2021-03-04

Dengki dengan isteri

Semalam ada sorang follower DM bagitau company suami baru tutup.
Gaji suami yang last will be next month. Suami susah hati.
Walaupun isteri berkerja but suami tetap susah hati.
To be honest, ini suami yang bagus.
Dia tak merasa selesa hanya kerana isterinya berkerja.
Dia ada rasa tanggung jawab.
Berbahagialah isteri yang ada suami macam ni. Yang ada MARUAH diri.

Ada lelaki selesa tumpang duit isteri.
Dalam keadaan sesak, masih takde usaha nak cari duit lebih.
To him, kalau kita susah, cut apa yang patut.
Nama dia nak usaha lebih takde.
Jangankan kata nak bagi isteri senang, duit isteri tu pulak dia catu-catukan untuk bayar itu ini.
Ni bangsa kote lagi besar dari otak. Tu pasal bengap.

Dari awal aku kenal CINTA, aku tak berkenan dengan pesen lelaki macam ni.
Dah la tak mahu usaha lebih, bila si pompuan usaha kerja keras, dia insecure.
“Apa kita ada ni cukuplah”.
Masalahnya memang tak cukup!
Kalau cukup takde maknanya perempuan tu nak menyusahkan diri buat macam-macam kerja, bingai!
Inilah jugak antara sebab kenapa aku tinggalkan exbf aku dulu.
Jenis yang hidup relax, konon cool tak gelabah.
Padahal takde wawasan nak majukan diri.
Bila aku cerita tentang plan nak score exam, dia sakit hati.
Bila dia ajak lepak tapi aku kata nak study, dia kata aku dah berubah.
Mulalah syak aku ada skancdal sana sini.
Mana aku pergi semua dia membontot.
Tak cukup dengan mengekor, dia selongkar pulak segala kepunyaan aku.
Email aku pun dia hack nak baca.
Kan dah jadi mental namanya tu, menyusahkan diri.
Baiklah kau ikut je aku study dah tentu-tentu kau nampak aku mana pergi tak payah nak syak macam-macam. Ngok.
Takut nau aku berubah.
Abis tu jadi manusia ni tak payah berubah ke?
Kalau dulu suka melepak, sampai bila-bila kena melepak, gitu?

Kita ni cuba la nak suntik motivasi dalam diri dia, walaupun aku tak suka study kat library, aku ajak jugak dia join sama.
Karang kalau aku memerap dalam bilik dia kata aku membosankan pulak.
So aku ajak dia duduk library.
Nak sangat tenung muka aku kan, hah tenunglah sampai library tutup.
Meh duduk depan aku.
Nak belajar ke, nak mengadap aku sampai ke sudah ke, it’s your call.
Eh tak pulakkkkk.
Aku tengah study, dia meruyup hilang.
Rupanya masuk lab komputer main chat.
Bila aku tanya apesal tak duduk study sama-sama, dia kata tak nak ganggu aku study.
Elok-elok aku nak study dalam bilik kau ajak jumpa.
Dah jumpa, tinggalkan aku sorang kau main chat.
Kau kan kalau aku terajang sia-sia hidup.

Bila aku excell, mulalah mensaiko.
Asal bertekak je, keluar ayat “Ye lah, orang pandai. Kita ni siapalah”.
Hah, dah tau kau tu bukan siapa-siapa, then be somebodylah!
Yang nak duduk tahap tu sampai mati nak buat apa.
Jenis manusia macam ni memang malas berusaha, selesa dengan comfort zone.
Kita ni kalau tak nak berubah perbaiki diri sendiri, jangan halang orang lain nak berjaya.
Ini tak. Dah lah malas, tarik pulak kita biar jadi malas macam dia.
Tapi berangan nak hidup senang, nak beli itu ini, nak kerja besar.
Kau ingat kau sorang je yang mohon kerja esok, orang lain tak?

Aku tahu ada spesies lelaki macam ni yang dah bergelar suami tapi masih lagi selesa hidup ala kadar.
Masalahnya, dia suruh bini hidup ala kadar, yang dianya bukan main lagi selera besar.
Kehendak dia semua kena cukup, part bini dia suruh berjimat bersederhana bagai.
Bila bini buat 2-3 kerja, siang malam mengadap kerja, membalas whatsapp, dia syak yang bukan-bukan.
Tapi bila bini dapat duit extra, dia mengendeng.
Tu belum lagi bila isteri benar-benar berjaya, berkerjaya besar, dikelilingi orang-orang hebat, dia sakit hati.
Dengan bini sendiri nak berdengki.
Aku dah lalui dah dulu masa zaman belajar.
Seksa dapat pasangan yang taknak usaha lebih satu hal, pastu sakit hati pulak kita berjaya.
Tau pulak malu bila kita lebih bijak dari dia, tapi dia taknak buat apa-apa nak perbaiki diri.
Kau kalau nak duduk dalam zon selesa kau tu, kau duduk dendiam.
Jangan halang aku nak cari zon selesa aku.

