2019-05-23

My hijrah is not easy


Alhamdulillah, ada 2 orang blog reader bagitau, tahun ini, sejak Ramadan pertama berjinak-jinak pakai tudung, hingga ke hari ini masih kekal bertudung.

Yang sorang tu kata sampaikan beli baju raya tak sedar terikut-ikut gaya syari'i.
First time tahun ni beli baju raya longgar katanya sebab rasa segan and tak kena pulak bila bertudung tapi pakai baju ketat.

Dah dia jawab gitu, aku pun try cucuk "Tak sayang ke baju tu nanti pakai sekali dua je lepas habis raya?"

Dia jawab "Saya nak terus bertudung lepas ni, kak"

Hah tu dia.
Betul kata ustaz aku.
Kalau amal soleh itu kita kerjakan dengan betul, ia akan membawa kita dekat dengan Allah.

Bulan Ramadhan ni bulan ketaatan.
Aura ketaatan cukup kuat bulan ni.
Nak buat jahat pun berkira-kira.
Jadi, ini adalah bulan terbaik untuk create habit yang baru [habit yang baik].
Kalau selama ni belum terbiasa mengaji setiap hari, bulan ni lah bulan untuk kita mulakan.
Kalau selama ni payah nak bertudung, bulan ni kita mulakan.
Kalau selama ni susah nak puasa sunat, bulan ni kita mulakan.
Insyallah, selama 30 hari terbiasa dengan rutin yang baik, lepas raya nanti kita mampu teruskan sebab dah terbiasa.

Untuk yang dah decide lepas raya nak terus bertudung, perlu bersedia dengan ujian seterusnya.
Ujian hijrah tak senang, so don't expect laluannya smooth macam bulan Ramadhan ni.

Sekarang mungkin orang tak kata apa lagi.
Tapi lepas raya nanti orang akan start judge your hijrah.
So be prepared.

Dulu sebelum berhijrah kita dihakimi kerana aurat yang terbuka, selepas hijrah akan ada yang menghakimi samada penampilan kita selari dengan akhlak atau tak.

Kadang-kadang syaitan tak hasut kita buat jahat.
Ada masanya syaitan hasut kita untuk jangan buat benda baik.
Contoh, "Isnin sampai Jumaat kau dah bangun tahajud, on weekend tak payah lah. Rest kejap".

Atau "Tak payah la bagi hadiah kat dia, dia dah kaya".

Begitulah juga dengan hijrah.
Syaitan takkan hasut kita tanggalkan tudung terus, tapi dia akan ajak kita singkatkan tudung dulu.
Inilah bentuk-bentuk ujian orang yang berhijrah yang kadang-kadang orang luar tak tau.

Orang luar selalu anggap bila dah bertudung, otomatically jadi malaikat.
Semua benda kena maksum.
Dia tak tau macamana kita menahan diri dari marah dengan kutukan dan komen negatif dia.
Dia tak tau macamana kita sabar dan pujuk diri untuk bermuhasabah setiap kali kutukan datang silih berganti.

Yang sedih tu, kebanyakkan yang judge adalah mereka-mereka yang bertudung sejak dari kecil!
Seharusnya orang-orang yang dah 'senior' pakai tudung ni bantu dan dorong mereka yang berhijrah utnuk jadi lebih baik.
Kalau 'seniority' kita tu tak membantu orang di sekeliling kita menjadi lebih baik, mungkin kita tergolong dari orang yang kufur nikmat yang telah diberi nikmat memelihara aurat sejak kecil tapi tak berupaya menjadikan kelebihan itu satu manfaat buat dirinya sendiri.

Orang yang dari kecil dah bertudung mungkin tak faham ujiannya bagi kami-kami yang baru dapat hidayah ketika usia dah 30-an.

Kami dah terbiasa dengan rambut lepas.
Kami dah terbiasa dengan rambut yang cantik berwarna merah.
Kami dah terbiasa dengan ke mana-mana berskirt pendek, berbaju nampak lurah dendam.

And now kami nekad untuk berhijrah.
Jangan expect setiap sisi diri kami akan berubah serentak sekelip mata.
Jangan menghakimi akhlak dan penampilan kami.
Kau tak tau betapa susahnya kami nak seimbangkan penampilan dengan akhlak yang baru.

Kau beruntung sebab kau tak pernah berada dalam fasa jahil.
So bila si jahil ini sedang berubah untuk jadi lebih baik, jangan judge akhlak dan penampilan kami yang belum selari.
Kami sedang berusaha.

Tak perlu juga ungkit masa silam kami.

"Sekarang je baru nampak baik, padahal dulu dia tu....."
"Banyak gambar daring dia dulu...kalau kau search mesti jumpa punya!"

Don't!

Kau tak tau how hard kami cuba tutup dan lupakan kisah silam yang buruk.
Kau tak tau macamana susah kami berperang dengan diri sendiri.

Bukan mudah untuk someone yang dah biasa jahil, menjadi baik.

Kau tak tahu susahnya kami tahan nafsu untuk tak kembali pakai skirt-skirt pendek yang dah biasa kami pakai dulu.
Kau tak tau kuat kami berlawan dengan hasutan nafsu yang setiap masa hasut kami lepaskan tudung and tayang kembali rambut kami.
Kau tak tau macamana kami melawan keinginan untuk berpakaian sexy seperti dulu.
Kau tak pernah berada di tempat jahil tu jadi kau tak tau macamana rasanya ujian ini.
This is not easy for us.

Sungguh, ujian hijrah ini sangat susah.
Kami takut kalau suatu hari nanti hati kami jadi lemah.
Kami sentiasa takut kalau nanti berpatah balik ke masa kelam kami.

So please, tolong jangan judge proses hijrah kami.
Kalau tak dapat sokong kami jadi lebih baik, cukuplah bimbing kami ke Jannah tanpa menghakimi dan menghina perjalanan hijrah kami kerana ada perkara yang kau kena tau - my hijrah is not as easy as you judge me.