2024-03-01

Dapat sekolah mana u olls?


Malam tadi ramai parents check keputusan anak-anak ke SBP, kan?
Semalam aku and En Wan padam awal, maklumlah dah takde anak yang nak masuk Form 1.
Macam tahun lepas, kitorang sama macam korang, pukul 12 tengah malam dah kalut check result Rayyan.
Alhamdulillah, berjaya dan keluar dah pun dari STAR 🤣.

Tahniah Tahniah Tahniah.
Ada parents bagitau aku anak-anaknya dapat sekian-sekian sekolah.
Selamat bertabah, ya.
3 bulan pertama tu selamat ukur jalanlah.
Aku dulu setiap minggu naik Ipoh.
Dia ingat Ipoh tu belakang rumah dia agaknya tetiap minggu mintak maknya datang sana.
Pakkal ada masalah kesihatan.
Kalau sihat walafiat macam abang dia, memang aku tinggalkan.

Ini ☝🏻.
Musim orang nak masuk boarding school, video lama aku kat TikTok tiba-tiba naik balik.
Takde apa pun video ni, cuma video Redza visit Rayyan kat STAR dulu.
Dalam video tu aku letak juga gambar Rayyan visit abang kat Langkawi masa Redza kat sana.
Pastu orang atas ni komen.

Aku tak tahulah sama ada aku menjawab soalan ke tak. Harapnya, ya.
Zaman Redza dulu no question asked sebab zaman masih guna result UPSR.
Cuma nak masuk MRSM ada interview.
SBP masa ni masih lagi guna result UPSR, takde interview.
Jadi, takde dakwa-dakwi.

Zaman Rayyan dah start mak bapak berbunyi kenapa anak dia tak dapat, kenapa anak kawan dapat, kenapa jiran belakang rumah dapat, etc.
Jadi, soalan-soalan seperti "Macamana anak-anak boleh dapat sekolah bagus-bagus" adalah sesuatu yang susah nak dijawab.
Walau bagaimanapun, kemasukan ke sekolah-sekolah ni tetap ada exam khas.

Now that I think about it, kalau akhirnya anak-anak ini kena lalu EXAM untuk kemasukan ke boarding school, why not buat je balik UPSR, kan senang?
Sebab ujung-ujung dorang tetap kena tempuh exam juga. Betul tak?

Samalah macam "kononnya", SPM score tinggi-tinggi tak penting.
Memanglah tak penting mana score ni.
Tapi sekarang ni budak-budak yang score tu bersepah!
Tahun lepas yang straights A nak dekat 9000 orang oi!
Bila nak isi UPU, atau nak apply program tajaan, course yang hebat-hebat ni requirements-nya tinggi-tinggi.
Program tajaan terang-terang tulis "Sekurang-kurangnya 7A". Camana tu?
Ujung-ujung yang A juga dimintak.
Jadi, kenapa tak start je semula macam dulu.
Buat UPSR, SRP (PMR/PT3), dan SPM.

Entahlah, itu pandangan aku as orang awam yang pernah lalui moment-moment apply anak ke boarding school and universiti.
Pandangan orang yang gubal polisi maybe berbeza.

Contohnya macam tajaan ke luar negara.
Nak masuk ke program tajaan tu requires at least 7As.
Nak fly ke overseas nanti ada another requirement pula dari universiti luar negara.
Kena hit certain-certain point pula.

Ko faham tak maksud aku?
Maknanya putar macamana pun, hujung-hujung result exam jugak yang ditengok.
So why not kita start balik pakai benda yang dah tau memang terpakai seantero dunia?

Kepada parents yang anak-anak nak mendaftar, please KERINGKAN HATI.
Kalau anak takde masalah kesihatan, biarkan je dia dalam tu.
Jangan dilayan homesick dorang.
Melainkan dia dah start buat perangai.

Percayalah cakap aku, environment sekolah rendah dan menengah berbeza.
Lebih susah nak monitor pembelajaran anak-anak peringkat remaja di peringkat sekolah menengah, especially sekolah harian.

Bukan susah apa tau.
Kalau setakat nak anak pergi sekolah, balik sekolah, tak bercampur dengan kawan-kawan yang tak baik - that is easy.
Yang susah tu adalah kita kena participate sama.
Kalau kau taknak participate, memang takde hal.
Tapi bila kau nak participate, effort bukan calang-calang kena bagi. LETIH!

Especially working parents.
Pagi dah keluar, lewat petang baru sampai rumah. Terus masak.
Gedebak gedebuk, lepas Isyak baru nak melunjur kaki tapi kena mentusyenkan anak.
By the time habis, dah pukul 10.30 malam.
Nak tengok cerita Tamil pun dah tak larat. Padam awal.
Esok pagi 4.30 dah bangkit, and rutin yang sama start again.

Kat boarding school, anak-anak kita akan lalui rutin yang sama juga, cuma bezanya, di sana dia terikat dengan peraturan.
Budak-budak ni, kalau peraturan mak bapak buatkan takde makna dia nak takut.
Kalau cikgu and sekolah punya rules, baru dia patuh.
Lagipun kat sana semuanya dibuat secara berkumpulan.
Nak culas tu payah sebab orang sekeliling patuh.
Tu pasal kalau dapat peluang duduk boarding school biarkan je kat sana.

Dengan Rayyan ni memang kena monitor closely.
Walaupun cuti sekolah, exam dah habis, dia hanya rest Sabtu & Ahad.
Hari lain tetap kena buat latihan.
Sepanjang cuti sekolah, kelas tusyen tetap on.
Exam sekolah dah habis lama, exam kat rumah tak habis lagi.

"Form 4 adik nak masuk MRSM lah, Ma"

Ha baru kau rasa kan rules mak bapak kau kat rumah camana.
Sampai givap nak masuk MRSM terus 😆.
Tu pasal abang kau lagi sanggup duduk Langkawi dulu agaknya.

Bukan nak dia pandai sangat, tapi nak create satu disiplin.
Kat boarding school walaupun banyak aktiviti sukan, riadah, persatuan, band dan segala tok nenek aktiviti, kesibukan tu semua create satu tanggungjawab.
Kat rumah, lain. Especially bila kita kerja 9-5 everyday.
Entah apa dia buat kat rumah kalau tak dibagi tugasan.
Dahlah Rayyan sekolah petang, lagilah aku menyampah.
Petang bukan waktu sesuai untuk belajar.
Rutin pagi lebih produktif.
Tahun depan sekolah dia masih sesi petang untuk Form 2. Tension aku.

Kat sekolah menengah harian support group dari kalangan mak bapak sangat kurang sebab mak bapak kepenatan bekerja.
Takde masa nak monitor closely.
Maka pandai-pandai kaulah Diana inisiatif join grup kawan-kawan yang rajin explore sana sini untuk anak-anak.
Biology Explorer Competition, International Mathematical Olympiad National Selection Test (IMONTS), World Scholar's Cup, Kangaroo Maths, Kancil Science, Beaver Computational Thinking Competition - eh macam-macamlah.

Redza masa Kat Langkawi dulu, cikgu-cikgu sana aware tau competition-competition macam ni.
Dorang hantar student join.
Tapi kalau sekolah harian ni kau kena inisiatif sendiri.
What to do. Terpaksalahhh.
Ni aku nak mencari debate class.
Kau banyak sangat mulut kat rumah kan, meh sini aku nak tengok kau berdebate dengan orang.

Join competition macam ni bukannya nak menang sangat.
It may look like a competition, but isn't one at all.
It's a celebration of learning.