2021-05-27

Dah tua tapi rezeki lancar walau tak berkerja.

Semalam letak gambar menu mihun sup kat post IG, ramai betul yang acah-acah aku dengan soklan “Wow! Merah tu cantik!”.
Tak cukup kat post, sambung kat DM.
Yang follow IG aku memang mudah perasan kalau aku beli pinggan mangkuk baru sebab aku kerap post gamba makanan.
Tetapi, kalau nak tahu, periuk Le Creuset tu aku tak beli.
Kawan aku hadiahkan sempena wedding anniversary.
Aku takde de rajin nak beli periuk belanga bagai. Jarang aku beli.
Mostly aku pakai adalah free - dapat dari hadiah kawen 20 tahun lepas.
Ada juga yang cousin aku hadiahkan dari Qatar.
Pyrex aku mostly dari mok mertua aku punya.
Aku punya set Pyrex 6 biji je beli kat Langkawi beberapa tahun lepas.
Yang lain semua PREE.

REZEKI.

Rezeki ni datang dalam macam-macam bentuk, dari segenap arah.
Rezeki tak selalu bermaksud duit.
Dapat kawan yang baik pun rezeki.
Kawan sanggup keluarkan RM2k belikan aku periuk Le Creuset, bermakna aku telah jimat RM2k.
Rezeki tak selalu bermaksud kita dapat duit.
Duit kita tak keluar juga namanya rezeki.

Samalah juga dengan sihat.
Sihat adalah rezeki.
Kalau sakit, duit kita keluar untuk bayar kos perubatan.
Jadi, bila sihat bermakna duit kita tak keluar untuk ke hospital/klinik.
Duit yang tak keluar ini juga dinamakan rezeki.

Aku suka rezeki mak bapak aku.
Rezeki mak bapak aku ni dari segi duit harta tak mewah mana. Tapi cukup.
Memang banyak benda yang dia tak dapat beli dan tak dapat bagi pada anak-anak.
Tapi at the same time takde siapa dalam rumah tu kemurungan tak dapat apa yang dihajatkan.
Semua pun macam terima je keadaan seadanya.

Contohnya, mak bapak aku tak dapat bagi anak-anak ber-holiday.
Tapi at the same time anak-anak tak pernah mintak nak pi holiday pun.
Tak berangan lansung.
Jangankan kata berangan ke Disneyland, berangan nak pi expo konvo UKM pun tak pernah.
Kalau dibawak, happy. Kalau tak, takpe.
Dapat family yang tak meminta-minta adalah rezeki.

Asal dapat gaji, kalau tak balik kampung, pi KL.
Pi KL pun meronda je, bukan shopping.
Direzekikan anak-anak yang tak minta nak beli itu ini, hanya seronok dapat pi meronda.
Jalan dari petang ke malam hanya dapat makan burger kat Jalan TAR pun seronok dah.
Memiliki family yang always berasa content dengan rezeki yang sedikit, itu pun namanya rezeki.
Duit yang masuk memang tak banyak, tetapi duit yang tak banyak tu juga tak keluar untuk perkara yang tak perlu.

Setiap kali dapat keputusan bagus exam, anak-anak tak pernah minta hadiah.
Setiap kali birthday, anak-anak no party, no hadiah.
Happy sekadar dapat makan kek.
Kadang, hadiah exam dapat makan satey pun dah seronok yakmat.
Tu pun rezeki namanya.

Now dah pencen masing-masing.
Mak bapak aku bukan lulusan Uni.
Boleh agak berapa je pencen dorang dapat.
Tapi rezeki dorang lancar.
Di usia pencen, anak-anak berlumba-lumba bagi duit, hantar makanan, belikan itu ini, etc.
Kadang aku tertanya-tanya, apa amalan mak bapak aku sampaikan hari-hari tua dia smooth.
Kalau tengok pada pencen, memang boleh susah hati.
Tapi macam aman-aman je dorang.
Aku sendiri risau dengan hari tua aku apa bakal jadi.
Smooth tak agaknya hari-hari tua aku nanti. Ke merempat?
Maka, menyimpan macam nak rak.
Invest sana sini supaya hidup senang hari tua.

