2021-04-21

Kenangan kena ragging 1990.

Baca satu komen parents tentang issue ragging di sekolah berasrama.

"Perkenalkan diri saya, Salmah Yunus. Saya bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah, sebuah sekolah berasrama penuh di Seremban. Dah lama dah, Tahun 1972 - 1973. Saya hanya masuk TKC semasa tingkatan 4. Kawan2 satu kelas, ramai yang berasal daripada bandar. Mereka membawa culture mereka sendiri yang sangat alien kpd budak kampung. Sampai ke akhir saya tidak dapat tempat dihati mereka. Minggu Orientasi untuk satu minggu, kami terpaksa berada di luar comfort zone. Kakak2 senior suruh kami buat perkara2 yang tidak munasabah (istilah ragging biasa digunakan). Kami disuruh menyanyi, menari, pakai baju macam badut siap pakai bedak sejuk di muka. Ada yang kena panggil senior yang garang dan disuruh perform perkara yang pelik2. Kami dipesan supaya sporting dan jangan menangis atau melawan".

Lately ni dalam group parents SBP/MRSM SeMalaysia, ada yang mengadu anak kena ragging.
Ada yang kena bully dengan kawan se-batch (sama-sama form 1).
Kalau ikut pengalaman Redza, kes ragging takde di MRSM Langkawi.
Dari Form 1 sampai now dah Form 5 tak pernah lagi dengar parents Langkawi mengadu anak kena ragging.
Maka aku boleh katakan pengalaman Redza di sana kategori SELAMAT.

Aku masuk TKC tahun 1990.
Tak lama, 6-7 bulan je. Lepas tu aku quit.
Kalau ikut cerita Puan Salmah tu, aku setuju ragging memang berlaku di TKC.
Zaman tu ragging adalah perkara biasa.
Cuma takde lah sampai kena belasah.
Lagipun girls school, habis kuat pun kena basuh baju senior, basuhkan kasut, masakkan maggi.

Memandangkan ni bulan puasa, kejadian yang takkan aku lupa sampai bila-bila adalah aku kena ragging nyanyi lagu raya.
Ya, adik-adik sekalian.
Hakak kau yang perangai macam akak kawasan ni pun penah kena ragging, ya.

Pada tahun 1990, di bulan Ramadonnnnn, di malam yang bersejarah itu aku dipanggil turun ke lounge blok Mahsuri dan disuruh nyanyi lagu raya.
Waktu tu Form 1 pukul 10.30pm dah kena lights off.
Lagi 15 minit nak lights off tu la akak-akak Form 5 ni panggil nama aku.
Dulu, Dorm Orkid tu satu tingkat je dari lounge (setiap blok ada lounge sendiri).
Jadi akak-akak tu main jerit je nama aku dari bawah.
Mencicit aku turun.
Dorang cakap dorang tengah boring nak dengar raya u ollsss.
Aku pun bantailah lagu Anuar-Ellina.
Akulah Anuar, akulah jugak Ellina.
Maybe Kak L tu tak tau aku memang gemor menyanyi.
Mungkin dia syak aku akan nangis, rupanya aku menyanyi siap hentak-hentak kaki ikut tempo.
Sikittt lagi nak jadi expo kat bawah tu.
Aku punya tahap blur tu, masa kena suruh nyanyi aku tak sedar pun yang aku sedang diragging.
Aku ingatkan dorang panggil sebab aku berbakat. Kahkahkahkah. Binawe.
Patutlah halfway aku menyanyi tu akak-akak tu start buat muka bosan.
Maybe dorang pelik apesal aku menikmati ragging tu. Kahkahkah.
Sumpah, tak terpikir lansung dalam kepala otak aku yang aku sedang diragging.
Kemain beria lagi aku perform. Rupanyaaaaa.
Sampai sekarang aku hafal lagu raya tu.
Setiap kali dengar lagu tu memang mengimbau kenangan.

