2022-06-22

Hidup tak perlu sentiasa penuhi expectation orang lain.


Takde spesific formula sebagai jawapan.
Boleh jadi aku pun jenis yang malas nak ambik port apa orang kata.
Apa je lah yang boleh dia buat.
Habis kuat pun mengata. Gasaklah kau situ.

Yang benarnya, jangan hidup untuk sentiasa penuhi expectation orang lain.
Lebih-lebih lagi bila kita dah meletakkan diri kita sebagai public figure, atau celebriti, atau influencer.
Crowd yang besar dah tentu datang dengan macam-macam karenah manusia.
Ada yang tak suka, ada yang suka.
Sometimes yang suka kita tulah yang paling banyak menegur tetapi most of the time cara teguran tak kena menyebabkan kita syak itu adalah haters.
Terpulang pada kita nak ambil yang mana.
After all segala cakap-cakap orang takkan menjadi luka yang berbekas sekiranya kita tak respond pada cakap-cakap mereka.
You are not responsible for what others say.
You are responsible for how you respond to them.

Expectation yang merepek yang tak bagi manfaat dan tak membantu hidup kita jadi lebih tenang dan berjaya, tak payah kisah.
Manusia, Tuhan bekalkan dengan mulut.
Kita tak boleh stop dia dari bercakap.
Tapi, Tuhan juga bekalkan kita dengan telinga.
Dengar, analisa, dan decide.
Rasa boleh pakai, pakai. Rasa sampah, buang.
Jangan serabutkan otak dengan perkara remeh-temeh.

Kadang-kadang apa yang dicakap tu bukan nak bagi diri kita jadi bertambah baik.
Hanya setakat meluahkan rasa sakit hati dalam dada dorang je.
Lebih kepada nak bagi diri dia rasa lega dapat lepaskan sesuatu yang terbuku.

Sebut pasal ni ada sorang follower IG bagitau anaknya dapat 6A SPM baru-baru ni.
Ini adalah cucu pertama yang dapat banyak A macam ni katanya.
Datang mak sedara komen "Lagi bagus kalau hafal Quran sekali".

Kisahnya, mak sedara ni anaknya tak berapa excel in academic.
Memanglah anaknya hafal Quran, tapi sekarang ni orang dok bercerita pasal keputusan SPM. Takde kena-mengena kot.

Kita selalu dengar orang cakap macam tu, kan?
Asal budak excellent je, "Kat kubur esok malaikat tak tanya berapa banyak A dapat", atau "Anak saya tak banyak A, takpelah yang penting hafal Quran. Alhamdulillah syukur", atau "Lagi bagus kalau pakai tudung".

Ini adalah contoh cakap-cakap orang yang sebenarnya dia bukan cakap pasal anak kita (atau cucu kita).
Anak kita ok. Yang tak ok tu dia.
Dia sebenarnya nak meluahkan rasa sakit dan kecewa dalam hati.
Yang sebenarnya dia bitter.
Kalau anak dia dapat banyak A dah tentu dia pun happy.
Tapi sebab tak dapat kan, jadi tu yang dia ikhtiar lain supaya orang nampak achievement anak dia juga paling best.

Dia macam ni lah, ya.
You have already chosen the direction for your child.
So, be happy and content with the choices you have made.
Kau pilih untuk masukkan anak kau ke tahfiz kerana dulu kau kata menjadi hafiz adalah main objective.
Kau yang beria-ia kata kau nak anak yang boleh membawa kau ke syurga.
Kau yang kata kau nak anak yang faham agama (macamkan anak orang lain tak 🙄).
Alih-alih bila orang dok happy-happy celebrate achievement SPM anak, kau pulak yang "Lebih baik hafal Quran sekali". Dah kenapa kau.

Tak, sekarang ni kau yang pilih laluan tu untuk anak kau, kan?
Menghafaz Quran adalah misi kau.
Kau celebratelah achievement bila anak kau berjaya hafaz nanti.
Anak-anak orang lain ni misinya SPM.
Biarlah dia celebrate achievement dia sebab misinya dah selesai.
Misi kau belum habis, kan? Hah, tunggu.
 
Masa anak orang dapat masuk boarding school, ye ye je kau "Biarlah anak saya tak cemerlang di dunia, asal cemerlang di akhirat".
Now bila orang celebrate habuan dunia, dia bitter.
Bagilah orang yang "kejar dunia" ni celebrate.
Kau kan tak nak kejar dunia. Dah, diam.
Orang macam ni dia tak tahu, habuan dunia tu kalau Allah bagi, ambik.
Gunakan ke jalan yang betul.
Bukan semua habuan dunia ni membawa kemudaratan.   

