2021-02-05

Pandangan tentang "ramai anak banyak rezeki"


Ada satu filem Indonesia tajuk KELUARGA CEMARA kat Netflix.
Filem tahun 2018, rating IMDB 7.8/10.
Not bad, walaupun pelakon dia aku tak kenal except Nirina Zubir.
Cerita kekeluargaan tentang seorang ayah yang jatuh bankrup angkara business partner.
Hidupnya dah senang di Jakarta, ada rumah besar, anak-anak sekolah bagus.
Lepas bankrup, dorang balik ke kampung, duduk rumah peninggalan orang tua.
Bermulalah kisah hidup yang susah, rumah buruk, tinggal di kawasan kampung, sekolah di kalangan budak-budak yang takde daya saing nak belajar, dan peluang kerja yang terhad.
Untungnya orang-orang kampung baik-baik.
Tetiba isteri mengandung pulak.
Isteri dah sedih-sedih sebab dalam keadaan yang serba kalut dan segalanya kena bercatu, macamana nak sara sorang lagi anak baru.

Tapi aku suka karakter ayah (the husband).
Dia tahu keadaan keluarga tengah susah, dia berusaha cari apa je kerja - jadi tukang bancuh simen pun boleh, jadi grab (Gojek) pun takpe.
Asalkan kerja.
Dan dia sangat perhatikan perkembangan anak-anak, dari urusan sekolah hingga pergaulan.
Jenis orang macam ni, beranak ramai pun tak apa sebab walaupun dia tahu setiap anak hadir dengan rezeki, dia tak tadah nasib dia buta-buta.
Terus berusaha selagi boleh.

Ada sesetengah manusia, bila ditegur "udah-udahlah beranak, tumpukan pada yang ada ni dulu", wahhh bukan main melompat dia.
Katanya anak-anak ada rezeki masing-masing, tapi aku tengok keadaan dia gitu jugak susah.
Ya, memang betul anak-anak ada rezeki.
Habis hidup kau nak menumpang rezeki anak je ke?
Taknak usaha pegang amanah Allah ni baik-baik?
Ambil mudah urusan anak isteri - makan apa yang ada, pakai apa yang ada, duduk rumah apa yang ada.
Segalanya bedal apa yang ada.
Kalau berkerja lain cerita, ni jenis yang bini pulak yang beria mencari rezeki sampai bengkok badan.

"Ramai anak, banyak rezeki".

Betul ke? Aku rasa macam ada yang salah dengan statement tu.
Patutnya "banyak rezeki bila ramai anak".
Bermaksud, anak-anak adalah rezeki bagi ibubapa, bukannya rezeki anak itu yang menjadi milik ibubapa.

Setiap anak datang dengan rezekinya masing-masing.
Tetapi, rezeki anak tu tak 100% datang jatuh depan mata kalau tak disertakan dengan usaha dari mak bapak.
Dulu mak bapak takde duit nak beli komputer.
Sekarang dah mampu belikan anak-anak komputer.
Bukannya mak bapak pakai pun, tapi beli untuk anak-anak.
Maknanya, anak-anak ada rezeki dapat komputer.
Komputer tu milik dia, bukan mak bapak.
Mak bapak hanya ada rezeki membeli, bukan rezeki memakai.
Tapi komputer tu Allah tak jatuh sebijik depan mata dia, ia datang dengan usaha mak bapak untuk menyimpan duit dan kemudian beli that komputer.

Aku tak perli siapa-siapa bab komputer ni.
Itu hanya nak bagi contoh biar faham konsep rezeki anak.

Mungkin ada yang setuju dengan anggapan ramai anak maka banyak rezeki.
Atas dasar, ramai pasangan yang tak dikurniakan anak.
Jadi, menjadi satu keberuntungan kalau dapat ramai anak.
That's true. Bila mak bapak mampu memenuhi KEPERLUAN semua anaknya, of course tak salah memiliki ramai anak.
Lain ceritanya bila mak bapak tak dapat menafkahi anak tapi terus-menerus beranak demi nak mencapai target, dengan harapan ada anak yang datang bersama rezeki yang banyak.
Inilah sebabnya kenapa keluarga yang kurang mampu, semakin anak-anaknya bertambah, hidupnya bukan semakin baik but getting worse.

