2022-12-20

Dari awal Allah dah tahu apa yang aku perlu.


Terlalu ramai yang mendoakan Rayyan, terima kasih.
Tak sempat aku balas satu per satu.
Yang DM, yang PM, yang whatsapp, yang di ruangan komen, yang whatsapp.
Allah, beruntungnya Rayyan ramai yang mendoakan.
Moga semua doa baik-baik ni Allah angkat, makbulkan dan dikembalikan kepada yang mendoakan.

Sekejap je Allah nak tarik nikmat sihat tu, tak perlu demam atau selsema.
Tersadung kaki light-light pun boleh patah tulang.

Ada macam-macam treatment yang terkini, tapi bila tulang adalah tulang yang masih membesar, tetap tak dapat dibuat surgery.

Ada kemampuan kewangan, tapi kalau takde bilik yang available, kau tetap tak dapat upgrade je bilik yang special.

Kau sihat, tapi dek kerana mengenangkan anak yang tak sihat, dengan kau-kau jatuh sakit tak semena-mena.

Kau kuat, tapi bila anak sakit, dengan kau-kau sekali lembik macam nak rebah.

Aku berdoa agar tidak ada ibu yang melalui apa yang aku lalui, atau seumpamanya.
Tidak ada ibu yang patut merasa situasi tu.
Lelah, cemas, risau, sedih, takut - semua bercampur jadi satu.
Aku ni, dengar siren ambulance terus berdebar dah now. Masih lagi troma.

Sihat adalah nikmat percuma yang Allah bagi yang kita selalu ambil mudah.
Tangan, Allah bagi percuma.
Tapi kalau dah terkehel, nak makan pun kena harap ihsan orang suapkan.

Kaki, Allah bagi percuma.
Tapi kalau dah patah, nak melangkah setapak pun berpapah.

Dulu aku suka mengenang masa silam.
Tapi sekarang kejadian 10 hari tu kalau boleh aku taknak ingat dah. Serta-merta naik berdebar. 
Padahal semua dah berlalu, hanya menunggu patah tu baik saja.
Dah takde yang kritikal lagi, tapi entahlah.
Maybe keadaan masih baru, jadi masih terasa-rasa debar dan cemasnya.

Rayyan ok je, aku rasa aku je yang macam tak ok.
Rayyan dah start kelas tusyen dengan apak beliau. En Wan tak kasi chan.
Yang sakit tu kaki katanya. Tempat lain semua tak sakit.
Sambil baring pun boleh buat latihan. Gitu apaknya punya konsep.

Aku letak gambar ni kat IG, orang tanya berapa harga bilik Rayyan ni.
Entah, aku tak tahu. Bilik ni baru tukar semalam.
Kisahnya, bilik kitorang dapat hari tu paling hujung.
The wifi lansung tak dapat.
Jadi aku request tukar bilik lain sebab Dr kata kami di sini lama.
Maknanya aku and En Wan akan silih berganti kena buat kerja dari hospital, maka strong internet is a must.
Boleh je nak buat kerja kat ruang tengah (depan kaunter ada ruang untuk lepak-lepak). Situ wifi kuat.
Tapi, dah tak jadi kerja pulak aku duduk hospital tapi tak dapat tengok Rayyan sebab duduk kat luar menyiapkan kerja.
Baik aku masuk ofis terus kalau gitu.

Semalam, En Wan kata the management upgrade terus bilik ke executive suite, tingkat atas sekali.
Aku dengar macam...?? Upgrade?
Eh, kita tak minta upgrade. Hanya minta tukar ke bilik depan sikit biar boleh tangkap wifi.
Tapi the nurse kata the management yang suruh upgrade terus ke suite.
Entah siapalah "the management" tu.
Alhamdulillah, rezeki kaulah, dik.
Berkat sabar dengan bilik RTK agaknya 😁, terus kat sini dapat layanan wad executive.
En Wan mesej aku "Bolehlah buat video demo makeup remover kat sini, toilet dia macam kat hotel" 😆.

Now rutin aku dan En Wan berubah sikit.
Agak padat dan penat sikit tapi masih terlalu banyak yang perlu aku syukurkan.

Yang pertama, syukur it is not cancer.
Yang kedua, syukur dapat wad yang selesa.
Yang ketiga, syukur kami boleh stay with Rayyan kalau mahu. Takde kekangan seperti di PPUM hanya sorang je yang boleh menjaga.
Yang keempat, hospital pun dekat tak jauh mana, masih mampu berulang-alik.
Yang kelima, dalam keadaan kecoh macam ni, hal kerja staff yang uruskan.
Yang keenam, kerjaya kami yang flexible memudahkan untuk urus itu dan ini.
Yang ketujuh, aku and En Wan diberikan kesihatan, kekuatan dan kemudahan untuk menguruskan apa yang patut.

