2019-01-08

Lebih dari sorang soulmate



Last week aku tengok cerita Dear Zindagi (2016), IMDb rating 7.7/10.
Semestinya aku mesti layan sampai habis kalau movie yang rating melebihi 7.0, selalunya tak pernah mengecewakan.

Cerita ni bonusnya sebab ada Shah Rukh Khan.
Aku bukanlah minat sangat dengan SRK ni tapi sebab dia hensem jadi sedap la sikit mata aku memandang sepanjang cerita ni.
Barulah seronok nak perabiskan cerita.

Ini heavy drama - tentang sorang perempuan (Kayra) yang minat buat filem.
Dia datang dari keluarga yang high class.
Mak bapak dia tak suka dia buat kerja-kerja filem and anggap kerja tu sesuai jadi hobi je, takde masa depan.
Satu hari dia dapat projek besar untuk buat filem, dia happy sangat until dia dapat tau rupanya dia dapat the projek sebab she is hot and the producer suka dia.
So dia frust sangat seolah-olah satu perkara paling berkualiti yang dia possess hanyalah good looks.
Secara kebetulan dia terdengar satu talk tentang 'brain disease' (mental health).
Yang bagi talk tu Dr Jehangir Khan (SRK).
[kalau aku jumpa psikiataris hensem macam SRK, tak sakit otak pun aku ngaku sakit otak].

Dipendekkan cerita, dia jadi patient Dr Jehangir.
Ada satu dialog Dr Jehangir yang aku suka.
One day ni Kayra tanya "Ada possibility tak kalau kita ada ramai soulmate?"

Pastu Dr Jehangir cakap "Sepatutnya begitulah. Kita mesti ada a few soulmate. Ada soulmate yang tido sebantal (pasangan kita), ada soulmate untuk kita bersukan, soulmate berhuha-huha, ada soulmate kita ceritakan segala masalah. Kerana bila kita hanya ada sorang soulmate, kita cenderung mengharap lebih dari apa yang soulmate itu mampu lakukan."

Terus aku pekik depan laptop "YESSSSS!!!!!"

Inilah sebenarnya yang aku dah lama pratikkan, tapi aku tau bukan semua orang boleh terima cara ni.
Benda-benda macam ni aren't something aku nak share with everyone sebab misconceptions.
Ada yang mudah salah faham dengan konsep ni so aku keep this private.
Tapi setakat ni, inilah sebenarnya yang aku buat dan lama dah aku praktikkan.

Sebenarnya, ada kebenaran di sebalik pendapat Dr Jehangir tu.
Aku sendiri ada pendapat yang sama.
Bukan apa, kita kena faham manusia itu sifatnya tak sempurna dengan banyak kekurangan.
Dalam masa yang sama manusia banyak harapan.
Bila kita hanya ada sorang soulmate, kita cenderung letakkan sepenuh harapan pada dia dan memaksa dia jadi serba boleh.
Kita nak dia boleh diajak sembang pasal politik.
Boleh diajak sembang pasal isu semasa.
Boleh diajak sembng pasal teknologi.
Boleh jadi teman bershopping.
Teman melepak di restoran mewah.
Teman marathon.
Teman main tenis.....macam-macam.

Kita nak that someone boleh buat semua benda yang kita nak.
Bila dia tak mampu buat, kita jadi cepat boring, cepat naik angin, dan mula membanding-bandingkan dengan orang lain sedangkan orang yang kita jadikan perbandingan tu boleh jadi ada banyak kekurangan yang kita tak nampak.

Aku ada soulmate untuk aku sembang and bertukar-tukar ilmu tentang hal-hal agama.
Bukan En Wan tak boleh bab ni, tapi kalau ada someone yang lebih arif, why not aku sembang je dengan yang lebih arif.
Aku ni jenis demanding sikit.
Kalau aku nak tau perkara yang aku nak tau, aku suka cari someone yang benar-benar tau.
Baru puas hati bersembang and tukar-tukar pandangan.

Aku ada soulmate untuk bertanyakan hal berkaitan teknologi.
Kalau printer aku rosak je, gajet aku problem ke, atau email tak boleh bukak, aku ada soulmate yang pakar bab-bab ni.
Even aku nak buat decision what laptop and what phone tu buy pun this soulmate akan advise.

Aku ada soulmate untuk shopping [yang ni sah-sah bukan laki aku lah].
Yang willing jadi PS belikan barang offline, siap kadang tu dengan pakej hantar ke rumah Mak Aji supaya aktiviti pen-shopping-an ini tak dapat dikesan oleh En Wan. Hahaha.

Dan dah tentulah aku ada soulmate yang tido sebantal.
Yang belikan burger tengah-tengah malam bila lapar.
Tempat aku mengadu kalau migrain.
Orang yang boleh diajak layan mentekedarah bersama-sama.

Kalaulah aku hanya harapkan En Wan untuk jadi the only soulmate, besar harapan aku akan kecewa, dan dia pun akan kecewa dengan perangai aku yang demanding sebab En Wan tak minat sangat bab-bab komputer, henfon, ipad, printer.
Email dia problem pun kadang-kadang aku yang betulkan.
Jadi, dia memang takleh diharapkan sangat bab-bab teknologi.
Kalau laptop aku problem, aku akan tanya soulmate aku yang lagi sorang tu.
Kalau aku harapkan En Wan settlekan masalah laptop aku, konfem bertekak.
Jadi, jangan cetuskan pergaduhan pada perkara yang kita dah sedia maklum.

