2021-04-03

Kata-kata kita boleh musnahkan masa depan orang lain.


As a parents kita mampu influence future anak-anak melalui kata-kata yang kita sampaikan pada dorang.
Aku percaya sebagai suami isteri kita dapat menentukan arah kehidupan seisi keluarga kita.
Begitu juga as a business owner, kita dapat membantu menentukan arah tuju pekerja.
Our words have the ability to shape future orang-orang di bawah kita (anak-anak dan pekerja).
Pernah dengar kan experiment tentang 2 pokok yang masing-masing diletakkan dalam bilik yang gelap tetapi satu pokok tu diperdengarkan dengan muzik yang tenang yang ada aura "growth".
After a few weeks, walaupun kedua-dua pokok tu tak didedahkan dengan cahaya matahari, yang diperdengarkan dengan muzik grow dengan jayanya manakala yang satu lagi kiok.

Each of us has influence over somebody.
Maybe kita tak anggap diri kita as leader atau somebody yang layak memimpin dan menasihati, tetapi sebenarnya kita semua ada pengaruh dan mampu mempengaruhi seseorang.
That's why kata-kata yang positif itu perlu.
Mak-mak selalunya ada problem gini sebab "perempuan dan membebel" berpisah tiada.
Dalam pada membebel tu kita tak sedar "tersumpah" anak sendiri.
Contoh "Apa nak jadi kau ni. Pemalas Ya Rabbi! Takde keturunan aku pemalas macam kau. Esok ntah jadi orang ke tak aku tak taulah!"

To some people, provokasi macam tu menaikkan semangat untuk membuktikan sesuatu.
But to most people, negative words will destroy them.
Hari tu masa aku buat post tentang En Wan suka kondem-kondem aku, ramai juga yang respond to that post bagitau dorang down kalau dikondem suami sendiri.
Suami tegur masakan tak sedap pun dah tawar hati nak masak lagi.
Actually tak perlu kondem yang kaw-kaw pun.
Cukuplah suami tu perli, atau senyum sinis pun dah boleh buatkan isteri down.
Walaupun si suami kata "I kondem sebab nak u lebih cekal", actually kau tak boleh kondem orang at the same time mengharapkan orang tu berjaya.
Benda tu tak masuk. Tak allign orang kata.
Tak payah nak saiko sangat.
Kalau kau ikhlas nak orang tu success, belajarlah cakap yang baik-baik.
Bagi semangat, bagi motivasi.
Kalau mulut tu berat sangat nak bagi sokongan, apa kata diam je.
Orang tua-tua kata diam tu tanda setuju.
Kau pun tak penat bercakap, orang yang mendengar pun tak sakit hati.
So kalau kita nak sesiapa pun di bawah kita baik anak atau pekerja jadi produktif dan berjaya, start declaring words of life over them.

Terlalu kerap, mak bapak berkasar dan kritis pada anak-anak.
Ada yang sentiasa cari salah anak.

"Apesal ramai dapat A+, kau dapat A- je?

"Apesal orang lain boleh melukis cantik, kau tak?"

Yang paling common dalam masyarakat melayu - "Satu sen tak guna!"

To be fair to parents, mungkin mak bapak tak ada intention nak kondem atau merendah-rendahkan anak cuma dorang tak jumpa perkataan yang sesuai untuk menyampaikan maksud sebenar.
But still, the words hurt them.
Masa sekolah dulu, aku pernah kena sound direct dengan sorang cikgu.
Tak tahulah apa kena dengan dia that day.
Maybe dia tengah ada masalah, atau memang dia bengang dengan aku tak masuk kelas dia.
Actually bukan aku sengaja tak masuk, tapi waktu tu aku di bilik Penolong Kanan.
Masa tu pengawas ada buat program Kem Bina Diri at school.
Ada salah laku some pengawas senior pada student.
Kebetulan pengawas yang buat hal tu sama batch.
Aku pulak Ketua Batch, jadi aku turut dipanggil untuk bagi explanation.

