2019-07-29

Jangan sombong lama sangat


Sebagaimana yang kita semua tahu [tapi selalu lupa] bahawa ujian Allah tu boleh datang dalam bentuk kebaikan dan keburukan.
Maknanya kita tak ada peluang nak lari dari diuji.
Kaya pun ujian.
Miskin pun ujian.
Buruk pun ujian.
Baik pun masih lagi sebuah ujian.

Ujian hidup adalah sesuatu yang mesti ditempuhi.
Tak ada sorang pun yang terlepas dari ujian hidup.
Umpama kita pi skolah, mesti jumpa exam.
Yang tak bersekolah je tak jumpa exam.

"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan" [Al-Anbiyaa, 35].

Ramai yang tak lulus dengan ujian kesenangan.

Atas dunia ni pun dah banyak contoh kita boleh nampak.
Di akhirat esok pun sama.

Buktinya, Rasulullah sendiri pernah kata dalam salah satu hadisnya [maybe hadis Muslim, silakan cari] bahawa MAJORITI ahli syurga adalah orang miskin.
Maksudnya ramai orang kaya tak lulus masuk syurga.

Kerana apa?

Kerana kesenangannya.

Tapi tak payahlah berebut-rebut nak jadi orang miskin pulak.
Kalau boleh jadi kaya, itu lebih baik kerana Allah lebih sukakan ibadah dari orang kaya.
Kaya tapi tak lupa Allah, itu jauh lebih baik dari miskin dan tak lupa pada Allah.

Yang menjadi punca syurga itu tak ramai orang kaya bukan semata-mata kerana banyak hartanya tapi kerana sikapnya ketika berharta.

Cuba bayangkan situasi simple ni.

Dulu masa kita tak ada apa - duit pun takde, nama pun tak ada, kerja pun tak ada - kalau terlambat appointment, beria-ia kita minta maaf.
Rasa bersalah sampai ke tulang hitam.

Dan selalunya bila kita dah ada segalanya, payah dah nak mintak maaf beria macam tu.
Setakat "Sorry lambat, jalan jem tadi".
Bukan minta maaf tu.
Itu sekadar satu pernyataan je.

Begitu jugalah kita dengan Allah kalau tengah susah.
Sujud bukan main lama.
Berdoa keluar air mata air hidung segala.
Kalau boleh nak sujud merayu dari malam sampai pagi.
Istighfar tak lekang dari bibir.

Bila dah senang sikit, berdoa pun lebih kurang je.
Mintak ampun pun sekadar penuhi syarat berdoa.

Berat.

Ujian kesenangan sememangnya berat.
Lebih melalaikan.

Kalau hubungan dengan Allah pun boleh berubah, jangan peliklah kalau hubungan dengan manusia pun berubah.

Bukan sikit-sikit contoh kita nampak sekarang.
Yang dulunya bukan main merendah diri, penyabar, bercakap pun bertapis-tapis.
Bila dah kaya, cakap pun dah nada-nada angkuh memanjang.
Rasa diri dah berhak buat apa saja, orang lain semua nampak kecil di mata.
Banyak dah contoh di sekeliling kita.
Atau maybe kita juga dah berubah jadi macam tu.

[kita tu aku lah..]

To some people, mereka rasa apa yang mereka miliki sekarang adalah titik peluh sendiri that's why ada rasa bangga dengan pencapaian.
Asbab pencapaian itu kemudian mereka sangka layak untuk upgrade diri jadi lebih berkuasa.

Allahu...

Kuat mana pun kita usaha, rezeki yang kita dapat adalah ihsan Dia.
Kuat mana pun kita kerja, kalau tak ada ihsanNya, kita tak dapat apa yang kita kejarkan.
Apa yang kita dapat tu memang Dia plan dari awal dulu nak bagi.
Kita dapat semua tu bukan sebab kita kerja kuat, bukan sebab kita beribadah banyak, bukan sebab kita orang baik.
Bukan!

Kita dapat sebab memang Dia dah susun rezeki kita banyak tu.
Dia Maha Pemberi, Maha Pemurah.
Dia memang nak bagi sesaja je kat kita.
Cuma Dia nak tengok macamana respond kita bila dapat semua tu.

Apalah maknanya senang kalau hati tak tenang?
Apalah maknanya senang kalau ramai musuh?

Kat mana senangnya?

Ramai yang tak boleh bezakan gembira, bahagia dan tenang.

Ada ramai orang tak pernah menikmati kebahagiaan walaupun hari-hari gembira gelak terbahak-bahak.

Berapa ramai yang hidup sederhana tapi bahagia.
Allah kirimkan orang baik-baik disekelilingnya.
Asbab dikelilingi orang yang baik-baik, hatinya pun jadi tenang.
Hati tenang adalah petanda hidup barokah.

Dan bukan sikit-sikit pula orang yang Allah bagi kemewahan tapi Allah tarik ketenangan hatinya.
Hatinya sentiasa risau bila kekayaannya tak bertambah.
Takut kemewahan menyusut.
Sentiasa cari jalan untuk terus dikagumi manusia.
Risau pula kalau ada yang lebih hebat darinya.
Marah kalau ada yang cuba-cuba mencaras kedudukannya.
Hidup sentiasa dalam kegelisahan.
Ini namanya musibah.

Islam tak pernah bermusuh dengan harta dunia, malah menggalakkan orang Islam jadi kaya.
Tapi harta TAK PERNAH jadi alat yang boleh memberikan ketenangan jiwa.
Malah terlalu ramai manusia yang diazab kerana harta dan kesenangan.

Kesenangan kalau dikendalikan dengan betul, boleh menjadi penenang jiwa.
Tapi kalau salah guna, akan jadi penyebab hilangnya kelembutan hati.

Hidup kita ni tak lama mana, ada expiry.
Belajar-belajarlah merendahkan hati.
Jangan sombong lama sangat.
Takut nanti terbawa-bawa hingga ke liang lahad.