2024-06-11
Kadang suami tu bukannya tak romantik, tapi tak sempat nak tunjuk perhatian.
10 tahun dulu, sorang kawan lelaki aku cakap — “Perempuan yang khayal dan leka melayan drama cerita atau novel cinta, adalah perempuan yang sunyi dengan cinta”.
Aku rasa apa yang dia cakap tu ada betulnya. Maybe tak semua, tapi 90%, TRUE. Sebab aku boleh relate.
Masa single dulu, aku obses bagai nak rak dengan Leslie. Dari umur 12 tahun kot angau dengan Leslie, sampailah ke matrik masih angau dengan Leslie. Time sekolah dulu, asal balik kampung, angkut kaset Leslie memenuhkan bag baju. Tak sampai hati nak tinggalkan Leslie kat rumah sorang-sorang kekdahnya. Agaknya dulu kalau rumah Mak Aji terbakar, kaset Leslie yang aku selamatkan dulu.
Masuk matrik pun angkut kaset Leslie. Padahal aku takde radio pun nak pasang kaset. But isokay. Bawak je kaset dulu. Leslieku harus berada di mana jua aku berada. Kawan-kawan aku kat sana pelik kenapa perempuan ni layan lagu cina. Tapi lama-lama dorang pun terlayan sekali.
Bila aku bercouple dengan si anu, slowly dah tak dengar kaset Cina dah. Pegang kaset Leslie pun tak. Lama juga aku stop dengar Leslie. Jadi, benarlah statement kawan aku tu. Perempuan kalau sunyi dari cinta dan kasih-sayang, habuannya mesti novel cinta. In my case, Leslie. Angau dengan artis.
Eh aku punya angau bukan calang-calang, ya. Dulu tahun 90-an mana ada internet. Apa ajelah sumber aku nak ambil tahu pasal perkembangan Leslie. Dua je sumbernya - Jade Solid Gold dengan Galaxy. Tapi tahun 90-an Leslie bersara dari menyanyi sekejap. Dia tumpu pada acting saja. Dah tentu-tentu tak keluar Jade Solid Gold punya. Maka Galaxy-lah satu-satunya sumber. Gigih aku beli. Walaupun sekecil-kecil muka Leslie dalam tu, aku potong dan simpan. Kawan aku beli bra Triumph dapat poster Leslie, aku beli tau poster tu dari dia. Sanggup tak makan time rehat demi nak kumpul duit beli poster. Nasib baik jugalah dari tahun 1990-1994 Leslie tak menyanyi. Kalau tak, kopak juga aku nak membeli kaset Leslie dengan Beyond serentak.
Masa praktikal (latihan industri), aku dah couple dengan En Wan. Tapi kitorang long distance relationship. Nak jumpa setahun sekali payah, jadi aku kurang kasih-sayang waktu ni. Aku praktikal kat SIRIM. Depan tu Kompleks PKNS Shah Alam. Asal lunch break je, pi kompleks belek-belek novel. Tersangkut dengan Ahadiat Akasyah. Novel cinta semua. Terus hilang kesunyian aku. Dah tak berapa nak kisah sangat kalau En Wan tak call. Sebab seronok melayan percikan kimia dengan novel cinta. Maka dengan ini aku mengesahkan statement kawan aku sangat betul.
Kadang-kadang, bila perati akak-akak yang dah kawen tapi obses dengan drama cinta — it shows that deep down, they are actually longing for the love they have been dreaming of. Disebabkan kasih sayang cinta tu dorang tak dapat dari suami, sebab itu keobsesan tu beralih. Tu yang bergegar ovari tengok drama Korea, padahal laki kat sebelah 😝.
Tak. Kau tak payah nak argue dengan aku bab ni. Aku faham sangat. Kita sama kita tahu benda ni sebenarnya betul. Dia memang macam tu lah. Nak-nak lagi dah masuk tahun ke-20 kawen, takde maknanya nak bergetar ovari lagi dah. Percikan kimia pun dah tak memancor. Meleleh je. Kahkahkah.
Bukan tak sayang. Tapi, this is reality. Apa yang kita jalani dengan pasangan setelah berbelas tahun kawen, dah bukan lagi kerana cinta, tetapi tanggungjawab. We stay kerana ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Dah takde dah nak bersayang-sayang bagai nak rak macam zaman belum kawen dulu. Yang ada now is saling menjaga dan saling menjalankan tanggungjawab. Now dah jadi team work. You do your part, I do my part.
That’s why kita (aku) faham bila ada perempuan umur dah masuk 40-an masih suka layan drama cinta dan novel cinta. Bukan suaminya dah tak best, tapi sekadar nak melayan perasaan. Nak kembali merasa percikan kimia zaman bercinta dulu.
Hari tu masa aku up post kat Iseltwald, Swiss, tempat scene Crash Landing On You, ramai betul cakap En Wan romantik. Nak-nak lagi peminat cerita Korea. Ramai rupanya tengok drama tu. Kat IG aku ada 3-4 orang luahan hati. Suaminya tak romantik katanya.
Aku tanya “Berapa tahun dah kawen?”
5 tahun. 9 tahun.
Hmm..biasa la tu. Ini fasa biasa.
Dia macam ni. Kadang suami tu bukannya tak romantik, tapi tak sempat nak tunjuk perhatian. Bila keluarga dah besar, komitmen dah tinggi, ada banyak benda yang dorang nak pikirkan. Kawan aku yang sama cakap "Nak jaga lelaki senang. Jaga 3 benda - makan kena cukup, tido kena cukup, seks kena cukup". Cuddle, candle lite dinner, roses, honeymoon -- ini semua tak penting dalam senarai mereka, ya. Ini kalau kau nak, kau arrange. Tapi bukanlah semua lelaki macam tu, ada je yang built-in romantik, tapi tak ramailah.
Maka, kau jangan perati yang tak ramai tu. Perati je yang ramai. Kalau suami kita tak romantik macam Zachary Benedict dan Matthew Farrell (siapa baca Judith Mc Naught kenal karakter ni), bermakna suami kita normal. Sebab kebanyakan lelaki memang romantik sebelum kawen je. Maka, tak perlu risau.
Zaman Redza masih kecil, ke mana-mana pegi mesti angkut anak. Bila Redza 6 tahun, keluar sorang hero lagi. Sambunggggg lagi mendokong anak ke mana-mana. Now, anak-anak dah tak nak ikut mak bapak berjalan lagi, barulah mak bapaknya boleh layan late night movie sama-sama, makan berdua, holiday berdua. So, you please sabar, ya. Semua fasa tu kita akan lalui. Buat sementara ni kau layanlah drama Korea dulu.
p/s: Kesan dari angau dengan karakter Matthew Farrell telah diterjemahkan ke dalam bentuk Redza Farrel 🤣.