Ex aku dulu, bila aku tinggalkan dia, dia jadikan kecemerlangan aku sebagai punca.
Konon macam aku lupa daratan.
“Sejak jadi scorer dah lain perangai. Nak kawan dengan orang pandai-pandai je”.
Ya ampunnnn bingainya.
Standardlah tu bila orang tahu kita ada kelebihan, of course ada yang jadikan kita ahli group projek, ahli group study, etc.
Benda ni normal.
Aku pun sampai sekarang kalau kenal someone yang success dan cara kerjanya hebat, aku seronok nak berkawan.
Berkawan dengan orang yang lebih hebat dari kita akan menjadikan kita lebih baik.
Kalau kau asik nak bergumpal dengan orang-orang yang asyik memandang kau tinggi, asyik puji-puji kau 24 jam, penyudahnya kau rasa diri kau dah best sangat.
Bila merasa diri best, itu yang menjadikan kita takde improvement.
Sebab dah rasa diri best sangat sampai tak perlu apa-apa penambahbaikan.

Orang malas memang dari dulu lagi takkan ada tempat di mata orang-orang yang hebat.
Tak pandai takpe, tapi jangan malas.
Nak buat apa jadikan orang pemalas macam kau kawan.
Nanti assignment pun kau buat sambil lewa.
Paling tak boleh blah bila aku break dengan dia, dia tuju lagu Ukays “Kekasihku di Menara” kat aku.
Aku ni lupa daratan katanya.
Bila dah berjaya tinggalkan dia.
Kononnya gitulah. Eh kisah pulak aku.

The things is, sampai bila nak hidup ala kadar?
Belajar asal belajar, buat assignment asal siap.
Asal grad konsepnya.
Takde ikhtiar nak buat lebih.
Takde angan-angan nak dapat lebih.
Kau ingat life after grad ni statik macam zaman belajar ke.
Kat luar tu lagi banyak cabarannya.
Kalau dari zaman blaja kita tak bentuk keseriusan kita, apa jaminannya kita boleh berjaya lepas grad nanti?

Lelaki jenis macam ni selalunya berselindung di sebalik shadow pasangannya.
Macam aku dulu, aku adalah comfort zone ex aku.
Sebab aku adalah perempuan bodoh yang tak berkira dengan dia.
Duit aku adalah duit dia. Makan aku belanja. Nak outing, aku support.
Sampaikan dia boleh selamba bershopping minta aku belanja.
Tu pasal dia taknak aku berubah (study) sebab kalau aku dah fokus pada belajar, aku takde masa nak layan kehendak duniawi dia.
Sedangkan aku adalah comfort zone dia.
Tu pasal dia meroyan teruk bila aku left.
Bukan sebab dia sayang aku pun, tapi aku ada apa yang dia nak.

Aku percaya ramai isteri yang terperangkap dalam marriage sebegini.
Suami taknak usaha lebih, sedangkan perbelanjaan makin besar.
Sampai bila nak hidup cukup-cukup makan setiap bulan.
Itupun sebenarnya nak mencukupkan sampai hujung bulan dah hazab.
Maka isteri pun buat macam-macam kerja.
Bila dah buat macam-macam kerja of course jadi sibuk.
Bila isteri sibuk, suami melenting. Tuduh isteri dah berubah.
Habis tu kalau isteri tak berubah, nak harap kau berubah?
Please lah suami, aku semak dah baca luahan hati isteri-isteri yang ada suami macam ni.
Bukan aku bosan, tapi aku suffocated dengan situasi macam ni.
To me, kalau kau sebagai suami taknak buat lebih, jangan halang isteri buat lebih.
Jangan berdengki. Jangan nak syak macam-macam.
Dah kau taknak buat kan, kau duduk lah dendiam.
Nak sangat duduk dalam zon selesa, sila selesakan diri kat rumah tu.
Jangan bengkek bila isteri busy cari rezeki.

Aku sendiri tak kisah kalau suami tu tak nak cari lebih asalkan jangan halang aku buat lebih.
Ni dah la tak nak buat lebih, bila isteri buat lebih dia marah.
Bila isteri berjaya dia dengki.
Bila isteri berpendapatan lebih, dia sakit hati.
Lepas tu cemburu tak tentu pasal.
Isteri pegi kerja meeting sana sini, dia suspicious.
Yang benornya kau tu INSECURE!
Dah tau diri tu tak successful macam orang lain, usahalah jadi successful.
Ini tak. Dah la malas usaha, bila nampak isteri berkerja dengan orang-orang hebat mulalah jealous.
Check henfon isteri, check henbeg isteri.
Itu je la yang dia boleh buat.
Jenis yang tak nak berjaya, dia tarik pulak isteri biar jadi tak berjaya macam dia.
Tak kasi isteri maju.
Biar sama-sama duduk dalam zon yang “selesa tapi hazab”.
Bangsa yang 'biarlah hidup sederhana asalkan bahagia'. Korokmu.
Yang harus bersederhana tu GAYA HIDUP bukannya usaha. Usaha mesti MAKSIMUM. 
Ba alif ngang.