Soulmate tak semestinya orang yang kita cinta/kawen.
Sebab soulmate ni adalah someone yang kita ada immediate connection bila berjumpa.
Tak semestinya mesti bercinta, dia boleh hanya jadi kawan baik/rapat.
Tak penting pun if you've known them for an hour, a day, or even five years.
Time is not necessarily a factor.

We don't meet people by accident, they are meant to cross our path for a reason.

Soulmate aku untuk aku sembang hal-hal keagamaan, adalah blog reader aku sendiri, kenal 11 tahun yang lepas.
Dek kerana rapat, sampai Mak Aji and Pak Aji jadikan anak angkat.

Soulmate aku untuk bab-bab teknologi ni pun blog reader, tahun ni 10 tahun dah dia jadi penasihat aku bab-bab teknologi.
10 kali explain pasal gajet pun aku tetap tak reti-reti lagi.
Dan dia sangat maklum kebenakkan aku bab gajet.

Soulmate aku bab wealth pun ada.
Setiap kali aku travel dengan En Wan, aku akan 'wasiatkan' kat staff atau family aku kalau jadi apa-apa kat aku, contact this person.
Dia tau from A to Z pasal company.
Dan dia la yang advise and influence aku force saving.

Soulmate aku bab bergossip - adik aku sendiri.
Dengan intonasinya, dengan mukanya kalau bercerita - pehhh! Memang real. Hahaha.

Each soulmate did their part untuk bantu aku heal and grow.
Takde lah aku terbangang-bangang je sorang-sorang.

Aku sangat percaya manusia perlukan lebih dari seorang soulmate.
Terpulanglah bagaimana kita mendifinasikan soulmate tu sendiri.
Bagi aku, soulmate is someone yang aku boleh anggap rapat, boleh dianggap sebagai keluarga dan boleh dipercayai.
Boleh jadi dikalangan ahli keluarga sendiri, kawan atau pasangan kita.
Cara nak identify samada dia adalah soulmate kita adalah bila kita rasa selesa just being around them.

Ada je orang yang kahwin bertahun-tahun tapi katanya "Pasangan saya jenis tak suka teman saya shopping, tak suka melepak minum-minum kopi, tak suka bersembang pasal game..."

Kita nak pasangan kita ni datang dengan satu pakej lengkap. 25 in 1. Mana boleh!
Alangkan kita pun tak boleh jadi macam dia yang tak suka shopping, tak suka melepak dan tak suka main game.
Alih-alih kita nak dia faham and join kita, fair ke macam tu?

Carilah kawan, find soulmate untuk perkara-perkara yang kita suka.
Buat sama-sama, barulah fun.
Dan kau pun tak stress mengharap pasangan kau boleh jadi segalanya.
Pasangan kau pun tak fedup bila kau asyik-asyik mintak dia jadi someone yang dia tak boleh jadi.

It is a misconception that soulmates should be the perfect romantic partner.
Tak semestinya.
Dan tak semestinya soulmate itu opposite gender.
Kau yang cari teman meluahkan perasaan kat opposite gender, bila hujung-hujung datang rasa cinta nak salahkan orang lain pulak.
Sape suruh tak cari soulmate yang se-jantina?

Most people tend to assume that they only get one soulmate.
Bila pasangan tak dapat jadi seperti yang dia nak, lama-lama gaduh, pastu break.
Bila dah break mulalah serabut, malas jaga diri, malas jaga penampilan, bulu ketiak tak bercukur, muka naik jerawat buat tak reti, pastu stress, hujung-hujung jadi saiko.

You can have more than one soulmate!

Aku ada 5…and En Wan makes six.
Kan aku always cakap aku and En Wan tak banyak persamaan.
Memang totally berbeza, bab suka makan je kot yang sama.
Itupun aku menang lagi dari dia.

Kalaulah aku memang tumpu kat dia and harap dia boleh jadi semua benda, rasanya status aku dah bertukar kot sekarang.
Sometimes kita kena terima pasangan kita tak boleh jadi semua orang.
Kita tak boleh samakan pasangan orang lain yang boleh buat segalanya untuk soulmate dia.
Dia is dia, pasangan kita ada identiti sendiri.
Dah kalau pasangan kita tak boleh jadi pakej 25 dalam 1, kau janganlah memaksa.
Dalam dunia ni ada ramai manusia kot.
Carilah soulmate untuk kau shopping, soulmate untuk kau pegi bercantik-cantik, soulmate untuk layan minat kau hiking, jogging, join running, masak-masak......hoih banyaklah!




Untuk hari ni and esok (8 dan 9 Jan 2019), siapa beli 2 botol Makeup Remover dapat free shawl.
1 Makeup Remover 50g harganya memang RM39.
Jadi kalau beli 2, kita bagi free shawl.
Offer 2 hari je.

Tulis "OFFER MR78" dan hantar ke SINI.