2018-11-13

Bunuh diri


Baru teringat a few months back aku ada dapat email dari sorang kakak yang salah seorang ahli keluarganya bunuh diri sebab depression.
Dia tanya aku, adakah membunuh diri akibat sakit (depression) masih dikategorikan sebagai ahli neraka.

First of all, nak bagitau, ni soalan bukan level aku untuk jawab.
Aku ni orang awam saja, kalau dah melibatkan hukum masuk syurga/neraka ni, eloklah bertanya pada yang lebih ahli.
Kita doakan mudah-mudahan Allah berikan belas kasihan pada si arwah. Amin.

Aku pernah juga dapat email lebih kurang macam tu - tentang kes bunuh diri.
Memang bila benda ni terjadi pada kita (ahli keluarga), kita jadi konfius.
Kerana kita tahu segala apa yang berlaku adalah atas kehendakNya.
Tapi at the same time mustahil Allah mentakdirkan seseorang bunuh diri sedangkan Allah Maha Pengasih, mana mungkin Dia nak hambaNya jadi ahli neraka, betul tak?

Tak ada yang berlaku di dunia ni, baik yang hidup mahupun yang mati, yang bergerak atau duduk setempat, yang kecil atau yang besar, yang ghaib atau yang nyata, kecuali semuanya telah ditetapkan dan ditulis oleh Allah di Loh Mahfuz.
Semuanya di bawah pengetahuan dan kekuasaan Allah.
Maknanya segala apa yang berlaku pada kita (manusia), baik tindakan dan kata-kata, senang dan susah, sihat dan sakit, nikmat dan bencana, dosa dan pahala, semuanya berlaku sesuai dengan kehendakNya.

Tapi jangan pulak anggap bila seseorang jadi penagih dadah, jadi pemabuk, jadi pelacur, atau bunuh diri, semuanya tu kerana takdir Allah yang berkehendakkan dia jadi macam tu.
Itu tak betul.

"Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah tambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketaqwaannya." (Muhammad, 17).

Yang aku bold-kan tu.
Ayat tu menunjukkan petunjuk dah hidayah memang dah dibagi cuma ada yang tak mahu terima petunjuk.
Mereka yang menolak.
Wallahualam dengan acara apa mereka tolak hidayah tu kita pun tak tau, hanya mereka saja yang tahu.
Cuma ayat ni adalah bukti bahawa Allah tidak pernah mentakdirkan kita berkesudahan jadi jahat.

Kita ni antara dipilihkan atau memilih sendiri.

Maksudnya, kita lahir sebagai Islam.
Adakah kita memilih jadi orang Islam atau dipilih jadi orang Islam?

Kita dilahirkan sebagai orang Jawa.
Adakah kita memilih untuk jadi orang Jawa atau dipilih menjadi orang Jawa?

Itu semua DIPILIH.
Jadi jangan ejek-ejek orang tu Jawa, orang tu hitam berlegam, sebab dia tak pernah memilih untuk jadi begitu.

Tetapi ada waktu-waktunya, kita yang memilih.

Kita datang dengar ceramah di masjid.
Ini dipilih atau memilih?

Kita blaja kelas agama.
Ini dipilih atau memilih?

Of cos MEMILIH.
Kita tak dipilih pun pi dengar ceramah, tapi kita yang memilih untuk pi dengar.

Begitu juga dengan bunuh diri.

Adakah mati bunuh diri itu juga takdir Allah?
Of cos takdir Allah.
Kalau Allah kata ajal belum sampai, takkan mati.
Jadi mati akibat bunuh diri itu takdir.

Tetapi, bunuh diri adalah pilihan.

Kat tepi ada pisau.
Dia boleh memilih nak toreh nadi dengan pisau tu atau tak.

Bukti dari keadilan Allah kepadanya adalah dia diberikan akal untuk mempertimbangkan segala efek dari bunuh diri.
Dia diberikan kebebasan menentukan pilihannya samada dia nak teruskan niatnya dengan menoreh pisau ke nadinya sendiri atau tak.
Apabila dia memilih untuk menorehkan pisau tu pada tangannya lalu mati, maka dia bertanggungjawab atas perbuatannya.

Berbalik pada soalan samada mati bunuh diri masuk neraka ke tak, yang tu masih kena tanya yang lebih pakar.
Walaumacamanapun, hadis ni cakap "Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu pula." (Bukhari, 6047).

Kat sini dia tak mention apa-apa pasal neraka.
Tapi word yang aku bold-kan tu - DISEKSA.
Lojiknya di akhirat esok kalau seksaan takkan berlaku dalam syurga ye tak?
Mestilah dalam neraka.

Lagi satu, hadis ni :

"Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya." (Muslim, 109).

Perkataan SELAMA-LAMANYA tu pun dah membawa maksud yang ia takkan berhenti sampai bila-bila.
Maksudnya seksaan tu kekal.
Bila kekal, maknanya tak ada chance masuk syurga lah kan?
Itu ikut lojik pemahaman aku lah.
Tak tau lah kot-kot ada maksud lain.
Walaumacamanapun, silakan rujuk ahli agama.

Tak apalah, apa-apa yang dah berlaku telah pun berlaku.
Tal dapat nak ubah balik.
Kita sama-sama doa supaya Allah tetapkan hati kita semua agar sentiasa berada di jalan agamaNya.
Semoga kita semua diberikan kemudahan untuk memilih kekal beriman sehingga ke akhir hayat.