2024-05-31

Kenapa sempoi sangat ke Paris


Post-post aku di FB and IG tentang trip Europe hari tu, ramai nau bertanya kenapa aku sempoi sangat ke Paris and Swiss. Macam baju duduk kat Malaysia. Tak pernah lagi tengok orang pi Europe countries se-sempoi aku katanya. Selalunya orang ber-OOTD over the top.

Orang lain tu pergi sana sini berambik berjemput, dik. Ada tukang angkat beg segala. Akak kau ni sorong tarik beg baju size XL sendiri. ya. Pak incik aku tu suka trip yang kejap melompat naik train, kejap melompat naik bas, kejap naik cab. Hari tu sikitttt lagi dia nak angkut aku naik feri pulak. Aku tenungggg je muka dia. Sebab itulah aku pilih untuk pakai seringkas mungkin. Lagipun, aku tak merancang untuk pergi. Orang lain memang plan untuk pergi. Dah tentulah ada persiapan sekali. Aku ni betul-betul tak ambil tahu. Nasib baik dia tak jual aku kat Milan.

Ada yang tanya "Kak Di pernah tak sangka akan ke Paris?"

Tak. Jangankan kata tak sangka, berangan pun tak pernah. Setiap kali dengar kawan-kawan bercerita dorang ke overseas, aku pelik macamana dorang berani naik flight. Itu je concern aku. Disebabkan naik flight adalah satu masalah, jadi aku tak pernah berangan nak ke Paris. Kalau orang lain pergi pun, I am happy for them. Benda yang kita tak mahu, buat apa nak jealous, ye tak?

Tapi tu lah, Allah punya plan. Benda yang aku tak pernah terfikir dan tak pernah mintak, itulah yang Dia bagi tahun ni. Dia nak bagi aku zikir panjang sikit. Duduk rumah aman tenang kurang ingat Dia. Meh Aku hantar kau ke Paris kejap. Biar banyak sikit ingat Aku katanya.

I am happy for En Wan sebenarnya. Dah lama sangat dia pujuk aku ke sana. Lama sangat. Setiap tahun dia ajak aku. Meh la pi UK. Meh la Pi Paris. Meh la pi Swiss. Pernah sekali dulu kat Matta Fair dah hampir-hampir nak confirm ke Istanbul. Aku dengar flight ambil masa 11 jam, terus aku angkat bontot blah dari booth. Masa ke Korea dulu gitulah. Punyalah En Wan nak aku ikut juga, sanggup dia buang masa ambil transit Hong Kong supaya aku tak rasa terbeban long flight. Orang lain rilek je Kl-Korea sap-sap soi. Kitorang KL-HK-Korea. Tu semua puncanya akulah. Tapi takpe, sebab Cathay flight makanan sedappppp. Dapat aiskrim Haagen Dazs. Dan juga dapat aura Leslie bila turun airport Hong Kong. Mbhahahaha.

Hari tu En Wan dapat invitation ke Beijing untuk MDRT conference. 5 hari. Aku dah tenung dia dari Milan lagi. Kau jangan nak jek-jek aku ikut, ya. Rasuah aku singgah Hong Kong pun aku takkan ikut.

Masa jalan-jalan kat sana hari tu pun En Wan tanya "Di pernah sangka tak dapat husband yang suka berjalan-jalan macam abang?"

Aku sebenarnya nak jawab "Saya kawen dengan awak sebab nak selamatkan diri ya, tak sempat nak pikir sangka ke tak sangka" 😆😆

Tapi cakap dalam hati je lah. Kejam sangatlah pulak nak cakap gitu. Dia tinggalkan aku kat situ karang, keras terus.
Aku cakap kat dia, aku ni dari kecil tak pernah pergi bercuti, melainkan ikut Pak Aji gi outstation. Kalau Pak Aji tak dapat peluang outstation, memang sampai ke sudah aku tak kenal tempat lain selain Tampin and Muar. Memang dah biasa duduk di rumah. Sebab tu sampai sekarang aku suka melekat di rumah. Pergi overseas lansung tak pernah ada dalam impian aku. Bukan tak mahu berimpian, cuma tak rasa ada keperluan. Duduk rumah and eat good food are my happiness.

