2023-10-16

Ujung-ujung nak juga tudung Palestine


Ok, dengan pencerahan dari beberapa friends di IG, aku dah faham apesal orang minta aku bagi pandangan pasal tudung Palestine Duck.
Sorry, aku memang no idea lansung isu ni.
Pertamanya, aku tak follow Vivy.
Dan aku juga bukan Duckers, jadi aku tak up-to-date dengan product-product mereka.
Tapi bukan aku boikot Duck.
Aku pernah beli beberapa produk, contohnya planner.
Nak tengok kualiti paper, design and packaging.
Pernah juga beli shawl sebab nak rasa materialnya.
Lepas tu aku jual balik.

Kepada yang sekapal dengan aku, yang tak tahu kisah pasal tudung Palestine Duck ni.
Kisahnya, Duck keluarkan produk in solidarity untuk Palestine.
Antaranya shawl, mug dan beg (tak sure kalau ada lain).
Katanya, semua PROFIT dari penjualan Palestine series ni akan disumbangkan ke badan yang menguruskan dana untuk Palestine.
Dalam erti kata lain, dorang ambil balik modal/kos, tetapi keuntungan tak ambil.
To me, oklah tu.
So apa benda yang isunya?

Rupanya, yang jadi isu tu bila netizen membandingkan antara sumbangan Duck dengan Khairul Aming (KA).
KA sumbang 100% dari jualan (kos dan profit) kepada Palestine.
Duck sumbang profit only.

*krik krik krik krik krik krik*

Entah. Aku tak nampak kat mana yang jadi isunya.
Sama-sama menyumbang kot.
Tapi ye lah, netizen.
Faham je lah perangai netizen.
Dorang ni sebenarnya BITTER dengan Vivy. Itu je.
Apa benda yang Vivy buat semuanya nak dikritik.

Pada aku, apa yang Vivy buat baik. KA juga baik.
Takde sesiapa yang lebih baik kat sini.
Ini hal sumbangan.
Sumbangan bermaksud memberi sesuatu tanpa mengharapkan ganjaran.
Kedua-duanya bagi sesuatu tanpa ambil sikit pun keuntungan.
Jadi, kat mana yang jadi isunya?
Lainlah kalau Duck kata nak salurkan sumbangan tapi tak salur. Ini barulah sesuatu.

Ujung-ujung yang dipetik "Tudung mahal!"

Tak. Sekarang ni, dia ada paksa kau beli, ke? Tak, kan?
Lainlah tudung tu mandatori semua orang kena beli.
Hah ni barulah dengan aku aku sekali merempan.

Tudung dia mahal bukan masalah kita.
Tak keluar duit ke se-sen pun.
Sama macam orang jual kereta.
Dia nak jual harga A, itu hak dia.
Mampu, beli. Tak mampu, cari lain.
Kau melolong-lolong bertempik "Kereta dia mahal! Kereta dia mahal tak masuk akal!", ujung-ujung orang lain beli. Nak cakap apa?
Dah tentulah kau cakap "Bodohnya siapa beli kereta tu sebab banyak lagi kereta murah yang lain".
Of cos kena cakap pembeli tu bodoh.
Takkan nak mengaku kau tak mampu beli kereta tu, ye tak? 🙄

Look.
Aku faham apa sebenarnya yang buatkan Duck kena hencap kali ni.
It is not about design Palestine tu, tapi sebab ramai bitter dengan life dia yang ada segala-galanya.
Isu design Palestine hanya jalan masuk untuk menghencap berjemaah.
Aku tak nampak apa yang salah bila dia hanya mahu sumbang profit.
Sukati dialah kalau dia nak keep the cost.
Dia menawarkan produk untuk mereka yang nak beli.
Dan mereka yang beli telah BERSETUJU untuk beli pada harga sekian-sekian ratus.
Yang membeli, hanya mahukan produk.
They don't care about price pun.
Kenapa yang tak membeli pulak bising?

Kadang aku tak faham.
Orang tu tak jual sama produk dengan kau.
On top if that, dia jual harga yang lebih mahal dari kau.
Pun kau bising? Halah halahhh.

Ingatlah. Kita bukan target market dia.
Samalah macam sambal KA.
Walaupun mampu milik, aku tak pernah beli his sambal sebab aku bukan target market dia.
Target market dia adalah orang yang suka makan sambal, tahan pedas dan suka masak.
Aku tak tahan pedas dan juga malas masak.
Jadi aku perlukan sambal yang dah disertakan dengan lauknya sekali.
Contohnya orang yang jual frozen lauk.
Hah, ini baru aku adalah target marketnya.
Walaupun lauk frozen tu orang kata mahal, lebih baik masak sendiri tapi I don't care mahal ke tak, asalkan aku tak payah masak.
Reheat-reheat je.
You get it?
Kita beli kerana kita PERLU.
Kalau perlu, dah tak pikir pasal harga dah.

Ada satu komen tu aku baca, "Kat TikTok pun ada jual tudung Palestine. Murah je"

Senyum je aku baca.
Ujung-ujung nak juga tudung Palestine tapi beli yang jual murah.
Tu maknanya, bitter sebab Duck jual mahal.
Kalau Duck buat lelong RM25 sehelai agaknya yang menghencap ni yang awal-awal queue beli.
Lepas tu jual balik dengan harga Tel Aviv. Eleh.

Aku bukan Duckers. Tapi aku menyampah orang yang selalu pertikaikan produk Duck.
It is not about mahal atau murah, tapi orang trust branding Vivy.
People nowadays bukan beli sebab murah semata.
People buy sebab trust, sebab kualiti, sebab prestij, sebab influence.
Bukan sebab harga.
Jadi tak payah nak sarkastik sangat "Ada lagi ke orang beli Duck?"
Ada dik, ada. Ramai.
Yang beli tu mostly her followers.
Her followers beli kerana they trust her. 

2-3 bulan kebelakangan ni En Wan dapat ramai new client dari kalangan kawan kepada client.
Client yang dah sign up policy 7-8 bulan lepas refer kawan-kawan dorang kepada En Wan. 
Itulah yang aku cakap tadi, trust plays a significant role alongside price when it comes to purchasing decisions.
Orang sekarang dah tak beli semata-mata murah.
Ramai yang beli sebab mahukan good product, atau good service, atau ada added value, reputasi dan transparency.
Hujung sekali baru orang tanya harga.