Ragging yang seterusnya seingat aku baldi aku kena rembat untuk jadi tempat letak perkakas bola keranjang.
Ada satu hari tu akak-akak ni ada game dalam sekolah.
Dorang perlukan extra baldi kot untuk letak barang.
Time nak mandi, tengok baldi aku takde dalam storage room.
Baju kotor yang dalam baldi berlonggok atas lantai.
Ah sudahhh. Jem. Mandi dulu.
Lepas mandi dah tenang, tanya kawan aku kot nampak baldi.
Dorang cakap ada sorang dua lagi baldi hilang jugak.
Last-last dah Maghrib baru nampak baldi aku tengah court.
Sakitnya atiiiii. Tapi nak buat camana kan, layankan ajelah.

Tak dinafikan memang ada kejadian bully di kalangan student sama batch.
To some students hal ni satu benda yang berat untuk dorang pikul, especially bila jauh dari pemantauan mak bapak.
Walaupun boleh mengadu tapi mak bapak jauh.
Umpama hilang sokongan orang kuat.
Tapi bagi aku yang sejak kecik dah jadi bahan ejekan, bully adalah biasa.
Toksah cakaplah bully hanya ada di sekolah berasrama.
Aku ni mangsa bully sejak Darjah 1, sekolah harian.
Diejek oleh kawan se-batch.
Bukan benda baru bully-bully ni.

Hari tu ada sorang mak bagitau anak dia Form 1 mengadu kena kutuk dengan member sama-sama Form 1.
Diejeknya budak tu dapat masuk selepas merayu (saluran rayuan).
Dikatanya budak tu bukan budak excellent, tak pandai cakap english.
Biasalah, perangai budak-budak.
So this mother risau anak tak mampu bertahan and she asked for nasihat dari parents.

Bully yang semacam tu adalah mental torture.
Mental torture ni penangan dia lain sikit. Dia makan dalam.
Toksah kata kena ejek, kawan-kawan pulaukan bagi silent treatment pun boleh rasa down.
Hal ni perlukan inner strength.
Masa aku jadi bahan ejekan time skolah, aku takde support dari mak bapak sebab aku tak pernah mengadu.
Orang ejek basikal aku buruk, aku diam.
Orang ejek aku hitam, aku diam.
Orang ejek baju raya aku buruk, aku diam.
Orang ejek nama bapak aku, aku diam.
Aku tak bawak hal ni masuk rumah sebab kalau aku mengadu nescaya seksaannya berat 😆😆.
Imaginelah aku hadap benda ni sorang-sorang tanpa support sesiapa.
That’s why aku cakap bully perlukan kekuatan dalaman.
Toye-kan muka, pekakkan telinga, keringkan hati, jalan terusssss.
Senyapkan dorang dengan success.
Kau boleh imagine tak muka budak-budak yang ejek aku tu bila mangsa buli dorang dapat masuk boarding school and dorang end up sekolah menengah blakang rumah je?
Itulah waktunya dorang SENYAP.

Masa di TKC ejek-ejek ni seingat aku macam takde.
Tapi wujud kelompok-kelompok geng anak orang kaya, geng pandai cakap omputih, etc.
Wujudnya group-group macam ni sedikit sebanyak bagi impak pada self-esteem student yang tak belong to that group.
But again, ini normal.
Memang dorang berkawan dengan semua orang tapi of course ada kawan-kawan tertentu yang dorang senang get along.
Jangankan kata budak-budak, kita yang tua ni pun masih lagi practice benda yang sama.
It’s all about preference.
Aku senang get along dengan orang yang sempoi, kau suka berkawan dengan orang yang stylish, si anu suka dengan kelompok yang cintakan KPop, etc.
Yang jadi masalah bila kita nak diterima semua orang.

