2018-07-12

Bijak tak bermakna common sense tinggi.



Terima kasih sebab hari-hari ada orang hantar email nak tanya buah fikiran.
Kalau nak jawapan berlapik, eloklah tanya kaunselor.
Kalau tanya aku, aku bagi jawapan dari hati je terus ðŸ¤£.

Karang kalau tak dibagi, orang kata kita berkira, kedekut, duniawi.
Tapi, aku tak berapa boleh hadam spesis-spesis yang suka ambil kesempatan dengan kelebihan orang untuk kemudahan diri sendiri.
Contohnya macam kes reader ni.
Apakeheynya nak pi holiday sampai pinjam kereta orang?
Bukannya hal emergency pun.
Dah tau kan nak pi holiday, kenapa tak allocate bajet untuk sewa kereta.
Ingat nak pi holiday tu sekadar book tempat tinggal and makan minum je ke.
Trasnportation pinjam je kereta sesiapa, seriously?

Kalau Hamba Allah tu ada 2 kereta, boleh la jugak nak gagah-gagahkan diri pi tanya kot-kot boleh pinjam.
Ini sah-sah itu je la satu-satunya kereta dia ada, takkan lah tak boleh pikir.
Kot tetiba datang emergency, dah dia nak naik apa? Naik grab?
Yang kau bersenang-lenang pi holiday dengan kereta dia. Akai ada akai?

Ini bukan soal "Nanti minyak kereta saya isi penuh", tapi soal common sense.
Mana pi common sense nak pinjam kereta orang pi holiday?
Holiday boleh pegi, kereta tak boleh sewa ke?
Jimat kita je kita nak kira.
Orang lain punya susah senang taknak pikir.

Aku takde penyelesaian untuk kes reader ni.
Sebab taknak nanti pendapat aku akan buatkan dorang bergaduh pulak.
Tapi kalau aku, aku akan cakap TAK BOLEH.
Dan aku akan explain why tak boleh.

Ada certain things kita kena jaga hati orang.
Tapi kalau aku tahu apa yang bakal jadi boleh menyakitkan hati sendiri, baik aku cakap awal-awal.
Tapi of course akan cakap baik-baik lah.

Masa aku beli 3rd car, satu kereta terpaksa letak luar.
Aku takde plan nak jual kereta tu sebab dah habis bayar.
Tau je lah kan, ada orang ingat bila kereta tu letak kat luar makna tak berapa sayang sangat dah.
Maka, boleh lah bagi pinjam kat orang pakai.

Aku pikir-pikir balik, kalau ada orang nak pinjam kereta ni nanti sure berat hati nak bagi.
Sebab aku cukup paham dengan perkataan "pinjam".
Jadi, sebelum aku sakit hati, jual je lah.
Kebetulan anak sedara En Wan tengah cari kereta, ok settle masalah.
Baik lepaskan terus apa yang boleh dilepaskan daripada kita pegang tapi serba-salah kendian hari bila orang nak pinjam.
Ini bukan masalah kedekut, tapi yang pernah rasa, tau lah.
Especially kalau yang meminjam tu dari kalangan yang ada pertalian darah, payah.
Apa-apa hal jadi kat kereta tu nanti, serba tak kena kita rasa.

Kes reader tu sama la dengan perangai suka letak anak kat rumah adik ipar sebab mak dia duduk dengan adik ipar, so mak boleh jagakan anak dia.
Yang buat perangai macam ni bukannya tak skolah tinggi, tapi makin tinggi blaja makin bengap pulak.
Memanglah mak tu duduk situ, tapi rumah tu bukan rumah mak.
Bila kita sound, dia kata kita berkira, tapi yang sebenarnya otak tu takde.
Nak pikir senang dia sorang je.
Kalau sekali dua letak anak bolehlah bertolak ansur.
Ni tak, dah la tak berbincang dengan tuan rumah, tau-tau je tiap-tiap pagi datang letak anak and susu baju segala, pastu zassss blah.
Takde lansung rasa hormat dengan tuan rumah.

"Alah dengan anak sedara pun berkira!"

Hah, tu la yang aku cakap kat post semalam.
Ada certain mak bapak memang bengap.
Balik-balik dia spin kat soal anak.
Konon kita tak suka anak dia.
Padahal perangai dia tu yang kita tak berkenan.

Walau tuan rumah tu pangkat adik/adik ipar, apa ingat tak perlu mintak izin?

Helooooo.
Blaja tinggi, muka cantik, kerja besar, common sense zero.

Talking about common sense ni, aku faham, sometimes people never get to choose their environment, dan dorang pun tak dapat kawan-kawan atau keluarga yang boleh menambahkan common sense dorang.
Because it all starts from the root.
Macamana kita dibesarkan, persekitaran yang bagaimana kita dibesarkan, apa yang mak bapak kita ajar, semua ni ada effect kat common sense.

Tapi, yang buat perangai macam ni selalunya bukan duduk dalam hutan punya orang.
Nak kata tak blaja, masing-masing blaja tinggi.
Maksudnya banyak membaca, ilmu pun tinggi.
Nak kata tak bercampur orang, masing-masing bekerja, berkawan.
Bersembang kat FB kemain ramai lagi kawan.
Takkan benda-benda macam tu takleh pikir.
Ke memang jenis tak peduli orang lain, cuma pikir nak lepaskan masalah sendiri je?

Lain lah kalau orang tu memang dari dulu sampai sekarang duduk kat ceruk kampung, membesar dalam persekitaran yang sama, dikelilingi dengan orang-orang yang sama, ok that's fine.
Kita pun faham orang macam ni bagaimana.
Selalunya orang-orang ni, dari segi penampilan pun dah boleh nampak cara pemikirannya bagaimana.
Tapi yang rajin buat perangai darat ni jenis yang dah bercampur orang, kereta besar, rumah boleh tahan, bergaya taknak kalah.
Benda lain semua up to date, tapi otak masih tak upgrade lagi, still kat kepala lutut.

The best part is, orang yang dari hulu tu lebih senang nak dididik berbanding orang-orang yang dah up-to-date tapi lack of common sense ni.
Kalau kita explain the common sense to them, dorang lagi senang faham.
Yang spesis up-to-date ni kalau ditegur, macam-macam benda dia spin.
Kita tak suka anak dia la, kita berkira lah, kita berlagak lah.
Penyudahnya, takyah cakap apa-apa lagi senang, kita makan hati je diam-diam.

Clearly, blaja tinggi tak bermakna common sense juga tinggi. *sigh*




Yang new to GC Plus terkejut bila period datang 2 kali dalam sebulan.
GC Plus ni akan efect hormon dan metabolisme badan. Tapi kejap je.
Kalau nak tanya apa-apa, WHATSAPP SINI.