2025-08-24

Yang bahaya tu bukan produk tapi orang yang menjual.


Semalam, dapat email from one of my blog readers. She’s a medical student, and she shared something personal. Abang dia ada diabetis. The issue is, abang dia cuba cara lain selain medical treatment. Maknanya selain makan ubat diabetis, abang dia buat alternative treatment juga. So as a medical student, of course she leans more towards professional medical treatment. Tapi dia tidaklah against alternative remedies, cuma dari segi ilmu yang dia tahu, dia rasa lebih selamat kalau abangnya ikut only the professional route.

Memandangkan aku run supplement business (which technically falls under alternative treatment), dia nak dengar perspective aku. She already told me her side, so now it’s my turn.

Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih sebab as a medical student, dia masih mahu consider pandangan someone dari food science background macam aku. Ini bukan tentang siapa lebih betul, cuma nak share perspektif aku based on some knowledge yang aku tahu. But before I go further, tolong baca post ni dengan nada yang lembut. Ini bukan bashing session. Aku ada ramai kawan doctor, anak sedara pun ada yang jadi doktor, uncle aunty pun ada yang doktor. I truly respect the medical profession.

Macam lecturer aku pernah cakap dulu, “Treatment melalui kajian makanan, memang susah nak explain kalau bawak jumpa doktor. Researcher and medic doctors always tak sependapat”

And that’s true. Not because one side is wrong, but because both come from different angles of thinking.

Honestly, one of the biggest reasons kenapa doctors dan supplement founders clash adalah kerana lambakan produk timbang kilo. You know what I mean lah, kan. Iaitu produk yang literally beli serbuk siap dari kilang, campur perisa, rebrand, and kemudian jual balik. No real R&D, no proper understanding of what’s inside. Foundernya pula tak ada science background. Apa yang dia fokus? Jual. Jual. Jual. Pastu push agen habiskan stok untuk kejar reward. Takde fokus on explaining the science of the produk, hanya fokus tayang lifestyle and rekrut new agen.

And this is why many doctors are skeptical. Because they have seen too many claims from sellers yang tak tahu lansung basic mechanism of their own product.

But here’s the thing. Not all supplements founder macam tu. Real researchers work hard. Bersengkang mata buat R&D, test formula on themselves, check results, adjust dosage. Supplement yang proper is actually based on food research. They study plants, herbs, spices, and run controlled tests. Kalau semua supplement dilabel "timbang kilo", apa perasaan real researchers?

Masalah timbul bila ramai seller lebih fokus nak close sales daripada nak solve masalah customer. Bila customer tanya, “Boleh tak produk ni treat penyakit X?”

Jawapan confident, “BOLEH!”

Tak kisah penyakit apa pun, semua dia sapu boleh. Sampai jamu pun dia suruh belasah hari-hari. That’s why aku terpaksa extra careful when it comes to GC Plus and Herba Rahsia Rimba. Sebab dua produk ni kategori ubat-ubatan (ada MAL number). Ada legal boundaries and pantang-larang. Kau takleh main bedal. Aku tak nak push the product semata-mata nak habiskan stok.

Some people ingat alternative medicine adalah tipu. Salah tu. It can be scientific too. Dulu aku pernah berangan nak jadi doktor juga. Bila masuk course Biotech, aku didedahkan dengan actual research. Final year project aku was about plasmid bacteria. Aku kaji apa yang membuatkan bacteria resistant kepada toxins. Dalam project tu, aku realised something. Bila bacteria are constantly exposed to certain toxins, over time they can develop resistance on their own. And that got me thinking. Kalaulah one day bacteria boleh bertahan dengan certain drugs, how do we treat them then?

Same goes for humans. Diseases evolve. That’s why treatment must evolve too. You can’t rely on just one approach forever.

Dulu aku pernah dapat shingles (kayap) beberapa minggu sebelum kawen. Aku gi doktor, dapat krim sapu, and ubat. Doktor kata “Banyakkan makan oren dan minum soya, boleh cepat baik".

See? Even doctors sometimes recommend alternative alongside medical treatment. Because sometimes both can give better results.

Anak sedara En Wan doktor. Dia pernah cakap kat mok untuk stop makan ubat darah tinggi selepas 2 tahun. Lepas 2 tahun kena diet je (kontrol makan). Dia punya logik simple, “Ubat ni untuk tolong je. Kalau makan ubat tapi tak jaga lifestyle, ubat pun takkan lut”.

Itu doktor punya pesan tau, bukan statement aku.

Masa mengandung Rayyan, aku kena warded 29 hari. Aku punya makanan everyday was completely salt-free, walaupun hari-hari makan ubat darah tinggi. That’s when aku realised, ubat BUKANLAH benda magik. It works with your lifestyle, not against it.

Dari perspektif doktor, alternative medicine adalah overclaim semata-mata. Sebab apa? Sebab some product founders claim produk dia lebih baik dari ubat doktor. Produk dia boleh treat multiple diseases katanya. Semua orang boleh ambik, takde masalah. Macamanalah doktor tak bengang. Aku yang tak doktor pun menyampah dengar.

