Masa kat UK, ada isu orang viralkan pasal medical card (again!). Yang sorang ni kata medical card dia tak pernah guna lansung tapi setiap 2-3 tahun mesti caruman naik. Kenapa medical card tak macam insuran kereta katanya, yang setiap tahun beli insuran lebih murah walaupun kereta tak pernah accident (tak pernah claim).
Yang lagi sorang mengadu medical card payah nak claim. Semua kena buat sendiri. Yang kes ni, bila diselidik, rupanya beli insuran dari website. Hmmm..siapa suruh?
Ok aku explain sikit pasal isu kenaikan caruman medical card, walaupun kad itu tak pernah guna.
Yang pertama, kos perubatan meningkat setiap tahun, kadang-kadang 10%–15% setahun. Kos ni termasuk caj doktor, caj hospital, kos ubat dan kos teknologi baru. Ini semua medical card kena cover dan untuk follow arus ni, BANK NEGARA luluskan kenaikan caruman supaya boleh cover rawatan pada masa depan. Kena tahu, SEMUA syarikat insurans berada di bawah kawalan BANK NEGARA. Kalau syarikat nak naikkan caruman, dorang kena hantar cadangan kepada BNM dengan justifikasi yang sangat teliti (kos hospital meningkat, teknologi perubatan mahal, risiko penyakit kronik makin tinggi). Kalau BNM tak luluskan, caruman tak boleh dinaikkan.
Maka, bila caruman medical naik setiap 2-3 tahun sekali, yang tu BNM punya arahan, bukan syarikat takaful. Melainkan kau ambil STEP-UP Plan. Step-up plan bayaran caruman murah pada awalnya, tapi akan naik SETIAP tahun. Ramai request nak murah tapu tak faham mereka ambil plan mana. Bila setiap tahun ada kenaikan, terus salahkan agen. Sedangkan dari benda ni dah ada dalam polisi. Tapi tu la, sebab nak murah, jadi agen suggest ambil Step-up Plan.
Yang ambil dengan En Wan, korang semua Level-Up Plan. En Wan memang takkan offer Step-up Plan. Dia kata walau dah explain, bila caruman naik setiap tahun, tetap client akan salah agen. Jadi, dia takkan offer terus plan ni.
“Alaaa agen kaya sebab sembelih orang!”
Dey! Agen buat kerja dia, sama macam kau buat kerja kau. They educate, renew, handle claims, and explain benefits to you. Tapi bila dorang dapat komisen, bonus atau drive kereta sport, terus kena sindir dengan netizen. Padahal, kau pun kalau kerja elok, dapat bonus. Sama je konsepnya. Realitinya, agen bukan ambil duit kau pun untuk beli kereta. Dia buat kerja, dia deliver result, dan dia dapat komisyen dari syarikat. Apa bezanya dengan gaji yang kita dapat selepas buat kerja? Sama je.
Caruman naik bukan sebab agen. Kos rawatan dan risiko yang naik setiap tahun menyebabkan Bank Negara allow kenaikan ini berlaku. Semua kenaikan dikawal ketat oleh Bank Negara. Yang penting, kena tahu pelan yang kau ambil — step-up atau level-up. Dan, jangan dengki bila orang kerja bagus dapat reward.
Dia macam ni. Kita semua ada hak untuk memilih. Kalau nak pilih tak mahu ada medical card pun boleh. Tapi, kalau pilih untuk tak ada, pastikan kita mampu bayar sendiri kos rawatan. Sebab, bila bil hospital cecah RM10,000 – RM20,000 hanya untuk beberapa hari rawatan, soalan sebenar bukan lagi "perlu ke ambil medical card?", tetapi...
"Mampu ke saya bayar cash kalau tiba-tiba sakit esok?"
"Kalau duit simpanan habis untuk rawatan, apa yang tinggal untuk keluarga?"
"Kalau saya sakit lama, siapa tanggung nafkah anak isteri sementara saya tak boleh kerja?"
Itu soalan yang sebenar.
Look. Memiliki medical card bukan pasal takut sakit. Ini soal tanggungjawab merancang semasa sihat, supaya tak bebankan sesiapa bila sakit nanti.
Insurans kereta berbeza. Semakin lama kereta, semakin susut nilai. Contoh, harga beli kereta RM80,000. Lepas 5 tahun, nilai pasaran maybe tinggal RM40,000. Maka, insurans cover jumlah lebih rendah sebab bayaran insurans pun makin rendah.
Insurans kereta ada No Claim Discount (NCD). Kalau tak pernah claim insurans kereta, kita boleh dapat diskaun hingga 55% lagi. Tapi dalam medical card, takde konsep NCD sebab kos perubatan tetap naik walaupun kita tak guna. Dalam insurans kereta ada NCD sebab risiko kerosakan kereta boleh dikawal. Maksudnya kalau bawak kereta elok-elok, elak kemalangan, maka insurans tak perlu bayar apa-apa. Jadi logiklah kalau diberi diskaun.
Tapi untuk medical card, lain ceritanya. Walaupun tak pernah guna langsung, kos rawatan tetap naik setiap tahun. Bukan sebab syarikat takaful “suka-suka” nak naikkan caruman, tapi kerana caj hospital makin mahal, kos ubat makin tinggi, teknologi rawatan makin canggih dan mahal dan inflasi perubatan naik 10–15% setiap tahun. Bayangkan kalau semua orang tak guna medical card langsung selama 5 tahun, tiba-tiba tahun ke-6 semua kena kanser, serangan jantung, atau accident. Syarikat tetap kena cover RM30,000–RM100,000 seorang. Dari mana dana tu datang kalau caruman tak naik mengikut masa?
Kita kena faham yang medical card BUKAN pelaburan yang beri pulangan, tapi perlindungan yang beri ketenangan. Kalau rasa rugi sebab tak pernah guna medical card, kau pikir camni je - lebih baik “rugi” bayar untuk coverage yang tak pernah diguna, daripada “rugi” tak mampu bayar bil hospital bila benar-benar diperlukan nanti.