2018-10-09

Birthday si tua


Ahad lepas birthday En Wan yang ke-42.
Omigod tuanya dia ðŸ˜‚😂.

Tapi entry ni start dari Sabtu.
Pagi Sabtu tu macam biasa, lepas breakfast terus pi sayur-sayur kat Jaya Grocer Main Place USJ 21.
Aku suka pi sana sebab sayur cantik-cantik.
Lagipun boleh kona ke Uniqlo and Popular sekali.
Aku ni pantang nampak Popular, mesti singgah.
Jarang tak bawak keluar barang dari Popular, kadang tu dah takde buku sangat nak beli, sanggup aku beli pen sebatang, janji bawak keluar satu barang konsepnya.
Penat kot pusing-pusing kat dalam tu tapi tak bawak keluar apa-apa.
Memang sejenis dari kecik sampai ke tua suka pi kedai buku and stationary.
Dulu kat skolah, balik-balik muka aku je kat ko-op.
Takde apa pun nak beli padahal tapi berada di kedai buku rasa best je.

Macam biasa, tengahari tu aku masak.
Kebetulan semalamnya En Wan pi beli telur ikan tenggiri, jadi, haruslah masak cepat.
Elok je settle makan En Wan suruh siap-siap nak bawak aku pi staycation celebrate birthday dia.
Konsep "berdua lebih baik" katanya.
Aku tanya dia hotel mana nak pegi ni?

"Empire Subang"

La hai, aku ingatkan nak bawak aku lari jauh.
Macamkan jauh sangat bila suruh aku siap cepat-cepat tu.
Kalau setakat Empire baik lepak rumah je, lagi best macam-macam makanan ada dalam rumah.
Tapi dah dia nak ajak tu, kita ikut je la.
Elok jugak lepak Empire, boleh aku cari barang sikit.
Tapi dalam hati aku dah terdetik ni tau-tau je malam karang balik rumah ambik Rayyan tido hotel sekali.
Alangkan duduk kat Majestic KL tu pun dia sanggup patah balik rumah angkut anak-anak, lagikan Empire yang dekat ni.

Mula-mula singgah Subang Parade dulu, dia nak book Paskal, tengok midnite.
Aku tanya apesal nak midnite, belum tentu masing-masing boleh celik mata.
Sejak dah masuk 40 series ni, mata belum pukul 11 malam dah padam.
Rupanya member nak tengok Tganu vs JDT dulu, lepas habis bola baru tengok movie.




Lepas check in, naik tingkat 12. Hotel ni 13 tingkat.
En Wan book executive room, nak biar special katanya.
Elok je kitorang sampai depan pintu bilik, nampak pintu dah sedia terbukak.
Rupanya kat dalam tu ada maintenance tengah cat bilik. Boleh?
Bila report kat front office, dorang pun tak perasan bilik tu tengah buat maintenance.
Disebabkan exec room lain dah fully book, dorang upgrade ke family suite - 2 bedrooms.

Dah apa jadahnya duduk berdua dalam family room, kan.
Maka inilah puncanya kenapa tetiba Rayyan ada sekali malam tu ðŸ˜‚.
Yang follow IG aku memang tau dah Rayyan join sekali.

Bilik dia simple je, takde apa yang fancy-fancy tapi just nice untuk family cuma hall kecik dari family suite yang biasa aku pegi.

Lepas masuk bilik, aku terus call mak mintak dia siap-siap, around 6pm kitorang datang ambik.
Taknak ambik awal-awal sangat sebab kitorang nak jalan-jalan beli barang dulu.



Temankan pakwe ni nak cari jaket baru.
Aku tak tau la berapa banyak jaket dia nak kumpul.
Kat rumah tu, jacket dia saja satu almari lain, kena tumpang almari kat guest room tau tak.
Jaket dari zaman bujang sampai anak pun dah bujang, lagi banyak jaket bapak dari anak.
Tapi elok la, Redza esok takyah beli jaket lain, rembat je bapak dia punya.

Masalahnya, beli jaket banyak-banyak nak ke mana pun.
Paling-paling pun pakai time tengok movie.
Aku agak dia beli jaket ni sebab malam tu nak tengok Paskal.
En Wan ni kalau nak pi tengok movie kalau boleh taknak pakai jaket yang sama ulang kali, boleh?
Aku jugak relax, masuk cinema tak pernah bawak jaket, yang penting bawak popcorn.




