2024-06-13

Orang yang membesar dengan kepayahan, hidupnya tertumpu untuk capai dan miliki apa yang dia tak pernah rasa.


Semalam aku nampak satu quote ni:

"Orang yg dibesarkan dengan perhatian dan kasih sayang akan membesar dengan objektif untuk hidup dengan cara yang sama. Dia beri kasih sayang dan perhatian yang sama dia dapat semasa kecil, kepada pasangannya.

Manakala orang yang membesar dengan kepayahan, dia membesar dengan survival mode. Hidupnya tertumpu berusaha untuk capai dan miliki apa yang dia tak pernah rasa. Dia hidup dengan consistent struggling".


Aku sangat bersetuju. Sangat. Sebab aku nampak perbezaan aku dengan En Wan.

En Wan tak pernah lalui masa susah, kecuali masa kat Jepun. Itupun dia yang cari susah. Ada duit biasiswa, ada duit poket from family, tapi saja suka-suka nak kerja sawah padi dan jadi storekeeper kat kilang Coke. Hidup dia serba-serbi cukup. Mak bapak orang have-have, makan minum terjaga, maid sampai 3 orang, pergi skolah driver hantar. Kerja dia hanya study. Kasih sayang dan perhatian yang cukup buatkan dia terbiasa dengan environment yang macam tu. Orang yang environmentnya dipenuhi dengan kasih sayang, perhatian and care tend to develop a positive outlook on life and relationships.

Orang-orang macam ni dia dah miliki apa yang orang macam aku tak dapat, dari kecil lagi. Jadi, dia takde apa sangat nak kejar sebab banyak benda dah merasa. Dia membesar dalam keadaan bertenang-tenang. People like this grow up with a strong sense of self-worth and confidence, takde istilah insecure. Background yang nurturing gini buatkan dorang lebih mengutamakan emotional connection, which they naturally extend to their partners and relationships.

On the other hand, aku dibiasakan dengan bersyarat. Kena usaha dulu baru dapat. Nak ini, kau kena capai X dulu. Nak itu, kau kena buktikan dapat Y dulu. Semuanya mesti ada reason. Takde yang buta-buta boleh dapat. Nak makan sate, kena dapat nombor 1. Nombor 1 ya, nombor 2 and 3 tak dapat apa-apa. Aku nak Monopoli yang kecil tu pun, syaratnya UPSR straight As. Padahal Monopoli tu bukanlah beratus harganya. Tapi nilai Monopoli aku adalah result UPSR. Nilai basikal mountain bike aku, adalah result SRP. Nilai hi-fi Aiwa adalah result SPM aku.

Kalau cerita kat orang, kena gelak. Kejadahnya nak basikal baru kena dapat good result SRP? Bukannya basikal mahal mana pun yang aku dapat tu. Dari Form 4 aku kumpul CD Leslie, hanya selepas SPM baru dapat pasang sebab rumah aku hanya ada radio biasa. Takde CD player. Dapat hadiah hi-fi, barulah dapat dengar lagu-lagu dalam CD.

Disebabkan apa yang aku nak semuanya perlu syarat, maka banyak benda yang aku ketepikan. Aim hanya yang betul-betul penting saja. Kesannya boleh nampak sekarang. Aku tak minat barang kemas, tak minat kumpul branded items, tak pernah bercita-cita nak berjalan-jalan macam orang lain. Boleh dikatakan aku seorang yang tak kisah tak memiliki banyak benda. Bukan sebab tak minat, tetapi dah terbiasa pilih yang lebih penting. So that explains, kenapa aku pi Europe pakaian sempoi. Itupun salah satunya kesannya. Kerana pakaian vogue ke overseas tak penting. Yang penting, makan 😝.

Masa couple dengan si anu, walaupun dia menggila, aku still boleh fokus pada study sebab dah terbiasa dengan environment yang harsh. I don't care if kau nak menggila ke apa, kau gilalah sorang-sorang. Aku ada misi nak convert loan ke scholarship, and I nailed it.

Masa En Wan laju-laju nak bertunang sebab nak selamatkan aku dari si anu, terpikir juga dia ni tak kesah ke bertunang time belajar? Mak bapak dia tak marah ke? Dia tak pikir study ke? Kalau aku jangan haraplah nak bertunang time belajar. Mampus kena hempok dengan Mak Aji. Kalau tak kerana kes si anu tu, Mak Aji takkan setuju aku bertunang time belajar.

Aku surprised bila mok and arwah ayah dengan tenang terima bila En Wan call dari Jepun minta family merisik cepat-cepat and nak bertunang 2 bulan selepas tu. Mok cerita, satu family terkejut dia minta merisik. Sebab takde angin takde ribut. Last time dia balik, takde nampak macam orang ada girlfren pun katanya. Tahu-tahu suruh merisik cepat-cepat.

