2025-05-01

Everyone has a different level of mental preparedness.

Ingatkan nak menulis semalam. Lepas student aku habis presentation around 10 pm, aku pun barai. Tapi lepas tu boleh pulah terjaga pukul 2 pagi...lantas melayan drama cina.

Post aku baru-baru ni pasal "kalau aku provoke si anu, dia akan lebih menggila". Ada yang tanya kenapa tak report polis je? Kenapa mak akak tak halau je dia dari rumah? Kenapa mak akak tetap allow dia tido kat rumah? Masa akak setuju nak patah balik kat dia, En Wan macamana? Masa akak balik bertunang tu akak masih couple dengan dia ke?

Gitu soalan-soalan dari press. Terbayang-bayang aku flash kamera memancar-mancar dan 34 mic di depan. Dan aku menjawab "...no komen..." Ahhhgitewwww.

Rasanya aku macam ada tulis hari tu kenapa aku tak report polis masa dia dah start mengugut dengan pisau, kan?

Secara logiknya, wajar report polis. Sebab yang pertama, dia pecah masuk rumah sewa DPT. Ni dah kira jenayah. Kedua, ugut aku dengan pisau. Jenayah. Ketiga, merosakkan barang-barang peribadi aku. Jenayah.

Memang kalau aku report polis, 3 malam dia dah tentu-tentu dalam lokap. Tapi, benda ni tak semudah itu. Sebab itu aku cakap, dalam mana-mana kes, orang luar selalunya lebih emosi dan bereaksi, berbanding orang yang terlibat. Sebab, orang luar takde emotional attachment dengan apa yang berlaku. 

Aku bukan tak nak report, tapi aku memikirkan hal ni akan jadi lebih rumit kalau melibatkan polis. Sebab bila report polis, secara tak langsung akan libatkan keluarga, maruah, dan masa depan semua orang yang terlibat. Bukan aku dengan dia je yang kena panggil. Kawan-kawan rapat dan semua yang jadi saksi akan terlibat sama. Kitorang ni student. Silap-silap semua kena gantung pengajian. Aku taknak disebabkan aku, kawan-kawan aku dapat natijahnya.

Jadi bila fikir panjang, walaupun aku mangsa, rasa serba salah tetap ada. Bukan sebab aku sayang dia lagi. Tapi sebab aku tahu, once aku tekan trigger tu, takde reverse button. Ada yang kata “kena pentingkan diri sendiri”, “kena berani”. Ya, aku faham. The reality is, everyone has a different level of mental preparedness. Masa tu aku belum bersedia nak tanggung reaksi yang bakal datang selepas report. Trauma aku pun belum habis lagi, nak hadap drama baru pulak? Kitorang ada lagi setahun je lagi nak habis. 4 tahun dah kat sana, tinggal 1 tahun je lagi nak balik. Aku taknak gamble pengajian aku. Sebab tu aku pilih untuk pasrah dan ikut je la kehendak dia nak aku jadi girlfrend dia balik.

Bila aku pilih untuk diam dan menurut, bukan bermakna aku redha atau bodoh. Tapi aku tengah susun kekuatan. Bukan semua kekuatan datang dengan jerit pekik. Ada kekuatan yang datang dalam bentuk senyap, tapi sangat tegas. Aku pilih ini. 

Dalam pada aku setuju nak kembali pada dia, aku masih terus berkawan dengan En Wan tapi dengan senyap. Sejak dari hari tu, dia monitor setiap pergerakan aku. Kalau dulu aku bebas ke computer lab untuk chat dengan En Wan, disebabkan aku dah jadi girlfren dia balik, aku terpaksa berhubung dengan En Wan melalui surat. Surat pulak bukan atas nama aku, ya. Letak nama lain. Nak kutip surat pun aku hire kawan. Sebab si saiko tu hari-hari check surat kat pigeon hole. Gigih everyday dia tunggu kat pigeon hole "D" sebab nak rembat surat-surat aku. Aku mintak En Wan alamatkan ke nama "Wana Helena". So, surat aku masuk kat pigeon hole W. Kahkahkah.