Aku bukan nak cakap apa ya, tapi memang ada mak bapak yang aim untuk beranak beranak beranak dengan imaginasi akan hadir seorang anak yang datang bersama duit dan harta yang banyak.
Dia tak tau rezeki tu datang dalam bermacam cara - ada yang datang tanpa usaha, ada yang datang kerana berusaha.
Boleh jadi kesemua anak-anak dia datang dengan rezeki yang besar tetapi perlu DICARI.
Bukannya duduk tunggu emas jatuh kat celah kangkang.

Aku kenal beberapa orang yang anak ramai tapi takde perancangan nak membesarkan anak.
Bila ditanya apa plan untuk budak-budak ni, sekolah kat mana - jawapannya mudah nau "Tak pikir lagi".
Seriuslah tak pikir?
Orang lain lagi setahun nak masuk Darjah 1 dah kelam-kelibut urus hal anak, yang kau pikir pun tak.
Bagi dia, sampai masanya Allah akan tunjukkan jalan.
Tepuk dahi!

Zaman sekarang, mak bapak sampai bingung-bingung pikir nak melengkapkan keperluan anak-anak, uniform sekolah, buku-buku, belum lagi susu and nursery anak-anak lain, pampers anak kecik - semua benda nak dipikir.
Tak faham jenis mak bapak yang lepas tangan tadah nasib bodo-bodo gitu.
Memang urusan dunia ini urusan Allah.
Hidup-mati-rezeki urusan Allah tetapi usaha adalah urusan kita.
Usaha adalah ibadah.
Janganlah terjebak dengan falsafah "banyak anak banyak rezeki" sebab tak ada yang boleh menjamin setiap anak keluar berserta rezeki selepuk depan mata.
Yang pasti, semakin ramai anak, semakin banyak belanja. Hat ni memang konfem.

Again, aku bercakap tentang mak bapak yang beranak je kejenya tapi planning untuk anak-anak takde.
Kalau korang mak bapak yang sentiasa mencari jalan untuk keperluan anak-anak, jangan terasa hati.

Zaman dulu, pandangan tentang "ramai anak banyak rezeki" memang relevan sebab mata pencarian utama masyarakat dulu berkebun.
Tenaga anak diperlukan untuk berkebun.
Pasangan yang ramai anak dipandang lebih baik kerana semakin ramai yang membantu orang tuanya mengusahakan kebun.
Semakin ramai anak maka semakin besar tanah yang boleh diusahakan kemudian dialihkan menjadi milik peribadi.
Lagipun masyarakat dulu kurang memahami pentingnya pendidikan.
Ditambah lagi ramai yang belum kenal istilah family planning jadi wajarlah anggapan "ramai anak banyak rezeki" menjadi pegangan.

Memikirkan keperluan masa kini, kesejahteraan anak-anak patut jadi keutamaan dalam urusan mak bapak.
Nak mikirkan makanan yang seimbang untuk anak, pendidikan, perubatan, insuran, harga susu - tak ada yang makin murah, semuanya makin melambung.
Manusia tak sama dengan binatang.
Manusia dianugerahkan kebijaksanaan mengatur populasi supaya kita dapat mewariskan keseimbangan ekosistem yang baik.
Sebaiknya jumlah anak disesuaikan dengan kemampuan mak bapak supaya tak ada anak-anak yang kurang perhatian.
Bila anak-anak dibiarkan pandai-pandai-kaulah, they will become a burden to the parents, eventually.
Bila dah jadi macam ni, bukan lagi "ramai anak banyak rezeki" tapi musibah yang menghabiskan rezeki.

Ada yang berpendapat kalau ramai anak somehow menjadikan the parents termotivasi berkerja kuat.
Yes, aku setuju juga. Itu memang boleh berlaku.
But my pount is, ramai banyak anak tidak otomatik membuatkan rezeki semakin banyak kerana rezeki tidak ditentukan dari ramai atau sikitnya anak.
Sebaliknya, rezeki itu datang dari usaha + doa + tawakkal.
Rezeki itu dicari, bukan ditunggu.