2022-06-28

Menjaga privasi


22 tahun hidup bersama, apa benda yang aku tak share dengan En Wan?
ATM card aku dia pegang. PIN number aku dia tau.
Dia nak keluarkan duit aku bila-bila masa boleh.
Sekarang pergi mana-mana aku QR Pay je sebab ATM kad aku kat dia, malas nak mintak.
Bersyukurlah ada QR Pay 😆.

Card credit aku dia pegang.
Dia nak swipe bila-bila masa pun boleh.
Tapi setakat ni takde lagi la dia buat onar dengan card aku sebab kad tu untuk kegunaan syarikat.
One thing yang best tentang En Wan, dia sangat tegas dengan penggunaan duit.
Dalam erti kata lain = berkira.
Antara dia dengan aku, kad-kad aku lebih selamat di tangan dia.
Kalau kad tu ada kat tangan aku, tak panjang hayat duit aku dalam tu.

FB aku pun dia boleh view sebab aku tak pernah log out FB aku dari laptop dia.
That's why aku selalu tak reply PM, sebab rupanya dia dah baca siap-siap.
Tau-tau je karang aku browse-browse, bersepah PM yang aku sebenarnya tak baca lagi.
Basically most benda aku share.

Nowadays, password media sosial and email agak common kalau share dengan spouse.
PIN number bank pun common dah laki bini share.
Bukan apa, untuk kemudahan.
Aku malas nak beratur kat ATM keluarkan duit, jadi bagi je la PIN number kat En Wan, senang dia keluarkan duit aku.

Ada perbezaan yang besar di antara membiarkan pasangan gunakan milik kita untuk manfaat bersama, dengan membagi pasangan akses kepada sesuatu yang lebih peribadi.
Aku tak berapa suka dengan statement "memberi 100% kepercayaan".
Aku tak rasa aku boleh percaya 100% pada sesiapa.
Dengan diri sendiri pun kadang aku tak percaya.
Pagi-pagi Subuh janji dengan diri sendiri tak nak makan roti canai.
Jap lagi En Wan ajak aku makan, sampai 2 keping aku bedal.
Janji dengan diri sendiri pun terbabas, lagikan nak percaya orang lain.
Nope, aku tak rasa aku boleh bagi sesiapa pun 100% trust.
Mesti simpan untuk diri sendiri.

Contoh, password online banking.
Setakat ni aku tak share lagi dengan En Wan walaupun ATM card aku dia pegang.
Tapi tak bermakna aku hidup dalam insecurity.
Kalau aku sejenis insecure dan tak percaya pada En Wan, konfem kejap-kejap aku check henfon dia, check FB dia, check wallet dia.
Tak tenang pula rasa hidup ni kalau kejap-kejap nak mengecheck segala benda.

Mental health is important.
Like aku tulis semalam, aku akan dahulukan mental health.
Hidup kita hari-hari ada tekanan dari bermacam arah.
Nak cope with normal stress perlukan mental yang boleh membezakan mana perlu dititikberatkan, mana yang perlu dibuang.
Semalam, bila aku tulis tentang macamana dengan cepatnya aku terima suggestion En Wan untuk bertunang sedangkan kitorang belum kenal rapat, itu bukan bermaksud aku memperjudikan nasib.
Sekali pandang memang nampak begitu, tapi bila kau berada dalam situasi aku, timbangan risiko tu lebih berat kepada kalau aku stay single.
Kalau aku single, aku kena berdepan dengan macam-macam karenah yang menyemakkan otak.
Jadi, lebih baiklah aku setuju bertunang daripada aku single.

Memanglah perlu ada sedikit rasa curiga dengan orang lain especially dengan pasangan, tapi perlu guna otak dalam masa yang sama.
Kadang-kadang perasaan curiga tu takde pun, tapi terikut-ikut dengan cakap-cakap orang.
Ujung-ujung stress.
Benda yang tak patut di-overthinking-kan dah jadi beban yang berat pulak.
Benda-benda macam ni, kalau terlampau fikir, terlampau melayan perasaan, memang boleh sakit hati.
Satu kerja tak jadi nanti.
Jadi, kena pandai timbang apa yang lebih berbaloi.
Kalau berkeras lebih berbaloi, pastikan kau menang.
Tapi kalau berkeras menambahkan stress, baik kau kalah. Konsep aku macam tu.

You must make your mental health a priority because if you're not okay, then neither will your relationship.
Sampai sekarang, apa yang aku boleh abaikan, aku abai.
Tak kuasa nak semakkan kepala.
Kalau mengalah lebih baik, mengalahlah.
Memanglah mula-mula tu sakit hati. Bengkek je rasa bila terpaksa mengalah.
Cuba start enjin, gi enjoy food.
Balik nanti clearlah kepala tu.