Mok mertua aku lagilah.
Suami dah meninggal. Adik-beradik dah meninggal.
Dia takde pendapatan.
Secara lojiknya dia perlu risau apa jadi dengan hari tua dia.
Tapi direzekikan anak-anak yang nak menjaga dia.
Hari-hari anak cucu call tanya khabar.
Baju raya, berebut anak belikan.
Aku yang berkerja ni pun takde baju raya tahun ni, pakai tahun lepas punya.
Sampai mok mintak “Toksoh la beli mok baju tudung. Banyok takde tempat nak simpang!”
Ahgitewww.
Dan mok aku mesti tak sangka dia akan habiskan bertahun duduk dengan menantu hantu dia ni.
Rezeki juga tu kan bila menantu and mertua boleh duduk sebumbung.

Besar rezeki orang tua kita.
Tak mewah, tapi cukup.
Ini sebenarnya yang kita kena fikirkan - kelancaran rezeki tanpa bermati-matian untuk urusan dunia.
Imagine mak bapak kita dah tua, dah tak berkerja, tapi masih cukup makan pakai, tempat tinggal ada, siap pulak boleh pergi bercuti.
Mana taknya, ada anak tu masukkan duit, anak ni masukkan duit, anak tu balik bawak buah tangan, anak ni balik belikan itu ini, anak-anak sentiasa bertanya khabar, etc.
Bila dah tua, apa lagi yang kita harapkan selain menumpang kasih anak-anak, kan?

Mak bapak aku zaman muda tak pernah celebrate wedding anniversary.
Mesti dorang tak sangka semakin tua semakin kerap pula celebrate macam-macam.
Anak-anak buatkan celebration untuk dorang.

Rezeki kita ni pelik kalau difikirkan.
Yang kita kejar belum tentu dapat, yang kita tak jangka itulah yang muncul.
Yang bermatian-matian usaha, dapatnya ciput.
Yang santai-santai pulak yang datang berlipat-ganda.

Dalam keadaan Covid-19, banyak benda tergendala.
Contohnya program training aku.
Dah susun cantik dah date nak buat retort training, nak buat food safety training, etc.
Tup-tup PKP tak berkesudahan. Segalanya on hold.
Sales projection yang sepatutnya boleh achieve, punah.
Stress? Tak.
Kecewa? Yes.
Itulah jadinya bila memandang rezeki hanya pada duit yang masuk, sales, figure, numbers - memang mudah berasa kecewa dan tak cukup.
Rasa takde achievement.
Rasa gagal. Rasa sia-sia.

Patutnya bulan Okt lepas run satu training Sertu, then Nov nak ke Sg Petani untuk run retort untuk orang-orang utara, pastu aku plan nak buat GreenAard gathering kat Kedah.
Hancusssss.
Tapi bila fikir-fikir balik (ambil masa juga nak terima hakikat), banyak sebenarnya hikmah yang tersimpan.
Kena cari sekecil-kecil nikmat untuk disyukuri.

Yang pertama staff aku.
Masing-masing taknak WFH.
Dorang yang minta nak datang ofis.
Bila staff enjoy masuk ofis untuk buat kerja, itu juga namanya rezeki.
Kerja tak pending, semua boleh buat on time.

Yang kedua, WFH.
Aku yang terpaksa WFH.
Sejak PKP 1.0, tak sampai 10 kali aku masuk opis.
Kena duduk rumah untuk monitor class and homework Rayyan.
Mula-mula terkejar-kejar, mana nak siapkan kerja, mana nak tengokkan Rayyan, mana nak memasak lagi (abis tu dah duduk rumah kenalah masak).
Lama-lama dah boleh manage.
Tapi kena bangun 4am lah, itu pengorbanannya.
Bangkit awal untuk siapkan kerja opis sikit supaya tak kalut waktu siang.
Penat, tapi tak stress sebab semuanya in control.

