2018-12-31

Kita boleh makan


Ok hari ni aku nak cerita pasal meeting aku dengan salah sorang Dr kat Penang hari tu.
Dr ni memang buat projek halal identification.
Dulu pernah kecoh kejap ikan dalam kolam ternak dibagi makan bangkai babi.
Then pernah beberapa kali makanan ikan ditemui ada DNA babi.
Benda-benda macam ni sensitif untuk orang Islam.
But the question is, kalau ikan tu makan makanan yang dah dicemari dengan sumber babi, adakah manusia boleh makan ikan tu?

Ni kalau soalan ni dibagi kat netizen, konfem melompat sorang-sorang.
Silap-silap buat demo.

So this Dr and her team buat kajian tentang ikan keli.
Ikan keli kan popular kat Malaysia.
Ramai farmers bela ikan keli sebab pulangannya cepat.
Ikan ni cepat membesar and murah pulak tu.
Demand memang tinggi ikan keli ni.
Tapi lately demand dah decrease sebab katanya kolam ikan keli ni dibagi makan dengan waste dari pig industry.
Kadang-kadang dibagi makan bangkai babi. Katanya lah.
Tapi kat Thailand memang biasa kolam ikan keli ni dibagi makan perut/usus babi.
Tak sure lah kalau ikan-ikan ni kita bawak masuk dalam negara.
Kalau tak dibagi makan perut babi pun, it's quite common nowadays kalau farmers bagi ikan makan makanan ikan made from animal by-products which may include pig origin.

Actually dalam Islamic Law (fiqh) dah ada fatwa tentang ni.
Darah, sumber babi, bangkai atau daging binatang yang tidak disembelih sesuai dengan syariat - ini kategori haram.
Walau bagaimanapun, mana-mana ternakan termasuk ikan yang diberi makan dengan sumber-sumber yang disebut di atas tadi tak haram untuk kita makan.
Kita boleh makan tapi adalah lebih baik jika ternakan tu kita kuarantinkan dulu.
Caranya kita bagi dia makan dengan uncontaminated feed untuk beberapa hari.
Sebab dalam tempoh tu ternakan ni nanti akan undergone a natural purification process.
Bagi dia berak dulu habis-habisan, keluarkan segala apa yang dia makan dulu.
Tapi different animals ada different quarantine periods.
Ini bukan kita tentukan tapi memang dah diwartakan dalam hukum.
Kalau unta, 40 hari kurantin.
Kalau lembu, 30 hari.
Kalau kambing 7 hari.
Kalau ayam, 3 hari.

However untuk ikan takde information tentang tempoh kuarantin.
Indication tentang cara nak kuarantin pun takde.

So aku tanya "Dr, mesti ada sebab kenapa dalam Islam tak dinyatakan tempoh kuarantin ikan. Seolah-olah macam ikan ni takpe kalau dia nak makan apa je"

Dr tu jawab, "Correct! Sebab kita ni ikan dah busuk perut pun masih ada orang jual kat pasar. Kita masih boleh makan"

Dari situ dah jelas yang ikan kalau dibagi makan bangkai babi, kita boleh makan ikan tu tanpa perlu tempoh kuarantin pun.

Tetapi, being a Muslim, pastilah ada was-was.
Nak lagi kat Malaysia ni kalau bab halal-haram memang super-sensitif.
Asal ada logo mata satu je bersepah-sepah mempertikaikan ke-halal-annya.
Jadi, sebelum ada yang melompat, apa salahnya kita kaji ikan untuk tengok berapa lama ikan perlu dikuaratinkan supaya ia boleh diconsider sebagai 'halal'.
Ini penting untuk farmers tau supaya dorang boleh praktikkan.

So this Dr and her team buat research on tempoh kuarantin ikan, specifically ikan keli.
Dorang kuarantinkan ikan ni and perhatian perubahan morfologi (rupa bentuk) and molecular characterisation.
Dr ni kata dorang kuarantin ikut jam.
Jam yang pertama sekian sekian perubahan.
Jam kedua sekian sekian perubahan.
Sehingga hilang bau dan DNA babi takde lagi dijumpai dalam mana-mana bahagian ikan barulah ikan tu considered bersih.

