2023-03-31

"Apa sebenarnya yang Kak Di lalui masa kat TKC?"


Beberapa orang muskil kenapa aku troma masuk sekolah Rayyan hari tu.

"Apa sebenarnya yang Kak Di lalui masa kat TKC?"

😆😆😆

Takde apa, dik. Hakak kau ni je yang mengada-ngada.
Orang lain happy terpilih masuk best school, hakak kau melalak nak balik.
Jangan slah faham. TKC ok.
Aku tak tahulah sekarang, kan.
Aku masuk tahun 1990. Masa tu ok la juga.
Sekarang lagi ok rasanya sebab new building.

Aku cuma tak suka hidup berjadual. Itu saja.
Sebenarnya aku bukan homesick sangat kat TKC dulu.
Aku cuma jadikan alasan je.
Yang benornya aku tak suka hidup diatur.
Makan sekian-sekian waktu. Petang kena turun main.
Kalau tak nak main tetap kena turun, at least duduk tepi court tengok kawan main.
Bangun tersangat awal demi nak cop shower.
Petang wajib prep. Malam wajib prep.
Sekian-sekian waktu lights off.
Kehidupan berjadual di sana sangat bagus, cuma ia bukan untuk aku. Itu saja.

Disebabkan kehidupan begitu tak terpakai untuk aku, tetapi aku kena stay di sana, itulah yang buatkan aku jadi semacam trauma.
6 bulan duduk sana, terasa hazab sungguh.
6 bulan tu cukup lama untuk aku tanggung, kesannya sampai sekarang.
Nak kata kena ragging, aku tak kena ragging yang teruk-teruk pun.
Seingat aku, sidaikan baju akak senior and basuhkan kasut dia je.
Lepas tu kena menyanyi lagu raya kat lounge Mahsuri (blok aku dulu). Tu je.
Cuma tu lah, the sistem hidup berjadual tu aku tak berkenan.
Aku ni jadual waktu pun tak pernah salin, ya. Main ingat gitu je.
Inikan pulak kena duduk dalam "jadual". Bengong kejap aku.

Masa kat sana, everytime weekend, aku ok je.
Boleh gelak-gelak dengan member.
Sebab weekend lebih santai.
Tak payah bangun awal pagi sangat.
Tak payah nak berebut cop shower.
Tak ada prep.
Segalanya rilek-rilek.
Masuk je Monday, stress aku datang balik.
The hidup berjadual yang jadi masalah, yang buatkan aku rasa I don't belong here.

Aku kenal diri and kemampuan aku kat mana.
I can sense if something is not right for me.
Dari awal masuk sana aku dah rasa this school and the system is not me.
Aku takkan boleh lama kat sini.
Tapi disebabkan aku tahu TKC is among the best school in Malaysia, aku cuba juga untuk stay.
6 bulan, still aku takleh adapt dengan sistem ni, I chose to quit.

Kesian juga dengan Mak Aji and Pak Aji.
Dorang bangga sangat aku dapat TKC.
Because dulu, pemilihan ke SBP 100% based on UPSR.
Maknanya betul-betul berdasarkan exam.
Takde libat ko-kurikulum ke, kau aktif sukan ke, kau wakil negeri ke. Takde.
Pure tengok result UPSR.
Dan SBP Premier macam TKC, STF, SSP, MCKK, STAR, SAS, SMSAH ni semua memang dari dulu orang tahu hanya cream student saja terpilih masuk sini.
Even kat sekolah rendah aku dulu, hanya student yang dapat ke SBP Premier sahaja namanya akan diletakkan kat notice board.
Everytime nak ke kantin, aku perati list nama-nama kakak and abang-abang senior tahun lepas yang dapat ke sekolah-sekolah premier ni.
Tapi masa tu sekadar lalu dan tengok je la, tak pernah ada azam pun sebab sekolah aku ramai budak pandai-pandai.
Aku tak rasa aku terpilih.
Aku hanya aim sekolah menengah harian je.

Eh sekali aku dapat.
Tahun aku pergi tu, dari sekolah aku 3 orang dapat TKC (aku, Misuraya and Shazlina ke apa nama budak tu), 2 orang STF (Dini and Idlan), 2 orang MCKK (Masrul and Firdaus), and 2 orang STAR (ini aku tak ingat namanya).
Tu yang mak bapak aku proud sangat aku dapat sana.
Disebabkan itu aku cuba gak bertahan, but I is kenotttt.
I suka duduk rumah kerahan tenaga oleh Mak Aji.