Ajar anak pandai-pandai bawa diri.
Jangan masuk dalam group yang bukan diri dia. Nak maintain payah nanti.
Berkawan memanglah berkawan dengan semua orang.
Kita sendiri pun kawan dengan semua orang tapi kita ada group-group tertentu yang kita selesa, betul tak?
Jadi buatlah apa yang selesa bukan semata-mata nak fit in demi nak dapat attention.
Alah, 5 tahun je pun kat sekolah.
Esok masuk uni dah jumpa kelompok lain pulak.

Ohhhh ada lagi satu kenangan di bulan puasa di TKC.
Ada satu malam tu, tatkala orang lain sibuk bangun nak bersahur, aku dan sorang member dari blok Tun Fatimah sedang merangka plan untuk fly dari asrama.
Budak tu nama Sri.
Dia pun sepesen aku tak suka duduk boarding school.
So that nite kitorang plan nak lari.
Ya ampunnn manalah datang keberanian aku ntah.
Orang semua ada kat dining hall, sape je lah yang perati kitorang berdua tengah jalan menuju gate utama.
Pak guard tengah membuta pulak tu. Just nice.
Sri berani, memang jenis nekad.
Dia melintas dulu gate, cadangnya lepas tu aku lah.
Time aku nak melintas tu laaaaa pak guard tu menggeliat.
Terus aku pecut patah balik ke dalam. Sri lepas.

Siang tu kecoh kat blok Tun Fatimah ada budak hilang.
Aku buat senyap sampai ke sudah.
Tak lama seminggu lepas tu Sri datang balik.
Pakcik dia hantar balik. Pakcik dia polis kalau tak salah.
Tapi akhirnya dia quit juga, lebih awal dari aku.
After so many years, aku akhirnya dapat khabar Sri dah meninggal.
Tak salah aku yang inform aku pun blog reader juga.
Awal-awal aku berblogging aku pernah cerita aku belajar kejap di TKC so somehow kisah Sri ni aku ceritakan.
Dapat tahu dia dah meninggal.
Muda la umurnya meninggal usia 20an.

Di asrama tak pernah lagi aku diragging teruk.
Nak kata kena panggil oleh senior dan dihencap berjemaah tu tak pernah.
Setakat maggi kena rampas sebungkus tu ada la.
Kena basuhkan kasut skolah akak senior pun pernah.
Tapi itupun alang-alang aku tengah basuh kasut, dia hulur kasut dia. Paham-paham sendirilah.
Tapi biasalah kan, benda-benda biadap macam ni lah yang jadi punca aku makin menyampah nak stay.
Kalau nak kata aku takleh study, idok juga.
Homework aku siap.
Kelas pegi.
Ada la sesekali monteng lepak sickbay.
Projek KH buat pasu bunga pun aku siapkan.
Siap willing ambik extra hour French class sebab aku kan masuk second intake, so kena kejar silibus sikit.

Nak kata kejadian-kejadian di sana adalah ragging, macam tak.
Cuma bengkek jugaklah sebab pinjam barang tak minta izin pastu tinggal bodoh je lepas guna.
Pastu paksa-paksa nak stok maggi orang.
To them maybe itu satu usik-mengusik.
Tapi budak baru masuk skolah yang first time jauh dari family, benda-benda simple macam tu boleh jadi punca homesick.
Mental torture lagi berat dari physical torture tau.
Masa aku Form 4 kena pi Bina Negara kat Kem Terendak, physical training and torture kena berjemur mengadap matahari terik, kena angkut batu bata, kena jungle trekking sesat barat - itu masih aku boleh hadap berbanding mental torture kat boarding school.

Actually takde sape pun torture mental aku kat sana, cuma aku memang tak suka orang letakkan jadual pada diri aku.
What time kena belajar, what time kena tidur, what time kena mandi, etc.
To some people they need that kind of discipline dan cara itu membentuk dorang jadi lebih baik, contohnya Redza.
Disiplin di Langkawi buatkan dia lebih teratur.