Mengepaw hadiah birthday.


Lepas settle mengepaw aku, kitorang terus balik rumah untuk ambik mak and Rayyan.
Kemain excited lagi Rayyan dapat join sekali.
Masuk-masuk je terus berendam dalam bathtub sampai aku pekik baru reti nak keluar.
En Wan kata aku ni takde beza duduk rumah dengan duduk hotel, terpekik-pekik je keje.
Aku memang jenis tak kuasa nak banyak-banyakan cerita.
Objektifnya sekarang nak suruh dia keluar dari bathtub tu cepat-cepat, jadi jalan paling mudah adalah jeritkan je.
Itupun dia kata tak puas lagi mandi sabun.
Buah kerandut dah naik kecut berendam lama-lama dia boleh kata tak puas?

En Wan banyak kali nak mintak renovate bilik air kat bilik letak jacuzzi, aku cakap jangan nak mengada.
Ni karang satu hal aku asyik nak kena jeritkan budak-budak ni keluar cepat.
Lepas tu masing-masing dah tak reti nak mandi kat bilik air lain, semua nak tuju bilik air je karang [dengan anak pun berkira].




Sebelum turun makan, ambik gambar dengan mak dulu.
Kalau nak tau mak zaman muda camana rupanya, ce tengok muka En Wan and bayangkan En Wan rambut panjang, gitulah muka mak dulu :)

Lepas Maghrib turun mall untuk dinner kat Serai.
Padahal kitorang turun 7.30pm, baru 20 minit lepas Maghrib tapi dah ramai queue depan Serai.
Yang kat dalam tu dah siap makan lagi.
Tapi nasib baik kitorang dah mintak KIV-kan table petang tu.
Alhamdulillah, terus dapat seat, kebetulan pulak cun je tepi dinding.
Actually Serai tak allow booking tapi boleh mintak masuk dalam waiting list.
In case ramai queue, dia akan bagi priority kat kita.

Macam biasalah, Serai memang sedap.
Aku ingat lagi tokey Serai ni perempuan, pernah appear kat depan mjalah Jelita zama aku skolah menengah dulu lagi.
Tapi aku cuma merasa masuk Serai for the first time kat Empire ni jugak masa mula-mula Empire bukak.
Then, aku try masuk Serai cawangan Shah Alam.
Aku rasa yang Shah Alam ni first kedai dia sebab dalam majalah Jelita tu dia ada mention kedai kat Shah Alam.

En Wan kata amazing aku boleh ingat lagi cerita pasal Serai ni walau dah lebih 20 tahun.
Aku cakap memang aku ingat sebab artikel pasal tokey dia ni aku baca berulang kali sebab aku kan banyak berangan.
Berangan nak jadi bos-bos and tokey bisnes gitu.
Lagipun baju tokey Serai pakai untuk cover magazine sangat cantik.
Dia pakai suit warna biru navy and scarf merah.
Then dalam tu ada tunjuk gambar kedai and menu-menu masakan Serai.
Waktu tu, aku nampak restoran tu sangat luxury.
Hanya boleh tengok je la, memang tak pernah terfikir dapat masuk makan situ.
Tapi impian tu ada. Nak rasa apa la agaknya rasa dapat makan kat restoran best-best macam ni.




Keriangan seorang Rayyan.

Menu Serai ni tak jauh beza dengan menu-menu restoran Thai yang lain, cuma dia takde ayam pandan, jadi agak azab sikit nak suruh Rayyan makan.
Rayyan ni kalau takde ayam taknak makan.
Malam tu aku order Thai Special Chicken, recommended by the waiter.
Oh my Allah, sedap gila!
Ayam dia goreng biasa je, tapi crispy (ada tepung khas).
The thing is dia punya sos tu yang best.
Dari jauh sos dia macam rupa kuah pecal, aku ingatkan kuah kacang rupanya tak.
Susah nak describe, korang kena pi try sendiri, memang sedap sos dia.




Butter prawn macam ni takde kat Absolute Thai, dan tak semua kedai reti buat butter prawn gini.
Yang banyaknya bila aku tanya "Ada butter tak?", konfiden jawab ada.
Ujung-ujung yang sampai udang goreng butter, alahai comel nau.




Kerapu 3 rasa.




