2019-05-27

Orang bijak tahu pilih kawan yang betul



Iman kita tak sama.
Kekuatannya berbeza-beza.
Ada orang kena kutuk satu kali, dah rasa down dan rendah diri.
Ada orang bila dikeji, dia memberontak.
Ada orang walau berkali-kali dihina, tetap tenang, sabar and move on. Membalas pun tidak.

Setiap manusia ada karakter yang berbeza, begitu juga dengan iman.
Iman manusia ada tahap yang berbeza.
Berdasarkan hadis, Rasulullah saw bersabda bahawa setiap tahap iman ada set ujian yang berbeza.
Semakin besar iman seseorang, semakin besarlah ujian yang dia dapat.
Tetapi dalam pandangan biasa, kita tak dapat menilai saiz ujian setiap manusia.
Sama seperti kita tak dapat menilai tahap iman seseorang.
Takde parameter tertentu untuk ukur ujian siapa lebih hebat.

Berada dalam persekitaran yang buruk adalah ujian.
Berada dalam persekitaran yang baik pun masih lagi satu ujian.
Takde jaminan kita terselamat walau berada di persekitaran yang penuh kenikmatan.

Dalam hal ni, penting untuk kita ukur kekuatan kita sendiri supaya tak terseret masuk ke persekitaran yang boleh merosakkan iman.
Kalau kita rasa kita boleh ubah persekitaran kita jadi lebih baik, tak apa.
Tapi kalau kita tak yakin dan khuatir kita pula yang jadi tak tentu arah, maka tak salah kalau kita nak menjauh.

"Perumpamaan berteman dengan orang soleh dan orang yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Berteman dengan penjual minyak wangi akan membuatkan kamu harum kerana kamu dapat membeli minyak wangi darinya atau sekurang-kurangnya mencium bau wanginya. Sementara berteman dengan tukang besi akan membakar badan dan bajumu atau kamu akan berbau tidak sedap". [Bukhari & Muslim].

Hadis ni mengajak kita berkawan dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia serta melarang berkawan dengan orang yang akan memudaratkan iman dan dunia kita.
Maka ukurlah diri sendiri.
Kalau kita berada di tengah-tengah suasana yang tak baik sedangkan kita kuat untuk memberi pengaruh, maka stay.
Kerana ada kebaikan yang boleh kita sampaikan dan dengan pengaruh yang kuat yang kita ada boleh jadi dapat mengubah persekitaran jadi lebih baik.
Sebaliknya, kalau kita adalah orang-orang yang akan hanyut sekiranya stay, maka berpindahlah.

Tak ada yang salah kalau kita nak pilih-pilih kawan, itu hak kita.
Cuma, kalau boleh terus berkawan, maka berkawanlah dengan semua tapi hati-hati jangan sampai kita pulak yang terpengaruh jadi lebih buruk.

Kalau tak dapat jumpa kawan yang boleh sama-sama membawa kita kepada iman yang lebih baik, cukuplah berkawan dengan orang yang takkan mempengaruhi kita jadi lebih teruk.
Maknanya, seseorang yang bukan kaki ibadah dan tak mengajak kita untuk berbuat baik tapi dia juga tak kacau kita nak buat baik dan tak menghasut kita untuk buat jahat.
Kawan jenis ni pun dah ok.

Mesti ada keberanian untuk tinggalkan kawan-kawan yang membuatkan kita semakin jauh dari Allah.
Ini bukan tentang "perasan baik" atau "bajet alim".
Bak kata ustaz aku, jangan main-main dengan iman.
Boleh jadi iman yang sekali dah turun sampai bila-bila takkan naik lagi.
Jadi jangan berani-berani cuba-cuba nak berada di lingkungan yang tak baik kalau kita tak betul-betul strong.
Keluar dari kelompok yang tidak baik adalah hijrah yang paling sederhana.

Akal adalah modal terbesar yang Allah kurniakan.
Allah tak bagi modal yang serupa pada makhluk lain.
Dan dengan akal itulah patut manusia boleh pilih mana yang baik dan yang buruk.
Maka fikirlah mana yang lebih baik untuk diri sendiri.

Pilih-pilih kawan ni kedengaran negatif.
Maybe ada yang tertanya "Kawan yang macamana yang salah?"

Antaranya, kawan yang pinjam duit, tapi tak pernah pulangkan.

Asal pinjam je, dianggap sedekah.
Dan kita yang memberi pinjam terikat dengan 'nak tolong member'.

Tak kiralah member atau bukan member, kawan yang betul bila dia kata PINJAM, maka dia akan bayar balik.
Sebab perkataan PINJAM tu pun dah satu perjanjian.
Mana ada orang pinjam tak pulang balik?
Jenis kawan macam ni, awal-awal patut dah direject.
They don't care about your struggles pun, dia cuma pikir apa yang kau boleh bagi untuk dia je.

Lagi satu kawan yang jenis constantly pry dengan tujuan untuk compare dengan life and achievement.

Contoh "Berapa gaji kau eh?"

Tak pun "Baju kau ni Fazura pernah pakai rupanya, aku tak perasan. Fazura tu kan tinggi so nampak outstanding sangat bila pakai baju ni" [hoh, jenis member apa ni??]

Lagi satu "Pandailah MUA tu mekapkan kau. Hidung kau nampak mancung. Mata kau pun nampak besar and galak. Muka kau nampak runcing. Pandai MUA tu" [susah sangat ke nak puji kawan tu cantik?]

Jenis kawan macam ni, dia akan stop asking questions only if kau no better than him/her.
Kalau kau better dari dia, they will ask more questions/statement yang annoying.

Look!

A real friend takkan buatkan diri kita uncomfortable.
They don't compare either.
They are only happy for each other.

Sebenarnya dalam bersosial, kita boleh berkawan dengan siapa saja.
Tetapi, orang yang bijak biasanya akan berkawan atau menghabiskan waktu dengan orang yang betul saja.
'Orang yang betul' bermaksud orang yang able to menjadikan dia orang yang lebih baik dari sebelumnya, bukan sebaliknya.

Impak berkawan dengan orang yang salah ni bahaya.
Kita slowly jadi malas, hilang motivasi dan kurang tenang.
Buat benda yang tak betul memang takkan menjadikan hati kita tenang.
Kalau kita berada dalam kelompok yang buatkan hati kita tak tenang, penuh dengan rasa bersalah, serta membuatkan kita question kembali tindakan kita, itu tanda-tanda kita berada di kelompok yang salah.

But it can be hard though.
Sometimes kita yang tak nak let go.
Macam-macam alasan kita cipta untuk justify keberadaan kita bersama kawan-kawan yang salah.
True and great friendships will elevate you.
Jadi, tak perlu tipu diri kita.
You know how you feel.
Find better friends.

Rasulullah saw pernah ditanya, apa karakter kawan yang baik?

Rasulullah saw jawab "Seseorang yang dengan melihatnya mengingatkan kamu kepada Allah, dengan perkataannya maka bertambah amal kebaikan kamu dan dengan amalannya mengingatkan kamu kepada akhirat." 

Itu guideline Rasulullah saw dah bagi.
Selebihnya boleh pikir sendiri.