2020-10-01

Retort Technology Class


Isnin dan Selasa baru-baru ni aku run Retort Technology Class khas untuk pengusaha produk makanan [dan minuman].
This is something yang aku yakin boleh bagi manfaat yang besar untuk usahawan.
Aku tak jual produk makanan tapi aku selalu order ready-to-eat food but frozen punya, which aku rasa kalaulah lauk-pauk ni boleh diretorkan, akan mengurangkan lagi banyak kos di pihak usahawan.
Plus, lagi jauh produk kau boleh pergi sebab dah sah-sah lepas diretortkan, kau boleh pos produk tu ke mana-mana, hingga ke luar negara.
Bukan hanya kerana produk tu boleh disimpan dalam suhu room temperature, tapi yang penting sekali produk kau tahan hingga 18 bulan.
Tak payahlah kejap-kejap nak masak, kejap-kejap nak kena pi beli stok barang basah.
Hanya masak 1-2 kali je sebulan, lepas tu the rest of the month kau boleh concentrate on marketing saja.

Aku pernah guna technology retort ni, lama dah sejak zaman undergraduate dulu tapi untuk budak-budak lab macan kitorang, technology yang sama ni kami panggil autoclave.
Bezanya, autoclave ni kitorang gunakan untuk panaskan radas makmal and media [untuk bacteria culture].
Tapi autoclave lagi berat, kena letak atas lantai.
Kalau retort machine ni ringan je, boleh letak atas kitchen top korang.
Tapi technology yang digunapakai tetap sama, iaitu untuk matikan semua bacteria.
Bila bacteria mati, produk makanan korang akan tahan lebih lama.
So inilah technology yang WAJIB semua pengusaha makanan belajar dan ambil tahu sebenarnya.

Kapasiti akademi boleh muat 40-50 peserta, tapi memandangkan kena follow guideline musim Covid, jadi hanya 20 seat sahaja yang dibenarkan.
Alhamdulillah 20 peserta join program ni, 9 daripadanya adalah blog reader aku, dan 2 orang adalah customer biotech aku.
Tak sangka ramai dari kalangan blog reader aku ni orang hebat-hebat - ada kilang, ada restoran, ada supplier luar negara, etc.
Seriously aku memang termotivasi duduk kalangan orang macam ni.
Dorang punya keinginan untuk belajar tu tinggi because they come for their business jadi bila bersembang tu kebanyakkannya suka bertanya.
Orang yang suka bertanya, insyallah tak sesat jalan.

Ini hari pertama.
Agak kelam-kabut jugak aku pagi tu sebab semalamnya baru balik dari UTHM, sampai rumah dah lewat.
Mula tu plannya nak ke akademi terus untuk setup segala benda, mesin retort pun sampai petang tu juga.
Rupanya mesin retort pun sampai lambat, dah petang sangat siapa dia nak tunggu kat akademi, lagipun hari tu Ahad.
Jadi, semua barang pun sampai pagi Isnin.
Nasib baik kelas start at 9am, jadi aku keluar rumah 6.30am supaya sampai awal, boleh settlekan apa-apa yang pending.

Pukul 9am kelas bermula.
Kelas ni asal-asalnya big boss minta aku je yang mengajar since aku yang initiate kelas ni.
Tapi first class ni aku memang kena pass kat tenaga pengajar dari universiti sebab aku nak tengok modul dia.
Lepas ni insyallah, baru aku take over.
Tenaga pengajar yang kitorang ambil adalah dari UniKL, memang subject matter expert untuk retort technology.
Jadi, dari segi akademik dan praktikal, dia sangat layak untuk mengajar tajuk ni.

Alhamdulillah participants sangat responsive, banyak bertanya, tak berat bontot bila diminta mencuba mesin retort.
Memang semua yang datang nakkan ilmu teknologi ni.
Tenaga pengajar pun kata participants yang datang memang dari kelompok yang nak belajar sebab rajin nau bertanya macam-macam.
Dia punya level nak belajar tu kau tau macamana?
Ada sorang participant ni dari Kedah.
Dia paling last buat payment sebab dia tak sure boleh pergi ke tak. Masa tu area dia masih lagi PKPD.
Ahad tu, dia call "Tempat saya dah release. Malam ni saya naik flight ke KL".
Aku dengar pun macam ini bukan calang-calang punya semangat ni.
Determination dia very strong.
Participant ni antara yang paling aktif bertanya. Duduk depan sekali tu.

Aku mati-mati ingat yang datang ni sekitar Selangor and KL je, rupanya 3 orang dari Kedah, 3 orang dari Melaka, sorang dari Penang.
Sebab tu aku cakap dorang ni punya semangat satu macam, aku termotivasi.
Ye lah, kelas ni RM975 untuk 2 hari, belum dengan duit hotel dorang, duit minyak/flight - semuanya sendiri.

