2024-06-24

Sebagai menantu yang duduk di rumah mertua, kau adalah tetamu jangka panjang.


Hari tu masa aku share video Kak Tam basuh kaw-kaw mertua yang sentiasa cari salah menantu, macam biasalah, mesti ada respond dari menantu-menantu yang ada pengalaman serupa. Kesian aku baca cerita sorang-sorang. Maka, beruntunglah kalau mak mertua layan kita baik. Kalau dia tak layan kita sama rata macam menantu lain pun masih ok, asalkan tak menyakitkan hati.

Tahun ni 14 tahun aku and mok tinggal serumah. Semuanya tanpa dirancang. Takde sesiapa plan mok akan tinggal dengan kitorang. It all started masa Rayyan lahir, tahun 2010. Disebabkan lahir tak cukup bulan, mok tak berani nak kitorang letakkan Rayyan di tangan orang lain. Masa ni kitorang belum dapat new bibik. Asalnya En Wan plan minta Mak Aji jagakan. Masa ni Mak Aji dah pencen. Aku yang tak bagi. Mak Aji tak berapa pandai jaga baby. Dia takleh stress. Nanti darah naik.

Aku and En Wan tak pernah petik nama mok untuk jagakan Rayyan. Lepas discaj, Mak Aji duduk rumah aku untuk jaga berpantang. Selepas sebulan, Rayyan pula discaj. Mok datang nak tengok cucu. Disebabkan Rayyan kecil sangat, Mak Aji tak berani nak jaga. Mok pula dah biasa uruskan baby. Kebanyakan cucu memang dia yang jaga. Jadi, mok stay lama di rumah untuk uruskan Rayyan. Dalam tempoh tu kitorang aktif mencari new bibik sebab taknak bagi mok berlama-lama di sini. Bukan tak suka, tapi kesian rumah kampung takde siapa tengok. Bila new bibik sampai, mok bertahan lagi sebulan untuk peratikan bibik buat kerja. Masalahnya, mok tak lepaskan Rayyan. Bibik uruskan rumah, Rayyan tetap mok yang uruskan.

Dari sebulan ke sebulan, dari merangkak, berdiri, berjalan, berlari...eh tau-tau dah Form 2. Mok masih di sini 😄. Bila Rayyan dah start berjalan, kitorang belikan new katil and almari baju untuk bilik mok. Kitorang tak pernah tanya "Mok nak tinggal sini dengan kitorang tak?". Taknak tanya. Nanti dia serba-salah dan segan. Jadi, kitorang terus je belikan new bedroom set supaya mok boleh simpan baju-baju. Selama berbulan-bulan tu dia masih simpan baju dalam beg. Lepas beli bedroom set, mok officially tinggal bersama-sama.

Situasi aku dengan mok, berbeza dengan situasi menantu yang tinggal dengan mertua. Most of cerita-cerita mertua yang cari pasal ni adalah bila menantu tinggal rumah dia. In my case, mertua tinggal rumah aku. Ada beza.

Bila rumah kepunyaan mertua, ditambah dengan usia dorang yang jauh lebih tua, dengan status sebagai mak pula tu -- sikap TUAN tu lebih menebal. Tak kira siapa pun. Bila ada semua kelebihan, dah tentulah jadi lebih bossy. Rumah dia, dialah bos. 

Apa yang Kak Tam cakap tu betul. Mertua jangan anggap menantu adalah bibik. Itu betul. Tetapi, as menantu yang duduk di rumah mertua, janganlah pula tak sedar diri. Bukan tak ada menantu yang tak sedar diri. Ada. 

Adab bila duduk rumah orang, kena tahu bawa diri. Tahulah kau balik kerja penat. Tapi adab duduk rumah orang, respectlah orang tua. Dah dibagi duduk rumah dia, takkanlah makan kau pun nak disiapkan, anak-anak kau nak diuruskan, baju kau nak dibasuhkan. Berapa sen sangat kau campak kat mertua kau setiap bulan? RM1,500 sebulan ada? Nijam maid pun dah RM1,500. Kalau boleh bagi the same, mungkin mertua boleh pejamkan mata dengan perangai pemalas kau. Kalau tak, janganlah berangin bila mertua melahar. Memang patut sangat pun kena sembur.

Aku kalau nak ikutkan, balik kerja nak membongkang. Malas betul nak memasak. Lagipun rumah aku kot. Sukatilah aku nak rajin masak ke, nak tido sampai pagi besok ke kan. Tapi pikirkan mok, gagahkanlah juga memasak. Mok makan sayur-sayur je. Nak tak nak, aku kena masak. Dah alang-alang masak sayur, masak je lah lauk lain sekali. Aku bukan apa. Aku consider mok basuhkan baju, sidaikan baju, lipatkan baju, gosokkan baju. Biarlah memasak aku buat. Penat macamana pun, masak. Itu aku. Yang kau duduk rumah mertua, nak jadi mem pulak. Nak orang uruskan keluarga kau dari A to Z. Kalau takde yang urus, kau merempan cakap takde siapa membantu. Bantu tu untuk SEKALI-SEKALI. Kalau hari-hari nak dibantu, campaklah duit. Barulah orang sedap nak menolong.