Hari tu kat IG ada yang cakap "Baiknya En Wan, saya tengok kalau gamba makan-makan mesti En Wan yang duduk sebelah mak".

Aku memang mintak mak duduk sebelah En Wan kalau makan kat luar.
Sebab, kalau mak duduk sebelah Rayyan, yang pertamanya, mak tak tenang selagi cucu dia tak makan.
Yang si cucu pulak kalau nenek yang duduk sebelah dia start la buat perangai, taknak sayur, taknak ikan bilis, taknak cili, taknak bawang.
Hah meh sini Mambra duduk sebelah, aku suap apa yang ada dalam sudu tu cili ke, bawang ke, ko telan.
Jangan nak ludah balik, aku siat mulut kau karang.

Kalau duduk sebelah aku memang tak berani dia nak ngok ngek ngok ngek.
Selalunya kalau aku yang suap memang dia kenyang makan sebab dia tak dapat nak banyak songeh dengan aku.
Kalau dengan nenek dia ya ampunnnn sampai terbuntang mata aku jegil kat dia pun dia buat tak reti.
Tu yang kadang-kadang aku makan sampai tergigit lidah sendiri sebab menahan marah.
So everytime makan kat luar, mak akan duduk sebelah En Wan biar mak makan bertenang-tenang.
Tu pun kadang-kadang aku tengok dia macam tak berapa tenang je tengok aku suap cucu kesayangan dia makan.
Mesti dalam hati dia kata "Macam mak tiri je menantu aku ni".



Sayur favourite mak, kangkung belacan.




Ni la Thai Special Chicken tu.
Sos dia tu yang bikin sedap.




Lepas makan, terus naik bilik sebak pakwe aku tu nak tengok bola sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiii, takde live kat TV. Kahkahkah.
Gigih la beliau layan bola kat henfon. Nasib baik internet hotel laju.
Maka berbahagialah aku dengan mak conquer dua-dua tv tanpa sebarang gangguan.




Sementara appa tengok bola sejam, Rayyan sambung berendam.
Kemain feeling lagi mandi buih.




Mana pun kau pergi, percayalah, Appa takkan pernah lupa angkut homework untuk kau buat.
Kalau skolah tak bagi homework, tetap Appa bagi homework.
Selalunya homework yang Appa bagi jauh lebih kejam.

Around 10.30pm, aku dengan En Wan keluar berdua nak tengok Paskal.
Disebabkan Subang Parade dengan Empire Subang sebelah-menyebelah je, kitorang opt for jalan kaki.
Walaupun 10.30pm can be considered as "malam masih muda" tapi memandangkan kitorang tak biasa berjalan kaki waktu malam kat area tu, agak takut jugak la.
Bukan takut hantu, tapi takut dengan orang.
Jalan pun kejap-kejap toleh belakang takut la kot-kot ada peragut ke apa ke.
Apa kau ingat Malaysia ni selamat sangat?
Aman memang aman, tapi tak bermakna masih selamat.




Ni first time aku layan movie kat Subang Parade.
Kecik je panggung dia tapi kerusi sedap sikit la dari GSC.
En Wan booked couple seat pulak tu, sedang elok la aku dengan dia bersila terkangkang tersiat kat atas tu.

Paskal sangat best!
Pace laju.
Tak sempat nak melanguk.
Dari start sampai je habis, semua ada scene yang mendebarkan.
Walaupun bukan cerita hantu, tapi ada scene-scene yang aku tekup muka, sebab seram mendebarkan.
En Wan kata aku ni eloknya tengok cerita katun je jalan cerita konfem tak mendebarkan.
Gila punya underestimate.
Aku bagi tengok Tom and Jerry karang baru tau.
Dia tak tau Tom and Jerry tu kadang sama je berdebar dengan tengok Paskal.

Penangan Paskal, sampai midnite show pun penuh.
Berbaloi la aku tido lambat malam tu melayan Paskal. Puas hati!




Wajah-wajah puas hati tengok Paskal.

Settle Paskal around 1.30am, terus balik ke hotel.
Walaupun dekat tapi sebab berjalan kaki terasa lambat nau nak sampai ke hotel.
Takut gila jalan berdua pagi-pagi buta gitu.
Lengang memang lengang tapi seram la jugak.
Kalau apa-apa jadi, menjerit pun entah sape je la dengar.