Hari pertama adalah hari teori.
Sehari suntuk participants akan belajar tentang teknologi retort.
Walaupun pada mulanya aku risau kot-kot ada participants yang mengantuk belajar teori, tapi teori ini penting.
Aku faham bukan semua participants ber-background-kan sains, jadi kalau dah masuk bab microbiology tu agak blur sikit.
Tapi teori ni sangat penting supaya participants tahu what to expect bila makanan berlendir, makanan bertukar warna, makanan ada kulat, makanan ada kerak-kerak - semua ni menentukan jenis kerosakan dan penyebab kerosakan.
Bila kita tahu puncanya dari bakteria jenis apa, barulah kita tahu cara menyelesaikan dan prevention-nya.

Kalau nak ikutkan boleh je kita jump terus kat teknik menggunakan retort tapi aku rasa this is the time kita bagi sesuatu yang extra.
Dalam kelas ni, bukan saja kita bagi peluang participants men-retort-kan produk masing-masing tapi kita ajar macamana nak buat labelling yang betul, macamana nak buat costing yang betul, macamana nak buatkan produk dapat haba yang sekata supaya mikrob mati [secara manual], dan kita bagi flow macamana nak apply sijil Halal and MeSTI serta requirement KKM.

Hari kedua. Belum apa-apa muka masing-masing dah lemau.
Aku memang lemau gila lah sebab kali ni preparation serentak UTHM - Retort Class - GreenAard Anniversary.
In fact masa tengah training ni pun sambil telinga dengar kelas, tangan sambung buat kerja ofis.
Kelemauan dia terbukti bila hari tu aku makan breakfast je, lepas tu just rasa-rasa sikit makan peserta.
Nak makan heavy meal lunch and dinner dah tak larat.
Bagus jugak kalau hari-hari gini, cepat sikit aku transform jadi Tyra Banks.

Hari kedua yang paling ditunggu-tunggu sekali sebab hari tu participants akan run test produk masing-masing samada sesuai tak untuk diretortkan.
Ada orang ingat nak menretort ni tak perlu belajar, just hantar ke kilang untuk diretortkan.
Tak, ya. Tak semudah tu flow-nya.

Untuk orang yang ambil produk dari kilang [OEM] kemudian tepek brand sendiri, itu memang mudah.
Tapi untuk orang yang resepinya adalah dari dia sendiri, dia perlu tahu samada produk dia berubah rasa dan bentuk tak selepas diretortkan.
Sebab dalam retort, produk korang diheatkan pada suhu yang tinggi untuk mematikan semua bacteria, dah tentu akan ada perubahan rasa dan bentuk.
Actually bukan semua produk akan berubah rasa dan bentuk, tetapi ada yang akan berubah bergantung pada jenis bahan yang digunakan.
Jadi, bila kau berpeluang untuk test produk korang di sini [kelas retort], itulah ketikanya untuk korang tahu samada produk masing-masing perlu dimodified untuk penambahnaikan atau tidak.
Takdelah nanti, hantar ke kilang untuk retort, sekali bila dah retort rupanya produk tak sama macam asal.
Daripada buang duit beribu-ribu, lebih baik kita belajar dulu and test produk.

Hari tu memang macam-macam makanan ada dalam kelas, dari western and asian food.
Ada yang nak retort pes kuah kari tulang, kuzi ayam, sos spageti, Korean food, jus buah, kurma kambing, ada yang buat baby food - terharu aku tengok masing-masing bersemangat.
Aku yang lemau ni terpaksa jadi bertenaga, pinjam semangat participants.

Sebelum masing-masing test dengan produk sendiri, kami test dulu dengan sample kami dulu iaitu daging salai lemak cili api.
Haaaa bukan calang-calang sample-nya, ya.
Lepas retort, semua participants dapat bawak balik daging salai. Selamat dah dinner. Takyah pikir nak masak apa.
Dalam gambar atas ni ketika kami retort daging salai.

Bagus tak bagusnya pek retort ni, korang boleh isi banyak dalam pek.
Kalau isi dalam tupperware atau bottle jar, berapa gram je boleh dapat.
Pulak tu nak kena pikir delivery handling lagi - pecah atau tumpah ke tak tengah jalan.
Tapi dengan pek retort, easy peasy.
Takyah pikir dah tumpah ke, pecah ke, barai ke, yang penting boleh pos pada suhu bilik, tak perlu ice pack you olllss.

Ini kita bagi peluang pada participants guna mesin retort using our sample daging salai dulu.
Biar they get used dengan pek retort, sealer and mesin retort. Seal kena betul-betul, kalau tak, nanti dalam mesin retort dia terbuka semula. Nak tahu korang seal ok ke tak, tunggu nanti ada keluar bau tak dari mesin retort. Kalau lepas release injap wap ada keluar bau makanan, tu maknanya ada sealer yang pecah. Pek retort JARANG pecah, sebab ada 3 lapisan filem dalam tu, that's why pek retort ni senang nak buat pengeposan. Tetapi, kalau masa seal tu caranya tak betul, memang makanan boleh tumpah bila seal terbuka.

