2018-07-14

Nak kawen lagi?


Rayyan setiap pagi, bila dia dah terjaga dari tido dia akan masuk bilik aku berlari naik atas katil, sambung tido kejap dalam bilik mak bapak pulak.
Selalunya, 7.20am aku akan kejutkan untuk mandi.
Everytime nak ajak dia mandi pagi aku akan cium-cium pipi, korek-kore alur bontot dia, geletek-geletek ketiak.
Sebab dia bukannya tido balik, tapi saja je pejam-pejamkan mata je.
Dia memang tunggu aku kejut dia cara tu.
Kalau aku demam, nanti dia yang panggil aku, "Ma, mama taknak korek-korek bontot adik ke?".
Kiranya dia dah tau itu trademark mak dia kejutkan dia bangun.

Semalam sembang dengan En Wan.

En Wan : Bila nak benti kejut dia manja-manja gitu, Di? Sampai bila-bila manja nanti.

Aku : Di penah tanya "boleh la mama tak payah kejut macam tu lagi sebab adik dah besar, bukan baby lagi". Pastu dia kata "tak boleh. Mama kena kejut macam tu forever sampai umur adik fifty thousand years old".

En Wan : (gelak). Sampai bila-bila dia rasa dia kecik lagi nanti.

Aku : Dah memang dia yang paling kecik, nak buat macamana. Kalau ada Haraz (anak sedara En Wan) baru nampak dia dah besar sikit. Macam Redza dulu pun macam tu gak. Bila dah ada adik baru nampak dia dah besar.

En Wan : Tu la, suruh buat baby lagi taknak.

Aku : Bukan taknak la. Tak boleh.

Pastu senyap kejap 1 minit.

Aku : Ni apehal lately asik cakap nak baby nak baby nak baby. suruh ambik anak angkat taknak. Ni nak kawen lain ke apa ni?

En Wan : (gelak).

Aku : Kalau nak kawen, silakan. Tapi tak payah datang opis tau. Saya tak nak duit company saya buat bayar gaji awak untuk sara bini baru, no way. Pegi cari keje lain. Balik rumah pun jangan hari-hari. Seminggu sekali je. Semak.

En Wan : (gelak) Ya Allah kejamnya.


Dah cukup bagus la aku bentikan kerja je.
Kalau aku bunuh terus?

Ramai antara blog reader aku bermadu.
Ada jugak yang jadi isteri kedua.
Mak mertua aku sendiri bermadu.
Entah dari mana datang kekuatan pada dorang ni berkongsi suami.
Mungkin perasaan sayang dan cinta tu mengatasi rasa cemburu.
Atau boleh jadi fikirkan masa depan anak-anak.
Entah, tak tau.
Yang penting, dorang menerima walaupun hati tak sepenuhnya rela (kalau rela takdelah membawang kat aku, kan).

Actually 'syarat' yang aku bagi kat En Wan tu bukan pertama kali.
Everytime bersembang kalau termasuk bab-bab poligami, aku akan bagitau dia, kalau nak kawen lain, please berambus dari ofis aku.
Sebab aku takkan bagi jalan mudah untuk kau hidup selesa dengan bini baru.
Pegi cari keje lain, and tanggung bini baru.
Mulakan dari awal, sebagaimana kita dulu bermula dari awal. Haaa, gitu.

At the same time, all expenses yang selama ni dikongsi bersama secara otomatik akan jadi tanggung jawab suami sorang.
No more sharing sebab kan katanya mampu kawen lain, maknanya mampu la tanggung belanja 2 isteri sekaligus, ye tak?
Dah apehal aku nak share-share lagi.

En Wan pernah tanya "Awak ni macam tak sayang abang je. Balik-balik itu je syarat dia. Kalau bini orang lain siap nak bunuh kalau suami nak kawen lain".

Abis tu nak aku sembelih baru bukti sayang?
Dah elok-elok aku duduk dalam rumah, karang tak pasal mengintai dari tirai besi. Eh tak kuasa.

Semalam ada satu email dari reader, tapi dia tak bagi share.
Dia kata dia terpanggil untuk kongsi suami dia dengan perempuan lain.
Aku baca pun macam "Huh??"

Dia nak suami dia kawen lagi atas sebab ramai muslimah yang masih belum bersuami.
Dia nak bantu muslimah elak terjebak dengan maksiat dan kejahatan manusia.
Kiranya nak buat pahalalah ni.
Ok fine.
Tapi, kena ingat.

Pahala ni boleh dicari melalui macam-macam cara.
Bantu muslimah dapat jodoh hanya salah satu saja.

Bila kita benarkan suami kawen lagi, kita sebenarnya dalam perjalanan menempuh cabaran perasaan.
Sakitnya tak rasa sekarang, tapi kemudian.
Of course, ujian alam perkahwinan ni sentiasa ada.
Kawen satu ke, kawen ramai ke, tetap ada ujiannya.
Tak bermadu pun banyak ujiannya.
Tapi bila kita membuka ruang tu, kena bersedialah dengan macam-macam perasaan yang bakal datang.
Karang mulut je cakap redha tapi bantal basah dengan airmata tetiap malam.
Kalau benda dah jadi lain cerita, ini benda yang tak ada tapi kita nak buka ruang, nak buat apa?

Tak payah la nak buat baik sangat offer laki kawen lain oiii.
Alangkan Aisyah sebaik-baik wanita tu pun hempaskan pinggan depan tetamu dek kerana cemburu Rasulullah bawak balik bekal makanan dari isteri lain.
Kita ni siapa pulak?

Sorry, aku tak kuat.
Tapi kalau nak aku cantas kerandut tu, kuat kot.

Bila kenang-kenangkan balik apa yang En Wan kata, seolah-olah aku macam tak sayang dia sebab 'syarat' aku tu macam aku bagi green lite.

Entahlah, nak kata aku larang, macam tak.
Nak kata aku bagi greenlite memang tak lah!

Takde pompuan yang nak kongsi suami.
Kongsi suami ni bermakna kongsi semuanya.
Berkongsi buah, kongsi hati, kongsi perhatian, kongsi tanggungjawab.
Cukuplah kecik-kecik dulu segala benda aku kena kongsi dengan adik-beradik.
Kasik chan la suami aku punyakan sorang.

Tapi ye lah kan, benda kalau nak jadi tak terdaya kita nak menolak.
Itulah agaknya yang isteri-isteri tu rasa.
Baik yang bermadu atau dimadukan.
Baik yang pertama, kedua atau ketiga.
Masing-masing rasa benda yang sama.
Kalau taknak rasa, jadiklah yang ke-ompek.

Kalau benda tu terjadi (nauzubillah), maybe itulah syarat pertama aku.
Berambus kau dari ofis!
Sebab aku macam terasa hasil kerja aku untuk company ni terpaksa dikongsi dengan pompuan lain untuk dinikmati sama-sama.
Dah la laki pun kau ambik, now hasil company pun nak bagi kau rasa gak?
Amboi senangnya hidup.
No way! Gi suruh laki kau cari keje lain.
Hahahahahhahahahahhahahah *gelak syaiton*



Hanya 300 set je.
Tapi ini dah masuk Day 4.
So ada a few more sets available.
Oh yes, yang beli lebih dari 1 set, kod diskaun tetap dapat 1 je tau.