Dah sampai bilik, pakwe aku tu sambunggggg tengok result bola.
Phewww! Nasib baik la Tganu menang, kalau tak, mahu bad mood malam tu.
Rosak program I nanti. Eh.

Bilik kitorang ni kat penjuru building jadi keliling semua glass door.
So malam tu tido selak langsir, saje nak tido sambil tengok lampu-lampu jalan, pehhhh.
Terasa macam kat Hong Kong, padahallll.




Esok pagi woke up fresh sebab aku pulak yang terlebih excited nak celebrate birthday En Wan.
Padahal takde celebrate apa pun, nak pi makan je tapi the vibe tu lain.
Kalau ikut plan asal, hari Ahad tu lepas check out, balik ambik mak and Rayyan untuk pi lunch kat KL Tower.
Memandangkan semua pun ada kat situ hari tu, jadi takyah la gegas-gegas sangat, slow and steady je lah.
Tapi hari tu plan sikit bertukar sebab kebetulan 6 Oct (Sabtu) anak sedara En Wan dapat baby.
Happy lah atuknya ni dapat cucu baru.

Apa-apa pun kita gi makan dulu ya.
Not bad jugak buffet breakfast Empire Subang ni.
Senonoh je dia atur buffer table.
Makanan memang pelbagai - nasik lemak, mee sup, nasi goreng, mee goreng, beef bacon, sosej, egg kiosk, wide selection of pastry and bread, fruits, cheese saja dah 5 jenis.
Siap ada roti canai.

Nak tengok mak makan banyak sikit dari biasa time ni la.
Kalau kat rumah, mak makan sekali sehari je.
Susah la aku nak celen body mak mertua aku kalau macam ni kan.
Tu pun dia kata dia dah gemuk.
Selalunya kalau kita rasa diri kita gemuk, mesti akibat kita bandingkan badan kita dengan orang lain, betul tak?
So bila mak kata dia gemuk, maknanya aku ni kurus la kan? Kan? Kahkahkahkah *dial nombor pizza hut*




Nak pose ala-ala pengantin konon, dah macam topekong Siam je aku tengok.
Layankan ajelah perangai birthday boy.




20 tahun beza gambar ni.
Inilah roommate paling bertahan setakat ni.
Roommate lain bertahan paling lama 5 tahun, yang ni 17 tahun, alhamdulillah.

Lepas breakfast, lepak 1 jam lagi dalam bilik sebab Rayyan nak sambung mandi bathtub.
Kemain bahagia lagi dapat berendam tanpa gangguan.
Kalau ada abang dia, jangan harap kau dapat mandi bertenang-tenang macam ni, konfem kena sakat sampai menangis.




After check out, terus ke Hospital Selayang untuk tengok cucu baru, baby girl.
Rayyan excited nak tengok baby.
Ini first time dia tengok new born so masa dia nampak baby berbedung, soalan pertama dia "Ma, mana tangan baby ni?"
Mesti dia ingat baby ni takde tangan.
Terpaksa la maknya tarik sikit kain bedung nak bagi tunjuk jari kaki.
Lepas tu dia gelak-gelak "Apesal kaki dia kecil sangat?"
Ewahhh cakap orang.
Kau dulu lagi kecik dari ni, muat-muat bekas tupperware je.

Bila tengok Rayyan dengan baby macam ni barulah nampak Rayyan tu dah besar.
Kalau tak nampak dia masih baby lagi.
Kadang-kadang aku panggil dia "baby" kat rumah, tu yang nampak macam forever kecik je tu.
Redza macam tu gak dulu.
Masa dia alone, nampak dia kecik lagi tapi bila dapat Rayyan barulah nampak dia sebenarnya dah besar.
So ceritanya nak kena tambah anak lagi ke camne ni? Lutut dah longgar ni.




Seronok sangat atuk tengok new cucu.
Elok je pulak lahir sehari seblom birthday atuk.
Next year boleh celebrate sekali harung.




Anak sedara En Wan ni dokter (lelaki), memang best bila dia boleh monitor wife sendiri at home.
Wife dia dah sakit-sakit 2 hari sebelum tu, tapi laki dia check jalan tak bukak lagi, dia suruh stay kat rumah je takyah gi hospital sebab kalau gi awal pun bukan boleh beranak sekarang dia kata.
Memang betul pun, aku dulu masa bersalin Redza jalan baru bukak 1cm dah kena tahan dalam wad.
15 jam aku lepak wad tapi jalan tetap tak bukak-bukak, lagi baik lepak kat rumah.
Tapi macam aku dulu laki I engineer, mana reti nak tengok bini punya jalan dah bukak ke belum.
Bukak tutup mesin retilah dia.