My mental health is very expensive.
Fikiran kalau tenang, apa buat semua menjadi. Yang susah pun jadi senang.
Nak pulak kalau dapat spouse yang tak banyak persamaan. Senang nak bertekak.
Letih oi nak bertekak hari-hari.
Selagi perkara yang dipertekakkan tu tak too critical untuk disimpan dalam hati, just let it go.

Orang kata bila dah berkahwin, tak perlu lagi simpan rahsia dari pasangan kita.
Kena be transparent.
Tapi, be realistiklah.
Kita hidup di dunia nyata, di mana pasangan yang paling harmoni dan romantik sekalipun tetap sembunyikan sesuatu.

Jangan salah faham pula di antara RAHSIA dan MENJAGA PRIVASI.
Menjaga privasi ada hubungkait dengan keperluan seseorang untuk ruang peribadi.
Bila ada sesuatu yang bersifat peribadi, we do not want to share with others.
Tak semua benda kita boleh share atau mahu share.
If you want a relationship based on trust, ada a few benda yang mesti dibuat secara terbuka.
Especially kalau benda tu ada potensi untuk mempengaruhi masa depan atau kehidupan kita dengan pasangan, dia ada hak untuk tahu.

Contohnya, hutang-hutang yang kau dah buat dengan bank atau orang perseorangan, atau penyakit yang kau tanggung selama ni.
Itu jangan rahsiakan. Mati esok, satu hal yang hidup ni nak settlekan.
Tapi kalau berapa banyak duit simpanan kau ada, berapa banyak kau bagi mak bapak kau tetiap bulan - kalau tak sampai mengabaikan hak pasangan dan anak-anak (nafkah), tak payahlah bagitau.
Seingat aku, tak pernah lagi aku tanya berapa En Wan bagi mok duit, berapa banyak dia spend belanja keluarga dia, berapa banyak dia bagi duit raya kat anak-anak saudara. Never.
Selagi hak aku and anak-anak tak terabai, aku takkan question yang lain-lain.
Itu adalah privacy dia.

Honesty isn't always the best policy.
Kita mesti tahu simpan sesuatu hanya untuk diri sendiri, dengan syarat perkara yang disimpan tu tak bahaya dan tak melibatkan sebarang penipuan.
Contoh, dapat bonus beli kasut yang agak mahal tanpa bagitau suami.
Bukannya menipu pun, cuma tak bagitau dia yang kau dah beli barang untuk diri sendiri.

Benda-benda besar like ahli keluarga meninggal, janganlah sampai tak share dengan pasangan, kan.
Atau member baik kawen, mestilah share.
Ataupun, kena marah dengan boss, you certainly need a shoulder to cry on, of course boleh share dengan pasangan.
Tapi kalau less-significant things macam ex-bf like gambar kau kat FB, atau terserempak dengan old crush kat Giant, do you really want to share these things with your partner?
Eh hello, pernah dengar perkataan 'smart-sharing'?

Kalau kita sorok kecurangan, ok that's wrong.
Tapi kalau pilih untuk tak berkongsi sesuatu yang boleh menjejaskan hubungan dengan pasangan or cause some friction, lebih baiklah tak payah share.
Aku pilih untuk tak nak share online banking password, kekalkan single signatory untuk duit company dan company share pun aku tak bagi 50-50.
Bukan tak percaya, tapi itu something yang aku nak jaga, aku anggap hadiah untuk diri sendiri.
At least ada benda yang aku 'ada'.

Nak bahagia (atau nak jadi pasangan yang bahagia), tak perlu "tiada rahsia antara kita" semua benda.
Bagi aku, showing interest in our partner's interests jauh lebih bermakna dari berkongsi segala-galanya.
Contoh, kalau laki kita suka bola, perlu ke kita as isteri pun minat bola? 
Kalau kita suka artis Hong Kong, perlu ke laki kita pun suka artis Hong Kong?
Kalau kita laki bini sama-sama suka bola, layan bola, adakah itu baru dinamakan serasi?

Those things are nice, but not essential.
Apa yang penting ialah tunjukkan minat terhadap apa pasangan suka, walaupun minat kita sebenarnya berbeza.
Macam tu lah juga dengan privacy.
Kalau sama-sama kongsi rahsia, adakah itu baru dinamakan saling mempercayai? NO.
Tak perlu kongsi segalanya dengan pasangan.
Tinggalkan sikit untuk diri sendiri, as long as tak menyebabkan perang besar.
Walaupun berkongsi segalanya menjadikan relationship a little easier, tapi percayalah, what's more important is that we respect privacy masing-masing.

p/s: Aku nampak ya DM berderet masuk semalam. Tapi aku tak baca lagi. Aku scroll list unread DM terlalu panjang. Aku syak ni mesti ada yang respond pada blog post aku semalam. Tapi sekiranya dalam banyak-banyak tu ada pertanyaan tentang GreenAard, minta whatsapp 012-7728976 atau 013-7557424, ya. Aku ada meeting dengan UPSI pukul 11am karang, kejap-kejap lagi aku baca ya.