Membesar dalam keluarga yang penuh dengan perhatian, En Wan jadi terbuka nak bercakap pasal kawen walaupun sedang belajar. Family En Wan pula takde tanya "Habis belajar macamana? Kalau fail exam macamana? Macamana nak tanggung anak orang kawen awal sangat?" Takde. And family dia macam cool-cool je dengar dia nak bertunang. Kalau Mak Aji, mampus membebel 2 minggu. Kau ni dah kenapa nak bertunang sangat? Dah gatal bijik? Bingit oi. Konfem.

Apa yang aku nampak, when a person has been consistently shown love and attention dari kecil, they strive to replicate this environment in their own adult lives. They are likely to be affectionate, attentive, and understanding partners, sebab dorang dah dibiasakan dengan kualiti-kualiti tu. Jadi their goal is to build a life yang membina kehidupan yang mencerminkan kemesraan dan kestabilan.

Awal-awal kawen dulu, aku struggle nak match dengan cara En Wan. Ketika tu aku masih ber-mindset-kan sentiasa nak overcome obstacles. Waktu tu aku sambung belajar, jadi takde income. Everytime kalau keluar berjalan En Wan tanya "Nak beli apa-apa tak?". Sebenarnya ada. But my life experiences taught me that success and stability are not given but must be earned. Walau dengan suami sendiri, aku tak berani nak minta apa-apa. Kalau terpaksa, aku minta yang sangat murah. Aku tak rasa layak untuk minta lebih. Sebab tu sampai sekarang, banyak benda aku beli sendiri. Baju, skin care, kosmetik, food. Bukan tak berani nak minta suami, tapi like I said - aku dibesarkan dengan cara kau nak ini, you must give something dulu. Tak boleh senang-senang mintak, dapat.

2-3 tahun pertama kawen En Wan pernah kecil hati bila aku macam tak jealous bila dia keluar main futsal malam-malam, tak pernah check wallet dia, tak pernah tanya password email. Dia tahu aku kawen sebab nak selamatkan diri. Tapi takkan dah bertahun kawen takde lansung jealous suami keluar malam kata dia. Dia terasa macam aku tak kisah kalau dia ada atau takde. Sampai dia cakap "Awak trauma dengan life ke sampai jadi kering hati macam ni?"

Environment aku membesar jauh beza dari dia. Kesannya, aku jadi independent and resilient. Actually aku tak proud lansung menjadi independent and resilient. Sebab itu adalah ciri-ciri mengharungi situasi sukar. Hanya orang yang membesar dengan difficult environment saja tahu being independent and resilient tidak semestinya you kuat. It is just an effect akibat selalu berdepan dengan challenging situations. Secara tak lansung menjadikan aku "You-think-I-care?" person. This survival mode mentality buatkan aku tak mudah nak bergantung pada orang as I have learned to depend primarily on myself. This translate to difficulty in relying on him (En Wan) for support.

Slowly En Wan tame-kan aku dengan ajar aku jadi dependant. Semua benda dia buatkan. Tu yang dulu aku sampai lupa cara nak cucuk duit kat ATM. Now ke mana-mana dia yang bawa kereta dan hantarkan. Nak ke rumah Mak Aji pun kena tunggu dia. Nak beli roti pun tunggu dia. Aku dah terkial-kial nak bawak kereta sekarang. Aku pun rasa aku dah banyak berubah now. Dulu aku kering hati sekering-keringnya. Selamba je tido dalam kereta jap kat Shell bila penat drive. Kadang tu kalau tersampai awal hotel tak leh check-in, aku tido jap kat basement car park gelap-gelap tu. Balik kerja 10-11 malam jalan sorang-sorang kat basement. Check out hotel pukul 3 pagi drive sorang-sorang dari Penang ke Subang Jaya. Sekarang bila pikir balik, aku yang seram dengan perangai aku dulu. Nasib baik tak jadi apa-apa. Sekarang, tido sorang dalam bilik sendiri pun takut. Mana En Wan pegi aku ikut. Mengada-ngada pulak haihhh.

Apa yang aku belajar dari relationship aku dengan En Wan, the way we are raised shapes our approach to life and relationships. Our upbringing menentukan macamana kita menikmati hidup bila besar nanti. Aku cuba untuk taknak bagi anak-anak experience apa yang aku lalui masa kecil. Things yang aku boleh provide tanpa perlu syarat, aku provide. Tak perlu segalanya kena bersyarat. Because anak-anak aku lelaki. Aku tak nak kesannya nanti akan dirasa oleh isteri and anak-anak dorang.