That is reckless. Bukan semua makanan atau natural produk tu baik untuk semua orang. Contohnya, quinoa. Quinoa bagus untuk kontrol kolesterol and berat badan, tapi dia ada phosphorus. Untuk pesakit buah pinggang, quinoa is dangerous. So bila doktor dengar blanket claim like this, of course they push back. Siapa tak marah, kan.

Dulu pernah ada satu kes viral. Lecturer dari sebuah IPTA developed satu produk gel/krim untuk nerve pain. She got hentam kaw-kaw dengan netizens, especially yang anti-alternative treatment. Apa yang dorang tak tahu, she was my biotech customer. Aku supply dia with kits and chemicals for her research. That product bukan produk timbang kilo. It was based on real scientific research!

Aku percaya kalau food science, biotech researcher and medical doctors could work hand in hand, pesakit would benefit the most. Perbezaan pendapat akan selalu wujud, tapi with facts, with clear explanations, and mutual respect, it doesn’t have to be toxic.

So kalau tanya pandangan aku tentang ni, medical treatment is essential, especially untuk emergency cases. Kau takleh replace antibiotics dengan teh halia bila kau ada sepsis. Kau kena ambil antibiotik juga. Alternative treatment (based on real research) lebih kepada prevention, recovery support, atau management contohnya pengurusan berat badan. Both work best together, with proper pantang-larang dan dos yang betul.

Yang bahaya tu bukan produk tapi orang yang menjual. Bila seller tak faham cara produk tu berfungsi, dia cenderung untuk overclaim. Logik ke satu supplement boleh rawat dari sakit sendi, gastrik, resdung, kencing manis sampailah masalah kulit? Semua benda dia belasah boleh. Sedangkan dalam dunia sains, mechanism of action sesuatu bahan tu biasanya spesifik. Ada target pathway tertentu, organ tertentu, atau proses biokimia tertentu.

Lagi satu masalah adalah dos dan pantang larang. Even the best medicine in the world pun boleh jadi racun kalau dosnya salah atau diambil oleh orang yang tak sesuai. Sama juga macam makanan. Bayangkan kunyit, bagus untuk anti-inflammation, tapi kalau orang yang ada masalah gallbladder makan banyak sangat kunyit, boleh trigger serangan yang teruk. Sebab tu aku selalu kata, bila kita promote produk, jangan hanya fokus pada kelebihan. Siapa yang tak boleh ambil pun sama penting. Kena identify.

Perang medical vs alternative ni sebenarnya bukan tentang sains. It’s about human behaviour. Perangai seller yang kuat overclaim, menjual tanpa ilmu, refuse nak akui kelebihan produk lain menjadikan business suplement ni jadi sangat teruk di pandangan mata orang. Kalaulah founder/seller fokuskan kepada membantu menyelesaikan masalah lebih dari mahu menjadi kaya, then there would be no war between doctors and founders.

Samada itu ubat doktor atau suplement from plant extract, it’s just a tool. And tools are only as effective as the way we use them. Suplement boleh membantu, tapi bukan tiket kau belasah suplement macam makan nasi takde kontrol, takde dos. Sama juga dengan ubat. Makan ubat tak bermakna kau tak payah ubah lifestyle.

Kepada sellers, kalau tak sure, cakap tak sure. Kalau tak tau, admit tak tau. Jangan semua benda kau belasah boleh semata-mata nak clearkan stok. Rezeki takkan lari kalau kita ikhlas. Tapi kalau kau menipu, stok mungkin clear hari ni, tapi reputasi kau akan rosak forever.

Ini conversation aku dengan someone dari IG frenlist ni. Secara kasar, bacaan dia semua dalam healthy range. Tapi tangan masih kerap kebas, so aku agak maybe ada masalah saraf. Boleh jadi juga kurang vitamin/mineral macam magnesium. Kurang magnesium pun buatkan kebas. Trylah ambil vitamin tengok camana. Kalau tak ok gak pi buat fisio, ke berurut ke.

Tapi dia nak juga try Nutrijuice walau aku cakap kolesterol dia ok. Kalau nak ambil juga, takde masalah. Kalau tengok dari sudut kandungan Nutrijuice tu sendiri, dia basically dalam kategori functional food. Dengan bacaan Non-HDL, trigliserida, dan gula yang normal macam dia, Nutrijuice tak ada masalah untuk diambil as long as dia faham fungsi Nutrijuice bukan rawatan khusus untuk kebas.

Nutrijuice mungkin boleh help indirectly kalau punca kebas adalah dari mild inflammation atau aliran darah yang kurang lancar. Sebab antioksidan memang boleh kurangkan keradangan mikro & bantu fungsi saluran darah. Nutrijuice ada antioksidan. Tapi kalau kebas tu berpunca dari tekanan saraf, Nutrijuice bukanlah direct fix.

Kalau nak juga try Nutrijuice, kena buat serentak dengan cari punca kebas. Contohnya buat nerve test. Ambil Nutrijuice ikut serving yang dicadangkan, jangan over. Monitor simptom kebas for 2-4 weeks. Kalau tak ada perubahan, maknanya kena fokus pada punca saraf.