Drama jugalah lepas aku quit tu.
Mak Aji kecewa sangat aku quit, sampai dia suruh bapak aku jangan daftarkan aku ke mana-mana sekolah.
Biar tak sekolah. Duduk rumah buat kerja rumah.
Siapa mintak, kahwinkan je!
Haaa, gitu ya Mak Aji punya penangan.

2 minggu aku tak bersekolah lepas quit TKC.
Betul-betul jadi bibik kat rumah.
Dari siang ikan, memasak, mengemas, menggosok, menyiapkan adik nak ke sekolah - semua aku buat.
Masa tu Ima lansung tak dibenarkan tolong aku buat kerja.
Mak Aji suruh Ima study je.
Agaknya Ima yang troma tengok aku kena drill kat rumah, tu yang bila dia dapat ke SMSAH, terus dia stay.
Tak berani dia nak quit.

Sebab tu aku cakap, if I can survive Mak Aji, I can survive all. Kahkahkah.
Dia perah cukup-cukup aku kat rumah.
2 minggu aku bertahan jadi bibik.
Aku syak dia hampir givap tengok aku rilek je kena buat semua kerja.
Padahal aku belum reti siang ikan, ayam, sotong semua tau.
Tapi berkat aku duduk dapur memerhatikan dia buat semua benda ni dulu, walaupun ingat-ingat lupa, aku bedallll.
Tak terkata beliau aku boleh settlekan semua hal-hal kat rumah.
Masak pun boleh tahan power la untuk umur 13 tahun.
Tapi kasar lah lauk tu jadinya.
Potong sayur pun besor-besor.
Gasakk. Nak makan, makan. Taknak makan, gi tido.
Wahhh kemain Diana eksyennya sekarang. Dulu tak berani sound gitu 😆.

Ima kesian tengok aku.
Dia nasihatkan aku "Kau baliklah TKC. Lagi bagus duduk sana dari kena kerah macam ni kat rumah".
Nak balik amendenya, aku dah quit masa tu.
Walau kena 'dera' gitu pun, aku pilih untuk duduk rumah.
Because like I said, aku kenal diri aku and kemampuan aku kat mana.
Karang orang lain makin cerdik duduk sana, aku jadi makin bangang.
Biorlah kena kerahan tenaga kat rumah, janji aku tak perlu hidup berjadual.

Lepas 2 minggu Pak Aji daftarkan aku ke sekolah menengah harian.
Pak Aji kan orang Jabatan Pendidikan.
Salah tak sekolahkan anak.
Nak lagi dia orang pendidikan, apa nak jawab kalau orang find out anak sendiri tak disekolahkan?
Maka aku pun patah balik sekolah biasa.
Tapi Mak Aji tak lepaskan aku begitu saja, ya.
Dia letakkan syarat "Kau kalau tak dapat nombor 1, siap!"
Dia punya "siap" tu aku dah kira-kira, ini sama ada kena belasah, atau kena tido luar rumah.
Aku tak pikir panjang bab tu sebab dua-dua tu masih ok lagi.
At least masih di rumah. Bukan kena tido surau. Hehehe.

Mustahillah aku nak dapat nombor 1.
Aku quit dari TKC dah bulan berapa.
By the time masuk sekolah biasa, lagi beberapa bulan nak exam akhir tahun.
Dahlah kat sana aku tak study lansung sebab mogok taknak belajar.
Lepas tu tak bersekolah 2 minggu pulak.
Alih-alih nak kejar dapat nombor 1. Memang idok le.
Aku hanya berjaya setakat nombor 4.
Itu pun dah habis pulun dah tu.
Nasib baiklahh Ima tak quit.
Terubat juga hati mak bapak aku nak tengok ada anaknya di SBP.
Kalau Ima pun quit, aku tak tahulah apa yang akan terjadi.
Mau beralih paksi galaxy agaknya.

Maka, jangan spekulasi apa-apa kenapa aku trauma masa hantar Rayyan hari tu.
TKC ok. Aku je yang tak ok.
Maybe the old buildings mengingatkan aku memori lama.
Ingat tak masa Rayyan kena masuk PPUM hari tu aku cakap aku macam kena anxiety attack sebab teringat memori kat TKC?
It's the building and environment di PPUM yang buatkan aku teringat memori lama. Itu saja.
That's why masa Redza kat Langkawi aku rilek-rilek saja sebab environmentnya berbeza.
Ni aku dah cool-cool tau.
Kau tengok nanti time aku hantar Rayyan balik ke Ipoh, mesti debaran ni datang semula. Kau tengoklah.
I guess, this feeling akan kekal sampai bila-bila.