2022-07-18

Rezeki tahun ini makin kurang sedangkan ibadah lebih baik dari tahun lepas.


"Kenapa rezeki saya makin kurang kebelakangan ini sedangkan ibadah saya lebih baik dari tahun lepas. Solat lima waktu makin terjaga. Jauh lebih baik dari sebelum".

Ini soalan yang susah, bukan aku yang layak menjawab.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan "rezeki saya makin kurang"?
Adakah maksudnya duit?

Rezeki merangkumi apa saja, bukan sekadar duit.
Tak selalunya rezeki datang dalam bentuk material.
Sihat badan jauh dari penyakit pun namanya rezeki.
Dalam keadaan sekarang penyakit bersepah-sepah, kalau diri kita masih sihat, itu adalah bentuk rezeki yang sangat mewah.

Ada rezeki yang perlu dicari dan ada yang dah ada dengan sendirinya sejak azali.
Allah datangkan setiap makhluk dengan pakej rezekinya sendiri.
Takkan sama dengan orang lain, jadi tak perlulah bandingkan pakej kita dengan jiran sebelah.
Memang takkan sama.
Ada sebab kenapa jiran sebelah lebih mewah dari kita.
Ada sebab kenapa orang lain pendapatannya lebih banyak dari kita.
Takde kaitan dengan ibadah atau solat tak solat.
Itu adalah pakej dia. Kita ada pakej kita.
Nanti esok di akhirat kita akan dihisab berdasarkan pakej yang kita dapat.
Kalau pakej kita banyak, banyaklah hisabnya.
Kalau pakej sikit, mungkin sikitlah hisabnya.

Jangan rasa nasib kita kurang baik bila kawan dapat bonus 6 bulan, atau penjawat awam dapat kelebihan itu ini.
Itu pakej dia. Kita ada pakej sendiri.
Yang kita punya ni pun belum tahu lagi lepas ke tak nak jawab esok.
Toksah kisah pakej orang.
Kalaupun pakejnya kelihatan lebih istimewa, itu di mata kita saja.
Yang dapat pakej istimewa tu agaknya masih rasa tak cukup dengan apa yang dia dapat.
Pepatah kan ada sebut "Besar periuk, besar keraknya".
Dapat banyak, banyaklah juga belanjanya.
Suka mengeluh kerana tak puas dengan apa yang dimiliki pun termasuk kebiasaan yang menghambat rezeki.

Tidak akan berkurang rezeki yang Allah dah janjikan dalam pakej kita, walau sebutir nasi.
Dan yang penting, rezeki yang dijamin Allah PASTI halal dan baik.
Dalam rezeki disertakan dengan berkah, halal dan haram.
Pendek kata, kalau rezeki itu halal, cenderung baik.
Yang haram, pasti buruk.
Rezeki haram sebenarnya tak ada.
Tapi ia wujud kerana manusia memaksanya untuk wujud dengan cara mencarinya sambil melanggar norma dan peraturan agama.

Jadi agaknya kenapa this follower musykil semakin banyak ibadah, semakin terjaga solat, tetapi semakin berkurang rezekiya (maybe dia maksudkan duit). Why?

Ini pandangan aku saja, berdasarkan hukum lojik aku saja.
Boleh pakai, kalau mahu pakai.
Kalau tak mahu pakai, abaikan.

Ketika kita sudah memperbaiki urusan ibadah, ketika sudah terjaganya solat, pasti dalam setiap doanya meminta diberikan rezeki yang halal dan barokah.
Dan apabila Allah mengabulkan doa itu, rezeki yang dulu yang kategori rezeki yang tidak baik sudah terputus dari dia.
Yang tinggal hanyalah rezeki yang baik-baik.

Solat mencegah perbuatan mungkar.
Rezeki tidak boleh dimurahkan asbab rajin solat.
Rezeki kekal dan mungkin bertambah jika terus istiqomah.
Boleh jadi rezeki (duit/pendapatan) berkurang kerana doa awak makbul.
Allah hanya bagi awak rezeki yang halal dan baik.
Rezeki haram telah diputuskan. Maka, bersyukurlah.

