2018-12-08

Yang biasa-biasa je...



Ni entry nak menjawab permintaan salah sorang follower IG.
Masa ni aku di Madinah.
Kat sana, setiap kali ke umrah, aku selesa pakai samada telekung atau tudung labuh (khimar).
Lebih senang nak jaga wudhu'.

So that morning aku saja menyakat En Wan kot-kot balik nanti dia bagi greenlite aku pakai khimar macamana dia bagi greenlite aku berjubah all black after balik dari Umrah 2015.

Memang TAKKKKKKK LAH laki aku nak bagi kan ðŸ˜‚😂.
Dia kata dulu membayangkan yang aku akan berjubah 24 jam pun dia dah takut.

Exagerrate betul laki aku.
Apa ke gila aku nak berjubah 24 jam?
Belum apa-apa dah gelabah.
Lepas aku meyakinkan bahawa kat rumah aku akan kekal jadi Diana yang sama dia kenal 17 tahun lepas, barulah dia lega dan benarkan aku pakai jubah.

But this time lepas balik umrah baru ni, dia tak benarkan aku bertudung labuh.
Cukuplah dia kata aku macam sekarang, dah ok dah tu dia kata.
Aku pun takde la beria sangat pun, saja je nak menyakat dia sebab aku tau dia tak suka aku bertudung labuh.



Pada zahirnya memang kita nampak orang lain suka mengaitkan penampilan kita yang tak selari dengan sikap kita.
Dan akibat dari itu kita tertekan.
Kita merasa orang tak faham yang perubahan memang mengambil masa.

Sebenarnya, kalau nak suruh orang faham kita, memang payah.
Sama payahnya dengan nak mengubah sikap orang.
Yang paling senang adalah mengubah sikap kita.
Always ingatkan diri kita bahawa cukuplah kita saja faham apa yang kita sedang lakukan.

Apa-apa perubahan takkan berlaku sekelip mata.
Apetah lagi jika kita dulu sangat-sangat jahil, mulut boleh tahan jahat, perangai pun boleh tahan 'baik', dah tentu nak berubah secara drastik payah, maka perlu bertahap.
Tak dinafikan dalam proses itu, sesekali kita 'terbabas' juga.
Walaupun pakaian dah syari'i tapi bila tengah hot, terlepas juga maki hamun sebaris dua.
Kemudian kita istighfar, dan kembali mengingatkan diri bahawa kita dalam proses untuk menjadi lebih baik dari dulu.

Itu proses yang biasa.
Terbabas-babas ni biasa.
Allah sendiri suka pada orang yang setiap kali dia buat salah, dia menyesali dan bertaubat.
Syurga tu sendiri penuh dengan orang yang berdosa DAN bertaubat, bukannya orang yang 100% baik.

Satu perkara yang kita kena always ingatkan diri kita sendiri (tak perlu ingatkan orang lain) bahawa niat kita untuk berubah baik dari segi penampilan atau dalaman adalah kerana Allah, bukan kerana ingin dikagumi dan dipuji.
Bila kita berasa ingin dikagumi betapa istiqomahnya kita untuk berubah, di situlah nanti kita akan diuji dengan macam-macam perangai manusia.
Sekiranya niat kita betul ikhlas kerana Allah, biar apa pun orang kata, sikit pun takkan menggoyahkan objektif kita untuk berubah.
Kerana kita sedar kita hanyalah manusia biasa yang pasti buat silap.
Jadi, kalau kita akui kekurangan kita sebagai manusia yang terdedah pada kesilapan, kita tak sepatutnya mudah ambik hati dengan kata-kata orang yang mengutuk penampilan kita tak sejajar dengan akhlak, apetah lagi nak give-up.

Cuba fikir balik, kalau orang kata :

"Elehh, gi solat Jumaat konon. Solat fardu pun tak buat!"

Adekah kerana ini kita kensel nak solat Jumaat?


"Aik? Kau pun puasa ke? Solat pun tak ada hati nak puasa?"

Adekah kerana kita tak solat maka kita juga tak payah puasa?


"Kau pun tak bertudung ada hati nak hantar anak skolah agama"

Adekah kerana kita tak bertudung maka anak-anak kita tak layak blaja agama?


Samalah juga dengan penampilan.
Memang belum tentu kita baik sepenuhnya, tapi adakah itu menafikan hak kita untuk blaja jadi taat perintah Allah?

Boleh jadi sebenarnya ujian yang datang dalam bentuk 'mulut-mulut jahat' ni sebenarnya adalah ujian yang Allah sengaja rancang untuk menguji sejauh mana keikhlasan kita untuk berubah.
Allah nak tengok betul ke kita ni sanggup bersusah-payah berubah untuk Dia atau sebenarnya kita mencari perhatian manusia?

Dalam apa juga yang kita buat, mesti tetapkan objektif dan kekalkan fokus supaya objektif tercapai.

Biasa dengar tak orang kata 'zaman bertunang banyak dugaan'?
Setiap benda baik yang kita nak buat, pasti ada dugaan.
Terserahlah pada kita nak fokus pada mana.
Nak fokus pada matlamat untuk kawen atau fokus pada gangguan?