Yes, masa dengan dia, senyap-senyap aku continue bercouple dengan En Wan. Actually sebelum kejadian dia ugut aku dengan pisau tu, aku dengan En Wan dah bercouple. Aku and si anu tu dah break lama dah. Cumanya, dia ni rasa dia sebahagian dari keluarga aku. Sebab masa bercouple dulu, dia rajin datang rumah. Mak bapak aku pulak mesra. So dia rasa dia ni anak angkat. 

Bila kitorang break, dia anggap dia masih family. So, setelah break, sometimes, dia akan ajak aku lunch sama, atau breakfast sama. Padahal kitorang tahu masing-masing dah break. Aku pulak malas nak trigger kesaikoan dia. Kalau aku reject, dia akan menggila. Aku rimas kalau dia dah start buat perangai gila sebab dia akan babitkan ramai orang. So, everytime dia ajak aku makan kat dalam uni, aku makan je lah. Everytime makan sama, dia tahu kitorang sembang pasal apa. Takde yang intimate pun. Sembang pasal member, sembang pasal kelas, sembang pasal exam. Benda-benda general.

Tapi silapnya aku, terlalu bersangka baik. Aku anggap dia dah berubah. Rupanya narcissist takkan berubah! Itulah modus operandi dia sebenarnya. Bila sesekali kitorang kelihatan bersama, orang keliling anggap kitorang masih bercouple. Jadi bila orang tahu aku sedang berkawan dengan orang lain (En Wan), aku ingatkan dia akan step in and bagitahu yang kitorang hanya kawan. Rupanya tak! Dia gunakan peluang ni untuk buat cerita aku yang main kayu tiga. Babi tak? That's why kalau orang kata dia now dah berubah, pegi mampos! Aku takkan percaya.

Selama aku dah kembali pada dia, aku tak pernah break dengan En Wan. Aku hanya stop using computer lab. Maknanya, no more chatting. Sampai satu tahap, aku rasa surat pun tak selamat. Sebelum dia mula perasan setiap minggu ada surat ber-setem-kan Jepun, aku ubah plan aku kepada tulis email. Tapi aku tak boleh dilihat dalam computer lab. So, aku mintak tolong kawan aku, bukan geng DPT, tuliskan email untuk En Wan. Inilah satu-satunya kawan yang tahu apa benda aku tulis untuk En Wan dan apa benda En Wan tulis untuk aku. Kalau aku tulis I love you, dia lah yang kena typekan I love you too. Ni baru betul tiada rahsia antara kita. 

Sejak malam yang dia ugut aku tu, aku and En Wan dah plan untuk majlis tunang. En Wan kata malam yang kawan aku call dia bagitahu kejadian ugut sedang berlaku kat rumah, En Wan terus call mok untuk merisik. Imagine, aku dengan En Wan pun baru jumpa satu kali, tapi dah nak masuk bab merisik. Mok merisik melalui phone call je. Terus set date bertunang. Aku pun tak tahu mana datang keberanian aku setuju nak bertunang dengan orang yang aku baru jumpa satu kali dan selebihnya bersembang dalam surat. Tapi kejadian malam tu buatkan aku nekad bertunang dengan En Wan. Gasaklah, janji aku dapat keluar dari relationship dengan si setan ni.

Aku banyak menyusahkan kawan-kawan aku sebenarnya. Kitorang couple around 2 tahun. Dalam tempoh tu, on-off break. Tapi kawan-kawan aku tak pernah tahu. Aku dah rimas dengan perangai dia. Tapi dia always buat perangai gila yang menyusahkan aku sampai aku terpaksa terima dia balik berkali-kali. Until aku dah tak tahan, barulah aku bercerita kat DPT. DPT banyak jaga aku kat sana. Sebab itu aku taknak libatkan polis. Aku taknak kawan-kawan aku terbabit. Aku terpaksa pilih jalan untuk sabar, senyap dan pekakkan telinga. Janji misi aku tercapai.

Ina sanggup burnkan tiket flight MARA [MARA allocate 1 tiket flight setiap tahun] hanya untuk temankan aku masa bertunang. Dia wakil DPT. Yang the rest cover aku kat sana. Everyday si anu kacau DPT tanya aku kat mana. Apesal bilik aku gelap. Apesal tak nampak aku kat uni. Dorang terpaksa buat muka toye konon-konon macam tak tahu apa-apa. Nasib baik masa ni aku sorang je duduk dalam uni, dorang semua menyewa luar. Nampaklah juga logik kalau dorang kata tak tahu aku pi mana. Only selepas aku dah bertunang, barulah berita tu tersebar aku balik bertunang. Aku tak tahulah camana dia hadap news tu. Yang aku tahu, masa aku balik ke sana, dia buat hal.

