2021-04-08

Pandai-pandailah ubah channel


Kita hidup dalam masyarakat yang suka create alasan, dan salah satu alasan popular adalah "Ini bukan salah saya".

"Kak Di, saya jadi orang yang negatif sebab saya dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang begitu", someone told me.

"Suami saya tinggalkan saya. That's why saya selalu tertekan".

"Dua kali bertunang, putus. I just don't understand it. That's why I'm so angry".


Yang sebetulnya kalau kita bitter and resentful, itu semua kerana kita yang allow diri sendiri jadi macam tu.
Semua orang pernah lalui moment-moment negative dalam hidup.
Kena perli, kena kutuk, kena sailang, kena marah, kena betrayed - semua ni setiap orang lalui.
Kalau tak semua pun, at least salah satu pernah merasa.
Kalau ingat-ingat balik setiap perkara negative yang kita pernah lalui, we can easily find reasons untuk giveup, untuk dissapointed, untuk jadi bitter.
Maknanya, kita boleh je nak buat alasan atas apa yang berlaku pada diri.
Boleh je nak salahkan mak bapak miskin punca kita tak dibesarkan dengan baik.
Boleh je nak salahkan mak bapak beranak ramai punca kita tak dapat fokus dengan pelajaran sebab kena jaga adik-adik.
Boleh je nak salahkan kawan-kawan punca kita terpengaruh dengan benda-benda tak elok.
Pendek kata, anyone can make excuses and blame the past.

Sebenarnya kita semua ada alasan untuk jadi manusia negative.
Maybe didera secara fizikal, atau didera secara sexual, atau penderaan emosi.
Penderaan emosi ni paling ramai lalui.
Hari tu masa aku post tentang "Kata-kata kita boleh musnahkan masa depan orang lain", ada yang bertanya macamana aku lalui moment-moment tu.

Honestly, tak mudah.
But one thing yang mungkin menyelamatkan aku dari jadi bitter dan negative sepanjang hidup adalah sebab aku tahu ada yang lebih susah dari aku.
Everytime menziarah rumah sedara-mara mak bapak kat kampung yang jauh lebih susah, buatkan aku rasa relieved sikit.
Ada yang lebih susah dari aku rupanya.
Ada yang lebih selekeh dari aku rupanya.
Boleh nampaklah yang aku sebenarnya tidaklah sesusah mana.
Aku cuma tinggal kat 'salah tempat' je.

Masa sekolah rendah, waktu rehat boleh nampak kelompok anak orang have-have makan bersama, budak pandai-pandai makan bersama, bukan cun-cun and popular makan bersama.....and ada aku kat hujung sana makan dengan geng-geng yang orang tak notice pun kalau tak datang sekolah.
Benda ni wujud sampai sekarang, I'm very sure.
Ini bukan pengaruh mak bapak atau sesiapa, tapi semacam law of attraction.
That's normal kalau orang cantik akan menarik orang yang cantik-cantik berada dalam circle-nya.
Orang yang kaya selalu ada dalam circle yang kaya-kaya juga.
Yang bijak bergerak in group dengan yang bijak-bijak saja.
Masing-masing memilih untuk berada dalam kelompok yang sama sesuai dengan keselesaan.
It's not always kerana dorangmengelak untuk bercampur dengan yang 'biasa-biasa' tetapi yang si biasa-biasa ni yang tak boleh follow dorang.
Bayangkan kalau time skolah dulu aku bercampur dengan set-set yang cun and popular.
Aku tak yakin aku boleh carry diri berlama-lama dalam group tu.
Dorang dah tentu hari-hari bergaya, aku pi skolah bedak pun tak pakai. Tak connect langsung.

Ceritanya sekarang, sometimes kita jadi negative and bitter bukan kerana orang atau persekitaran tetapi kita yang tak sedar diri dan tak tahu letak duduk diri kita.
Aku senang je, orang perli-perli, aku pindah berkawan dengan orang lain.
Orang kutuk-kutuk, aku bolayan dan cari kawan lain.
Biarlah kawan dengan kelompok tak popular pun, asal hati tenang.
Tak famous pun takpe. Lagi tenang jiwa.
Ko ingat orang yang famous popular tu hidup dia tenang sangat ke?
Ramai mata memerhati.
Ramai expect them to be perfect segala sudut.
Everyday terpaksa mikir nak jaga reputasi, nak jaga imej, nak jaga segala serbi.
Itupun masih kena hencap berjemaah.