Bila settle jumpa Penolong Kanan, aku pun masuk kelas.
Memang dah lewat 20 minit macam tu, cikgu tu halau aku keluar kelas.
Depan-depan kawan dia halau aku cakap "You ingat jawatan you boleh bagi you future ke lepas sekolah? OUT!".
OMG, aku shock.
Tak banyak cakap, aku terus jumpa Penolong Kanan and HEM, minta dorang keluarkan surat pengesahan bahawa aku dipanggil untuk bagi keterangan kes, bukannya memonteng.
Esoknya, cikgu tu jumpa aku "Kenapa you jumpa Penolong Kanan pasal semalam?".
Aku cakap "Saya minta dorang keluarkan surat saja".
Rupanya dia tak kena marah tapi dipuji oleh Penolong Kanan.
Penolong Kanan kata dia cikgu yang bagus sebab perihatin student tak hadir sesi pembelajaran.
Patutlah bukan main manis mulut bercakap dengan aku.
Dia tak tau Penolong Kanan tak bambu dia sebab aku tak bagitau yang dia halau aku dari kelas depan semua orang, "OUT!!" katanya.
Kalau aku bagitau, konfem menggelabah kau kena sound balik dengan Penolong Kanan.
Tu nak tunjuk how kata-kata kita boleh mempengaruhi hidup orang.
Kalaulah cikgu tu halau murid yang sensitif, tak ke naya.
Sepanjang tahun terkesan budak tu dimalukan depan kawan-kawan.
Boleh jadi budak jadi menyampah nak belajar subjek dia.
Nasib baik dia halau murid hati kering.

Samalah macam mak bapak.
As parents, kita ada tanggungjawab untuk train anak-anak kita, disiplinkan dorang, tegur kalau buat salah, tunjuk pilihan yang betul ketika dorang buat pilihan yang salah.
But we should not constantly harp on our kids.
Kata-kata bersifat kondem dan penghinaan boleh merosakkan imej dan masa depan anak.
Kalau selalu sangat anak tu ditekan dengan kata-kata negatif, akan membuka ruang untuk segala jenis insecurity and inferiority dalam hidup dia.
Ramai orang dewasa yang masih menderita akibat kata-kata negatif yang mak bapak ucapkan ketika dorang masih kecil.

Contohnya, ni ha aku baru baca email sorang blog reader.
She's currently duduk luar negara.
Berkahwin dengan orang sana juga (tapi masuk Islam).
Dia minta pandangan kalau-kalau dia ni anak derhaka sebab dia takde rasa sayang pada ayah dan some makcik dia (adik beradik ayah).
Takde rasa nak balik Malaysia pun.
Malah dah 4 tahun tak balik dan dia rasa ok tak balik Malaysia pun.
Katanya dari kecil ayah constantly mencompare anak-anak dengan cousin-cousin yang lain.
Adik-beradik lain pun kena juga tapi maybe dia lebih sensitif jadi dia sangat terkesan.
Ayah selalu spoke negative words.
Macam aku cakap mungkin niat si ayah untuk suntik semangat tapi caranya salah (kot).
Yang makcik-makcik pun perangai sama macam ayah, asal jumpa je kondem, perli, membanding-bandingkan, etc.
Dia kata in laws dia sangat berbeza.
Jenis yang appreciate apa saja yang anak menantu buat.
Buat kek pound biasa pun dipuji-puji dan dibanggakan ke semua ahli keluarga.
Suami pun sentiasa support apa dia buat.

Aku bukan orang yang ahli nak kategorikan samada seseorang tu anak derhaka atau tak.
Aku lebih berminat to talk about how parents can influence future anak-anak.
Inilah salah satu contoh kalau parents tak reti nak cakap baik-baik.
Kita boleh marah anak, tapi choose better words la.
Berhenti membandingkan anak dengan anak orang lain.
Kau sibuk membanggakan anak orang lain, cuba kau tanya pulak mak bapak budak tu apa yang dorang buat sampai anak dorang jadi seperti yang kau banggakan.
Mungkin sebenarnya kau yang tak betul, bukan anak kau.
Kau yang toksik tu pasal anak kau sentiasa bermasalah di pandangan mata kau.
Kalau anak orang tu diberi pilihan agaknya dorang pun taknak mak bapak macam kau yang suka kondem anak.

Lagi satu, yang makcik-makcik tak payah nak masuk campur sangatlah hal anak orang.
Kot ye pun concern dengan anak-anak sedara, biarlah ada limit.
Jangan over sangat.
Your words can curse their future.
Yang lebih-lebih ni selalunya, esok kalau anak sedara tu betul-betul jadi hauk, bukannya dia nak ambil tanggungjawab pun.
Dia membawang pulak hal anak sedara sendiri kat orang lain.

Kesian juga aku baca email reader tu.
Well, it is proven dia berjaya.
Dapat sambung belajar ke luar negara, berkerja di sana, dapat suami loving, dapat in laws yang sayangkan dia.
Tapi tu lah, ada cerita yang dia simpan.
Kesannya dia tanggung sampai sekarang. Sedih.
Aku tak reti nak bagi pandangan, but I'm happy dia dapat kecapi bahagia dengan hidup dia sekarang yang dia tak pernah rasa masa kecil.
Dan semoga ada ruang bahagia yang sama untuk dia dan parents dia di Malaysia, soon.