buruk, kena ejek sebab miskin, being made fun of kulit hitam, having to make do with whatever was available, even ending up with a crazy ex, do you think I have time to be jealous of someone else’s life?