Ini gambar aku kat airport nak balik ke sana, selepas bertunang. Nampak date - 8 August 1999. Aku bertunang 7 August, birthday arwah atok. Senang nak ingat. Aku balik sana together with Ina and En Wan.

[Iklan: Sebelum orang tanya "Kak Di dah pakai tudung masa belajar?". Ya, aku pakai tudung masa kat sana je supaya senang nak bersiap. Sarung je. Takyah styling rambut nak pi kelas. Balik rumah tudung aku terbang]

Kitorang sampai sana malam. Malam tu aku, Ina and En Wan tido rumah member. Esoknya, kawan-kawan aku tak kasi aku pi kelas. Dorang suruh aku bertenang-tenang dulu. So bila semua dah pi kelas, aku and En Wan je tinggal dalam rumah. So kitorang lepas-lepak je la sembang. Tengah-tengah sembang, aku terdengar bunyi orang berjalan kat tepi rumah. 

Taman tempat kawan aku menyewa ni rumah sebuah-buah. So boleh lalu tepi rumah. Luckily tingkap and pintu tutup rapat. Aku terus ajak En Wan masuk bilik, kunci dari dalam. Dari dalam bilik aku dengar dia ulang-alik lalu kat tepi and cuba nak bukak pintu dapur. Ya ampunnn takut gila aku masa tu. Yang En Wan dah bengang. Dia ajak aku keluar je berdepan dengan si gila tu. Tapi aku sabarkan dia. Gila tak gilanya dia ni, dah tahu pintu semua bertutup, maknanya takde oranglah kat dalam. Oh takkk. Dia gendang-gendang pintu sampai terbukak. Pastu dari dapur dia jalan ke hall and duduk depan komputer. En Wan dah panas hati masa ni. Dia keluar bilik and suruh aku duduk jangan keluar. Aku dah seram. Ni karang ada kejadian bunuh ke apa pulak kat depan.

Thank God tak sampai 10 minit, kawan aku and boifren dia sampai. Kawan aku ni coursemate aku. Boifren dia coursemate si gila. Lepas kelas habis, dorang nak breakfast sama. Kawan aku tanya si anu ni datang kelas tak? Boifren dia kata tak datang. Berdedai dorang pecut kereta balik rumah. Dorang syak si anu ni datang cari aku. Kawan aku kata, kereta belum berhenti dia dah bukak pintu nak meloncat keluar takut jadi apa-apa dalam rumah. 

Ya Allah Tuhan je lah yang tahu keadaan masa tu. Aku takut gila! Kejap lagi, 2 orang kawan lelaki sampai dengan motor. Bila dah ramai-ramai macam tu, dia tak jadilah nak buat apa-apa, kan. Aku syak kalau kitorang kekal bertiga dalam rumah tu, memang bergaduh. Dia pulak jenis ke mana-mana bawak pisau. Ngeri bila ingat-ingat balik.

So korang boleh faham tak kenapa aku terpaksa bergerak senyap, tak libatkan polis, tak nak mengamuk bertempik? Sebab nak handle narcissist, perlu ada strategi. Biarlah kau nampak macam kalah, macam bersalah, macam bangang - takpe. Janji kau capai misi sebenar. 

Mak bapak aku tak berani nak halang dia dari tido kat rumah setiap kali dia balik bercuti sebab perangai saiko dia tu lah. Dia anggap diri dia family. Takde segan-segan. Dah lah tak mintak izin nak tumpang tido. Lepak sampai seminggu dua pulak tu. Tak reti-reti nak balik rumah mak bapak kau. Orang macam ni, bila dia dah merasa dia keluarga, dia akan triggered bila kita tak allow dia tinggal dalam rumah tu. Tak pasal-pasal dia buat perangai, jiran-jiran pun terbabit sekali.

