Dia punya bendul tu takleh bincang. Itu satu hal. Satu hal lagi, berkira sungguh. Bab berkira ni aku faham. Kau tak payahlah nak syarah pasal kerja. Sebab aku celik-celik mata bukan carry family bisnes terus jadi boss. Tak. Aku start dengan jadi pekerja juga. Merasa dah kemas store segala. Jadi kalau aku harapkan pekerja buat sesuatu, mestilah yang masih dalam skop kerja ataupun yang bukan susah sangat. Maksudnya sambil-sambil pun boleh buat.
Budak ni bahagian admin. Antara kerja-kerjanya adalah handle purchase and inventory. Aku minta dia kalau free kemaskan balik filing. Kalau nak new folder bagitahu. Dia taknak buat kau tahu?? Dia kata filing lama tu pekerja lama buat. Dia nak buat new kerja saja. Aku cakap, filing lama tu pun esok lusa kau kena selak juga sebab kau handle purchase. Macamana pun nanti kena tengok balik rekod purchase, rekod inventory segala. Kalau aku, benda memang aku akan buat kot. Aku lagi suka nak mengemaskan file ikut cara aku supaya senang nak buat kerja.
But some people pergi kerja hanya untuk kerja, balik, dan hujung bulan ambil gaji. Dia taknak buat lebih. Apa-apa di luar job scope dia lansung taknak ambil tahu. Tapi bila orang lain naik jadi leader, dia question. Kau nak jadi leader camana kalau kerja lain tak tahu buat? Seumur hidup nak buat kerja yang sama pastu berangan jadi HOD? Lambertttttt lagi.
Bak kata boss aku dulu — job and career are 2 different things. Some people hanya ada job. Pergi, balik, ambil gaji. Some people ada career. Dia datang kerja untuk buat kerja dia, learn new things, learn task orang lain, willing participate dalam projects, and tak berkira nak buat lebih. Jenis yang ada career ni, dia tahu buat banyak benda dalam company tu. Dan dia faham the flow of the business walaupun dia seorang clerk.
Mak Aji pencen kerani. Tapi dia rapat dengan bos-bos dia lebih dari PA boss tu sendiri. Mak Aji pernah duduk JB seminggu menjaga anak bossnya yang eksiden. Boss tu kebetulan di overseas. Padahal ada PA, ya. Tapi boss mintak Mak Aji tengokkan anak dia. Kitorang 3 beradik ni pandai-pandailah jaga diri kat rumah. Nasib aku pandai masak sikit lebih kurang. Buatlah apa yang patut. Masa tu aku menengah rendah.
Aku takdelah harap staff buat macam tu. Aku pun idok le takde otak nak menyuruh yang bukan-bukan. Tapi entahlah, memang ada orang yang berkira sungguh bab kerja. Jadi bila dia berkira, aku jadi malas nak bagi task lebih-lebih sebab nanti dia tak buat dengan sepenuh hati. Aku pass pada orang lain. Bila orang lain perform, orang tu lah dapat benefitnya. Pastu kau pun bengang, and resign. Dah tu, aku nak buat apa? Memang taklah aku nak counter offer perangai berkira gini. Dengan senang hati aku terima surat resign. Bertanya “Kenapa nak resign?” — pun tak.
Bab berkira ni, kadang antara adik-beradik, ipar-duai and kawan-kawan pun ada. Dalam sinki ada seketul mug, dia tak basuh. Padahal dia tengah basuh pinggan dia makan. Alasannya, bukan mug dia. Dia macam ni tau. Kalau rumah tu tak ramai orang, memang aku panggil je “Siapa minum tak cuci? Basuh mug kau sekarang”. Tapi kalau dalam tu ramai orang, kau basuhkanlah dulu. Pastu kau nak sound, silakan.
Angkat baju pun sama. Dah kau angkat baju, angkatlah sekali mana-mana yang kering tu. Kendian announce “Siapa tadi basuh baju? Baju semua dah angkat ada dalam bakul. Nanti pilih and lipat sendiri”. Apa yang susahnya. Tahan dia pilih selai-selai kat ampaian. Alahaiii.
Aku ada sorang staff yang bila tengok cara dia buat kerja di ofis, boleh tahu camana dia kemas rumah dia. Kalau dalam toilet tisu gulung dah habis. Dia tak biarkan kertas gulung tu tergantung sampai tahun depan. Dia cari tisu baru dan pasangkan. Kalau mug and pinggan kat rak basuhan dan kering, dia lap and simpankan dalam kabinet. Kalau balang biskut dah nak kosong dia tambahkan new biskut. Alang-alang dia nak buka new stock dari dalam store, dia susun-susunkan stok yang lain sama.
Orang macam ni kalau dia resign cari kerja tempat lain pun aku willing jadi reference. Ambillah. Kalau tak ambil, rugi. Sebab orang macam ni willing to learn new things. Effort dia nak buat lebih tu ditunjukkan dalam bentuk rajin mengemas.
Terpulanglah kalau orang kata “Buat lebih pun bukan naik gaji”. Aku pernah jadi pekerja yang bekerja di company yang tak mampu nak bagi gaji besar. Tapi kerana nak gaji lebih, jadi aku belajar buat banyak benda dulu. Ambik sebanyak-banyak ilmu, buat lebih dari sekadar job scope. Participate dalam pelbagai program. Buat je dulu. Jangan berkira. Rasa-rasa dah strong resume, applylah kerja tempat lain. Baru mantap bila interview kau boleh bagi jawapan yang konfiden.
Allah kadang tak bagi kita naik pangkat dan gaji di tempat itu, tapi tempat itu menjadi batu loncatan kita dapat gaji lebih di tempat lain.
Yang selalu komplen “Kerja banyak tapi gaji tak naik” ni selalunya dia nak buat kerja rutin je. Dia sendiri tak konfiden nak cari kerja lain sebab tahu diri tu tak power mana. Banyak benda dia tak tahu buat. Sebab tu dia kekal stay. Tapi komplen hari-hari. Eh kau.