2024-03-05

Kawan is kawan. Business is business.


"Kak Di ada tak kawan-kawan yang dah ada pangkat dan sombong?"

Ada. Ramai kawan-kawan aku yang ada title, pangkat, jawatan-jawatan tinggi.
Tapi tak serapat dengan kawan-kawan yang aku biasa lepak.
Yang rajin melepak sama ni, semuanya kepala masuk air.

Ada juga kawan-kawan yang susah nak berjumpa tapi rajin sembang kat whatsapp.
Kawan-kawan jenis ni mostly kerja kerajaan atau yang berjawatan di kerajaan.
Aku tak berapa nak exposekan dorang because ada yang dah jadi Pegawai Kanan, Ketua Jabatan dan Dekan di uni.
Ni semua masuk air juga bila berjumpa cuma aku elakkan share di media sosial because they have reputasi untuk dijaga.
Jawatan dah tinggi, pegawai bawahan ada 50-60 orang, takkan nak tunjuk video bertepuk-tampar terbahak-bahak.
Aku takpelah, I am nobody.

Ada juga 1-2 kawan yang kecik hati dengan kawan-kawan yang berpangkat ni.
Katanya dah sombong sejak ada jawatan.

Actually tak semua macam tu.
Macam kawan-kawan aku yang bertitle ni rajin je bersembang kat whatsapp, video call, kadang-kadang zoom.
Zoom semata-mata nak mengumpat orang politik pun pernah. Gigih.
Tapi nak berjumpa tu berat sikit.
Jadi kita as kawan kadang-kadang kenalah faham.
Bukannya dorang taknak lepakking sama-sama mengeteh, cuma dorang mungkin tak dapat menjadi diri sendiri in public.
Dia kat ofis selama ni serius agaknya.
Kalau terserempak dengan staff tengah bertepuk-tampar dengan aku karang, pulak reputasi dia.
Tak ke naya member?

Aku takde member yang sombong, berlagak, atau yang menjatuhkan.
Ketika aku menulis ni, takde.
Sebab yang ada sombong, berlagak dan menjatuhkan semuanya aku dah kick dari list.

Dorang wujud, cuma tak wujud dalam circle aku.
Semaklah orang-orang macam ni ada dalam circle.
Nak bersembang pun takde mood.
Dahlah aku ni kalau menyampah kat orang jelas terpancar di wajah.
Lebih baik buang awal-awal.
Kurang sikit kedutan kat wajah aku.

Sesiapa yang ada kawan yang sombong, showing off, merendah-rendahkan orang lain -- the choice is yours.
Kalau larat nak hadap, silakan.
Kalau tak, jauhkan diri. Bukannya susah sangat.
Tinggal lagi kita tak sampai hati.
Takut kita pulak diumpatnya. Kita pulak dikata sombong.
Maklumlah orang-orang macam ni pandai manipulasi fakta.

At this age, aku dah tak kuasa bertolak-ansur dengan manusia yang menjatuhkan orang lain.
Takde energy dah nak main cak-cak dengan orang gini.
Umur 20-an dulu lainlah.
Kau buat aku, aku buat kau balik.
Now, aku bagi silent treatment je.
I protect my peace.

Bila dah umur-umur gini kan, kadang terpikir apesal zaman muda dulu aku concern sangat nak menjaga hati orang yang terang-terang menyakitkan hati?
Menunggu member datang sampai 2 jam last-last dia kata tak jadi datang.
Punnn aku boleh reply, "Oh ok. Takpelah kalau macam tu".
Padahal 2 jam aku melangok ni.
Yang peliknya, dia buat lagi benda yang sama dan aku masih boleh "Oh, oklah" (???).
Like, kau kenapa bengap, Diana?

Aku ada tengok satu video.
Dia kata sometimes kita yang ajar orang how to treat us.
Bila kita willing menunggu 2 jam, dia akan buat lagi sebab dia tahu kita ok with menunggu 2 jam.
Bila kita always memaafkan, dia akan buat salah lagi sebab dia tahu kita end up akan memaafkan.
Especially dalam urusan kerja.
Kalau kawan offer satu job, jangan tinggalkan bab payment.
Bab payment kena bincang. Kena ada black and white.
Jangan berlebih kurang hanya kerana korang berdua berkawan. Never.

Mungkin kali ni dia bayar on time.
Next round, dia start bayar lewat seminggu.
Kemudian lewat 2 minggu.
Sebab apa?
Sebab kau allow dia untuk treat you like that.

Jangan! Kawan is kawan. Business is business.
In work, please be profesional.
Member buat kerja dan siap on time, kalau perjanjian bayar on the spot, on the spot dia kena dibayar.
Jangan kerana korang berkawan dah lama, kau pun kata "Takpelah, tak sampai hati nak mintak bayaran. Sampai masa dia bagilah nanti".
NOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!

Kalau kawan kau jujur, sebelum deadline lagi dia dah jumpa kau and explain if payment lambat sikit.
Tapi kalau dia buat senyap sampai ke sudah, maknanya kau telah dipergunakan.

Kadang kita ni bukan apa.
Terpengaruh dengan cerita fiksyen.
Nak jadi kawan sejatilah.
Yang bertolak-ansur. Yang memahami. Yang tak berkira.
Masalahnya itu bukan ciri-ciri kawan sejati, tapi kawan yang bodoh.
Dah terkena beberapa kali masih lagi nak percaya.