Sebenarnya di zaman sekarang ni ramai yang tak mahu memperbaiki diri.
Tak mahu blaja agama.
Tak mahu tambah ilmu.
Tak mahu berhijrah ke arah yang lebih baik.
Jadi, bila diri malas nak berubah, maka yang lebih senang dibuat adalah compare.
Buat comparison siapa lebih baik.

Lebih baik tak pakai tudung asal hati baik.
Lebih baik tak skolah lansung dari kena skolah kat skolah pondok.
Lebih baik tak payah blaja tinggi-tinggi kalau lepas kawen jadi surirumah.
Lebih baik takyah score flying colors alih-alih dapat keje gaji RM3K je.

Selalunya macam ni lah.
Bila malas nak memperbaiki diri dan tak mahu mengakui kelebihan orang lain, ujung-ujung buat comparison dengan harapan nampaklah diri tu gempak sikit.

Pernah ada blog reader tanya aku kalau perempuan yang baik adalah yang bagus akhlaknya, maknanya takyah pakai tudung pun takpelah asalkan akhlak baik, kan?

Bukan macam tu ya.
Yang lebih bagus adalah perempuan yang menjaga aurat dan beragama (beradab) sekaligus.

Kenapa pilih satu kalau memiliki kedua-dua jauh lebih bagus?
Kenapa kita suka berpuas hati dengan satu benda je?
"At least aku pakai tudung...."
"At least aku tak pakai sexy sangat..."

Syurga tu ramai yang berebut nak masuk.
Takkan lepas kita kalau setakat ada SATU je kualiti yang kita banggakan.

Realiti menunjukkan bahawa wanita yang memelihara auratnya lebih beragama (sebab dia fahamlah maka dia tutup aurat) daripada yang tak memakai tudung.
Kalau ada yang tak pakai tudung tetapi beragama (akhlak bagus), maka itu adalah pengecualian kepada wanita yang tidak bertudung yang rata-rata kurang beradab (bukan tak beradab ya).
Begitu juga, kalau ada wanita yang bertudung tapi tak/kurang beragama, maka itu adalah pengecualian kepada wanita bertudung yang kebanyakkannya faham agama.

Tudung adalah separuh petunjuk bahawa perempuan yang memakainya adalah perempuan yang faham agama.
Separuh lagi bergantung pada tingkah laku dan hatinya.
Maksudnya kat sini, penampilan hanya melambangkan separuh dari sifat wanita itu, bukan sepenuhnya.

Sekiranya tingkah laku seharian seorang perempuan itu baik tetapi belum ada kekuatan untuk menjaga aurat maka segeralah lengkapkannya dengan tudung, supaya separuh itu lengkap dan sempurna.
Begitu juga jika seorang wanita Islam menutup aurat tetapi akhlaknya masih belum baik, segera lengkapkan dengan akhlak yang baik, sehingga separuh itu lengkap dan sempurna.
Supaya, tak ada lagi orang akan kata "Buat apa bertudung kalau perangai buruk, baik tanggal je tudung tu!"

Kalau kita dah bertudung, atau dah mula nak memperbaiki diri kita ke arah menjaga aurat dengan lebih sempurna tetapi merasa akhlak masih jauh dari akhlak seorang wanita muslimah yang sebenarnya, tak perlu terhasut dengan statement "Buat apa pakai tudung labuh, berjubah bagai kalau.......".

Jangan dilepaskan tudung labuh tu kerana malu.
JANGAN!

The best solution is, biarkan tudung labuh itu tetap melekat di badan dan seiring dengan itu, kita usaha untuk tambah ilmu dan perbaiki akhlak.
Kalau kita tanggalkan tudung labuh tu, besar harapan kita takkan teringat pun nak tambah ilmu dan perbaiki diri sebab kita merasa takde keperluan nak memperbaiki diri kerana aku dah jadi Islam yang biasa-biasa.
Kita kan takut bila dicop ekstrim.
Kita lebih suka nampak macam “Islam yang biasa-biasa je”.

Yang biasa macamana?

Yang biasa pakai tudung pendek.
Yang biasa tak mengaji.
Yang biasa tak blaja agama.
Yang biasa solat ala kadar.

Islam yang biasa-biasa...kan?

Maaf ya, kalau entry ni 'extreme' sikit.
Tapi aku teringat ustaz aku pesan.
Kalau jumpa dengan orang yang selalu ejek-ejek atau perli-perli kita macam tu, kita tak boleh rasa segan-segan.
Kita tahu apa matlamat kita, dia tak tau jadi biarkan dia.

Perhatikan surah An-Nas :

(1) Katakanlah : "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. 
(2) raja manusia. 
(3) sembahan manusia. 
(4) dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,  
(5) yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, 
(7) dari (golongan) jin dan manusia.

Ayat yang aku bold-kan tu.
Cuba baca ulang-ulang.

Kat situ pun Allah dah cakap jelas.
Bisikan kejahatan ni boleh datang bukan saja dari jin, malah dari manusia.
Jadi, manusia pun ada yang setan juga.

So...?

Jelas kan?

Kalau tak jelas, boleh PM akak. Haha.



p/s : Yang tak tau kenapa ada pop out window masa korang bukak blog ni, boleh BACA SINI.