2024-05-30

Bila tak boleh beat kau, dia akan kutuk fizikal kau


Tadi lalu kat FB aku gambar ni:

Jangankan tidak, tak dapat hencap mak bapak, anak pula jadi mangsa. Inilah penyakit orang zaman sekarang. Penyakit media sosial. Dah takde boundaries. Menulis tak pakai otak, sebab emosi menguasai diri. Orang zaman media sosial ni sebenarnya lembik, mudah koyak dan insecure to the core. Tengok je lah sekarang. Siapa yang lebih sikit, kena kecam. Yang cantik, kena kecam. Yang kaya, kena kecam. Yang pandai, kena kecam. Yang berjaya, kena kecam.

Zaman sekarang ni orang cenderung mengangkat seseorang yang tak mencabar ego mereka. Orang lebih suka pada kisah-kisah orang hidup sederhana, balik kampung angkut 5 orang naik motor, berbuka puasa dengan garam -- cerita-cerita macam ni orang lebih suka. Bukan sebab simpati, tetapi sebab kisah-kisah ni tak mencabar ego mereka. Kau jangan cerita kau straight As, kau dapat 3 PhD, kau beli kereta sport. Jangan cerita kalau hantar anak kau kelas swimming, kelas piano, kelas ballet. Jangan cerita kalau anak kau juara debat antara sekolah, anak kau pelajar terbaik. Jangan cerita. Mampus kena hencap.

Orang tak suka benda-benda macam tu sebab tercabar ego. Tu pasal puak-puak ni kalau dai tak mampu nak beat kau, anak kau pulak jadi mangsa. Jenis apa yang samakan anak orang dengan muka haiwan?? Tang mana yang macam haiwan?

Lagi satu aku berasa pelik kat those yang kalau tengok gambar suka zoom in zoom out. Kelebet betul-betul. Kau cari apa? Insecure ke camana. Nak cari apa yang kurang?

Masa Redza kecil, pernah terkena macam anak Syamel ni.

Redza kulit gelap, gemuk, hidung tak mancung macam bapaknya, mata sepet. Nak mengencap aku, aku sejenis tak ambil peduli. Dia mengutuk Redza pulak.

"Kemek macam muka mak"

"Gelap macam mak"

"Kesian muka anak kau"


Dulu blog aku boleh komen. Maka banyaklah komen-komen bitter gini.

Dah anak aku, haruslah ikut muka aku. Anak aku bukan setakat muka je ikut aku. Bijak pun macam aku. Hah, anak kau yang helok sangat tu apa khabar pulak? *libas tumit*

Kalau kau nak tahu tahap orang tu sakit hati tak tentu arah, ujung-ujung mesti dia start ejek fizikal. Itu je lah modal dia. Sebab nak lawan bab lain, tak boleh menang. Habis kuat dia kutuk muka kau, kutuk badan kau, kutuk anak kau. Macam Syamel and Erni ni pun gitu nasibnya. Nak beat dorang takleh, so dia harukkan anak orang tu pulak. Pegi repair otaklah.

Zaamn 80-90 an dulu, kalau sesiapa yang kurang pandai, kurang berada, kurang bakat - masing-masing sedar diri. Tahu diri tu ada kekurangan. Sama ada memajukan diri, atau senyapkan diri. Contoh, tak pandai. Sehabis boleh nak sorokkan bodoh supaya orang tak tahu. Zaman sekarang tak, ya. Kalau kau pandai, senyap. Jangan ditunjuk. Kalau kau bodoh, silakan ke depan. Tayang bodoh tu. Announce sekali. Sebab takpe, ramai backup kebodohan kau. Rating pun tinggi.

Kau berada? Senyap. Jangan cerita apa kau buat dengan life kau. Kena kecam. Nanti kau dituduh tak bersedekah dan takde empati pada orang yang susah. Silap-silap kena cop istidraj. Tapi kalau kau duduk rumah senget menanti roboh, tunjuk. Nanti ramai backup. Sumbangan pun mederu-deru. Last-last kena prank se-Malaysia.

Tengok budak yang bangga tayang result SPM G and TH semalam. Aku tak sedih dengan result dia, sebab itu adalah pilihan dia sendiri. Tapi sedih dengan perangai. Acah-acah rezeki Allah luas. Bukan hanya pada sekeping sijil SPM katanya. Kepala hangguk kau! Result SPM yang G and TH tu lah menunjukkan sikap sebenar kau. PEMALAS! Kalau dah dasar pemalas, rezeki pun tak nak singgah. Takyah nak sembang pasal rezekilah. Dapat pergi sekolah 5 tahun tu dah rezeki dah. Tapi apa kau buat dengan rezeki Allah bagi? Sia-siakan. Belajar tak. Exam tak hadir. Pastu berangan nak dapat rezeki lain? 

Makin meluat dan menyampah dengan orang yang menormalisasikan "Takpelah, ada rezeki kat tempat lain".

Eh hello, kau dengar sini. Statement tu tak boleh pakai sebarang-sebarang, ya. Kalau budak tu belajar, dah berusaha, dah buat sehabis baik tapi keputusan tak menyebelahi dia, lain cerita. Boleh pakai nasihat tu. Tapi kalau budak sengaja tak nak belajar, pastu acah-acah pasrah dengan takdir, statementnya adalah "Kecik-kecik tak nak mampus!"