Banyak lagi kalau nak dicari.
Bukti Allah itu Maha Baik.
Aku je yang selalu lupa betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi selama ni.
Bila Allah bagi anak aku patah kaki je, terasa betul banyak nikmat hilang.

Nikmat apa?

Nikmat satu keluarga berkumpul di rumah, dalam keadaan sihat dan tenang.
Nikmat memiliki suami yang always ada dengan aku, walaupun dia kaki kondem.
Nikmat setiap malam suami tidur di sisi.
Nikmat dapat bekerja dengan hati yang tenang.
Nikmat selera makan dan tido nyenyak.

Dek kerana kaki patah sikit je, semua tadi puffff hilang sekejapan.
Padahal sebelum ni, aku tak nampak itu sebagai satu nikmat.
Aku jamin ramai yang tak anggap itu adalah nikmat sebab semua orang pun dapat, betul tak?

Semua orang ada keluarga yang duduk berkumpul di rumah setiap hari.
Semua orang (most of us), malam tido bersama pasangan.
Semua isteri tido sebelah suami (normally).
Semua orang rutin harian pergi kerja.
Setakat tido nyenyak and makan, semua orang pun tido and makan.

Kita anggap semua tu benda biasa yang takde specialnya.
Kita aim benda-benda yang lebih lagi contohnya, ada Ferrari, ada banglo 4 tingkat, travel overseas dengan 1st class seat, celebrate anniversaty di hotel 5 stars, unlimited cash, etc.
Sedangkan dalam keadaan takde semua yang extra vaganza ni, kita masih lagi mampu hidup seadanya.
Tapi bila nikmat sihat ditarik, masa tu barulah sedar sesungguhnya nikmat sihat adalah sebesar-besar nikmat yang Allah bagi PERCUMA!
At least, itulah yang aku sedar sekarang.
Dulu sedar dah, tapi sedar sekali lalu je lah.
Bila terjadi kejadian pada Rayyan, aku benar-benar sedar dan faham.

Aku kalau tido akan berpegangan tangan (menggenggam) dengan En Wan.
From day 1 memang itulah cara kami tido.
Sejak Rayyan masuk hospital, kitorang "terpisah" tempat tido.
Aku jadi susah nak tido sebab En Wan takde kat sebelah.
Semalam aku hampir-hampir nak ketuk bilik mok nak tido sekali. Kahkahkah.
Karang mok ingat aku buang tebiat pulak.
Ajak Redza "Ja, tido bilik mama malam ni, nak?".
Redza pandang aku "Hah?". Muka konfius.
Aku rasa dia risau maknya pelik semacam sejak beberapa hari ni.
Balik kolej awal pulak anak aku ni karang, seram dengan mak sendiri 😆.'

Itu baru cerita tido. Belum cerita masak, makan.
Memasak pun menangis.
Sebab lepas makan aku akan makan sorang.
Selalunya aku makan, dia teman. Dia makan, aku teman.
Now, aku masak untuk mok and Redza.
End up aku tak makan sebab nanti makan sambil nangis.
Benda simple je semua ni.
Tapi tunggulah bila nikmat tu Allah tarik, kau akan rasa pedih yang sangat mendalam.

Allah sedang mengajar aku bahawa bahagia tu tak perlu bersusah-payah. Ada je depan mata.
Selama ni aku rasa bahagia tu bila duit sentiasa ada, dapat makan sedap-sedap, dapat shopping, dapat holiday, etc.
Kaki Rayyan patah je, terus aku nampak dah bahagia yang sememangnya aku perlukan Allah dah bagi bertahun-tahun, dalam rumah yang sama!

Some people maybe bahagia yang dia perlukan ada di tempat lain.
Tapi untuk aku, bahagia tu memang ada dalam rumah dah.
Bahagia untuk aku rupanya simple je, tak susah mana - laki ada kat rumah, makan sama, terbaring berdua layan Tamil depan TV, anak-anak sihat kejap-kejap minta belikan McD.
Rupanya ini bahagia aku. Allah Maha Tahu.

Dari awal lagi DIA dah atur apa yang aku perlu untuk bahagia.
Patutlah dari kecil aku dibiasakan dengan hidup sederhana, duduk rumah, tak bercuti ke mana-mana, makan apa yang ada, dapat belajar kat TKC pun aku quit sebab nak duduk rumah, takut naik flight.
Hint tu dah ada. Dari awal lagi hint tu Allah dah bagi.
Kau punya bahagia tu simple dan murah je, Diana.
Bahagia kau adalah duduk rumah, santai dengan anak and suami, makan berger takde sos, layan Tamil, pakai henbeg Hush Puppies je, lenjan kasut Bata.
Allah...Allah. Dari awal Allah dah tahu apa yang aku perlu.
Allah dah tahu itulah kebahagian kau, Diana.

Ok, aku dah menangis balik.
Later sambung.