Masa ni dah start riuh dah akademi sebab masing-masing dah start retort produk sendiri.
Terasa kerdilnya diri ini tengok semua orang pandai masak.
Betapa terernya dorang ni semua masak, sampai dah ke tahap nak men-retortkan makanan.
Maknanya now makanan dorang semua dapat permintaan tinggi, tu pasal dorang nampak keperluan men-retort.
Yang aku, dah la tak pandai masak, pemalas masak pulak tu!

Bila tengok participants excited prepare produk masing-masing dalam pek retort, rasa kagum betul aku dengan semangat orang-orang macam ni.
Kawan aku si Aisyah tu pun datang, bawak 2 ekor ayam masak kuzi, boleh?
Punyalah berianya nak menretortkan produk.
Eh why not kan? Dah bayar mahal kot, silakanlah retort 10 macam produk pun takpe.

Tibalah masanya aku merasa makanan. Dorang pilih aku ya untuk merasa. Kahkahkah.
Takdelah, ini masa dorang tengah men-retort, jadi masing-masing ada lebih produk bagilah aku rasa.
Semua pun sedap. Dah tu, kalau tak sedap kau rasa berani dorang nak retort? 

Yang gambar atas ni dari Kulim, blog reader. Dia datang dengan boss dia, ada kilang dah. Tapi yang produk dia nak retort ni kuah kari tulang. Memang sedap!! Pakkal takde mee, kalau tak, settle semangkuk. Insyallah we plan to naik utara bulan Nov, akan ke kilang dia juga.

Yang ni aku terharu, sikit lagi nak bergenang airmata aku.
Dia datang perkenalkan diri "Kak Di, saya nak ucapkan terima kasih. Kak Di pernah promote makanan saya, ramai follower Kak Di beli".
Aku pun tak teringat bila aku promote, baru jumpa orangnya ni.
Alhamdulillah, dah success now, nak retortkan dah pun makanan.
Serious, aku rasa sangat kecikkkkk kat situ dikelilingi orang-orang hebat.
Maka Diana selalu-selalulah buat kelas gini supaya kau tak rasa kau paling best, ya!

Ini hamlau.
Selama ni rupanya aku berpung-pang-pung-pang kat FB tapi tak kenal orangnya sebab dia always tutup muka dengan smiley face. Selama 2 hari ni bukan main dia purak-purak tak kenal aku, sekali last day baru dia bagi hint, baru aku tersedar inilah orangnya yang berhuha dengan aku kat FB.

Ini Chef Korean food guyssss. 24 cawangan restoran Korea. Tak salah aku nama restoran MyeongDong Topokki. Hari tu aku dapat rasa tteokbokki and bulgogi dia selepas diretortkan. Sedap! Of course la sedap kan, kalau tak, takkan sampai 24 cawangan.

Ni ahli Dusty Pink Tits, Aisyah.

Yang follow IG aku mesti tahu aku selalu up makanan yang aku order dari Aisyah. Dia ni pandai gila masak, ntah kenapa dulu aku tak jadikan dia housemate aku. Kalau tak, mesti aku kenyang takyah makan kat cafe. Kahkahkah. Oh lupa pulak, dia ni kategori budak baik-baik, sebab tu dulu kitorang tak serumah. Rumah aku dulu taraf saitan-saitan je situ. Sejak sama-sama duduk Putra Heights, aku telan berjaya meracuni pemikirannya sampai dia ditarik masuk ke group Dusty Pink Tits. Bagus dia ni fast learner, cepat belajar vocab-vocab baru. Mbahahahaha.

Ini si comel muda-muda dah ada food truck bisnes, buat sushi and bakso.
Ni dia bagi aku try bakso dia. This bakso yang nak diretortkan.

Yang belah kanan tu also blog reader. Husna rasanya nama dia.
Ini datang dengan full preparation - stationary lengkap, siap bawak penimbang makanan.

Kata initiate course Food Safety kan, dah tu kau lah yang kena uruskan segala tong sampah ni, barulah safe food kat sebelah tu.
Inilah tugas tetap aku selama 2 hari.

Alhamdulillah, selesai Retort Technology Class di Subang Jaya.
Insyallah, kita akan buat Retort Technology class yang sama di utara tak lama lagi.
Date belum ada tapi yang pasti tempat di Sungai Petani pada bulan November.

Kalau ada sesiapa yang berminat, please email aku dulu di diana[at]xzizbiotech[dot]com.
Nak tanya apa-apa tentang retort class ni pun boleh, insyallah.
Please pass this message around, ya.
Insyallah aku plan nak buat hi-tea meet and greet dengan pengguna GreenArd belah utara pada masa yang sama.
Doakan tak PKP, kalau tak, kena hold dulu semua program ni.