2024-03-16

Adakah life kita yang biasa-biasa ni buatkan kita lebih?


Aku selalu dengar ustaz-ustaz cakap "Ujian kesenangan lebih susah nak ditanggung berbanding ujian kesusahan".
Kerana semasa senang, selalunya payah nak ingat Tuhan.

Orang yang susah lebih selalu ingat Tuhan.
Sujud mereka lebih lama.
Doa mereka lebih panjang.
Zikir mereka lebih banyak.

Lain bila hati tengah senang.
Solat pun lambat, hujung waktu.
Doa nak cepat-cepat.
Istighfar kadang tak sempat.

Wallahualam sejauh mana kebenarannya. Boleh jadi betul.
Tapi ada je orang yang dah tahu hidup sudah, makin buat hal yang menambahkan susah.

Semalam aku nampak satu komen kat IG.
Dia komen video seorang artis.

"Kenapa artis-artis yang bulan-bulan puasa pun tak reti tutup aurat, tapi hidup senang?"

Pastu ada orang balas “Itu istidraj”.

Eh?? Suka-suka je label orang lain istidraj.

Menyampah gila everytime baca komen yang melabelkan orang lain as istidraj.
Bagi aku istidraj tu bukan untuk menghukum orang lain, tetapi lebih kepada reminder diri sendiri agar tak melepasi had itu.

Pelik betul dengan netizen.
Sikit-sikit istidraj.
Mana kau tahu itu istidraj?

Pernah tak terfikir, boleh jadi kesenangan yang dia dapat adalah kerana kebaikan dia yang kita tak nampak?

Contoh, ya. Ini sekadar contoh.
Aku suka tengok IG sorang artis ni.
Ya, dia sexy. Dia clubbing.
Apa yang dia buat, urusan dia dengan Allah.
Ada suami, suami handle.
Ada mak bapak, mak bapaknya handle.
Aku as orang luar, suka, tengok. Tak suka, blah.

Enjoy tengok life dia full of colors.
Gi holiday, bekerja, buat bisnes accessories, hang out dengan kawan, eat good food.
Dan aku suka everytime dia accessorizing her outfit.
Dari cara dia accessorizing her outfit boleh nampak dia ni orangnya make use apa yang ada.
Dia happy dan enjoy apa yang dia ada.
Dengan aku-aku sekali jadi seronok tengok.

Ada je orang komen "Pakai sexy-sexy tak takut mati ke?".

That is so harsh, girl.
Orang tu tak kacau kau pun.
Dia hanya share aktiviti kat IG saja.
Siapa nak tengok, tengok. Tak nak tengok, tak payah tengok.
 
Your uncouth comment reflects your rotten heart!
Kau rasa cara kau menegur tu boleh jadi asbab kebaikan ke? Lansung tak!
Menambahkan orang benci pada people yang bertudung bajet baik, padahal terpaling setan.

Ustaz aku cakap dalam surah An-Nas ada maksud ayat yang berbunyi:

"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia" (An Nas 5-6).

Maksudnya apa?

Maksudnya, dari kalangan manusia pun ada yang setan!
Macam kau lah. Yang konon nasihatkan orang.
Konon menegur untuk kebaikan. Tapi takde adab.
Perasan diri baik. Padahal setan. Heh!

Notice tak orang-orang yang nampak macam jahil ni, their circle of friends semua best-best? 
Kau perasan tak?
Yang jenis suka berparty, melepak kat high-class places, eat good food — lingkungan dorang adalah dari orang-orang positif vibes.

Bukan nak encourage that kind of life, tapi kau tau tak kenapa dorang ni lead a happy life?

Because circle-circle people like this, takde sakit hati kat orang lain, especially member sendiri.
Dorang saling menyokong each other.
They want their group to remain classy and continue enjoying life.
That's why they don't envy each other, instead, they support one another.
Hati dorang BERSIH. 
Aku anggap kerana itu life dorang nampak smooth.

Those yang rajin menerakakan orang ni, hati kau tu selalu berprasangka buruk.
Selalu merasa orang lain jahil dan jahat.
Kau rasa diri terpalinggggg bagus.
Tu pasal kau susah nak rasa bahagia.
Sebab perasan bagus.

Secara lojiknya, kalau dah bagus, takde apa yang perlu di-upgrade-kan lagi, ye tak?
Tu pasal life kau kekal gitu. 
Allah pun tak nak bagi improvement kat kau, sebab kau dah rasa diri kau lebih baik dari orang lain.

Maybe yes those public fugures jahil. Tapi belum tentu jahat.
Dorang cuma belum faham.
Dan kalaupun dorang jahat, bukan jahat kat manusia.
Jahat dorang adalah dengan diri sendiri.
Pakai sexy. Clubbing. Hu-ha-hu-ha. Tak kacau orang lain pun.
Orang-orang begini, once hidayah tu sampai, they transform habis!
Jauh lebih baik dari yang lain.
Sebab hati mereka bersih dari dulu!

Kita ni pun masih jahil (kita tu akulah, bukan orang lain).
Berasa diri macam dah tahu semua, tapi bila dengar ceramah-ceramah agama, la haiii baru tahu rupanya diri tu banyak yang tak betul dari betul.
Maka lebih baik aku diam dulu, sebelum hukum orang lain istidraj.

Sumpah tak faham kenapa always nak cari buruk orang?
Tak boleh ke kau tengok post orang diam-diam?
Suka, like. Tak suka, jangan tengok.
Ini tak. Tak suka, tapi tadah diri mengadap post-post orang tu every day.
Siap follow pulak tu.   
Pastu tulis komen macam sakit mental.
 
Life orang tu continue happening regardless apa pun kau cakap.
Life kau pulak apa khabar?
Berubah jadi lebih baik lepas menghentam orang?
Tak pun. Gitu jugak hauknya.
Anak bersepah. Laki biawak. Rumah tongkang pecah. Hutang berlonggok. Kan?

Bak kata ustaz "Ujian kesenangan lebih susah nak dijalani berbanding ujian kesusahan. Kerana semasa senang, selalunya payah nak ingat Tuhan"

SENANG tu tak bermaksud kaya-raya berlimpah harta.
Duduk dalam rumah yang selesa, pun senang.
Ada kerja gaji tetap, pun senang.
Sampai waktu makan ada benda nak dimakan, pun senang.
Nak memerut tak payah angkut air dari luar, paip meluncur laju air, pun senang.
Bilik tido beraircond dapat tido nyenyak, pun senang.

Tapi tanya diri sendiri, adakah kesenangan tu buatkan kita segar bangun solat malam?
Mengubah sujud kita jadi lebih lama?
Zikir lebih lama? 
Istighfar lebih bersungguh?
Mengaji lebih banyak?
Khatam Quran setiap 2-3 bulan?
Solat di awal waktu? 
Rajin jamu orang makan?
Banyak berbuat baik pada orang lain? 
Banyak muhasabah?

Kalau semua keselesaan tu tak mengubah diri jadi lebih baik, masih sama je macam dulu, toksah mengaku-ngaku diri tu lebih baik dari orang.
Entah-entah kita sebenarnya sedang diuji dengan istidraj.