Covid secara tak lansung mendisiplinkan diri.
Jadual aku berubah sekelip mata.
Tak memasal jadi WAHM (work at home mother), sesuatu yang aku tak rasa aku boleh buat dulu.
Ye lah, kalau dah duduk rumah macamana nak fokus dengan kerja kalau kejap-kejap kena stop anak panggil, anak mintak ajar buat homework, anak mintak tolong sama-sama buat pendidikan seni, kena rekodkan video anak buat speech nak submit kat cikgu, etc.
Baru nak sambung mengadap laptop, dah kena masak pulak.
Tapi rupanya ini rezeki.
Aku dapat rombak jadual and susun priority.
Rupanya bila kita push limit, kita boleh.
Bila dah takde banyak pilihan, maka apa yang ada nak tak nak, terpaksa maximizekan potential.
Dah tu nak buat apa lagi kan.
Setahun dengan Covid, banyak benda yang dah jadi rutin.
Benda yang tak pernah terlintas boleh buat, akhirnya jadi habit.
Ni namanya rezeki.

Rupanya rezeki kita ni besar.
Kita je yang kecilkan scope rezeki pada duit dan benda.
Bila scope hanya pada dua benda ni saja, lantas kita berpenat-lelah mencarinya hingga terlepas rezeki-rezeki yang lain.

Ada pekerja yang mahu berkerja di ofis, rezeki.
Ada pekerja yang willing stay back siapkan task, rezeki.
Ada suami yang sanggup ke sana sini penuhi keperluan anak isteri, rezeki.
Ada mak mertua yang tolong-tolong house chores, rezeki.
Ada team yang sentiasa beri semangat and motivasi, rezeki.
Internet tak buat hal, aircond tak buat hal, letrik and air ada, rezeki.
Ada adik-beradik yang tak berkira dan sama-sama boleh tengok-tengokkan mak bapak, rezeki.
Adik-beradik sihat and happy dengan life masing-masing tak menyusahkan sesiapa, rezeki.

Lingkungan sosial yang baik - tempat tinggal dan tempat kerja juga rezeki.
Ada orang kata WFH best, kurang risiko dapat penyakit.
But to some people, WFH mengundang stress.
Bagi yang terpaksa ke ofis, risaunya pada risiko terdedah pada penyakit.
Yang terpaksa WFH, muncul beban masalah lain yang tak dapat ditanggung.

Sebut pasal lingkungan, ini pun sejenis rezeki.
Tak dapat dibayangkan bila berada dalam lingkungan sosial yang ego, yang sentiasa mempamer-pamer, yang merendah-rendahkan, yang penuh dengan sakit hati dan iri, yang takde tolak-ansur - tenang ke jiwa ada lingkungan sosial macam ni?
Maka ini juga satu bentuk rezeki yang selalu terlepas pandang, iaitu kawan yang baik.
Kawan yang baik, yang ada dengan kita thru thick and thin, yang memotivasikan - sangat penting.
Walau tak kaya harta, tapi kalau kaya dengan lingkungan yang bagi support, yang happy-happy, yang boleh mendengar bila diperlukan, yang memotivasikan - sangat menenangkan jiwa.
Bila jiwa tenang, segala urusan jadi mudah.
Maka kalau dapat kawan yang baik, jagalah mereka ni.
Tak semua orang dapat rezeki kawan yang baik.

Orang kata wujudnya rezeki selain material sangat tergantung pada sikap, akhlak, tindakan dan kata-kata kita.
Menceritakan sesuatu dan mendengarkan kisah orang lain, itu juga rezeki.
Kerana tak ramai yang nak dengar cerita kita, apetah lagi bercerita pada kita.
Jadi kalau kita dapat ini, ini namanya rezeki.
Rezeki yang macamana tu?
Rezeki dapat melegakan si pencerita bila dia meluahkan.
Dan rezeki menambahkan pengalaman hidup apabila diri menjadi tempat orang meluahkan rasa.

Hidup ini terlalu berharga untuk dihabiskan hanya mengejar benda.
Kaya itu boleh, malah kaya lebih baik dari meminta-minta, tetapi bermati-matian untuk kaya itu salah.
Apetah lagi kalau sampai dunia diletak dalam hati.