Apa yang aku ajar mak bapak aku was, kurangkan berinteraksi dengan dia. Lepas makan, naik bilik terus. Jangan bersembang dengan dia. Jangan try nak bukak topik apa-apa masa makan. Dia bercakap layan. Hmmm Hmmm Hmmm. Cukup. Jangan tanya soalan. Nanti dia rasa dia penting. Orang narsistik ni, tu je makan dia. Jangan bagi perhatian. Dorang ni bijak bila kita feed dengan attention. Once kota stop bagi attention, kebangangannya bermula. Nanti dia mati kutu. Last-last dia blahlah. Dia akan cari attention kat tempat lain.

Pernah sekali tu punyalah nak dapatkan attention dari mak bapak aku, dia keluar dari rumah pagi-pagi. Cakap nak jumpa kawan. Malam dia balik dengan muka letih. Dia cerita dia pi Kuantan. Naik bas. Jumpa kawan. Pastu sampai KL, bas ke Kajang dah takde. So dia jalan kaki dari KL ke rumah aku. Aku nak tergelak. Tak habis-habis nak membodohkan aku. Kau punya cerita jalan kaki dari dari A ke B ni dah patblas kali aku dengar. Tak payahlah nak membongak. Yang mak aku "Hah? Betul ke?". Sukalah dia bila dapat attention macam tu. Bongok. Dah tahu bas dari KL takde ke Kajang, kau carilah bas balik ke rumah kau!

Paling aku tak boleh blah, masa dia nak kawen, dia datang rumah Mak Aji. Kau tahu awek dia cakap apa?

"[BABI] nak jumpakan saya dengan mak bapak angkat dia katanya"

Aku kebetulan ada kat Bangi. Masa tu aku tengah berpantang Redza. Aku dengar macam...since when keluarga aku ambik anak angkat? Perasan.

Pastu awek dia nampak aku ada kat rumah tu, mulalah nak eksyen. Cakap berdegar-degar. Bercerita kat mak bapak aku camana dorang berkenalan bagai. Kelako. Macam try hard nak jeleskan aku. Hello? Aku yang tinggalkan boifren kau tau! Kahkahkah.

Pastu dare tanya aku kerja apa. Aku cakap "saya kerja kat biotech company"  

Dia taknak kalahhhhh.

"I kerja kat kilang di Kulim. Tapi I bukan operator. I executive".

Motif???

Aku pun balas, "Oh ya? Husband I pun kerja kilang. Tapi dia bukan executive, dia engineer".

Saja je la nak bagi pencerahan yang aku dapat lagi better dari kau!

Mak aku tanya "Datang dengan apa? Tak nampak kereta kat depan pun?"

Bongok tak bongoknya, dia pi park kereta jauhhhhhh dari simpang rumah. Alasannya nak bagi surprise. Hello? Kau siapa yang kehadiran kau ni boleh men-suprise-kan kitorang? Ce cakap.

Yang benaunya, bapak aku dah perasan kereta dia dah masuk simpang rumah tapi keluar balik. Sebab dia nampak kereta sport En Wan dalam porch. Agaknya dia rasa diri terhina la tu kereta dia tak setanding. Tu yang park jauh. Elehm, macamlah aku tak kenal kau. Kau mana boleh orang lebih dari kau, kan.

Tapi yang paling aku suka gila, bila dia nak balik. Dia berdua tengah pakai kasut. Pastu mak aku tanya "Bila nak kawennya ni? Nanti bagitaulah"

Si gila ni balas, "Tak decide lagi. Kena tanya Dianalah".

Pastu awek dia menjerit "Whattttt? Tanya Diana???"

Muka si gila tu sumpah cuak! Mesti kepala dia asyik teringat nama aku sampai tersebut. Punyalah aku baik dengan kau, ikut je cakap kau, marah kau pun tak berani, kau hentak-hentak aku, now kau dapat perempuan yang pekikkan kau depan-depan orang. Padan muka!

Masa dia kawen, berani sms aku (zaman tu masih pakai sms) jemput datang. Kem salam!! Aku tak nak ada connection dan tak nak berbaik-baik dengan kau lagi. Boleh jalan! 

Tak silap aku, anak-anak dia punya nama pakai initial D and I. Anak pertama nama Daniel..I. Anak perempuan pun D...I.

Malaslah aku nak perasan, kan. Tapi tak salahkan kalau aku kata nama anak dia tu ikut nama aku - Diana Ishak? Hahahaha.