Dalam research ni ikan sengaja dibagi makan usus babi, lemak babi and kulit babi.
Dan ada juga yang dibagi makan bangkai ikan kecil.

Dr ni kata babi adalah binatang paling laku sekali.
Dia cakap all body parts babi dah ada takers sebelum babi tu disembelih.
Even darah babi pun dah ada takers.
Punyalah susah dia nak order usus, perut and darah babi, semuanya fully-booked.
Kau bayangkan betapa demandnya babi.

Dr ni cakap sebenarnya ada beza dari segi kualiti ikan yang dibagi makan perut ayam dengan ikan yang dibagi makan perut ayam dicampur sumber babi sikit.
Ikan yang makan perut ayam only, baunya hanyir dan kualitinya rendah berbanding yang dibagi makan sumber babi.
Memang dorang dah kaji secara santifik.

Bagusnya bila Islamic Law membenarkan ternakan yang makan sumber babi ni dikuarantinkan dulu sebelum dimakan.
Di Malaysia ni lain.
Kita memang negara Islam, kalau ikan diwartakan haram, kita ada banyak makan lain yang boleh dimakan.
Tapi kalau fatwa mengatakan ikan yang dibagi makan makanan babi adalah haram dimakan, bagaimana nasib orang Islam yang duduk di luar negara di negara bukan Islam?
Kalau ikan pun dah haram, apa benda ajelah yang dorang nak makan kat sana?
Daging belum tentu boleh makan kalau sembelihannya tak ikut syariat.
Harap kat ikan je lah.

Bila dengar penjelasan Dr tu, masa tu aku realized Islam memang beautiful.
Segala hukum ada pecahannya, bukan bantai haram semata-mata.
Itu cara orang berilmu.
Bukan macam some people, semua benda nak dibantainya haram dulu.
Kendian baru pikir.

Even dah ada fatwa yang membenarkan ikan itu dimakan pun, masih kontroversi.
Majoriti tak suka dengan pembenaran tu.
Katanya "Macam takde benda lain nak dimakan".

Bak kata Dr tadi, kita dalam Malaysia ni kiri kanan banyak kedai halal, ada pilihan.
Yang duduk kat nun ceruk dunia tu kalau takde fatwa sebegini kan ke payah.
Kalau kita buat keputusan bahawa ikan yang diberi makan sumber babi tu semua haram, kan ke menambah kesulitan dan kesusahan yang boleh menjejaskan berjuta-juta umat Islam?

Orang-orang Islam di tempat lain sangat appreciate kalau ada hukum yang membenarkan orang Islam makan ikan yang diberi makan sumber babi walau kena kuarantin terlebih dulu.
Kalau hukumnya makruh pun dorang masih appreciate.
Tapi some people (read : islam melayu), pantang 'terkehel' sikit dia punya viral macam nak kiamat dunia.

Sama macam Halal in Home Kit aku.
Yang buat small business (food business from home), nak dapatkan sijil halal tak mudah ya.
Sebab untuk dapatkan sijil halal susah sikit as they may not have the GMP (Good Manufacturing Practice).
Kalau big production senang sikit.
So small business sangat appreciate bila Halal in Home kit ni ada because they can use it as bukti kepada pelanggan bahawa bahan-bahan yang dorang gunakan dalam masakan are halal.

Tapi, yang tak buat food business or anything related to it banyak cengkadak bila tau halal kit ni dah wujud.
Peliknya, ia datang dari orang melayu Islam.

Ya, aku tahu ada risikonya bila kit ni wujud.
Yang paling ditakuti adalah bila ada irresponsible parties use this kit to make false charges on food products.
Biasalah kan netizen dah viral berpisah tiada.
But come to think of it, apa saja lah benda yang takde risiko?
Semua benda ada risiko.
Dan salah satu objektif Halal in Home kit ni pun adalah untuk minimize-kan risiko kita termakan bahan-bahan terlarang (babi).
No worries, dalam kit tu kita dah letak disclaimer.

Betullah tu, nak buat kerja baik banyak halangan.




"Kak Di, shawl baru takde Y.E.S ke?"

Shalw ni baru sangat-sangat, takkan nak Y.E.S gak. Matilanak gini. Hahaha.
Tapi takpe, aku ada special pakej sempena New Year.
Tunggu 1 Jan 2019 ok?