5 Oktober tu wife dia dah sakit-sakit sangat, then anak sedara En Wan tanya contraction selang berapa kali.
Bila wife cakap selang 10 minit, dia pun check jalan dah bukak sikit, terus bawak pi hospital.
Tak sampai 4 jam tunggu terus bersalin.
Tu lah yang bestnya bila laki sendiri dokter, rasa secure je
Nak bergantung harap time-time bersalin ni pun rasa tak takut especially for new mother.
So, apa lagi?
Marilah sama-sama kita cari laki dokter!




Lepas tengok baby, kitorang terus ke KL Tower untuk lunch.
Saje je nak merasa makan kat restoran berpusing.
Sebenarnya inilah first time aku naik KL Tower.
Aku kan penakut tempat tinggi, jadi memang tak pernah pasang impian pun nak daki menara ni.
Orang lain sibuk bercerita naik KL Tower aku dengan tekun mendengar tapi takde plan nak naik sebab takut. Hahaha.
Jambatan KLCC dulu tu pun sebab memang terpaksa seberang, kalau tak, tak nak aku lalu.

Oh sebelum ada yang tanya "Macamana pulak Kak Di boleh naik jambatan KLCC tu?", meh aku bagitau.
Dulu masa 2nd year, aku dapat wakil Uni untuk program "Berdialog bersama PM".
Masa tu PM Dr Mahathir (Tun) tapi dia tak dapat attend jadi yang ganti berdialog TPM, Pak Lah.
Semua wakil Uni berkumpul kat Hotel Mint untuk sesi tu.
Antara aktiviti dia bawak kitorang pi "melawat" KL.
Kebetulan yang dapat ke KLCC are group from UNIMAS and UTM, jadi merasa la aku melintas atas jambatan tu.
Cuak gila aku nak lalu terasa macam panjangnya jambatan ni mengalahkan jambatan Penang! (gitulah aku punya exaggerate kalau dah gayat)




Rayyan sangat excited bila realized restoran tu berpusing.
Terus kenyang taknak makan nasi.
Makan eskrim 3 mangkuk je.
Food kat sini takde yang special sangat pun, lebih kurang food kat hotel je.
Tapi semua sedap-sedap.
That day ada oyster bakor, ayam masak merah, gulai kambing, grilled siakap, pengat durian with pulut, pasta tuna, salad suhoon yang sedap gila, kek-kek yang lazatssss.




Dari mula sampai dia dok berdiri atas ni sebab nak feeling bergerak.
Aku malas nak layan, eh tau-tau dah langkau 2 meja.
Aku umpan dia dengan aiskrim, kalau takde aiskrim mahu lengkap satu pusingan tu.




Tak sempat nak ambik banyak makanan padahal kitorang makan lagi banyak dari ni.
Dia punya pasta tuna sedap.
Dia punya glass noodle salad pun sedap.
Terpaling sedap kat tekak aku adalah sup brokoli cicah bun.
Umangaiiii sedap gila!

Ada pengat durian with pulut.
Ada kuih-kuih melayu.
Kalau kek-kek ni jangan cakaplah memang bersusun.
Lauk-pauk not bad, especially grilled siakap.
Meratah lauk je keje aku hari tu.

Untuk pakej makan kat atas ni, ada 3 sesi - lunch, hi-tea and dinner.
Kalau lunch dari pukul 1.30-3pm.
Kitorang lewat sampai sebab jem kot dari Selayang.
Jadi dapat makan 1 jam je.
Itupun dah naik senak perut.




Baru tau rasa gabra and segan bila orang nyanyi-nyanyi gitu kan?
Time dia buat orang kemain seronok lagi, kena kat diri sendiri merah muka.




Pakej mengintai ni dah masuk sekali dengan pakej makan, jadi lepas makan kitorang turun bawah untuk menyekodeng Kuala Lumpur.
Bagi mak experience menyekodeng.




Gaya bak pro.
Siap cakap "Ma, adik rasa adik nampak Putra Heights"




Happy Birthday Hubsbaby [eh!]