2018-06-05

Tegur baik-baik


Mungkin kita selalu terfikir, apa caranya untuk ubah sikap orang lain, especially orang yang kita sayang.
Semua cara dan usaha dah dibuat tapi tetap gitu perangainya tak berubah-ubah.

Regarding this matter, kita kena faham yang hidayah hanyalah milik Allah.
Macamana kita usaha sekalipun untuk menyedarkan orang lain supaya berubah jadi lebih baik, takkan jadi apa-apa kalau Allah tak izinkan.
Maksudnya, kalau Allah tak mengkehendaki hidayah kepadanya, orang tersebut tak akan berubah sampailah Allah bagi dia hidayah.

Kita semua lahir dalam keadaan mulia.
Dan Allah taknak kita pulang kepadaNya dalam keadaan yang kotor.

"Dan orang-orang yang mahu berjuang mengambil petunjuk kami, kami akan tunjukkan jalan-jalan kami" (Al-Ankabut, 69).

Ayat "mengambil pentunjuk kami" tu menunjukkan bahawa semua orang dapat petunjuk Allah.
Maksudnya, semua manusia pasti dapat hidayah.
Tak ada manusia yang tak dapat hidayah.
Cuma, ada di antara yang diberi hidayah, tak mahu ambil.
Bukan masalah tak dapat hidayah, tapi dah dibagi, dia taknak.

Firaun contoh paling mudah.
Firaun ni hobinya sembelih orang.
Tapi seburuk-buruk Firaun, berlaku keadilan Allah padanya.
Boleh jadi asbab dia tak jadi bunuh sorang bayi (Musa), maka kemudian Allah kirimkan 2 nabi sekaligus untuk Firaun - Musa dan Harun, untuk membawa dia ke pangkal jalan.

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut"." (Taha, 43-44)

Just imagine, makhluk nama Firaun dikirim 2 nabi, dipesan pulak supaya jangan berkasar, tegur lembut-lembut.
Tapi, tetap dia menolak hidayah.
Kita ni sampai kiamat hanya dikirim 1 nabi, tak pernah tengok pulak tu.
Dah tentu susah untuk orang menerima dakwah kita, jadi sepatutnya kita jauh lebih berlembut.

Kita ni nabi pun bukan.
Dosa pun bersepah-sepah.
Belum dijamin masuk syurga.
Tapi bab tegur salah orang sampai nak memaki segala.
Dan yang ditegur tu pulak tidaklah sejahat Firaun pun, tapi cara kita tegur (nasihat katanya) sampai menghina, wah besar darjat kita dari nabi rupanya!

Baru-baru ni kes sorang lelaki (yang nak jadi pompuan), viral.
Ramai yang kutuk-kutuk dia.
Tiba-tiba mufti invite untuk berjumpa.
Not sure if dia pergi jumpa that mufti.
Tapi aku nampak itu adalah satu bentuk hidayah Allah.

Berapa ramai di kalangan kita yang di-invite oleh mufti untuk bersembang-sembang bertukar-tukar pandangan tentang ilmu?
Kenapa dia yang Allah pilih?
Boleh jadi ada satu kebaikan yang pernah dia buat dalam hidupnya tanpa dia sedar, yang Allah suka.
Dan asbab kebaikan itu, Allah hantar hidayah ini.
Dia ambil atau tidak, wallahualam.

Tapi hikmah yang kita nampak dari invitation mufti tu adalah berdakwah dengan cara yang lembut boleh mengubah orang.
Kalau tak sekarang pun, insyallah lama-lama nanti boleh berubah.
Umpama air yang menitik atas batu.
Air dengan batu, mana lagi keras?
Dah tentu batu.
Tapi kalau air yang lembut tu terus menerus menitik atas batu, lama-kelamaan batu tu melekuk juga.

Kita ni pun, banyak dah hidayah Allah bagi.

Mata.
Dalam banyak-banyak mata di kedai buku, kenapa mata kita sorang je nampak buku agama, kemudian ambil, selak, baca dan beli?
Padahal mudah je kalau Allah nak pusingkan kita ke laluan lain, tapi kenapa Dia lorongkan kita ke bahagian buku-buku agama?
Kalau Allah taknak bagi kita kebaikan, mustahil Dia gerakkan kita ke tempat tu.
Itulah salah satu bentuk hidayah.

Telinga contohnya, bila dengar azan.
Itu pun namanya hidayah.
Tapi ada yang buat-buat tak dengar.
Bermakna, hidayah tu sampai, kita yang tolak.
Ada orang dengar azan Isyak, terus masuk Islam.
Tapi ada orang yang dah Islam, taknak solat Isyak.

Hidayah ni takkan berhenti.
Kalau kita dah peka pada satu hidayah dan ambilnya, selalunya kita akan mudah peka pada hidayah lain.
Inilah yang dikatakan tambahan hidayah.

Kalau semalam tak tahajud, hari ni dah mula tahajud.
Kalau semalam tak baca Quran, hari ni dah mula baca.
Kalau semalam tak hafal Quran, hari ni tergerak nak menghafal.
Itu tandanya kita sedang mendapat tambahan hidayah.

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk." (Al-Kahf, 13).

Kalau tambahan hidayah ni kita dapat, perubahan akan nampak pada diri kita.
Antaranya maksiat (mengumpat, menghina, zina, mencuri, menipu, etc).
Kalau selalu buat maksiat, susah untuk kita mengerjakan ketaatan.
Tapi kalau kita boleh meningkatkan ketaatan, maka maksiat akan mula meninggalkan diri kita.

Nak jadi orang baik tak payah jadi ustazah.
Tingkatkan saja amalan, nanti tambahan hidayah akan datang, dan ketika itulah perubahan pada diri akan nampak.





4 hari lagi.
Datang awal, so that barang banyak lagi.
Kalau datang lambat, takut saiz takde.
Booth 3173, Hall 3.