Aku dah biasa di-disiplinkan secara teknik komando oleh Mak Aji.
Aku dah boleh jaga masa bila nak belajar, bila nak kemas rumah, bila nak gosok baju, bila nak kopek ikan bilis, bila nak buat homework, bila time nak tengok Moerro Attack, etc.
Aku dah lalui kekdah disiplin macam ni and masih boleh excel.
Jadi bila masuk asrama petang kena prep, malam kena prep, aku terus jem.
Kejadah apa kejap-kejap nak ngadap buku ni?
Lebih kurang gitu la pemikiran aku masa tu.
Itu yang buat aku rebel nak quit dari sana.
Kena follow waktu belajar tertentu adalah mental torture untuk aku.

Punca aku quit dari asrama bukan sebab homesick.
Quit kali pertama dari Maahah Hamidiah, sebab aku tak boleh carry environment Islamik yang drastik.
Masa sekolah rendah pendidikan agama aku cuma subjek Pendidikan Islam kat sekolah.
Aku tak join sekolah agama petang (now KAFA).
Aku mengaji sejak tadika, Darjah 2 dah khatam. Tak pegi dah mengaji.
Aku cuma ambil kelas berzanji je seminggu sekali.
Kat sekolah rendah aku pakai pinnafore kot.
Sekali dapat masuk Maahad terus pakai tudung labuh bulat, stokin 24 jam, pakai kain dalam, nak pi mandi kolah pun kena cover atas bawah.
Mau tak culture shock kejap?
Orang lain boleh adapt.
Aku tak. Jadi, aku quit.

Kali kedua aku quit asrama masa kat TKC lah.
Masih sama, bukan kerana homesick tapi sebab aku tak boleh carry sistem belajar berjadual.
Sistem sekolah asrama memang bagus, tapi bukan untuk aku.
That’s why aku tak pernah paksa Redza untuk stay Langkawi.
Kalau dia nak quit, aku boleh bawa keluar sebab aku tahu bukan semua orang boleh carry sistem boarding school.
Tapi En Wan kata Redza ni perlukan satu sistem disiplin supaya lebih berdikari.

Dulu masa sebelum ke Langkawi dia tak pernah dibiasakan dengan kerja-kerja rumah.
Redza lahir-lahir dah ada bibik.
Semua bibik settlekan sampailah ke Darjah 5.
Lepas bibik balik, nenek dia pulak yang settlekan semua hal dia.
Lain macam aku dulu memang Mak Aji basuh anak cukup-cukup.
So En Wan kata macamana pun Redza kena stay di sana.
Alhamdulillah dari tak tau basuh kasut, now baju pun basuh sendiri, gosok baju sendiri, lipat baju sendiri, masak nasi goreng simple-simple pun boleh dah (yang ni aku tak pasti bila masa dia blaja).
Anak orang lain maybe umur 8 tahun dah pandai masak nasi, pandai basuh baju tapi anak aku tak.
Dorang sangat dimanjakan dengan bibik.
That’s why bila orang kata mak bapak yang letakkan anak di sekolah asrama adalah mak bapak yang lepas tangan, well, if that makes you happy, silakan anggap aku lepas tangan. I don’t mind.
At this point aku tak kisah apa orang nak cakap, yang penting anak aku lebih berdisiplin sejak berada di sana.

Yang bagusnya pulak si Redza ni tahan dengan sistem di sana.
Jadual kat Langkawi memang padat.
Budak-budak ni umpama kena “drill” untuk jadi cemerlang.
Bukan semua orang tahan cara gini.
Aku konfem givap sistem macam ni.
Aku suka belajar santai dan dengan cara santai tu lebih mudah masuk kepala.
Ada orang kena study pulun baru faham.
Ikut kapasiti masing-masinglah.
Jangan dipaksa-paksa anak tu untuk stay hanya untuk menjaga reputasi, imej dan menjunjung rasa proud kita.
Karang budak tu stress takleh blaja lagi haru.
Kalau nak rasa proud sangat, apa kata mak bapak je yang sambung blaja.
Lagi puas hati create sejarah kejayaan diri sendiri.


~nukilan pakar quit dari asrama~