Mujurlah orang macam ni takde depan aku, kalau tak, memang itulah ayat yang aku tazkirahkan.
People like this, kononnya macam dialah yang terpaling fikirkan akhirat.
Apa dia ingat anak-anak yang sekolah biasa ni tak solat tak mengaji ke?

Aku bukan nak brag anak sendirilah, tapi sebab anak aku dari MRSM, meh lah aku bagitau apa yang MRSM bentuk anak-anak di sana.
MRSM Redza ni bukan Ulul Albab tapi IGCSE.
Orang nampak MRSM IGCSE ni macam "kebaratan" sebab kat skolah cakap omputih, exam pun UK certified.
Menjurus ke arah kebaratan. Kelihatannya seperti itu.
Tapi tak ramai tahu MRSM IGCSE ada mini Ulul Albab.
Dorang memang tak hafal seluruh Al-Quran, tapi surah utama kena hafal.
Kena hafal Mulk, Waqiah, Sajadah, Yassin dan Al-Kahfi selain juzuk amma.
Redza lead terawikh hari tu dia gi bantai surah Al-Kahfi sampai menyenget Rayyan bersolat 😆.

Janganlah ingat sekolah berasrama yang bukan tahfiz ni buruk sangat modul-nya.
Meh sini masukkan anak sorang kat situ tengok apa modul yang sekolah prepare.
Solat 5 waktu pun semua di surau, ya. Berjemaah.
Tak dibenarkan solat fardhu dalam bilik.
Kau sendiri belum tentu setiap waktu berjemaah.

Kadang aku pelik dengan orang yang merasa dialah paling alim dan paling cintakan akhirat.
Bawak-bawaklah bercampur orang, baru tahu diri kita ni mungkin banyak sangat kurang dari lebihnya.

Aku dah cakap dalam post hari tu kan, aku malas nak layan game-game macam ni.
Yang tak menetek anak cukup 2 tahun katanya anak jadi nakal, tak bijak.
Yang letak anak di bawah jagaan bibik katanya anak kurang rasa sayang pada mak bapak.
Yang bagi anak makanan kantin katanya kurang berkhasiat anak susah fokus kat pelajaran.
Aku nak tengok esok anak kau masuk asrama apa cara kau nak bagi bekal kat anak tu. Aku perati je ni.

Expectation manusia kebanyakkannya adalah dipengaruhi oleh expectation orang lain.
Expectation bukanlah ukuran yang tepat tentang apa yang sesuai untuk kita.
Walaupun niat mereka baik, expectation orang lain pada kita bukan berdasarkan siapa kita, tetapi pada pengalaman dan pendapat orang tu sendiri.
Dalam erti kata lain, dengar boleh.
Kalau nak follow, kena tengok sesuai ke tak pada diri.
Kalau sesuai, ikut. Kalau tak sesuai, tinggalkan.
Bukan bermaksud expectation orang tu tak bagus, cuma mungkin kurang sesuai untuk kita apply.

Yang penting kita suka dengan apa yang kita pilih untuk buat.
Kalau kita suka apa kita buat, dan apa yang kita buat tak menyusahkan sesiapa dan tak menyalahi, biarlah apa orang nak cakap.
Sometimes kita boleh tahulah cakap-cakap tu sincere atau tak, samada berbaur dengki khianat atau tak.

Be content dengan apa yang kita pilih.
Kalau kita tak seronok dengan apa yang kita pilih, lambat-laun akan terbit rasa kesal.
Bila dah kesal, mulalah nak berdengki dengan orang lain.

En Wan pernah tanya aku "Awak tak rasa jeles ke orang lain pi Paris, pi US?"

Aku jawab "Nak jeles apa? Bukannya tak boleh pergi. Cuma saya yang taknak pergi".

Bila aku tahu aku takut naik flight, maka aku tenang-tenang saja layan gambar orang lain holiday sana sini.
Kita like je lah gambar dorang.
Nak dengki apa. 
Kau yang takut naik flight pastu kau nak dengki orang lain holiday overseas? Akai ada? Kahkahkah.

Dah lah, aku nak pakai tudung, 4pm karang ada meeting.