Aku berjinak-jinak holiday ke overseas sejak kawen dengan En Wan. En Wan kata "Awak ni bukan tak mampu, tapi perlukan orang influence. Influence terbaik adalah abang"

Ya, aku terpaksa setuju dengan statement riak dia tu. Dulu ikut Pak Aji outstation, dorang pergi jalan-jalan sight seeing, aku duduk hotel. Nak tengok cerita cina pukul 6. Even ke Langkawi duduk hut tepi beach, aku terperuk dalam hut yang ada sekadar tilam and katil. Nama aku nak merayap tepi beach mandi lauk ke, main pasir ke, memang tak. Malas. Kawan-kawan masa kat uni jalan-jalan weekend ke air terjun, atau ke mana-mana, aku tak join. Rela duduk terperuk dalam bilik. Entah apa yang aku buat dulu tak tahulah. Bukannya ada smartfon pun. Laptop pun takde. Baca buku ke? Ah kau Diana, macam bagus je nak baca buku. Kahkahkah.

Tapi dengan En Wan, akhirnya aku berjaya ke overseas. Paksa rela. Aku ingat lagi lepas kawen, En Wan kata "Abang belum ada bajet nak bawa pi honeymoon. Nanti eh?"

Honeymoon? Sumpah tak terpikir lansung. Keadaan aku dulu memaksa aku pikir untuk kawen cepat je. Lain-lain kendian pikir.

Aku ni umpannya satu je - FOOD. Nak umpan aku keluar dari rumah, ajaklah aku gi makan. Roti naan pun jadi je. Janji benda makanan. Tak tahulah, maybe kekurangan makanan time kecil dulu. Dah besar ni develop kecintaan terhadap makanan lebih dari segalanya. Mbhahaha. Ibal kalau datang rumah aku, buka cabinet dapur, "Ni apa ni? Speedmart 99?" 😆😆. Berderet jajan-jajan. Widad kemain suka datang rumah Malong. Bukak fridge siap boleh pilih-pilih nak air kotak apa. Malong kau troma kekurangan makanan dalam fridge zaman kecil dulu, nak. Dulu sehari sampai 14 kali bukak katop fridge. Padahal dah tahu dah takde makanan, tapi nak juga bukak check. Manalah tau ada keajaiban. KahKahkah. Last-last kunyah ikan bilis mentah.

Kesian En Wan. Punyalah excited nak bawa aku ke sana hari tu, dia spend banyak supaya aku selesa. Taknak aku serik kot. Kalau aku serik, mungkin rancangan masa depannya musnah. Expenses trip ke sana hari tu bukannya murah. Dan dia prepare and plan semuanya sendiri. Aku terkejut masa kat Swiss, keluar-keluar shower nampak bersusun-susun pek kembara nasi lemak rendang, nasi tomato, nasi goreng, ikan bilik Che Nor. Bila masa dia beli tak tahulah.

Setiap kali balik berjalan, memang penat. Dengan En Wan ni bukan setakat berjalan-jalan, tetapi literally BERJALAN. Aku lemau. Jadi dia yang preparekan semua meal aku.

"Di nak makan apa hari ni, nak nasi lemak? Nasi goreng?"
Dialah yang siap semua.

Pagi pun sama. Dia yang siapkan breakfast. Siapkan bekal teh O panas dalam flusk sekali.

Laundry pun sama. Dia buat. Aku membontoti mengabiskan boreh je.

Gigih sangat dia provide keselesaan. Aku syak ini semua bukan ikhlas. Mesti ada benda dia dah plan ni.

By the way, next week En Wan ada kerja di Penang-Kedah-Perlis. Aku ikut sebab taknak tido sorang kat rumah. Siapa nak jumpa dia untuk tanya-tanya pasal medical card atau hibah, silakan whatsapp dia untuk appointment ya - 012-4407757.