2024-06-27

Nak masak maggi 2 minit tu pun paling tak kena usaha cari maggi dulu.


Semalam lalu ini kat IG:

RM40K tu banyak. Kalau dalam ASB ada RM500K sekalipun, nak keluarkan selepuk RM40K mak aiii berat rasanya. Sebab nak kumpul RM500K tu pun makan tahun. Dalam statistik KWSP tunjuk 3-5 tahun selepas pencen, kebanyakan orang dah habis duit KWSP. Itu bukti bahawa membelanjakan duit adalah lebih laju dari menabung. Itu hakikatnya. Duit kalau keluar memang takde yang sikit-sikit. Nah! Selepuk RM40K. Terduduk.

Kalau ada medical card, at least bab perubatan ada orang lain tanggung. Walaupun katanya "Tiap-tiap bulan kena bayar RM350 medical card", itu lebih baik dari selepuk bayar RM40K. Tengok Azlee Senario ni. Terpaksa discaj walaupun masih perlukan rawatan, sebab bil dah melambung. Terpaksa stop treatment setakat RM40K.

Dalam post Azlee ni ada 2-3 orang ahli syurga komen "Letakkan kebergantungan pada Allah". Mak aiii, dia punya nasihat. Tak menonggeng agama tak sah. Tu nak cakap kalau ada insurans pun tak guna bila Allah tak mahu sembuhkan. Kalau ada depan aku, nak je aku sound balik "Abis buat apa kau bekerja? Tunggu je lah duit jatuh dari langit!"

Orang-orang macam ni sebenarnya takde medical card, tu pasal dia saikokan orang lain supaya bergantung Allah saja. Padahal dia takut dia sorang je takde medical card. Kalau ramai-ramai takde barulah tak rasa loser sangat. Halah, paham sangat aku perangai gini.

Anak-anak muda, yang baru dapat kerja tu acik nasihatkan, dapat je gaji pertama, medical card buat dulu. Aku dulu kira lambat jugalah sebab kerja tahun 2000, tapi 2002 baru start buat. Sebab tahun 2000 aku belum kawen. Lingkungan aku takde yang pakai insurans jadi aku tak terdedah lansung. Dah kawen dengan En Wan baru tahu apa itu insurans. Tahun 2002 kerja dengan Prudential barulah awareness tu sampai. Oh by the way, masa aku jadi underwriter, proposal Sharifah Aini and Ning Baizura dapat kat aku tau. Hahahaha. Tapi aku buat first screening je lah sebab arwahnya ada history of penumonia. Bos aku settlekan proposal tu.

Anaka-anak yang baru start kerja, regardless company provide medical coverage atau tak, please buat personal medical card. Sebab awak muda lagi. Orang muda jarang stay kat satu tempat kerja dari awal sampai akhir. Karang lagi 4 tahun awak jump company lain, sekali tempat baru tak provide medical card. Dah rugi 4 tahun. Kena tahu ya, lambat satu tahun apply medical card akan menaikkan caruman. Sebab bila umur bertambah, risiko kematian juga bertambah. That's how medical underwriter calculate caruman.

Sebelum beli kereta atau rumah, pastikan medical card dah ada. Sebab bila dah ada komitmen bulanan bayar kereta, hati tu mula rasa berat nak buat medical card. Gaji baru RM2,500 pulak tu. Bayar Honda dah RM1,000. Balance RM1,500. Nak makan, nak petrol, nak holiday dnegan member, nak enjoy -- mulalah terasa duit tak cukup for medical card. Jadi, sebelum ada komitmen yang besar, start with small komitmen dulu iaitu medical card. Buat auto-deduct terus. Jangan bayar online transfer. Chances are, kau akan lapse caruman.

Zaman mak-mak kita dulu, awareness pasal insurans takde. Mak pak kita harap kat pencen. Yang ada kesedaran sikit, pandai menabung kat Tabung Haji and ASB. Kalau takde kesedaran, takdelah. Now merancang kewangan dah banyak. Campak sikit duit kat medical card. Ini untuk perubatan. Pastu campak sikit kat hibah. Ini untuk waris. Untuk hari tua ada KWSP. Takyah campak dah. Pastu campak sikit kat investment. Unit trust ada, ASB ada, fixed deposit pun ada. Pilih jelah satu. Force saving pun boleh. Tolak siap-siap dari gaji. Bila semua dah tolak gaji, yang tinggal tu je la dibelanjakan. Barulah lega.

Bukan tak bergantung pada Allah, tetapi inilah namanya usaha. Takkan nak bertawakal tanpa usaha. Dah usaha barulah berserah. Semoga apa yang dirancang memberi kebaikan. Ini barulah betul. Bukannya pasrah berserah tak tahu hujung pangkal. Takde planning tapi berharap yang datang pada kau semuanya hal yang baik-baik. Dik, nak masak maggi 2 minit tu pun paling tak kena usaha cari maggi dulu baru dapat makan. Kalau berserah gitu je, kau telan angin je lah.