Sejak 3 hari lepas aku mengelakkan diri dari tengok newsfeed FB.
Maybe aku kena sambung elakkan tengok newsfeed sampai minggu depan.
Lately ni parents tengah bersampuk-haruk menyiapkan keperluan anak-anak ke boarding school.
Nampak beberapa parents semacam bitter je dengan kawan-kawan yang anaknya dapat boarding school.
Ya, nak tengok membesar depan mata, silakan.
Nak anak jadi rapat dengan adik-beradik, silakan.
Nak anak seimbang kejar pelajaran dan ibadah, silakan.
Nak jadi ibubapa bertanggung jawab, silakan.
Tapi jangan point seolah-olah mak bapak yang masukkan anak ke boarding school adalah mak bapak yang lepas tangan.
Ingat anak yang duduk sana tu stay free?
Semua kena bayar, ya.
Duit makan, duit koop, duit muafakat, duit persatuan, belum lagi duit buku-buku yang cikgu suggest untuk beli.
Itu semua kena libatkan tanggungjawab mak bapak untuk sediakan.
Mak bapak tu tak campak anak dia buta-buta kat sana and biarkan anak tonggang-terbalik.
Berhentilah jadi bitter.
Nak anak membesar depan mata, kan? Silakan.
Itu pilihan masing-masing.
Jangan kerana kecewa anak tak dapat boarding school maka jadi acah-acah parents yang bertanggungjawab macamkan mak bapak lain takde tanggungjawab.
Tak payah takut sangat orang kata anak kita tak pandai sebab tak masuk boarding school.
Takde sape kisah pun, kita je yang insecure.
Just take what Allah has given you and make the most out of it. Simple.
Kalau pedih nau rasa hati tu, buat macam aku.
Stop tengok newsfeed. Aman.

Kita semua tahu macamana nak guna remote control TV.
Kalau ada rancangan yang kita tak suka, no big deal - just flip channels.
Begitu juga konsepnya dengan mental kita.
Kena belajar macamana nak ubah channel secara mental bila gambar/isu/post yang tak berkenan dek mata muncul.
Unfortunately some people makin dia tak suka, makin dia tadah diri hadap benda tu.
Patutnya cepat-cepat larikan diri, ni tak.
Umpama tarik kerusi, capai pop corn and hadap benda-benda menyakitkan hati berulang-ulang.
Lepas tu wonder kenapa hidup stress, kenapa diri demotivated, kenapa takde mood, etc.
Learn to change the channel!
Jangan biarkan minda dan emosi seret kita dalam despair.
Instead, dwell on the good things yang kita dah nikmati.

Sometimes aku penat melayan orang-orang yang hidupnya asyiklah bermasalah.
Dia minta pandangan, tapi semua pandangan kita dia jawab dengan negative.
Ini pun penyakit gak.
Jenis yang suka berlama-lama dalam suasana negative because they relish the attention that it brings to them.
Dia suka berada dalam situasi orang bagi perhatian.
Suka nau kejap-kejap orang tanya "You ok ke tak?", "Kalau ada masalah ceritalah", "Kesiannya awak..", etc.
This kind of people pun wujud.
They have lived that way too long sampaikan self-pity tu dah jadi sebahagian dari hidup yang susah dia nak tinggalkan.
Dia dah jadi seronok pulak life macam tu.
Certainly, bila orang dalam kesusahan kita bantu bangunkan balik emosi dia supaya dia regain strength.
But some people taknak kembali normal.
They like the attention too much.
Apa yang kita cakap semuanya "Kau tak rasa apa aku rasa!", "Kau takpelah, laki kau sayang kau", "Kau lain, kau tak biasa susah"....OMG!
Nak je aku bagi siku.

Apa je yang pernah menyakitkan hati, yang buat kita sedih, don't let that be the focal point of your life.
Berhenti bercakap pasal tu and berhenti memikirkan pasal tu. Udah-udah la.
Selagi tak lepaskan hal lama, Allah takkan bagi kita hal yang baru.
Rasa cemburu, sedih, kecewa - ini wajar, tapi jangan sampai jadi benda negative yang sebati dengan diri.
Dah sampai masanya kita allow emotional wounds to heal, let go apa juga alasan and stop merasa terkilan pada diri sendiri.
It's time to get rid of victim mentality.
Tak ada sesiapa pernah berjanji yang hidup ini akan adil.
Jadi berhentilah membandingkan hidup kita dengan orang lain.
Apa yang Allah dah bagi kat kita, make the most out of it.