Dah alang-alang ni, nak share juga satu pertanyaan follower.
Dia kata life dia makin backwards sejak suami diberhentikan kerja masa PKP.
Now suami masih tak ada kerja tetap, tolong-tolong buat online sales.
Katanya dulu 2-3 bulan sekali sedekah kat tahfiz, rumah anak yatim and buat makan-makan kat untuk anak-anak tahfiz.
Now dah tak dapat buat macam tu lagi.

Sedekah pun selalu disebut-sebut sebagai amalan yang boleh mendatangkan rezeki.
Hakikatnya ramai yang mengeluh dah bersedekah tetapi rezeki masih gitu-gitu je.
Mungkin ada di kalangan kita salah sorang yang sedang melalui fasa ni - makin banyak bersedekah makin tak cukup.
Sedangkan banyak juga kisah-kisah yang orang share tentang keajaiban sedekah.
Katanya pagi tu sedekah RM10, petang dapat cabutan bertuah RM1000 (contoh).
Ajaib ya, terus dibalas Allah.
Tapi kenapa certain people tak berlaku keajaiban yang sama?

Adakah betul kerana sedekah maka rezeki bertambah (again, rezeki konteks ini selalu berkisarkan tentang DUIT).
Jawapannya, dah tentu TIDAK.
Kerana ramai yang lebih konsisten bersedekah tetapi tidak mengalami keajaiban rezeki (duit).

Jadi apa yang menyebabkan keajaiban?

Yang sebenarnya, bukan sedekah yang salah, bukan juga Allah tak menunaikan janji, tetapi akal manusia itu sendiri yang menjadikan sedekah itu sia-sia. Ramai yang menyalahkan Allah.

"Saya dah bersedekah, tetapi rezeki saya tak bertambah, makin tak cukup".

"Saya rajin bersedekah, tetapi business saya bakrup dan saya muflis".

"Saya bersedekah setiap hari dengan niat anak saya sembuh dari penyakit, tetapi anak saya tak sembuh-sembuh".


Semua amalan mestilah berdasarkan pemahaman yang betul.
Selama ini kita hanya diajar tentang amalan, kena buat A, kena buat B, kena baca C dan sebagainya.
Tetapi takde pun yang nak mendalami apa maksud sebenar di sebalik amalan tu.
Ramai yang tak mahu "berfikir" tentangnya, hanya ikut-ikut saja bila disuruh.
Pernah tak terfikir tentang maksud amalan sedekah?
Atau buat saja tak pernah ambil tahu pun maksudnya?
Kalau tak mahu berfikir bermakna kita tidak melaksanakan perintah Allah.
Sedangkan jika mengaku mempunyai Tuhan, maka kita harus BERFIKIR.

Kunci bertambahnya rezeki bukan terletak pada amalan bersedekah, bukan pada banyak atau sikit yang kita sedekahkan, tetapi terletak pada pemahaman kita.
Jika kita tak tahu definisi rezeki yang jelas, maka sedekah akan jadi sia-sia.
Kenapa sedekah jadi sia-sia?
Sebab ketika rezeki tidak bertambah, kita sedang menolak janji Allah yang mengatakan bahawa dengan sedekah dapat mengembalikan rezeki berkali-kali lipat.
Allah tak janji rezeki yang berlipat itu datang dalam bentuk cash.
Tapi Allah janji "tidak akan miskin orang yang bersedekah".
Dalam Quran tak disebut pun tentang miskin.
Yang ada hanyalah - CUKUP.
Jadi, ketika dulu boleh menjamu anak-anak tahfiz setiap bulan dan sekarang tidak, itu tak bermakna kita miskin.
Cuma tak boleh buat majlis makan macam dulu saja.
Hakikatnya tetap boleh bersedekah, cuma maybe portion yang lebih kecil.
Umpamanya RM10 sehari. Itu bermakna, kita masih cukup.

Kadang-kadang, kita tak sedar yang kita suka mempamer-pamerkan sedekah kita.
Pamerkan sedekah tu tak apa, tapi bila niat mempamerkan tu ada, boleh jadi dengan berkurangnya rezeki (duit), itu cara Allah tunjukkan kasih sayangnya pada kita.
Dia tak mahu kita terbabas dalam menjaga niat.
Jadi, daripada niat bersedekah tu lari, lebih baik Dia tak izinkan kita mampu buat majlis besar lagi. Boleh jadi begitu.