Adik ipar aku, CT. 8 tahun dah duduk dengan Mak Aji. Aku & Ima cukup risau sebenarnya bila dorang duduk serumah. Aku and Ima sendiri tak nak berlama-lama duduk dengan Mak Aji 😝. Ibal and CT dah beli rumah lain pun tetap tak dapat keluar dari situ. Modalnya -- "Rumah sekarang bakal jadi rumah Ibal. Buat apa nak pindah?"

Aku cakap, "Tak kasi dorang keluar, takpe. Tapi jangan pula nanti komplen menantu macam-macam. Menantu tu bekerja. Dia ada bos. Kalau bos dia tak kasi balik awal, dia tak boleh balik. Jadi, mama kena tolong uruskan anak-anak dia. Jangan nanti mengeluh pulak".

Benda ni memang kena cakap. Adik-beradik memainkan peranan. Aku tak suka serabut di kemudian hari. Jadi Mak Aji kena faham perkara tu. Jangan nak jadi geng-geng mertua yang melahar tak tentu hala. Kena faham posisi menantu yang bekerja. Kak Long En Wan pun sama. Dia banyak mainkan peranan. Everytime jumpa aku dia akan cakap "Diana tima kasih banyak-banyak jaga mok. Mok tu tua dah. 87 dah umur dia. Kak Long paham kadang dia buat lain, cakap lain".

Kadang kesian tengok CT. Balik kerja naik mandi and solat kejap, pastu laju-laju turun bawah tengok apa-apa yang patut. Kalau Mak Aji dah masak, nanti dia kemas-kemas dapur dulu baru makan. Anak-anak dia dah makan nenek suapkan, tapi nampak je muka mak, yang sorang nak roti canai, yang sorang nak nugget. Kadang pukul 10 malam baru dia makan.

Posisi CT tu, dia tahu duduk dengan mertua, jadi tak berehat sesuka hati. Sebab dia tahu itu rumah orang. Aku beruntung sebab duduk dengan mertua di rumah aku sendiri. Jadi, tak kalut balik kerja nak kelam-kelibut urus rumah pula. Macam CT lain. Dia duduk rumah orang. Jadi ada budi bahasa yang dia kena tunjuk. To me, CT punya common sense tinggi. Aku cakap kat Ibal, kalau terjadi CT hilang keluar dari rumah, kau yang aku pelangkong dulu.

Walaupun apa Kak Tam cakap tu betul, jangan pandang enteng menantu yang tak sedor diri. Jenis ni pun ramai juga. Jenis yang ambil kesempatan di atas keselesaan. Mentang-mentang duduk rumah mertua, ada bilik sendiri, makan disiapkan, baju dibasuhkan, anak dijaga - kemain dia naik tocang. Memanglah itu rumah keluarga suami kau. Tapi agak-agaklah. Jangan nak acah-acah terpaling famili. Family yang benar pun masih masuk dapur tolong memasak. Kau yang menantu pulak terpaling family sampai tak jumpa jalan ke dapur. Kau nampak pemukul lalat ni? Kalau aku libas karang melekat kat kulit.

Weekdays boleh la guna alasan penat. Weekend cubalah ambik alih tugas mertua. Bagi mertua healing dan rest dari memasak. Kau pula take over dapur and segala house chores. Jangan pikir kau punya healing je. Nak bersenang-lenang macam mem, gi pindah rumah sewa sendiri. Pastu tengok macamana tunggang-terbalik rumah kau. Masa tu baru kau nampak berapa banyak kerja mertua kau selama ni menguruskan rumah.  

Sebagai menantu yang duduk di rumah mertua, kau adalah tetamu jangka panjang. Walaupun keluarga mertua mesra dan anggap kau macam anak sendiri, tetap ada batas-batas yang sepatutnya dijaga. Bukan apa, takut terlebih sudu dari kuah tanpa sedar. Orang takkan tunjuk depan kita dia tak suka, tapi dia sama dia mungkin ada group whatsapp lain. Hahahaha.

Mertua yang baik mungkin akan sediakan segala keperluan menantu tanpa banyak soal. Tapi tak bermakna dia buat sebab dia sayang kita. Boleh jadi dia buat sebab sayangkan anak lelakinya dan cucu-cucunya. Jadi, elakkan ambil kesempatan atas kebaikan ini secara berlebihan. Lambat laun boleh menimbulkan rasa tidak senang. 

Appreciate every bit of help given dan cubalah untuk balas dengan kebaikan lain. Jangan bangga canang kat kawan "Mertua aku ok je kalau aku balik lambat". No! Kalau ada peluang balik awal, baliklah awal. Mentang-mentang mertua ok, kau melencong mengopi dengan kawan nak healing lepas balik kerja. Kerja tak seberapa, healing lebih. Weekend kalau tak kerja, usahakan bawak anak-anak tu keluar berjalan. Kasi chan mertua berehat. Ni tak. Dah lah weekdays orang tua tu menjaga anak-anak kau, weekend pun nak mintak tolong dorang juga?